Thursday, September 25, 2008

MESYUARAT KHAS MT UMNO ESOK PENUH SPEKULASI MENGENAI KEDUDUKAN ABDULLAH…


Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas di Ibupejabat UMNO, di Kuala Lumpur, mulai 10.00 pagi esok, 26 September 2008, dipercayai untuk membincangkan beberapa agenda penting membabitkan formula peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maklumat di atas disahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu berita Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun Najib tidak menghuraikan agenda bagi nesyuarat berkenaan.

Sumber-sumber UMNO menjangka terdapat tiga kemungkinan utama yang menyebabkan mesyuarat khas itu diadakan.

Pertama, untuk membincangkan cadangan Abdullah supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO mulai 10 Oktober 2008 ini ditunda kepada satu tarikh yang akan dipersetujui oleh MT. Ini bermakna Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Disember 2008 ini juga kemungkinan besar akan ditunda.

Cadangan ini dipercayai adalah antara perkara yang diputuskan oleh sekumpulan ketua perhubungan UMNO negeri yang bermesyuarat dengan Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya, daripada jam 1.00 hingga 3.00 pagi, dua tiga hari yang lalu.

Kedua, mesyuarat khas MT ini diadakan mungkin bagi membolehkan Abdullah mengumumkan kepada MT akan cadangannya untuk mengundurkan diri daripada UMNO dalam tempoh terdekat.

Jika perkara dibincangkan, Abdullah dijangka menyatakan persetujuannya mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO tetapi mahu terus jadi Perdana Menteri sehingga suatu tempoh tertentu.

Ketiga, jika kedua-dua kemungkinan di atas tidak dibincangkan, Abdullah dijangka menyampaikan hasratnya untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti tahun ini.

Jika agenda inilah yang dibincangkan maka persidangan perwakilan bahagian-bahagian dan PAU Disember ini mungkin tidak akan ditunda.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini ditanya oleh media akan ura-ura penundaan perwakilan bahagian dan PAU.

Menurut Utusan Malaysia, Mahyuddin menegaskan, beliau tidak pasti sama ada PAU yang dijadualkan Disember ini akan ditunda ke tahun depan.

“Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu, tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,” katanya.

Apa pun, kesahihan seluruh spekulasi di atas akan diketahui esok. Kita nantilah dengan doa dan harapan semoga sesuatu yang positif demi agama, bangsa dan tanahair akan diputuskan dalam mesyuarat khas MT itu. KEPADA ALLAH BERSERAH! – Ruhanie Ahmad

14 comments:

band0tue said...

Assalamu'alaikum Datuk,

Minta izin untuk saya membuat telahan apa yang akan berlaku esok terhadap mesyuarat tergempar MT UMNO.

Saya tidak berminat dengan apa topik dan isu yg akan dibincangkan oleh MT, tetapi saya ingin meneka apa reaksi ahli, pemimpin dan penyokong UMNO seterusnya rakyat terhadap apa saja yg akan diputuskan oleh mesyuarat tersebut.

1. Menjadikan jurang puak pro dan kontra semakin melebar dan dalam.

2. Ahli dan pemerhati atas pagar akan turun pagar samada ke kanan atau kiri pagar. Yang duduk atas pagar tinggal bilangan jari.

3. Golongan pro dan kontra akan semakin bertambah rancak dengan agenda dan gerakan utk menarik sokongan umum kepada pendirian mereka.

4. Tidak mustahil akan berlaku tindakan dan gerakan agresif dan provokatif oleh pihak yang semakin terancam.

5. Apa jua yang dimuktamadkan akan terungkai tidak lama selepas ianya diisytiharkan.

6. Perpecahan UMNO kali ini bukan lagi sebagai team A & B, tetapi perpecahannya menjadi serpihan kaca berderai yg tidak dapat dikenali pasti mana A, B, C, D dan seterusnya.

7. Jalan yang lebih baik ialah ahli dan pemimpin UMNO membuat perhitungan diri dengan koreksi, muhasabah dan bertaubat kepada Allah swt agar diampunkan segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan terhadap agama dan tanah air ini.

Moga dengan itu mungkin bala dan mala petaka yang bakal menimpa akan dikurangkan oleh Tuhan kerana sudah ada unsur keinsafan dan menerima pengajaran dari Tuhan.

Jika tidak, maka tunggulah hukuman dan ketentuan Tuhan kepada mereka yang telah mengkhianati nikmat dan amanah Tuhan. Sesungguhnya azab Allah itu Maha Pedih lagi Maha Dahsyat.

maaf zahir batin, cari kelainan moga temui kebenaran, jom ke blog saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

MKM said...

Ketiga-tiga senario tersebut rasanya tidak akan menyelesaikan masalah kepimpinan negara masa kini.

Saya rasa hanya akan membawa kepada keadaan yang lebih parah.

Lihat saja keadaan pentadbiran negara, sejak lepas pilihanraya bulan Mac'08, masih dalam suasana tidak menentu dan kucar-kacir.

Ketiga-tiga kemungkinan ini hanya akan menyegerakan UMNO BN masuk 'kubur'.

Sayang sekali para pemimpin negara sekarang memperjudikan negara untuk kepentingan dan kuasa diri sendiri.

Di kalangan pemimpin UMNO, saya nampak hanya TS Muhiyudin saja yang benar ikhlas dan pentingkan negara (sekurang-kurangnya dari persepsi rakyat)..

MKM said...

Ketiga-tiga senario tersebut rasanya tidak akan menyelesaikan masalah kepimpinan negara masa kini.

Saya rasa hanya akan membawa kepada keadaan yang lebih parah.

Lihat saja keadaan pentadbiran negara, sejak lepas pilihanraya bulan Mac'08, masih dalam suasana tidak menentu dan kucar-kacir.

Ketiga-tiga kemungkinan ini hanya akan menyegerakan UMNO BN masuk 'kubur'.

Sayang sekali para pemimpin negara sekarang memperjudikan negara untuk kepentingan dan kuasa diri sendiri.

Di kalangan pemimpin UMNO, saya nampak hanya TS Muhiyudin saja yang benar ikhlas dan pentingkan negara (sekurang-kurangnya dari persepsi rakyat)..

MKM said...

Ketiga-tiga senario tersebut rasanya tidak akan menyelesaikan masalah kepimpinan negara masa kini.

Saya rasa hanya akan membawa kepada keadaan yang lebih parah.

Lihat saja keadaan pentadbiran negara, sejak lepas pilihanraya bulan Mac'08, masih dalam suasana tidak menentu dan kucar-kacir.

Ketiga-tiga kemungkinan ini hanya akan menyegerakan UMNO BN masuk 'kubur'.

Sayang sekali para pemimpin negara sekarang memperjudikan negara untuk kepentingan dan kuasa diri sendiri.

Di kalangan pemimpin UMNO, saya nampak hanya TS Muhiyudin saja yang benar ikhlas dan pentingkan negara (sekurang-kurangnya dari persepsi rakyat)..

mn said...

Datuk,

1. Kenapa kerap pulak MT UMNO mengadakan mesyuarat?

2. Sepatutnya Pakatan Rakyatlah yang perlu kerap adakan mesyuarat, sebab nak cari 'tarikh baru' pulak.

3. Kenapa UMNO panik dan kalut sangat ni, tak nak sambut raya ka?

bat8 said...

Dato

Keadaan UMNO(baru) nampaknya semakin parah. Dibawah ini saya petik tulisan rocky bru mengenai perkara ini untuk renungan bersama:

hursday, September 25, 2008
Pak Lah's Insider

According to the Malaysian Insider:

It appears that the DPM has lost control of his own warlords on the ground. He admitted as much in talks with several supreme council members recently.

As such, he is unable or unwilling to risk the backlash from them if he continues to support the transition plan which will see Abdullah contesting the party elections in December and then handing over power to Najib in 2010.

Najib believes that if he supports the transition plan unconditionally, there is a possibility that he and Abdullah will have to face off with Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah and other critics of the PM.

He has told his supporters that he is confident that he and Abdullah will be able to emerge victorious but was worried that it will come at a high price.

On the flip side, if he distances himself from Abdullah's transition plan, this is bound to persuade the PM to wage an all out campaign to obtain at least 58 nominations from the divisions and defend his party president's position.

In this scenario, Najib may have to face off with Abdullah, a battle which could be expensive for a politician still recovering from a battering to his image by the Opposition.

So the safest option for Najib was to cobble together a plan which achieved the twin objectives of allowing Abdullah to remain in his position for a few more months without committing to the 2010 transition plan.

He believes that postponing the party elections will keep the peace in the party and allow all the stakeholders to walk away with something.

And yes, it will allow Najib to inherit an intact Umno.

Now, according to Najib's people, the postponement was not Najib's idea but Abdullah's. Najib, they said, is not agreeable to the postponement. Najib, they stressed, have always said it's up to the delegates to decide.

Ladies and Gentleman, it looks like the PM's propaganda machinery has arrived in blogosphere ....

at 10:21 PM

Kalau hendak dibuat telahan, sekiranya keadaan mesyuarat tidak terkawal, maka keadaan kepimpinan UMNO(baru) akan menjadi tenat dan parah. Ini bergantung sejauh mana AAB ingin berkompromi.

Sebenarnya, dalam mesyuarat esok, AAB tidak mempunyai banyak pilihan. Jika dia sayangkan parti, dia terpaksa menerima sahaja cadangan pengundurannya besok.

Walau apa pun yang diputuskan esok, MT mesti mendapatkan persetujuan bertulis dari AAB. Ini untuk mengelak dari AAB backtrack balik persetujuannya seperti yang berlaku dalam mesyuarat MT yang baru lepas.

Demi untuk kebaikan parti dan negara, AAB kena berundur. Selagi kemelut ini berpanjangan, keadaan ekonomi negara dan rakyat akan lebih parah. AAB perlu ingat, UMNO(baru) bukan rakyat. Ahli UMNO(baru) hanya 3 juta lebih, itupun termasuk mereka yang sudah meninggal dunia, hantu-hantu yang terdiri dari mat indon, bangla dan melayu thailand.

Jika mesyuarat esok gagal mencapai penyelesaian secara mutlak, eloklah kita biarkan Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan.

Ini sekurang-kurtangnya boleh memberi peluang kepada usaha untuk menstabilkan ekonomi negara yang semakin tak tentu arah.

Orang UMNO(baru) perlu buat anjakan paradigma skit, Kalau AAB masih jadi PM, kesusahan hidup bukan sahaja ditanggung oleh rakyat bukan ahli UMNO(baru) sahaja. Orang-orang UMNO(baru) juga sama susah.

Jangan jadi pak kadok:" menang sorak tapi negara hancur lebur kerana pemimpin UMNO/Kerajaan dok berebut kuasa!

bat8

Mika Angel-0 said...

Spekulasi Obama-McCain

mahu ditangguhkan-tangguh lagi?
koyakan sahaja perlembagaan itu.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Macamana boleh LRT didepan berhenti dan digodam LRT yang tidak reti berhenti?

Sampai stesyen ke dak?

azienmat said...

MT perlu fikir semasak-masaknya apabila melangkah masuk kedewan mesyuarat.
"Rabbi ishrali, WaYassirli Amri, Wahlul Uqtan MinLisani. Yafqahu Qauli"
Tetapkan pendirian..

King-Fx said...

Merepek... Tujuan mesyuarat adalah untuk meneruskan status quo parti berkarat itu. Ada ura2 untuk menangguhkan lagi pertandingan.

Sudah terang lagi bersuluh. Tunggu sahajalah detik kejatuhan pada GE 13.

UMNO dulu kini dan selamanya tinggal di dalam penafian.

Al said...

Assalamualaikum ... Datuk & everyone. It is so amazing to see and witness how really bad sleepy-head PM & DPM wants to cling on to power & position ... right up to the last breath. Now the 2 idiots ...(sorry but cannot find any other nicer phrase to describe the both of them) wants to postpone the pemilihan UMNO pulak ... among the 'bright' alternative solutions brought up ... takut ya amat kehilangan post, position & power. Gamaknya his kitchen cabinet belum completely secured their wealth & position before allowing their father/FIL to let go of his PMship. DPM pula ... just like Bro Rocky puts it ... doing the juggling act lah ... to make sure he does not missed out the handover to be PM ... and yet many says only Anwar saja yang dok gila nak jadi PM! Ni ... mangkuk sorang ni ... ops plus the domitrix wife of his ... also looking forward to step into the Perdana residence in Putrajaya. She has of late shy away from the limelight ... lantak pi lah yang itu. Pak Lah macam dalam his own 'Dollah World' ... as in "Wayne's World" comedy movies not so long ago ... always dreaming ... semuanya indah2 belaka ... si Dollah kita pun selalu juga dreaming ... dok lelap saja ... sure in a lovely & nice world of his own. Orang sanjung dia, orang puji2 saja ... semua dia buat amatlah baik belaka. Orang tak mau dia resign konon ... He cannot leave UMNO & BN ... kerana dia sorang saja yang boleh pulihkan bangsa & negara ... betuahnya kita ni!! Maha suci tuhan ... sudah lah! Please get the 2 of them out. Kalau degil juga ... kena exercise your rights ... selamatkan lah bangsa & negara kita ni. Say NO NO NO to them. Vote them out. Kalau tak mau juga ... ok ... let them stay ... lets do it in the next electionlah. As KJ puts it ... kita kuburkan UMNO out terus! TQ Pak Lah.

politica said...

Datuk yang dihormati. Ini posting terbaru saya untuk dikongsikan dengan surfers kk. Tk.

MESEJ KHAS KEPADA ABDULLAH BADAWI

Dear Sir. Cukuplah. Tak payah flip-flop lagi. Tak payah dolak-dalik lagi. Kalau dah set nak berundur, undurlah segera. Tak payah main politik lagi. Tak payah dengar cakap Kamaluddin. Tak payah dengar cakap Khairy. Tak payah dengar khutbah Alwi Che Mat. Tak payah ikut telunjuk Annuar Musa. Semua orang ni tak mau anda berhenti bukan demi agama, bangsa dan negara. Tapi demi kepentingan tembolok mereka sendiri!

Anda mungkin tak dapat maklum balas dari akar umbi. (Semalam ada NGO kecam orang lain yang sering gunakan perkataan akar umbi. Piii dah!!! Semua NGO ni askar upahan belaka. Mereka cakap ikut hidung aje.) Hari-hari, rakyat jelata akar umbi bengang pasal anda. Mereka tanya, bila anda nak berhenti. Bila?

Abdullah Badawi. La ni, dengar-dengar ceritanya, anda nak postpone lagi mesyuarat UMNO bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO sampai pertengahan tahun 2009. Ini keputusan gila. Keputusan ni akan undang nahas aje. Kalau anda buat tindakan ni, UMNO akan lebih cepat bungkus. Ya, bungkus…

Anda nak tau pasal apa? Ya, kalau anda postpone mesyuarat UMNO bahagian dan PAU sampai pertengahan 2009, pasti akan ada “pemberontakan” warga UMNO akar umbi. Kalau mereka tak pelengkup anda dan keluarga serta konco-konco anda menerusi cara-cara berperlembagaan, mereka akan keluar UMNO secara beramai-ramai. Exodus. Bila ini terjadi, you are to be blamed. Anda akan dipersalahkan sepenuhnya!!

Abdullah Badawi. Ada satu cerita lagi. Katanya anda nak undur jadi Presiden UMNO tapi nak terus pegang lagi jawatan PM sampai urusan anda semua selesai? Ini idea baik. Tapi ini juga ironik. Bila dah tak mau jadi Presiden UMNO, buat apa nak jadi PM? Pasal anda nak bersihkan semua fail kotor pasal diri anda dan kroni-kroni anda? Pasal nak bereskan kontrak-kontrak yang belum beres untuk kroni-kroni anda? Pasal rahsia-rahsia negara belum selesai dipindahkan ke dalam pen-drive mungkin untuk dijajakan kepada the highest bidder? Pasal apa? (Sebenarnya hari ni dah ada banyak pen-drive pasal diri anda sendiri dalam simpanan negara!)

Lepas tu ada satu lagi berita. Katanya anda nak terus pertahankan kerusi Presiden UMNO dan terus jadi PM ikut jadual peralihan kuasa 2010. Betul ke? Kalau gitu, eloklah. Tapi, politik anda akan mati ikut cara natural death. Nama baik anda akan disalib oleh UMNO-UMNO bahagian. Eloklah tu!!!

Abdullah Badawi. Eloklah anda ikut gelombang dunia mutakhir. PM Israel resign. PM Thailand resign. PM Jepun resign. Kalau anda ikut gelombang ini, sejarah akan mencatatkan anda sebagai PM Malaysia yang sanggup berkorban demi kepentingan agama (bukan Islam Hadhari), bangsa dan tanahair. Tapi, kalau anda tak mau berhenti sekarang, sooner or later anda pasti akan diberhentikan menerusi proses demokrasi atau tindakan indirect warga UMNO akar umbi.

Anda ingat bila harga minyak turun 10 sen satu liter, itu satu angpau lumayan kepada rakyat jelata dan mereka akan berhenti daripada mendesak anda berundur diri? Fikirlah. Nak balik ke Perlis dari KL pakai kereta, minyak aje tak mati $100. Tol berapa? Turun harga minyak 10 sen satu liter, berapa banyak kita boleh selamatkan wang kita? Big deal!!!

Ini kisah lagi serius. Dengar desas-desus, cuti anggota keselamatan sudah dibekukan untuk menghadapi kemungkinan Hindraf berdemonstrasi besar-besaran waktu hari raya ni. Betul ke cerita ini? Betul ke hari ini dah ada sekumpulan orang yang diimport untuk bantu huru-harakan negara kita? Dan betul ke, bila ni berlaku anda dikatakan akan isytihar dharurat dan negara pun diperintah oleh NOC dengan anda sebagai pengarah operasinya?

Kepada saya ini cerita karut. Tapi, cerita karut inilah yang sedang tersebar luas dan kononnya membabitkan salah seorang manusia di sekeliling pinggang anda. Harap cerita karut ni memang karut. Tapi, kalau tak karut, harap anda perbetulkan segera. Nafikan segera.

Abdullah Badawi. Kalau anda dah nak berhenti, berhentilah secara bermaruah dan sukarela. Persetankan nasihat Alwi, KJ atau Kamaluddin. Persetankan pujuk rayu Annuar Musa. Persetankan kata-kata Shahidan Kassim the lalang par excellance. Persetankan ugutan Kalimullah atau gembala-gembalanya. Persetankan mereka semua.

Tahun ni tak payah lagi anda buat rumah terbuka Aidilfitri di PWTC di mana tetamunya hanya beribu-ribu pekerja Bangla, Mynmar dan Indon aje. Tak payah buang duit rakyat. Tak payah bodohkan kami semua kononnya tetamu anda adalah warga tempatan yang beratus ribu jumlahnya. Tak payah!!! Abdullah Badawi Sir. Selamat bersara dan selamat hari raya. – http://politica-net.blogspot.com/
Posted by politica at 2:13 AM

mad said...

lucu melihat pembesar2 bergelut mempertahankan kuasa diatas kapal yg sudah hampir karam. lucu tapi penuh suspen, tak rugi beli tiket tengok movie blockbuster yg nampaknya sudah hampir di penghujung ini. kalau tak pru12 lalu tak mungkin movie ni sehebat ini. nak kuar kejap beli popcorn lagi.

Unknown said...

Kalau Pak Lah terdesak sangat untuk pegang kuasa melangkaui mandat, kami lebih rela dia dan sekutu-sekutunya dalam MT UMNO tinggalkan BN dan tubuh kerajaan campuran dengan PR.

Biarlah kami di dalam UMNO tinggal sebagai pembangkang asalkan hak ahli akar umbi tidak tergadai.

Menundakan persidangan yang sudah tertunda adalah malapetaka untuk akar umbi umno dan pengkhianatan untuk agama, bangsa dan negara.

Sudah-sudahlah tu dengan skim subsidi kepimpinan ini. Nak memimpin sila bertanding dan buktikan meritokrasi anda. Masih gamak lagikah DS Najib mendabik dada sebagai "pewaris"?

Inilah puncanya tidak terhakisnya mentaliti subsidi Melayu. Melayu perlukan barisan kepimpinan baru.

PJ Selatan