Saturday, September 13, 2008

MUHYIDDIN AKAN DIPECAT KERANA MENYATAKAN KEBENARAN?

Apa nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin bila beliau menjadi lidah kepada rakyat jelata dalam hal formula peralihan kuasa? Mungkinkah beliau akan dipecat daripada kerajaan dan UMNO?

Berita di bawah ini mungkinkah jadi preamble kepada apa yang mungkin terjadi ke atas Muhyiddin? Mungkinkah begitu? – Ruhanie Ahmad

SAMA ADA MUHYIDDIN LETAK JAWATAN ATAU DISINGKIRKAN, KATA ZAID

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zaid Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan kabinet, ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)...tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

"Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=358842

MUHYIDDIN TAK TAKUT RISIKO EKORAN KENYATAAN PERSOAL PELAN PERALIHAN KUASA

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan beliau sedia berdepan dengan apa jua risiko ekoran kenyataannya mempersoalkan proses pengunduran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2010 yang dianggapnya terlalu lama.

Katanya pandangan beliau agar pelan peralihan kuasa itu disegerakan adalah satu pandangan ikhlas berdasarkan kepada maklumat balas daripada banyak pihak yang telah menyatakan kebimbangan mereka tentang tempoh peralihan yang agak panjang itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri, berkata pandangan itu juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan Perdana Menteri sebaliknya beliau merasakan ia adalah satu tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang disuarakan oleh banyak pihak.

"Sebab itu saya tidak takut untuk menyuarakan walaupun orang kata saya mungkin menanggung risiko. Itu risiko tidak apa, yang penting saya kata apa yang harus kita lakukan.

"Saya telah berjumpa dengan banyak pihak, banyak badan setiap hari berhubung dengan saya, bertanya apa yang harus dibuat. Orang bertanya dengan saya apa akan jadi kepada negara kita. Mereka berasa bimbang, rasa takut," katanya.

Muhyiddin berkata sebagai pemimpin UMNO dan pemimpin dalam kerajaan, adakalanya mereka perlu berterus-terang walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan.

"Saya tidak kata saya tidak hormat keputusan Majlis Tertinggi. Saya juga tahu ada ramai pihak yang agak bimbang dan saya agak takut kalau hal sebegitu tidak saya suarakan kerana saya tidak melihat seorang manusia pun di Malaysia yang sanggup untuk menyuarakan sesuatu yang ramai merasakan sebegitu.

"Ini satu perkara yang bagi saya, adalah tidak baik. Apakah itu satu kesalahan? Saya serah kepada merekalah," katanya.

Muhyiddin berkata banyak usaha telah kerajaan lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat tetapi usaha itu kelihatan seolah-olah tidak diterima malahan situasi tidak bertambah baik.

"Ini satu kenyataan yang saya sebutkan, bukan satu pembohongan. Saya nyatakan apa yang betul. Itu terserah kepada pemimpin untuk terima atau tidak. Saya sudah jalankan tanggungjawab," katanya.

Muhyiddin berkata tindakannya membuat kenyataan itu ialah kerana beliau bukan seorang hipokrit.

"Sepanjang kerjaya politik saya, saya tidak pernah menjadi hipokrit. Saya cakap apa yang benar, dan yang benar itu kadangkala pedih. Tetapi hakikat itu tetap hakikat," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri dan MT untuk menimbang sama ada kenyataan itu tersasar ataupun tidak," katanya.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=358742

40 comments:

Anonymous said...

Nanti semua letak jawatan....
Zaid. First I heard he merajuk 'cos he was dropped and help PAS campaign in Kelantan. Then now, wow, penyokong Pak Lah + KJ 110%?

Unggal said...

Salam Datuk

Sebagai anak kawasan Pagoh, hari ini saya 'salute' TSM. Berani kerana benar. Alhamdulillah, TSM adalah anak Johor sejati menebus maruah UMNO Johor, lebih-lebih lagi mengemilangkan nama dan jasa arwah ayahandanya, Cikgu Mat Yasinm guru agama saya.

Ahli-ahli UMNO yang lain bila lagi...??

Salam perjuangan
....... Unggal

Semut Api said...

waaa... zaid ni dah jadi kaduk ni... melampau ni.. aku harap muhidin buat statement kat singapore tu bukan selepas dia mengadap kuan yew macam si rais...

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

saya tarik balik kata-kata yang menggambarkan tan sri muhyiddin sebagai pengecut dalam komen sebelum ini.

tabik hormat pada beliau...yang lain...?

dan kajang said...

As'kun Datuk,
Apa yang dinyatakan oleh TS Mahyidin memang memeranjatkan tapi amat baik bagi bagi Umno untuk menyelamatkan keadaan.Beliau adalah orang nombor tiga.Saya percaya ramai lagi ahli MT(kecuali yang kaki bodek)yang bersetuju dengan beliau tapi tidak berani bersuara.Kita tidak salahkan mereka kerana ingin menjaga kedudukan.Kita lihat apa reaksi Pak Lah tentang komen TS Mahyidin itu.Kita tidak tahu apa akan berlaku kepada TS Mahyidin selepas ini.Adalah seperti apa yang dicadangkan oleh Menteri kaki Bodek Zaid supaya dipecat?

Bagi saya segala cakap2 berani ini tidak akan berhasil selagi Pak Lah terus ego dan bergegil untuk menerima hakikat sebenar.Oleh itu, ahli MT Umno yang sebenarnya merupakan benteng terakhir boleh menyelamatkan senario politik yang maha kelam kabut ini.Mereka hendaklah ikhlas dan bersatu padu.Mereka bolehlah semasa mesyuarat MT yang terdekat ini membuat suatu usul 'Menasihat Pak Lah berundur atau melepas jawatan secara sukarela sebagai PERDANA MENTERI dengan segera dan seterus MT mencadangkan DS Najib atau TS Mahyidin menjawat jawatan itu selepas dapat endorsement MT BN dan perkenan Agong" atau "Menasihat Pak Lah mengambil cuti panjang mulai sekarang atau selepas hari Raya ini dan membenarkan DS Najib atau TS Mahyidin memangku jawatan itu".

Sebagai kompromi biarlah Pak Lah memegang jawatan Presiden Umno sehingga Perhimpunan Agung Disember ini.Untuk lebih molek lagi,nasihatkan Pak Lah supaya TIDAK menerima pencalonan sebagai Ketua Bahagian Kepala Batas pada Oktober ini dan sekali gus menolak pencalonan sebagai Presiden.

Cara ini adalah lebih tertib dan lebih berkesan lagi bagi Umno dan Pak Lah sendiri.Saya percaya rakyat selepas ini akan ingat Pak Lak sebagai PM dan Presiden yang bersara dari jawatan dan BUKAN sebagai bekas PM dan Presiden yang kalah dalam pemilihandan merosakan Umno .Itu bezanya.

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

Pahlawan pm flip flop dah mula bersuara...semua takut hilang jawatan dan pangkat...macam mana melyu nak bertahan kalau banyak sangat pemimpin yang gemar sokong membawa rebah...


p/s: kalau dengar berita tv3 semalam, saifuddin pkr confident betul dengan tarikh 16 atau 20 sept ini...pak lah and the geng boleh lagi berlakon/berlagak cool walaupun jelas terpancar keresahan yang teramat sangat pada mukannya... teruskan sandiwara Bapa Kehancuran UMNO...tak kan nak panggil Bapa Koridor Malaysia kot...?

spycatcher03 said...

Siapa dia Zaid Ibrahim yang nak menghukum orang tu? He have no standing at all in UMNO. This is Umno matter not government. Peralihan should not be discussed in cabinet meeting , it should confined to MT Umno and Zahid is not a member of it. Kalau nak mengampu pun bepada2, anda telah meporakporandakan sistem kehakiman kini dengan tindakan anda mempengaruhi Pm!

Salman Madani said...

Salam,

Untuk menjadi "Jebat" dalam politik Melayu, memang sukar, kerana dia dianggap sebagai "penderhaka", dan risiko yang terpaksa dihadapi memang sangat tinggi.

Yang senang dan banyak orang suka nampaknya ialah menjadi "Tuah". Tunjukkan taat setia dan mengampu.

Tapi apakah akan jadi terhadap UMNO apabila majoriti pemimpin dan ahli UMNO bersikap seperti ini?

Sal said...

Saya berharap MUHYIDDIN dipecat. Itu sahaja caranya untuk selamatkan Muhyiddin dari kapal yang nak karam. Kalau tidak dia pun turut sama tenggelam. Pecatlah dia secepat mungkin. Lagi cepat dipecat lagi cepat Anwar dpt tubuhkan kerajaan baru. Lagi ramai pemimpin yg ditangkap di bawah undang-undang ISLAM Hadhari ISA, maka lagi marahlah rakyat dan makin ramailah rakyat yang akan menyokong Anwar. Itu yang kerajaan mahu sebenarnya. Ini bukan tahun 1987, masa tu rakyat hidup dlm ketakutan. In 2008, it is fashionable to fight for justice. Rakyat dah tak takut dan rakyat dah bosan.

Jacques said...

Alah apa nak takut. Bukan kena ISA. Setakat paling tidak pun gantung keahlian parti je.

Lagi pun, Pak Lah, ada berani ke? Pembangkang beranilah tangkap. Orang UMNO sendiri, tengok kalau ada berani?

mn said...

Salam Datuk,

1. Dalam budaya UMNO tak boleh tegur.

2. Kena lawan.

3. Kenapa tak berani nak lawan jika rasa kita betul dan benar?

donmny said...

TUAN

1. melihat respon 'orang orang besar' umno lain terhadap isu ini, hanya mengesahkan umno sememangnya kalut dan sangat bermasalah.

2. elok juga kalau muhyiddin fikir-fikirkan untuk berhijrah. anwar pun bukankah pasangan ideal beliau dulu.

nordin said...

TSMY jangan takut perjuangkan kebenaran teruskan biar Pak Lah terjaga sampai meroyan tak tentu pasal pulak sekarang ni.

Jangan takut dan peduli dengan pemimpin UMNO yang dah tak betul kalau kena pecat pun apa susah joint Pakatan Rakyat biarlah yang lainnya terusan karam dengan mimpi dan angan angan.

Sebenarnya UMNO patut buang pembawa sial dalam kepimpinan parti iaitu si KERA Khairy Jamaludin yang berlagak pandai tapi tak sedar diri.

Khairy Jamaludin kena dimandikan air longkang dulu laa untuk buang sial dalam UMNO.

Satay_Kampung said...

Dato',

Pekara ini bukan lah satu isu besar. Sebenarnya akar umbi yang berkuasa bukan pucuk pimpinan. Jadi biarkan lah akar umbi yang tentukan patut ke tak Muhyiddin dipecat.

Apa isu yang sebenarnya ? Isu sebenarnya ialah benarkan akar umbi memilih pucuk pimpinan tanpa diganggu gugat. Itu saje.

Jadi kalau nak akar umbi memilih pucuk pimpinan, adjust aje le seperti biasa. Inikan politik... bukannya berniaga.

Unknown said...

salam datuk,

saya rasa muhyiddin tidak mungkin akan dipecat. jika muhyiddin dipecat, ianya hanya akan mempercepatkan proses "penguburan" umno. jika perkara pecat berlaku, ia hanya menunjukkan kegilaan seorang pemimpin daripada disanggah oleh kalangan akar umbi. maka akan menampakkan lagi rupa sebenar pemimpin berkenaan.

sememangnya benda benar pahit untuk yang melakukan kesalahan. akan tetapi yang hak perlu dinyatakan.

nampaknya pergolakan sebuah parti telah pun dijadikan perihal masalah sebuah negara. perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. kesanggupan menggadaikan hal kehidupan rakyat dengan masalah parti adalah suatu perbuatan selfish golongan berkepentingan.

King-Fx said...

Pak Lah kata, keputusan peralihan kuasa adalah MUKTAMAD!!

Sapa Pak Lah ni nak berckp seolah2 UMNO ni mcm MAK BAPAK dia yg punya. Dan kenyataan tersebut memang menghina ahli-ahli UMNO. Jikalau ahli UMNO tidak bertindak, maka serupalah dgn kerbau dicucuk hidungnya.

Masa kamu bakal tiba dengan keangkuhan melampau wahai AAB.

budak adil said...

salam datuk ron...
sy salah sorang dr berjuta penyokong fanatik pembangkang...tsm antara tokoh yg sy hormati..sebusuk2 umno pon,masih ade pemimpin mereka yg sy sanjungi..kata2 tsm itu membuktikan yg paklah memang seorang diktator.seperti juga kata2 kuli..tiada perlembagaan dlm umno yg mengatakan peralihan kuasa..kalau la pr tidak berjaya membentuk kerajaan,sy mengharap kan,biar lah tsm yg jadi pm,bkn la si najib c4 tue..itu hanye harapan kalau pr tidak berjaya..sy masih menaruh keyakinan tinggi pembentukan kerajan baru yg pasti nye mengubah lanskap politik negara..mungkin sy boleh syor kan yg tsm antara muka kabinet baru yg akan dtg..amin

budak adil said...

salam datuk ron....
nampak nye ape yg sy pikir kan sudah nmpak asas nye...salute wat tsm...sebusuk2 umno pon,masih ade yg berjiwa rakyat..walaupon sy fanatik pembangkang,tsm antara yg sy hormati..mungkin tsm antara muke kabinet kerajaan baru dari pr..kite lihat ape yg terjadi lepas ini..makin hari,makin byk bende2 baru muncul..seronok pulak sy lihat politik malaysia skarang,lebih terbuka..(kadang2 pon kene jugak i.s.a)pasal i.s.a,bile lagi datuk nk tulis artikel nih???x sabar nk bg comment..teresa kok,rpk,wartawan tue..kalau boleh datuk rungkai kan ape yg mereka kata2 kan..sbb sy x nmpak pon salah mereka..mereka memang di aniaya..

R@duan said...

Saya orang Perak.
Tapi kali ni saya nak cakap
" Steadylah orang Johor ".
Hanya UMNO Johor agak berani, UMNO lain hampeh....
Jika PM memecat TMY beerti beliau menguburkan dirinya sendiri...

Grandpa Joe said...

Memang betul lah kata orang, Pak Lah selalu tidur. Dia tak sedar pun dah berzaman orang asyik cakap pasal dia aja. Tiba2 tid jadi terlalu terkejut bila TSM cakap pasal peralihan kuasa. Yang bestnya Zaid dan MB N9 pun sama terkejut. Apa diaorang ne pun tidur sama aja ke macam, Pak Lah. Dah riuh satu Malaya orang tak suka Pak Lah. Hati2lah kalau nak buat komen tu, nanti bila TSM naik, se'eh! Hehehe......

BoxxTomoi said...

TSM cuma menyampai apa yang dikatakan oleh mereka yang memilih beliau sebagai MP dan Naib-Presiden.
Zaid pun menyampaikan apa yang di katakan oleh orang yang memilih beliau sebagai menteri!

Al Zubir Rusinin said...

Zaid Ibrahim perlu melihat siapa dirinya sebelum membuat kenyataan terhadap Muhyiddin.

Unknown said...

Dato,

Sayangilah Tan Sri Muhyiddin yang tegas dan berkarisma saperti Allahyarham Tun Dr Ismail.Teruskan perjuangan TSM menegakkan keadilan.

bat8 said...

Dato

Tak lama dulu zaid mendapat sanjungan dari civil society sebagai seorang pemimpin UMNO yang dynamic. Sekarang dia dibantai kiri kanan.

Bagi orang kelantan dan sesiapa yang mengikuti perjalanan karier zaid hanya mampu tergelak sahaja masa itu kerana kami tau sangat perangai zaid. Zaid forever is an opportunist.

Peringkat awal kariernya, zais ini adalah salah seorang daripada daim's boys. Dia bersama-sama halim saad, wan azmi, adnan abu hassan, din wahab.

Mereka ini diguna oleh daim untuk membeli syarikat-syarikat sakit di BSKL dan kemudian di inject dengan kontrak-kontrak kerajaan untuk boast up syarikat-syarikat tersebut.

Zaid telah diguna beberapa kali oleh daim dalam beberapa traksaksi. Oleh kerana sikap opportunistnya, dia tidak lama dengan daim.

bat8

odeen said...

PEMIMPIN TERTINGGI BN(UMNO) SEJAK AKHIR2 INI AMAT TAKUT KUASA MEREKA AKAN HILANG BEGITU SAJA JIKA PERALIHAN KUASA BENAR-BENAR BERLAKU PADA 16 ATAU SELEPAS 16 SEPTEMBER. KETAKUTAN PEMIMPIN TERTINGGIUMNO AMAT KETARA DAN MUDAH DI BACA SEJAK AKHIR INI MELALUI TINDAKAN2 UNDANG KE ATAS PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DAN YANG TERBARU TAHANAN ISA KE ATAS RAJA PETRA DAN THERESA KOK. KITA BERHARAP BN(UMNO) AKAN TERUSKAN USAHA SEBEGINI KERANA IA PASTI DAPAT MELEMAHKAN BN(UMNO) ITU SENDIRI KERANA MEREKA AKAN DILIHAT TIDAK ADIL DAN MEMBUATKAN RAKYAT SEMAKIN MUAK.

antubiul said...

PM A. Badawi terkejut dengan kenyataan TSM ha ha ha ha nak tergelak antu antu aku sekalian. Tidakkah PM A. Badawi tahu bahawa kami rakyat Malaysia terkejut Pak Lah masih tidur dan seperti kanak kanak degil tidak mahu melepaskan barang permainan yang di pinjam nya, malang nya Pak Lah barang itu la ni ialah kuasa.. dan sedarlah Pak Lah kuasa itu bukan seperti barang permaninan. Kuasa ini kuasa sementara yang hak mutlaknya kami, rakyat Malaysia. Ingatlah Pak Lah, kalau berdegil juga bila tiba masanya kami akan tarik balik dan kamu Pak Lah akan terpinga pinga seperti kanak kanak tersebut cuma beza nya kanak kanak itu akan mengadu pada ibu nya malang nya Pak lah kamu tiada tempat hendak mengadu.Pak Lah, lubang yang kamu gali itu sudah cukup dalam, tak boleh di timbus lagi.Jangan lah ditunngu sehingga kamu terjatuh didalamnya dan tertimbus sekali.

A Hamid's East of the West said...

Teruskan perjuangan TSM. Berani kerana benar, rezeki ditentukan ALLAH bukan dollah.
Jangan pedulikan kata2 dari zaid, deris dan yang lain2 yang bersekongkol di atas pagar yang nak rebah. Bila rebah, lain pulak cakap mamat2 tu.
Teruskan perjuangan menyelamatkan bangsa, agama dan tanahair.
Ini adalah tanggungjawab amanah bangsa, agama dan negara.
Teruskan kerana perjuangan belum selesai, kerana perjuangan itu juga PAHIT. Ini bukan persoalan segan/hormat kepada seseorang tetapi tanggungjawab amanah sebagai pemimpin. Allah SWT bersama2 orang yang sabar dan benar. (INGAT!!!! Wal Asr.)

merantikota said...

Pusara Si Bungkok Di Lereng Bukit
Di situ tempat Tanjung Puteri

Dato Ron,

Long live TSMY!

Saya ingin merujuk kepada KEMPEN Obama di USA... beliau berkata, when you put lipsitck on a pig.... mind you...A pig is still a pig!

Itulah.... apabila umat dah jadi buih, maka hak dan batil menjadi satu sebatian kimia - tiada dapat dipisah secara fizik! Apa cara merongkai sebatian kimia? Tak lain adalah dengan membakar dengan api yang cukup kuat!

Apabila kita berhadapan dengan peruatan mungkar apa tindakan kita? Menafi dengan HATI? Menegur dengan KATA-KATA? Atau menghalang dengan TANGAN?

So TSMY'S next step is to stop the wrongdoing with his hand!

Dato Ron,

And...If you wish justice...get it yuorself then.....

pakyeop said...

salam dato

apa yang dikatakan oleh tsm tu memang wajar malah perlu disokong oleh ahli umno semua peringkat, peralihan kuasa yg ditetapkan 2010 terlalu lama bagi sebuah pentadbiran yang terlalu lemah. sedarlah bahawa ahli umno tak perlu kepada ketua yang lemah.masih ramai lagi yang mampu menjalankan tugas tersebut.

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Dato",
Salute TSM dari saya org Johor,yang berani menongkah arus puak-puak pengampu.Sekurang-kurangnya ada juga yg berani menyatakan kebenaran.SALUTE.

anakbuah said...

Salam Sdr Salman,

"Tapi apakah akan jadi terhadap UMNO apabila majoriti pemimpin dan ahli UMNO bersikap seperti ini?"

# Mujur ada lagi yg perduli dgn nasib Umno. Utk kebanyakan kaum muda (dan makin ramai org tua di kampung saya), pergi jahanam!

# Ya, siapa sebenarnya pengjahanam? (Org gila mana yg nak mengaku gila?)

atokuitmck said...

Salam,

1. Teruskan berjuang pemimpin2 yang berani menegakkan kebenaran.

2. Saya cadangkan semua pemimpin UMNO JOHOR keluar dari UMNO bagi menyatakan PROTES kepada kepimpinan PAK LAH

3. Org yang masih lagi menyokong Pak Lah ada KEPENTINGAN PERIBADI melebihi KEPENTINGAN RAMAI.

BERUBAHLAH SEBELUM MAUT TIBA-TIBA DATANG MENJEMPUT

Unknown said...

dari pengamatan dan pemerhatian saya kepada parti umno selama ini, saya dapati kecelaruan dan kelam kabut serta ahli bercakaran dalam merebut kuasa/harta/kontrak dan popular adalah disebabkan oleh ahli dan pemimpin umno sendiri. bukan dari orang luar atau parti lain atau orang atas pagar yang tidak berparti.
setahu saya umno ini tidak ada pendirian kukuh. tidak ada peraturan yang mantap. tidak ada apa-apa undang-undang yang membolehkan ahli dan pemimpin saling menghormati sesama mereka, jadi umno adalah parti tunggang langgang penuh kecelaruan, sedap kata "HAPRAK".
bukan semua ahli/pemimpin dalam umno tak baik, ada tapi pandangan dan cadangan untuk kebaikan umno iut ramai yang tak setuju, kerana takut tak dapat habuan duniawi yang ibarat sebagai bangkai sahaja bagi "ahli saufi/ahli tasauf peringkat tinggi". dalam umno mana ada ciri-ciri orang warak dan tawadhu'.
Allah dah suruh ikut 100% Islam, SELAMAT. selamat dunia selamat diakhirat. tapi umno ni pilih jalan lain, kalau tak kafir, kufur, atau munafiq atau fasiq atau apa saja kalau tak tahap binatang yang memang tak ikut Islam walaupun 0.001%. bila nak disembelih oleh orang Islam/Mukmin dia kena ikut sara Islam.
suka kau lah orang umno. ramai dah bagi nasihat ikut agama Islam 100% tapi tak layan, pi lah. lepas tanggungjawab aku dari disoal oleh Allah diakhirat kelak.
kalau tak ada umno pun, aku pun hidup jika Allah izinkan.

pesan drp: cucu orang utan.....

FADLIJH MALEK said...

tak pe.. korang semua jangan takut... sikit hari lagi Tan Sri Muhyiddin dijagkakan join Pakatan Rakyat... Hidup Muhyiddin

wira said...

Salam Datuk Ron,

Terima kasih kerana anak Johor tetap teguh diatas perjuangan. TSM membuktikannya dan mengimbas kembali sejarah perjuangan nasionalis melayu semangat perjuangan jelas didalam sanubari anak anak Johor jati. Kita kekalkan memimpin perjuangan tetapi kita redha sesiapa sahaja boleh menjadi PM kerana sehingga kini belum lagi ada anak Johor.

Syabas Datuk kerana TSM tegas kerana itulah suara hati akar umbi.

Semut Api said...

dato'

TS Muhyiddin ada, hamid ada, ghani ada, khaled ada, azalina ada, shahrir ada, hisham ada... tapi semua nya tak sepakat la dato'....

Mata-Mata said...

Salam Dato' Ron

Bila mengikuti telatah AAB nak marah pun ada nak tergelak pun ada. Kesian pun ada juga sikit-sikit. AAB terkejut beruk bila TMY minta AAB pikir semula plan peralihan kuasa yang dirancangnya sendiri dengan DSNTR.

AAB buat-buat heran macam mana seorang menteri kabinetnya sendiri yang al kononnya telah bersetuju dengan peralihan kuasa itu mempertikaikannya pula. Lebih kurang begitulah.

AAB ini saya ingat dia memang dah tidak berapa sihat lagi atau masih mamai dari tidur. Dia lupakah yang dia sendiri masa dalam kabinet Tun sebagai Timbalan Perdana Menteri juga telah bersetuju dengan projek jambatan bengkok untuk gantikan Tambak Johor dan projek keretapi rel berkembar tetapi dibatalkan bila dia ambil alih kuasa. Senarionya sama juga bukan. Mula-mula bersetuju lepas tu tak setuju. AAB, my advice is it's better to leave gracefully rather than being kicked out unceremoniously. By then no one would kiss your hands except perhaps Zaid, Mike Tyson and Nazri. Even Ali Rustam, the one referred as a non leadership material by a Singapore daily who used to make a point to send off and welcome you at the airport has voiced out against the transition plan (typical ball l**king umno leaders. For record Nazri is the most suitable to be The President of ball l**kers).

Unknown said...

Menyatakan kebenaran ke menunjukkan kerakusan dia nak jadi PM jugak? Dia nak glamor, nak jawatan lagi tinggi, dah tak sabar, macam tu lah jadinya.

Aras said...

SetakatM nak kena pecat atau letak jawatan.. Tapi yang jelas Zaid pulak yang dah muktamad letak jawatan.

Umaar said...

Zaid masa mengundi tak ader satu bendera Unmo pun kat rumah dia ...tapi bila pak lah lantik jadi menteri ..satu kampung dia jemput makan kenduri kesukuran.