Friday, April 20, 2007

Blogger Ketua Perusuh
Terus Merusuh (2)?

Blogger Ketua Perusuh terus merusuh lagi. Kali ini beliau mengemukakan satu posting yang merupakan surat terbuka kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Temanya adalah mengenai pengeluaran Bon Tanpa Skrip oleh BNM baru-baru ini. Surat sepenuhnya adalah seperti berikut:

Surat Terbuka Untuk Gabenor BNM?

Kepada,

Dato’ Zeti Akhtar Aziz
Gabenor Bank Negara Malaysia.

PER: Penjelasan Mengenai Bon Tanpa Skrip Bernilai RM3 Bilion.

Dato’,

Sehubungan dengan perkara yang tersebut diatas, saya (Ketua Perusuh) bagi pihak rakyat Malaysia umumnya ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai pengeluaran Bon Tanpa Skrip tersebut (MJ06/12) yang telah Bank Negara Malaysia keluarkan semula pada 6 April 2007 lalu.

1. Bank Negara Malaysia adalah dibawah kuasa dan tanggungjawab Dato’ dan saya berharap penjelasan yang kukuh dapat diberikan kepada umum dalam tempoh yang terdekat ini.

2. Adakah dengan pengeluaran Bon Tanpa Skrip ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej kewangan negara yang mana banyak pihak mengatakan kantung perbendaharaan negara semakit tipis?

3. Adakah Bon Tanpa Skrip ini dikeluarkan demi untuk mendapatkan modal membiayai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang mana sepatutnya bajet baginya telahpun ada sebelum pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)?

4. Bukankah lebih wajar jika Bank Negara Malaysia mengeluarkan Bon Berskrip sebagai ganti kepada Bon Tanpa Skrip?

5. Jika Bon Tanpa Skrip ini telah mencapat tempoh matangnya, namun ekonomi Malaysia telah jatuh dengan teruk, adakah nilai Bon tersebut boleh ditunaikan pada nilai muka? Jika tidak, bagaimana Bank Negara Malaysia (BNM) akan membiayai pembayaran balik nilai bon tersebut mengikut kadar semasa?

Sila berikan ulasan dan jawapan Dato’ pada mana-mana media tempatan agar kegusaran rakyat umumnya dapat dibendung. Saya amat berharap agar jawapan Dato’ lengkap dengan fakta dan tanpa prejudis. Perlu diingatkan juga agar Dato’ tidak menyembunyikan mana-mana fakta daripada pengetahuan rakyat semua.

Sekian, Terima Kasih,

Berkhidmat Untuk Negara.

Komen:

www.kuda-kepang.blogspot.com pernah menyiarkan tulisan Ketua Perusuh mengenai Bon Tanpa Skrip ini pada Rabu, April 11, 2007 dengan jodol Kantung Malaysia Sudah Kontang? Saya menyiarkan tulisan beliau yang saya petik daripada http://ketuaperusuh.wordpress.com kerana beliau adalah seorang yang berkelulusan di bidang ekonomi dan pernah menjadi seorang fellow kanan di ISIS. - Ruhanie Ahmad

4 comments:

Unknown said...

Salam Ron,

Ini Mai(Bernas), ingat lagi?

kudakepang said...

Hi
U r Mai my secretary? U still do paintings?

I am at mayaputera@gmail.com.

Salam
Ron

Unknown said...

Saya rasa dato' perlu lebih teliti dalam menyiarkan artikel dari penyumbang (seperti dari ketua perusuh) kerana terdapat banyak fakta yang ada perlu diteliti. Contohnya, seperti saham yang di senaraikan di Nursa Malaysia, kebanyakan bon di pasaran dikeluarkan dalam bentuk scripless.
Perlu juga dinyatakan bahawa BNM bukan sahaja menerbitkan bon kerana kerajaan kekurangan wang tetapi juga untuk "mopped out liquidity". Kalau tak silap saya, semenjak tahun 2000 lebih dari RM60 billion bon dikeluarkan untuk tujuan ini (fakta ini mungkin kurang tepat). Dan banyak lagi sebab lain yang mungkin ada.
Apa yang saya ingin sampaikan ialah bukan setiap keluaran bon oleh BNM adalah disebabkan oleh kekosangan kantung negara. Sebabnya perlu disiasat dahulu sebelum penulis membuat sesuatu kesimpulan.

kudakepang said...

Saudara Jack,

Terima kasih di atas pandangan ikhlas Saudara. Saya akan ambil ingatan di masa hadapan.

Salam hormat,

Ruhanie