Thursday, October 09, 2008

ALHAMDULILLAH, KEPUTUSAN ABDULAH MELEGAKAN SEMUA PIHAK…

Akhirnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat satu keputusan yang waras dan demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair – bersara daripada politik dan kerajaan.

Sehingga kira-kira jam 3.00 pagi 8 Oktober 2008, blog ini memang menerima info bahawa Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO Malaysia. Info berkenaan bukannya info jalanan.

Bagaimanapun, apa yang berlaku antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang 8 Oktober 2008, adalah di luar jangkaan pemberi maklumat – segala-galanya berlaku atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT jua!

Saya memang mempunyai maklumat sahih mengenai apa yang terjadi antara tempoh 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada 8 Oktober 2008. Tetapi, demi agama, bangsa dan tanahair, biarlah seluruh perincian kejadian itu saya simpan dalam lipatan memori peribadi saya sendiri.

Bagaimanapun, saya tetap bertanggungjawab kepada seluruh maklumat yang tersiar di sini. Oleh itu, dengan rendah hati dan secara tulus ikhlas, saya memohon jutaan maaf kepada para surfers blog ini di atas segala info terawal yang disiarkan di sini.

Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT yang maha berkuasa kerana telah mendorong dan memandu Abdullah membuat satu keputusan di saat-saat akhir – iaitu keputusan yang menjurus ke arah jalan yang lurus dan diredhai oleh Ilahi.

Mudah-mudahan mulai saat dan ketika ini UMNO akan kembali ke suatu corak perjuangan yang sentiasa mementingkan agama, bangsa dan tanahair serta sentiasa berpandukan kepada seluruh tuntutan dan larangan Allah SWT.

Kepada seluruh warga UMNO yang kebelakangan ini berkelana jauh daripada parti ini, kembalilah kepada UMNO untuk sama-sama kita perkuatkan jemaah perjuangan kita bersama di hari muka. – Ruhanie Ahmad

24 comments:

Tun Jeram said...

Salam,

Keputusan Abdullah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO mungkin melegakan banyak pihak.

Akan tetapi, masalah UMNO tentu tidak selesai dengan keputusan Abdullah. Sekurang-kurangnya ada dua persoalan yang saya kira masih menarik untuk dibincangkan:

a) Adakah semua ahli UMNO berpuas hati menerima Najib sebagai "pewaris" jawatan Presiden UMNO dan PM? Tidakkah ada sesiapa yang berminat hendak memberi peluang kepada Tengku Razaleigh untuk bertanding dengan Najib, dan menentukan siapakah yang lebih popular dan lebih dikehendaki oleh ahli UMNO?

b) Bagaimana pula peluang Muhyiddin untuk menduduki jawatan No.2? Adakah beliau akan melalui laluan sukar, ataupun masih mempunyai peluang yang agak cerah untuk menempati jawatan itu?

Letting the time pass me by said...

Assalamualaikum Dato',

Walau pun PM Pak Lah telah mengumumkan berita gembira tersebut,tetapi, seperti yang kita kenali PM, adakah sebarang kemungkinan yang PM Pak lah akan manuever kejutan-kejutan luar jangkaan yang lain? Track record Pak Lah yang penuh flip flop amat menyebabkan saya begitu sukar untuk menerima sebarang janji beliau, sehinggalah janji tersebut dikotakan... Maka, sebelum March tahun depan, maka sukarlah untuk saya melihat peralihan kuasa tersebut sebagai sesuatu yang pasti... Ianya tetap tinggal suatu pelan peralihan kuasa yang mungkin sahaja...

Tetapi saya amat mengharapkan kepimpinan UMNO akan mampu mengemaskinikan barisan mereka dan tidak lagi menjadikan landasan politik sebagai medan merebut kekayaan, tetapi berjuang dengan ikhlas dan jujur demi kemajuan orang melayu...

Apakah masih ada keikhlasan dan kejujuran dalam kepimpinan UMNO kini, atau pun ianya hanyalah sebuah harapan yang tinggal harapan....

ahm said...

alhamdullilah lega seketika. selepas ini ranjaunya lebih jerih lagi.... sekurang-kurangnya di era paklah kita sudah maklum akan buruk baiknya... tetapi untuk yang mendatang masih belum teruji lagi..

sama-samalah kita menempuhnya. semoga diberikan petunjuk dan dihindarkan daripada musuh yang berniat jahat.

sehari dua ini pasti ramai yang akan menawarkan diri khususnya untuk mengisi kekosongan 2 jawatan penting negara. tanggungjawab terletak kepada perwakilan yang bakal dipilih dan memilih. hati-hati memilih dan jangan sesekali khianati amanah mereka yang diwakili... buruk padahnya dunia dan akhirat.

Mohd Afnan said...

Keputusan Pak Lah melegakan semua pihak?... Tolong betulkan sikit.. Bukan semua tapi hanya di kalangan mereka yang anti Pak Lah sahaja. Masih ramai yang masih menyokong Pak Lah.. Kenyataan di atas hanya ditulis sekadar meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Pak Lah sehingga sanggup melibatkan penyokong-penyokong Pak Lah...

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Tidak perlulah dipohon maaf dari kami.

Adakah ianya bersangkut rapat dengan keadaan ekonomi serantauan. Cuba lihat 09-10-2008:- Indonesia keeps stock market shut, seeks to reassure

Apakah anda fikir semuanya sudah 'game over'? Masih soalan kenapa PAU ditangguhkan ke bulan March belum dijawab dengan yakin.

Cuba ceritakan pada saya the worst case senario. Bukankah Anwar dipecat salah satu sebabnya kegagalan dia bertindak wajar dalam menangani krisis kewangan 1997? Dan dipecat dari UMNO.

Tidak perlu minta maaf.

Islam Hebat said...

salam
agak2nyer bila lah UMNO betul2 nak memperjuangkan Agama islam yg Datuk war2kan... kalaulah Datuk Seri Najib yg mengambil alih makin jauhlah islam di mata rakyat malaysia.. sedangkan isteripun tak mampu dia suruh untuk taatkan perintah Allah menutup aurat dengan sempurna dan mendirikan solat

youth attack said...

Abdullah is down.the next target is..

Khairy Jamaludin!.

i'm sure all the Mahathir men gonna make extra effort to topple all Abdullah's people and legacy in UMNO and govt.

but for Mukhriz and Ku Li to win the seat that they wants might be difficult they aren't really the darlings and favorite in UMNO.

Cucu Tok Selampit said...

Assalamualakum Datuk Ron,

Insyaallah. Saya akan kembali dan memperkuatkan kembali UMNO. Kita buktikan kembali kemenangan PKR dalam PRU13 adalah disebabkan kelemahan UMNO dan BN dan bukannya kekuatan mereka.

Wassalam.

nagagua said...

askm datuk bagi saya yang tak sekolah ni saya rasa tempuh masa 6 bulan tu terlalu lama.Mengapa perlu ambil masa terlalu lama sedangkan macam macam boleh terjadi didalam masa tersebut. andaikata tiba tiba ada pulak kuncu 2 yang mencalunkan pak lah dan cukup pulak kuota adakah dia dengan mudah pula berkata tak jadi bersara atas kehendak akar umbi.Negara ini sepatutnya bersedia dengan ekonomi dunia yang menuju kehancuran tapi entahlah apa yang saya lihat pemimpin lebih kepada menyelamatkan perut masing masing.Maaf jika ada yang terasa saya cuma orang kampung biasa .selamat hari raya datuk.

Sukj said...

Salam Datuk(My Guru),

1. Tidak mengapa Datuk, kesilapan yang tidak disengajakan. Sebagai penulis blog kita telah cuba yang terbaik untuk semua orang.

2. Walaupun Pak Lah akan berundur tetapi masalah UMNO belum tentu berkurangan. Silap haribulan akan bertambah buruk.

3. Kini kita menunggu apa pula pengumuman oleh abang Din(TSMY)?

Badr said...

Datuk Ron,

Kami semua juga tumpang gembira dan bersyukur. Cuma, kalau tidak keterlaluan, mohon sedikit hint mengenai apa sebenarnya terjadi antara 900am -330pm semalam? Semasa cabinet meeting? semasa MT BN?

Salam.

ChengHo said...

bagaiman formula;

president: Najib
tim President: muhyiddin
naib: Rais Yatim ,Rafidah Aziz, Ali rastam

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Soal Pak Lah pertahan atau akan tidak mempertahankan jawatan bukanlah keputusan sesiapa. Oleh itu apa yang diperolehi oleh seseorang akan berubah bila-bila masa sahaja dari hati dan luahan mulut ampunya diri.

Kerana itu apa saja tulisan yang menyatakan pendirian Pak Lah adalah pandangan atau maklumat awal sebelum mulut Pak Lah menyuarakannya.

Sebagai seorang wartawan atau penulis apa saja. Maklumat awal harus disebarkan dan jika percanggahan berlaku kemudian tidak menjadi salah kerana manusia memang lidah tidak bercabang tetapi hati boleh berubah bila-bila masa saja disebabkan itu atau ini.

http://rp-semantan.blogspot.com

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Yang Berbahagia Datuk,

Walau apa sekalipun keputusan yang dibuat, UMNO tidak akan kembali perkasa dan bersatu sewperti dahulu. Ini adalah kerana kifarah dari ALLAH SWT. keatas apa yang dilakukan oleh UMNO dan pemimpinya terhadap orang MELAYU, rakyat Malaysia, AGAMA DAN NEGARA.

Sesungguhnya rakyat sedar bahawa DS Abdullah adalah seorang yang kelihatan bersih dan juga dikenali sebagai Mr. Clean. Beliau dikatakan sebagai pemimpin yang paling bersih dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO, jesteru itu beliau dipilih sebagai penganti Tun Dr.M tanpa sebarang bangkangan dari pemimpin-pemimpin BN sekalipun. Oleh kerana itulah rakyat memberikan kepercayaan dan BN mendapat kemenangan besar dan cemerlang dalam PRU 2004.

Namun kini harapan rakyat terus dikecewakan. Rakyat melihat halatuju kerajaan UMNO/BN telah tersasar jauh dari landasan sebenar.

Landscape dunia telah berubah, begitu juga perubahan terhadap politik tanahair. Rakyat teramai sedang menuntuk suatu perubahan yang besar namun kepimpinan BN/UMNO masih tercari-cari formula perubahan.

Kini rakyat telah bertemu wadah alternatif iaitu PAKATAN RAKYAT yang menyajikan dan menjanjikan HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA dimana rakyat terimanya dengan penuh yakin.

Tambahan pula pemimpin-pemimpin PR masih bersih dari sebarang skandal dan amalan rasuah berbanding pemimpin UMNO/BN.

Seandainya Mr. Clean pun ditolak oleh rakyat termasuk pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri, apakan lagi para pemimpin-pemimpin UMNO yang ada, yang terpalit dengan berbagai-bagai skandal. Adakah masih berbaki keyakinan rakyat terhadap mereka.

Pak Brahim lihat hanya YB Tengku Razaliegh sahaja yang dapat menyelamatkan UMNO, namun beliau juga tidak berupaya membersihkan UMNO kerana UMNO telah jauh dari hati RAKYAT MALAYSIA KERANA NODA DAN DOSANYA.

burujerdi said...

Didoakan semoga saudara sekeluarga sentiasa dalam Lindungan dan Peliharaan ALlah.

Keputusan yang tepat walaupun agak lambat. Saudara sebenarnya tidak perlu memohon maaf di atas maklumat yang diberikan justeru keadaan UMNO yang 'terbiar' sebegitu lama. Keperihatinan dan kecintaan saudara terhadap UMNO sangat tinggi dan ini perlu dihormati.

Semoga biduk berlalu kiambang akan kembali bertaut.

Semoga saudara tenang dalam mengurusi kehidupan seharian.

A Hamid's East of the West said...

Salam Datuk,
Saya setuju dengan saranan Datuk kepada seluruh warga UMNO yang kebelakangan ini berkelana jauh daripada parti ini, kembalilah kepada UMNO untuk sama-sama kita perkuatkan jemaah perjuangan kita bersama di hari muka. Marilah kita bersatupadu membina semula 'kerosakan' yang telah dilakukan oleh Dollah dan membersihkan UMNO dari 'bangkai2' yang ditinggalkannya.

sejadahburuk said...

assalamualaikum dato.


saya kira xpayahla kita susah2 selamatkan umno.baik kita pakai idea ku li kita tubuh parti baru. unity goverment.sesuai sangat ngan kehendak rakyat kita.
let's move dato.vote for ku li.

Berita dari gunung said...

debu sudah jatuh, langit makin cerah.

Apa laluan makin jelas atau kita disimpang empat tanpa sign board?

paklahesa77 said...

Alhamdulillah sama2 kita doakan kesejahteraan negara tercinta. Insyaallah bangsa kita akan bertambah maju.

MOHD ABD RAUF TUMIRAN said...

Dunia Perlukan kita...

Keadaan ekonomi dunia semakin tak tak menentu. Blok2 kapitalis semakin bergegar menunggu runtuh.

Sebagai negara islam yang termaju, dan berpengaruh di kawasan rantau asia tenggara yang kaya dengan sumber alamnya, Malaysia kelihatan sangat ideal untuk menjadi kuasa ekonomi baru.

Selama ini kita hanya menyalahkan orang cina dan india kerana mengaut kekayaan tanah air tercinta. Tapi adakah kita lupa dosa penjajah lebih besar.Memerah kekayaan negara sehingga tanpa belas kasihan untuk kepentingan tanah air mereka.

Sungguh tak sabar rasanya menunggu saat2 dimana ingin dijeritkan kepada mat mat saleh tu..

Inilah bangsa yang kau jajah dulu...

Usaha untuk menstabilkan politik melayu sangat diharap harapkan kerana orang melayulah penstabil politik malaysia. Kuat melayu bererti kuatlah malaysia..

wira said...

Datuk Ron, keputusan ini mengembalikan senario politik kepada yang lazimnya diamalkan sebelum diubah oleh mantan PM sebelum ini. Saya harap semua orang yang menyokong akan kesinambungan perjuangan Umno terutamanya golongan pelapis yang rata-rata lebih berilmu dan lebih beriman untuk melahirkan paradigma baru yang lebih fokus untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Biarlah Umno kembali kepangkal jalan dimana semua ahli mempunyai hak yang sama dan sama-sama beroleh pengalaman bermula dari bawah. Jangan diamalkan 'helicoptering'.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat surfers yang budiman.

Terima kasih atas komen dan kefahaman anda sekalian. Sekali lagi saya terpaksa memohon jutaan maaf kerana tidak tergamak menghuraikan apakah yang sebenarnya terjadi antara 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada 8 oktober 2008.

Pokoknya, walaupun keputusan Abdullah tidak melegakan semua pihak, sekurang-kurangnya melegakan segolongan pihak yang prihatin terhadap kelangsungan UMNO di hari muka.

Mengenai soal siapakah akan menjadi orang No. 2 UMNO dan sama ada Najib yang paling sesuai menggantikan Abdullah juga saya serahkan kepada warga UMNO menentukannya.

Dan permasalahan bahawa ranjau dan duri masih banyak dan akan dilalui oleh para pejuang UMNO seluruhnya juga memang benar. Mudah-mudahan hari demi hari ranjau dan duri akan berkurangan hgendaknya.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Islam Hebat said...

kenapa UMNO masih sibuk dengan pemilihan dan perebutan jawatan sedangkan ramai dikalangan rakyat menderita sekarang akibat kejatuhan ekonomi dunia dan negara... semacam mereka sibuk dengan periuk nasi mereka tanpa memikirkan mereka naik dan mendapat kuasa atas asbab sakyat yg mengundi??????

* ainul AB * said...

Assalamualaikum Datuk Ron,

Dengan pengunduran Pak Lah, Malaysia mula bermandikan cahaya HARAPAN, harapan untuk terus maju, harapan untuk terus makmur, harapan untuk terus berjaya, dan harapan untuk mengangkat kembali maruah Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani. Alangkah gembiranya rakyat Malaysia dgn pengunduran Pak Lah, seperti meraikan satu kemenangan besar tambahan pula ianya berlaku di dalam bulan Syawal, bulan mulia dia mana umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Pengunduran itulah yang kita nanti2kan. Penantian itu sudah berpenghujung.

Salam Syawal, wassalam.