Saturday, October 18, 2008

SAYA MENAWARKAN DIRI UNTUK KERUSI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Dengan segala konstrain material dan masa yang ada pada diri saya mutakhir ini, dengan takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak.

Saya mula menganggotai UMNO dalam Bahagian Damansara, Kuala Lumpur, pada 1973. Sebelum berpindah balik ke Parit Sulong, saya pernah menjadi AJK Pergerakan Pemuda UMNO dan AJK UMNO Bahagian Damansara. Saya bertanggungjawab mewujudkan UMNO Cawangan Taman Tun Dr. Ismail.

Pada 1983 saya berpindah ke kampung dan menjadi ahli UMNO Bahagian Semerah. Berikitun pemetaan semula kawasan Pilihan Raya pada 1985, saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong mulai 1985. Selepas itu saya adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong sehingga 2001. Sesudah itu saya hanya menjadi seorang ahli biasa parti dalam Cawangan Danausari sehingga ke hari ini.

Mulai 1990, saya diberi kepercayaan jadi Ahli Parlimen Parit Sulong hingga 2004. Sepanjang tempoh perkhidmatan itu saya jadi Setiausaha BBC selama lima tahun dan Presiden BBC selama empat tahun. Saya juga jadi AJK Persatuan Parlimen Komonwel (CPA) Malaysia sehingga 2002. Terakhir sekali saya jadi AJK CPA pusat beribupejabat di London dan Setiausaha CPA Asia Tenggara. Jawatan ini memberikan pendedahan luas untuk saya meninjau perkembangan dan perjalanan demokrasi di negara-negara komonwel di seluruh dunia, termasuk di Great Britain, Kanada, Trinidad Tobago, Afrika Selatan, Swaziland, India, Bangladesh, Australia dan New Zealand.

Pada waktu yang sama, saya menjadi AJK Organisasi Parlimen ASEAN (AIPO) dan menghadiri sidang tahunannya di semua rantau ASEAN. Selain itu, saya adalah AJK Badan Anti-genocide di Bosnia-Herzegovina di mana buku tulisan saya berjaya mengutip lebih RM1 juta untuk Tabung Bosnia.

Selanjutnya saya pernah dilantik menduduki Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN II) dan menyumbangkan ide kepada kewujudan Dasan Ekonomi Nasional yang meneruskan semangat, dasar serta prinsip DEB. Di samping itu saya mempengerusikan Majlis ICT Bumiputera dan menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) di Jabatan Perdana Menteri bagi sektor ICT.

Demikianlah antara pengalaman saya di samping pernah jadi Pengerusi MARA, Pengerusi Bernas, Timbalan Pengerusi KUB dan juga Ahli Lembaga Pengaran Utusan Malaysia Berhad.

Saya insaf keputusan saya ini agak terlambat kerana persidangan perwakilan UMNO bahagian di seluruh negara sudah memulakan sidang sejak seminggu lalu. Bagaimanapun, saya hanya memerlukan 10 pencalonan minima untuk melayakkan diri bagi bertanding kerusi Ahli MT UMNO.

Mudah-mudahan seluruh sahabat yang telah mengirimkan e-mail dan buah fikiran menerusi blog ini serta meminta saya menawarkan diri untuk bertanding kerusi Ahli (MT) UMNO dalam pemilihan Mac 2009 ini akan membantu saya memperolehi pencalonan tersebut.

Dalam pertndingan ini saya tetap dengan pendirian dan prinsip tidak akan sekali-kali mengamalkan politik wang. Kalau prinsip dan pendirian boleh diterima oleh seluruh warga UMNO, calonkanlah saya dengan seikhlas-ikhlasnya.

Saya tidak mempunyai apa-apa manifesto. Tetapi, saya akan sentiasa memperjuangkan idealisme perjuangan agama, bangsa dan tanahair secara konsisten, ikhlas dan jujur. Ini termasuklah perjuangan mempertahankan kedaulatan negara dalam konteks Wilayah Iskandar dan Pulau Batu Puteh. Rekod saya mengenai hakikat ini dapat dibuktikan oleh majoriti tulisan saya dalam blog ini sejak kemunculan blog kudakepang pada pertengahan Jun 2006.

Mudah-mudahan saya - seorang calon marhaen yang menawarkan diri atas nama, jiwa dan raga yang serba kekurangan ini - akan menerima sokongan dan dukungan para sahabat budiman seluruhnya. Salam perjuangan dari saya. – Ruhanie Ahmad

KEPADA ALLAH BERSERAH

57 comments:

burujerdi said...

Salam ukhuwwah,

Didoakan saudara berjaya lulus pencalonan dan menganggotai MT UMNO pada sesi akan datang.

UMNO kekurangan orang yang boleh bercakap secara telus, without fear or favour, berdiri di atas kredibiliti sendiri dan memiliki wawasan yang mantap untuk mengukuhkan kembali UMNO.

Selamat berjuang.

Che Moq said...

salam..insyaallah saya bharap datuk dapat pencalonan..

MOHD ABD RAUF TUMIRAN said...

Sala aidilfitri..

“BUKAN APA YANG KITA BACA, TETAPI APA YANG KITA INGAT, YANG MEMBUATKAN KITA BELAJAR. BUKAN APA YANG KITA NIAT, TETAPI APA YANG KITA BUAT, YANG MENJADIKAN KITA BERGUNA. BUKAN SEKADAR HASRAT YANG SAMAR, TETAPI PERJUANGAN SEPANJANG HAYAT YANG MENJADIKAN KITA HEBAT.”

Cita - cita untuk melihat orang melayu kuat adalah harapan setiap orang melayu.. Teruskan perjuangan andai apa yang diperjuangkan itu dapat menaikkan martabat agama, bangsa dan negara..

www.mart0619.blogspot.com

zeme said...

Salam Datuk,

Dengan pengalaman luas politik UMNO yang ada pada Datuk InsyaAllah, Datuk mampu mendapat pencalonan bagi AMT UMNO.
Semoga berjaya Datuk.

Wasalam.

slyderrose said...

Dato Ron,

Tidak perlu saya peringatkan, Dato lebih arif. Dalam umno kalau kempen dengan air liur aje payah nak dicalonkan. Gambar agung yg pertama kena banyak keluar baru ada ummpph. Sudah jadi kebiasan. Mereka bukan pilih yg berwibawa tetapi siapa yg berbelanja.

Opah Noi said...

Segala sesuatu niat yang lahir dari hati yang tulus ikhlas memperjuangkan bangsa dan agama Insyaallah akan berjaya...

Conspiracy Theorist said...

Dato Ro,

Syabas kerna maseh mempunyai semangat jitu untuk membantu membangunkan negara,..insyaallah saya doakan bro Dato' berjaya dengan kehendak Allah,..amiinn.. heheh,..apo nak dikato,..(,")

dizzy boy said...

Datuk Ron,
Go Datuk,apa apa pun dapatkan pencalonan dahulu,dah dapat pencalonan,datuk harus bekerja lebih keras untuk memenangi kerusi MT.Ini bukan kerja mudah,semua calon2 hebat belaka.Amalkan prinsip bersih,cekap n amanah.Jujur dlm perjuangan untuk Melayu khususnya.Amalkan prinsip tolerensi sesama kaum.Jgn jadikan seperti DS Hamid Albar,penakut nak bersemuka dgn rakyat.Tak berani langsung untuk bertemu dgn public.
Syabas Datuk Ron,teruskan perjuangan Datuk demi bangsa,agama dan tanahair yg tercinta,jalan gadaikan tanah milik org melayu,khususnya di Wilayah Iskandar.Melayu akan terlelong akhirnya.....

kluangman said...

Satu tawaran yang perlu dipertimbangkan.

Ajeem said...

semoga Datuk berjaya dalam perjuangan tersebut!

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,

Saya menyokong penuh hasrat Datuk. Walaupun saya bukan lagi ahli UMNO (mungkin lah kut!!)..
Saya juga menyeru rakan-rakan yang ada kuasa memilih tu..!! SOKONG Lah hasrat murni Datuk kita ini.

Saya doakan semoga niat dan hasrat Datuk Tercapai hendaknya.

Sekian. Wassalam.

abghalim said...

Salam Dato Ron

Saya SETUJU 100%.....kredibiliti dato,pengalaman dan yang paling utama adalah rasa rendah diri dan keikhlasan Dato perlu dalam pengisian UMNO agar tidak ketandusan TOKOH berjiwa GHAFFAR BABA...
Saya mendoakan agar Dato berjaya..amin

Teddy said...

selamat berjaya dato. saya mendoakan kejayaan dato kerana saya percaya UMNO memerlukan orang seperti dato!

Ibnu Ahmad said...

ghentikanlah ron, umno dah nak karam dah

perjuanganku said...

saya sememangnya meyokong Jasin meleka

perjuanganku said...

Saya ssokong 100 peratus untuk survival UMNO.

Sukj said...

Salam Datuk(My Guru)

1. Masyallah..kenapa Datuk beritahu lewat sangat?

2. Patutnya Datuk beritahu awal sikit, supaya saya boleh letakkan Datuk paling atas sekali dalam blog saya.

3. Saya kena susun balik calon-calon pilihan yang saya sokong dalam blog saya.

4. Selamat berjaya Datuk..insyallah.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk Ron,

Alhamdulillah.

Saya tersentuh dengan penawaran ikhlas dari seorang pejuang yang saya hormati.

Harapan dan doa saya semoga ALLAH membantu Datuk dalam perjuangan ini.

Salam takzim
Sofi

izam said...

Datuk,

Entah la Datuk,,memang la, seperti kata datuk, rekod datuk telah membuktikan keikhlasan serta kejujuran datuk. Susah nak percaya ...benda belum dapat..Tapi tak mengapa la datuk mudah-mudahan cita-cita itu dapat diperolehi..Saya amat berharap agar datuk merubah UMNO keseluruhannya kelak dan berani untuk menegur, membangkang atas perkara-perkara yang jelas jika ada kepincangan, jika ada salahguna kuasa, jika ada rasuah, jika ada konspirasi, jika ada fitnah. Dan membetulkan semula institusi kehakiman, institusi kepolisan dan BPR. Apa yang sangat mengecewakan saya sehingga sekarang , tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpinan UMNO sekarang ini berani menegur, membangkang..semua mereka jadi pak turut semata-mata demi tengkolok mereka masing-masing serta jawatan. Kalau ada yang berani menegur pun pasal nak kan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bukan pasal perkara2 yang dah begitu jelas-terang akan kepincangannya dari segi moral dan akhlak yang begitu mengaibkan. Saya harap Datuk tak seperti itu, jadilah pemimpin yang senang rakyat dekati, senang untuk beramah mesra,senang untuk dikunjung, hidup bermasyarakat dengan rakyat jika ada kelapangan begitulah seterusnya serta memahami sebenar-benarnya masalah rakyat. Saya amat tertarik dengan Kehidupan Tuan Guru Nik Aziz, beliau mudah untuk didekati, mudah bermesra, senang untuk mengunjung rumahnya, kehidupan yang sederhana, tidak menunjuk2. Datuk, Sebenarnya rakyat bukan nak tengok kereta besar dan mahal, rumah besar, pakaian yang mahal2, isteri-isteri yang cantik dari pemimpin yang rakyat pilih. Rakyat inginkan pemimpin yang ada rakyat didalam hatinya, ada rasa kasih sayang mengasihani rakyat didalam hatinya, ada mata yang dapat melihat dengan sebenarnya, ada telinga yang dapat mendengar dengan sebenarnya, seorang pemimpin dari hujung kaki sampai hujung rambut jiwanya berjiwa rakyat.Saya juga pohon agar datuk tegakkan agama tanpa hadhari dibelakangnya kerana agama itu dah lengkap iaitu iman, islam ,tauhid makrifat kerana dunia ini bandingnya akhirat..Barang siapa buta didunia maka buta la ia diakhirat..Buta apa datuk? Sekian.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati!

Kon tidak lama sangatlah mengenali Dato secara dekat! Namun hati kecil kon berkata: Jika Dato Ron menawarkan diri untuk calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO saya mendoakan kejayaan Dato, walaupun datuk tahu siapa saya? Kerana saya tertarik dengan sikap Dato yang tahu berkawan di mana garis sempadan. Tidak membabi buta membuat tindakan, menghurmati rakan dan kenalan walaupun berlainan aliran politik. Mampu membincangkan sesuatu isu secara terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam bila diselar atau dibangkang!

Di fikiran kon juga berlegar: Apakah Dato mampu untuk memperbaiki kepincangan UMNO sekarang ini di atas landas agama bangsa dan tanahair yang sebenarnya? Sedangkan mereka yang berebut jawatan tersebut dilihat tidak mempunyai darah daging dan hati perut untuk berbuat demikian selain permainan katupan bibir jangan tidak bercakap! Ertinya cakap tak serupa bikin!

Diharapkan, jika diizinkan Allah Dato berjaya ke hajat yang Dato hajatkan itu, maka tunaikanlah apa yang Dato perjuangkan agar rakyat dan tanahair ini aman, makmur, adil serta berkebajikan untuk semua rakyat, bukan untuk kroni seperti permimpin hari ini.

Kiranya hajat Dato tidak tercapai, maka itulah tali ukur yang dapat disimpulkan bahawa UMNO tidak mahu orang yang berprinsip perjuangan seperti Dato!
Wallahualam

http://rp-semantan.blogspot.com

teja said...

Salaam Syawal dan Selamat Hari Raya Dato' dan keluarga,

Mungkin saya menjadi orang pertama utk mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana mengambil keputusan ini.

Saya harap Dato' berjaya bagi menjaga amanah utk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Perjuangan kita sudah ada menunjukkan kejayaannya :)

Fasa pertama, desakan supaya dan sehingga Pak Lah bersetuju mengundur diri.

Fasa kedua, penting utk memastikan jawatan2 berkepentingan yg boleh merubah nasib bangsa, hanya diisi oleh mereka2 yg benar2 dapat memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Saya amat berharap Khairy tidak cukup pencalonan utk Ketua Pemuda, dan sekiranya masih lulus, dapat dikalahkan Mukhriz.

Saya juga telah aktif di Bahagian menawarkan diri utk pencalonan jawatan2 yg penting seperti
G7 (strategi penting sekiranya ada calon pengkhianat bangsa terlepas pencalonan)hehehe dan jawatan di Bahagian umpamanya (kita harus ada representative utk pantau dan bersuara). Tidak tahu lagi boleh menang, tetapi sekurang2nya berusaha ke arah itu.

Setelah melalui era Pak Lah dan Khairy yg amat "trying" dan menguji kesabaran kita, timbul kesedaran dan keinsafan betapa kita harus memikul tanggungjawab dan memastikan UMNO kembali kuat, sihat dan diterajui oleh mereka yg sayang parti, punya prinsip dan pastikan ianya kekal di landasan yg betul.

Saya doakan Dato' menang sebagai ahli MT UMNO pada Mac 2009. InsyaAllah.

AMIN.

/Teja

Demang Lebar Daun said...

Assalamualaikum,

Dato' ada kualiti sbg pemimpin dan mampu memberikan sumbangan. Semoga perwakilan menghargai Dato'.

Selamat bertanding dan semoga berjaya.

sahabat said...

Dalam pertndingan ini saya tetap dengan pendirian dan prinsip tidak akan sekali-kali mengamalkan politik wang. Kalau prinsip dan pendirian boleh diterima oleh seluruh warga UMNO, calonkanlah saya dengan seikhlas-ikhlasnya.

Saya tidak mempunyai apa-apa manifesto. Tetapi, saya akan sentiasa memperjuangkan idealisme perjuangan agama, bangsa dan tanahair secara konsisten, ikhlas dan jujur. Ini termasuklah perjuangan mempertahankan kedaulatan negara dalam konteks Wilayah Iskandar dan Pulau Batu Puteh. Rekod saya mengenai hakikat ini dapat dibuktikan oleh majoriti tulisan saya dalam blog ini sejak kemunculan blog kudakepang pada pertengahan Jun 2006.

Mudah-mudahan saya - seorang calon marhaen yang menawarkan diri atas nama, jiwa dan raga yang serba kekurangan ini - akan menerima sokongan dan dukungan para sahabat budiman seluruhnya. Salam perjuangan dari saya. – Ruhanie Ahmad
============================

Perlu tawarkan diri melalui media lazim seperti akhbar dan TV. Internet belum menjadi wadah maklumat bagi kebanyakan/majoriti ahli UMNO.
Moga sentiasa mengotakan apa yang dijanjikan. Good Luck!

shahbandarmalakat said...

Assalamualaikum Datuk..Mengalu alukan tindakkan Datuk menawar diri untuk MKT UMNO...Ini lah kelemahan Parti UMNO sabenarnya...seorang itu kena tawar diri sebelum di pilih ..samalah naik lift ...sendiri lah pecit button...Semuanya dah lari dari budaya melayu..pasal banyak sangat yang tak Melayunya jadi ahli... seorang nak bertanding sendirilah isi biodatanya dan sendiri lah edarkan biodata tersebut,...Maaf Datuk bukan nak mengata Datuk ..apa yang Datuk lakukan itu betul lah...pasal dah budaya,,kena buat muka tebal kalau nak masuk politik....
tapi Datuk mana yang tak sesuai itu kita kena berusaha membetulkannya ...macam budaya kawin kan anak sekarang.. orang kaya kaya melayu berlumba lumba nak lawan persandingan Noliza... hantaran makin mahal..majlid kalau boleh nak lawan majlis persanding puteri puteri di Raja! ..Benda benda ini satu masa dulu orang pernah perkatakan ..mula ada perubahan dengan adanya dakwa,,tapi sudah mula timbul balik benda yang bertentangan dengan syariat ...Macam pertandingan Parti politik atau pilihan raya..masing masing naik pentas buat deklamasi "Pilih lah aku jadi pemimpin Kamu..Aku lah yang terbaik sekali..."orang PAS yang kuat pegang ugama pun sama,...Saya rasa Ugama kita tak suruh buat macam itu....masuk bakul sendiri angkat...ucapan selamat maju jaya kepada Datuk dan sama sama lah menyerah kepada ALLAH..

luaskanmata said...

Amww Datuk:

Mudah-mudahan perjuangan Datuk diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.
Sekadar harapan dan doa dari saya, pergunakanlah setiap ruang dan kesempatan yang ada bagi meletakkan Islam di tempat sewajarnya seperti dikehendaki Allah dan RasulNya.

Terbelanya Islam, maka terbelalah seluruh umat manusia.

Salam jihad.

cucupakkasim said...

bagus laa dato'kalau ikhlas nak memperjuangkan kepentingan agama,bangsa dan negara,tetapi jangan lah bila dah dapat kerusi MT,dato' pun nanti jadi macam lain-lain,angguk-angguk,geleng-geleng,saya sokong,saya setuju,saya lagu tu,saya lagu ni,dalam blog cakap berdegar-degar,bila di-sana nganga...

JantanGiler said...

Tiada manifesto bermakna tiada hala tuju dan matlamat perjuangan. Dan ada apa perbezaan nya meletakan org biasa ie. tukang kebun ahli UMNO berbanding Dato yg juga ahli UMNO mempuntai credential yg hebat utk bertanding jawatan tersebut? Kita dikelilingi isu kepercayaan dan kemelesetan ekonomi berserta dgn harga barang yg mana rakyat tidak mampu lagi utk bertahan. Apakah Dato masih tidak mempunyai manifesto lagi ???

sejadahburuk said...

Datuk syabas kepada datuk,
Moga datuk dapat reform parti UMNO agar kembali ke landasan yang betul,tapi sukar andai bos datuk ialah dato.Najib.

moga menang datuk...saya kt cni slalu mendoakan datuk

Syahir the Owl said...

Akum Dato',

Saya menyokong hasrat murni Dato' untuk bertanding MT UMNO kerana UMNO memerlukan jasa, pengorbanan dan sumbangan orang seperti Dato'!

UMNO perlu barisan MT yang kuat dan padu. Semoga perjuangan kita untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara di tanah air ini akan berjaya. InsyaAllah!

http://www.gunungraya.blogspot.com/

Anak jati Sabah said...

Go Datuk! Teruskan perjuangan...Wish you all the best!

Suai said...

Assalamualaikum Datuk dan seluruh pembaca blog,

Yang penting ialah melaksanakan ikhtiar dan memohon berkat Ilahi.

Pastikan apa-apa yang berlaku di Gelang Patah dan Rantau panjang sebagai contohnya tidak berulang. Tegaskan pendirian.

Manusia hanya merancang, Yang Maha Esa yang menetapkan.

Kita hanya pemerhati bukan perwakilan.

Di samping itu, sila baca ulasan berita di sini:-
http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=365632

Apakah dan berapakah janji-janji manifesto PRU12 yang telah dikotakan? Siapakah yang menjanjikan sedemikian? Oleh demikian, siapa yang GAGAL melaksanakannya? Tiada isu pertikaian di sini. Ini hanyalah suatu taktik pemesongan daripada isu yang sebenarnya yakni;
Berdasarkan peristiwa di Gelang Patah dan Rantau Panjang:- SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BERLAGAK SEBAGAI PENGARAH PILIHANRAYA UMNO?

KHAIRUL said...

tahniah kerana Datuk masih ada keinginnan utk bertanding MT.tp kenapa lambat buat keputusan Datuk?kene kerja keras sikit la.ape2 pun saya menyokong pemimpin yg ingin melakukan perubahan dan kembali memperkuatkan umno.Datuk salah sorgnya.
salam suaraperubahan.blogspot.com/

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian,

Terima kasih atas iringan doa kepada saya.

Memang saya agak terlambat oleh sebab-sebab tertentu dan strategik.
Tetapi, semoga Allah memberkati cita-cita ini.

Sahabat-sahabat yang duduk dalam mana-mana bahagian saya harap dapat membantu mendapatkan pencalonan saya - calon swasta yang marhaen ini.

Salam takzim dan salam perjuangan - Ruhanie Ahmad

tualang3 said...

Datuk,

Datuk perlu umum awal awal lagi. Rasa dah terlambat.Ini boleh dimengertikan Datuk juga `play safe' dan takut ambil risiko. Sorry to say that.

To me a true politician is a person who took a calculated risk macam Muhyiddin buat. Sekarang dia mengecapi nikmatnya.

Menulis je tak memadai..kena keluar menjelajah, berdepan, baru orang akan beri undi kepada datuk.

Teori berkempen secara pergi sana sini adalah universal. Tengok sajalah Obama dan McCain tak duduk diam.

OfficeBoyTingkat4 said...

Saya orang kecil, tiada nama, tiada kenalan..tapi saya akan berusaha mendapatkan kuoata pencalunan yang mencukupi untuk Dato dengan cara saya. Insyallah, jika Dato ikhlas dalam niat dan perjuangan Dato, maka kerusi MT akan m enjadi milik Dato...

Berita dari gunung said...

Syabas....

Moga Berjaya!!

Lembaran said...

"P&C-Banana Fritters"

Tengok apa "suai" tulis. Kenalilah!

Fahamilah! PRU12 adalah rujukan kepada PRU2004.

Justeru itu, renungilah yang berlaku pada PRU2008 dan isu-isu yang melanda pemilihan UMNO sekarang, e.g. Gelang Patah & Rantau Panjang.

Siapakah yang sebenarnya berlagak sebagai PENGARAH PEMILIHAN UMNO/BN di sebalik tabir?

Mantul!!

wankamar said...

Sebagaimana saya terlambat memberi komen terhadap posting datuk, saya rasa datuk juga agak terlambat membuat pengumuman ini. Still,
better late then never... All the best datuk..

jue said...

salam Datuk,

Saya menyokong perjuangan Datuk. Semoga mendapat pencalonan yang sepatutnya dan seterusnya berjaya menjadi MT UMNO.

Al Capone said...

salam,

teruskan usaha murni datuk. selamat berjaya.

TQ

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Syabas kerana berani dan masih mahu 'turn gelanggang'.

Berapa kerusi ahli majlis MT yang
mesti dipertandingkan? Berapa ramaikah calun-calun yang kuat pengaruhnya tetapi masih dihormati?

Benar kata anda dan masih belum boleh dikatakan anda terlambat kerana keadaan memebri anda peluang dan masa panjang untuk berusaha gigih. Sudah tentunya anda telah perhatikan segalanya baik-baik: lihat kepada 'permainan' Pemuda. Cuma anda bukanlah pemuda dan tidak perlu berpihak-pihak...you have nothing to lose, Sdr Ruhanie.

Apakah dia agenda anda, Sdr Ruhanie Ahmad? mempertahankan kedaulatan negara dalam konteks Wilayah Iskandar dan Pulau Batu Puteh.

Berpengalaman, berpengaruh dan bijaksana: "To strike in the confusion of the melee": anda akan memeriahkan lagi Majlis Tertinggi. Amiin.

(Perlukah anda tunjukan apa yang anda tahu tentang kelanjutan berdasarkan kebarangkalian 'theory' anda: prognostication.)

add said...

Salam RO (Bukan reverse osomosis).
Lain macam nada penulisan datuk kali ini. Sebelum ini berapi-rapi juga. Ni baru nak offer diri jadi MT. Kalau dah duduk dalam MT, terus diam kot????. Inilah satu lagi sindrom orang UMNO. Bila diluar (bukan jawatankuasa) berapi-rapi cakap/tulis tapi bila nak masuk atau bila berada didalam jk mula rendah suara mengaum dan bermulalah era berhati-hati dan safe play.

Sekian,UMNO apache.

Awang Maya said...

Y.Bhg. Dato', Awang Maya (AM) secara peribadi menyokong niat Dato'. Tapi seandainya Dato' bernasib baik, dan mendapat tempat tertentu ekoran perubahan pucuk pimpinan yang bakal berlaku pada Mac nanti, seandainya sebagai contoh, ditawarkan memegang kepala UM atau NST Group (Bersaing ngan rocky), maka AM nak tengok sejauh mana segala prinsip yang sering Dato' canangkan di dalam blog ini (KK). Bukan apa, manusia selalu berubah. Jika Dato' lupa diri, cuba berindak menjadi spin doctor kepada pemerintah baru dan sebagainya, maka AM adalah orang yang pertama akan MENGUTUK Dato' sekeras-kerasnya. Selamat Maju Jaya Dato'. Innama a'mal lubilniat. Wassalam.

azienmat said...

Janggal sikitlah lepas ni.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

selamat berjaya!

Badr said...

Datuk Ron,

Saya kenal datuk, tapi datuk mungkin tidak mengenali saya. Saya tahu sedikit sebanyak hati budi Datuk ... sebelum, semasa dan sesudah tidak memiliki jawatan dan kuasa dalam kerajaan. Konklusi saya mudah: Datuk masih "seorang manusia", bukan malaikat TETAPI bukan dari spesis jin/jembalang. Oleh itu, doa ikhlas dari saya agar cita2 dan hasrat Datuk menawarkan khidmat dalam MT diterima ahli2 UMNO dan direstuNya. Menjadi harapan kami rakyat marhaen agar wujud lebih ramai orang2 seperti Datuk ini dalam barisan kepimpinan UMNO supaya UMNO menjadi parti yang lebih mempunyai "jiwa/roh", lebih "manusiawi" dan tidak terus-terusan "mendewakan" pemimpin agung mereka secara membabi buta dan TANPA usul periksa.

Selamat berjaya Datuk.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Dato'

Hubungan Dato' dengan pelbagai peringkat ahli UMNO tidak menyukarkan Dato' untuk memenuhi kouta yang diperlukan.

Bila kuota sudah cukup rajin-rajinlah berkempen. Hari ini ramai calun yang berkempen rumah kerumah jumpa perwakilan.

Teruskan perjuangmu Dato'

Badr said...

" Boleh Datuk komen sikit mengenai biodata calon President UMNO TERUTAMA mengenai kedudukannya dalam FREEMASON sejak 1981 hingga kini"....



Kepada Tuhan Saya Berserah

Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak.

Maklumat Peribadi ::

Nama :
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Tarikh Lahir :
23 Julai 1953

Tempat Lahir :
Kuala Lipis, Pahang



Status Perkahwinan :
Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd.. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak

Pendidikan :
1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom

Portfolio :
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan

Alamat Pejabat :
Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

No Telefon :
603-88881950

No Faks :
603-88880035

















:: Kerjaya ::



2004
Timbalan Perdana Menteri


2008
Menteri Kewangan


1999 - 2008
Menteri Pertahanan


1995 - 1999
Menteri Pendidikan


1990 - 1995
Menteri Pertahanan


1987 - 1990
Menteri Belia dan Sukan


1986 - 1987
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan


1982 - 1986
Menteri Besar Pahang


1982 - 1986
Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang


1982 - 1986
Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan


1981 - 1982
Timbalan Menteri Kewangan


1980 - 1981
Timbalan Menteri Pendidikan


1978 - 1980
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos


1974 - 1976
Eksekutif Petronas





:: Politik ::



Sept. 2004
Timbalan Presiden


1993 - Sept. 2004
Naib Presiden


1997
Pengerusi Biro Pendidikan


1988 - 1993
Ketua Pemuda


April 1987
Memangku Ketua Pemuda


1986
Pengerusi BN Negeri Pahang


1986 - 1987
Timbalan Ketua Pemuda


1983 - 1988
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang


1982 - 1983
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang


1982 - kini
Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang


1980 - 1982
Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang


1978 - 1986
Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat


1976 - 1980
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang





:: Sosial ::



1980 - kini
Ahli Kehormat FreeMason Malaysia


1995
Presiden SEAMEC


1988 - 1996
Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan


1982 - 1986
Pengerusi Pahang Foundation


1977 - 1979
Pengerusi Majuternak


1977 - 1979
Persatuan Belia Malaysia



Ahli Royal Sentul Golf Club



Ahli Royal Selangor Golf Club



Ahli Raintree Club



Ahli Royal Pahang Golf Club



Ahli Subang Golf Club



Ahli Saujana Resort (M) Bhd



Ahli Royal Darul Makmur Golf Club



Ahli Lake Club Club



Ahli Air Force Recreational Club









Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.



Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali darihal Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.



Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!



Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan.. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan Umno dan menjadi agen negara asing.



TAWARAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO
Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia.
Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.
Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara.
Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat "Glokal" akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi.
Kepada Tuhan saya berserah!

mad said...

saya setuju datuk bertanding, tapi lebih molek kalau datuk masuk parti pakatan rakyat sebab umno ternyata masih belum berubah dgn politik wang dan sudah nak karam. kalau tak pun tubuhkan parti politik baru datuk sendiri.

Islam Hebat said...

SALAM
org seerti Datuk lah yg mampu mengubah keadaan genting UMNO supaya berubah dan benar2 memperjuangkan Agama, bangsa dan tanahair

selamt maju jaya

antidrM said...

Saudara,

saya sokong saudara dengan keputusan ini...tetapi jangan ikut stail Dr M..hancur dibuatnya.

Hang-Jebat said...

Satu "resume" yang baik. Ada satu soalan hamba. kenapa berpatah balik dengan panawaran sebagai AMT UMNO? Tidakkah lebih baik Tuan Hamaba berada di luar AMT supaya nada ulasan dan kritikan Tuan Hamba lebih tulus (tanpa terikat dengan jawatan).

haji said...

Salam datuk,

Saya berdoa datuk akan mendapat undi terbanyak dlm pertandingan itu. Diharap datuk akan menjelaskan manifesto serta visi/misi datuk supaya semua perwakilan dapat dengan jelasnya mengetahui perubahan yang mahu datuk lakukan dalam UMNO.

Lembaran said...

A'kum dan salam sejahtera semua,

Saya tujukan persoalan ini kepada Saudara Badr : Daripada mana anda mendapat maklumat yang mengatakan Najib ahli kehormat FreeMason Malaysia?

Jangan merepek dan merapu! Tunjukkanlah bukti kalau berani!

Nampaknya taktik-taktik kotor semakin ketara sejak penetapan pelan peralihan kuasa yang awal. Dr. Mahathir sudah dibuktikan benar.

Semoga Allah melindungi kita semua! Amin.

p/s: Najib dan Kuli mesti segera membuat persidangan akhbar bersama-sama mengutuk segala perbuatan dan taktik kotor ini dengan kadar segera.

Badr said...

Sdra Lembaran,

Maaf kerana saya tidak nyatakan sumber maklumat "biodata Najib" itu. Sebenarnya saya cut and paste dari malaysiakini. Tujuan saya paste kan ke blog KK ni ialah untuk mendapat komen Datuk Ron. Tak timbul soal "kalau berani" atau tidak.

Sekarang baru ada orang dari pejabat Najib membuat penafian mengenai "manifesto" beliau itu...

Jed Yoong said...

Datuk,

All the best.
But will UMNO change?
$$$$$ $$$$$.

Ruslan Mamat said...

Saya sokong penuh sekiranya Datuk hanya sekadar mahu bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO tanpa memikirkan kepentingan peribadi untuk dilantik dalam pelbagai jawatan kerajaan kelak. Jangan nantinya ada agenda tertentu di sebalik menawarkan diri untuk bertanding!

Ini kerana Rasulullah SAW melarang umatnya menawarkan diri untuk memegang sebarang jawatan dalam tampuk pemerintahan, sebagaimana hadis-hadis berikut:

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kamu selalu berusaha untuk menjadi penguasa, padahal akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak. Sungguh perkara tersebut (ibarat) sebaik-baik susuan dan seburuk-buruk penyapihan (cerai susu)”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7148)

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda kepada Abdur Rahman bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, “Ya Abdur Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta jawatan pemerintahan. Apabila jawatan itu diberikan kepadamu disebabkan engkau memintanya, maka jawatan itu sepenuhnya akan dibebankan kepadamu. Namun apabila jawatan itu diberikan bukan kerana permintaanmu, maka engkau akan dibantu dalam memikulnya. Jika engkau bersumpah atas sesuatu perkara, setelah itu engkau melihat ada yang lebih baik dari sumpahmu, maka tunaikan kafaratnya dan lakukanlah apa yang lebih baik.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7147, Muslim, 1652)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah menolak permintaan seorang sahabat yang datang meminta agar diberi jawatan. Beliau bersabda, “Kami tidak akan memberikan jawatan pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan berusaha untuk mendapatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7149, Muslim, 1733. Hadis dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu)

Saya melihat dalam UMNO, rata-rata mereka yang menawarkan diri pasti mempunyai agenda peribadi. Maka sebab itulah munculnya 'politik wang' sebagaimana yang dikatakan oleh Datuk Seri Rais Yatim. Politik wang inilah yang menghancurkan UMNO. Orang melayu sekarang sudah faham benar dengan telatah UMNO sekarang ini, maka sebab itulah mereka mencari alternatif lain dalam menentukan arah masa depan negara. Selagi UMNO masih 'berpolitik wang', mereka percaya negara akan hancur! Sayangnya orang UMNO tidak mahu 'menolak' politik wang ini. Inilah 'masalah' besar dalam UMNO.

Apakah atuk akin boleh menyelamatkan UMNO dalam hal ini sekiranya Datuk berada dalam majlis tertinggi UMNO nanti? Itupun kalau Datuk berjaya......tapi nampaknya usaha Datuk kian suram kerana setakat ini tiada pencalonan yang diperolehi!