Saturday, October 11, 2008

SAYA TIDAK MENYESAL MENYERAHKAN KUASA LEBIH AWAL - PM

PUTRAJAYA 11 Okt. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak menyesal dengan keputusannya melaksanakan pelan peralihan lebih awal dengan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Keputusan itu tidak mengganggu saya. Satu keputusan telah dilakukan dan saya telah menimbangkannya dengan amat teliti. Saya berasa selesa mengenainya dan itulah sebabnya saya berasa ceria,” katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Bernama. -Bernama

32 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

semoga UMNO akan selamat dan sama2 kita berdoa.

Sukj said...

Datuk,

Dalam politik 5 bulan ibarat 5 tahun.

Jangan batu timbul sabut tenggelam.

Lebih-lebih lagi dalam politik UMNO, kadang-kadang cili pun rasanya manis dan gula rasanya pedas.

UMNO Rambai Sari said...

dato' ron,

Mukhriz pecut macam usain bolt, khairy kejar macam asafa powell, sekarang kedudukan mukhriz mendahului 5 bahagian. Untuk lihat kemaskini terkini calon silalah datang ke blog saya.

Www.umnokelate.blogspot.com

A Hamid's East of the West said...

Datuk,
Saya terpanggil untuk memberi respon kepada kenyataan tajuk. Baguslah kalau tak kesal tetapi apa yang saya takut Dollah akan kesal seumur hidupnya ialah apabila segala angkara menantu, anak & kroni2nya akan terbongkar, Sekarang ini sikit2 dah mula terbongkar. Nanti orang2 yang Dollah percayai spt menantu, anak & kroni2nya akan berpaling tadah & menikamnya dari belakang - harapkan pagar, pagar makan padi. Seperti kata Dato Seri Najib, UMNO itu parti keramat, barang siapa yang khianat dan derhaka akan menerima padahnya.

tokmisai said...

dato,kenapalah rompin bagi si kj tu pencalonan?bertambah semangatlah kelak.harap2 sekadar pencalonan je lah.

kluangman said...

Rakyat mempertikaikan ketidakcekapan Perdana Menteri dan Dolah hanya tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sedangkan masih memegang kuasa Perdana Menteri.

Tidak timbul menyerahkan kuasa lebih awal kerana Dolah masih ghairah untuk menengahkan ideanya yang rakyat sudah tolak, Dolah tidak menyesal samalah seperti Dolah masih gagal memahami kehendak rakyat sebenarnya. Dia masih ingin bertaut dan liat untuk melepaskan kuasa.

pokdi said...

Pengerusi Tetap Arau tawar diri jadi calon Presiden UMNO

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=17167&mode=thread&order=0&thold=0

SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY said...

SURAT TERBUKA UNTUK DS NAJIB - BAKAL PM M'SIA KE-6
Kepada,
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA

YAB Dato Sri,

SURAT TERBUKA BERBENTUK NASIHAT, TEGURAN DAN SARANAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

1. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas kepercayaan dan ketulusan hati YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan kepimpinan No. 1 dalam UMNO dan juga negara kepada YAB Dato' Sri. Insya Allah dengan berkat dan rahmat Allah di atas segala jasa-jasa serta amal jariah yang telah dicurahkan oleh Allahyarham Tun Razak, arwah bapa Dato' Sri; negara Malaysia dan rakyat keseluruhannya akan berada dalam keadaan selamat, aman dan makmur seperti nama negeri asal YAB Dato' Sri iaitu Pahang Darul Makmur.

2. Sebagai seorang anak jati negeri Pahang Darul Makmur, saya amat gembira dan turut tumpang bangga kerana tak lama lagi ( kurang lebih 6 bulan dari sekarang ), negeri Pahang akan dapat melahirkan semula seorang tokoh negarawan yang akan memimpin negara sebagaimana yang pernah dilalui oleh arwah bapa YAB Dato' Sri, Tun Abdul Razak Hussein. Negeri Pahang dan juga sebahagian besar kawasan pantai Timur seperti Terengganu dan kelantan akan turut mendapat faedah setelah sekian lama jawatan Perdana Menteri (33 tahun : Sejak 1976 -2009 ) diterajui oleh pemimpin dari pantai Barat sememanjung ( Johor dan Utara ). Kalau dikira sejak kita merdeka pada tahun 1957 hingga tahun 2009 nanti ( 53 tahun ), hanya jangkamasa 6 tahun sahaja pemimpin dari kawasan Pantai Timur Semenanjung menjadi Perdana menteri ( Zaman Tun Razak dari tahun 1970-1976). Selebihnya selama 5 tahun dipimpin oleh pemimpin dari negeri Johor ( selatan Semenanjung ) dan sebahagian besarnya selama lebih 40 tahun negara kita diterajui oleh pemimpin dari kawasan Utara semenanjung.

3. Itulah sebabnya kenapa kawasan Pantai barat semenanjung lebih maju dan membangun berbanding dengan kawasan Pantai Timur ( Pahang, Terengganu dan Kelantan ). Nak dibanding pula dengan Sabah dan Sarawak, lagilah amat jauh ketinggalan berbanding dengan apa yang dikecapi serta dinikmati oleh penduduk di kawasan Pantai Barat Semenanjung.

4. Justeru, surat terbuka yang saya tujukan kepada YAB Dato' Sri ini ingin mengketengahkan beberapa nasihat, teguran dan juga saranan kepada YAB Dato' Sri yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada bulan Mac 2009 nanti ( Insya Allah ), antaranya :

4.1 Sebagai seorang yang bakal dipilih menjadi Presiden UMNO, YAB Dato' Sri perlu memperkasakan semula peranan UMNO di dalam kerajaan, iaitu parti mesti menguasai kerajaan dan bukannya kerajaan ataupun anak beranak serta menantu yang menguasai parti. Sejak kebelakangan ini, iaitu di bawah pentadbiran Pak Lah kita perhatikan UMNO langsung tidak mempunyai peranan di dalam menentukan dasar-dasar kerajaan. Perlembagaan Negara yang digubal sejak merdeka adalah hasil daripada prinsip-prinsip serta asas perjuangan UMNO yang kemudiannya dipersetujui oleh rakan-rakan dalam perikatan iaitu MCA dan MIC. Contohnya meletakkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam perlembagaan. Ianya adalah selari dengan asas dan tujuan UMNO ditubuhkan iaitu untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. Justeru, janganlah pula YAB Dato' Sri nanti menjalankan sesuatu dasar ataupun polisi kerajaan berasaskan kepada kehendak keluarga seperti desakan isteri, anak-anak dan menantu dengan meminggirkan pandangan menteri-menteri kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO.

4.2 Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada terjerumus ke dalam neraka ". Sejak Perdana Menteri pertama hinggalah kepada Perdana Menteri sekarang ( Ke-5 ), kita perhatikan ke semua isteri-isteri Perdana menteri Malaysia dan juga termasuk anak-anak perempuan mereka tidak begitu berminat untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Selaku Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO yang memimpin sebuah parti terbesar umat Islam di negara ini sepatutnya isteri serta anak-anaknya menonjolkan imej budaya Islam dari segi pakaian dan juga gaya hidup sebagai seorang muslim yang soleh. Bagaimana kita nak selamatkan ummah dan masyarakat di negara ini daripada keredhaan Allah serta selamat di dunia dan di akhirat kalau ahli keluarga terdekat dengan kita sendiri tidak mampu untuk kita menegur dan mendidiknya supaya berpegang teguh kepada syariat Islam. Jadi, saya menasihatkan YAB Dato' Sri supaya memerintahkan serta mentarbiah anak-anak perempuan serta isteri ( Datin Sri Rosmah Mansor ) agar melaksanakan segera daripada sekarang tentang perintah Allah untuk menutup aurat ( khasnya bertudung kepala dengan sempurna - mengikut syariat Islam ).

4.3 Saidina Umar Ibnu Khatab, Khalifah ke-2 pernah menutupkan api pelita di pejabatnya pada waktu malam ketika mana anaknya datang untuk berbincang mengenai hal keluarga. Ini kerana beliau tidak mahu menyalahgunakan duit baitulmal ( minyak yang menyalakan api pelita berkenaan ) untuk perkara-perkara peribadi. Saya menasihatkan YAB Dato' Sri agar dapat melaksanakan etika dan juga prinsip bersih yang diamalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab ini dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana menteri nanti. Jangan beri muka dan juga membiarkan anak beranak serta isteri kita menyalahgunakan kemudahan kerajaan serta harta negara untuk kepentingan peribadi dan juga keseronokan duniawi . Inilah satu pengorbanan dan iltizam yang perlu dihayati oleh YAb Dato' Sri selaku Perdana Menteri yang ke-6 nanti. Ini lah nanti yang membezakan YAB Dato' Sri dengan Kelima-lima bekas Perdana Menteri Malaysia yang lalu.

4.4 Selaku Presiden UMNO nanti, YAB Dato' Sri adalah disaran dan digesa agar dapat mengubah semula sistem pemilihan dalam UMNO kepada bentuk yang asal, iaitu sistem pencalonan berasaskan kuota hendaklah dihapuskan. Cukup hanya sekadar dua pencalonan sahaja sebagai syarat asas. Ataupun kita ikut sahaja sistem penamaan calon yang diamalkan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan ), yang mana sistem pencalonan untuk sesuatu jawatannya adalah amat mudah iaitu hanya mengisi Borang Pengesahan untuk menawarkan diri sebagai calon bagi sesuatu jawatan. Dengan cara ini, seseorang calon itu tidak perlu menjelajah ke seluruh negara, daerah, kampung dan rumah ke rumah bagi mendapatkan pencalonan. Gejala rasuah politik (Politik wang ) dapat dikurang serta dielakkan dan politiking dalam pemilihan UMNO dapat diharmonikan.

4.5 YAB Dato' Sri perlu mengambil tindakan tegas dan radikal ke atas mana-mana sahaja kumpulan agama atau kaum yang bertindak ekstrim dan keterlaluan di negara ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh kumpulan pelampau hindu iaitu Hindraf sejak akhir-akhir ini. Jangan pandang agama ataupun bangsa yang terlibat. Jangan ambil kira soal mereka itu orang Melayu ataupun Islam, India ataupun HIndu, Cina ataupunBuddha, kristian dan sebagainya. Asalkan mereka ini mengancam keselamatan negara dan juga keharmonian kaum serta agama di negara ini maka kita perlu bertindak tegas terhadap mereka. Kalau kita berani bertindak tegas kepada pelampau agama dalam masyarakat Islam seperti Al-Arqam, al-Maunah, Ayah Pin, Nasrul Haq dan banyak lagi, kenapa kita takut untuk bertindak kepada pelampau agama Hindu seperti Hindraf yang tak sedarkan diri tentang bagaimana nasib mereka kalau berada di negara asal mereka di India. Rakyat nak lihat ketegasan YAB Dato' Sri di dalam menangani isu Hindraf ini. Kalau perlu, jangan tunggu sehingga dilantik sebagai Perdana menteri, bertindaklah sekarang sebelum ramai di kalangan orang-orang melayu naik angin dan bertindak sendirian.

4.6 UMNO itu cukup sinonim dengan Melayu dan Islam. Melayu tanpa Islam maka jadilah melayu itu seperti melayu di zaman tok nenek kita dulu yang beragama hindu, yang mana melayu yang beragama Hindu dahulu ( 700 tahun dahulu ) hanyalah sebagai suatu bangsa yang tidak berilmu dan bertamadun. Sebaliknya apabila bangsa melayu itu memilih Islam sebagai agama yang dianuti oleh raja, pemimpin dan masyarakatnya secara total maka umat melayu telah diangkat martabatnya menjadi bangsa yang maju pada zaman kesultanan melayu Melaka. Dengan Islam inilah maka Melaka sebagai negeri Islam pada ketika itu ( abad ke-14-15 ) telah terkenal sebagai pelabuhan perdagangan entrepot antarabangsa antara Timur dan Barat. Inilah hikmahnya apabila Melayu itu menerima Islam dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Justeru, kalau UMNO ingin menjadikan umat Melayu di malaysia ini menjadi lebih maju, maka YAB Dato' Sri perlu memperkasakan penghayatan Islam di kalangan ahli-ahli UMNO itu sendiri. JIka ahli-ahli UMNO masa kini dan akan datang menjadi lemah pegangannya kepada agama Islam, maka itu tandanya bahawa umat melayu akan menuju kepada kehancuran dan kemusnahan. Tegasnya, pemimpin dari kalangan UMNO yang hendak dilantik oleh YAB Dato' Sri nanti dalam kabinet kerajaan perlulah seorang yang kuat berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Tidak semestinya berlatar belakangkan pendidikan agama/arab ataupun seorang yang warak, tetapi cukuplah melihat kepada pemikiran, gaya hidup harian dan juga prinsip perjuangannya selari dengan syariat Islam. Begitu juga dengan semua pegawai Tinggi kerajaan yang hendak dilantik kejawatan penting di semua kementerian, hendaklah memenuhi ciri-ciri ini kerana merekalah yang akan melaksanakan agenda ummah, negara dan Islam dalam pentadbiran negara.

5. Demikianlah nasihat, teguran dan saranan saya dalam surat terbuka ini kepada YAB Dato' Sri. Diharapkan agar YAB Dato' Sri menerimanya sebagai sesuatu yang positif untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Jika ada yang terkasar bahasa serta menyentuh perasaan YAB Dato' Sri, maka saya memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran itu. Saya doakan semoga Allah s.w.t memberi taufiq dan hidayah kepada YAB Dato' Sri.

Sekian, terima kasih. Wassalam

"SELAMAT BERJUANG"



t.t
..............................................
SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY

Tarikh : 10 hb Oktober 2008

( No. Tel : 013-346 4005 )

hexhar said...

Tak kan dia nak kata menyesal kut, lain di mulut, lain di hati. Itulah dia teknik "flip-flop"

Berita dari gunung said...

Kita faham bila Abdullah berkata sebegitu.

Abdullah dilaporkan berkata, beliau tidak yakin 5 wishes dapat dilaksanakan sebelum Mac 2009.

Itu menjadikan Abdullah lebih selesa. Tidak ada apa-apa lagi yang akan mengganggu minda beliau, walaupun Mukhriz mendahului Khairy dalam pencalonan Ketua Pemuda.

Minda harus lapang dan lega.

Awang Maya said...

Tatkala kita tahu bahawa hampir seluruh akar umbi memang telah menolak Pak Lah. Keputusan Pak Lah untuk tidak bertanding mempertahankan jawatan Presiden adalah ekoran input yang diperolehi bahawa beliau tidak akan dapat pencalonan yang cukup untuk bertanding sebagai Presiden. Bagi menjaga dignity dan agar maruah tidak tercemar, beliau menggunakan atas nama kepentingan perpaduan dalam parti dan BN sebagai alasan untuk tidak bertanding dan melepaskan jawatan Perdana Menteri 6 bulan dari sekarang. Sedangkan kita tahu orang-orang berkepentingan disekelilingnya bermati-matian cuba memujuknya supaya untuk tidak melepaskan jawatan PM dalam tempoh yang terdekat.

OK, Pak Lah sudah buat keputusan, satu beban dan masalah besar bagi UMNO sudah terlerai. Namun masih ada satu lagi BALA besar yang masih cuba ingin kekal di dalam UMNO. BALA tersebut tak lain dan tak bukan ialah Khairi Jamaludin. baca seterusnya di...

http://awangmaya.blogspot.com/

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati!

Apa nak dikesal dan disesalkan oleh Pak Lah! Harimau menyerah kuasa pada buaya untuk menjaga lembu di tebing!

Ke darat makanan aku! Ke air makanan kamu! Kamu dapat 1, aku pun dapat 1!
Kalau aku tak dapat siap kamu! Kita boleh kira semula!

Kan macam cerita Nyawa dengan Badan dalam Nujum Pak Belalang membahagi harta rompakan!

http://rp-semantan.blogspot.com

wira said...

Datuk Ron semoga Umno akan selamat dan sama2 kita berdoa.

Datuk dan sabahat-sahabat akar umbi sekelian,

Saya meyokong sepenuhnya luahan hati sdra shamsuddin moner el-ashkarey dimana terdahulu sayas senantiasa menyatakan bahawa Umno perlu anjakan paradigma. Penonjolan pemimpin sebagai seorang pemimpin berciri islam perlu ditunjukkan. Pemimpin yang menonjolan kebesaran Islam kerana sinonimnya dengan melayu.

Selain yang diperkatakan oleh sdra shamsuddin moner el-ashkarey, saya sungguh setuju cuti hujung minggu adalah hari khamis dan jumaat. Hari sabtu adalah hari kaum yahudi dan hari ahad penganut ugama kristian.

Insya Allah dengan perubahan sedikit ini akan menambat hati lebih lagi akar umbi yang rata rata mahu melihat pemimpin mereka seperti yang disangka akan melakukan. Subhana Allah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Tun Jeram said...

Salam,

Saya ingin memberi pendapat yang "sederhana" saja.

Walaupun Abdullah banyak kelemahan, tetapi semasa dia bertugas sebagai Presiden UMNO dan PM selama kira-kira 5 tahun, tak kan tak ada apa-apa kebaikan untuk negara yang dilakukan olehnya.

Jadi jasanya saya fikir wajar juga dihargai, walaupun barangkali dia tidak perlu disanjung terlalu tinggi.

odeen said...

SALAM AIDILFITRI...
PAKLAH TELAH BERJAYA MENGALIHKAN BEBANNYA PADA NAJIB... SEBAB ITULAH DIA BEGITU CERIA...APA-PA YANG BERLAKU SELEPAS INI PASTI NAJIB AKAN DISALAHKAN. TAHNIAH PAKLAH...TINDAKAN BERANI DALAM MENYEMBUNYIKAN KELEMAHAN DIRI DAN MENAMBAH KEKALUTAN DALAM BN(UMNO) SENDIRI.

odeen said...

Seperti kata Dato Seri Najib, "UMNO itu parti keramat, barang siapa yang khianat dan derhaka akan menerima padahnya."

KATA2 BEGINI PASTI AKAN MENIKAM DIRI-SENDIRI...TENGOKLAH NANTI...SEBABNYA NAJIB SENDIRIPUN AMAT DIRAGUI PERIBADI..DILIHAT LEBIH KEPADA KEPENTINGAN DIRI DARIPADA PARTI...

sangkakala said...

Sekarang kita barangkali hanya boleh membuat andaian sahaja.

Sekiranya Abdullah memilih untuk mempertahankan jawatannya, ada kemungkinan Tengku Razaleigh akan dicalonkan untuk menentang beliau dan menang. Maka Tengku Razaleighlah yang akan jadi PM dam bukan Najib.

Akan tetapi, apabila Abdullah sudah membuat pengumuman untuk "mewariskan" jawatannya kepada Najib dan tidak mempertahankan jawatannya, maka setakat ini tidak ada Bahagian UMNO yang mencalonkan Tengku Razaleih untuk jawatan Presiden. Maka Najiblah yang akan jadi Presiden UMNO dan PM yang baru.

Malangnya saya pun tidak pasti apakah Najib akan jadi PM yang lebih baik daripada Abullah.

I SAY MAN said...

Apa lagi dia nak kata, tak kan nak kata menyesal kut. Lain di mulut lain di hati.

burujerdi said...

Didoakan saudara sekeluarga sentiasa dalam taqwa dan barakah Allah.

Bagi saya siapa saja yang memegang tampuk UMNO harus melakukan perubahan total dari tas hingga ke peringkat akar umbi. UMNO perlu diisi kembali dengan nilai, wibawa, jatidiri dan budaya bangsa Melayu dan Islam. Karekter Islam-Melayu harus diberdayakan dan menjadi neraca sorotan setiap pembinaan watak, sikap dan tindakan parti dan ahli-ahlinya.

Jangan biarkan UMNO diwabaki penyakit-penyakit menular yang kelak akan membunuhnya. Usahakan mendiagnosis penyakit dan beri preskripsi yang paling mujarab. Jadikan Islam penawar segala bahana yang menimpa UMNO.

Semoga menikmati kerukunan yang berkekalan, inshaAllah.

merantikota said...

Saya Tidak Menyesal

Dato Ron,

Selama ini kita mohon sangat AAB berundur.... sekarang beliau telah undur...Langit telah terima kehendak kita.... Maka bersyukurlah kita kerana Kepimpinan akan berubah, InsaAllah lebih berwibawa, lebih kritis dan lebih Melayu lagi!

Sepatutnya Dato Ron ingatkan mereka jangan hina lagi saudara kita yang telah menyerah. Jangan kutuk dia. Sedarkah kita bahawa jika orang tahu kisah hidup kita, tak cukup blog yang ada nak dicerita.

Dato Ron,

Kita ni jagoan kampunglah. Apa yang saya lihat semua blog kita asik cakap soal "Intra" bila nak cakap pasal "Extra"?

Contoh, orang dah kalah masih cakap nak tubuh BN sebagai satu parti! Kita tak komen pun!

Buanglah habit suka cerca dalam kain sendiri. Itulah norma Melayu, bila nak "change"!

politica said...

Datuk Ron. Saya menyesal. Bacalah tulisan saya terbaru mengenai hal ni. Terima kasih dan salam perjuangan.

Sunday, October 12, 2008
SAYA MENYESAL KERANA ABDULLAH TERUS MAIN POLITIK…

Semalam Abdullah Badawi buat kenyataan, kononnya dia tak menyesal kerana melakasnakan pelan peralihan kuasa lebih awal daripada 2010. Baguslah tu. Tapi, saya amat menyesal kerana kenyataan itu penuh dengan kepura-puraan.

Sebenarnya Abdullah tak cakap secara ikhlas dan terus terang. Sebab itulah kononnya dia dah rancang penyerahan kuasa tu lebih awal. Kononnya juga dia tau apa yang dia lakukan.

Kita semua tau, sampai saat-saat akhir pada 8 Oktober 2008, Abdullah tetap mau pertahankan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini. Orang-orangnya dah atur strategi hingga awal pagi. Sampaikan khidmat bomoh dan pawang pun dikaji semasak-masaknya.

Rakyat jelata pun ada yang tau apa yang terjadi di Sri Perdana pada malam 7 Oktober 2008. Mereka tau sapa yang hadir dan apa kecaman-kecaman mereka terhadap Najib Razak dan Muhyiddin Yassin. Mereka tau yang Abdullah mahukan Ali Rustam jadi regunya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Ini kenyataan. Kalau tembok Sri Perdana boleh bercakap, tentu tembok tu akan confirmkan hal ini! Kalau tembok Sri Perdana boleh terus bercakap, pastinya banyak lagi yang boleh dihuraikan di sini.

Jadi, betul ke Abdullah bersara secara sukarela? Betul ke dia berundur demi agama, bangsa dan negara? Atau, bukankah Abdullah sebenarnya membuat keputusan di saat-saat terakhir untuk berundur setelah Abdullah melihat sendiri apa yang telah dirakamkan oleh tembok Sri Perdana mengenai pelbagai gelagat, perilaku, kesongsangan Abdullah, keluarganya dan kroni-kroninya selama ini?

Bukankah Abdullah buat keputusan untuk bersara setelah dia menyaksikan sendiri pelbagai dokumen rahsia yang terkandung dalam satu penyimpan data yang dirakamkan oleh tembok Sri Perdana?

Inilah penyakit Abdullah selama ini. Dia ingat rakyat Malaysia ni semuanya bangang, baghal, bebal, tongong, dungu dan boleh diperbodohkan sepanjang masa. Sebab tu sampai dah nak bersara pun dia masih nak bodohkan kita semua.

Jangan macam tu. Kalau dah buat keputusan nak bersara, pergilah cuti. Kenapa sekarang tak nak cuti? Kenapa empat tahun lalu asyik pergi cuti? Kenapa dulu hampir setiap bulan pergi keluar negara sampaikan waktu Johor dilanda banjir besar pun dia tergamak pergi cuti ke Australia untuk berfoya-foya atas kapal layar mewah dengan aktres terkenal dan lain-lainnya?

Satu lagi harapan rakyat Malaysia, tak payalah Abdullah buat apa-apa lagi kenyataan dasar mengenai kerajaan dan parti. Cukuplah. Berilah ruang pada Najib untuk bersiapsedia.

Apa nak tunggu lagi? Kalau boleh, berundurlah esok. Mana masuk akal kalau Abdullah kata dia nak jayakan misi dia dalam lima bulan? Empat tahun dulu apa yang dah dia lakukan? Flip-flop, dolak-dalik dan out-of-control?

Kepada orang-orang Abdullah, insaflah Abdullah bukan duduk di kerusi PM dan Presiden UMNO untuk jaga kepentingan perut dan tebolok anda. Abdullah diamanahkan duduk di kedua-dua kerusi tu demi kami semua – rakyat jelata!

Oleh itu, jangan nak main politik lagi. Tak payah buat ucapan berapi-api penuh retorika. Orang Abdullah yang mengendalikan media massa perdana, cukuplah dengan spin anda yang memualkan. Cukuplah, tak payah cari lagi rasional kenapa Abdullah mesti berundur. Kalau anda masih tak mau menerima hakikat dan kebenaran, insaflah Abdullah adalah PM dan Presiden UMNO yang sangat-sangat mencewakan rakyat jelata. Biarkanlah Abdullah pergi dengan sejarah dan ceritanya yang akan ditafsirkan oleh generasi mendatang mengikut kebijaksanaan mereka! – http://politica-net.blogspot.com - Posted by politica at 6:10 PM

cahayamasa said...

Selamat Hari Raya Datuk,

Alhamdulillah Pak Lah memutuskan melepaskan jawatannya. Apa pun Pak Lah cakap sekarang... seperti Tun cakap... saya pun tak nak dengar.

2. Datuk sampaikan pesan pada Rafidah Aziz (highlightkan dlm blog Datuk), sekaranglah masa untuk diserahkan ketua wanita kepada shahrizat... dan ini membolehkan naib ketua wanita dipilih secara demokrasi melalui mesyuarat bahagian...Jika tunggu jun nanti, shahrizat akan memangku tetapi siapa akan memangku naib ketua wanita... dari sekarang hingga selewat2nya Jun/Julai 2009 bukan lama sangat, Rafidah pun tak cukup masa nak perkemaskan UMNO...

3. Kita/terutama calon perlu akui mesyuarat bahagian hanya membolehkan seseorang calon layak bertanding atau tidak...bukan bermakna jumlah tertinggi akan mempunyai undi tertinggi masa perhimpunan agung kelak...INI YANG SAYA RISAU... Melalui pembacaan di blog2... duit dah bergerak tapi tak menang pencalonan jugak... mungkin duit akan bertambah sebaik tamat mesyuarat hingga perhimpunan agung...

Sekian.

tokmisai said...

kesiannya saya melihat yb en.khairy kita mendapat pencalonan.kalau muhkriz tewas di satu2 bhgn tu tak jauh beza dgn dia.tp kalau en.khairy tewas,byk beza undi pencalonan.kdg2 nak ketawa pun ada,sedih pun ada.terkial-kial mengharapkan saki baki pengaruh pak mentua yg ada.bg yg mencalonkan selain en.khairy ni,tahniahla.anda berani menongkah arus wpun arus sudah lemah,tinggal alun saja.

jamaludin said...

Salam Datuk,

Saya menyesal kerana termakan gula-gula islam hadhari Pak Lah......kini saya dah insaf.

A Hamid's East of the West said...

Datuk,
Baguslah kalau tidak menyesal. Dollah mesti meneruskan usahanya untuk 'push the corruption bill in parliament'. Datuk Najib pula mesti menegaskan tentang RASUAH dan politik wang. Sama2 kita tengok tentang perkara ini yang sedang berlaku dalam pertandingan untuk jawatan dalam UMNO. Kita tahu dan kita juga kenal siapa, takkan mereka tak dengar. Kalau bawah tahu, atas pun patut tahu?????

Syahir the Owl said...

Semoga UMNO akan diselamatkan. Keputusan Pak Lah untuk tidak bertanding amat dialu-alukan. Tapi masih ada musuh dalam selimut yang menjadi jarum di dalam negara...iaitu Budak-budak Tingkat 4.

http://www.gunungraya.blogspot.com/

maxtor said...

Sebenarnya Pak Lah memang berkemampuan tetapi orang tidak sabar. Jika diberi masa, sudah tentu keadaan akan menjadi lebih baik.

Tokmad Gasak said...

ADALAH terlebih baik dan afdal jika sekiranya kiblat pengurusan Najib terarah kepada TUN M dari ROSMAH.
NAMUN,terlalu banyak cerita cerita negatif pasal ROSMAH ni. Kalaulah cerita cerita ini benar, maka ROSMAH mesti berubah.

BANYAK manusia manusia di bumi Malaysia ini yang suka kepada Najib tetapi 'kurang senang' dengan ROSMAH. Maknanya, Najib dengan ROSMAH kenalah buat post mortem dan carilah jalan penyelesaian.

zGreat said...

Salam, SELAMAT HARI RAYA DATUK! Bila nak datang beraya ke sarang buaya? ;).

Btw, tak sabar nak tgu peralihan kuasa. Apa akan jadi seterusnya?

JengJengJeng

zGreat said...

Sedih jugak bila ada anasir-anasir dalam UMNO JOHOR yang tergamak mencalonkan KJ.

Kalau dapat, boleh datuk rungkaikan sebab musabab yang terselindung?!

Semoga Allah bersama pihak yang benar.AMIN

antidrM said...

Saudara Ruhaine,

Jika anda berjiwa besar dan adil..siarkan comment saya ini.

Najib boleh jadi PM..dengan syarat jgn ikut stail Dr M!

handyman said...

ABDULLAH x KESAL...

Ramai dah intai peluang SOKONG NAJIB.

Bila Melaka beri Shah Rukh Khan Datuk, ramai pening. Baca berita, Ali Rustam kata Daim cadang. Apa kena men gena Daim dengan Shah ni. yang Ali pulak ikut kenapa.

Periksa cerita rekaan orang yang tidak sah, DAIM sedang usaha nak bawa cash RM1000 dan RM500 balik M'sia. Itu orang kata saya kata x bleh caya. Ali nak kejar no. 2.

Mana sangkut SHAH, ALI, DAIM.....

Siapa ingat ARENA OF ALL STARS...ada kisah.....SEMUA dapat teka kan.... maybe kat situ SANGKUTNYA.

suka anak am bil hati mak...

suka...... ambil hati ......