Sebilangan warga UMNO kini berpolemik sesama sendiri sama ada debat untuk calon-calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia – Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Khir Toyo dan YB Khairy Jamaluddin – benar-benar perlu atau sebaliknya.
Program Hujjah terbitan TV9, Astro saluran 119, kelolaan Dr. Mohd. Agos Yusoff, mengundang saya dan Dr. Abu Hassan Hasbullah daripada Universiti Malaya, untuk menjawab persoalan Debat calon Ketua Pemuda UMNO: bermanfaatkah kepada parti?, pada hari Isnin, 3 November 2008, jam 10.30 malam. Program ini sudah pun direkodkan pada petang Ahad, 2 November 2008.
Antaranya, saya tegaskan bahawa debat itu tidak perlu kerana ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada UMNO kalau ia hanya bertujuan memperkenalkan calon-calon terbabit dan untuk membolehkan mereka menghuraikan manifesto masing-masing.
Ini kerana manifesto perjuangan setiap warga UMNO adalah termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO seperti berikut:
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Keseluruhan di atas adalah asas dan matlamat perjuangan UMNO dari dulu sampai sekarang. Perkara-perkara di ataslah yang sewajarnya jadi misi dan manifesto perjuangan seluruh warga UMNO.
Oleh itu, apa perlunya mana-mana pihak untuk berdebat dalam ruang waktu berkempen ini? Untuk meperagakan diri? Untuk cari publisiti? Untuk beritahu seluruh dunia bahawa seseorang calon itu lebih petah berdebat dan lebih tajam mindanya daripada lain-lainnya?
Hassan menghujjah, debat berkenaan boleh memberikan peluang warga UMNO menilai karektor dan kebolehan calon-calon terbabit.
Saya katakan, mengapakah bila sudah menawarkan diri untuk sesuatu jawatan baru minta dinilai oleh warga UMNO? Bukankah majoriti warga UMNO sudah mengenali seluruh calon-calon terbabit – hati-perut mereka, baik-buruk mereka, rekod dan prestasi mereka, berapa lama sudah mereka berkecimpung dalam parti, sama ada mereka bongkak atau berlagak, sama ada mereka terlibat dalam pelbagai perilaku yang menyebabkan orang-orang UMNO marah, kecewa dan meluat dengan mereka, dan lain-lainnya.
Seterusnya, saya mencadangkan bahawa sudah tiba waktunya UMNO memperkenalkan satu sistem, perisian dan strategi pengurusan parti yang komprehensif dan berkesan, termasuklah untuk mengurus serta menangani proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO di semua peringkat.
Saya tidak huraikan hakikat ini. Tetapi, saya yakin usaha ini akan membolehkan UMNO direlevenkan dengan zaman mutakhir, boleh mengatasi seluruh masalah penghakisan keyakinan ahli-ahlinya, boleh mengatasi masalah politik wang, cahketing, fitnah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lainnya dalam memperagakan diri bagi sesauatu jawatan tinggi dalam parti di semua perigkat.
Hassan mencadangkan UMNO wajar mengketengahkan barisan pemimpin yang mampu menangani cabaran abad ke-21. Bila diprovokasi oleh Agos, Hassan mengatakan UMNO perlu mengorbankan satu generasi untuk memunculkan kepimpinan yang relevan dengan zamannya.
Saya memintas hujjah itu dan menyifatkannya sebagai radikal dan tidak wajar. Kepada saya, sesuatu perjuangan memerlukan penggabungan tenaga dan minda pihak yang veteran dan muda, mereka yang berpengalaman dan berpendidikan, serta memerlukan cermin sejarah sebagai panduan dan asas perbandingan.
Begitulah antara konten hujjah saya mengenai maudhuk di atas. Fikir-fikirkanlah! – Ruhanie Ahmad

20 comments:
Dear Ruhanie,
Thats the problem with the old guards.They do not want to listen to the younger people.May be the trend now is people would like to see their candidate mentality through debate.Only debate will show how matured a person is in handling issues spontaneously.
We are living in the 21st century,gone are the days rakyat get one sided info.We are living in an IT environment where information comes at all angles be it fake or genuine.These candidates can right what is wrong due to perception written through the media.
Salam Datuk...
Saya agak lama tak ikut perkembangan politik tanahair khususnya politik dalaman UMNO.
Datuk dah layak tanding MT ke? Harap Datuk menjadi salah seorang MT yg berwibawa...mewakili bloggers!
Pasal Pemuda ni...cukuplah isyarat yg penyokong Khairy bukan ramai..mereka ni pun kebanyakannya kerana dapat habuan dunia...kalau tidak..tak ade yg sokong pun..
Perwatakan Khairy ada gaya samseng politik sikit...itulah gambaran yg sesuai kot..
maaf dari saya;
http://nawawidahalan.blogspot.com/
dlm hal ini saya sokong datuk. veteran dan muda perlu ada dalam pemerintahan.
Saya rasa Khairy ingat berdebat dapat melonjakkan populariti dia sebagai calon Ketua Pemuda. Dia silap. Cuba lihat pemilihan Ketua Pemuda Bahagian. Perwakilan Pemuda bukan bodoh. Dia tak pandang budaya ilmu pun. Yang dipandangnya cop Agong tu. Ramai lagi pemimpin Pemuda yang berwibawa di akar umbi tu. Tapi apa boleh buat ramai sangat kontraktor yang nakl jadi Ketua Pemuda Bahagian. Dato pun pernah terlibat atau melihat perangai ahli pemuda. Nasib baik masa dia bertanding Naib Ketua Pemuda, Pak lah masih Perdana Menteri. Or else tak merasa jadi jurucakap Pemuda UMNO ke hulu ke hilir.
Saya pernah jadi Perwakilan Pemuda 1996. Saya tahulah.
Dato,
Saya fikir satu wadah harus disediakan bagi membolehkan calon2 untuk semua jawatan dalam umno berkomunikasi dengan para perwakilan. Bagaimanakah formatnya, itulah yang harus dibincangkan.
Ybhg Datuk Ron,
Kata Ahmad Nisfu..Jangan takut…lawan.... Kita mahu Ketua Pemuda dipilih adalah yang berkualiti bukannya berdasarkan poulariti
semata-mata.
Justru itu bagaimanakah kualiti itu dapat dinilai..
Dengan berdebat ini akan membasmi politik wang. Ini kerana dalam perdebatan, calon-calon akan mengemukakan hujah-hujah masing yang akan dinilai oleh para perwakilan. Disinilah kualiti,dasar, amanah dan hala tuju yang akan dibawa dinyatakan secara terbuka.Khalayak akan menilai dan membuat pemilihan.Pemimpin yang layak,mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti akan dipilih.
Jadi, walaupun 'cubaan jahat' dilakukan, saya penuh yakin dan percaya mereka akan menolaknya.Itulah tradis dan tekad beramanah yang wajib dijunjung.
Soal ia boleh memburukkan parti adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana sebelum inipun siapa yang mengumakakan pelbagai kritikan secara terbuka yang memalukan dan mendedahkan apa yang dikatakan kelemahan pemimpin dan parti kepada umum?
Jadi sahutlah cabaran, jangan terlalu primitif dan negatif dengan menganggap orang UMNO belum matang.Yakinlah jika kita ikhlas, jujur, bertindak atas visi dan misi ,beramanah dan sentiasa bersifat kondusif, Allah akan bersama kita.Jangan takut dan bimbang.
Renung-renungkanlah..
Kg Dewan Beta,KB,Kel.
Dato Ron yang dihurmati!
Kon tak kisah nak debat atau tidak. Yang pentingnya Dato Ron berjaya menempah tiket ke pencalonan MKT Umno dan berjaya menjadi ahli MKT Umno kerana di situlah lagi pentingnya untuk berdebat tentang perjuangan Umno yang sudah meminggirkan agama bangsa dan tanahair!
Pemimpin Umno ambil mudah saja dengan hal-hal agama, cuma sekadar diri masjid dan surau, beri gaji tok imam, maksiat berlambak tak diambil kisah, kalau kacau politik pemimpin, itu baru ada tindakan.
Pemimpin Umno juga banyak melupakan bangsanya. Berapa banyak Melayu yang menyengkek di kampung-kampung dan rumah pangsa!
Tanahair lagilah dipandang ambil tak kisah. Pulau Batu Putih sudah berlepas! Nanti tanah-tanah di Johor juga akan dimiliki oleh orang luar! Yang nak dijaga berapa komsyen yang dapat dari projek yang dicadangkan?
Kon yakin benar Dato Ron boleh menegur sikap sesetengah pemimpin Umno yang lupa daratan ini. Tetapi Dato Ron mesti ada tempat dalam MKT Umno.
Kalau benar perwakilan Umno mahukan pemimpin yang berwibawa tidak menggunakan wang untuk mendapat jawatan dan mahukan menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Dato Ron adalah antara mereka yang kecil bilangannya dalam Umno kini!
http://rp-semantan.blogspot.com
pada pandangan saya orang yang pandai berhujah tak semesti cekap mentadbir.
sebagai ketua kita perlukan orang yang cekap mentadbir. orang yang petah berkata-kata ini kedududkannya adalah di bawah salah satu pentadbiran itu sendiri.
Datuk,
1. Panjang sikit komen saya kali ini. Harap sudi baca hingga ke penghujung.
2. Saya nak tanya Datuk. Apa tujuan 'Sistem Kuota' diperkenalkan dalam pemilihan UMNO?
3. Bukankah 'sistem' tersebut merupakan sebahagian dari proses penapisan untuk memilih seseorang yang benar-benar layak untuk dipilih menjadi seorang pemimpin.
4. Bagi saya debat antara calon-calon adalah PERLU.
5. Kalau boleh bukan sahaja dikalangan calon Ketua Pemuda tetapi semua jawatan2 yang dipertandingkan.
6. Tujuan debat bukan untuk kita melihat siapa petah dan hebat bercakap dan berhujah. Tetapi kita mahu melihat dan mendengar apa JANJI, VISI dan MISI seseorang calon itu.
7. Ini kerana jika seseorang calon itu telah menang dan menyandang jawatan berkenaan TETAPI tidak menunaikan segala JANJI dan VISI yang pernah dikatakannya sebelum itu, maka selepas itu bolehlah semua ahli serta rakyat MENOLAK atau 'KICK OUT' calon berkenaan.
8. Datuk, apa ada pada perlembagaan UMNO..?
9. Sedangkan perlembagaan yang tertinggi lagi dituntut iaitu 'Perlembagaan Allah'(Al-Quran) pun orang tidak patuh dan tidak ikut..ini kan pula perlembagaan UMNO?
10. Akhir sekali saya doakan semoga Datuk akan berjaya mendapat salah satu kerusi Ahli MT pada Mac nanti..insyallah.
http://suarasukj.blogspot.com
Kita sudah lihat debat Shabery Chik dengan Anwar Ibrahim tempuh hari. Cetek dan buang masa sahaja.
Ada lagi perkara penting dalam negara yang wajar diberi perhatian. Hanya mereka yang kepingin publisiti sahaja yang berhajat dengan debat. Itu sebab Shahrir sambil senyum, menyokong.
Pembangkang rata-rata sokong debat itu diadakan. Apa lagi yang menarik selain daripada melihat ayam sabung berlaga. Bukan setakat dua ayam laga yang luka-luka, jatidiri UMNO juga turut terguris dan terhakis.
Setengah orang tidak peduli itu sama, asalkan mereka dapat penonjolan "for a few minutes more", sedang orang kampung masih berhempas pulas "for a few dollars more" dan jurupandu budget taxi Klia bersengkang mata untuk "a few trips more".
Abdullah Badawi walaubagaimanapun sudah perolehi " a few months more".
Jangan anggap debat Shabery sebagai precedence yang harus ada sequel.
saya pun saya, tidak setuju akan debat tersebut, jelas ia dicadangkan dengan hati yang tidak ikhlas.
SAYA seiring dengan pandangan saudara. DEBAT bukanlah segalanya untuk menjadi ketua.
YANG terpancul dari mulut bukanlah hal sebenar yang ada di dalam hati perut seseorang manusia.
SESEORANG boleh menjadi pendebat yang hebat, tapi dialam realiti bersandarkan perlakuan dan track record macam haiwan dan penghisap darah rakyat.
SATU idea yang memalukan dari Oxford. !
Sdr Ruhanie Ahmad,
Hal Pemuda. Apa kata putus Ketua Pemuda. Apa kata Presiden dan MT nya? Dah besar pandai? Dah pikir habis-habis? (i expect they know the Perlembagaan -both, code of ethics and that the MT Circus is coming to town)
Dua-dua berhujah - maaf saya baca khabar sahaja cukuplah. Hal Pemuda.
TerimaKasih.
menyanyi kerana gembira
menyanyi kerana sedih
menyanyi kerana rindu
(
Ngomong Ngomong
(ngobrol-ngobrolan kuda kepang)
bahaya nih, sih -
lu manipulateren apa ni dong?
close up and smile?
pintar, pintar orang
media ini jaga-jaga
Mukhriz, Khir dan KJ, ya
reezal bagaimana>
razalinya?
sirkes-sirkes apanya?
)
...
menari kerana melayan
menari kerana sunyi
menari kerana kasih
...
cucu-cucu
orang temasek
hebat-hebat
ahmad
surasa adi omar
aku berbangga
dan bersyukur
ya allah
Amiiin
Kepada Allah Berserah
Sahabat-sahabat sekalian, jutaan terima kasih kerana kiriman komen yang berterusan.
Saya bukan anti-debat. Saya cuma nyatakan yang debat yang diadakan sewaku musim pencalonan dan pertandingan agak tidak ikhlas niatnya.
Sebab tu saya gagaskan supaya UMNO wujudkan pendekatan baru untuk menangani seluruh hal ehwal siasahnya termasuk urusan pencalonan, pengenalan calon serta lain-lainnya.
Sekarang ini segala-galanya adhock dan suka-suka hati aje. Tak ada konsistensi dan tak ada sistem.
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Sdr Ruhanie Ahmad,
tak konsisten, tiada system
- ini sindir ni!
look at it as teething problem to a cutting edge solution - very much like testtube babies in a hurry.
Say, what these four got in common:
mukhriz, sharizat, najib and rafidah? nothing much to say do they?
what about the other those?
anyway, who is the cifu that one may learn greatly from?
(just testing the market for madinah dates for an old revered minister - lovely)
Terima kasih
Kepada Allah Berserah
Sdr Ruhanie Ahmad,
Carping commentors itu jenis ikan apa?
saya ingin dengar apa che det nak komen..Hal Pemuda...che det pandai berucap - 'outtalk any smoother operator' - (nabi macam mana?)
Kepada Allah Berserah
Debat je lah kalau betul berkemampuan. Dia yang jadi susah nak berdebat tu bila takda apa sangat sebenarnya. Yang ada hanyalah penyokong yang ramai.
Tuan Hamba,
Ke arah REFORM yang cuba dilakukan oleh segelintir ahli UMNO yang taat kepada Alif, Ba, Ta program debat antara calon Ketua Pemuda bukanlah satu langkah yang terbaik. Mungkin apa yang cuba dicadangkan oleh KJ bukanlah debat ala PR Presiden USA. Adalah lebih manis disediakan satu platform untuk calon-calon KP UMNO untuk menerangkan misi dan visi mereka. Umum diketahui DMM dengan BERANI BERUBAH, KJ dengan SETIA KAWAN dan DSMKT dengan BERANI. DSH dan kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO mungkin ada hak untuk menentukan apa platform yang terbaik. Seharusnya ia dilakukan secara terbuka sesuai seoerti yang dilakukan oleh Astro AWANI. Ini menggalakkan ahli Pemuda UMNO untuk berfikir siapalah calon terbaik untuk memimpin mereka selepas DSH. Di kesempatan ini juga calon-calon dengan misi dan visi yang baik akan juga menarik minat golongan muda untuk menyertai Pemuda UMNO. Pilih yang terbaik bukan tender tertinggi. BERUBAH!!
hang-jebat.blogspot.com
Salam Datuk,
Debat hanya akan menonjolkan calon yang bijak berkata-kata sahaja. Yang diperlukan ketika ini ialah calon yang bijak serta kuat bekerja.
Memanglah kita perlukan pemimpin yang hebat dari segi pengucapan serta perlaksanaan. Akan tetapi, jika kita perlu pilih salah satu, lebih baik pilih orag yang mampu melaksanakan, bukannya orang yang hanya mampu mengucapkan sahaja.
Salam Datuk Ron,
Pertamanya saya berdoa agar dato' layak betanding sebagai ahli MT. Berbalik kepada isu debat ini...saya bersetuju debat tidak diadakan buat masa ini. Dalam suasana politik negara kini, yang masing-masing lebih menuntut hak dari memberikan hak ini, segala pertuturan yang diucapkan semasa perdebatan itu akan terus dipolitikkan oleh pencacai-pencacai politik yang mengambil kesempatan ke atas keterbukaan pihak yang lain. Cuma satu sahaja harapan saya pihak pemerintah mempunyai `political will' untuk membuat keputusan yang tak popular sekarang untuk kebaikan generasi akan datang. Semakin hari benci dan meluat saya melihat mereka2 yang mengaku rakyat Malaysia sejati yang dilahirkan di tanah bertuah ini tapi malu serta tidak tahu berbahasa kebangsaan tapi berani menuntut hak kesamarataan sedangkan kesetiaan diragui dan tidak mendukung prinsip `dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung'. Malahan dengan kemenangan Obama di US telah mula dijadikan penanda aras keterbukaan.
Post a Comment