Thursday, September 11, 2008

PROSES MELOMPAT DIJANGKA BERMULA HARI INI?

Siasah Malaysia dijangka mengalami satu kejutan dalam sehari dua lagi. Apa yang disifatkan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai mustahil dijangka menjadi realiti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim amat yakin bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya membentuk kerajaan pusat pada 16 September 2008 atau selewat-lewatnya selepas rombongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kembali ke tanahair daripada “lawatan sambil belajar” mereka di Taiwan.

Keyakinan ini terpancar dalam ucapan Anwar selepas majlis berterawih di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, pada malam Selasa 9 September 2008.

Proses melompat Ahli Parlimen BN untuk menganggotai PR dijangka bermula sehari dua lagi. Proses ini akan dimulakan oleh seorang Ahli Parlimen yang kini menyandang satu jawatan penting dalam BN. Tindakan ini dijangka diikuti oleh banyak lagi siri lompatan seterusnya.

Selanjutnya, apa yang sedang diheboh-hebohkan sebagai “lawatan sambil belajar” ke Taiwan adalah indah khabar dari rupa.

Rombongan Ahli Parlimen BN yang berada di negara berkenaan sejak dua hari lalu tidak mempunyai apa-apa jadual dan program sebagaimana dijangkakan.

Ahli-Ahli Parlimen wanita hanya menghabiskan masa dengan membeli-belah. Kebanyak ahli yang lelaki pula hanya berbuat apa sahaja yang mereka fikirkan perlu.

Saya mempunyai beberapa maklumat terkini mengenai kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi, biarlah maklumat ini saya rahsiakan buat sementara waktu.

Apa pun, siri lompatan ini dijangka berakhir dengan satu klimeks yang lebih menggemparkan dan di luar jangkaan ramai kebelakangan ini.

Oleh itu, sama-samalah kita nantikan saat dan ketika itu dengan penuh sabar. – Ruhanie Ahmad

41 comments:

Conspiracy Theorist said...

Salam Bro Dato,

u meant d toppling of d UMNO Presie by The Three Musketeers??..heheh..wat can I say..(",)

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li!!

Unknown said...

Jika diandaikan kita berada dalam sebuah kampung dan dalam kampung tu hanya ada sebuah kedai runcit, monopoli dan menjual harga barngan sehingga mencekik darah, berniaga sehingga 52 tahun masih tidak penah fikirkan nasib pembeli di kampung. Maka sudah tentu kesemua penduduk kampung tu akan mengharapkan pembukaan kedai baru yang lain,walaupun harga lebih mahal dari kedai yang lama, tetapi kerana geram dan amarah kepada kedai lama yang tak pernah fikirkan hatibudi orang kampung yang telah lama membeli dan berjasa kepada kedai lama. Jadi kedatangan kedai baru sangatlah dialu-alukan

ramziredang

Tayadih Maysia said...

salam datuk,


Satu kejutan besar? berdebar menanti kejutan tersebut....

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

adakah kejutan yang dimaksudkan seperti yang ditulis dalam siasahdaily.blogspot.com?

manja98 said...

pendedahan yang mengejutkan ..

selama ni umno menafikan isu ni..

biar betul datok ....

dan kajang said...

As'kum Datuk,
Berita yang baru Datuk sampaikan adalah sangat menarik tapi menakutkan.Secara peribadi saya berharap ia tidak berlaku.
Bagi saya jika ia benar2 berlaku maka akan menjadi suatu malapetaka bagi negara kita.Bayangkan jika ini berlaku maka kita lihat bahawa tindakan melompat-lompat parti ini akan menjadi budaya baru bagi negara kita.Saya percaya selepas itu negara kita tidak menjadi stabil lagi samada dari segi politik mahupun ekonomi.Kita akan sentiasa mempunyai sebuah Kerajaan "Sementara".Wakil Rakyat yang kita pilih akan menjadi seperti barang komoditi yang akan menunggu tawaran harga terbaik untuk melompat parti yang menawarkan harga terbaik.
Akhirnya kepimpinan sesebuah parti itu tidak ada kerja lain kerana terpaksa menatang dan menjaga kebajikan Wakil Rakyat milik mereka sahaja.Justeru kebajikan rakyat dan negara akan menjadi keutamaan nombor 8.Tatkala itu tidak mustahil Malaysia akan musnah dan menjadi seperti keadaan negara ketiga di Afrika.
Oleh itu saya berharap dan berdoa agar Wakil Rakyat yang berhasrat melompat parti agar bermuhasabah dan berfikir semasak-masaknya agar tindakan anda tidak akan memusnahkan masa depan negara dan genarasi akan datang.

sinarpru13 said...

.... sebelum ni saya ada tanya dengan org kuat Khairy Jamaludin. Dia kata semua tu khabar angin. Jangan percaya.
...
Tapi,.. bila difikir, memang semua yg dah jadi realiti pada awalnya hanya Khabar Angin'
...
5 negeri dirampas... khabar angin, DSAI menang besar... khabar angin,
..
sama sama kita nantikan... bagaimana apabila UMNO/ Be End memnjadi pembangkang ...

pak tam said...

Salam ta'zim

lompat parti bg saya, tidak mencerminkan kematangan dalam politik msia, kerana ia akan menimbulkan

- tidak menghormati atau langsung tidak menghargai undi rakyat yg telah mengundi mereka , semasa mereka di dlm parti lama.

- apabila rasa curiga atau kurang puas hati dgn kepala parti, tidak mustahil akan berlaku2 tiap2 bulan MP lompat parti... jadi apa kesudahannya kepada kebajikan rakyat.

- bagaimana dgn kesudahan sistem pentadbiran negara, negeri sehingga akar umbi, akan silih bertukar ganti, sehingga akan merumitkan rakyat.

Jadi bagi saya lompat parti ini adalah tindakan yg pengecut , yg akan mementingkan diri sendiri saja... so cadangan saya....biarkan pilihnrya rakyat menentukan nasib untung ahli2 Yg Berhormat @ berkhidmat....

ZBO said...

Datuk,

Lain macam betul beberapa ayat terutama diperenggan terakhir tu....saya percaya datuk bukanlah seorang yang kurang dari segi resources....harap telahan datuk ni menjadi reality....kita tunggu dan lihat....

Salman Madani said...

Salam,

Sementara menunggu dengan lebih pasti apa yang mungkin berlaku, saya hanya hendak melontarkan pertanyaan: ke mana agaknya arah perubahan yang akan berlaku dalam politik kita?

Mungkin ke arah "ketuanan rakyat", dan mengenepikan "ketuanan Melayu"?

Adakah "ketuanan rakyat" itu sama ataupun berbeza dengan "Malaysian Malaysia"?

Entahlah, barangkali belum ada huraian dan perbincangan yang jelas dan jitu.

Unknown said...

"Tiada gunanya kerajaan baru yang ditubuhkan secara pintu belakang seperti kerajaan Anwar 16 September. Ini adalah kerana penubuhannya adalah disebabkan kerakusan Anwar untuk jadi PM dengan menggunakan politik wang yang kotor iaitu dengan membeli wakil-wakil rakyat BN.

Anwar menawarkan sejumlah wang yang sangat banyak kepada setiap wakil rakyat yang sanggup tinggalkan BN. Jadi, jika perkara ini benar, maka ini menunjukan dengan jelas bahawa kerajaan Anwar tertubuh atas sebab politik wang. Macama mana beliau nak membanteras rasuah jika beliau sendiri yang melakukannya semata-mata untuk menjadi PM?..."

web admin said...

sapa yang nak melompat tu datuk...plz info kat kerabubersuara.blogspot.com

Unknown said...

datuk,

sebagaimana saya ingin sangat melihat orang-orang yang tidak amanah disingkirkan daripada kerusi pemerintahan, tapi bila difikirkan semula orang-orang yang masih lagi memegang peranan (MP-MP semua) masih lagi daripada golongan pemakan rasuah.

baru semalam saya terbaca perenggan berkenaan sahabat nabi, abu dzar r.a, yang memerangi golongan pemerintah yang suka mengumpulkan harta untuk diri sendiri, yang pentingkan diri sendiri. nama abu dzar memang cukup digeruni oleh golongan tidak amanah ini. saya rasa buat masa ini, kita perlukan tokoh seperti abu dzar. sorang yang berpegang pada katanya. seorang yang ada prinsip.

tidak seperti lalang. MP-MP sekarang banyak yang sudah jadi lalang. kalau lalang belakang rumah, sudah lama kita racuni. biar semua mati.

nampak gayanya, pertempuran adalah sengit.

karepu said...

Perubahan Kerajaan walaupun melalui pintu belakang telah menjadi aspirasi rakyat. Kenapa hanya sekarang kita berbicara tentang "pintu belakang" pada hal srtrategi tersebut telah lama di gunakan oleh umno baik di Kelantan, Sabah malah lompat parti yang berlaku selepas pilihanraya 1969 lah yang telah membawa kepada Kerajaan BN selama ini. Aspirasi rakyat akan tetap menang.

mimbarUMNO said...

Salam,
Secara peribadi berharap perkara ini tidak berlaku.Harap Paklah letak jawatan jangan tunggu tahun 2010.Akui sahajalah kegagalan beliau,jangan masih terbuai mimpi2 indah kemenangan semasa PRU11 2004 Yyg lalu sebab ramai yang tahu PakLah kuat tidok.sebab tu masih dibuai mimpi-mimpi indah.UMNO perlukan transformasi untuk kembali meyakinkan rakyat.Paklah LEMAH tiada JATIDIRI UMNO sebab kenakan hukuman pada Datuk Ahmad Ismail.Jangan biarkan si Anwar kembali bertakhta kerana dia bukanlah pejuang Melayu sejati tetapi parasit yang memusnahkan bangsa sendiri kerana cita-citanya!

prachai said...

bak kata pepatah puteh:

"Extraordinary times demand extraordinary measures"

Apakah kita sanggup menunggu 4 tahun lagi dan membiarkan bahtera yang bernama Malaysia menempuh ombak di lautan luas tanpa seorang nakhoda kapal?

Jadi alternatifnya jelas sekali.

mad said...

politik malaysia semakin hari semakin menarik. lebih banyak plot twist dari tv soap drama malaysia dan indonesia. tak sabar nak tunggu cliffhanger seterusnya....

mad said...

jefri menulis:

"Anwar menawarkan sejumlah wang yang sangat banyak kepada setiap wakil rakyat yang sanggup tinggalkan BN. Jadi, jika perkara ini benar, maka ini menunjukan dengan jelas bahawa kerajaan Anwar tertubuh atas sebab politik wang. Macama mana beliau nak membanteras rasuah jika beliau sendiri yang melakukannya semata-mata untuk menjadi PM?..."

- dimana tuan jefri dapat maklumat anwar menawarkan wang kepada mp utk lompat parti. tuan jefri jgn cuba nak menabur fitnah tanpa ada bukti. kalau umno/bn memang tak hairanlah, semua org sudah maklum taktik umno/bn yg memang perasuah tegar. contohilah blog raja petra yg siap melampirkan bukti seperti dokumen laporan kesihatan dari dr. mohd. osman berkenaan kes liwat saifool atau sd beberapa individu mengenai kes altantuya. dokumen2 ini diakaui ketulinan oleh individu yg terbabit. tuan jefri cuma cakap kosong saja. mungkin tuan jefri dapat maklumat dari utusan malaysia atau berita harian...

Pemuda Malaysia said...

Kerajaan BN masih kukuh...
InsyaAllah...

stylo-kiddo said...

Lompat Katak ? Lompat Jauh ? Lompat Tinggi ? Lompat Tikam ? Lompat Parti ? Lompat Si Katak Lompat.......

Awang Maya said...

Macam mana orang seperti Dato' turut termakan dengan cerita tentang perihal angan-angan dan cita-cita besar seorang pesakit mental yang bernama Anwar Ibrahim ini. Jangan takut, ianya tidak akan terjadi. Kalau adapun hanyalah sekerat dua yg melompat tetapi tidak sampai peringkat AI menubuhkan kerjaan baru. Dato'....Dato'..oh lupa...Dato' dulu pernah jadi wartawan kan...oh patutla....wartawankan memang dahagakan cerita sensai.Selamat berpuasa Dato' :-)

Hj.Mat said...

Salam Datuk, semuga ceria selalu dibulan puasa ini.
Saya mendengar berita dari datuk ni suka pun ada duka pun ada,
suka dengan kerajaan baru semuga yang lama tu mendapat keinsafan segala tindak tandok mereka yang lampau,
duka yang baru takut mereka jadi seperti orang kudong dapat cincin.
Sekian dan salamat berhari raya datuk.

Salman Madani said...

Salam,

Kita tidak boleh mengharapkan bahawa perubahan politik akan sentiasa berlaku dalam keadaan tenang, teratur dan "mengikut pintu depan" selama-lamanya.

"Permainan politik" tidaklah sentiasa begitu.

Siapa menyangka pada tahun 1998 dahulu Anwar boleh dilucutkan dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO dengan cara yang paling mengaibkan dan paling "kejam"?

Tapi itulah permainan politik, apabila Mahathir menganggap Anwar sudah tidak boleh dipercayai dan "menikamnya dari belakang".

Sekiranya benar ada MP BN yang akan melompat ke sebelah Anwar, walau apapun sebabnya, saya kira itu pun satu "permainan politik" yang wajar-wajar saja.

Kita jangan lupa pada tahun (1961?) dahulu, Perikatan pun pernah membeli ADUN PAS untuk menumbangkan kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Daud Samad.

Jadi apa yang akan dilakukan oleh Anwar (jika betul berlaku) sebenarnya sudah pun dilakukan oleh Perikatan kira-kira 47 tahun yang lalu.

Di sini tidak timbul soal rakus, ikut pintu belakang dan sebagainya.

Yang penting ialah "matlamat" untuk mendapatkan kuasa. Dan untuk mencapai sesuatu matlamat,apa saja cara yang "sah" dan tidak bertentangan dengan undang-undang tentu boleh digunakan.

Itulah permainan politik dalam era reformasi, yang kebetulan tercetus hasil tindakan Mahathir juga!

http://salman-madani.blogspot.com

Unknown said...

Hanya jangkaan saja. Belum jadi kenyataan lagi.. Beranganlah kau Anwar nak jadi PM...

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Saya do'akan akan ada kerajaan persekutuan baru. Apa yang nak di takut-takutkan?

Sekarang economics turndown is the right time to have control chaos. Anwar pun tahu itu; dan ongkos yang diperlukannya untuk menjayakan proses ini pun telah sedia ada dan cukup.

Tun Mahathir pun tak akan dapat bantu UMNO banyak. I am not sorry, TunM, saya mengaminkan Anwar and co tumbangkan kerajaan persekutuan BN dengan sebaik-baik amin.

Ini malam Jumaat Sdr Ruhanie.

kamarulzaman ahmad said...

Datuk,

kita di sini menunggu sahaja.

Jangan Datuk pulak yang berpaling dari UMNO nanti, sudah la. Kelak kami disini sumpah Datuk.

Selamat.

Fauzi said...

Assalamualaikum Dato',

Pertama...saya PERCAYA apa yg Dato'
katakan itu..

Pendapat saya lebih baik kerajaan
sekarang adakan semula PRU...

Biar rakyat yang tentukan pemimpin..
kempenlah...macam mana pun asal dapat menambat hati RAKYAT...

Kedua..saya minta Dato' kembali
semula ke Arena Politik...ws

wira said...

Datuk Ron, cuba kita bayangkan:

1. Majlis Hari Raya ini disambut dengan pengumunan barisan kabinet baru dengan PM yang kita sedia maklum.

2. Negeri negeri yang dipimpin oleh kerajaan pembangkang adalah Johor, Pahang, Trengganu, Perlis, dan Melaka.

3. Percakaran minda antara kita mungkin akan reda. Blog Blog pun mula reda. Isu isu sensitif menjadi gurauan masyarakat dan menjadi slap-stick.

4. Persekitaran sosial dan ekonomi kembali reda menjelang akhir tahun 2008.

5. Semua kembali aman dan perniagaan berjalan dengan baik dan mungkin lebih aktif lagi kerana keyakinan pelabur pelabur luar negara terhadap pemimpin yang baru dilantik.

6. Persekitaran perniagaan mungkin kembali aktif seperti yang berlaku ditahun 1994. Era baru bagi Malaysia mungkin bermula kearah negara maju dalam masa 10 tahun dari tahun 2010.

7. Sayang sekali, sayang seribu kali sayang, saya dan kawan kawan kampung saya masih lagi ditakuk lama; masih lagi terpinga-pinga dan tidak lagi dapat bersaing didalam arus negara menuju negara maju. Saya akan menangis kerana anak anak saya serta cucu cucu saya masih lagi bertungkus lumus mencari cari ditanah lahir mereka sendiri.

superbmadlin said...

Kenapa UMNO takut sangat Hilang kuasa???

inderaloka said...

Salam hormat Datuk,

sesungguhnya tiada hijab yang menghalangi doa orang yang teraniaya. Lihat saja apa yang berlaku kepada orang-orang yang menganiaya DSAI dahulu. Mereka seolah-olah lupa bahawa Allah s.w.t berkuasa menjatuhkan orang-orang yang Dia kehendaki. Mungkin semasa dipenjarakan, DSAI telah berdoa agar Allah s.w.t menjatuhkan kerajaan yang zalim - yang telah bersubahat menganiaya beliau hanya kerana tamakkan kuasa, pangkat dan harta kekayaan.

Berita mengenai 'lawatan sambil belajar' ke Taiwan yang tidak mempunyai jadual program (jika benar), adalah tidak mengejutkan kerana sedari awal, niat perancang utama lawatan tersebut telah terpesong sejak awal lagi. Tergamak mereka menipu rakyat. Mampukah orang yang merancang lawatan tersebut bertemu setiap rakyat di akhirat kelak untuk meminta maaf kerana telah berbohong kepada rakyat? Atau bagi mereka, berbohong sudah menjadi satu kebiasaan.

Tak Sungguh Tak Kata

inderaloka said...

Saudara Jeffri,

benarkah dakwaan saudara itu? Apa bezanya dengan rasuah yang berlaku dalam pemilihan UMNO di semua peringkat sehingga orang-orang yang menang melalui rasuah ini menjadi pemimpin-pemimpin?

Tak Sungguh Tak Kata

Grandpa Joe said...

Saya ingat Dato buat lawak bodoh!

Unknown said...

Ya, memang proses melompat bermula hari ini tapi yang melompat tu hanya katak-katak pisang saja. Mereka hanyalah pemimpin bagi peringkat DUN saja, bukan wakil rakyat. Itu adalah perkara biasa...

matdeboq said...

Salam Datok,
Jika tiada apa2 yang menarik atau sesuatu langkah yang boleh menambat hati rakyat berlaku dlm masa yg. singkat ini..maka UMNO-Pak Lah akan berkubur bersama sama mereka yg. seAngkatan dengan nya.. Dan saya pun merestui nya..
Dan juga untok UMNO kembali Perkasa seprti dulu-dulu... nampaknya..Pudar dan pudaq sekali!!!
Saya pengundi kawasan Bkt.Gantang,Perak..Kalau dimasa PRU-PRU yg.lepas sebelum PRU12..Kawasan ini kubu kuat UMNO/BN. Depa boleh yakin meletakan sapa-sapa depa suka..Hitam ke..Putih ke.. malah TUNGGOI sekali pun,depa yakin menang.
Sehinggakan bergaduh sesama sendiri kerana calon tu calon ni..Tanpa mengambil kira hasrat orang2kawasan tempatan...main suka depa saja!!
Tapi di PRU-12 yg.lepas.. barulah depa ada akai..!
Bukan kawasan saja..dgn negeri sekali depa sapu pi...!!! Tuu pun, la ni masih tak sedaq lagi.. dok syoq sendiri UMNO-Pak Lah ni!!
Kami ni pengundi atas pagaq masih ada rasa simpati kat UMNO/BN..Tapi kalau keadaan dok macam laa ni...nampak gaya biaq lah depa perintah Perak .
Lagi pun suasana waktu laa ni diPerak ada positif nya daripada kerajaan Tajol Rosli yg lalu..!!
Ada sikitlah calaq, cacat tu biasa laa orang baru ... yang bawaq.!!!
Ada betoi jugak macam kata sikawan kita..si ramziredang..!!
Kepada Datuk Ron dan keluarga ..selamat berpuasa dan menyambut Raya...Bahagia hendak..
Matdeboq Teypin.

special task force said...

kesilapan paklah ialah membenarkan ahli parlimen BN ke Taiwan. Ia memudahkan usaha anwar untuk mengajak mereka lompat parti. seperti anak kambing yang keluar sarang, kalau dalam kandang senanag sikit nak kawal kalau dah kat taiwan lagi susah nak kawal mereka. kadang2 saya pelik bagaimana PM dan TPM berfikir. ????????

ibnu a rahman said...

Salam Dato',
Kita semua perlu ambil reaksi 'tunggu dan lihat!'. Kita mestilah faham dengan tindakan pembangkang yang sememangnya berusaha membentuk sebuah kerajaan baru jika berpeluang. Mereka ingin membuktikan bahawa mereka bakal mentadbir dgn lebih baik.
Peluang yang terbuka ialah kerana ada sebahagian Ahli Parlimen BN yg mau menyertai bahtera PR kerana kepimpinannya yg menarik hati mereka.
Kerana niat ingin melakukan perubahan membaiki pentadbiran negara ini demi ketuanan rakyat, saya fikir hasrat AP BN tersebut adalah baik dan perlu dialu2kan oleh pengundi seperti kita.
PR telah menjanjikan PRU 13 lebih awal untuk membuktikan ketelusan mereka..Buang mereka jika kita mereka tidak layak mentadbir!!.

R@duan said...

Dato,
Seperti ramalan Dato, kami rakyat bawahan ada juga menerima berita berhijrah parti untuk kebaikan rakyat dan negara (bukan lompat seperti orang ramai sebut). Pada awalnya saya juga agak terkejut apabila mendengar beberapa nama veteran UMNO dan wakil rakyat yang dinamakan. Namun seperti dato, saya juga menunggu dan melihat benar atau tidak hal tersebut....
Tun D M juga dikatakan akan segera masuk UMNO semula untuk meyekat veteran UMNO itu dari bertindak berhijrah parti.
Apa pun ini hanya ramalan sahaja.
Allah juag menentukan segalanya.

Unknown said...

Salam Datuk,

Maaf lama dah tak muncul di blog datuk. Selamat Berpuasa Datuk. Mudah-mudahan berkat bulan ramadan ini, angin perubahan segera melakarkan sejarahnya. Kami sudah menunggu agak lama, bilakah PM baru yang membawa perubahan ekonomi dan pembangunan negara akan muncul. Bila ptut kita count down detik itu?
Jika tidak ada perubahan, maka rakyat akan gelisah menanti. Kita perlu tunggu perubahan kedua dan menanti keputusan Tengku Razaleigh dan Tan Sri Muhyiddin membentuk pakatan baru utk membawa perubahan dalam UMNO dan pemerintahan negara.

Semut Api said...

Saya lebih suka kalau Dewan Rakyat buat usul tidka percaya kepada Perdana Menteri dan kalau mereka menang, Parlimen dibubar oleh YDP Agong. Satu pilihanraya baru dibuat dan tentukanlah samada pengundi memilih Pakatan atau tetap dengan BN.

Sebab ahli parlimen yanga da sekarang dilantik oleh rakyat berdasarkan kepada parti yang mereka wakili ketika itu. Kalau ahli parlimen sesuka mengubah haluan, nampak sangat kurang ajar dengan rakyat.

Unknown said...

USAH DUK MELALUT WEH....DULU MASA DEMO PROTES PUN, NUAR ADA KATA 4 EKOR NAK LOMPAT....MANA DIA ???

Unknown said...

Kalau layan cakap Anwar ni, sampai bila pun tak habis. Tak payah berharap sangat.