Friday, September 19, 2008

ABDULLAH DIJANGKA BERSARA SECARA SUKARELA DAN TERHORMAT DALAM TEMPOH TERDEKAT INI?

Ruhanie Ahmad

Majlis Tertinggi UMNO telah menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara secara sukarela, segera dan terhormat. Jika tidak, kemungkinan besar Abdullah akan disingkirkan oleh majoriti bahagian UMNO yang memulakan perwakilan bahagian masing-masing pada 10 Oktober 2008.

Lantaran itu, Abdullah dijangka mengumumkan tarikh persaraannya daripada siasah dan kerajaan dalam tempoh terdekat ini demi agama, bangsa dan tanahair, selewat-lewatnya pada 9 Oktober 2008.

Nasihat di atas telah disampaikan oleh Majlis Tertinggi UMNO kepada Abdullah dalam mesyuaratnya pada 18 September 2008.

Ini kerana persidangan perwakilan UMNO bahagian kali ini akan menamakan calon-calon pucuk pimpinan tertinggi parti yang akan dipertandingkan pada Disember 2008.

Jika Abdullah enggan berundur, beliau dijangka menghadapi risiko tidak memperolehi kuota secukupnya untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO yang disandangnya ketika ini.

Ambil Risiko

Sekelompok orang Abdullah mungkin akan mendesak Abdullah untuk bertahan, mengambil risiko dan tidak bersara. Kelompok ini dikatakan rela menabur wang berjuta-juta ringgit nilainya semata-mata untuk mempertahankan kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dalam konteks ini, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO memberitahu blog ini, mainan politik wang ini tidak mungkin berlaku. Ini kerana kini sudah wujud sebuah badan pemantau bebas yang bergerak secara rahsia untuk menggagalkan kemungkinan berkenaan.

Katanya, pelbagai projek di beberapa koridor pembangunan yang ditawarkan oleh sesetengah pihak kepada segolongan ketua-ketua bahagian sebelum ini pun sudah tidak lagi diyakini oleh pihak terbabit bila ekonomi dunia mula meredum dan Kementerian Kewangan pula diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi pula menyatakan kepada blog ini bahawa nasihat yang disampaikan kepada Abdullah pada 18 September 2008 adalah satu ledakan gelombang perubahan yang serius. Gelombang ini akan meledak jadi tsunami siasah jika Abdullah mengengkari nasihat berkenaan.

Maka, katanya, terserahlah kepada Abdullah untuk mengartikulasikan nasihat Majlis Tertinggi. Jika Abdullah mahu mengambil risiko, Abdullah dijangka terkapai-kapai seorang diri dan akhirnya menjadi mangsa kepada tsunami siasah yang meledak daripada peringkat bahagian.

Abdullah Sedar

Ahli Majlis Tertinggi ini mengesahkan posting oleh beberapa bloggers tempatan yang mengatakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September 2008 adalah hangat dan decisive. Beliau juga mengakui bahawa sebilangan besar anggota kanan Majlis Tertinggi UMNO rata-rata menasihati Abdullah bersara secara terhormat dan dengan segera.

Sebab itulah agaknya Abdullah dipetik oleh Bernama 18 September 2008, sebagai berkata bahawa “sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.”

Abdullah juga dipetik sebagai berkata bahawa “sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.”

Mengenai peralihan kuasa, Abdullah juga berkata: “Saya tidak beri penjelasan semula. Saya hanya kata yang saya sedar, saya sentiasa mendengar, saya sedang memberi perhatian kepada apa yang berlaku mengenai situasi sekarang ini dalam parti. Apa-apa juga keputusan yang akan saya buat mengenai perkara ini akan saya bincang dulu dengan Datuk Seri Najib, kemudian keputusan itu akan dibawa untuk makluman Majlis Tertinggi.”

Moga-moga Abdullah yang kini “sedar, sentiasa mendengar dan sedang memberi perhatian kepada apa yang berlaku mengenai situasi sekarang ini dalam parti” seperti ditegaskan di atas akan menghormati nasihat Majlis Tertinggi UMNO yang mewakili aspirasi majoriti warga UMNO akar umbi di seluruh negara mutakhir ini. Mudah-mudahan di hari baik bulan baik ini Abdullah sanggup berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair dengan mengumumkan persaraannya daripada siasah dan kerajaan sebelum 10 Oktober 2008. KEPADA ALLAH BERSERAH!

60 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Adullah telah melakukan yang terbaik setakat kemampuannya walaupun ada salah dan silap. Abdullah harus diberi peluang sekali lagi untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dan terhormat dengan mengundur diri secara sukarela.

Unknown said...

Pak Lah kan Flip-Flop person, mana boleh terima cakap Pak Lah bulat-bulat.

Kalau Pak Lah kata nak pencen sebelum 2010, tak mustahil dia akan berdiam diri dan terus buat benggap sampai tahun 2020 jadi Perdana Menteri.

Mana boleh terima cakap Pak Lah bulat-bulat. Pak Lah sendiri pun takut nak terima bulat-bulat janji janji dia sendiri.

Common sense question: "Would you trust a Liar?"

Semua umat Malaysia dah tahu dan percaya, Perdana Menteri dan Presiden UMNO tu "kaki Penipu".

Anonymous said...

Sorry man.
Maybe in UMNO, Najib is still hero.
But outside, he's pretty zero.
So with him leading Barisan, it's likely that Pakatan with Anwar (yucks!) is still the better choice for some.
For me, I of course prefer Husam Musa as PM. But yeah, gaya is not everything. But something, esp in politics...

Anonymous said...

But Husam being PM is very hard unless he goes to UMNO, I feel.
Maybe in two-three elections, depends. Then old already, not so handsome, maybe look like Hadi!!!

Berita dari gunung said...

Keadaan makin sukar untuk Abdullah. Awal dulu, Anwar memilih Najib, Gani, Musa dan Tun Mahathir sebagai sasaran.

Sekarang Anwar ajak Abdullah bermain poker dalam Parlimen.

Kritikan bertalu, kemasukan semula Tun, kritikan berani Muhyiddin, BN yang makin longgar dan tidak mesra, kemelut UMNO, dan yang penting sekali ialah ANCAMAN EKONOMI. Tsunami ekonomi bergerak laju dengan epicentre di America, mampu melemahkan benteng pertahanan.

Tekanan disebalik bermain poker dengan Anwar bukan calang-calang. Sekarang kelihatan ada tanda-tanda Anwar akan dapat semula cuti panjang yang diperolehi waktu era Mahathir. Ada rumah rehat di Kamunting atau Sungai Buluh. Anwar perlu berehat. It has been a long battle.......

Dato, memang ada tanda yang jelas bahawa Abdullah akan meninggalkan tampuk kuasa. Kuasa telah disalahertikan, bukan glamor, bukan ruang rehat, bukan ruang menjana kuasa dan wang. Kuasa menuntut komitmen.

Perdana Menteri hanya bagi mereka yang gagah dan berjiwa besar sahaja. Takhta Perdana Menteri juga ada daulat. Calang-calang manusia akan merana.

cahayamasa said...

Salam Datuk,

Kepada Allah Berserah. Mudah2an dibuka pintu hati Abdullah Ahmad Badawi.

Sekian.

Sal said...

Kalau Pak Lah bersara, siapa jadi PM? Najib? Sebab itu, dengan apa cara sekali pun Anwar harus mengambil alih kerajaan. Saya gerun memikirkan apabila Najib mengambil alih kerajaan. Sekiranya BN ingin terus memerintah, BN harus memilih PM yang boleh diterima rakyat dan bukan PM yang boleh diterima oleh orang UMNO. Selagi UMNO memilih orang yg tidak disukai rakyat, rakyat akan menentang. Sebab itu, sebilangan besar rakyat menyokong usaha Anwar mengambil alih kerajaan. Walaupun terpaksa menunggu sehingga 13 Oct. Kami sanggup tunggu supaya Pak Lah/Najib tidak memerintah negara ini. UMNO harus memandang serius mengenai perkara ini dan memilih seseorang yang boleh diterima rakyat. Dgn itu shj rakyat akan kembali menyokong BN.

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Memang benar DS Abdullah ni orang yang lemah pendirianya, keputusan yang dibuat sentiasa berubah-ubah dan tidak meyakinkan. Beliau dilihat banyak bergantung kepada penasihat-penasihat. Oleh kerana sikapnya sedemikian rupa, menyebabkan rakyat dan pelabur hilang keyakinan terhadap pentadbiran negara. Ini lah hasilnya NEGARA DI AMBANG HURU-HARA DAN KEHANCURAN.

Oleh yang demikian, Pak Brahim doa kepada ALLAH SWT. dan berharap kepada semua pihak terutama pihak-pihak yang berkedudukan tinggi supaya sempena BULAN RAMADAN AL-MUBARAK ini, berilah fokus terhadap kepentingan NEGARA dan ketepikan kepentingan PERIBADI.

BERILAH KEPERCAYAAN KEPADA MEREKA YANG AHLI, TAK KIRA BELIAU DARI KUMPULAN MANA SEKALI PUN, ASALKAN BELIAU TELAH TERBUKTI LAYAK DAN TERBUKTI DI TERIMA OLEH SEMUA PIHAK.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,


dengar-dengar sampai menitis air mata pm flip flop kena bantai ahli MT...hakikatnya selama 5 tahun dia memerintah negara kita semakin kebelakang...tiada pembaharuan dan kemajuan...hanya omongan kosong media arus perdana dan impian koridor-koridor ekonomi pm flip flop... malangnya, sebab nak pertahankan kekayaan anak menantu serta kroni sanggup menjatuhkan maruah diri....jadikan pengajaran!

MAMPUKAH NAJIB MENJADI PM YANG CEMERLANG?

A Hamid's East of the West said...

Datuk,
Janganlah kita hipokrit. Bersara secara terhormat? Tak reti malu ke? Selepas pengkhianat itu merosakkan bangsa, lepas itu konon baru nak sedar, lepas nak bersara secara terhormat, boleh belah Lah. Jenis penghisap darah yang pentingkan menantu, anak dan keluarga dari menjaga amanah memelihara bangsa. Berambuslah cepat2.

mimbarUMNO said...

Salam,
Teman tak kisahlah kalau betui Paklah dah buat yang tebaik untuk jadi'SAYA MASIH PM' walaupun memang tak ada siapa yang sempurna.Silap dan salah tu memang adat.Teman juga merasakan paklah pun terima tekanan jugak dari kuasa asing ngan kuasa dalam negara.Tu yang dia duk pening.Teman paham,TAPI takkan dia tak pernah terfikir nak keluar dari belengu/dilemma?Dah miskin sangat ke negara kita ni dengan negarawan/pakar sejarah/ahli ekonomi untuk jadi penasihat dalam membuat keputusan?Ni tak pilih zaid,nor mohd yaakob,dan etc memeteri2 yang memang kita tahu tak kaliber.Kalau kaliber,takdak lah keadaan ekonomi dan politik kita huru-hara jadinya.Aku nak tegur sikit zaid ni,siapa dia nak buat pembaharuan kat sistem kehakiman kita?pertikaikan ISA?dia tahu tak selama dia hidup sekrang ISA lah menternteramkan negara,kalau ISA takdak dah lama Malaysia ni huru hara jadinya akibat perbuatan sesetengah orang yang KEMARUK KUASA!Aku pun tak paham diorang ni.Yang Zaid tu GRADUATE dari mana ek?berlagak semacam je aku dengan kalau dia buat statement.Ingatlah,kalau kita bagus,ada orang lagi bagus dari kita.Sejak dia jadi menteri di JPM,aku tengok BAR COUNCIL dah mula tunjuk taring,pertikaikan hak keistimewaan ISLAM.Takdak pun kene tangkap panel dia,yang tu duk diam je,tapi kalau datuk ahmad ismail kene,macam2 pertanyaan teman dengar,kenapa tak tahan ISA lah,tangkap lah.Pulak tu kalau kafirun lain kena tangkap ISA ada sesetengah MELAYU BARUA sibuk-sibuk buat laporan Polis,apa citer?tapi kalau ISLAM dihina,ada ke kafirun tolong p buat laporan POLIS?ha jawab!!

asalbayu said...

Salam Dato,

Sebelum ini saya adalah salah seorang AJK UMNO Cawangan dalam Bahagian Kuala Kedah. Sewaktu PRU12 dahulu saya bertugas di bilik gerakan peti undi di kawasan perumahan yang saya diami dan merupakan kawasan populasi majoriti masyarakat kaum Cina. Selepas pengumuman pembubaran parlimen dan mendapati berlaku pendustaan oleh PM, kestiaan saya kepada BN mulai merosot biarpun Allahyarham bapa saya adalah 'penyokong tegar' UMNO/BN. Sekurang-kurangnya ada dua peristiwa yang turut menambahkan kemerosotan kesetiaan saya terhadap BN. Pertama, pada suatu malam ada seorang pemuda datang ke bilik gerakan lalu menceritakan bahawa baginda Sultan Kedah diberitakan tidak begitu gembira dengan kawasan DUN Anak Bukit iaitu lokasi istana yang dikuasai oleh PAS. Ertinya baginda menyokong BN untuk mengambilnya semula. Kedua, kira-kira dua hari menjelang tarikh PRU12 bilik gerakan dikunjungi oleh Wanita UMNO dan saya menjelaskan bahawa ada berita bahawa pihak pembangkang melakukan solat hajat memohon supaya Allah memperkenankan permintaan mereka untuk memenangi PRU12. Wanita UMNO yang memakai pakaian menutup aurat itu dengan wajah jelek serta mencebik bibir mengatakan: "Nak buat apa? Tiap-tiap hari dok maki orang!" Saya mula naik muak lebih-lebih lagi apabila harga minyak petrol dan deisel tiba-tiba melambung pada awal Jun 2008 lalu, sedangkan pengumuman seperti yang tersiar di media tidak sampai 48 jam sebelum itu dikatakan akan diselaraskan pada bulan Ogos 2008. Sebenarnya rasa tawar hati saya itu telah berbunga sebelum itu lagi bila saya disingkirkan dari perkhidmatan dengan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan kerana dikatakan prestasi bagi 2004, 2005 dan 2006 tidak memuaskan di samping saya dikatakan tiada daya usaha untuk memulihkan diri. Untuk makluman, saya diserang angin ahmar (strok) mulai 17.9.1999 yang menyebabkan sebahagian badan lumpuh dan terlantar selama 6 bulan di rumah. Semenjak disingkirkan, saya tiada pendapatan tetap dan tiada mana-mana pihak bersedia untuk menawarkan sebarang kerja kepada orang yang seperti saya. Seperkara yang aka menghairankan saya ialah ramai pengundi di pusat pembuangan undi berdekatan kediaman saya adalah bukan Melayu (Cina) tetapi bilangan undi yang diperolehi oleh calon PAS DUN Kubang Rotan menunjukkan mereka telah mengundinya. Pada masa ini saya sedang mempertimbangkan hasrat untuk menyertai parti pembangkang khususnya PAS yang kini dilihat kian menyerlah pentadbirannya di Kedah.

jamie said...

Bosan lah Pak Lah ni. Takkan dia nak bersara punya. Nanti dia bagi lah bermacam alasan utk kekal sebagai PM... Politik Malaysia ni betul2 mcm soap opera.. =(

Fauzi said...

Bagi saya yang mengenali Pak Lah dari dulu dan sekarang dari pandangan mata kasar saya.

PakLah amat bercelaru dan serba tak kena dengan hidupnya setelah KJ wujud didalam keluarganya.
Hancur imejnya dipandangan ahli UMNO dan orang ramai.
KJ telah merosakkan imej PL., yang dulu digelar Mr Clean.

PL akan berundur setelah berjaya melarikan diri dari kongkongan KJ.
Demi Maruah UMNO PL terpaksa berundur...

SYABAS...PL Jasamu selama ini dalam UMNO akan menjadi satu sejarah seperti mana Presiden Presiden terdahulu.

Unknown said...

"Salam,
Dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW. Setiap manusia juga ada kelebihan dan ada kekurangan. Setiap manusia juga mempunyai strategi sendiri untuk mengimbangi atau mengurangkan kelemahan diri sendiri supaya dapat buat yang terbaik untuk hidup. Begitu jugalah dengan Pak Lah. Beliau mencuba melakukan yang terbaik.

Beliau sepatutnya diberi kepercayaan untuk memperbaiki kelemahan yang ada, bukan diberi tekanan yang melampau semata-mata untuk mendesak beliau untuk melepaskan jawatan. Kita sepatutnya akur dengan keputusan beliau untuk bersara pada 2010. Kita harus beri peluang dan sokongan sehingga pada tarikh yang ditetapkan.

Dengan itu beliau akan dapat sempurnakan sisa-sisa tugas beliau dengan baik. Tapi oleh kerana kezaliman rakyat yang terlalu cepat menghukum, maka Pak Lah terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan tekanan.."

Cucu Tok Selampit said...

Salam Dato',

Sumber dari bigdogdotcom menyebut Pak Lah menangis di dalam majlis tersebut. Mungkin Pak Lah sudah sedar, mungkin. Saya setuju dengan kluangman, sebagai orang Melayu, kita mengharapkan beliau berundur dengan terhormat. Selepas itu, janganlah diungkit lagi. Hormatilah sepertimana kita menghormati PM-PM sebleumnya walaupun mereka juga ada membuat kesilapan.

Selumbar said...

Yb. Dato
Mengapa Pak Lah bergitu liat nak melepaskan jawatan PM sedangkan beliau tahu banyak masaalah negara yang tidak boleh beliau selesaikan.
Apakah setiap orang yang dapat menjawat jawatan PM akan bersikap seperti ini. Bagaimana caranya untuk rakyat boleh mengawal jawatan PM ini tidak dijadikan harta mak bapak mereka yang menjawatnya...?

Cheguman said...

Pemilik Kudakepang,
Ruang utk mengutarakan pendapat telah diberi seluas-luasnya kpd rakyat. Gunakan hak tersebut dgn berhemah dan berhikmah. Saya lihat ramai yg menggunakannya dgn bijaksana termasuklah saudara sendiri, sudara kluangman dan juga MT yg bermesyuarat itu. Sayangnya saya tidak nampak saudara Bond termasuk dalam golongan insan yg mengerti prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.

Sama-samalah kita membantu saudara Bond agar dapat beliau mengemukakan pendapat dgn lebih baik. Mungkin beliau kurang pengalaman dan tidak begitu didedahkan dgn adab sopan sejak kecil.

Unknown said...

Kesian kepada Pak Lah, dia terpaksa menjadi kambing korban yang kononnya untuk menyelamatkan BN.

Masa undi BN merosot pada tahun 1999, ramai orang menyalahkan Dr. Mahathir ketika itu, tetapi tidak ada orang UMNO yang berani secara terbuka mendesak beliau meletak jawatan.

Berbeza dengan Pak Lah, banyak orang UMNO sekarang ini yang tak yakin dengan beliau lagi.

Mungkin Pak Lah terlalu khayal dengan kemenangan besar BN pada tahun 2004 hingga menjadikannya lebih perasan dan lupa diri.

Mika Angel-0 said...

Secara sukarela?
Tak mungkin - biarlah kesat namun Abdullah akan tetap mahu menjawat jawatan Presiden UMNO tanpa mahu melepaskannya - sampai mati.

MD said...

Kenapa nak paksa Pak Lah berhenti sekarang. Kalu Pak Lah berhenti dan Najib jadi acting Presiden sekarang, selamatkah UMNO dalam PRU13 ini? Mungkin tidak.

Biarlah pemilihan Dec ini yang menentukan - Biarkan ada pertandingan yang sihat. Kalau Pak Lah menang - dia jadi presiden lagi sehingga habis tempoh beliau. Kalau KuLi, najib, muhyidin atau calon lain yang menang - terimalah dia sebagai presiden. Sekurang-kurangnya perwakilan umno puas hati jika pertandingan ini di buat secara terbuka.

Kalau tak cukup percalonan untuk melawan Pak Lah - terima saja lah kerana sistem itu yang telah diterima pakai oleh UMNO. Kalu bahagian takut untuk mencalonkan orang lain sehingga tak cukup kuota - apa nak buat. Itu yang bahagian mahu - terima sajalah.

Sekali lagi saya pohon supaya semua ahli umno mengundi terus bagi memilih semua pemimpin tertinggi UMNO. Ini untuk mengelakkan daripada ahli umno memberontak dalam PRU13 akan datang.

MD said...

Tun pun dulu bersara awal kerana tekanan - Adakah Malaysia hari ini lebih baik daripada semasa berada di bawah Tun? Sembuhkah penyakit UMNO kerana tun bersara awal?

Penyakit tenat umno akan sembuhkah jika Pak Lah bersara awal seperti tun?

Adakah ahli umno tidak akan memberontak seperti PRU12 baru ni kalu Pak Lah bersara awal? Sabarlah sikit - tunggulah tiga bulan lagi, dan bertandinglah secara sehat.

wira said...

Datuk Ron, kalau begitu desas desusnya alhamdulillah berita yang baik didengar dibulan yang baik seperti bulan ramadhan dan keputusan baik yang akan diumumkan disekitar lailatul-kadar alhamdulillah sekali lagi.

Saya telah mendengar rata-rata dikalangan masyarakat seeloknya tatacaranya terhormat sebagai seorang islam dan kita dikalangan masyarakat islam akan menyambut baik seperti lazimnya kita orang-orang baik.

Persekitaran ekonomi dinegara kita pun mula menunjukkan kelemahan, bukan sahaja ekonomi amerika yang semangkin menurun tetapi kita sendiri sudah tidak ada penggerak politik yang lazimnya mencerminkan kestabilan.

Namun begitu, ada satu risiko yang harus kita juga perihatin iaitu pergolakan dikalangan kepemimpanan pemuda Umno. Seharusnya peluang diberi kepada pemimpin yang berasal dari akar umbi yang telah membina kepemimpanannya sebagai ahli pemuda kerana mereka ini lebih mengetahui hasrat ahli yang sememangnya asal dari kampung-kampung. Akhirkata tatacara 'helicopter' harus jangan digalakan supaya ia boleh membina modal insan dalaman.

Pak Malau said...

Selepas pulang ke rumah dan mendengar "nasihat" KJ, kamaludin dan Jean, Paklah akan ambil risiko untuk mengekalkan kuasa.

Inilah yang akan berlaku.

mucsc2u said...

entah lah tuanku.. patik pun tak tahu... entah lah tuan puteri patik pun tak tahu...

tapi patik yakin kita musti menang

Adun Karamba said...

Bersara sukarela. dan kalau nak cantikkan lagi,PakLah kena pastikan pemilihan dec ini, pemilihan paling bersih dlm sejarah umno moden.

Itu saja peluang Paklah Bersihkan nama dia.Pemilihan Agung yang bersih amat penting utk survival UMNO, sbb itu merupakan peluang UMNO untuk mengembalikan kepercayaan seluruh rakyat Malaysia.

Tapi boleh berlaku ke kempen 'bersih' UMNO?

hasipin66 said...

Jika lihat keadaan sekarang ekoran mesyurat MT-UMNO pd.18sept ni,ada harapan 90% Pak Lah berundur 10% lagi masih mencari-cari SIFIR AJAIB
nak tahan kerusi presiden dan perdana menteri.Tidakkah mungin Pak Lah ada plen baru? contohnya Pak Lah gabung dengan KU LI dan beberapa orang kuatnya daripada Sabah.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Kalau benar apa yang Datuk khabar ni berlaku, Alhamdulillah. Terlalu ramai anggota UMNO akar umbi mengharapkan Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB) melepaskan jawatannya secepat mungkin.

Cuma sebahagian anggota UMNO yang berkepentingan saja mahu AAB terus berada di Sri Perdana.

Datuk,

Politik sekarang bermula dari Cawangan ke Bahagian pun sudah cukup hebat. Sekarang ini ramai calun-calun yang bertanding diperingkat Bahagian telah mula mengejar para perwakilan Cawangan. Apa yang cukup menghairankan ialah semangat calun cukup tinggi untuk merebut jawatan di peringkat Bahagian sedangkan semasa PRU-12, puak-puak ni relax saja, tak kalut pun!!!

MOHD ABD RAUF TUMIRAN said...

Game Over : Pulihkan Ekonomi Negara

1. Saya jarang mengulas mengenai isu politik negara tapi keadaan yang berlaku sekarang amat menarik untuk diulas dari pandangan seorang muda.

2. Sebelum PRU 12 BN begitu selesa dan yakin bahawa mereka akan terus berkuasa berdasarkan pencapaian mereka sepanjang memerintah negara.

3.Keadaan selesa ini menyebabkan pemimpin2 BN leka termasuklah pemimpin2 UMNO (ingat bukan parti UMNO seluruhnya).Mereka berangapan segala noda (rasuah & salah guna kuasa) dapat ditutup dgn pembangunan negara (hasil pemimpin terdahulu) dan janji2 manis.

4. Sebelum pilihanraya juga pembangkang memalu gendang dengan penuh semangat atas misi untuk menjadi pembangkang yang kuat dan efektif.

5. Selepas PRU12 ramai yang terkejut. BN terkejut sebab kalah banyak kerusi (termasuklah jeneral2) dan pembangkang terkejut kerana menang banyak kerusi.

6. Dalam BN maka bermulalah blame game. Masing2 ckp mereka tak salah. Semua tuding orang lain.

7. Parti pembangkang pulak macam tak bersyukur.Cita2 diubah. Daripada jadi pembangkang yang kuat tukar pulak nak bentuk kerajaan baru. Usaha pertama tubuhkan pakatan rakyat(walaupun berbeza ideologi).

8.Muncul pulak Anwar Ibrahim dgn penuh yakin memalu gendang 16 september. Katanya ade ahli parlimaen BN yang nak lompat parti.

9. Bn pulak makin rancak menari(syok sangat dengan gendang pakatan rakyat). Tanpa sengaja timbul pulak isu perkauman(ke dah plan). Semua nak jadi hero bangsa.Pemimpin yang buat hal rakyat dapat bala.Celake punya pemimpin..


10. 16 sept pun berlalu macam biasa..(ingat kan boleh tambah cuti). Tak der pun pemimpin melompat. Tak der pun tukar kerajaan.Tak der pun turun harga minyak.

Sudah la tu...

11. Jangan cerite pasal nak tukar kerajaan, jangan cite pasal gaduh2 antara kaum. rakyat dah melarat dah ni. Semua barang naik. Tapi pemimpin gaduh2 lagi..

12. Sebagai wakil kepada rakyat MALAYSIA aku tuntut janji BN selamat aman makmur.. Kat PR pulak aku tuntu jadi pembangkang yang kuat..

13.Kepada anwar ibrahim.Hang kan pakar ekonomi (ikut yang hang habaq la..),ape lagi tolong - tolong lah kerajaan yang ade. Ni bukan cite BN atau PR. Ni cite pasal MALAYSIA YANG TERCINTA..

14. Panggil kawan hang pak arab - pak arab tu labur kat Malaysia, Daripada habis duit kat UK beli machester city baik buat Universiti untuk orang islam.

15. Kalau prestasi ok karang PRU13 pandailah rakyat nak balas jasa.

16. Kepada kerajaan yang ada, aku mintak tolong sangat - sangat pulihkanlah kestabilan negara. Jangan utamakan kepentingan sebdiri tapi utamakan kepentingan rakyat.

17. Kepada orang2 UMNO, bersihkanlah UMNO daripada pengkhianat2 bangsa. kan sekarang tengah rancak pemilihan pelbagai peringkat. Gunakanlah hak anda..

OKLah. Banyak sangat merapu ni. Aku nak study. Belajar Terus Belajar..

Assalamualaikum...

sesumpah@pokka.com said...

betui ka si dollah ni ada mata,telinga utk dengaq n melihat pandangan rakyat bawahan..???
atau dia cuma ada mata,telinga utk mendengaq n melihat sogokan sang menantu,anak beranak n penbodek yg dok tunggang dia keliling padang??
ada ka si dollah woiiii...?????

merantikota said...

Kepada Allah Berserah

Dato Ron,

Marilah kita mengambil iktibar dari sabda Nabi..."Berhentilah Makan Sebelum Kenyang!"

Nafsu tidak boleh diturut, makin diturut makin binasalah kita!

Hendaklah kita sentiasa mensyukuri Rahmat yang sedikit! Niscaya akan ditambahkan lagi! Kalau disorot Kemajuan Kerjaya dari Gred 41 telah melepasi JUSA dan jadi orang nombor satu negara...itu sudah lebih dari jangkaun cita-cita gulungan Gred 41! Ingatlah ada yang hanya tersedai setakat Gred 48 dan pencen!

Wahai Manusia... belajarlah berkata Alhamdullilah...Kalau rakyat dah tak Redha....Rezeki yang kita peroleh pun tidak bersihkan? Apa yang kita peroleh itu adalah dari Perbendaharaan Negara, siapa yang ampunya Perbendaharaan itu? Tentulah Rakyat! Rakyat tak redha, apa hukum?

Ad Deenu Nasihah...

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Terdapat tanda-tanda yang ahli UMNO dah mampu berfikir panjang dan mampu memikirkan nasib bangsa daripada temolok diri sendiri.

Dahulu, FLS selalu merasakn orang UMNO memang mabuk duit sebab itu usul supaya Pak Lah diberhentikan tidak dilayan. Mungkin ada juga sedikit sebanyak kesan daripada pangglan BODOH yang FLS lontarka terhadap mereka membuatkan mereka terfikir untuk membuang Pak Lah ini. Sebenarnya Pak Lah harus dibuang sejak 8 Mac lalu. Tapi takpa, sekurang-kurangnya ahli UMNO yang dahulu memang BODOH kini dah kembali nak jadi cerdik. Tahniah. Lu Fikirlah Sendiri.

mn said...

Salam Datuk,

1. Saya katakan Pak Lah tidak akan berundur dalam masa terdekat ini seperti mana yang Datuk tuliskan itu.

2. Cuba Datuk baca dan nilaikan pandangan peribadi saya ini. Adakah relevan atau tidak?

a. Sekiranya nanti Pak Lah tidak mendapat pencalunan yang cukup untuk pertahankan jawatan Presiden UMNO...

b. Maka beliau akan memastikan 'Peralihan Kuasa' yang dimaksudkan itu bukan kepada Najib tetapi kepada Pakatan Rakyat(PR).

c. Bagi memastikan penyerahan kuasa itu berjalan lancar, selamat dan terkawal, maka Angkatan Tentera @ Kem Pertahanan akan bertindak memastikan peralihan kuasa itu berjalan dengan selamat dan terkawal.

3. Tetapi ini cuma pandangan peribadi saya sahaja. Mungkin betul mungkin tidak.

Semut Api said...

nasib pak lah ni semua sebab khairi..

shahbandarmalakat said...

percaya ke? spekulasi demi spekulasi...Betul ke Majlis tertinggi berani menegur President? satu keajaiban kalau berlaku dan saya angkat tabik kepada mereka kalau betul..dan kalau betul kepada orang melayu akan saya seru "jangan khuatir masa depan mu..sebab orang orang yang kamu tentukan kan sebagai MKT tu sebenarnya boleh di harap menjaga kepentingan kamu sekelian..."

spycatcher03 said...

Saya ingat tak mungkin beliau berundur dalam masa terdekat!! Buktinya? SIL telah mengistihar bertanding sebagai Ketua PPUmno! Kalau bapa mertua dah tak ada , tak berani dia calonkan diri, sudah tentu direntap2, dipatah2 dan disiat2 olih mereka yang dia buat musuh!!

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,
Pak Lah PERRLU melepaskan jawatan PM sebelum sidang Dewan Rakyat bermula .
Ini kerana untok menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA yang pasti berlaku kelak..supaya AP/MP yang kecik-hati kat Pak Lah sejuk lah sikit bila orang lain yang jadi PM..!
Dan juga nak bagi peluang,yang secukupnya kpd PM 'baru'..demi utk. meyakinkan AP BN yang kononnya ingin melompat katak ke kemPR itu...!!
Supaya juga Ahli Parlimen Katak ini mendapat ...angin baru suasana ambient yang baru..!!
Mungkin dapat lah sekat AP Katak 'opportunist'..Politik tu..relax sat kut..!!
Macam mana sekali pun..kpd Pak Lah ...ini lah masa nya ..Selamat 'Joint'..MUBARAK..pencen(Pak Lah yg.kata)..!!
Sekian Wassalam..dari Larut Tin Teypin.

perjuanganku said...

mudah-mudahan apa yang saudara tulis menjadi satu realiti yang sebenar. mungkin dengan cara ini UMNO akan terus berkuasa.

nagagua said...

askm datuk .tak pe lah orang dah jatuh tak payahlah kita nak pijak kepala lagi sebab tu dalam silat ada buah kunci.semuga negara kita aman makmur dan maju eh jangan lupa isu WPI DAN SEWAKTU DENGANNYA JANGAN HILANG TERUS, SENTIASALAH SIASAT DAN DEDAHKAN .BUKAN BOLEH BUAT KAWAN ORANG KAT SELATAN TU..

atokuitmck said...

Salam semua,

baguslah kalau dah sedar. tapi kena cepat skit mengundur diri. jgn tangguh2 lagi.

Dato, tak nak comment pasal KJ ke? Plz Dato. we need somebody to talk about this. Ini perkara ke2 yg UMNO kena settlekan selepas Pak Lah.

Harga minyak mcm mana? Bila agaknya nak turun.

wira said...

Datuk Ron, benar sungguh cogan kata 'Kepada Allah Kita Berserah', namun tindakan perlu telus dan tidak dihasut oleh kepentingan nafsu samaada sendiri atau konco-konco disekeliling. Sebagai pemimpin kita perlu diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri dan keputusan tersebut hendaklah sejajar dengan hasrat majoriti demi kesejahteraan ahli-ahli akar umbi.

Namun begitu, kita harus sedar setelah semuanya kembali aman, faktor PKR dan DSAI perlu ditangani dengan bijaksana seperti kejayaan yang telah dibuktikan dizaman khalifah-khalifah islam dizaman kegemilangan Islam.

Datuk, saya amat risau jika kita ambil sambil lewa didalam merancang strategik menghadapi PRU13. 'Worse case scenario' PKR bertanding disemua kawasan parlimen memandangkan PKR adalah parti tidak 'ethnic centric'. Saya tidak dapat bayangkan akibatnya.

Sila Datuk buat senario pasca PRU13 adakah semua tindakan kita bagi membetulkan kesilapan Umno sekarang dapat membuahkan keputusan yang jernih. Saya masih berpendapat ahli-ahli Umno perlu anjakan paradigma dimana Pas akan menjadi tidak relevan didalam perjuangannya.

Unknown said...

alhamdulilalah, jika pak lah berundur secra terhormat, beliau akan di sanjung oleh rakyat jelata dan akan ditegur sapa oleh rakyat malaysia kemana saja beliau pergi dengan mesra dan senyum simpul. jadi inilah yang kita mau. dengar apa kehendak rakyat demi negara agama dan bangsa melayudan rakyat malaysia keseluruhannya.

Semut Api said...

dato' oktober 9 ni dekat benor la...

Quantum Metal Consultant said...

KUALA TERENGGANU 19 Sept - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting mahu semua pemimpin parti itu sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab dan tidak gila kuasa dalam menerajui parti.

Ka Ting berkata, kedua-dua sikap itu harus menjadi satu budaya dalam MCA bagi menarik semula sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Beliau berkata, tindakannya tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu pada pemilihan bulan depan adalah kerana mahu memikul tanggungjawab di atas prestasi parti yang kurang memberangsangkan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
...................................

Bila UMNO mahu belajar seperti ini

Satay_Kampung said...

Dato'...Datuk

1. Katanya lambat lagi nak khawin, meletup khawin.

2. Katanya lambat lagi harga petrol naik, meletup naik.

3. Katanya election date not yet firm bila tanya, meletup announce election date.

Dato, bakar satay lagi predictable bila daging akan masak dan bila boleh hidang dan bila boleh makan...

Unknown said...

Salam dato'

Maaf jika pendapat saya ini akan banyak mendatangkan bangkangan.

Sejak 2004, banyak negara, terutama negara islam dan Eropah yang saya lawati (kerana dunia ini dicipta Allah untuk kita kagumi ciptaanNya)majoriti hampir 100 peratus orang dari pelbagai personiliti dan lapisan masyarakat yang saya sempat berbual optimis DSAI adalah calon yang terbaik untuk menarik Malaysia keluar daripada kemuruduman ekonomi, harmoni, ketegangan perasaan, keresahan hati dan 1,001 kekalutan di negara tercinta kita ini.

Aneh tapi benar. Setiap kali diajukan soalan antara Najib dan DSAI, semua yakin dengan DSAI.

Tapi seperti jed yoong, saya juga bersetuju sekiranya beberapa tokoh daripada PAS mengetuai kepimpinan negara.

Husam Musa, Salehudin Ayob dan bberapa lagi antara yang mempunyai kredibiliti dan karisma.

Tapi kelebihan Anwar ialah hubungan antarabangsanya yang 'super class' dan pengalamannya.

Sekadar catatan anak kampung

AZMAN said...

kesian pak lah ...dia kata masih banyak kerja yg perlu dia lakukan untuk negara ....tapi masalahnya kerja tu tak siap-siap sbb paklah asik tertido .....kerja yang sepatutnya amik masa pendek menjadi lama .... paklah ni tgk muka dia pon macam tak sihat ....kalu bercakap meleweh-leweh takda umphh lansong.... paklah sepatutnya berundur lebih awal agar dia punya masa yang banyak untuk tido dengan nyenyak dirumah

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Abdullah Dan Sun Tze
(the last stand)

1. Sun Tzu said: The art of war is of vital importance to the State.

2. It is a matter of life and death, a road either to safety or to ruin. Hence it is a subject of inquiry which can on no account be neglected.
- (L. Giles on Sun Tze)

Apa dia Akta Perhubungan Kaum yang dicanang-canangkan Hamid Albar?
Siapa yang mengusulkannya kepada dia?

Pada hemat anda adakah dua biji telur rebus masak dan sedikit kuah makanan anjing saperti yang disalak-salakkan YB Kok Siputeh Kristian keturunan tionghua ini?
Adakah Kok menghinakan makanan halal atau orang miskin? Apa sebenarnya cerita perempuan kristian cina ini sehingga dia ditahan di bawah Akta ISA?

Ataukah cerita sebenarnya Hamid 'syed pekak' Albar ini ceritanya pak menteri yang akan selalu kalah bicara di makhamah angkara tindak-tanduknya yang sembrono yang turut mengundangkan sial kepada Barisan Nasional?

1. Sun Tzu said: In war, the general receives his commands from the sovereign.

2. Having collected an army and concentrated his forces, he must blend and harmonize the different elements thereof before pitching his camp.

3. After that, comes tactical maneuvering, than which there is nothing more difficult. The difficulty of tactical maneuvering consists in turning the devious into the direct, and misfortune into gain.

4. Thus, to take a long and circuitous route, after enticing the enemy out of the way, and though starting after him, to contrive to reach the goal before him, shows knowledge of the artifice of DEVIATION.

5. Maneuvering with an army is advantageous; with an undisciplined multitude, most dangerous.


Dan ya, sekiranya diperhitungkan langkah Abdullah ianya quick march (kawat cepat) kearah kubu pertahanan.

Sun Tzu said: The good fighters of old first put themselves beyond the possibility of defeat, and then waited for an opportunity of defeating the enemy

odeen said...

SALAM SEMUA...
PAKLAH ADALAH SEPERTI TANAMAN YANG YANG DITANAM OLEH SESEORANG(TUN)PADA MULANYA HIDUP SUBUR DAN MENYUBURKAN TUMBUHAN LAIN. NAMUN APABILA SEMAKIN MEMBESAR IA DILIHAT SEPERTI POKOK ARA YANG MENAKUTKAN SI PENANAMNYA. SEHINGGA SI PENANAMNYA(TUN) TERPAKSA MEMINTA ORANG LAIN UNTUK MENEBANGNYA.

Unknown said...

Pak Lah mmg patut la bersara secara sukarela daripada bersara diguling rela

antubiul said...

Datuk, akhir nya hidung Pak Lah kena jentik jugak. Baru tersedar dari lamunan mimpi mimpi enak. Kalau MT ramai ramai jentik dari awal lagi maka tak lah goyah macam la ni. Preventation is better then medication kata Tuan Tuan Doktor. Tak tau lah, samada dengan menjentik hidung Pak Lah sekarang ini samada tergolong dalam istilah 'preventation' atau 'medication'. Kalau medication alamat parah lah UMNO.

Angah.Atiq said...

dato ron,
memang adalah lebih baik langkah ini di ambil oleh Pak Lah dari mula lagi, sejak populariti beliau menurun,tambah lagi ketika anwar memulakan langkah untuk memerdekakan malaysia ke arah Malaysia yang tulen..

Hidup ANWAR dan Pakatan Rakyat....

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Dato,
Aku harap la maklumat ini benar.Bersaralah dengan terhormat.Dan haraplah rakyat dapat memaafkan selaga kesilapan Pak Lah.For once be a gentleman.Ambil kiralah kepentingan rakyat,agama,bangsa dan tanahair melebihi kasih anak,bini dan menantu.Aku ni bukan lah anti Pak Lah,tapi "he's not the right person to be our PM" kita kena terima hakikat ni,memang TUN Mahathir telah membuat keputusan silap memilih Pak Lah sebagai penganti beliau.Yang ada depan mata ialah Najib.Orang kata dia terlibat dgn Altantuya la,artis la,tapi sekurang-kurangnya dia ada juga bersumpah,yang si Nuar tu,sumpah pun takut.jangan taksub tak tentu pasal la bro,kalau si nuar ni bersumpah secara gentleman,aku rasa aku tak de masalah nak bagi sokongan aku pada dia.Tapi malaslah aku nak cerita pasal nuar ni.Najib ni kalau kau tengok sekurang-kurangnya dia ada "style" la bro.Bagi komen dekat press dalam dan luar negara kira ok juga,steady la jugak,big size,tak la handsome sangat tapi ada style sebagai PM.Macam la si Bush di USA,sweet talker,boleh bercakap sejam,dua tak de hal.Boleh tipu-tipu sikit,cakap dengan Press pun konfiden.Ha.macamtu lah kalau nak jadi President ke,PM ke.Najib ni kira masuk dalam golongan macam ni la,bro.Kau tengok Tun Mahathir,kalau bercakap berdesup bro,wartawan cakap masa dia nak berhenti dulu,"kita orang akan merasai kehilangan Tun sebab setiap kali TDM panggil Press,dia org memang terpaku dengan keupayaan Tun bercakap dan menjawap soalan Press".Aku rasa Najib pun ada sikit ciri-ciri ni la.Style,tinggi,tegap tak lembik,tak jawap Press dengan sambil lewa..Aku ni memang fanatik Tun Mahathir,tak de apa yang aku nak sembunyi tentang pandangan aku ni.Ketika SUKOM di BKt Jalil dulu,masa tu la kemuncak reformasi,dia orang nak berarak ke stadium Bkt Jalil,Tun relax je,tak panik.Sambutan semasa perasmian SUKOM sangat hebat,rakyat tak berapa nak ingat tentang REFORMASI,aku ingat lagi dalam ucapan TUN semasa perasmian tu dia cakap dengan konfident "saya rasa kalau esok saya adakan pilihanraya,dengan sambutan yang sebegini,saya rasa saya mampu menang besar".Ini lah kreteria seorang pemimpin besar.Dia peduli apa dengan si nuar tu.Kalau ikut standard Tun,kalau keadaan negara yang macam hari ni,aku rasa Tun memang akan sumbat si nuar tu sekali lagi dalam ISA,dia peduli apa dengan nuar tu.Ini lah bahananya terlampau sangat melayan kerenah si nuar tu.Macam budak kecik la dia.macam-macam dia nak.Negara multi racial macam malaysia ni memang kena diktator macam tu.Kau org tengok Singapore,diktator,tapi dia org peduli apa dengan HUman Right ke,apa ke.Peduli apa,janji negara aman.Sekian.Saja nak lepas geram dan harap najib dapat bawa kita semua ke jalan yang lebih maju dan aman.

sinarpru13 said...

... demi "Agama, Bangsa dan Tanah Air"

Daripada penulisan datok, saya mentafsirkan Datok ahli Pekida.. kerana dasar perjuangan Pekida memang utk Agama Bangsa dan Tanahair ( Alif Ba Ta).

Demi Agama.

Adakah pemahaman baru Islam Hadari yg dibawa Pak Lah GAGAL? Atau ia hanya merosakkan sahaja kemuliaan islam sebenar?

Demi Bangsa

Adakah pak Lah gagal dalam meningkatkan kemajuan ekonomi dan kedudukan Bangsa Melayu. Yang berlaku hanya meningkatkan ekonomi dan kedudukan anak dan menantu?

Tanah Air.

Keadaan Politik tanah air terus bergolak... asas yg telah kukuh sejak 50 tahun lalu kini semakin hari semakin goyah.

... wallahualam...

ChengHo said...

kita mengalukan AAB mengundurkan diri dec ini. dgn ini UMNO akan bertambah kuat . UMNO perlu dirombak untuk menghadapi suasana politik semasa .UMNO misti mengamalkan meritrokrasi . kita tidak mahu anak menantu suami isteri menjadi ketua sama ada peringkat cawangan bahagian kerana hubungan keluarga.hapuskan sistem kuota pemilihan umno .diperingkat akar ubi UMNO misti cari jalan untuk memilih pemimpin yg bolih mengartikulasi issue issue semasa bagi survival melayu sebagai gulungan majoriti di malaysia. hari hari sekarang ini melayu sangat defensif diserang berbagai issue olih gulungan minoriti TAPI kita tidak dengar pemimpin pemimpin UMNO dari bawah ketas bijak untuk menepis hujah hujah gulungan minoriti ini . ini kerana UMNO sudah hilang taring hilang kualiti dalam menhadapi budaya baru ini.

Unknown said...

Dato Ron
Is Pak Lah really that Benggap? Read more....

http://dinmerican.wordpress.com/

Malaysia is at its most important turning point, says John Malott
21

09

2008
September 21, 2008 (via e-mail)

By John Malott*

Today Malaysia is at the most important turning point in its history. Ironically, the man who has the opportunity to decide which way Malaysia will go is the man who has been considered an ineffective if not a failed leader – Abdullah Badawi.

manggis said...

ABDULLAH BEBAN KEPADA BN

NAJIB LIABILITI KEPADA BN

PRESIDEN = TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

TIMBALAN PRESIDEN = TS MAHYUDIN YASSIN

NAIB PRESIDEN = SHAFIE AFDAL
= ALI RUSTAM
= KHALID NORDIN

manggis said...

UMNO BUKAN ABDULLAH DAN NAJIB PUNYA

DAN BUKAN MILIK MANA-MANA INDIVIDU TAK KIRA KAYA ATAU MISKIN TERPELAJAR ATAU TIDAK TERPELAJAR

BIAR AKAR UMBI TENTUKAN KEPIMPINAN DAN HALA TUJU UMNO

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Kalau jadi PM sekadar tidur di mana saja, bila bangun bercakap merapu, bila bertindak takut pada kenyataan, ikut apa kroni kata baru buat, tak kira langgar undang-undang atau rosakkan keharmonian kaum serta punahkan ekonomi negara, bikin rakyat tidak tenteram, semua orang boleh jadi PM.

Oleh itu saranan yang baik, Pak Lah lepaskan jawatan PM sebelum terlepas, dia boleh tidur lena dengan pencen yang ada. Tak susahkan kepala. Biar rakyat Malaysia celik.

Tapi kalau serah pada Najib! ALAMAK takuttttttt ....!!!!!! Macam kata pantun:

Limau pekan dari hulu,
Buah lokan tepi jalan;
Harimau makan kunyah dulu,
Buaya makan terus menelan.


http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU

Brahim Nyior said...

Dah sudah nak undur, cukuplah kita hina, kutuk dan sindir dia.

Biarlah dia bersara dengan aman. Dia mungkin dah sedar akan kesilapannya. Moga Allah ampunkan dia. Siapakah kita nak menilai sesama makhluk.