Monday, October 20, 2008

JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SELURUH TEGURAN, NASIHAT, DOA DAN HARAPAN…..

Posting mengenai hasrat saya menawarkan diri untuk bertanding satu daripada 25 kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak menerima komen dan pandangan positif daripada majoriti surfers blog ini. Ada juga sahabat-sahabat yang skeptikal dan memperli saya. Saya terima seluruhnya dengan dada terbuka dan menyanjungnya dengan jutaan terima kasih.

Sebenarnya saya belum terlambat. Masih ada lebih kurang 100 lagi UMNO bahagian yang belum mengadakan persidangan perwakilan masing-masing di seluruh negara.

Buat ketika ini sudah tampil sahabat-sahabat saya di Johor, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah yang menawarkan khidmat sukarela untuk membantu saya memperolehi pencalonan – hanya 10 pencalonan sahaja sekurang-kurangnya.

Tuan Syed Hussein Al-Attas @ Pak Habib, selaku Presiden Persatuan Penulis Politik Malaysia, juga bangkit membantu saya dalam hal ini. Blogger politik Mohd Sayuti Omar dan A Voice pun juga begitu. Beberapa surfers termasuk Office Boy Tingkat Empat dan lain-lainnya juga teruja untuk membantu.

Sebagaimana saya tegaskan, saya adalah calon di luar koridor kekuasaan negara. Saya juga calon marhaen. Yang ada pada saya hanya idealime, cita-cita dan gagasan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara selaras dengan matlamat asas perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.

Ada sahabat-sahabat bertanya, apakah manifesto saya. Rasanya tak payahlah saya bermanifesto di sini. Apa yang saya cita-citakan ialah membantu kepimpinan UMNO membawa kembali parti ini ke landasan asal; melakukan pelbagai perubahan secara bijaksana, strategik dan menyeluruh dari segi semangat, corak serta keutamaan perjuangan demi rakyat jelata; berjuang secara ikhlas, jujur dan berani; serta sentiasa berjuang berpandukan kepada tuntutan dan larangan Allah SWT.

Mudah-mudahan penawaran diri saya ini direstui oleh Allah SWT. Moga-moga ia juga mendapat dukungan serta sokongan daripada anda semua dan warga UMNO seluruhnya dengan seikhlas-ikhlasnya dan seada-adanya! Salam perjuangan. – Ruhanie Ahmad

KEPADA ALLAH BERSERAH

21 comments:

antidrM said...

Saudara,

Saya ucapkan semoga saudara berjaya..

Cuma satu pesanan saya..jangan terikut-ikut cara Dr M...itu sahaja permintaan saya.

ikhlas daripada org Kampung Sawah, Pekan Nenas, Dekat kaki Gunung pulai, Pontian.

ShamJohor said...

Datuk,

Saya amat berminat membaca artikel Datuk didalam blog ini. Bagi saya, Datuk seorang yang bertimbang rasa, intelektual dan adil dalam mengupaskan sesuatu bicara. Bagi saya Datuk perlu keluar terus dari UMNO kerana perjalannya kini sudah kucar-kacir. Cuba beralih angin ke parti alternatif !

Salam
Hisham Johor

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Saya berdoa semoga Datuk berjaya. Sekiranya berjaya kelak, insyaallah saya sumbangkan idea untuk memajukan parti dan bangsa. Nak sumbang wang ringgit tak berapa nak ada.

http://c-bok.blogspot.com

Orak GoBlog said...

Salam Datuk Ron,
UMNO perlu gabungan semua peringkat usia dan tahap pengalaman bagi memperkaya dan memperkasa diri. Saya tahu Datuk dah tak ada agenda peribadi bahkan semuanya untuk Agama, Bangsa, dan Negara. Teruskan semangat perjuangan Kiyai Salleh. Saya doakan!

Murid tua SDBL

donmny said...

TUAN

1. suara blog anda menggambarkan 'manusia yang budiman, berprinsip, jujur dll yang baik' demi manusia melayu dan umno.

2. nada yang sama juga kedengaran melalui blog khir toyo. adakah ini nada suara mereka yang kehilangan kuasa. alangkah baik dan molek kalaulah ianya nada manusia ketika dipuncak kekuasaannya.

3. apa-apa pun hamba menyokong penuh pencalonan anda. peluang ini tidak harus disia-siakan oleh semua ahli umno untuk memilih anda.

mal887 said...

Tahniah datuk....

Sekurang-kurangnya UMNO masih mempunyai orang-orang yang mampu bersuara... Kalau MT kuat dan sepakat kerajaan tentu berfikir 2x sebelum bertindak sesuatu... Jangan jadi seperti MP JB yang suatu ketika dulu saya respesct kerana kelantangannya TAPI BILA DAH ADA JAWATAN... cakap pun dah mula berbelit-belit...

GOOD LUCK...

burujerdi said...

Salam ukhuwwah,

Didoakan saudara sekeluarga dalam rahmat dan barakah ALlah.

Sekai lagi saya ingin menyatakan sokongan dan doa saya dan rakan-rakan semoga saudara berjaya untuk menganggotai MT UMNO pada sesi depan. Kami menaruh harapan supaya saudara kelak akan berusaha mengembalikan maruah dan kekuatan UMNO sebagai parti bangsa Melayu yang unggul dan berwibawa. Basmi dan banteras segala budaya kotor yang melekat dan mengarati batang tubuh UMNO. Kembalikan UMNO ke landasan Islam yang sebenar dan nilai adat dan budaya Melayu yang halus dan berpekerti.

Semoga saudara berjaya untuk itu semua.

KHAIRUL said...

tahniah dan saya kagum dgn semangat Datuk.harap Datuk dpt pencalonan yg mencukupi.insyaAllah ramai yg akan membantu.persahabatan lebih penting dri wang.mcm di lembah pantai,saya tetap akan calonkan nama Dato'Mukhriz walau ramai pencatur2 ingin bawa nama kj dan khir toyo.
suaraperubahan.blogspot.com/

odeen said...

SALAM KEJAYAAN DATUK...
MEMANG SEPATUTNYA DATUK KELUAR TERUS DARI UMNO BUKAN TERUS MEMPERTAHANKAN PARTI YANG SUDAH TIDAK RELEVEN DAN MENJADI FIBIA DI KALANGAN RAKYAT. PARTI INI(UMNO ATAU BN) SUDAH JADI PARTI "FOBIALISME"....

Anak Jati Melayu said...

Salam,

Dear Datuk,

Hasrat Dato' murni. Namun nampak kah org lain dlm UMNO akan hasrat Dato' ini. UMNO telah rosak akibat PL. Semalam PL membidas TDM dengan dengan sendiri menyampaikan kepada perwakilan jgn lah memilih TMY secara halus. PL sendiri ckp mengenai kebebasan, tetapi menepis kebesan yg berkaitan dengan beliau.

Oleh itu saya berpendapat, hasrat murni Dato' mungkin akan terkubur. Sebab??? Mampukan generasi baru ini memahami perjuangan yg selalu kita utarakan di dalam blog2.

Golongan kita dianggap PL sebagai golongan tua atau ortodok. PL ingin membawa perubahan atau reform seperti yg diucapkan semalam.

Reform yg merosakkan ini akan mengaburi hati dan minda warga pemilih.

Sesungguhnya perjalanan Dato amatlah berliku. Namun, saya sentiasa harap agar warga pemilih akan dibuka hati dan akal fikiran oleh Allah SWT untuk mendapat hidayah dan taufik untuk melakukan sesuatu yg baik demi agama, bangsa dan negara.

DEMI SURVIVAL MELAYU SAYA MENYOKONG DATO.

Regards,

AnakJatiMelayu

odeen said...

PARTI UMNO(BN) SUDAH JADI MIMPI BURUK KEPADA RAKYAT MALAYSIA...PARTI INI SUDAH JADI SEBUAH PARTI FOBIALISME....

zaharee said...

Mudahan mendapat apa yang dihajati.
Amin.

nagagua said...

ASKM DATUK. DATUK ORANG JOHOR JADI SAYA RASA DATUK MEMANG PATUT PUN MENJAGA NEGERI DATUK YANG MAKIN LAMA MAKIN TERGADAI TU.DIKALANGAN ORANG UMNO JOHOR YANG BUTA PERUT TU PERLU ADA ORANG YANG CELIK MACAM DATUK UNTUK MENJAGA NEGERI JOHOR.MOGA ADA YANG MENCALUNKAN DATUK KE JAWATAN MT DAN DAPATLAH DATUK MEMBETULKAN SEMULA KEADAAN YANG ENTAH APA APA NI.SELAMAT BERJUANG.KEDAULATAN NEGARA LEBIH PENTING DARI SEGALANYA .DEMI AGAMA ,BANGSA DAN NEGARA

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Anda mengerti erti kemerdekaan.
Alhamdulillah.

straycat's strut said...

Being "Marhaen" is probably the biggest reason why you should be there Dato' because most of them had been there for so long. Or probably too long to the point that they became detached from realities.

Many are critical on Tun but the reality is, without his voice, Pak lah would probably still be thinking that the "marhaen" wants him to stay another 10 years or atleast until kj is ready to take over.

Go for it Dato'.

tombak karat said...

Datuk,

Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada datuk atas keberanian datuk menawarkan diri untuk bertanding walaupun berada diluar mainstream dan selamat maju jaya. Sepanjang datuk mengendalikan blog ini dan mengambilkira pemikiran orang-orang melayu didalam blog-blog lain, saya percaya datuk sendiri memahami isihati dan suara rasa rakyat yang jelak dan bosan dengan apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Ini termasuklah politiking keterlaluan, rasuah politik, penyalahgunaan kuasa, pengumpulan kekayaan dikalangan kelompok tertentu dan seribu macam ragam kalangan pimpinan disemua peringkat. Soalnya apakah yang boleh datuk lakukan untuk sekurang-kurangnya memperbaiki keadaan dalam keadaan datuk akan dikelilingi kelompok yang mendokong segala tabiat dan sifat buruk dan membelakangkan kepentingan bangsa dan agama. Adakah datuk juga akan terperangkap dalam permainan politik kotor dan akhirnya akan mengamalkan sikap " if you cannot fight them, join them" Doa saya datuk akan kekal dengan prinsip dan perjuangan datuk sekarang didalam memperjuangkan kepentingan bangsa mendahului lain-lain kepentingan. Jika tidak maka adalah lebih molek datuk berjuang dari luar tanpa terikat dengan pangkat dan kedudukan dalam parti serta bebas mengeluarkan pendapat.

Hang Jebat said...

Salam Datuk,

Saya alu-alukan hasrat Datuk. Cuma satu peringatan. Datuk kena dapatkan maklumat sahih dan tepat semasa dalam proses pencalonan ini. Takut nanti tersalah baca. Datuk ingat kan kesilapan Datuk dalam membincang dan meneka keputusan Pak Lah hari tu? Tapi takpelah sebab Datuk dah minta maaf.

http://hangtuah47.blogspot.com/

Syahir the Owl said...

A'kum Dato'!

Semoga dapat bertanding pada PAU ini kerana idea, jasa dan sumbangan kepada kekukuhan parti amat diperlukan.

Saya doakan agar Dato' berjaya!

http://gunungraya.blogspot.com

haji said...

salam datuk,

diharap datuk hubungi saya. saya nak bawa datuk jumpa tok ayah. mana tau dia boleh buka "pintu-pintu" yg tertutup datuk.ramai dah yg jumpa dia, datuk bila lagi?

sejadahburuk said...

ASSALAMUALAIKUM DATUK..

BUKTI UMNO ITU KORUP.......
Pendedahan eksklusif oleh seorang menteri yang memegang jawatan Menteri Luar pada masa kini iaitu Datuk Seri Rais Yatim kepada wartawan adalah amat memeranjatkan sekali,pengakuan terhadap budaya politik wang dalam UMNO yang masih berleluasa membuktikan parti UMNO itu korup.Disaat parti yang memerintah negara itu sudah hampir sampai kepada penghujungnya budaya itu masih lagi berleluasa. Bagaimana kita ingin percaya kepada pemimpin dan ahli UMNO sendiri jika pada saat nyawa-nyawa ikan pun mereka masih lagi berlumba-lumba untuk mengumpulkan harta tanpa mementingkan negara dan parti.Siapa yang berduit dialah yang akan menjadi pemimpin.Maka rakyat bagaimana???
Masih nak percaya??UMNO takkan berubah andai budaya ini masih menular,perwakilan akan melantik orang yang salah untuk memimpin negara. Ingatlah wahai ahli UMNO ini soal negara! negara yang akan kita wariskan kepada anak cucu cicit kita.Sanggup kah kita melihat kemusnahan bangsa dan agama asal poket kita penuh.......

Teliti kenyataan yang dipetik dari akhbar Utusan dan Harakah daily 22OKT 2008

Rais saran pemilihan secara 'tender'

PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.

Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.

Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.

''Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.

''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika di sini hari ini.

Menurut Rais, kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat.

Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin.

''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengambil kesempatan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk membahaskan pemulihan UMNO dan penerapan nilai-nilai positif yang diperlukan.

''Banyak orang apabila berdepan dengan pemimpin tinggi segan nak mengemukakan pandangan sehingga bila pulang, dia merana.

''Jadi, sekarang kita lebih suka mengemukakan pandangan secara berdepan. Jadi, kita tidak ada dituduh tikam belakang atau bercakap di belakang," katanya.

HARAKAH

Rasuah sudah menjadi budaya Umno - Rais
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Oct 22, 08 | 9:21:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Jika rasuah politik terus berleluasa di dalam Umno, lebih baik diadakan sistem tender untuk menjadi ketua, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Beliau bagaimanapun berharap pemilihan Umno pada Mac depan tidak dijadikan seperti tender terbuka dengan pembida tertinggi mendapat jawatan dalam parti melalui amalan politik wang.

"Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa.

"Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. Kalau begitu umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," Bernama memetik beliau berkata.

Rais yang juga Menteri Luar berkata sehingga kini amalan politik wang masih belum dapat dibanteras kerana ia telah berakar umbi, sekaligus menjadi budaya dalam parti.

Umno, katanya, tidak mempunyai kebolehan yang cukup untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru adalah lebih wajar sekiranya ia diserapkan di bawah bidang kuasa undang-undang negara.

"Yang terbaik mungkin kita boleh lihat sahabat-sahabat kita dari MCA dan Gerakan. Mereka tidak ada syarat yang ketat tetapi secara dasarnya, mereka bebas dari semua amalan ini.

"Saya mungkin silap tetapi saya percaya ketelusan ialah guru yang baik dan kita perlu mengajar diri kita menerusi pengalaman yang lepas, apatah lagi pengalaman yang lepas itu tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Menurut beliau, antara kekangan utama dalam membanteras rasuah politik di dalam Umno ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka.

"Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin. Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya.

Rais juga berkata, cadangan supaya sistem kuota dikaji semula atau dihapuskan masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tertentu.

"Kalau tak hapuskan pun, mungkin bilangan yang terhad dikenakan tapi pada pandangan lain pula, kalau langsung tak ada syarat, ia mungkin disertai oleh beribu calon," katanya.

Sebelum ini, Rais mendedahkan beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Beliau, yang juga menteri luar, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, Malaysiakini memetik laporan agensi berita AFP.

"Kami didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) saya tidak bersedia (berbuat demikian), jadi anda lihat undi (pencalonan) saya tidak begitu banyak.

"Jika ada ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), anda mesti mengiyakannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada wartawan.

Dr Rais hanya memperolehi lima pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober.

Beliau memerlukan 15 lagi sokongan untuk layak pertandingan. _
Posted by sejadahburuk

GUANA NI DATUK??NAK MAIN PITIH JUGAK KO TIDAK????

OfficeBoyTingkat4 said...

Saya tidak tahu samada saya layak menasihati Dato.Saya khuatir jika saya hanya layak menjadi penasihat yang tidak sihat.

Walau bgaiman pun hati saya ingin juga meansihati Dato.

Andai kata Dato tercalun dam menang kerusi MT, saya amat barharap Dato akan membawa jiwa dan prinsip yang menjadi amalan dan pegangan bloggers didalm perjuangan.

Bloggers berjuang dengan jiwa dan prinsip yang kental dalam mebela nasib agama, bangsa dan tanahair tanpa mengharapkan balasan, tanpa ingin dikenali dan tanpa ingin mencari sanjungan.