Sunday, September 07, 2008

HORMATILAH SUARA HATI MELAYU DAN ISLAM

Ruhanie Ahmad

Kali ini kita berpuasa dalam suasana maruah orang Melayu dan umat Islam sedang diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak tertentu akibat mainan politik segelintir pembesar Melayu sendiri, khususnya pembesar utama UMNO.

Akibat pendirian yang takut kehilangan sokongan bukan Melayu di era pasca PRU12, segelintir pembesar Melayu ini seolah-olah lupa bahawa power-base mereka adalah Melayu, terutamanya UMNO.

Bila orang Melayu, umat Islam dan UMNO menyuara dan membicarakan hakikat dan kebenaran sejarah yang menyentuh entik lain di negara ini, kelompok pembesar ini pun memaksa orang Melayu, umat Islam dan UMNO memohon maaf.

Tapi, bila entik lain melemparkan tuduhan semberono terhadap orang Melayu, umat Islam dan UMNO, pembesar ini pula tidak menuntut mereka memohon maaf.

Kita ambil contoh Hindraf. Akhir tahun 2007, NGO tidak berdaftar ini mengheret Malaysia dan UMNO ke pelantar antarabangsa dengan tuduhan amat serius – kononnya UMNO melakukan pembersihan etnik keturunan India dan Perlembagaan Persekutuan kononnya menindas entik bukan Melayu di Malaysia.

Pemimpin nombor satu Malaysia pun memberikan reaksinya – ini pengkhianatan of the highest order, katanya. Setakat itu saja. Lepas itu, apa yang telah terjadi kita semua pun tau. Kalau saya ulangi di sini, tentu saya akan dituduh sebagai menghasut.

Jiwa Nurani Melayu

Tapi, perlu saya tegaskan di sini bahawa apa yang terjadi selepas demonstrasi Hindraf itu memang amat menghiris sebilangan besar jiwa orang Melayu dan nurani umat Islam. Adakah pemimpin nombor satu Malaysia insaf akan hakikat ini?

Adakah pemimpin nombor satu Malaysia sedar bahawa cara dan tindakan kerajaan menangani Hindraf amat berbeza dengan cara kerajaan menangani demonstrasi umat Islam di Kuala Terengganu menjelang Ramadhan 2007?

Adakah beliau sedar, cara dan tindakan kerajaan menangani demonstrasi umat Islam di Kuala Terengganu tahun lalu, amat berbeza dengan cara kerajaan menangani bangkangan sekumpulan penternak babi di Melaka yang tergamak menginjak-injak bendera Malaysia dan melemparkan bom molotov kepada pihak penguatkuasa undang-undang kerajaan?

Mengapakah penternak babi yang terang-terang menginjak-injak bendera Malaysia di hadapan mata para pegawai kerajaan tidak di heret ke muka poengadilan? Mengapa pula sekumpulan anak muda Melayu yang hanya dituduh kononnya menginjak-injak dan membakar jalur gemilang di Kuala Terengganu diburu hingga ke lubang cacing?

Mengapakah penternak babi yang membaling molotov kepada pihak berkuasa kerajaan tidak diapa-apakan oleh pihak polis? Mengapakah polis tergamak melepaskan dua das tembakan dengan peluru hidup terhadap pendemonstrasi di Kuala Terengganu? Bagaimana agaknya jika tembakan itu mengakibatkan dua pemuda terbabit itu terbunuh?

Double Standard

Adakah beliau sedar bahawa cara dan tindakan kerajaan mengangi demonstrasi umat Islam di Kuala Terengganu pada September 2007 juga amat berbeza dengan cara dan tindakan kerajaan menangani demonstrasi membabitkan beribu-ribu kaum India di hadapan Pejabat PM di Putrajaya juga tahun lalu?

Mengapa jadi begini? Adakah bila umat Islam dan orang Melayu yang bertindak menyuarakan isi hati mereka terhadap kerajaan maka mereka boleh dilayani secara kasar dan diluar batas undang-undang?

Adakah bila rakyat bukan Melayu bertindak menyuarakan isi hati mereka yang mengguris jiwa orang Melayu dan umat Islam perlu dilayani secara lembut kerana takut tindakan keras akan menjejaskan status quo sokongan mereka terhadap kerajaan?

Saya imbas semula insiden-insiden di atas untuk membangkitkan soal pokok dan prinsip, iaitu mengapakah kerajaan seolah-olah tidak adil terhadap orang Melayu dan umat Islam di bumi ini mutakhir ini? Dan, mengapakah kerajaan mutakhir ini amat berlembut dan cukup bertoleransi terhadap bukan Melayu yang mempertikaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

Apa yang saya tegaskan di atas bukan mempersoalkan tindakan polis. Ini kerana polis hanya ikut arahan kerajaan. Apa yang saya persoalkan ialah tindakan kerajaan yang double standard terhadap Melayu dan bukan Melayu kebelakangan ini.

Bukan Hasutan

Jadi, ini bukan suara hasutan. Ini suara yang mencari kedailan dan kebenaran bagi pihak orang Melayu dan umat Islam yang kebelakangan ini seolah-olah jadi warganegara kelas ketiga di tanahairnya sendiri.

Soal ini juga saya lahirkan sewaktu kita menjalani ibadat puasa kerana ibadat ini juga yang mendorong saya untuk terus mencari kebenaran dan keadilan untuk orang Melayu dan umat Islam.

Bagaimanapun, orang Melayu dan umat Islam tidak tergamak membawa kemarahan mereka ke jalanraya seperti warga Thailand mutakhir ini. Sebab itulah mereka rela membekam kemarahan itu di jiwa masing-masing secara senyap. Tetapi, bukankah akhirnya terbukti bahawa segolongan orang Melayu dan umat Islam telah meleraikan kemarahan itu secara demokratik menerusi peti undi baru-baru ini?

Mingguan Malaysia 7 September 2008, memetik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata di Pulau Pinang pada 6 September 2008, bahawa “semua pihak” tidak wajar mensensasikan isu sensitif sehingga menimbulkan rasa marah dan tidak senang hati di kalangan kaum di negara ini.

Menurut Abdullah, perkara yang berkaitan dengan agama, kontrak sosial atau melibatkan perkauman tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia akan menyebabkan kaum-kaum berkenaan berasa bahawa sensitiviti mereka diketepikan.

Punca Keresahan

“Saya ingin menyatakan bahawa kebelakangan ini saya lihat perkara berkaitan dengan kaum sudah menjadi perkara yang menimbulkan keresahan dan rasa tidak senang hati di antara kaum-kaum yang ada di negara kita sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

“Apa yang berlaku itu kononnya adalah kebebasan untuk bercakap dan menyuarakan pandangan sesuka hati mengikut apa yang dirasai oleh orang berkenaan, ini adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Saya ucapkan syabas kepada Abdullah kerana akhirnya beliau seolah-olah jadi insaf dan tegas. Tapi, bukankah ini sudah terlambat? Bukankah kelambatan ini menjadi sebahagian punca keresahan orang Melayu dan umat Islam mutakhir ini?

Saya desak Abdullah berterus-terang, pihak manakah yang kebelakangan ini banyak mempersoalkan isu “agama, kontrak sosial atau melibatkan perkauman”?

Saya juga desak Abdullah berikan jawapan, tidak adilkah jika orang Melayu dan umat Islam menangkis seluruh suara yang membabitkan “agama, kontrak sosial atau perkauman”? Mengapa tidak boleh? Kerana kerajaan takut hilang sokongan pihak berkenaan walaupun mereka sudah gagal memelihara sensitiviti Malaysia?

Jika inilah hakikatnya, di manakah keadilannya kepada orang Melayu dan umat Islam? Adakah adil bila hanya orang Melayu dan umat Islam sahaja yang diminta untuk membisukan suara, hati dan perasaan mereka buat selama-lamanya?

39 comments:

Salman Madani said...

Salam,

Syabas Datuk, kerana berjaya menyampaikan suara hati dan rintihan orang Melayu, yang selama ini majoriti mereka,termasuk saya, tidak mampu menyuarakannya.

Tindakan kerajaan yang double standard dan tidak adil kepada orng Melayu ini sudah lama berlaku.

Akan tetapi, mengapa orang Melayu tidak menyatakan apa-apa bantahan, kecuali agaknya secara langsung atau tidak langsung melalui PRU 12?

Adakah kerana orang Melayu terlalu taat setia kepada kerajaan? Atau kerana orang Melayu sudah lama ditanam dengan sikap penakut dan tidak berani berkata benar?

Sikap taat setia dan penakut berkata benar yang keterlaluan ini mungkin akhirnya merugikan orang Melayu juga.

Mungkin selepas ini orang Melayu boleh mempelajari apa yang dilakukan oleh orang-orang Thailand?

zGreat said...

"kebebasan bersuara" ciptaan Perdana Menteri flip-flop akhirnya memakan diri! :]

tindakan dan polisi yang menyusahkan rakyat dan menimbulkan huru hara satu negara.

band0tue said...

Selamat berpuasa Datuk'

Kerana berpuasa saya juga cuba mengawal perasaan marah yang meluap-luap.

Kelemahan dan ketempangan Pak Lah dalam menerajui negara berlaku dimana-mana dan dalam apa isu sekali pun.

Pak Lah hanya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, tetapi tiada tindakan tegas, tersusun dan konsisten dalam menangani apa jua isu berbangkit.

Kembali kita mengatakan bahawa selagi UMNO kekalkan Pak Lah, maka tiada jawapan melainkan menuju kehancuran UMNO. Rebah UMNO punahlah BN.

Tetapi saya berkeyakinan bahawa hikmah dari hancurnya UMNO sangat besar untuk umat ini. Percayalah. Tuhan akan gantikan dengan pemimpin dan kumpulan yang jauh lebih baik dari UMNO, BN dan PKR!

Kita umat Islam janganlah hanya menyerah nasib pada sistem demokrasi.

Kenapa kita tidak mahu menyerah nasib pada sistem Tuhan?

jom lepak kat blog saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

atokuitmck said...

Salam..

pada pandangan saya:-

1. Sikap orang Melayu memang begitu, kalau sesama Melayu garang & tegasnya bukan main lagi

2. Orang melayu memang pemaaf & mudah bertolak ansur dengan sikap yg terkenal 'TAK APALAH'

3. Orang melayu penuh dengan sikap PHD sesama melayu tapi tidak pada bangsa lain.

4. orang melayu memang mudah diperkotak-katikan oleh orang lain tapi jgn dari orang melayu sendiri.

5. orang melayu dah tak bersatu kerana gilakan kuasa & harta. dalam ertikata lain Cinta Dunia.

6. orang melayu yg semuanya beragama Islam perlu betul2 menghayati ajaran islam dan melaksanakannya (hubungan dengan ALLAH & hubungan dengan MANUSIA dah ALLAH tunjukkan dalam Al-Quran)

7. Pemimpin sekarang kena muhasabah diri dan ambil tindakan agar orang melayu tidak tertindas di bumi sendiri

kepada pemimpin UMNO, PKR, PAS yg diterajui oleh Melayu, berubahlah dan berpenganglah kepada TALI ALLAH. InsyaAllah semua masalah dapat diselesaikan. Yang paling penting KETEPIKAN KEPENTINGAN PERIBADI.

Ingatlah MAUT TIBA TANPA DIDUGA..

Unknown said...

We are now in the era of Malay bashing. Most Non-Malays based political parties and NGOs, both pro-government and opposition are doing their best to undermine Malay positions.

And the sad thing is none of the Malay based parties, UMNO, PAS and to some extent PKR, are doing anything to defend Malay positions for fear of losing Non-Malay supports.

Please be real UMNO and PAS ... non-Malays support your parties not because they like your parties or political ideologies. It is because it will serve their interests, politically and economically.

Besides only a handful non-Malay support your parties. If you don't believe you can try putting your candidate in a non-Malay majority constituency. I can bet my finger none of the candidate from either UMNO or PAS will win.

Please wake up. UMNO and PAS power based is always Malay. So please take care of Malay interests.

"Jangan bermimpi disiang hari". No matter how good you are to THEM, you're not gonna get wholehearted supports. Supports from THEM will come only when it serve their purpose.

I pray to Allah there will be one right thinking Malay that will start an NGO (WITH NO POLITICAL INCLINATION WHATSOEVER) that will help defend Malay rights ... and stop this Malay bashing.

How about you Datuk Ruhanie ? You seems to be in a position to start an NGO that REALLY helps to protect us ... MALAY

Matdin

BlueMoon said...

Pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar bahawa survival mereke terletak ditangan orang Melayu Islam dan bukannya kaum-kaum lain. Di dalam konteks ini, UMNO perlu belajar dari PAS. Dato' Seri Hj. Hadi tidak pernah sekalipun meminta maaf kepada DAP atau orang bukan Islam apabila beliau mengulangi pendiriannya bahawa Islam ialah 'Tuan' di negara ini. Tiada agama lain di Malaysia yang lebih supreme melainkan Islam - begitulah tegasnya Hj. Hadi. Beliau tidak peduli jauh sekali gentar dengan reaksi Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Samada kedua-dua pemimpin ini membuat laporan polis atau mengertak keluar dari pakatan tidak relevan bagi Hj. Hadi. Beliau tegas kerana beliau tahu bahawa beliau dipihak yang benar dan majoriti penyokong PAS bersama-sama dengan beliau.

Malang pemimpin-pemimpin UMNO bukan seperti Hj. Hadi atau Nik Aziz. UMNO cepat mengalah dan beralah. Pemimpin2 UMNO hari ini lebih sensitif kepada tuntutan kaum-kaum lain melebihi orang Melayu yang mereka dakwa wakili.

Peliknya kaum-kaum yang mereka beria-ia ingin dampingi dan dodoi, saban hari mencerca, menfitnah dan melaknati mereka.

Ibn Jabbar said...

Sdr, Kehormatan sesuatu bangsa bukan kerana kehebatan seseorang. Melayu dihormati bukan kerana ketokohan Tunku, Tun Razak ataupun Mahathir. Melayu dihormati bila ia secara kelompok menunjukkan keperibadian unggul sebagai satu jemaah. Malah, seseorang yang baru dikenali akan dihormati bila bangsanya dihormati. Kelemahan Pak Lah tidak sangat memudaratkan jika jemaah Melayu yang meletakkannya di persada tetap unggul, tetapi, Pak Lah akan menjadi liabiliti kerana jemaah Melayu ini kini lebih lemah daripada Pak Lah sendiri.

King-Fx said...

Ada perkataan di dalam Kamus Inggeris:

AMOK

Itu adalah keistimewaan bangsa Melayu apabila tahap kesabaran mereka telah berada ditahap yg tidak boleh dikawal lagi.

UMNO perlu berubah, jgn sekali menyerah kalah dgn petualang2 yg berselindung di sebalik Liberalisma.

Contohi PAS yg tidak sesekali MEMINTA MAAF kepada Lim Kit Siang, Karpal Singh.

Jgn nanti Malaysia menjadi seperti FIJI. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur.

Seperti yg saya sebutkan dari dulu lagi, apabila Melayu berkata-kata mengenai bangsanya, agamanya, ia dikatakan RACIST oleh bangsa PENDATANG itu, dan MELAYU diminta MEMINTA MAAF.

Tetapi apabila PENDATANG itu berkata sesuatu yg mengguris hati org MELAYU, Agama ISLAM, RAJA-RAJA, semuanya dibenarkan atas sebab takut hilang sokongan, LIBERALISMA.Dan mereka BUKAN RACIST.

Ingatlah, jika Melayu dan Bumiputra bersatu keseluruhannya, pasti UNDI akan memihak kepada MELAYU dan BUMI.

Saya lebih yakin Dato' Ahmad Ismail menjadi PM jika nak dibandingkan dgn Si Najib dan Si Lembik tu.

Entah apa2 tiba2 nak minta maaf.

Bertindaklah sebelum Melayu menjadi LAYU di BUMI SENDIRI

MD said...

Dah 50 tahun umno mengepalai orang melayu di malaysia. Adakah mereka mengaku yang mereka gagal membantu melayu? Bukan main garang mereka kepada ahli pas di kelantan dan terangganu? Sekarang mealyupun dah berpaling tadah daripada umno. Musabahahlah diri. Kalau tidak pimpinan orang melayu akan diserahkan kepada parti lain.

Unknown said...

Datuk,
Pemimpin sekarang dalam ketakutan bayangan sendiri terutamanya UMNO. Double standard kerana takut kehilangan sokongan yang menjurus kepada kehilangan kedudukan dan kesenangan duniawi, itulah matlamatnya.

Kerajaan yang memimpin sekarang adalah dalam kedudukan yang sangat lemah dan mengharap simpati dari bangsa lain kerana keangkuhan terhadap bangsa sendiri. Demi kepentingan keluarga sanggup membunuh bangsa dan merobek ketuanan melayu. Apakah ini dinamakan pemimpin bangsa?

Mengapakah PM tidak mengambil iktibar yang berlaku di Jepun dan di Thailand? Rusuhan atau berundur secara baik? Mungkinkah SINGAPURA II akan menjadi realiti? PM tidak mampu menerajui negara! Demi martabat melayu undurlahh...

Unknown said...

Salam Datuk.

Public Holiday on 16 September is ON.... let us all tunggu!
-----------------------------------------------------
http://mt.m2day.org/2008/content/view/12313/84/

On track: Anwar
Posted by Super Admin
Sunday, 07 September 2008 12:00

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, here on a two-day visit, said yesterday that he is on track to meet his deadline to recruit enough MPs this month to topple the government.

The opposition is confident it will secure the defection of at least 30 members from the ruling Barisan Nasional (BN) - the number needed to unseat the government of Prime Minister Abdullah Badawi, he said.

And although the government has approved an overseas trip by Barisan MPs that will clash with the opposition's Sept 16 deadline for the takeover, significantly, some MPs believed to be among potential defectors have said they are staying back in Malaysia.

Datuk Seri Anwar, speaking to reporters in the Indonesian capital after a meeting with a think-tank, said he was 'quite positive from the initial response from the Members of Parliament'.

'We have seen some very positive signs, but we have also seen the desperate acts by the government, threats and using institutions to discourage them,' he said.

Government attempts to compel MPs to travel overseas until after his pledged Sept 16 deadline to take power would not work, Mr Anwar said.

'The only issue now is that they are going to compel Members of Parliament to (travel to) China or overseas until after the 16th of September, so we'll have to deal with that. Probably we'll meet on the 17th because they'll come back on the 17th,' he said.

The 61-year-old leader of the three-party Pakatan Rakyat coalition declined to name or give the number of lawmakers who have pledged to defect.

Asked if he had used his two-day trip to Jakarta to meet potential government defectors, Mr Anwar said: 'I won't comment on that, but I will say it's a good visit.'

Datuk Seri Abdullah, who is facing calls from his party to quit amid plummeting popularity, has said Mr Anwar's push to take power will fail. The parties of Pakatan Rakyat gained unprecedented ground against the BN coalition in the March general election, securing a third of parliamentary seats and five states.

Mr Abdullah on Friday supported the plan by Barisan MPs to go abroad this week until Sept 16, in what is seen as a panicky move to thwart Mr Anwar's attempt.

Some 48 MPs have agreed to go, said BN Backbenchers Club chairman Tiong King Sing. BN has 140 MPs, including 65 ministers and deputy ministers. The remaining 75 are government backbenchers.

It is unclear where they would go, with some reports mentioning Australia or New Zealand. Tan Sri Tiong said China or Taiwan was being considered.

A number of MPs who had been named previously as possible defectors said they are staying put in the country due to busy schedules with their Muslim constituents during the fasting month.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
They include Sabah MPs Anipah Aman, Abdul Ghapur Salleh, Eric Majimbun and Chua Soon Bui.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
The Star/Asia News Network

Mika Angel-0 said...

Ketokohan kaum islam itu bukan kerana nabi-nabi mereka?

(it is beginning to be fuckingboring at kuda kepang comments, again. Not your fault, ron)

mn said...

Salam Datuk,

1. Kini UMNO baru sedar yang mana Batu dan yang mana Permata.

2. Selama ini UMNO anggap orang-orang Melayu itu hanyalah 'Batu'. Manakala orang-orang bukan Melayu adalah 'Permata' bagi mereka kerana kepentingan UNDI.

3. Kini bila UMNO nazak, siapa yang mereka harapkan adakah Permata atau Batu? Biar mereka karam keseorangan...!

wira said...

Datuk Ron, saya setuju dengan ingatan bahawa didalam bulan ramadhan almubarak ini kita perlu hormati suara hati melayu.

Bagaimana pun Datuk saya masih khuatir dan gentar membayangkan keputusan PRU13 yang akan datang, jika kita masih seperti sekarang. Saya tidak dapat bayangkan semasa pencalonan untuk PRU13, PKR mencalonkan disemua kawasan parlimen. Jika ini berlaku dan saya mempunyai firasat ini akan terjadi, maka dengan rasminya UMNO akan menjadi bahan sejarah yang akan dibaca dan dihafal oleh pelajar pelajar disekolah selepas PRU13.

Oleh itu saya beranggapan bahawa kita perlu anjakan paradigma. Untuk membuat perubahan dalam masa 4 tahun ini masih ada masa dan paradigma ini perlulah sesuai dengan pembinaan minda dan penghidupan hari masyarakat yang sehingga kini menyokong kewibawaan Umno.

Masyarakat kini telah berubah menjadi lebih beriman dan individu yang hanya mementingkan duniawi sahaja sudah berkurangan. Penerapan halalan toyiban menjadi kenyataan. Fardhu Ain dan fardhu kifayah diperkukudkan seiring, maka inilah masanya untuk membuat anjakan paradigma, untuk kesempurnaan generasi yang akan datang. Sekian.

mal887 said...

Salam Datuk...
Saya menyokong penuh pandangn saudara/i atokuitmck & BlueMoon. Memang kerajaan double standard.... tapi tak de ke pemimpin yang berani memimpin kebangkitan orang Melayu semula....

Hj.Mat said...

Datuk, saya pun pelek dengan pemerintah hari ini kalau orang melayu buat salah silap sedikit sahaja dicari hingga kelubang cacing.
dan mereka sanggup tembak hampir mati hamba Allah tu.
Banyak sudah lapuran polis dibuat oleh perti pembangkang khasnya PAS langsong tidak dipedulikan
Apadah jadi itu sebabnya 8 mac 2008 mereka terima padahnya.

lamandau said...

Masalahnya Datuk pemimpin2 parti komponen BN tidak menghormati PM/Pengrusi BN lagi!! Sila amati kenyataan mutakhir ketua MCA dan Gerakan, terang2 masih tidak sensitif dengan 'arahan' PM. Masing2 seperti cuba meluah perasaan meluat yang sekian lama terpendam. Dengan kepimpinan umno yang serba lemah ini, mereka telah mengambil kesempatan. Bagi saya bukan Ahmad Ismail saorang yang dituju, Umno yang sebenarnya jadi sasaran

Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia. Bagaimana nak ujud perpaduan sekiranya sesuatu kaum cuba mengambil advantej tetakala satu kaum mengalami zaman menurun? Saya melihat penurunantahap perpaduan dewasa ini adalah akibat dari dasar terbuka dan transperansi yang dilaungkan olih PM sekarang. Keterbukaan dan ketelusan ada had dan batasnya. Kalau ianya bolih memporakperandakan perpaduan, ianya harus dibataskan dengan ketegasan pemimpin ulung!! Kalau dibiarkan seperti sekarang maka saya amat berdukacita kerana ramai yang tidak menghargai apa itu kebebasan dan ketelusan dalam ertikata perpaduan nasional.

Yang nyata sekali ketika ini ialah pemimpin utama hilang kawalan bukan sahaja dalam parti bahkan juga mengendalikan kerajaan. Yang anihnya, ahli kabinet, AMT Umno, hanya menjadi penuntun bisu, sebabnya mungkin mereka sendiri yang tau!!!

atokuitmck said...

Salam....

kepincangan dalam UMNO bermula di akar umbi hingga pucuk perlu ditangani segera. lihat sahajalah ketika ini politik wang berleluasa utk mendapat & mengekalkan kuasa.

tapi saya percaya ada beberapa orang yg masih lagi berpegang kepada prinsip pejuangan. Ketepikan kepentingan PERIBADI. Itulah punca perpecahan orang melayu.

Saya harap datuk dapat wujudkan satu platform dalam hal ini kerana datuk dah ada kat dalam tue. mcm saya nie hanya ada peluang dilaman ini sahaja.

Saya mohon agar datuk pikirkan bagaimana utuk sedarkan semua pemimpin & orang melayu untuk KETEPIKAN KEPENTINGAN PERIBADI DAHULU & MUHASABAH DIRI.

InsyaAllah.. akan berjaya

Pas Bakri said...

Assalamualaikum Dato'
Saya adalah ahli Pas menjadi ahli Pas selepas kes Allahyarham Ust Ishak Baharom dipecat, dihina dan ditekan dan kes skuad Badar Selangor dibubarkan (tanda UMNO tak ambil tahu ttg Islam). Arwah bapa sy adalah penyokong setia UMNO/BN.

Dato',
Apa yg jelas ialah pemimpin UMNO lebih mementingkan diri, sangat-sangat sedikit yg mengambil kisah tentang masalah kaum sendiri dan agama Islam. Cuba tgk kaum Cina dlm memperjuangkan bahasa mereka, sokongan merentasi parti politik. UMNO..?

Lihat kes biasiswa siapa yg menarik balik pemberian biasiswa...?

Sekolah Agama Rakyat, siapa yg menarik bantuan..? UMNO kan...

Saya rasa byk lagi kes-kes yg melibatkan UMNO, utk survival UMNO sanggup buat apa shj.

Lihat kes pengambilan Tanah Rezab Melayu, siapa yg punya angkara... pemimpin UMNO.

Kes pengambilan tanah di Kerpan, tanah sawah di Kedah, siapa punya angkara... pemimpin UMNO

Kes pengambilan tanah di Tangga Batu di Melaka, angkara siapa .. pemimpin UMNO.

Cuba lihat semula kes nak buang perkataan Islam dalam pertubuhan-pertubuhan... siapa yang cadangkan..? Nasib baik kita masih ada sultan dan raja, kalau tidak kita akan jadi macam Turki.

Dato'
Ada seorang hamba Allah yg mendapat kerja di Melaka, apa mereka tanya siapa ketua UMNO ditempat awak..? Apa ni ....

Cuba lihat kesilapan kerajaan dlm membenarkan parti-parti politik menubuhkan universiti sendiri (sama pandangan dgn Dato Kadir Jasin). Akhir nanti akan wujud peluang pekerjaan akan diutamakan dr universiti2 ini. UiTM... Kes ini telah pun berlaku... Dato' tunggu dan lihat.

Dato'
Saya merasakan lebih tenang kalau kita perjuangan agama Islam dari bangsa, kerana Nabi S.A.W pun tak memperjuangkan bangsa.

Dato'
Masalah kaum kita adalah kerana kita menjauhi agama Islam spt kata DS Ust Hadi.

Dato'
Saya hanyalah rakyat biasa yg boleh dikatakan saban masa tertindas. Tertindas dgn sdr seagama.

Dato'
Saya rasa semua pimimpin UMNO yg korup ni perlu dibuang, dan kpd org UMNO yg baik marilah kita sama2perjuangankan Islam bersama PAS.

Dato'
Ramai dikalangan ahli Pas Johor adalah dari bekas orang UMNO.

Jgnlah kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyat bukannya berniaga dengan rakyat.

Dato'
Akhir kalam, selamat berpuasa dan maafkan saya jika ada dr tulisan sy menyinggung Dato' atau pembaca.

Marilah kita sama-sama perjuangan hak Islam.

slyderrose said...

Pak lah jangan haraplah untuk memimpin. Beliau cuma bolih dipimpin. Tidak cekap dalam membuat keputusan dan sering kali flip-flop. Dan banyak kali keputusan berdasarkan kacamata umno bukan kebaikan Malaysia keseluruhannya. Olih tidaklah menghairankan kenapa kemelut ini semua berlaku dan akan tetap berlaku selagi Pak Lah masih di tempatnya.

antubiul said...

huh... adakah kerana perkataan pendatang itu munguris kaum cina.Itu adalah sejarah yang tidak boleh di terbalikkan. Its a fact. A spade is a spade. Yang nampak sangat terguris ni ialah politician dari DAP,MCA dan Gerakan. Apakah mereka sedang memperjuangkan supaya sejarah di tintakan semula dengan mengatakan mereka bukan pendatang, malah mereka seperti juga kaum Melayu yang berjaya mendirikan kesultanan Melayu. Andai di baca Malaysian Today, tahukan orang melayu berapa banyak komen komen dari pembaca Malaysian Today yang majoriti nya bukan melayu mencabar, mengeji, mengejek dan memperlekehkan bangsa Melayu itu sendiri. Berapa banyakkan kah komen komen itu yang melabelkan Melayu adalah pendatang, Tuah bukan melayu, Tanah melayu bukan kepunyaan melayu dan lain lain. Jadi komen komen dari bukan melayu terhadap melayu is ok? Jika melayu menulis atau memperkatakan sesuatu mengenai bangsa melayu kita sendiri di label sebagai penghasut? Jika melayu memperkatakan sesuatu terhadap bangsa lain dikatakan racist? Orang bukan melayu apabila mempersoalkan mengenai Islam Melayu, ketuannan melayu,hak istimewa melayu dan sebagai nya mengapa tidak de label sebagi hasutan atau racist?. Dari apa yang ternampak oleh mata kita cuma satu. Apa saja yang dibangkitkan oleh orang melayu mereka itu adalah racist. Ini adalah propoganda politician bukan melayu untuk mengongkong orang melayu dan survival orang bukan melayu.Malangnya politician melayu buta mata dan buta hati. Baik dipihak Anwar, Hadi dan Badawi yang di depan mata sebesar gajah tak nampak, nyamuk sekecil tinta boleh nampak hingga dua tapak tangan menepuk mengahiri nyawa nyamuk itu. Siapakah yangakan melemahkan melayu dan kuasa politic melayu, Lain tak bukan ialah Anwar, Hadi and Badawi.

bat8 said...

Dato Ron

Kenyataan dato ahmad ismail dan pertikaian hak orang melayu adalah dua perkara yang berbeza dan perlu dilihat dari dua kacamata yang berbeza.

Kenyataan dato ahmad ismail adalah kenyataan politik, disuarakan dengan niat politik untuk meraih undi dalam satu pilihanraya. Kenyataan beliau adalah membangkitkan isu perkauman hanya untuk memecahkan undi dalam PRK pematang pauh.

Apabila ada pihak yang mempertikaikan hak orang melayu, kita semua harus bangkit mempertahankannya tanpa mengira fahaman politik. UMNO(baru) yang melaungkan perjuangan melayu mesti bangkit mempertahankan.

Walaubagaimanapun kita orang melayu perlu bijak menilai situasi apabila isu tersebut dibangkitkan. Seringkali isu tersebut dijadikan senjata hikmat oleh UMNO(baru) apabila ia dalam keadaan terdesak semata-mata untuk membangkitkan semangat melayu agar menyokongnya.

Yang paling sedih UMNO(baru) sering menggunakan isu ini terhadap sebuah parti melayu lain terutamanya PAS apabila UMNO(baru) tersepit dalam sesuatu isu.

bat8

kudakepang said...

Saudara-Saudari surfers/bloggers yang budiman:

Kebelakangan ini saya dapati kemunculan polemik dan serangan peribadi antara segelintir anda berlaku di ruang komen blog ini.

Selagi ianya tidak keterlaluan, saya izinkan komen anda untuk disiarkan. Kalau sebaliknya, seperti mengheret hal ehwal raja-raja dengan niat sesuatu, saya akan reject komen anda.

Saya amat gembiran dan berterima kasih kerana anda semua menjadikan blog ini destinasi harian anda. Tetapi, saya juga kecewa jika anda menjadikan blog ini untuk mengheret nama baik antara surfers dan bloggers serta saya sendiri ke kancah masalah.

Semoga kita semua hormati pandangan orang lain dan berpolemiklah secara berhemah dan budi bahasa.

Terima kasih dan salam takzim dari saya. - Ruhanie Ahmad

merantikota said...

Tajuk Johor-Tanjung Puteri

Dato Ron

Apabila Melayu boleh dipecah-pecahkan, tidak lagi memerintah, sudah pasti perpecahan Melayu itu akan digunakan oleh parti lain untuk memperoleh majoriti dua pertiga, kuasa itu membolehkan orang meminda dan merubah perlembagaan dan undang-undang. Orang akan menggunakan perundangan-perundangan itu untuk memerintah dengan cara atau dasar apa sahaja.

Unsur yang membangunkan kita Melayu selama ini ialah Dasar Negara dan Dasar Awam. Dasar Ekonomi dengan DEB, Dasar Pendidikan dan Dasar Kebudayaan. Semua ini menjadi lorongan untuk membangunkan Ugama Islam, Bahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu menjadi teras pegangan Melayu dan Kebudayaan Nasional.

Berita dari gunung said...

Dato dan rakan2. Selamat Berpuasa.

Terima sajalah bahawa negara Malaysia berada sebelah Timur, bukan Barat. Orang Timur tidak akan sama dengan orang Barat, baik dari segi kulit, baik dari segi bahasa mahupun pegangan agama.

Jiran sebelas atas, iaitu Siam, beruntung sebab bangsanya hampir sekata. Thaksin difahamkan dari bangsa yang lain, walaupun dari bangsa minoriti sudah cukup untuk menggoncang Siam. Siam bernasib baik kerana pengaruh Raja dan tentera dapat meredakan keadaan lebih dari sekali.

Jiran di bawah pula, Singapura, dengan masyarakat majmuk, beruntung dengan kepimpinan Lee Kuan Yew. Lee tidak memberi peluang langsung kepada pembangkang. Mahkamah dan Penjara sentiasa terbuka untuk pembangkang.

China dengan sejarah agung yang panjang, berjaya menghimpun berbilion rakyat. Sebarang tanda untuk berpecah, dilayan dengan sewajarnya. Peristiwa Tianamen Square memberi erti baru kepada kesungguhan kerajaan menjaga "kesatuan" atau solidariti.

Malaysia era Abdullah ingin berjinak dengan keterbukaan dan reforms. Sejarah dunia sebenarnya melakar warna gelap mengenai reforms. Reforms sering mengundang celaka. Russia adalah contoh terbaik. Negara boleh hancur dengan reforms tanpa pertimbangan.

Tun Mahathir adalah rujukan penting tentang perjalanan Malaysia kedepan. Pengalaman Tun adalah sangat berguna. Malaysia telah bergerak di pelbagai lorong dan destinasi, Tun adalah pemandunya.

Apabila Tun menegur tentang laluan yang diambil, sering beliau diherdik. Jangan lawan dengan pengalaman, kerana pengalaman itu mewujudkan pertimbangan.

Keterbukaan yang superficial ini, telah mengundang komen dan ugutan yang tidak berlapik dari pelbagai sudut, baik dari ahli politik, baik dari NGO. Ada masanya isu bangsa dan agama diurus secara sangat terbuka dan santai. Isu ini dimana-mana dunia pun melahirkan denyutan ngeri. Ada kalanya darah membasahi bumi.

Negara ini meletakkan kaum Melayu lebih sedikit dari yang lain. Dari awal-awal merdeka lagi. Quatum Leap hanya wujud selepas 13 Mei.

Sistem Raja Berlembagaan mengesahkan lebihnya kaum Melayu. Manakala Islam dianggap agama rasmi. Waktu dulu dibanyak tempat, kuil, tokong dan masjid tidak berjauhan duduknya. Namun masyarakat berbilang kaum mampu beragama dan hidup tanpa rasa curiga.

Meletakkan kemelut sekarang kepada bahu Abdullah sahaja tidaklah adil. Apa sekalipun dalihnya, konon keputusan sentiasa secara konsensus, atau semua pandangan didengar, tidak sekali-kali menanggalkan TANGGUNGJAWAB dari batu jemala Abdullah sebagai Ketua. Ketua bukan jawatan sembarangan. Ketua bukan sekadar menghulur tangan bersalaman. Ketua menjaga NADI negara!

Singapura bukan suka-suka mengekang pembangkang. Tun juga bukan suka-suka bersikap tegas dalam mengurus negara. Ini adalah aset utama dalam memacu negara kedepan dalam keadaan yang terkawal dan selamat. China juga bukan suka-suka menghantar steam-roller untuk meratakan Tianamen Square.

Iltizam untuk memelihara negara dan rakyat perlu menjadi prioriti. Sejarah Tanah Melayu dari zaman Melaka hingga sekarang perlu diambil iktibar.

Mengurus negara bukan perkara main-main. Ini bukan macam suka-suka tukar langsir, ubah letak kerusi dan alih pasu bunga. Ia lebih dari itu.

Mengurus reforms dan keterbukaan adalah sesuatu serius. Perspektif sejarah dunia perlu diberi perhatian. Derita dan Darah adalah manifestasi kepada gagal mengurus negara.

Keterbukaan dan reforms stail Abdullah boleh diibaratkan seperti Kunci Air. Anda boleh buka dan lepaskan air tetapi anda juga perlu tahu menutup kunci dan menahan air!

Mengurus negara mesti dengan fokus yang jelas dan jangan dicemari dengan niat kotor untuk memadam legacy terdahulu. Manakala isu bangsa dan agama bukan isu yang boleh diurus sambil lewa.

Seperti kata Albert Einstein dalam social essaynya, Ilmu seperti memanjat gunung. Berada dipuncak membolehkan pandangan yang lebih menyeluruh. Pandangan dikaki gunung dan dilereng gunung juga betul. Tetapi yang paling betul adalah yang dipuncak.

Saya sangat khuatir jika pemimpin negara ini yang berada dipuncak, terlena dan tidak peka waktu mendaki dulu. Jika begitu, pandangan mereka tidak tepat, kerana pandangan harus bersekali dengan PERTIMBANGAN.

Yang beruntung adalah mereka yang mendaki dengan deria yang sensitif. Yang seperti ini, bila dipuncak, mereka rasa lega dan turut rasa ngeri, kerana ditangan mereka ada PERTIMBANGAN.

Terimakasih.

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

saya geram, marah, dan malu dengan situasi yang dihadapi oleh orang Melayu. Dihina di negara sendiri. Apakan daya yang duduk di atas singgahsana kerajaan lemah dan dayus!

Anonymous said...

Dato,

Puak puak ni bukan tahu hormat orang ,Melayu harus bangkit gunakan segala kuasa yang ada secara terang dan gelap untuk kekalkan Hak orang Melayu.The immigrant race can go to hell.........

Unknown said...

Salam Dato'

1. Apa salahnya kalau TPM menyelar pemimpin-pemimpin Cina & India daripada sibuk minta maaf..?

2. TPM WAJIB sedarkan kaum Cina dan India bahawa mereka memang asalnya kaum pendatang. Atas kasihan belas orang Islam di Tanah Melayu maka mereka diberi kewarganegaraan dan pelbagai hak yang lain.

3. Kini kaum-kaum tersebut telah lupa asal-usul mereka. Yang menghairankan kita ialah para pemimpin kita takut menegur mereka sebaliknya memarahi orang Islam yang kian gelisah kini.

4. Saya tidak suka memiliki pemimpin yang pengecut seperti ini...!

Hj.Mat said...

Datuk, bila lagi nak sampaikan tazkiran seperti YB Zulkifli Nordin
saya rasa sempurna bulan yang mulia ni eloklah datuk buat permulaan kami sentiasa menunggu tazkirah dari Datuk semuga berjaya didunia dan akhirat dan salam almubarak

ngnglee said...

Dear kudakepang,

You said:

"Saya desak Abdullah berterus-terang, pihak manakah yang kebelakangan ini banyak mempersoalkan isu “agama, kontrak sosial atau melibatkan perkauman”?"

I just wonder, if the issue of 'agama, kontrak sosial atau perkauman' have actually bringing problems to either Malays themselves, non-Malays and our beloved country...can we discuss it?

If those issues are only affecting Malays, maybe non-Malays shouldn’t ask anything about it, but this is not the case.

If the purpose of non-Malays and non-Muslims to bring out and discuss the sensitive issues is just to solve problem, can Malays and Muslims be open enough to the discussion?

Recent BAR Council's forum is an attempt to address and find a way to solve problems related to spouses and family member of non-Malay who embraced Islam, unfortunately many Muslims see it as a provocation and wanted to ban it.

You hinted non-Malays and non-Muslim are the one who challenged sensitive issues yet they get 'protection' from the government.

First of all, why do you think that non-Malays wanted to openly discuss the sensitive issues?

Are the non-Malays too free and wanted to do something to provoke Muslim Malays?

Is the Bar Council too free to organize that forum, knowing that it could receive public outcry from the Muslim community?

Government had been bias and unfair towards non-Malays in protecting Malay's rights, so I found it quite surprise to see you described as it is protecting the non-Malays.

For your information, it is just because of government's unwillingness to address the embracing issue that prompted Bar Council to have that forum organized.

You claimed Malays become third class citizen in their own country mainly because the government ignores their voices and feeling.

I'm sorry to hear that, meanwhile I also want to stress that non-Malays are facing the same problems as their Malays counterpart; furthermore they have to be burdened by government's discrimination in their everyday life.

So can non-Malays claim they are the third class citizens as well?

I think Malays and non-Malays needed to work more hard and find a way (if we are allow to) to clear the misunderstanding and difference of views in the matter regarding their respective rights.

Some party must take the initiative to start the talk and the rest must co-operate with open mind and sincerity. If not I afraid maybe 100 or 200 years later Malaysians are still divided and arguing about this 'right' matter.

We should have focused our energy in nation building not to still arguing this 'right' issue, this should be an old story of our grandparents’ era, not now.

MD said...

Saya rasa Islam dah buang sifat perkauman sempit berasaskan bangsa - Menggantikan dengan persaudaraan Islam dan keadilan manusia sejagat.

Islam tidak bererti kemunduran - Nabi (SAW) hanya memerlukan 22 tahun untuk membangunkan umat islam menjadi kumpulan yang disegani dan dihormati diseluruh dunia. UMNO telah memerintah malaysia 50 tahun... Dan kita masih perlukan? tongkat palsu yang diputarbelitkan. Small group of people (bumu and others) benefited billions from the NEP, and yet all the bumiputra got the blame.

Mungkin kita perlu tarik balik pengharaman buku Ashari "Kenapa salahkan Musuh" supaya rakyat Malaysia (Dan Dato Ahmad)bolah baca.

MD said...

Kenapa sensitif sangat kata setengah dan keturunan sebagai pendatang. Ada juga ahli umno mamak di penang, datuk mereka baru saja menjejak kaki di Malaysia. Lebih kuah dari nasi...

ibnu a rahman said...

Yg Berbahagia Dato',
Melayu adalah bangsa seperti juga Arab TIDAK BOLEH DISAMAKAN dengan Islam sebagai ad-Din yang mempunyai 'kuasa' menyatukan ummah. Ini adalah perkara BASIC dlm perbincangan ini.

Dalam Proses POLITIK memilih WAKIL2RAKYAT ke Dewan Parlimen pastinya KITA memerlukan PERWAKILAN Islam (Bagi kepentingan Islam). Jadi, SEBAGAI MUSLIM melayu, mengapa kita tidak memilih PARTI ISLAM YANG BERTANDING?? (Kerana UMNO tidak?). Rujuklah ketentuan Allah dlm Surah Al-Maidah 49,50,55,&57.
Memilih 'DACING' samalah 'PKR'.

Seorang MUSLIM melayu yg berjuang kerana Allah membela nasib Rakyat yg diwakilinya, WAJIB membuang sifat tamak, hasad dengki, dll (Maaf-lah Dato', kerana ini antara sifat kebanyakan kita org Melayu yg berjuang nak cari kuasa, BUKAN nak jadi hamba rakyat!). Sama2lah fikirkan!. Wallahu'alam.

Unknown said...

It would be most ideal to physically realize a Bangsa Malaysia. The Pakatan Rakyaat and its ketuanan rakyaat proposal must be accepted and supported by every citizen of Malaysia. There shall be everlasting peace and prosperity in this country we love. No more racism in Malaysia. We already have Bahasa Malaysia in place. Can we start dismantling The Chinese and indian schools now ?

Al Zubir Rusinin said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang. Terimakasih di atas post ini yang patut direnungkan oleh pembesar-pembesar negara.

armorphism said...

OWH! UMNO.... MELAYU BUKAN ISLAM DAN ISLAM ITU BUKAN MELAYU..PLEASE LAH.. SEDARLAH WAHAI ORANG UMNO... cuma orang melayu majoriti ISLAM dan ISLAM membawa martabat orang melayu kepada kejayaan SILAM.. Kini Islam diperkotak katikkan oleh UMNO sendiri. Sampai bila mahu berperanan menjadi DAJJAL fahaman 'kebangsaan' yang terang2 ditentang oleh PEMIMPIN UMAT RASULULLAH SAW.

Ingatlah, terdapat hadis yang menyentuh tentang haramnya mengancam kedudukan kaum DHIMMI (kafir zimmi yg taatkan pemimpin) dan itu adalah hadis sahih...

Islam yang bagaimanakah yang kamu perjuangkan???

pek percubaan said...

Assalamualaikum
Suara pemimpin melayu beginilah yang nak ku dengar selalu. Bukan racist tetapi berani bercakap benar.
Tetapi sayang engkau pun berada diluar sahaja tidak dalam kerajaan. Cakap kau tak akan didengari lebih daripada cakap tsoo koon. Aku rindu pemimpin berjiwa islam dan melayu bukan racist

My Voice said...

Perjuangan perkauman sudah tidak relevan kerana sebelum kita dilahirkan kita tidak boleh memilih ibu bapa kita. Perjuangan berdasarkan Islam lebih relevan kerana Islam mewakili semua kaum dan umat manusia di muka bumi ini.

Persoalan Melayu atau bukan Melayu tidak timbul dalam hal ini. Sesiapa sahaja berhak memacu pemerintahan negara kita yang tercinta asalkan ianya beragama Islam (Islam yang Mukmin dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dituntut oleh Islam). Manakala kaum lain boleh hidup dalam syiar Islam yang kita yakini sememangnya boleh memberi keadilan kepada semua.

Ini sudah terbukti semasa zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Model yang kita akui tetapi kita tidak mahu laksanakan sehingga hari ini.

Saya harap jangan kita kaitkan lagi Islam dan Melayu kerana pada hari kita dapat melihat berapa ramai orang Melayu yang mengaku Islam tetapi gagal melaksanakan tuntutan Islam yang sebenarnya. Baik daripada pemimpin tertinggi hinggalah kepada masyarakat bawahan. Tak kurang juga Melayu yang sudah meninggalkan Islam dan menjadi murtad. Saya rasa tiada apa lagi yang kita boleh banggakan dengan bangsa Melayu kita.

Krisis yang berlaku sekarang adalah krisis AKHLAK yang amat memualkan kita semua angkara pemimpin yang gagal kembali kepada ISLAM. Kita juga gagal menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam takkala kita berada dikemuncak sebagai pemimpin negara.

Hanya ada satu parti politik yang dari dulu sehingga sekarang memperjuangkan ISLAM sebagai paksi perjuangannya. Cubalah kita renungkan diakhir-akhir ini di mana orang-orang bukan Islam sudah boleh menerima perjuangan mereka malah sudah menyokong perjuangan mereka. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapan yang mudah ialah Parti ini telah berjaya menunjukkan keistimewaan dan kemuliaan Islam yang mengajak semua orang samada Melayu atau bukan Melayu kepada contoh kehidupan yang sempurna. Itulah keindahan Islam sebenarnya. Islam bukannya hak Melayu seperti mana yang telah didoktrinkan oleh UMNO sejak sekian lama. Saya tegaskan lagi bahawa ISLAM adalah hak semua manusia dimuka bumi ini.

Orang ramai sudah muak denga isu-isu korupsi, manipulasi kuasa, kroni, jenayah dan berbagai-bagai lagi penyakit masyarakat yang melanda negara kita ketika ini. Semuanya berpunca daripada kita sendiri dan juga pemimpin yang dilantik kerana gagal menggunakan acuan Islam dalam pentadbiran negara. Kenapa kita yang mengaku sebagai Melayu dan Islam dan dalam masa yang sama mengakui kebesaran Islam samada dari segi undang-undang dan juga AKHLAK yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tetapi gagal mempertengahkan kepada rakyat semua.

Akhir kata, saya amat berharap semua pembaca dapat menilai semula asas dan punca kepada permasalahan ini semoga kita tidak berterusan ditimpa bala yang sebegini. Renung-renungkanlah semuala diri kita sendiri dahulu dan kemudian kepada orang lain sehinggalah kepada pemimpin negara yang sepatutnya bertanggungjawab melaksanakan kewajipan sebagai seorang ISLAM yang Mukmin.

Sekian

jazrul said...

tahniah datuk


web design