Wednesday, September 03, 2008

UMNO CAWANGAN MINTA MAHATHIR DAN SITI HASMAH SERTAI SEMULA UMNO

LANGKAWI, 31 Ogos (Bernama) -- UMNO Cawangan Kampung Raja dan Atas di Padang Matsirat di sini meluluskan usul meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO untuk menguatkan parti itu sebagai tulang belakang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Selain Dr Mahathir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut diusul menyertai semula UMNO.

Usul itu diluluskan pada persidangan UMNO cawangan itu di Padang Matsirat di sini semalam, kata Ketuanya, Datuk Paduka Abu Bakar Taib pada persidangan akhbar di sini Ahad. - Dipetik daripada BERNAMA

More:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=356492

10 comments:

Gagak di Rimba said...

Salam,

Tidak ada salahnya cawangan UMNO tersebut meminta Tun Maharhir dan isteri beliau masuk UMNO semula.

Tapi kalau tidak salah, beliau hanya akan masuk semula setelah Abdullah meletakkan jawatannya.

Jadi beliau tentu berpegang kepada kata-kata tersebut, dan tentu tidak keluar masuk UMNO secara main-main.

mn said...

Salam Datuk,

1. Meminta Dr.M masuk semula ke dalam parti UMNO, merupakan satu tindakan 'Short Term Investment' oleh UMNO.

2. Sepatutnya UMNO perlu melakukan sesuatu tindakan 'Long Term Investment'.

3. UMNO akan sakit selagi Anwar Ibrahim sihat. Tetapi UMNO belum tentu sihat jika Anwar Ibrahim sakit.

Unknown said...

Sampai bila Malaysia nak jadi macam ni. Yang sudah tu sudah lah. Tun pun dah letak jawatan, sudah mula menjalani zaman persaraan beliau. Dalam Malaysia yang besar ni, tak kan takde satu dua orang pun yang mampu menjadi lebih hebat dari Tun tu.
Kalau kita asyik nak bergantung dan bebalik kepada orang lama, maka tak maju-maju la kita.
Jangan jadi penakut sangat.

Unknown said...

Tak ada gunanya minta TDM dan isteri untuk sertai semula UMNO. Masa zaman TDM dulu pun sama juga. Bagi lah peluang TDM nak berehat dan beribadat banyak-banyak daripada dok peningkan kepala fikir masalah dalam UMNO...

UMNO PARTI PENJARA said...

elok sangatlah tu :-)

saya pun bersemangat :-)



Jemput ke blog saya ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Hj.Mat said...

Nampak sangat UMNO sekarang dah terdesak, jangan mimpi la Tun DM akan masuk UMNO semula selagi Pak Lah maseh berada sekarang,dan mereka sekarang pakat menghetong jari pada tarikh keramat 16 Sept YB KJ dah kecut perut.

Hj.Mat said...

Nampak sangat UMNO sekarang dah terdesak, jangan mimpi la Tun DM akan masuk UMNO semula selagi Pak Lah maseh berada sekarang,dan mereka sekarang pakat menghetong jari pada tarikh keramat 16 Sept YB KJ dah kecut perut.

edijhd said...

dr.M pun dh kuar umno... keyakinan dr telah hilang terhadap umno yg dipimpin 20 tahun. dulu hgpa sokong sangat,,ttibe undur,cakap ape pun xleh nk terima. dia xkan hncurkan negara yg telah lama dibina.... ayuh bangun la bangsa ku mencari kejayaan sejagat, hapuskan kegusaran yang telah berlaku ini.

Unknown said...

salam,

Kalau dah semua pemimpin2 atasan UMNO pengecut & dah tak dpat membela org Melayu lagi apa kata lancarkan saja parti Melayu baru. Kalau Pak Lah berdegil tak mau lepas kuasa jadi patut orang Melayu bagi kuasa pada parti Melayu yang baru.

perfectwater75 said...

Salam...

Elok sangatlah kalau TDM ada luar parti lebih senang nak luahkan apa yang terbungkam, sekali sekala boleh juga balas dendam. cuma yang kurangnya satu, bapa keluar UMNO, anak dalam UMNO...keluar masuk letak syarat...tak cantik la macam tu...UMNO milik rakyat bukan hak mutlak individu...TDM nak duduk luar, duduklah...kenapa bila sudah di luar masih nak ambil tahu apa yang ada di dalam kain??? Majoriti pemimpin UMNO cukup tak berani hendak menghentam TDM atas dasar 'hormat', jatidiri UMNO sudah kemana haluannya?

thanks!