Tuesday, September 02, 2008

PM JEPUN LETAK JAWATAN

TOKYO 1 Sept. – Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda, mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta malam ini, selepas menghadapi jalan buntu berdepan krisis politik dan perbalahan dengan pembangkang.

“Hari ini, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Kita perlukan satu pasukan baru untuk mengendalikan dasar di Parlimen,” katanya ketika mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Fukuda, 72, bagaimanapun, tidak menyebut tentang pilihan raya baru, bagaimanapun keputusannya itu membuka jalan kepada pemilihan kepimpinan baru dalam parti pemerintah itu. – AFP

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

27 comments:

politica said...

Abdullah Badawi patut contohi PM Jepun. Perlu berhenti segera kerana rakyat Malaysia dah jelak dengannya.

Berita dari gunung said...

Jepun ada tradisi sendiri. Harakiri adalah kemuncak kepada harga diri.

Dunia Melayu ada contoh lain. Raja memerintahkan Hang Tuah dihukum bunuh. Bendahara menyedari permainan politik dan menggunakan pertimbangan sewajarnya.

Seorang penyelidik terkenal diUK suatu masa dahulu mengambil nyawa sendiri, bila wabak mula merebak dari makmalnya.

Bunuh diri dan harakiri bukan isunya. Kemelut perlu diberhentikan. Ada orang perlu tampil menyatakan rasa tanggungjawab. Keadaan akan kembali tenang dan selamat.

Ada yang menyangka, watak penyelamat ada pada muka sendiri, lantas terus mahu keras terpacak melakukan sesuatu. Kita tidak betul sepanjang masa.

Sejarah Melayu tidak ada harakiri. Namun kita ada watak Raja, Bendahara, Hang Tuah, Hang Jebat dan Raja Mandaliar untuk penghayatan.

Tun Teja dahulunya adalah habuan perang. Cinta Hang Tuah tidak menghakis taat setia pada Raja sendiri, tetapi Raja tetap gelisah dengan saingan dari hulubalang sendiri.

Bulan Puasa, Bulan Merdeka belum pasti melenyapkan gelojoh merebut habuan perang. Dalam negera ini, habuan perang ialah jasad Melayu yang perlu dikerat-kerat, juga kerak-kerak ekonomi dan tampuk pada buah berkulit hitam, bukan manggis tetapi KUASA.

Selamat Berpuasa.

JJ said...

Kerajaan yang mempunyai pemimpin bermaruah adalah kerajaan yang faham akan tanggungjawab dan berani mengambil tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat. Sekiranya ia gagal berbuat demikian, alternatifnya adalah meletak jawatan dan biarkan pemimpin lain mengambil alih pemerintahan negara.

Di negara yang berdaulat seperti Jepun, rakyat tidak perlu mengingatkan kerajaan tentang tanggungjawab mereka kerana jika berlaku sesuatu penyelewengan dalam jentera kerajaan atau apabila kepercayaan dan keyakinan rakyat semakin terhakis, pemimpinnya dengan rela hati akan melepaskan jawatannya. Tiada kompromi, tiada 'grace period' untuk kerajaan yang sudah lemah. Jepun bukan sebuah negara Islam tetapi keikhlasan serta ketelusan kerajaan dan kepemimpinannya lebih Islam daripada kerajaan kita yang mengaku Islam!!!

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

PM Malaysia tak faham lagi!a

King-Fx said...

Jepun sebuah negara yg sgt BERMARUAH.

Yang peliknya walau dah bertukar PM entah yg ke berapa kali, tetapi adakah ekonomi Jepun terjejas?

Jadi Mitos yg mengatakan hanya BN shj mampu memerintah adalah PENIPUAN yg nyata.

band0tue said...
This comment has been removed by a blog administrator.
band0tue said...

Datuk,

Pemimpin Jepun terkenal dengan prinsip mereka dan sangat berprinsip!

Pak Lah kita tak faham pun prisip dia. Yang pasti kita tahu prinsip orang keliling Pak Lah tak mahu di letak jawatan!

Jadi kalau begitu mungkin Pak Lah jenis manusia takde prinsip atau prinsip hidup dia ikut apa prinsip orang keliling dia le.. (berbelit2 sikit ye).

Sila komen tulisan saya diblog;

http://nawawidahalan.blogspot.com/
http://coretanhamba-nd.blogspot.com/
terima kasih, ampun maaf.

Al-Yasar said...

Salam,

Kedudukan PM Jepun agaknya sudah begitu "lemah". Jadi memang wajar dia meletkkan jawatannya.

Kedudukan Abdullah, PM kita jelas tidak sama.Abdullah masih mendapat kepercayaan daripada MT UMNO, Kabinet dan juga Ahli Parlimen BN.

Rakyat mungkin banyak yang "jelak" dengan Abdullah. Tapi mereka tidak berani bersuara dan tidak bertindak apa-apa.

Jadi Abdullah mungkin merasa dia disukai dan dikehendaki.

bangzaf said...

Masalahnya Dollah Badawi bukan orang Jepun...

Sang Rajuna said...

Salam,

Memang tradisi dan budaya politik kita tidak sama dengan tradisi dan budaya politik negara lain, seperti Jepun.

Di sesetengah negeri, kita biasa dengar, apabila kapal terbang jatuh, Menteri Pengangkutan negeri itu pun akan meletakkan jawatan!

Tapi di Malaysia, hal seperti itu tentu tidak berlaku.

Pemimpin Malaysia, yang barangkali tidak mempunyai tanggung jawab moral yang tinggi, mahu terus bergayut pada jawatanya, walaupun ada desakan yang semakin nyaring supaya dia berundur dari jawatannya.

Jadi kalau kita bandingkan PM Jepun dengan PM kita, saya pun tidak tahu adakah PM kita mahu berundur segera atau hanya mahu berundur dua tahun lagi, itupun kalau tidak ada apa-apa perubahan?

Unknown said...

hendak buat perbandingan antara budaya orang Malaysia dan Jepun memang sangat berbeza walaupun Malaysia dan Jepun didalam satu gagasan Asia.

Jepun tahap displin mereka amat tinggi.walaupun ada mereka yang tidak beragama tetapi kebanyakan mereka displin mereka amat tinggi.

tetapi perletakan jawatan dan harakiri bukanlah jawapan buat segala masalah.masalah patut diatasi dan bukannya kita lari dari masalah.

perletakan jawapan adalah salah satu cara tapi tidak semestinya ada jalan penyelesaian yang terbaik.kalau pemimpin sering berhenti dan silih berganti tetapi masalah yang sama masih tetap wujud masih tiada gunanya.

Mr Zam said...

Pak Lah sepatutnya mencontohi PM Jepun yang meletakkan jawatan....

Al said...

Salam Datuk & All …

Just to highlight all readers even here at home as we speak more troubles are brewing up within the UMNO circles moving into the coming party election/nomination. Taking this from BN’s own print-media … just to prove that there’s no fabrication nor coax stories coming from bloggers & its readers. In today's Star ... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/2/nation/22221110&sec=nation
This was Segamat … while Friday one was in Seremban. Going to be a ‘domino effect phenomena?’ More & more will come up?
Things are not right … rotten to core … & beginning to blow up in to the surface. It’s getting exciting … going to be even more exciting people … why don’t we all wait to see what PM & DPM will say about all these commotions … Hopefully all these alarms & signs will wake our sleepyhead-&-blur primero uno! If not … may be have to try with C4 … no directly to him lah … hello we are civilized bunch of people … no just to wake him up and face reality!

si_pahu said...

Bagaimana negara kita nak maju macam Jepun sedangkan nak tukar pemimpin pun di sekat? Tak teringinkah kita untuk maju seperti mereka?

Minda kita dijajah oleh bangsa sendiri. Cepat termakan budi. Jika ada pertukaran parti pemerintah negara, pasti wujud saingan yang sihat. Masing-masing akan buktikan untuk menjadi parti yang benar-benar memberi perubahan taraf kehidupan rakyat.

Kalau tak bertukar, macam mana nak ada persaingan. Kalau sukar nak kejar taraf negara Jepun, dapat kejar taraf negara Korea pun dah cukup baik. Mereka berani bertukar pemimpin. Cuba cara memilih Perdana Menteri seperti di negara mereka. Rakyat yang undi secara terus, bukan atas pemilihan parti.

Nasionalis said...

Kalau Dolah paham, saya sedekah pisang kat surau.

fik017 said...

mmm....PM jepun dh letak jwtan..ok.
tapi kenapa pak lah bdwi x mau mau letak jwtan PM ?...
kenapa yer... smua org tau...x ptut nk d herankan pun... dia akan cakap 'masa belum tiba'... hehehe..

fik017 said...

salam..
agaknya pak lah tak tau kot yang PM jepun dh letak jawatan..!!! sapa-sapa tolong khabarkan pd pak lah... ok.... wa chau dlu..

fik017 said...

SALAM..
I think ... Pak Lah Bdawi tak tau yang PM Jepun dh letak jawatan..
Saper2 leh tolong bgitahu Pak Lah pasal ni...
OK... Selamat Berpuasa.

Nostradamus said...

Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.

Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit dari tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.

Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.

Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keugamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.

Undang-undang digubal dan diluluskan sewenang-wenangnya di Parliamen untuk mengubah idealisma yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan menutup muslihat agenda parti dan individu. Memang betul diperkatakan Malaysia mengikut peraturan proses demokratik seperti yang dipraktiskan kebanyakan negara-negara barat semasa pilihan raya (walaupun tercemar tetapi tidak terbukti). Tetapi, selepas sahaja diberikan kepercayaan dan dipilh sebagai pemimpin atau wakil rakyat, idealisma persendirian dan parti mengantikan idealisma nasional dan personaliti Jeykll dan Hyde timbul kembali untuk diulangi pada setiap pilihan raya besar dan kecil.

Rakyat Malaysia telah dipimpin secara tersesat sekian lamanya sahingga apa yang benar dikaburkan, apa yang salah ditoleransikan, apa yang jahat ditutupkan, apa yang adil disebut sebagai tidak adil, apa yang tidak bermoral dijadikan bermoral dan korupsi dan tutup sebelah mata menjadi-jadi dan perlu diterima sebagai kehidupan harian kita. Iri hati, kebencian, ketamakan, perkauman, perampuk dan sifat setan mulai membiak di minda rakyat Malaysia dan sahabat, kawan dan rakyat Malaysia sejagat diperlihatkan sebagai musuh dan manusia tidak setanding. Sekali sekala, pemikiran seperti ini dilontarkan kepada negara asing yang tidak sebangsa dan seugama sendiri.

Minda dan jiwa rakyat Malaysia telah dicemari dan diracuni bertahun-tahun lamanya sahingga ternampak macam Malaysia sahaja yang paling betul dan kita harus memerintah dunia mengikut acuan kita. Contoh negara-negara yang mengikut Malaysia ataupun yang kita mengikut
mereka adalah seperti Korea Utara, Zimbabwe dan Israel. Apakah justifikasi yang boleh diberikan kepada generasi sendiri ataupun generasi rakyat Malaysia yang akan datang tentang apa yang kita buat kepada manusia sejagat terutama kepada rakyat Malaysia sejagat adalah betul dan adil padahal ia dibuat atas pengorbanan dan sengsaraan manusia sejagat iaitu rakyat Malaysia sendiri.

Bolehkah kita memperkatakan, saya melakukannya demi menurut perintah dan arahan Tuhan atau agenda politik parti? Siapakah yang memberikan kamu inspirasi dan idealisma tersebut? Jangan sekali-kali mengampuni minda dan ketamakan sendiri atau menumpang diatas minda dan ketamakan orang lain. Jangan memetik dan memilih dalam kitab-kitab Tuhan atau Undang-undang manusia untuk menjustifikasikan atau menyesuaikan mengikut idealisma dan kehendak minda kamu yang tersongsang. Kamu boleh menipu yang lain atas kejahilan atau emosi mereka pada masa tertentu tetapi tidak akan dapat menipu suara hati manusia atau anak sendiri dan barangkali suatu hari nanti diri sendiri apabila nur cahaya mendatangkan kepada kamu.

Keberanian mengubah yang tak betul di Malaysia untuk mencapai idealisma bapa-bapa pengasas negara tidak mustahil. Kebanyakan rakyat Malaysia telah membangkit dan sedar bahawa masa hadapan negara akan ditentukan oleh warganegara sendiri melalui suara hati mereka dengan panduan kepercayaan kepada ugama masing-masing untuk hidup berharmoni dan produktif secara betul dan tidak mengikut acuan politik, perkauman atau keugamaan yang dikutbahkan.

Agenda parti dan persendirian tidak boleh diutamakan berbanding idealisma dan harapan bapa-bapa pengasas untuk semua rakyat Malaysia. Ugama dan prinsip-prinsip adalah panduan kepada suara hati kamu untuk menentukan sesiapa yang menjadi pemimpin tidak mengsongsangkan rakyat Malaysia ataupun masyarakat.

Kerana pada akhirnya, apa yang adil dan benar tentu diutamakan oleh setiap pemimpin ataupun agenda parti masing-masing.

Adakah Wakil Rakyat kamu ataupun Kamu! mempunyai Keberanian?

http://patek1472.wordpress.com

Unknown said...

Kalau Pak Lah letak jawatan, adakah yang menggantikan beliau boleh mengubah senario pemerintahan di Malaysia?...

Unggal said...

Salam Ramadhan Datuk...
PakLah is not alone. He has Mr.Samak - PM Thailand to support him. I am praying that rakyat Malaysia will not riot..

Semoga Ramadhan Al-Mubarak menambah Ketaqwaan dan Kedamaian pada Datuk dan family.

Mika Angel-0 said...

Apa yang akan berlaku di Pulau Muitiara, Sdr Ron? Itu sepatutnya pertanyaan saya setelah membaca cerita posting anda kali ini.

Terima kasih kerana sudi kongsi berita ini.

Bagaimana pula dengan berita ini:

SCOTLAND LETTER
Taking the 'United' out of the United Kingdom

By Graham Bowley Published: September 1, 2008

...Such brash Scottish agitation has begun to stir proud feelings in English breasts, just as it did in my own when confronted with my relative's patriotic zeal, and novel English flag-waving groups such as Campaign for an English Parliament have been born south of the border.

Yet for all the rhetorical facing-off, there are many practical obstacles before Scotland splinters from the United Kingdom. The first, said James Mitchell, professor of politics at the University of Strathclyde in Glasgow, is the difficulty the nationalists would face in getting legislation for a referendum through the Scottish Parliament, where they are still in a minority.

Then there would probably be a tortuous national debate about the terms on which independence would take place - everything from the sharing of Britain's national debt and the division of North Sea oil, to the possible withdrawal of Britain's nuclear submarines from the Clyde naval base.

Stuck in the middle of all of this is Gordon Brown, the British prime minister. A Scot himself, who represents a Scottish constituency, he presides over a country that is more than 80 percent English.

It is Brown's deep unpopularity amid tough economic conditions that has fueled the surge of the Scottish National Party in Scotland, just as much as any lust for independence, most analysts agree. Brown will face his next electoral test later this autumn in another Scottish district, where a further Labour defeat would be used by the nationalists as one more argument for a referendum...


Anda risau tentang kemungkinan Pulau Pinang mahu separuh kuasa Autonomy, Ruhanie Ahmad? Bukan sekarang. Mana tahu rakyat pulau ini rasakan dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan. Kenapa Bank Negara susah mahu bawa FDI yang disyorkan oleh orang Pulau Pinang?
Tak semua orang semestinya berkongsi gagasan Malaysia Baru walaupun mereka akan merayakan wujudnya gagasan Malaysia Baru.

(Di kota Bangkok seorang maut akibat pertembungan gerombolan yang pro kerajaan samak dan rakyat yang tidak suka samak.)
Fikir-fikirkanlah.

Unknown said...

Datuk

Abdullah tak akan rasa tersindir dengan posting ini. Dia dah tak sensitif langsung kepada tuntutan rakyat. Pemimpin macam ni merosakkan negara dan bangsa. Pemimpin macam ni bikin rakyat bingung dan putus asa. Sedihnya, dia tunjuk dirinya macam orang kuat agama. Tapi inikah cara hidup orang yang kuat agamanya. Sekarang terserah kepada kita semua apa yang perlu kita lakukan. Kita dah tak ada tempat nak mengadu. Harapan terakhir kita adalah Raja kita, Agong kita. Itu saja.

limado said...

Budaya harakiri memang tak ada dalam kehidupan kita. Tapi kita ada Allah SWT yang sentiasa memandu kita ke jalan lurus dan benar. PM kita seharusnya tau yang dia tidak lagi diyakini oleh kita semua. Dia sudah terbabas dari ikrar perjuangannya yang asal. Dia sudah banyak buat kesilapan. Dia izinkan dirinya dikuasai oleh anak dan menantunya yang gila harta dan gila kuasa.PM kita perlu berhenti untuk kepentingan rakyat, agama dan bangsa.

Unknown said...

Saya sependapat dengan Azam. Kalau ada harapan pada hari ini, harapan itu adalah di tangan Agong kita. Saya harap Agong kita prihatin soal penderitaan rakyat masa ini. Lagi pun, zaman Abdullah ni kedaulatan negara kita seakan-akan dah tergadai habis. Selamatkanlah negara kita dari terus tergadai.

Unknown said...

Dollah buka Iskandar Malaysia. Kawasan tu kawasan rizan air bawah tanah terbesar sekali di dunia. Kini kawasan tu kini dikuasai Singapura. Dollah tak fikir ke masa dia buat plan kawasan tu. Dia bangga kata itu hasil pemikiran dia sendiri. Jadi dialah yang kini gadaikan Iskandar Malaysia kepada Singapura.

Pulau Batu Puteh kita kalah, Dollah kata menang-memang. Kalau ikut cakap orang kampung, menang-menang kepala hotak sapa?

Selat Melaka dia buka kepada armada perang Amerika yang ulang-alik bunuh orang Islam di Iraq dan Afghanistan. Mana pernah terjadi macam ni dulu?

Kalau kita kata ini pengkhianatan kepada negara dan bangsa, Dollah marah. Rakyat suruh dia berhenti dia tak berhenti, Habis apa kita nak buat, nak jadi macam Thailand? Orang kita tak ada budaya macam Thailand!

Habisnya rakyat yang bingung dan tersiksa. Dollah buat tak tau semua macam normal je.

Mudah-mudahan di hari baik bulan baik ni akan terluang keinsafan di hatinya untuk berundur dengan segera.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Dato'

Ini baru pemimpin yang berhemah. Bila sedar dia gagal tangani masalah, dia letak jawatan dan beri laluan kepada pelapis.

Presiden UMNO yang juga PM Malaysia, sudah berjuta kali disuruh letak jawatan, masih merasa dirinya hebat..

Salam takzim