Wednesday, September 24, 2008

SIAPAKAH YANG SEDANG BERUSAHA MEMPORAK PERANDAKAN UMNO?

Di bawah ini saya paparkan intisari ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kota Bharu pada 22 September 2008, yang dipetik daripada versi Utusan Malaysia dan versi Bernama.

Saya ambil dayausaha ini untuk membolehkan anda sama-sama membangkitkan soalan-soalan berikut:

Satu: Siapakah yang dikatakan sedang melaksanakan “agenda menghancurkan parti” dan berusaha “memporak perandakan UMNO”?

Dua: Apakah benar bahawa UMNO kini sedang berbalah?

Tiga: Apakah benar seluruh warga UMNO akar menerima pelan peralihan kuasa?

Akar Umbi

Empat: Bilakah Abdullah menemui seluruh warga akar umbi UMNO di seleuruh negara?

Lima: Adakah firman Allah SWT yang mengatakan “sesungguhnya perbuatan macam itu (memporak peranda parti), akhirnya akan membawa kepada kehancuran, jadi kalau kita ingat ini, insya-Allah kita akan maju dan berjaya, Allah akan merahmati perjuangan kita”?

Utusan Malaysia: Abdullah meingatkan ahli UMNO supaya menjaga parti ketika ada pihak-pihak tertentu yang membuat bermacam helah serta rancangan untuk memporak peranda parti itu.

Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli untuk memastikan sebarang agenda yang menghancurkan parti itu tidak akan berlaku.

Semua ahli perlu beriktikad untuk menjaga perpaduan, persaudaraan dan kesetiaan kepada perjuangan bagi memastikan UMNO terus kukuh.

Firman Allah

Allah telah berfirman sesungguhnya perbuatan macam itu (memporak peranda parti), akhirnya akan membawa kepada kehancuran, jadi kalau kita ingat ini, insya-Allah kita akan maju dan berjaya, Allah akan merahmati perjuangan kita.

Tiada kejayaan yang diperoleh tanpa ada kekuatan yang datang dari muafakat, kerjasama, perpaduan dan persefahaman.

Saya sebagai pemimpin bersama timbalan serta semua ahli inginkan UMNO menjadi parti yang baik, tidak bergaduh dan tidak berbalah sesama kita.

Kita mahu semua menunjukkan persefahaman yang sama sebab kita mahu mengejar kejayaan dalam kehidupan untuk menjadi bangsa yang mulia dan berjaya dalam pelbagai bidang.

Mengingatkan semua pihak supaya menjaga percakapan dan menggunakan kesempatan pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT.

Pergaduhan

Pergaduhan dan perbalahan sesama sendiri akan menimbulkan banyak kesulitan. Muafakat dan kerjasama yang kukuh akan membawa kepada kejayaan perjuangan demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Cakap biarlah baik dan di samping itu kita perlu faham bahawa kerja amal soleh yang meningkatkan kita.

Kerja amal yang akan meningkatkan darjat kita untuk menikmati kemuliaan daripada Allah SWT.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Bernama: Abdullah menyatakan semua anggota UMNO peringkat akar umbi mahukan semangat pemuafakatan dalam parti itu diperkukuh sejajar dengan pelan peralihan kuasa pada 2010.

Peralihan Kuasa

Semua anggota parti itu telah menyuarakan sokongan terhadap beliau mengenai pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berharap ia berjalan dengan lancar.

Pelan peralihan itu diterima baik oleh anggota parti dan perkara itu dinyatakan semasa beliau membuat lawatan kerja ke negeri-negeri termasuk menghadiri majlis berbuka puasa.

Semua anggota UMNO masih sayang kepada parti dan mereka inginkan parti ini supaya kuat dan baik. Mereka hendakkan parti ini diperbetulkan dan tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

Semua anggota UMNO tidak mahu sebarang perbalahan wujud di dalam parti berikutan proses pelan peralihan kuasa itu. Semua anggota tidak mahu berlaku perbalahan. Yang kita mahu adalah muafakat dan ikatan yang kuat di dalam parti yang membawa kepada perpaduan.

Pemesongan?

Pelan peralihan kuasa tetap berlaku seperti yang telah dirancang sebelum ini dan ia berlaku secara berperingkat-peringkat.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=360696

Setelah membaca dan mempersoalkan kenyataan Abdullah di atas, tanyalah diri sendiri sama ada tindakan mempertikaikan soal peralihan kuasa boleh disifatkan sebagai satu “agenda menghancur dan memporak perandakan UMNO”?

Dan, tanyakanlah juga, bukankah kenyataan di atas merupakan satu pemesongan oleh Abdullah yang sedang terjebak dengan isu peralihan kuasa mutakhir ini? – Ruhanie Ahmad

29 comments:

Berita dari gunung said...

Tentang berundur, perlu dibanding antara kaedah Tun dan Abdullah.

Tun sangat serius waktu itu. Bukan Tun sahaja yang sebak, malah yang dalam dewan dan yang dirumah menonton juga turut terharu. Rakyat sukar menerima. Namun tidak lama selepas itu Tun berundur juga dengan tempuh yang cukup untuk Abdullah menyiapkan diri.

Abdullah menyatakan hasrat berundur dalam keadaan tertekan. Ada desakan bertalu-talu. Banyak perkara yang tidak kena. Ramai hairan betapa negara bergerak secara self-regulating. Ada yang lebih nakal menyebut auto-pilot mode. Yang lebih jahat, menunjuk rasa hairan, who is in charge.

Tempuh hingga 2010 adalah terlalu panjang. Yang sangsi akan bertanya, adakah tempuh itu untuk menyiapkan Najib mengambil alih, atau untuk menguatkan semula Abdullah.

Abdullah memberi alasan untuk melihat perlaksanaan RMK9. RMK9 hanyalah himpunan beratus projek dengan nilai beratus billion ringgit. Jadi orang lebih sangsi.

Razaleigh sedia bertanding jawatan Presiden sebagai alternatif kepada kepimpinan kini. Tengku membawa semangat dan hasrat rakyat yang telah diterjemahkan dalam PRU12.

Keadaan ini memaksa Najib dan Muhyiddin memikirkan halatuju masing-masing. Kedua-dua jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan jadi rebutan.

Kalau Abdullah ingin berundur hanya bila tidak cukup pencalonan, tidak ramai akan memaafkan Abdullah. Najib dan Muhyiddin akan jadi mangsa. Abdullah akan dilihat sebagai mementingkan diri dan kroni semata-mata.

Abdullah perlu berundur segera. Biar ada masa untuk Najib dan Muhyiddin bersiap untuk Oktober dan Disember ini.

Suara akar umbi bukan hasil daripada mainan dengki mana-mana pengkhianat. Rakyat dahagakan kepimpinan yang berkesan. Yang ada buat masa ini sekadar kelongsong.

Perit untuk ditelan, tetapi itulah dia. Harakiri bukan tradisi Melayu. Berjuang hingga ke titisan terakhir hanya sesuai dalam dimensi yang berbeda. Berundur adalah mulia waktu ini. Jika harakiri dianggap mulia di Jepun, berundur juga sama mulia di sini.

Kalau Abdullah ingin lebih lama, rakyat melihat itu sebagai perjuangan peribadi, tidak ada kaitan dengan kepentingan Melayu, UMNO, BN dan negara. Lebih lama Abdullah di situ, lebih porak perandalah UMNO.

mata-mata pencen said...

Salam Dato'

Segala usaha telah dilakukan oleh banyak pihak termasuk Dato' Ron sendiri dan Ayahanda Tun untuk memastikan UMNO tidak dikafan dan ditalqinkan selepas PRU13 nanti. Tetapi nampaknya masih ramai mereka yang mengaku kononnya menjadi pemimpin dan pembela rakyat khususnya orang Melayu masih tidak mahu insaf.

Kita boleh lihat dalam road show yang sedang dilakukan oleh AAB ini, kita nampak pemimpin2 UMNO yang dah nak expired kelihatan begitu intim dengan AAB termasuklah Mike Tyson (MT)yang sanggup menjadi spin doctor seperti kenyataannya yang disiarkan dalam surat khabar MM minggu lepas.

Kita jangan mudah terpengaruh dengan MT. Untuk rekod beliau pernah berbohong kepada ke bawah Duli seorang sultan menafikan telah berkahwin dengan puteri baginda. Beliau pernah berbohong kepada kastam Australia kononnya wang tunai (berjuta ringgit)yang dirampas di lapangan terbang di negara itu kononnya dibawa dari Malaysia untuk membeli hartanah di Gold Coast. Hai seorang MB masih berurusan dengan wang tunai di luar negeri. Kelakar juga ya. Untuk rekod juga kes pendakwaan tidak diteruskan kerana pemimpin agong ini tak boleh berbahasa Inggeris.

Yang seorang lagi ini setelah raja tak berkenan jadi MB dilantik jadi penasihat PM mengenai pembangunan mega wilayah utara. Fulamak bila dia jadi pakar ekonomi. Yang rakyat tahu MB yang menggantikan beliau sememangnya lebih layak sebab ada PhD. Tapi tak apalah masing2 nak terus berkuasa dan nak makan sekenyang-kenyangnya. I scratch your back you scratch mine....

Anonymous said...

Salam Datuk RON:

AKAR UMBI DAN AKAR POKOK UBI
Mengenai firman Allah tu mungkin betoi tapi cuma interpetasi PL tu mungkin tak tepat. Just nak cover line dia saja. PL ni memang dah tak boleh sesangat kita nak percaya dan bergantung harap (tak ada faedahnya buat melayu )sebab kita semua bukan ahli keluarga dia.

Perlu diingat UMNO adalah parti ahli dan bukan parti milikan individu macam syarikat Sekomi. Tapi la ni PL buat UMNO macam "wholly owned company". Sebab tu dia kata akar kehendak akar umbi... sebenarnya mungkin dia berjumpa dengan "akar-akar pokok ubi menantu dia" (sebab ayat mereka ni sama - KJ pun kata dia menawarkan diri sebagai calon ketua pemuda setelah berjumpa dengan akar pokok ubi)

Kita tengo macamana bahagian-bahagian kita menjalankan kewajipan mereka. Kita lihat samaada mereka kata "INI KEHENDAK AKAR POKOK UBI" atau ini KEHENDAK AKAR UMBI.

Jika KEHENDAK AKAR UMBI InsyaAllah kita kerja bersama-sama memajukan parti bagi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia secara umumnya dan umat melayu seecara khususnya TETAPI (ada tetapi tu) JIKA "INI KEHENDAK AKAR POKOK UBI" maka kita biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

mn said...

Salam Datuk,

1. Datuk tanya "siapakah yang memporak perandakan UMNO"?

2. Saya nak tanya adakah Datuk percaya dalam PRU-12 yang lepas BN telah hilang 5 negeri?

3. Kemudian pernahkah Datuk terfikir bahawa negeri Perak Menteri Besarnya dari parti PAS?

4. Oleh itu jawapan kepada siapa yang sedang porak perandakan UMNO tentunya ALLAH TAALA.

wira said...

Datuk Ron siapa yang tak saya Umno?

Dizaman kegemilangan Umno sebelum PRU12, kejayaan BN adalah sinonim kejayaan Umno. Tiada sengketa yang merosakkan perjuangan. Hanya yang ada melayu mudah lupa. Tetapi bila ditegur kita balik kepangkal jalan. Ini adalah semangat kewibawaan pemimpin. Apabila pemimpin berwibawa dan dapat mempertahankan perjuangan ahli-ahli tidak timbul persekitaran porak-peranda.

Di-zaman kegemilangan ilmu, sepatutnya tidak timbul persoalan porak-peranda. Kita boleh berbincang secara terbuka dengan tidak menimbul perasaan mengamok (ini hanya berlaku dimasyarakat kita, orang putih pun pinjam perkataan ini). Tetapi apa yang berlaku.

Jelas sudah apabila pemimpin tidak berwibawa dan tidak dapat menunjulkan karisma pemimpin ulung, maka hilanglah gemilang dan terbilang. Yang tinggal yang dibebani oleh ahli-ahli adalah malang perpecahan dan kehancuran. Kita lupa dan tidak belajar dari kesilapan dahulu. Kita tidak langsung bejalar untuk berhijrah – anjakan paradigm. Kita hanya pandai bercakap dan menyuruh orang lain berhijrah dan kebaikannya tetapi tidak dapat melakukan sendiri.

Sudah jelas dan seperti yang saya jangka semua yang terlibat didalam pergolakan politik Negara menunggu PRU13, seperti segerombolan heyna menunggu sang singa yang cedera sehingga tidak berdaya untuk diterkam dan dikeroyok. Saya masih berpendapat Umno sedang menghadapi suasana yang paling getir yang pernah dilalui mungkin tidak terlintas langsung dibenak pejuang pelupur Dato’ Onn Jaafar yang Umno akan menghadapi suasana sebegini. Justeru itu, Umno perlu hijrah (atau anjakan paradigma) dan saya kira tidak ada isu-isu memporak-peranda.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Orang yang memporak perandakan UMNO ialah ;
1. Pemimpin UMNO yang tidak mahu turun takhta walaupun didesak.
2. Pemimpin UMNO yang ada kepentingan dari samada dalam parti ataupun kerajaan.
3. Pemimpin yang pandai bermuka-maka dan meneruskan agenda bodek untuk meneruskan tali hayatnya.

Selagi ramai puak-puak yang berkepentingan dalam UMNO masih berkuasa, maka usia UMNO semakin dekat dengan penghujungnya.

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Yang Dihormati Datuk Ruhanie,

Sudah tiba masanya giliran UMNO terima balasan dari ALLAH swt.

UMNO hanya tertumpu kepada menyeru rakyat membuat kebaikan akan tetapi turut mengalakkan pekerjaan mungkar tanpa sebarang usaha untuk mencegahnya.

Hasilnya lahirlah generasi anak-anak muda melayu yang terbabas dan gagal untuk di kawal lagi. Keruntuhan akhlak, tiada pegangan agama dan hilang jatidiri.

Sekarang ini kepimpinan UMNO asyik dan sibuk membicarakan tentang ketidakstabilan dalam kepimpinan UMNO sahaja sehingga melupakan kisah amanah dan tanggungjawap terhadap masaalah rakyat jelata.

Apakah kerajaan sekarang ini hanya bertanggungjawap semata-semata kepada entiti UMNO sahaja dan siapakah kerajaan kepada rakyat sekarang.

Persoalan inilah yang diperhatikan seluruh rakyat MALAYSIA sekarang ini.

SESUNGGUHNYA UMNO AKAN HANCUR DIKERJAKAN OLEH AHLI-AHLI UMNO SENDIRI... KERANA ITULAH HUKUM ALAM YANG SENTIASA BERPUTAR MENGIKUT ATURAN MAHA PENCIPTANYA.

band0tue said...

Assalamu'alaikum Datuk dan pembaca sekelian,

Semoga Ramadhan yang semakin meninggalkan kita dapat mengembalikan fitrah manusia dalam diri kita.

Isu proses peralihan, perpindahan atau pergiliran kuasa?

Jom lepak kat blog saya pulak ikuti pandangan berbeza;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Unknown said...

Alangkah menyedihkan bagi UMNO kerana sudah jelas saat saat kehancuran hampir tiba. Bila sesuatu yang berbeza pendapat tidak lagi dikira demokrasi tapi lebih dianggap derhaka dan menghancurkan parti. Yang paling aneh, saat semua rakyat mencari arah baru tempat bergantung, para pemimpin masih berjuang mengekalkan kegilaan tampuk kuasa. Dalam tiap persoalan di atas segala permasaalahan yang dihadapi rakyat, seolah olah hanya ada satu jawapan, hanya A)Kekalkan aku ,tiada jawapan B) atau c). Jauh sekali dengan jawapan subjektif. Segala perbincangan atau pertemuan semeja tidak lagi sebagai jalan untuk menyelesaikan masalah tapi sebagai alat mencari suara mengukuhkan kuasa. Maka tiada apa lagi yang dapat kita selamatkan di sini
ramziredang

putrakkrai said...

DATO, PERKARA INI BIASA ZAMAN DR M, KALAU PAK LAH BUAT ITULAH BUDAYA UMNO UNTUK SURVIVAL. MAKA TAK SALAHKAN.. BIAR AHLI TAHU DAN BUAT KEPUTUSAN. INILAH DEMOKRASI. KALAU AHLI YAKIN DENGAN PAK LAH MAKA PAK LAH BETUL LAH.ATAU SEBALIKNYA... AHLI SOKONG ELAN TU KRANA IANYA WIN WIN SITUATION ANTARA PAK LAH DAN DATO NAJIB. DAN UMNO KUKUHLAH. PLAN NI TENTU IDEA TOK ALWI SUPOL DENGAN PENGARUH TS ANUAR MUSA SEBAB KELANTAN DAH BERBELAS TAHUN PAKAI PELAN NI UNTUK KUKUHKAN UMNO.DULU KETUA BAHAGIAN TAK DIPERTANDINGKAN DI KEL... DATO TENTU INGAT.OLEH ITU YANG TENTANG PLEN INILAH YANG NAK ROSAKKAN PARTI DATO

Crup Krap said...

Orang kalau dah takde maruah dan perasaan malu jadinya macam tu lah...

Dia nak cari Ghazali ngan Hambali... Imam-imam besar.. tapi syaitan sentiasa menggoda...

Tu yang jumpa benda lain tu... jembalang, jin, iblis.. hantu dan segala jenis yang dia mahu untuk siksa kubur esok...

Kalau dia cari apa yang perlu, pada usia begini takde jadi macam tu... Dah tau diri takde lagi mampu.. serah lah pada orang lain. Zaman sahabat dulu, dilantik jadi pemimpin, menangis-nangis. Pasal apa? Pasal takut nak jawab esok di akhirat...

Sekarang ni... menangis pasal tak dapat jadi calon... Ya Rabbi... apa nak jadi ni imam Hadhari???

dizzy boy said...

saudara Datuk,
kini tiba masanya ahli2 UMNO bangun dan bersuara untuk menyelamatkan UMNO terus menjadi hancur kerana gara2 pimpinan Pak Lah yg lembab,ahli2 UMNO jgn takut dan bimbang untuk bersuara,ahli2 yg perlu menjaga parti UMNO,ahli2 UMNO wajib bersatu,kata hati yg mana perlu diganti,agar parti UMNO digeruni oleh para musuh2,sy akui mmg wujud petualang d dlm UMNO,mereka yg jd petualang ini mmg dr dulu lg dah tak suka kpd Pak Lah yg lembab itu,kini tiba masanya untuk membuat pak lah berundur dgn hormatnya,moral pak lah telah lama rosak sebagai pemimpin negara,kerana setiap kesalahannya,pak lah akan alihkan tumpuan pd org lain,dlm pekida pun pak lah salahkan ayahanda2.Pak lah seorang yg tidak bertanggungjawab...

wanbaki said...

Salam Dato',
Inilah dia pemimpin tertinggi UMNO sekarang. Beliau seperti "buang tabiat" sebelum ajal sebangai Perdana Menteri dan President UMNO. Meracau tak ketahuan hala.
Yang menimbulkan persoalan ialah
1. adakah Pak Lah tak perasan 8/10 ahli UMNO mahukan peralihan dipercapat kan.
2. Adakah S/U kanan kiri depan belakang tak maklum kan kepada Pak Lah situasi sebenar dan apa yang berlaku di akar umbi.
3. Adakah Pak Lah masih memikirkan yang dia akan dilupakan setelah letak jawatan.
4. Adakan Pak Lah rela dimalukan di dalam PAU nanti.
5. Adakah PAk Lah sedar yang dia hanya menerima perkhabaran indah dari syurga sahaja daripada membodek-pembodek.

Maka dengan ini kita sama2 maklumkan kepada perwakilan cawangan ke Mesyuarat di Bahagian supaya memilih selain dari Pak Lah bila dia di calonkan. Apa yang disogok ambil saja. bukan ada hukuman bunuh kalau tak undi Pak Lah...

http://wanbaki.blogspot.com/

kudakepang said...

Saudara-Saudari Budiman

Terima kasih atas kiriman komen anda yang ikhlas demi agama, bangsa dan tanahair.

UMNO memang dalam keadaan tenat. Sejak lepas PRU12 saya katakan UMNO dalam dharurat. Tapi banyak kumpulan pembodek tak percaya. Saya katakan hal ini secara ikhlas, bukan untuk dapat apa-apa habuan. Saya dah pencen, apa yang saya nak habuan lagi.

Sebaliknya, saya berterus terang pasal UMNO dan kepimpinan negara sebab UMNO dan BN pernah saya wakili dengan bangganya di Parlimen Malaysia. Sampai hari ini pun saya masih UMNO dan BN.

Saya pohon maaf pada anda semua kerana tidak mampu menjawab komen anda satu persatu. Kepada sahabat-sahabat regular seperti Mika-angel-o, Berita dari gunung dan kini Pak Brahim dan Wira, terima kasih atas pandangan anda yang ikhlas dan jujur.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

kudakepang said...

Saudara-Saudari Budiman

Moga-moga seluruh komen anda sudi dianalisa oleh orang-orang Abdullah sebagai asas kebenaran di peringkat akar umbi. Jangan kata warga akar umbi semua sokong peralihan kuasa. Ini satu pembohongan!

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Khairulnizam Bakeri said...

Kadang-kadang rasa aneh apabila Ayahanda Abdullah terlepas pandang (atau sengaja menutup mata) keresahan rakyat yang sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan beliau.

-anak_bakeri_mamat-

Musallam said...

Salam,

Saya kira satu masalah UMNO ialah kebanyakan pemimpinnya, termasuklah pemimpin tertingginya, terlalu sayangkan kedudukan, pangkat dan kuasa. Kebetulan belum ada tradisi pemimpin UMNO mahu berundur dengan mudah.

Maka yang dituduh "sedang berusaha memporak-perandakan UMNO" itu tentulah orang-orang yang berada di luar struktur kekuasaan, khasnya orang-orang yang berminat untuk mencabar dan "merampas" kedudukan beliau.

Tuduhan itu mungkin benar dan boleh dipertahankan, sekirangya pemimpin yang sedang berkuasa itu merupakan pemimpin yang masih kuat dan berwibawa.

Akan tetapi, sekiranya pemimpin yang sedang berkuasa itu sudah lemah dan tidak berwibawa lagi, tuduhan itu tidaklah bererti apa-apa.

UMNO tetap semakin lemah dan semakin tenggelam,sama ada, ada orang yang mendesak pemimpin tertingginya supaya mengundurkan diri atau tidak.

Dengan itu, beliau (PM sekarang tentunya) memang wajar diminta berundur dan memberi peluang kepada orang lain yang lebih berwibawa untuk menempati kedudukannya sekarang.

Unknown said...

Assalamualaikum Dato' Ruhanie,

Tolong hantar 'Carian Kebenaran/Tirisan Terakhir' kepada Tun Dr. Mahathir.

Dalam bulan Ramadan menjelang tibanya lembaran Syawal, pasti ramai yang terusik mengingati mereka yang tiada lagi bersama-sama.

Benak kemarahan dicetuskan sekiranya dihidangkan dengan jamuan penuh racun.

Gambar-gambar yang penuh dengan pelbagai wajah warna-warni akan isteri-isteri meratapi yang jasad suami, ibu-ibu menggendong anak-bayi bujur kaku dan anak-anak kecil meraungi atas segala kepedihan dan kesedihan angkara perang Salib Amerika Syarikat dan konco-konconya ke atas bumi mekar Islam Iraq dan Afghanistan.

http://www.robert-fisk.com/iraqwarvictims_mar2003.htm

Ramaikah yang menjadi mangsa?

http://www.commondreams.org/views04/1030-23.htm

Makhluk jenis apa sanggup mengaut keuntungan hasil titisan darah dan penyembelihan kejam orang Islam? Skandal Minyak-Makanan Iraq? Satu Skandal? Bukakan topeng seluas-luasnya. Tunjukkan sebenarnya! Bolehkah dipercayai dengan maruah, jiwa dan nyawa kita?

http://hubpages.com/hub/PM__The_Oil_for_Food_Scandal

Renungilah. Hukum-hakam bersekongkol?

Inikah pilihan kita?

Tunjukkanlah! Sedarkanlah! Pelbagai Cara!

Carilah KEBENARAN! Berkat Illahi!

Unknown said...

Tambahan:

Jangan lupa gunakan usahasama dan kerjasama rakan-rakan Muslimin dalam dan luar negara dalam pelbagai bentuk. Zali, Ajis dan Beghahim K'tan, Alhadi Ghanu, Mudin MITI, Nizar Silver, Zizan K'dah, Khalid Brahim, Hassan & Co. S'gor.

Golongan veteran semua bersedia (termasuk Moses Black?)?

Unknown said...

Pernahkah kita terfikir, apa yang terjadi kepada UMNO sekarang ini, adalah juga daripada sumpah laknat yang palsu yang dibuat-buat oleh para pemimpin UMNO yang jahil tentang agama?

Pernahkah kita terfikir, apa yang terjadi kepada UMNO sekarang ini adalah hasil tangan orang-orang UMNO sendiri? Mana mungkin orang-orang selain UMNO boleh porak-perandakan UMNO, kalau tidak orang-orang dalam UMNO sendiri yang bertanggungjawab?

Jangan disalahkan sesiapa lagi. Elok Datuk nasihatkan Si Abdullah itu, bukan sahaja akar umbi UMNO menolak dia dan golongan anak menantu dia. Regular Joes macam saya ini pun sudah lama menolak Si Abdullah dan kroni-kroninya.

Sudahlah bercakap kosong, akar-akar umbi UMNO, buktikan anda anak jantan dan nyahkan kezaliman yang patut daripada kerusi kuasa. Jalankan demokrasi, jangan takat pandai sebut sahaja demokrasi, tapi yang dijalankan adalah UMNOkrasi.

Orang-orang Kelantan dapat nyahkan UMNO/BN daripada bertapak di Kelantan. Inikan kamu orang-orang UMNO tidak boleh nyahkan orang tertinggi party kamu?

Don't make yourself look stupid anymore.

Cheguman said...

Assalamualaikum Datuk,
Satu lagi fakta yg tak boleh dilupa begitu shj ialah peranan org lama dlm UMNO juga mengumpul benci rakyat.

Jangan lempar batu sembunyi tangan. Kan ke Datuk org lama juga? Mustahil Datuk tak tahu kemarahan rakyat terhadap TDM dulu? Atau Datuk sama macam budak2 muda yg di bangku sekolah pada masa TDM berkuasa?

slyderrose said...

Pemimpin umno yg mempunyai kepentingan dan gila kuasalah merosakkan umno sendiri. Ahli umno sepatutnya muhasabah diri dan berani membuat perubahan dalaman demi survival umno bukannya menunding jari pada pihak di luar umno. Kalau tiang rumah dah nak patah dimakan anai-anai jangan nak salahkan orang lain pulak. Betulkanlah sendiri.

Janganlah mereka isu atau fitnah pada orang lain kunun orang lain inilah punca kerosakan umno. Dangkal pemikiran ahli2 umno.

odeen said...

TIDAK LAIN TIDAK BUKAN IA IALAH PEMIMPIN TERTINGGI UMNO SENDIRI...APA TIDAKNYA MEREKA TIADA TITIK PERTEMUAN YANG ADA HANYA TITIK PERBEZAAN.

odeen said...

HARUS DIINGAT BAHAWA BN(UMNO) TIDAK AKAN MEMERINTAH SELAMA-LAMANYA. EMPAYAR BANI UMAYYAH DAN ABBASIYAH RUNTUH JUA AKHIRNYA KERANA PERGELUTAN SESAMA SENDIRI. BEGITULAH YANG TERJADI PADA BN(UMNO) SEKARANG NIE MEREKA SUDAH MENGALAMI ZAMAN KEHANCURAN. TERIMA SAJALAH HAKIKAT INI...

odeen said...

PEMIMPIN2 UMNO MEMANG MASIH EGO DENGAN KUASANYA. PADA MULANYA INGIN TURUN KUASA TETAPI APABILA DIYAKINKAN BAHAWA RAMAI MAJORITI AKAN MENYOKONG TAK JADI NAK BERUNDUR. JELASLAH PEMIMPIN UMNO HANYA AKAN BERUNDUR APABILA TAKUT DIMALUKAN(TIADA SOKONGAN AHLI) BUKAN KERANA DEMI MEMULIHKAN KESTABILAN NEGARA DAN KEPENTINGAN RAKYAT.

odeen said...

UMNO-UMNO...KETAHUILAH UMNO(BN) TIDAK AKAN MEMERINTAH SELAMA-LAMANYA. INI MEMANG DAH DITAKDIRKAN TUHAN. sEPERTI KATA DATUK SAMMY VELU "ITU TUHAN PUNYA KUASA". TAKKAN NAK LAWAN KUASA TUHAN. LAGIPUN UMNO(BN) HANCUR ATAS KESILAPAN YANG TELAG MEREKA LAKUKAN SELAMA INI. INILAH BALASAN TUHAN....TERIMA SAJALAH HAKIKAT UMNO(BN) TIDAK AKAN MEMERINTAH SELAMA-LAMANYA. NAMUN ORANG YANG BERIMAN DAN BERTAKWA ITU AKAN KEKAL DI SYURGA SELAMA-LAMANYA.

atokuitmck said...

Salam..

jwpannya mudah aje.. orang2 yg KEPENTINGAN PERIBADINYA MELEBIHI SEGALANYA.

MUHASABAHLAH DIRI, INGAT MATI & BALASAN AKHIRAT.

odeen said...

KEJATUHAN BN(UMNO) LANGSUNG TIADA KAITAN DENGAN PENGARUH DARI LUAR SEPERTI CAMPURTANGAN AMERIKA, ANWAR, PEMBANGKANG TETAPI MEMANG DAH DI TETAPKAN OLEH TUHAN BAHAWA BN(UMNO) INI AKAN JATUH. cUMA KEHADIRAN PEMBANGKANG, ANWAR DAN KEJATUHAN EKONOMI ADALAH SENAGAI PENYEBAB SAJA. INGLAH BAHAWA UMNO(BN) TIDAK AKAN MEMERINTAH SELAMA-LAMANYA. MACAM TELEFON JUGA TAK AKAN MEMUASKAN HATI KITA SELAMA-LAMANYA. SUATU KETIKA KITA AKAN BERTUKAR YANG BARU YANG LEBIH CANGGIH DAN MEMBERI KEISTIMEWAAN DAN PERKHIDMATAN TERKINI.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Matter Dan Anti-Matter
(menunggu mesen habis repair)

(Is it wonderful - all these chaos)
ada dan tiada hidup dan mati
kekal dan fana sekeliling
tiada atas tiada bawah
tiada wajah tiada tabir

namun nampak sungguh
indah teratur

hanya rasa

hanya aku dan engkau
dan jawapan-jawapan cacat
menangkis murka
menggemis cinta

di dalam segala kebinggungan ini
hanya wajah mu kekal memberi erti
wahai kekasih
(ihdinassiratholmustaqim)