Friday, October 10, 2008

UMNO MESTI BERUBAH JIKA INGIN KEKALKAN KUASA

KUALA TERENGGANU 9 Okt. - Pemimpin serta ahli-ahli UMNO mesti melakukan perubahan sesuai dengan persekitaran semasa sekiranya ingin terus berkuasa memegang tampuk pemerintahan negara.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO perlu meniti arus perubahan itu jika parti berkenaan ingin terus menjadi sanjungan dan sentiasa berada di hati rakyat.

''Kita adalah sebuah parti yang begitu banyak jasanya. Kitalah yang memerdekakan bumi bertuah ini, kitalah parti yang menghapuskan komunis, kitalah yang mengisi kemerdekaan.

''Soalnya apakah jasa-jasa ini akan diambil kira oleh rakyat pada hari ini, tentu sekali kita perlu merenung secara lebih mendalam mengenai hal ini, kita perlu prihatin kepada aspirasi rakyat," katanya semasa berucap dalam Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, kehendak rakyat adalah mudah iaitu mereka mahu ahli-ahli serta wakil rakyat UMNO mudah didekati sepanjang masa.

Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri mengakui walaupun prestasi UMNO dalam pilihan raya umum lalu tidak begitu memuaskan, namun parti itu masih menjadi kayu ukur dalam politik negara.

Beliau mengingatkan pemimpin dan ahli parti agar jangan semata-mata menumpukan soal dalaman parti termasuk pemilihan bahagian tetapi menjadi parti yang mencerminkan suara rakyat.

''Matlamat kita bukan semata-mata untuk jawatan, bukan hanya sekadar menang ketua bahagian, jangan fikir itu kesudahannya.

''Seperti di Kelantan, saya pernah ingatkan mereka jangan hanya mahu jadi ketua bahagian kerana selagi kita tidak pegang kuasa, tiada makna perjuangan," katanya.

Beliau menegaskan, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi perjuangan parti untuk agama, bangsa dan negara tetap diteruskan dan lantaran itu apa-apa pertimbangan dan keputusan harus berpegang kepada keikhlasan terhadap perjuangan.

''Untuk ini saya mahukan semua pihak berpegang pada satu petua iaitu meletakkan kepentingan parti di atas segala-segala yang lain," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

15 comments:

wira said...

Datuk Ron, kini sampai sudah kita semua bertindak dengan berhati-hati supaya hati dan semangat ahli serta rakyat tidak tersinggung dengan apa yang telah berlaku. Sembilan bulan berlalu dengan tanpa berkat langsung.

Dengan barisan pemimpin yang kredibel seperti Dato Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Hishamuddin serta beberapa yang lain, saya kira Umno akan dapat meruju' kembali pengundi-pengundi yang telah berpaling kepada parti lain.

Bekas pemimpin yang menjadi kambing hitam yang memang jelas dan nyata meraih keuntungan untuk diri sendiri tidak perlu dibariskan dihadapan.

Ramai lagi pemimpin pemimpin muda yang berpotensi menjadi pemimpin contoh. Sekurang-kurangnya mereka ini lebih beriman dan telus didalam menjalankan tugas mereka.

Jangka masa kearah PRU13 tidak berapa panjang. Strategi perlu dimulakan sekarang supaya perjuangan agama, bangsa dan negara dapat diteruskan dengan mantap.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron Yang Dihurmati.

Memang benar pemimpin datang dan pergi. Tapi apalah ertinya kepada rakyat, agama dan negara jika pemimpin itu datang untuk mengaut kuasa atas kepentingan diri dan membawa pergi segala laba yang diperolehi untuk diri, keluarga atau kroninya.

Pemimpin datang dengan rasuah dan pergi dengan harta berlimpah ruah harus ditolak oleh rakyat tak kiralah ianya keturunan bani mana sekali pun.

http://rp-semantan.blogspot.com

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Yang Berbahagia Datuk Ruhanie,

Alhamdulillah, Pak Brahim ucapkan berbanyak syukur kehadzrat ILLAHI kerana telah membuka minda umat MELAYU khasnya dan rakyat Malaysia amnya tentang betapa pentingnya memilih pemimpin negara demi servival AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Kehadiran isu-isu yang berbangkit kebelakangan ini telah mengajar rakyat ramai tentang nilai-nilai suci yang mesti dimiliki oleh seseorang pemimpin yang hendak di lantik dan dipilih bagi mewakili rakyat jelata.

Bahkan turut di nilai dan dibahaskan rakyat termasuk PERANAN institusi MAHKAMAH, ISTANA DAN AGAMA.

Arus pemikiran ini tidak dapat di halang dan disekat-sekat lagi, kerana begitulah kehendak ILLAHI mengikut peredaran masa dan ketentuannya supaya kita dapat berfikir dan bertaqwa.

Sesungguhnya ALLAH jadikan manusia sebagai khalifahnya dimuka bumi ini dan semuanya akan di persoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan tanpa berkecuali. Peranan dan amanah yang dianugerahkan memerlukan istiqomah, adil dan pengorbanan yang tinggi mengatasi kepentingan peribadi, sanak saudara dan kaum keluarga.

Rakyat juga menilai keperibadian seseorang pemimpin, dari segi integritinya, istiqomahnya, jatidirinya, kecerdikan berfikir dan tuturkatanya, amanah dan lain-lain sifat yang terpuji.

Jika pemimpin yang tidak pernah kenal kesusahan,lapar dahaga hanya pandai bersumpah dan beritorik untuk membodohkan rakyat eloklah terlebih dahulu berubah sebelum RAKYAT MERUBAHKAN DALAM PRU KE13 NANTI.

JIKA KITA SEMUA TERIMA BAHAWA MELAYU ITU ISLAM, MAKA ELOKLAH UMNO TERIMA ISLAM ITU SEBAGAI ADDEEN DAN PEGANGLAH SEPENUHNYA.

PERCAYALAH BAHAWA MELAYU AKAN SELAMAT JIKA ISLAM SELAMAT BAHKAN NEGARA AKAN TURUT SELAMAT DAN SEJAHTERA JIKA RAKYAT, PEMIMPIN DAN RAJA/ SULTAN MELETAKKAN ALQURAN DAN HADITH RASULULLAH SEBAGAI PERLEMBAGAANYA.

abghalim said...

Salam Dato Ron

UMNO WAJIB BERUBAH......

Bagaimana nak berubah kalau AKAR UMBI (cawangan) dah selesai bersidang,sedangkan SITUASI sekarang menuntut AKAR UMBI meluahkan pendapat.Cuma tinggal BAHAGIAN yang belum bersidang.....SUARA SIAPA YANG DIBAWA OLEH BAHAGIAN?
Kita takut SUARA BAHAGIAN yang mulutnya sudah disuap....?maklumlah orang UMNO...

Pemimpin dengan lantang menegaskan yang beliau dilantik oleh AKAR UMBI...sedangkan AKAR UMBI dah SELESAI besidang dalam SITUASI LAMA yang penuh TANDA TANYA atau terpinga-pinga.....
Sekian lama menanti KEPUTUSAN PUCUK PIMPINAN yang baru di UMUM.Ditambah lagi DSAI yang sering memberi teka-teki...
Nampak gayanya DSAI akan menang lagi sekiranya AKAR UMBI tiada lagi peluang BERSUARA...

wira said...

Datuk Ron dengan arus perubahan ini, jangan sekali-kali seruan untuk berubah hanya menjadi polemik politik sahaja. Mesti ada kesungguhan dari akar umbi hingga kepada bakal pemimpin. Saya kira ini adalah petanda baik untuk menyusuri jalan yang lebih sesuai untuk mempertingkatkan perjuangan kita.

Kepada Allah kita berserah, kita merancang Allah menentukan.

Saya kira, insya Allah dengan kepemimpinan Dato Seri Najib dengan disokong oleh Tan Seri Muhyiddin saya harap mereka berdua dapat memantapkan lagi hala tuju Umno kearah mempertingkatkan lagi kemajuan ugama, bangsa dan negara.

ahm said...

umno kekal umno, tiada dosanya, tak perlu berubah.

tapi yang berdosa ialah kalangan pemimpinnya yang tamak harta dan gila kuasa. mereka ini nasihat macam manapun tak kan berubah malah semakin bongkak lagi... bila dah terdesak dan jatuh barulah nak ingat tuhan dan agama, sedangkan masa tu semuanya dah musnah.

selagi mereka ini wujud dan menguasai umno, trust me... selagi itulah umno akan terus haprak...
janganlah kita semua termasuklah sdr ron terus hipokrit sedangkan kita semua kenal siapakah dajal-dajal tersebut, mereka ada di sekeliling, cukup hampir dengan kita, kita kenal keluarga mereka... tapi apakah ynag telah kita lakukan untuk menghapuskan dajal-dajal tersebut.

berjela manapun, bersemangat manapun posting dalam blog tak bermakna kalau kita masih lagi bergelumang dengan dajal-dajal tersebut... simple words, do our own housekeeping first.. before telling the rakyat bawahan supaya bersatu mempertahankan umno... kononnya.

the morale is, ketika berkuasa lupa kepada rakyat... tapi bila dan tiada apa lagi barulah nak ajak rakyat berjuang bersama... big time hypocrite.. kalau tak percaya sama-sama kita tnegok keputusan pemilihan umno nanti... ramai dikalangan dajal itu akan kembali berkuasa dan mendabik dada.. dan siapakah yang meemilih mereka????.
rakyat terus-terusan diperbodohkan oleh dajal dan kipokrit disekelilingnya...

p/s. tak siarpun tak mengapa, yang penting sya dah cuba

Awang Maya said...

Pastikan Khairi Jamaludin tidak cukup pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO. Kalau ada yang pilih dia, memang sah masih ada golongan TAMAK, GILA KEKAYAAN, BODOH dan BANGSAT dalam UMNO. UMNO Bahagian Machang telah berada dalam golongan tersebut.

Bahagian-bahagian lain, tolong jangan jadi LUNCAI yang akan TERJUN dengan LABU-LABUnya.

zeme said...

Salam Datuk,

Apa reaksi Datuk terhadap kepimpinan DS Najib selama menjadi pembantu kepada Pak Lah?

Pada hemat saya, DS Najib telah gagal menjadi pembantu terbaik kepada Pak Lah kerana tidak menggunakan bijak fikir dan kuasa kedua tertinggi beliau selepas Pak Lah, dengan membiarkan Pak Lah mendapat nasihat daripada pihak lain. DS Najib perlu lebih tegas menjadi pembantu Pak Lah, kerana Pak Lah tidak mampu bekerja berseorangan tanpa pembantu yang benar-benar mendokong beliau sehingga beliau termakan nasihat pihak lain yang sepatutnya DS Najib memainkan peranan tegas membantu Pak Lah.

Jadi bukan sahaja elok Pak Lah berundur, tapi lebih molek DS Najib juga berundur bersama Pak Lah kerana beliau telah gagal menjadi orang kedua yang diharapkan membantu Pak Lah. Saya tidak yakin DS Najib mampu menjadi orang pertama sekiranya masa menjadi orang kedua telah menunjukkan kegagalan. Gagal peka terhadap kelekaan Pak Lah.

Wasalam.

SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY said...

Datuk Ron,
Saya bersetuju dengan ulasan yg dibuat, cuma sebagai tambahan bg mengukuhkan dan memartabatkan semula perjuangan Parti Umno dan kepimpinannya... Di bawah ini saya sertakan- Surat Terbuka Berbentuk Nasihat, Teguran dan Saranan kepada Bakal Presiden Umno dan Bakal Perdana Menteri yg ke-6:

SURAT TERBUKA BERBENTUK NASIHAT, TEGURAN DAN SARANAN

Untuk maklumat Lanjut...sila layari:

http://shamsuddinmoner.blogspot.c

sekilo garam said...

Salam Tuan Tanah,

Saya Ismail Bangsawan yang menawarkan diri sebagai calon presiden UMNO mohon kerjasama tuan untuk membuat pautan dan sebarluaskan blog saya untuk mendapatkan respon umum tentang penawaran diri saya untuk jawatan tersebut.

thanks!

http://sekilogaram.blogspot.com/

Juraimi Zainal said...

Dato' Ron,

Macam mana nak berubah? Pemimpin2 UMNO yang bertanding mesti mempunyai banyak duit (bukan setakat just ada duit sikit), so ia tak kan kemana... Ini la beza perjuangan dalam UMNO dan Parti pembangkang..

Pengalaman saya berkempen dalam UMNO dan Parti Pembangkang sangat berbeza...

IZZUDDIN ALI said...

Dato',

Nampaknya desakan akar umbi diterima oleh Paklah. Beliau telah sahkan tdak pertahankan jawatan pada Mac 2009.

Persoalannya, jika Paklah dikatakan tunduk dengan anak menantu, tidak keterlaluankah jika Najib 'tunduk' kepada isteri?

Dato' lama dalam kabinet, mungkin sedikit sebanyak boleh buat penilaian tentang peranan Rosmah.

Sudah ada nada sinis tentang peranan Rosmah di belakang Najib.
Tolong komen, boleh?

odeen said...

SALAM AIDILFITRI...
DATUK NAJIB NIE MEMANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN...DIA KATA UMNO MESTI BERUBAH JIKA INGIN KEKALKAN KUASA TETAPI BILA CADANGAN UNTUK MEWUJUDKAN KOMPONEN2 BN BERGABUNG DALAM SATU PARTI KATANYA "BELUM TIBA MASANYA". SUDAHLAH MEMANG UMNO(BN) HIDUP BERASASKAN PERKAUMAN....

odeen said...

SALAM SEJAHTERA...
AMAT SUKAR UNTUK UMNO(BN) MEMULIHKAN SOKONGAN RAKYAT KESELURUHANNYA KERANA PROTES RAKYAT TIDAK AKAN BERUNDUR LAGI... RAKYAT MEMANG DAH BERUBAH MINDA UNTUK MENUKAR PUCUK KEPIMPINAN. BIAR APAPUN USAHA YANG DILAKUKAN SUDAH TIADA MAKNA LAGI KERANA USAHA UNTUK MEMULIHKAN HATI RAKYAT PATUT DIBUAT DULU LAGI IAITU SEMASA SOKONGAN RAKYAT MASIH PADU BUKANNYA SETELAH RAKYAT DAH MUAK ATAU BN DAH LEMAH. PERUMPAMAAN SEPERTI TELEFON YANG TELAH USANG WALAUPUN DIBAIKI DAN HIAS BARU ORANG TETAP AKAN MEMBELI TELEFON BARU YANG LEBIH CANGGIH SEBABNYA ORANG DAH BOSAN DAN MUAK ASYIK MEMBAIKI DAN MENGHIAS TELEFON LAMA SETIAP KALI ROSAK.

manggis said...

UMNO PERLU BERUBAH TAPI NAJIB JUGA PERLU DI UBAH.