Monday, September 29, 2008

UPDATE: KUOTA PENCALONAN AKAN DIMANSUH, PERWAKILAN BAHAGIAN AKAN DITUNDA....

Maklumat yang baru saya terima mengesahkan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi menundakan persidangan perwakilan UMNO bahagian daripada 9 Oktober 2008 kepada Februari 2009.

Abdullah juga dijangka merujuk kepada MT UMNO untuk mengadakan satu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas bagi memansuhkan kuota yang dikenakan kepada sesiapa yang berhasrat bertanding jawatan tertinggi dalam parti di peringkat bahagian dan pusat, termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan ahli MT.

Usaha ini membuktikan bahawa Abdullah akan meneruskan niatnya mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Tetapi, oleh kerana tidak yakin memperolehi kuota pencalonan yang diperlukan, iaitu 58 pencalonan daripada bahagian bagi jawatan Presiden, Abdullah pula berusaha untuk memansuhkan kuota itu menerusi PAU Khas.

Pembatalan kuota ini, jika dipersetujui oleh PAU Khas, akan menimbulkan anamoli kepada warga UMNO yang bertanding jawatan di peringkat bahagian.

Oleh kerana persidangan cawangan UMNO di seluruh negara sudah berakhir baru-baru ini, dan mereka yang akan bertanding di peringkat bahagian sudah pun diketahui, maka adakah MT UMNO juga akan memutuskan supaya pertandingan di peringkat bahagian tidak akan terikat dengan sistem kuota?

Bagaimanapun, tafsirlah sendiri apakah erti dan implikasi kepada semua tindakan ini. Dan, bayangkanlah sendiri bagaimana bercelarunya keadaan berikutan perkembangan ini.

Akhir sekali, mungkinkah MT UMNO akan akur kepada saranan Abdullah untuk menundakan persidangan perwakilan bahagian kepada Februari 2009 di samping mengadakan PAU Khas untuk memansuhkan kuota berkenaan? Kita tunggu dan lihat apakah kesudahannya tidak lama lagi! – Ruhanie Ahmad

29 comments:

mohdshahrilizwan said...

Salam Datuk,
setiap hari saya mengikuti perkembangan blog Datuk bersama2 dgn blog Tun Dr. Mahathir. info2 yg terdapat di dalam blog kalian berdua amat padat dan meyakinkan. tetapi melalui penulisan datuk kali ini, saya musykil apakah benar segala hujah yg datuk lemparkan pada kali ini? andainya benar maka tentulah negara kita di ambang kebinasaan. tetapi seandainya ianya sekadar suatu andaian yg tiada berasas, maka saya khuatir ianya mungkin bertukar mnjadi fitnah yg amat berat dosanya. jadi persoalan saya adalah apakah sumber datuk itu benar2 boleh dipercayai? agak terkejut juga saya ketika membaca posting datuk kali ini. apakah benar semua yg diperkatakan itu?

odeen said...

INI SUATU YANG MEMANG SUDAH DIJANGKA...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Husin Lempoyang said...

Ikut suka hati dia saja. Ingat ini parti bapak dia pulak!!!!

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Hampir-hampir mau pangsan baca posting anda. (harap-harap betul-betul terjadi)

Stampede!

Terima Kasih. Dan saya mengucapkan Syabas dan Alhamdulillah atas kegigihan anda menjayakan blog ini.

Akhirkata, Salaam Aidil-Fitri Maaf zahir-Batin buat Sdr YBhg Ruhanie Ahmad Sekeluarga dan semua pengunjung Muslim ke blog Gerbang Ruhanie ini.

Mika Angel-0 said...

Tetapi ini berita yang lebih menyerikan Hari Raya saya.

Dr Koh considering the possibility of party leaving Barisan Nasional
By LISA GOH
Monday September 29, 2008

KUALA LUMPUR: Leaving the Bari­san Nasional and joining Pakatan Rakyat is one of the three options being considered by Gerakan.

Party acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said the two other options were to stay with the ruling coalition or leave and be independent.

“We are not ruling out any possibility (of leaving) at this moment. We have to assess but we are not closing the door...


Alhamdulillah.

merantikota said...

Dato Ron

Maaf Zahir Dan Batin
Mohon Ngaporo Lan Kathah-kathah

Terima kasih atas ingatan Dato yang mengenali Merantikota

Batu Puteh tidaklah jauh dari Separap, hanya seperlaungan sahaja!

Ramailah rakan sekolah telah tidak ketahuan seperti Jasman, Abdullah,
Ahyak, Jah dan Salleh! Seandainya mereka ini melayari KK, salam takzim Maaf Zahir dan Batin.

Pilu rasanya apabila menyorot bagaimana sunyi dan lengangnya suasa kampung sana apabila pulang ke rumah di sebelah malam, dengan jalan gambut yang berdebu kalau tak lecak....itulah ingatan 30 tahun dahulu!

Negara telah Merdeka 51 tahun... debu dan lecak kampung telah hilang dari ingatan, basikal telah berganti "Bintang Tiga"! Kehidupan dari dapur pelepah kelapa telah menjadi dapur gas!

Yang masih belum berubah ialah minda kita, kita tidak boleh organise diri dan masyarakat. Apabila keadaan genting, rupanya kita semakin berpecah-belah! Apa yang kita mahu 51 tahun dahulu sudah tercapai? Mungkin sudah....itulah sebabnya

Apabila berhujjah kita berhelah,

Apabila diamanah kita khianat,

Apabila berjanji kita mungkir.

Keluarlah diri kita dari ketiga-tiga tabiat itu! Munafikkah kita....

Maka apabila amalan kita diusung olih Malaikat untuk dipersembahkan kepada Allah SWT di Arash sana, ditolaklah amalan itu dan dilemparkan semula ke bumi.

Tubna Illallah Warojakna Illallah Wanadimna Ala Mafaalna!
Wall Allahu Aklam Bisawaf!

Unknown said...

Salam Dato',
Saya tak sangka Dolah Badawi sebacul & sebangsat ini dalam menjaga periok nasi anak, menantu & keluarga nya sehingga sanggup mengetepikan kepentingan parti & bangsa sendiri! Inilah rupa2 nya "Mr Clean" keturunan ulamak yang mencari2 Al Ghazali & Al Shafie!? Bagi saya orang macam ini dah boleh diheret ke tong najis dan diflush ke seberang Selat Tebrau!! Kalau Melayu tak bangkit menentang, alamat tak kemana lah kita!!

imah said...

Salam dato'

Sekiranya benar info yang diterima oleh Dato' jelaslah kepada semua bahawa selagi nyawa dikandung badan, namun menyerah tidak sesekali.

Biarkanlah Abdullah nak bertanding walau hanya dengan satu pencalonan, bertandinglah.

Jika itulah yang dihajatinya, sila hapuskan kuota dan bertandinglah.

Dan biarlah satu lagi sejarah terpahat bahawa Presiden Umno memperolehi pencalonan paling banyak tetapi mendapat undi paling corot.

Biarkanlah Dato'
Lawan mesti Lawan punya!!

Al-Yasar said...

Salam,

Penghapusan sistem kuota bukan saja akan membolehkan Abdullah, tetapi juga tokoh-tokoh lain untuk bertanding.

Kalau begitu, kita terimalah perubahan itu, walaupun tujuan Abdulah barangkali untuk membolehkan dia sendiri dicalonkan sebagai presiden UMNO.

Tentang penangguhan mesyuarat perwakilan bahagian pula, saya tidak tahu apakah rasionalnya. Adakah untuk memberi kelebihan kepada Abdullah juga?

Kalau begitu, jelas sekali beliau dalam keadaan terdesak, dan akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kedudukannya.

Malangnya tindakan seperti itu tentu tidak akan meninggikan imej dan kewibawaan beliau.

Dan memang sudahlah sampai masanya ahli UMNO bertindak untuk menggantikan beliau!

Semut Api said...

LAWAKLAH PAK LAH NI.....

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Yang Berbahagia Datuk Ruhanie,

Pak Brahim lihat disetiap perkembangan dan keputusan yang dibuat kepimpinan UMNO/BN amat bercelaru, tidak konsisten dan lemah.

Justeru ia juga turut mencerminkan kelemahan didalam urusan dan pentadbiran negara. Maka hasil dari sikap flip-flop ini lah ujudnya keresahan dan kebimbangan, ekonomi tidak stabil, jenayah meningkat, rakyat dan pelabur hilang keyakinan, para peniaga ambil kesempatan meraih keuntungan dengan menaikkan harga barangan dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian Pak Brahim berseru supaya Ahli-ahli Parlimen dari UMNO/BN perlu berbuat sesuatu dengan menilai semula kedudukan mereka demi kebaikan dan kesejahteraan NEGARA TERCINTA. Eloklah segerakan berhijrah ke PR bagi meramaikan dan memperkuatkan barisan kepimpinan orang ISLAM.

BERPAKATLAH DALAM PAKATAN RAKYAT SUPAYA DAPAT MENEGAKKAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN. DAN MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DARI TERUS LAYU AKAN TETAPI BERSAMA-SAMA BERUSAHA MENGANGKATKAN MARTABATNYA SEBAGAI BANGSA YANG BERTAMADDUN DAN JUGA KETUANAN DINEGARA INI.

BERSAMA-SAMA PAKATAN RAKYAT MENUBUHKAN MALAYSIA BARU YANG BERTAMADDUN MENGIKUT ACUAN ISLAM.

SELAMAT MENYAMBUT EID-MUBARAK, MAAF DZAHIR BATIN UNTUK SEMUA.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Esok, InsyaAllah kita akan menyambut Aidulfitri, begitu juga dengan PM kita, Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB). Mungkin AAB hendak berhari raya sebagai PM sehingga habis penggal, siapa yang tahu.

Penghapusan kuota ada baik dan buruknya. Ternyata AAB cuba sedaya upaya beliau untuk terus menjadi presiden sekurang-kurangnya hingga 2010. Mungkin beliau perlu sedikit masa untuk selesaikan fail-fail yang berlonggok di pejabatnya. Beliau selalu menyebut kerja beliau cukup banyak dan perlu dibereskan.

Kepada pembesar-pembesar UMNO, inilah masanya hendak menunjukkan taringnya. Mungkin Tengku Razaleigh tak perlu resah tentang pencalunan.

Selamat menyambut Hari Lebaran, Maaf Zahir & Batin

dari, Anakpantaimerdeka.blogspot.com

band0tue said...

Selasa, 2008 September 30
Hari Raya Melayu dan Pilihanraya Parti Melayu
Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. 1 Syawal bersamaan 1 Oktober adalah Hari Raya Puasa. Idul Fitri atau Hari Fitrah atau Hari Raya bagi masyarakat Melayu disambut dengan penuh warna warni dan pelbagai.

Kepelbagaian masyarakat Melayu menyambut hari raya yang dimaksudkan ialah dari sudut kefahaman dan penghayatannya. Bukan kepelbagaian dari segi acara dan kemeriahannya...SETERUSNYA ADA DALAM BLOG SAYA

http://nawawidahalan.blogspot.com/

SALAM AIDLI FITRI, MAAF ZAHIR BATIN SEMUA YANG DIHORMATI.

Andin Salleh said...

Salam,

Keadaan dalam UMNO nampaknya semakin bercelaru.

Tapi menjelang hari raya esok, marilah kita bersikap positif.

Mudah-mudahan ini gejala sementara sahaja.

Saya harap satu penyelesaian yang terbaik untuk UMNO dan politik kita akan tercapai juga melalui Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac 2009 nanti.

Alangkah baiknya jika seorang pemimpin yang lebih berwibawa akan muncul menggantikan Abdullah!

aoazmi said...

Assalamualaikum Datuk!

Kalau betul lah berita ini ada baik buruknya.

> Baik - Konsep 'menang-menang' dlm. usaha mencari penyelesaian hakiki. Tiada yang berselindung di sebalik 'batu'.

> Buruk - Pak Lah mencari jalan mengekalkan dan mengekang kuasa dengan apa cara sekali pun asalkan beliau berjaya mempengaruhi ahli-ahli diwaktu-waktu 'senja' begini. Orang menganggap UMNO parti yang dikuasai oleh Presiden. Boleh membuat apa-apa perubahan mengikut selera asalkan jawatan hakiki itu dapat dikekalkan selamanya.

Selamat Menyambut Aidil-fitri Untuk Datuk Sekeluarga. Teruskan berkata yang benar jangan banyak spekulasi!

Salam..

Quantum Metal Consultant said...

Sebagai pejuang kita hargai usaha usaha paklah dan anak menantunya untuk terus bernyawa, inilah semangat yang harus ada pada najib dan muhyiddin, penuh dengan strategi dan waspada, tidak mudah berpuashati dan memberi muka, lembek dan lembab.

Bukankah hasrat menghapuskan kuota sudah lama dicanangkan oleh Bahagian, KuLi, Muyhiddin dan Tun sendiri sebelum ini, Dolah hanya ingin merealisasikan hasrat tersebut.

Adalah wajar sepak terajang politik UMNO ini diteruskan dengan pelbagai cara dan kaedah untuk kita lihat dihujungnya nanti, untuk kita jadikan sejarah bagi generasi hadapan.

Adakah gandingan KuLi-Tun-Najib-Muhyiddin-Rais dan beberapa lagi nama besar tidak mampu memberi pukulan TKO kepada Dolah dan anak menantunya jika itulah yang dihajatkan oleh Dolah dihujung politiknya.

Tajuk di atas sekadar menjadi satu lagi bualan politik sensasi menghiasai perjumpaan dengan sanak saudara dan kenalan di hari raya ini, Dato' berjaya meraih tumpuan. Kenyataan atau ukan, kita tunggu 9hb Oktober.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelayar blog.

Badr said...

Datuk Ron,

Jika benarlah satu perhimpunan agung luar biasa akan diadakan khas membincangkan dan memansuhkan sistem kuota dalam pemilihan umno, saya akan menjadi orang pertama menyokong! Kerana, walau apapun niat tersirat Dollah Badwi dalam hal ini, setidak-tidaknya inilah peluang keemasan bagi umno kembali kepada landasan asal demokrasi. Ini wajar malah wajib disokong semua ahli umno. Saya tidak nampak bahawa cadangan Dollah Badwi untuk menghapuskan sistem kuota akan memberikan "advantage" kepada beliau selaku penyandang jawatan presiden. Malah, yang akan benar-benar mendapat manafaat saya rasa ialah Ku Li!!

Datuk Ron,
Apa pulak halnya dengan permainan "barongan" terbaru lembaga disiplin politik umno? 9 dihukum gantung keahlian 3 tahun? Apa hal ni? Salah satu (atau seperti ramai orang melihatnya sebagai "satu-satunya") kes tersebut melibatkan pencabar syed hamid di kota tinggi. Adakah tindakan ini benar-benar berpaksi kepada salah laku disiplin yang serious atau untuk "menidakkan" hak mereka dalam pemilihan Bahagian masing-masing dan untuk "memenangkan" rakan-rakan yang sedang "kelemasan"?

balan said...

Not sure what else Pak Lah wants,
another flip flop from UMNO, far from reassuring.

We are going to see endless political games being played up for at least another 6 months with no end in sight.

Selamat Hari Raya
Regards - Balan

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

Unknown said...

Kalau beruk diberikan bunga, tidak tahu olehnya apa perlu dibuat.

Kalau tikus diberikan labu, makin rosak labu itu dibuatnya.

Apa lagi ditunggu anak-anak generasi UMNO? Mana jantan kamu, yang berdegar-degar dengan keris keramat kamu? Pengkhianatan telah berlaku, kamu diperbodohkan sedemikian rupa, jika Datuk Jebat masih lagi hidup akan ditertawakan kamu, akan diejek kamu kerana tiada bermaruah. Takut akan seorang insan yang kamu sendiri angkat ke kerusi kekuasaan. Belum lagi disuruh kamu melawan Sang Raja yang zalim. Sungguh memalukan bangsa dan agama.

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir Batin.

Kerajaan Rakyat said...

::

Salam Dato' Ron,

UMNO kukuh kerana penyokong.
UMNO rebah kerana pemimpin.

Telah saya katakan,
tidak saya redha keringat dan
harapan perjuangan terdahulu
dipersia dan dikhianati oleh
pemimpin terkemudian.

Salam perjuangan dan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat Dato' dan keluarga.

::

UMNO PARTI PENJARA said...

Bahagian pun tunda jugak ke?
Taknaklah :-(




Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Quantum Metal Consultant said...

Gerakan sewajarnya keluar BN kerana sudah acapkali bercakap benda yang sama berulangkali. Wajar kaum china diwakili MCA sahaja dalam BN.

Posisi kaum dalam Gerakan adalah sama dengan PKR dan ini tidak akan menjadikannya kuat jika kaum China masih menguasai Gerakan sedangkan India dan Melayu terpinggir. Perkauman orang china lebih kuat dalam Gerakan itu sendiri malah diumpaamakan DAP Baru.

Unknown said...

Dato

Si Benggap Pak Lah tak akan mengaku kalah sehingga nyawa-nyawa ikan di kandung badan.

Bukan mudah untuk menenangkan jiwa si Benggap Pak Lah ini.

Hancur lebur hina toye di buatnya umat Melayu di Malaysia serata dunia di pandang bahalol oleh bangsa asing, di buat Pak Lah yang di sokong oleh jutaan umat Melayu Benggap ahli ahli UMNO.

Masa kan si Benggap Pak Lah dapat tidur di kerusi nya jika umat Melayu Benggap tidak menyokong nya.

Hanya P Ramlee dan Dato Seri Anwar Ibrahim sahaja dapat menjulang baik nama Melayu, yang lain hanya lah pak turut, pak benggap.

Bak kata Tun Mahathir, gaji kerajaan lebih 90% dari hasil cukai pendapatan bukan Melayu.

Nampak gaya Melayu ini bangsa lebih kotor dari Along ye.

anakbuah said...

Org dah desperate macam tulah. Ikhtiar mcm2 tapi nampak bercelaru, pendek akal dan sikit pun tak ada hikmah. Patut keputusan beliau org hormat tapi org kutuk lagi ada - rubbish & childish!

Saya berbeza sikit drp telahan Sdr Imah....Biar Presiden Umno memperolehi pencalonan paling sedikit dan mendapat undi paling corot. Kalau PakLah tak faham2 jugak...agaknya kita selama ni berPMkan org yg langsung tiada kredibilti dan tidak bermaruah! PM yg muka tebal dan tak tahu malu.

odeen said...

SALAM AIDILFITRI....
KEBANYAKAN MANUSIA MEMANG SEBEGITU...APABILA DAH BERKUASA BERADA DI ATAS SINGGAHSANA MAKA MULA BERUBAH DAN APA YANG DILAKUKAN TIDAK SEPERTI YANG DISEBUT-SEBUT SEMASA TIDAK BERKUASA...INILAH LUMRAH HIDUP KEBANYAKAN MANUSIA...CONTOH PALING JELAS IALAH RAMAI DI ANTARA KITA BERKATA APABILA DI KAYA NANTI DIA AKAN MEMBANTU SESIAPA SAHAJA YANG HIDUP SUSAH DAN TIDAK AKAN LUPA SAUDARA-MARA. NAMUN APABILA DAH KAYA SAUDARA-MARA LANGSUNG DILUPAKAN DAN ORANG SUSAH BUKAN DITOLONG TETAPI ORANG KAYA PULA YANG DITOLONG BAGI MENJAMIN BISNES YANG BERTERUSAN...INILAH MANUSIA...OLEH ITU KITA TIDAK AKAN HAIRAN JIKA PAKLAH BERSIKAP SEPERTI ITU...

roh_insan said...

selagi penyokong2 yg membawak rebah ni terdapat didlm umno,selagi penyangak2 msh berleluase n selagi MT2 dok kata Yes Bos umno pasti berkubur.

Akibat nila setitik rosak susu sebelanga.

ChengHo said...

i think this is the last act for PakLah to leave his legacy to make UMNO a true democratic party. every one must support this act to remove the quota system.
without quota UMNO will become more dynamic and vibrant .
meritrocracy will prevail.
let's put the right person for the right job.

MD said...

Dear Dato

Kita mahukan sistem kuota dihapuskan. Kalu Pak Lah hapuskan - kita bagi dia satu kredit. Apa sebabpun yang menyebabkan Pak Lah hapuskan kuota, kita tak payah sangsi.

Soal ia lebih menguntungkan siapa - tak perlu diperbesarkan sangat. Semua ahli UMNO berhak menggunakan kemudahan ini, termasuk Pak Lah, Ku LI, Muhyiddin, Najib, atau Mr X. Asalkan gunakan lah secara betul.

Selamat hari raya dato' semua ahli UMNO dan warga Malaysia.

MD said...

Dear Dato'

Saya juga berpandangan sama dengan banyak pihak, termasuk dato'

1. Hari Rabu ni Pak Lah akan announce yang dia tidak akan bertanding.

2. Bahagian akan bebas mencadangkan calon Presiden, TP, VP dan majlis tertinggi. Pak Lah akan mendapat beberapa pencalonan (kebanyakan dari Penang dan Kedah). Ku Li akan dapat beberapa, Najib banyak.

2. Di antara Rabu ni dengan Mac depan perkara-perkara besar akan berlaku. Berbagai perbicaraan termasuk perbicaraan RPK akan berjalan. Berbagai bukti akan diketengahkan. Ada yang padat, ada yang longgar.

3. Menjelang Disember, segala kekotoran dan kesangsian akan berselerak di mana-mana dan akan memalukan ahli majlis tertinggi, Ketua Bahagian, dan ahli UMNO. Mesyuarat Majlis tertinggi akan di panggil, kuota percalonan akan dihapuskan.

4. Menjelang Mac, pemilihan UMNO berlangsung. Pak Lah akan memenangi pertandingan ini. Najib dan Ku LI akan kalah. Muhyidin akan menang sebagai Timbalan Presiden. Dato Pa, Hishamuddin dan Mr X akan menang Naib-presiden.

5. By April semua perbicaraan besar akan berakhir. Kebanyakan ISA detainees akan dibebaskan.

Lepas tu barulah ahli politik akan mula berfikir macam-mana nak membangunkan negara.

Lepas raya ni undian untuk budget akan berlaku. Kalu budget itu tidak boleh diluluskan, pemerintahan akan bertukar dan semua 5 perkara tadi tidak akan berlaku... Kalau tidak, tidak akan ada pertukaran Kerajaan dan tunggulah PRU13 untuk kita sama-sama keluar mengundi sekali lagi.