Monday, September 29, 2008

ABDULLAH DIJANGKA PERTAHANKAN KERUSI PRESIDEN UMNO?

Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac 2009. Begitulah pendapat beberapa pemerhati politik yang saya temui dan segolongan surfers yang mengirimkan komen ke blog ini.

Keputusan ini dijangka diumumkan oleh Abdullah sebelum atau pada 9 Oktober 2008 ini. Abdullah mengambil keputusan ini setelah para pegawai dan orang-orangnya mengaudit jumlah pencalonan yang boleh beliau perolehi daripada bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara.

Daripada tinjauan rambang, menerusi “pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara”, beberapa pemerhati politik berpendapat, Abdullah boleh memperolehi jumlah kouta yang diperlukan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Contohnya, Abdullah dijangka memperolehi sekurang-kurangnya 4 pencalonan daripada Johor, 2 daripada Melaka, 6 daripada Negeri Sembilan, 4 daripada Selangor, 4 daripada Perak, 12 daripada Pulau Pinang, 3 daripada Kedah, 5 daripada Kelantan, 2 daripada Terengganu, 3 daripada Pahang, 5 daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan 10 daripada Sabah.

Ramai pemerhati politik berpendapat, jika para pegawai dan orang-orang Abdullah berusaha secara “pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara” jumlah 60 pencalonan di atas mungkin boleh dimaksimakan mungkin hingga sekurang-kurangnya 65 pencalonan.

Untuk memaksimumkan jumlah pencalonan ini, para pegawai dan orang-orang Abdullah dijangka mensasarkan tumpuan mereka kepada para perwakilan cawangan ke bahagian-bahagian.

Diberi Pangkat

Ini kerana para perwakilan cawangan inilah yang akan mengundi dan menentukan corak serta sentimen pencalonan Presiden dan lain-lain jawatan yang akan dipertandingkan dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) pada Mac 2009 kelak.

Ketua-ketua bahagian yang tidak memihak kepada Abdullah pula dijangka dimenangi hati mereka menersi “pangkat dan darjat”.

Contohnya, mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang baru dilantik sebagai penasihat PM mengenai Koridor Utara juga akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH). Banyak lagi perlantikan seperti ini dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

Lantaran itu, Abdullah sedang didesak oleh inner circlenya untuk berikhtiar merobah keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 26 Disember 2008 supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO mulai 9 Oktober 2008 ini juga ditangguhkan ke Januari atau Februari 2009.

Asas kukuh untuk menangguhkan persidangan perwakilan bahagian ini ialah untuk mengelakkan tempoh berkempen yang terlalu panjang bagi seluruh calon yang bertanding dalam pemilihan parti di peringkat pusat – MT UMNO, Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.

Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik yang sinis berkata, penangguhan persidangan perwakilan bahagian ini dijangka akan memudahkan orang-orang Abdullah memenangi hati dan sokongan perwakilan cawangan-cawangan yang akan memilih calon-calon pucuk pimpinan tertinggi UMNO dalam perwakilan bahagian masing-masing.

Ubah Keputusan?

Jika Abdullah akur dengan desakan seperti di atas, beliau terpaksa merujuk kembali kepada MT UMNO untuk merobah keputusannya baru-baru ini mengenai persidangan bahagian-bahagian yang akan bermula pada 9 Oktober 2008.

Soalnya, adakah MT UMNO akan setuju dengan usaha merobah keputusannya. Mungkinkah Abdullah akan diberika muka untuk berbuat demikian. Atau, mungkinkah MT UMNO akan bertegas mempertahankan seluruh keputusannya baru-baru ini tanpa sebarang perubahan?

Demikianlah spekulasi mengenai Abdullah oleh segolongan pemerhati politik tanahair pada saat dan ketika ini. Spekulasi ini adalah berasaskan sikap Abdullah yang sentiasa “flip-flop” dan berdolak-dalik dalam banyak tindakan dan keputusannya selama ini.

Spekulasi ini juga berasaskan pendirian dan keputusan Abdullah yang selama ini didakwa amat dipengaruhi oleh segelintir anggota keluarganya.

Jika Abdullah mempertahankan kerusi Presiden UMNO dan memperolehi pencalonan secukupnya, bagaimanakan pendirian Datuk Seri Najib Tun Razak?

Jika Najib juga menerima pencalonan secukupnya bagi kerusi Presiden UMNO, adakah beliau sedia untuk menandingi Abdullah? Apakah reaksi para penyokong Najib yang kini bertungkus lumus berusaha mendapatkan pencalonan jawatan tertinggi ini sekarang?

Harapan UMNO

Dan, bagaimana pula jika ditakdirkan Allah, Tengku Razaleigh Hamzah juga menerima pencalonan secukupnya untuk jawatan Presiden UMNO? Mungkinkah akan terjadi pertandingan tiga penjuru? Atau, mungkinkah Najib akan menarik diri dan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden?

Jika Najib hanya mempertahankan jawatannya sekarang, bagaimana pula Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi calon “dark horse” yang berhasrat memenangi jawatan Timbalan Presiden?

Begitulah rumitnya keadaan jika Abdullah yang sudah memutuskan akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya Mac 2009 ini, tetapi terus mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO kali ini.

Dalam keadaan seperti ini, ramai warga UMNO menggantungkan harapan semoga sebelum atau pada 9 Oktober 2008 ini Abdullah dengan sukarelanya mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Mereka menggantungkan harapan sedemikian kerana amat khuatir Abdullah tidak akan menerima pencalonan secukupnya walaupun “dipujuk rayu secara kreatif dan pelbagai cara.”

Kini, segala-galanya terserah kepada Abdullah dan perkiraan serta percaturan politik segelintir anggota keluarganya. Jika mereka menitikberatkan kepentingan agama, bangsa dan tanahair, Abdullah pasti tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Jika, sebaliknya, UMNO terpaksalah berhadapan dengan situasi dan kemelut yang rumit dan sengit!

23 comments:

Anonymous said...

Dato',

God save Malaysia.
Selamat Hari Raya.

Berita dari gunung said...

Dato,
Telahan itu agak jauh dan rumit. Kalau begitu jadinya, Abdullah dapat extra months untuk kempen. Boleh rasmi majlis sana sini sambil-sambil memujuk.

Oh, harapnya tidak. Skop pemilihan Umno kecil, yang besar dan luas adalah persepsi rakyat terhadap kepimpinan Abdullah.

Tetapi realiti pemimpin dari Umno memang begitu. Naik ikut tangga parti dan duduk diam-diam. Harapan rakyat tidak penting. Yang penting adalah beberapa ribu perwakilan.

Abdullah memang nampak lurus, tetapi permainannya licik. Tetapi telahan yang Dato utarakan bukan licik lagi, nampaknya menghampiri sempadan JAHAT.

Harap-harapnya Abdullah tidak jadi bertanding dan tiba Mac boleh senyum dengan retorik pujian melimpah-limpah.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman, terima kasih dan selamat hari raya.

Berita Dari Gunung: Sesetengah pihak meramalkan jika Abdullah bertanding, itu adalah keputusan nekad dan pragmatic. Bagaimanapun, terserahlah kepada sejarah untuk mentafsirkannya kelak!

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Quantum Metal Consultant said...

Dolah sudah hampir pasti mengumum mempertahankan jawatan demi maruah keluarganya yang telah diperlecehkan begitu rupa, Dolah tidak pernah keluar UMNO, Dolah tidak pernah beada di pentas pembangkang untuk mengkritik UMNO,Dolah tidak masuk Semangat 46 walaupun dia antara yang menganjurkan sehingga UMNO diharamkan. Tiada rekod menunjukkan Dolah tidak setia pada UMNO. Rekod Dolah lebih cantik dari mana mana rekod PU (Presiden UMNO) sebelum ini.

Cuma Dolah terlupa, dia lah satu satunya PU yang sedang memporakperanda dan memusnahkan UMNO dari dalam sehingga maruah bangsa Melayu jatuh rebah di martabat paling rendah sekarang ini. Dolah juga telah melahirkan Islam hadhari yang kini sudah tidak lagi dibibirnya setelah menyedari ia 'ditolak'.

Dolah akan melepasi cukup pencalonan PU begitu juga dengan Ku Li dan Najib. Bagi jawatan TP, pencalonan lebih memihak kepada Muhyiddin walaupun Najib juga mendapat pencalonan yang melayakan.

Dalam situasi sebegini, Najib ada dua pilihan samada bertanding PU atau TPU dan dia mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang seagai PU tetapi sebaliknya dia akan tewas tipis kepada Muhyiddin jika bertanding TPU. Bagi Dolah memang atau kalah adalah lebih baik dari melepaskannya.

Bagaimanapun Muhyiddin tidak akan melepaskan peluang jika turut dicalonkan untuk jawatan PU dan akan bertanding jika Najib mahu memberi laluan kepada Dolah dan Ku Li akan menaik diri dan memberi sokongan kepada Muhyiddin di saat saat akhir.

Perjuangan sebenar bagi Ku Li, Najib dan Muhyiddin ialah memastikan Dolah turun untuk menyelamatkan UMNO dari terus sepi , tawar dan terpinggir. Keazaman inilah sebenarnya yang perlu diketahui Dolah bahawa dia sudah 'ditolak' dan jika dia memang atas hasil kreatif pujuk rayu lumayan maka dia akan berada sebagai PU yang sedang menggelusur turun. PU terakhir UMNO

cahayamasa said...

Salam Datuk,

Agakan saya seperti Datuk juga, Kenapa Badawi hendak lewatkan Pemilihan...itulah sebabnya ... nak tambah pencacai bagi undi kat dia jadi Badawi ni pun nak masa juga nak bagi rasuah jawatan kepada semua pencacai yang boleh diharap.

Sekian.

Unknown said...

"mereka menitikberatkan kepentingan agama, bangsa dan tanahair"

teringat saya satu video semasa perhimpunan UMNO yang mana seorang daripada ahlinya berucap sambil mengatakan ungkapan di atas dengan reaksi berikut agama (tangan ke mulut), bangsa (jari ke bahu bermaksud pangkat), tanahair (tangan ke perut). itulah maksud tiga perkataan itu bagi orang-orang UMNO. mungkin saya agak kasar bila saya kategorikan begitu, tetapi apakan daya, sudah hakikat yang hakiki sekarang.

bodoh kepada orang UMNO yang masih lagi percaya kepada janji-janji si abdullah. di dalam islam, telah dinyatakan, golongan yang berjanji tetapi ia bohong akan janji itu, adalah tergolong di dalam golongan apa. bila diberikan amanah, ia khianati amanah itu. maka ia tergolong dalam golongan apa. sifat kemunafikan terserlah.

kebajikan rakyat dikuis ke tepi. cerita politik adalah yang utama. perlanggaran LRT masih lagi menjadi tanda tanya, keselamatan rakyat yang menggunakan public transportation diperjudikan. minyak dinaikkan, mereka digalakkan naik pengangkutan awam, tetapi sekarang mana janji kerajaan pengangkutan awam itu terjamin selamat? apa tugas kerajaan menjaga kebajikan rakyat? sandiwara abdullah naik komuter/LRT hari itu hanya gimik semata. 4 tahun lebih jadi PM, baru nak tahu keluhan rakyat? bodoh!

saya sudah perhatikan infrastruktur awam di malaysia sejak 2000 lagi. saya tidak tahu apa yang menteri BN buat selama ini untuk OKU. kebebasan untuk mereka bergerak langsung tidak diberikan perhatian. RapidKL pula buat kerja lepas batuk di tangga. Untuk naik bas di letak ramp sebagai jalan pantas untuk OKU naik bas. bagi saya satu kebodohan melampau kepada RapidKL dan juga pihak Kementerian yang masih lagi buta tidak peka kepada perihal kebajikan rakyat. lagi sekali, bodoh!

pak menteri BN ke luar negara tapi gagal memerhatikan macamana pengangkutan awam di negara maju berguna kepada OKU di sana. bas yang mereka gunakan ada platform khas yang boleh diturunkan agar OKU boleh naik dengan mudah. ada tempat khas di dalam bas yang hanya OKU sahaja layak duduk di situ. agaknya malaysia ini adalah negara sparta. yang mana semua rakyat sparta adalah yang cukup sifat dan gagah berdiri. (sila rujuk sejarah negara ketenteraan sparta)

minta maaf datuk, saya sudah jelak dengan sandiwara UMNO sekarang. nasib rakyat diperjudikan. bagi saya si abdullah tidak layak lagi menerajui negara. UMNO tidak layak lagi menerajui negara. tamat riwayat untuk UMNO. maaf.

selamat hari raya. maaf zahir batin.

wira said...

Datuk Ron dan sekelian sahabat selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Jika begitu jadinya, alhamdulillah maka Umno kembali kepada keadaan hakiki dimana semua perlu bertanding secara telus terutama jawatan tertinggi. Maka berakhirlah era yang telah dicipta oleh pemimpin yang lalu dimana jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

Saya harap ini akan meningkatkan kepercayaan akar umbi terhadap kewibawaan Umno untuk terus mempertahankan perjuangan yang telah diasaskan oleh tok nenek kita.

Selamat maju jaya semoga Allah terus menunjukkan jalan yang benar kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin.

Unggal said...

Salam Dato'
Hanya orang-orang UMNO yang gila pangkat, kuasa dan harta sahaja yang akan bermati-matian mempertahankan PLah untuk kepentingan sendiri...

Oh Malaysia ku..!! Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini masih lagi mereka ini tidak mahu mengambil iktibar..!!..

Maaf Zahir Batin

Salam dari rantauan

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

MUNGKIN KAH NAJIB BAGI PAK LAH LAWAN PRESIDEN DENGAN KU LI? SEBAB KERUSI TIMBALAN... NAJIB MENANG MUDAH.

LEPAS TU BILA SALAH SORANG TERGOLEK... MAKA NAJIB SOKONGLAH ORANG TU...BETUL DATO?

SEBAB TOK NAJIB BELUM PERNAH BERLAWAN DALAM PERNAWANAN SUKAR. DULU KETUA PEMUDA DAPAT FREE DARI PAK SYEIKH 1987 - SAYA PERWAKILANNYA.

DAN NAIB PRESIDEN... DIA TERER DAPAT NO 1 SOKMO.... ULAS SIKIT DATO... INI BAB PHOBIA TAU.

KALAU SAYA, SAYA PILIH PLAN LAWAN TIM PRESIDEN... SEBAB 2 TOKOH TU TAK AKAN LAMA NYA JADI PM.

Raison D'etre said...

Datuk,

"Harapan rakyat tidak penting. Yang penting adalah beberapa ribu perwakilan."

Melihat body language Abdullah semasa press conference tempoh hari, saya rasa kemelut dalam Umno akan terus berlaku.

Harapan Rakyat cuma supaya ianya tidak terlampau mengganggu perjalanan negara.

Salam Aidil Fitri dari saya sekeluarga.

Wasalam

Andin Salleh said...

Salam,

Saya melihat bayangan bahawa susah sangat Abdullah hendak melepaskan jawatannya, walaupun kita mengharapkan dia akan menyerahkan kuasanya kepada Najib pada atau menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009.

Kalau begitu, biarlah kita lihat ada pertandingan tiga penjuru (Abdullah, Tengku Li, dan Najib) atau dua penjuru (Abdullah dan Tengku Li sahaja).

Dengan itu, kita boleh mengharapkan bahawa calon yang paling popular, berpengaruh dan mendapat sokongan ramai akan menjadi presiden UMNO yang baru.

Soal perpecahan dalam UMNO mungkin tidak perlu dibimbangkan sangat. Ketua baru yang berpengaruh dan berwibawa mungkin boleh menyatukan semula parti, jika benar ada perpecahan.

cucupakkasim said...

oleh kerana umum tahu bahawa dia ni jenis flip-flope,jadi keputusan yang diambil beliau amatlah diragui,kita juga perlu ingat bahawa pada satu ketika ketika beliau bertanding tiket naib presiden dulu,beliau bertindak one man show tanpa team,dan dia berjaya,itu menunjukan yang dia ni memang licik...dan pandangan kami menunjukan 95% dia tidak akan melepaskan jawatan PM dan Presiden UMNO.

wanbaki said...

salam aidilfitri,
Dato..
Masalah sekarang menjadi lebih rumit sebenarnya...

1. Sekiranya Paklah mengumumkan akan pertahan jawatan dan cukup pencalonan, manakala Najib dicalonkan juga sebagai perident, bagaimana UMNO nak hadapi. Kerana PakLah akan melepaskan pencabarnya sebelum MAC 09.

2. Sekiranya PakLan tak cukup pencalonan dan T. razali dan Najib bertanding Prasident. Paklah akan serak kepada siapa?

3. Sekiranya Paklah cukup pencalonan dan Najib tak cukup pencalonan untuk timbalan (Muhidin sapu semua), maka adakah pah lah akan menyerahkan jawatan kepada Muhidin.

4. Bla.. bla..

Banyak lagi persoalan akan timbul akibat daripada penanguhan terancang (bijak untuk keluarga Paklah, bodoh untuk ahli UMNO). Percaya atau tidak sedikit masa lagi akan muncul perbagai spekulasi dan terbongkar rahsia di sebalik pertukaran PORTFOLIO, perjanjian pertukaran NURI, pertukarandemi pertukaran, Jawatan baru untuk orang tertentu, dan punca penangguhan PAU ke MAC 2009.

Tunggu dan lihat... Mungkin akan ada cawangan yang akan membuat pengunguman untuk keluar parti beramai2...

Unknown said...

Dato;
satu artikel yang bagus dan mendalam. Akan tetapi kebanyakkan adalah berdasarkan tekaan semata-mata. Dan dalam dunia politik, saya amat pasti Dato sendiri tahu, bahawa keadaan sentiasa berubah-ubah dan susah untuk diramalkan.
Jadi saya kira, lebih baik kita tunggu dan lihat percaturan Pak Lah sendiri. Kerana setiap ahli politik mesti mempunyai percaturan nya yang tersendiri. Bukan hanya Pak Lah, malahan Tun M dahulu pun mempunyai 'permainan politiknya' tersendiri.

Zainal A. Kasim said...

Salam Raya Datuk,

Nasib baik Perlembagaan UMNO hanya membenarkan penangguhan Perhimpunan Agong UMNO selama 18 bulan. Itu yang "terpaksa ditangguhkan" sehingga ke bulan March 2009 sahaja.

Bayangkan kalau klausa berkaitan dengan had maksima penangguhan itu tidak ada, mungkin Perhimpunan Agung UMNO akan ditangguhkan sehingga ke tahun 2020 atas alasan untuk menjayakan cadangan menjadikan Malaysia negara maju.

Kartun betul....

http://c-bok.blogspot.com

mn said...

Salam Datuk(My Guru),

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga".

Bunga raya dalam perigi
Lepas raya jumpa lagi

Anonymous said...

selamat hari raya datuk dari saya dan ayah saya dato mohd azani.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Kalau Abdullah bertanding siapa lawannya? Razaleigh? (laughing out loud and long: lolal)

Winning without breaking a sweat is really the hall mark of a great general. Yang harus dilakukan ialah dirongkai 'persoalan kouta' dan memahami kenapa Najib 'takut' mahu bertanding?.

Anda mungkin faham kenapa saya kata saya akan sokong Abdullah kalau Najib bertanding jawatan Presiden saperti kenapa saya suka Muhyddin bertanding Jawatan Presiden atau Timbalan Presiden dan mahu membantu - tiada NEP dalam UMNO agaknya.

"separating the chaff from the grain" dan keadaan memang mengizinkan walau dimomo-mokan dengan keretakan ini dan kehancuran itu pada UMNO dan BN.

Dan sepekara lagi, bab orang Johor juga, Sdr Ruhanie: saya suka apa yang diutarakan Sdr Chua Jui Meng mengenai NEP tetapi saya kurang fasih perbahasannya kerana bahasa yang MCA gunakan. Makanya, harap-harap Sdr Ruhanie tolong sampaikan keluhan Melayu saya kepada mereka.

Dengan salaam aidulfitri.
Terima kasih

tok janggut said...

Itu kata penulis, mulut pak lah tak ada sapa yang tahu. Sama ada dia nak pertahankan jawatan tu ataupun tidak, terserahlah. buat apa kita nak bising. Tugas kita mengundi kalau tak pun lihat sahaja.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Mana datang fulus berkempen dalam keadaan gawat begini yang satu dari kata cupumas ialah 'credit crunch'?

Saya cuba-cuba buat homework siapa dikalangan rakyat kita yang terugi macam dalam cerita Sixty percent of his holdings were wiped out by the Russian stock market crash this month, Lebedev said cheerfully, as the coffee cups and ashtrays were cleared away. That fact does not make him unusual among Moscow's big industrialists, known as oligarchs, most of whom have borrowed heavily against future earnings. Malangnya saya tidak begitu cerdik. Subhanallah.

Masih saya mahu tanyakan siapakah 'orang-orang niaga' yang pergi ke Taiwan untuk berjumpa
para MP BN yang gigih mendalami ilmu pertanian Taiwan. Saya dengar berita ada super cyclone melanda pulau perlarian Chang Kai-Sheik ini. Tentunya ilmu petanian mereka hebat dek kerapkali dilanda cuaca sungguh buruk pulau rakan baik Amerika Syarikat ini.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Sejak dari Ramadhan tahun lalu lagi blog Datuk sering mengutarakan supaya Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB) supaya turun takhta tetapi nampak liat sungguh AAB untuk berbuat demikian.

Boleh di kata berbuih mulut sejak dari tahun lepas mohon AAB bersara, tetapi belum tercapai jua. Apakah AAB ingin melihat UMNO ini hancur, baru nak berundur. Imej UMNO semakin rosak di pandang rakyat. Pelbagai helah digunakan hanya semata-mata hendak terus berkuasa.


Selamat Hari Raya, maaf zahir batin

Unknown said...

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Dato' dan semua pengunjung blog. Semoga gembira di hari lebaran. Ampun dan maaf jika terdapat kesilapan zahir dan Batin

Unknown said...

Dalam hal ini, memang susah untuk kita jangka apa yang akan berlaku. Apa-apa sahaja boleh berlaku.
Tetapi yang pasti, Pak Lah sudah mula membahagikan tugas beliau kepada Najib. Ini menunjukkan bahawa beliau sedang bersiap-sedia untuk peralihan kuasa tersebut.