Friday, October 31, 2008

ABDUL RAZAK BEBAS ATAS TUDUHAN BERSUBAHAT BUNUH ALTANTUYA

SHAH ALAM 31 Okt. - Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – Utusan, 11:43 pagi

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

28 comments:

mad said...

seluruh dunia mengikuti dengan penuh minat perjalanan perbicaraan kes ini. dengan bebasnya abd razak dari tuduhan memungkinkan penjenayah sebenar akan dibawa ke muka pengadilan tidak lama lagi. tentunya 2 anggota u.t.k. itu tiada motif untuk membunuh altantuya. inilah 'acid test' unggul menguji integriti mahkamah malaysia yg diuar-uarkan sedang diperbaiki, bermula dengan perlantikan ketua hakim negara tan sri zaki.

sedikit sebanyak ekonomi negara dipengaruhi oleh perjalanan kes ini kerana 'potential foreign investors' pastinya berminat mengikuti kesudahan prosiding kes di mahkamah. mereka tentunya tak berminat melabur di sebuah negara yg lemah sistem kehakimannya dan tak mampu memberikan keadilan kepada rakyat asing seperti altantuya.

mn said...

Datuk,

1. Lagi menarik politik Malaysia selepas ini.

2. Razak bebas tentu dia tak bersalah.

3. Habis siapa yang bersalah? Pemilihan UMNO lambat lagi tuu..4 bulan lagi.

Unknown said...

Salam Dato Ron

Kalau Razak tak bersalah,SIAPA dalang yang menyuruh dua anggota polis itu MELAKUKAN pembunuhan itu?

mindataqwa said...

SIapakah dalang sebenarnya yang mengarahkan kedua pegawai polis meletupkan Altantuya?
Lambat laun pasti ketahui. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Allah maha berkuasa. Perancangan Allah lebih bijak

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman

Jutaan terima kasih atas kiriman komen mengenai kes ini. Bagaimanapun saya pohon maaf kerana banyak yang saya dekete oleh sebab implikasi undang-undang.
Salam takzim. Ruhanie Ahmad

profit said...

Dear Ruhanie,
It has been a while since Perkasa's press statement regarding MCA's demand.I do not see anybody take heed of what has been said.So what is the next course of action?Is it going be just a statement that is going to fade away just like any other NGO's?
You have all the so called big guns in your Perkasa,we just cannot let the issue just be forgotten.If that the case then another bloke will come back with another issue,then you people will be running to the press to make a statement just to show that your group exist.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Ai! bergurau pun tak boleh?
Sindiran?
Tegur-teguran?

baiklah, kita tidak mahu menghina makhkamah. tetapi sekiranya mahkamah menghina diri sendiri? - umpama si chin yang banyak chong itulah.


betul kata Sdr Mad: apa motifnya. dan, Sdr Mad, pelabur asing suka sekiranya badan pengadilan itu amat penyayang sifatnya.

walauapapun, tahniah yang tak terhingga kepada pasukan pendakwaraya - syabas

masa bulan haji boleh buat umrahkah? ini persoalan agama, wong.

terima kasih wayang kulit


Kepada Allah Berserah

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati!

Abdul Razak Baginda telah dilepaskan oleh mahkamah.

Umno kena lepaskan juga Dato Ron untuk bertanding MT! Tapi kalau nak lepaskan Dato Ron untuk dapat bertanding MT, ada orang nakkan duit, pastilah Dato Ron tak berbuat begitu!
Kerana kejujuran berjuang untuk agama bangsa dan tanahair bukan boleh dinilai dengan emas ringgit kecualilah mereka itu hanya bertopengkan perjuangan Melayu sahaja! Dato Ron boleh memperbaiki sikap bercanggah dengan perjuangan parti yang dilakukan oleh sesetengah mereka yang rakus untuk berkuasa!

http://rp-semantan.blogspot.com

add said...

Allah maha mengetahui....atas segalanya.

Dalam perundangan mengapa kita sering berfikiran double standard apabila keputusan yang pada pandangan mata kasar kita sipulan-dan sipulan ini yang harus dikenanakn hukuman,Tetapi jauh disudut perundangan membicarakan dalam skop perundangan itu sendiri. Jangan kita buat andaian sendiri dalam bidang yang kita tidak mahir.Dan persoalan saya mengapa sekiranya kes-kes yang melibatkan pihak pembangkang mendapat kemenangan dalam perbicaraan,rakyat tidak mempertikaikan keputusan mahkamah.malah memuji bahawa mahkamah adil dan telus. Ini melibatkan antara pendakwaraya dan peguambela serta hakim.
Untuk renungan bersama dalam sistem kehakiman "lebih baik yang melakukan kesalahan terlepas dari hukuman dunia daripada yang tak bersalah dijatuhkan hukuman".
wallahuallam.

Berita dari gunung said...

Eluk kita biasakan diri dengan menghormati keputusan mahkamah.

Alhamdulillah Razak Baginda dibebaskan sekarang. Beliau akan dapat bersama isteri dan sanak keluarga selepas terpisah buat beberapa ketika.

Untuk Razak sendiri banyak yang sudah beliau pelajari dalam tempuh itu.... Yang tidak eluk jadikan sempadan, yang eluk jadikan pendoman.

Namun, Anwar terpaksa kembali ke mahkamah dengan tuduhan yang hampir sama.

Apakah yang telah Anwar, Razak dan rakyat pelajari dari episod ini?

Manakala Zaid melepaskan diri dan melalak seolah beliau kaya raya kerana terjumpa harta karun dalam pasir di Pasir Pekan, bukan kerana darahnya adalah darah Melayu dan bukan sebab affirmative action kerajaan untuk tingkatkan orang Melayu.

Jangan persetankan social contract dan kuasa politik orang Melayu. Anwar sudah lama lupa asal usulnya... biarkan.

Hawaii five -O said...

salam

"Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion."

http://www.defenseindustrydaily.com/Brazil-Signs-1B-Production-Deal-for-Cougar-Helicopters-04959/


maknanya Brazil belanjakan rm4billion untuk 50 buah EC725 Cougar, Malaysia pula rm2billion untuk 12buah EC725 Cougar Eurocopter..... pelik bukan dan kenapa kerajaan dan pihak tentera ambil mudah dalam pertahanan negara...

sudah tentu pembelian Sukhoi, Submarine dan Kereta Kebal juga ada keraguan di dalam pembeliannya....

WAK SAPU said...

Jangan buat andaian melulu. Biarkan mahkamah yang menentukan. Kalau kita yang jadi hakim, kelam kabut negara. Biar yang arif buat keputusan. Jika yang arif silap jatuh hukuman, dia akan jawab dengan Tuhan nanti. Kalau kita buat tuduhan yang entah mana buktinya, takut fitnah jadinya. Jadi elakkan fitnah. Kitapun hanya dengar sipolan sipolan cakap, desas desus serta gossip tanpa asas yg kukuh. Wak tak berani kata apa-apa. Kepada yang dah buat tuduhan kepada sesiapa, cepat2 lah bertaubat. Pintu taubat masih terbuka. Kudakepang, terima kasih kerana delete komen yang berbentuk fitnah dan andaian songsang.

pak tam said...

salam ta'zim

Sama pula nama PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dengan Persatuan Pensyarah dan Pengajar UTHM (PERKASA) telah ditubuhkan secara rasmi mulai 12 November 2007 dengan nombor pendaftaran 2201-07-JHR.P

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

Setiap perkara ada permulaan. Setiap drama ada skrip,pengarah dan pelakonnya. Misteri adalah sesuatu yang lumrah pada masa kini, maklum la dunia sudah sampai akhir zaman. Jangan panik dan gelabah di atas sesuatu perkara yang kita anggap ganjil dan tidak munasabah, apa apa saja boleh berlaku kini. Mungkin tidak lama lagi Matahari akan muncul dari Barat! Maka sebelum terlambat, marilah kita sama sama bertaubat dan memohon kepada Allah agar kita bukan dari golongan ahli neraka! Apa lagi yang mampu kita buat melainkan berdoa agar bumi Malaysia di jauhi dari mala petaka dan musibah. Apakah bumi ini masih selamat untuk kita dan generasi seterusnya? Siapakah yang akan melindungi kita? Perlembagaan? Undang-undang? Kuasa? Ataupun kita terpaksa melindungi diri sendiri seumpama di zaman batu dahulu kala? Apakah jiwa kita kuat untuk melalui semua ini? Zaman fitnah besar dah bermula dan akan merebak semakin luas. Yang kuat bertambah kuat, yang lemah terus tertindas. Diplomasi, budi bicara ,adil , waras , hanya akan tinggal retorik dan mungkin satu hari nanti ia akan hilang dari kamus hidup bangsa kita...

CEO said...

Hakim dah buat kerja dia. Allah Maha Mengetahui. Jadi kita jadi jangan buat kerja pendakwa pulak. Jangan nak tunjuk lebih pandai dari Hakim pulak. Dan yang sangat penting jangan buat kerja ALLAH pulak,

Unknown said...

Datuk,

Salah satu prinsip undang2 ialah: "Justice Must Be Seen to Be Done". Tapi, dalam kes ini apa yang jelas kita perlihatkan? Takpayalah kita jadi peguam untuk mengerti apakah itu "justice". Memang a sense of justice is deeply planted dalam hati sanubari setiap orang!

Dalam kes ini apa yang mengecewakan ialah cara bagaimana investigations and pendakwaan dijalankan. What an injustice not just to Altantuya but to all Malaysians!

Sekian Datuk.
Andreas

adibeta said...

Ybhg Datuk dan rakan-rakan,

1.Sebagai manusia yang mendokong keadilan, saya menyeru pihak berkuasa agar melakukan apajua tindakan agar mereka yang benar-benar terlibat di hadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman.Tiada komporomi...

2.Sebagai manusia yang mendokong keadilan, saya menyeru kepada semua rakan-rakan agar menaruh kepercayaan kepada sistem keadilan negara.Khabar-khabar angin tidak layak dijadikan asas untuk apa-apa jua tindakan.

3. Sebagai manusia yang mendokong keadilan, saya menyeru kepada pihak-pihak tertentu supaya mengemukakan bukti yang sahih sebelum membuat apa-apa tuduhan.Tuduhan tanpa bukti adalah perbuatan jahat kerana akan 'menghitamkan' diri sendiri dan akan mengakibatkan kerosakkan pada masyarakat secara keseluruhan.

Sebenarnya yang akan menentukan imej negara ialah 'KITA'.

Renung-renungkanlah.
Kg Dewan Beta,KB,Kel.

Mohd Shahrizal said...

Askum
Sesungguhnya tiada pengadilan yg lebih adil melainkan pengadilan oleh Allah SWT diakhirat kelak

Tan Lela Putera
Tg Rambai

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

Syukur akhirnya yang tidak bersalah dibebaskan..semoga menjadi pengajaran kepada kita semua...

bat8 said...

Dato

1. Sairul dan Azilah tidak mengenali Altantuya. Altantuya pun tak pernah berjumpa dan kenal dengan sairul dan azilah.

2. Mengikut keterangan, sairul dan azilah yang tidak mengenali altantuya telah datang ke rumah razak dan membawa altantuya pergi dengan kereta.

3. Razak pula telah dibebaskan, bermakna razak tidak terlibat.

4.Pada pendapat saya, agaknya hantu yang suruh sairul dan azilah melakukannya. Dalam dunia moden ni banyak perkara pelik berlaku.

bat8

Hang Jebat said...

Datuk,

Semakin menarik kes ini sebenarnya. Dua orang polis tu takkan suka-suka nak bunuh altantuya. Apa motifnya? Tak sabar nak tunggu kebenaran di sebalik kes ini. Kalau nak ikut prosiding tak larat. Meleret-leret. Panjang. Lama. Cuma nak tau akhir ceritanya.

Hang Jebat said...

Datuk,

Interesting! Very interesting! If Razak is free, who is the real culprit? I strongly believed the two policemen have nothing against Altantuya. They don't even know who was she.

Quantum Metal Consultant said...

Ada yang kena bunuh tentulah ada pembunuhnya kecuali ia membunuh diri sendiri.

Kemalangan juga satu pembunuhan jika berlaku kematian.

Mahkamah tempat membuat 'tuduhan' dan seseorang akan dihukum bersalah jika terdapat 'bukti sah' tanpa keraguan perbuatan tersebut dilakukannya.

Ia banyak bergantung kepada kebijaksanaan pendakwaraya dan peguambela dalam menguruskan sesuatu kes.

Seseorang itu tidak akan bersalah hanya kerana teori atau pendapat umum. Hakim tidak akan terpengaruh dengan 'tin kosong' di luar mahkamah dalam mana mana kes.

Quantum Metal Consultant said...

Dato, jom makan nasi goreng lepaskan tensi, minta laluan:

FRANCISE 100 JENIS NASI GORENG

Kami memerlukan usahawan semua bangsa untuk membuka restoran 100 Jenis Bijiran Nasi Goreng dan Minuman Menggunakan Madu (tanpa gula tebu) seluruh Malaysia/Singapura/Brunai secara francise.

Operasi akan bermula seawal 6 bulan dari sekarang dengan membuat beberapa tapisan yang perlu kepada semua calon. Calon calon yang berjaya akan disediakan RM60 ribu oleh syarikat untuk ubahsuai dan sebagainya selepas mematuhi terma dan syarat.

Calon calon tidak memerlukan persediaan modal awal yang banyak. Keutamaan akan diberi kepada calon calon yang tekun dan berminat serta memenuhi program syarikat.


Yang berminat, sila email Nama, No. Mycard, Alamat dan No. Telefon yang boleh dihubungi ke alamat email berikut: tmfmasters@yahoo.com

Unknown said...

Hahahaha .... Ada "pembunuhan" dan ada "korban" .. tapi hingga kini tidak ada yang menjadi "pembunuhnya" ..

So, who killed Altantuya ?

It would be better to ask "Setan" if we still don't trust with "Manusia" ..

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Dekete?
(melayu murtad - fail bm)

allah -

Berapa lagi pencalonan?
No signs of dissapointment
as of 1616pm 11/2

(tahan, tahan)

by 5 530 sudah tahu
selalunya

allah


(lepas nafas)


huuuuuuuuuu...


(2 beat in full, 1 beat hold,
2 beat out full, 1 beat hold
- the chakras
(main nafas pun haram?)


Kepada Allah Berserah

odeen said...

pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin....Azilah dan Sirul sudah jadi kambing hitam...

Unknown said...

Kalau setakat Sirul dan Azilah aje yang bersalah, ini bukanlah kes "high profile" lagi. Ini sudah jadi kes "low-profile".

Jangan pula nanti ada yang "menyeru" hantu Altantunya untuk memberi keterangan...!!!