Tuesday, October 21, 2008

ABDULLAH TAK KENAL SIAPA MAHATHIR?

Dua hari lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanya, siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Mengapakah Mahathir yang sudah meninggalkan UMNO cuba memberikan arahan mengenai apa yang patut dilakukan oleh warga UMNO?

Seandainya sudah terlupa, Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia Keempat yang mewariskan takhta kerajaan kepada Abdullah. Mahathir telah menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Abdullah pada 31 Oktober 2003, sewaktu kedaulatan Malaysia cukup terpelihara, nama Malaysia harum di arena antarabangsa, ekonomi Malaysia kukuh, politik Malaysia stabil, rakyat Malaysia dalam keadaan aman sejahtera.

Mahathir mewariskan kuasa kepada Abdullah sewaktu Malaysia jadi pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) da Persidangan Islam Antarabangsa (OIC). Kedua-dua jawatan ini diberikan kepada Malaysia kerana kebijaksanaan, integriti dan kredibiliti Mahathir.

Pendek kata, Mahathir telah menyerahkan kepada Abdullah sebuah negara-bangsa Malaysia yang merdeka, berwibawa, disegani dan dihormati komuniti antarabangsa. Waktu itu, tidak pernah kedengaran wujudnya sesetengah elemen atau kuasa asing tertentu yang mempengaruhi, apatah lagi yang dipercayai mencorak-warnakan apa jua dasar Malaysia.

Sebab itulah Abdullah menyifatkan perlantikannya sebagai satu “amanah untuk mewarisi kejayaan” Mahathir. Sebab itulah juga sewaktu membentangkan usul terima kasih kepada Mahathir di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, pada 3 November 2003, Abdullah merakamkan usul penghargaan kepada Mahathir seperti berikut:

Hargai Mahathir

Menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir), yang menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat sejak 16 Julai 1981, dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, tegas, cekap, berkesan, cemerlang dan bijaksana, telah pun mengosongkan persada kepimpinan negara;

Menghargai serta menyanjung tinggi perjuangan, pengorbanan, budi, jasa dan bakti Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) yang amat murni, abadi serta tidak ternilai besarnya, menerusi pelbagai dasar, strategi dan program yang pragmatik, demi perpaduan dan ketahanan nasional, keselamatan dan kesejahteraan bangsa serta kemakmuran dan kegemilangan negara;

Menyedari serta menginsafi konsistensi, kesungguhan dan keprihatinan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) di dalam perjuangannya memartabatkan Islam dan umat Islam di seluruh jagat, khususnya di negara Malaysia yang majmuk, menerusi penguasaan dan kecemerlangan ilmu di semua bidang kehidupan mutakhir;

Menghayati serta menyokong penuh kebijaksanaan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) dalam menangani krisis ekonomi negara akibat kedurjanaan pengganas kewangan antarabangsa menerusi strategi ekonomi, kewangan dan pengurusan yang unik, efektif dan diiktiraf dunia;

Mengiktiraf bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) adalah satu doktrin perdana bagi perjuangan membina negara Malaysia yang terus berdaulat dan merdeka serta lebih bersatupadu, sejahtera, aman, makmur, maju, cemerlang, bermaruah dan berwibawa di era globalisasi dan neo-kolonialisme;

Kagumi Kebijaksanaannya

Mengakui bahawa perjuangan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) memajukan ICT menerusi penubuhan Koridor Raya Multimedia, serta memajukan bioteknologi menerusi kewujudan Lembah Bio akan memberi manfaat besar kepada bangsa dan negara Malaysia di hari muka;

Mengkagumi kewibawaan, kebijaksanaan serta keberanian Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) yang telah memperkasakan martabat bangsa dan negara Malaysia serta umat manusia di negara-negara membangun secara amnya, di arena antarabangsa, menerusi inisiatif multilateral sewilayah, di antara benua dan di seluruh jagat, serta menerusi pandangan, gagasan serta pemikirannya yang universal di bidang kemanusiaan, kesaksamaan, kesamarataan, perdagangan, sains, teknologi, siasah dan keluhuran undang-undang antarabangsa, khususnya di peringkat ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB);

Maka, Dewan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 3 November 2003, bersamaan 9 Ramadan 1424, mengambil ketetapan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih dari seluruh rakyat jelata Malaysia kepada Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir);

Berikrar akan terus berjuang mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan dan kesejahteraan tanah air menerusi seluruh dasar, strategi dan program yang telah diperkenal serta diperjuangkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir);

Dan terus berusaha ke arah mencemerlangkan rakyat Malaysia di hari muka berasaskan semangat Perlembagaan Persekutuan, prinsip-prinsip Rukunegara dan juga matlamat utama Wawasan 2020.

Minta Maaf

Berdasarkan seluruh huraian di atas, benarkah Abdullah tidak kenal siapa Mahathir? Berasaskan huraian di atas, tidakkah Mahathir berhak untuk menegur Abdullah? Berdasarkan huraian di atas, benarkah dakwaan Abdullah bahawa Mahathir berniat “menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian” di kalangan warga UMNO bila Mahathir meluahkan isi hatinya dalam blognya baru-baru ini?

Abdullah pastinya amat arif mengenai persoalan ini: siapakah yang sebenar-sebenarnya menjadi punca dan paksi kepada seluruh kegelisahan dan kecelaruan dalam UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pada hari ini?

Oleh itu, biarpun Mahathir sudah meninggalkan UMNO sejak beberapa bulan lalu, Abdullah wajar insaf bahawa Mahathir telah berkelana jauh daripada UMNO kerana beliau amat kecewa dengan kepimpinan Abdullah sendiri!

Lantas, bersalahkah dan berdosakah Mahathir bersuara demi agama, bangsa dan tanahairnya? Bersalahkah dan berdosakah Mahathir berusaha menebus kesilapannya memilih Abdullah kerana beliau terpesona dengan imej Abdullah sebagai Mr Clean yang hanya berjuang untuk mencari A-Ghazali dan Al-Shafie?

Secara peribadi, saya amat kesal dengan bidasan Abdullah terhadap Mahathir. Secara peribadi juga saya berpendapat amat wajar sekali Abdullah memohon maaf kepada insan yang bernama Mahathir kerana insan inilah yang bertanggungjawab menamakan Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima. Fikir-fikirkankah! – Ruhanie Ahmad

47 comments:

Letting the time pass me by said...

Assalamualaikum Dato?

Bagaimana dengan pencalonan MT Dato'?

Saya ingin mengulas sikit tajuk ini Dato..

Saya rasa ini adalah antara sebab ramai yang ingin melihat Pak Lah berundur.. sepanjang Pak Lah menjadi PM, kita melihat bagaimana Tun M telah dipinggirkan dengan sebegitu rupa.. Tetapi bak kata pepatah melayu, ular menyusur akar tidak kehilangan bisa...

Siapa yang tidak kenal Tun M, seorang negarawan ulung.. Saya pun kekadang tidak setuju dengan tindakan Tun M, tetapi saya menghormati beliau sebagai seorang individu yang cekap, dan sangat menepati waktu...

Sifat kepimpinan beliau memang world class dan kebijaksanaan belaiu amat terserlah dalam krisi ekonomi 1997...

Kekadang amat terkilan apabila melihat seorang negarawan ulung seolah-olah tidak diberikan penghormatan setimpal didalam negara, sedangkan diluar negara idea-idea beliau sangat dihargai..

Dengar kata negara-negara barat kini pun sudah mula menggunakan kaedah Tun didalam mnyelesaikan kemelut ekonomi mereka.. Remember the "bail out" issue?

Sukj said...

Datuk,

1. Walau hebat dan bijaknya Dr.M tetapi Pak Lah tak pernah keluar meninggalkan parti UMNO.

2. Walau hebat dan kentalnya Dr.M tetapi Pak Lah tak pernah menangis.

3. Sedangkan Dr.M yang dikatakan hebat, berwibawa dan bijaksana telah 'keluar' UMNO. Begitu juga beliau pernah menangis bukan membawa kerana 'sedih' tetapi kerana untuk 'putar alam'dan 'putar belit'.

[Sukj]

wira said...

Datuk Ron,

Kita tidak perlu risau tentang orang-orang yang mudah lupa siapa yang meletakkan mereka ditempat yang mereka berada. Orang orang yang sedemikian adalah diibaratkan seperti si-luncai. Kita kena biarkan dia dengan karenah mereka sendiri. Kita perlu terus dengan perjuangan kita kerana kita perlu sekata dan fokus dengan tujuan kita.

Dengan cabaran krisis ekonomi dan kewangan dunia tentunya menjejaskan kita. Kita perlu bersedia dan tidak wajar kita dihabui dengan buaian yang menyatakan kita tidak terjejas. Orang kampong pun dah pandai dan tidak mudah percaya dengan kata kata manis. Polimik itu dah lapok.

Datuk Ron, kita terus dan YABhg Tun masih waras pemikirannya dan kita perlu ambil iktibar. Terima yang baik dan jadikan sempadan yang tidak boleh diterima oleh akal.

dizzy boy said...

Datuk Ron,
Isu yg Datuk Ron ulas ini sy memamg tidak setuju dgn pandangan Datuk,Sekarang Tun tidak menjadi ahli UMNO,Tun sudah jadi org luar yg mengganggu pentadbiran.Jika Tun masih menjadi ahli,Tun boleh keluar kenyataan tentang UMNO,kini Tun dah keluar UMNO,Tun Mahathir dah nyanyuk dan pelupa.....sepertimana Tun pernah ucap dan lafaz kepada Almarhum Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dah nyanyuk semasa pemerintahan Tun di era 80an.MASIHKAH DATUK RON INGAT TUDAHAN YG HINA ITU?? Sy dapati Tun tak payah mencampuri dlm hal2 UMNO lg,Tun kini bukan ahli UMNO lg,Tun dah keluar UMNO hanya bekas ahli UMNO....Pak Lah keluar kenyataan begitu ada logik dan asasnya...Perkara yg betul sy perlu sokong,perkara yg salah,sy kena berkata salah..FAKTANYA TUN BUKAN LAGI AHLI UMNO YANG SAH,TIDAK PERLU KENYATAAN TUN UNTUK UMNO DIGUNAPAKAI WALAUPUN SATU CADANGAN YG BAIK UNTUK PARTI...Ini bermakna bukan ahli UMNO akan memerintah parti???mana perginya pemimpin UMNO yg ada pangkat dan ahli majlis MKT??Jika Tun boleh bercakap begini,maka org bukan ahli UMNO boleh memberi arahan sebegini??Jika ini boleh berlaku,senanglah Pakatan Rakyat ambilalih kerajaan yg sedia ada.Sy tahu Datuk Ron org kuat Tun ketika dulu,jgn tabsud pd Tun sgt,Tun dah nyanyuk.Tun pernah keluar kenyataan Almarhum Tunku dah nyayuk semasa Tunku brumur dlm 80an,kini giliran Tun berumur 80an dlm keadaan nyanyuk.ALLAH s.w.t maha mengetahui,waktu sekarang ALLAH membayar CASH kepada umatNya yg melakukan kezaliman di zaman era pemerintahannya.Sy berharap Tun akan insaf,bertaubat sebelum terlambat,Tun kena byk istifar,kembali ke jln yg direhdai oleh ALLAH s.w.t. TUN DAH NYANYUK DAH....Sy persoal isu ini bukan Pak Lah tak kenal Mahathir,Tun yg tak kenal perlembagaan UMNO itu sendiri,sbbnya Tun bukan ahli yg sah untuk UMNO......

kluangman said...

Berjuta ayat pun yang Dato' luahkan ia tidak mungkin mampu untuk merubah fikiran seseorang yang masih ego berjawatan dan di atas kerusi yang ada kuasa. Guru yang terbaik ialah pengalaman sendiri yang akan memberi pengajaran sekaligus keinsafan yang selalunya sudah terlewat, selepas nasi dah jadi bubur.

Guru (pengalaman) pada masa itu sudah tidak punya ayat untuk disusun bagi menggambarkan kelemahan dan kekecewaan diri sendiri. Guru akan berdamping dengan masa untuk mencerminkan semula apa yang telah dibuat dan apa yang tidak buat, cerminan masa lalu. Sebab itulah Tun bertungkus lumus untuk membetulkan segala kesilapan dan kesalahannya dan sebagai pemimpin sejati beliau sering juga melontarkan kemaafan dari rakyat.

Paklah mengunjurkan dimulutnya sikap keterbukaan memberi pendapat tetapi tertutup, baran dan melenting dihati apabila ditegur. Hari hari terakhir Paklah semakin semak dan berkerikil seperti duri dan ranjau yang Najib lalui untuk sampai ke tampuk teratas. Apakah pasangan sehidup semati ini akan mengakhiri kerjaya politik mereka sepantas angin sebelum rakyat Malaysia diketuai oleh pemimpin yang lebih baik walaupun tak sehebat Tun.

Untuk Paklah, siapa Tun, Dato telah mengulas dengan ayat yang paling rengkas tetapi padat untuk dihayati semua walaupun oleh musuh dan yang anti Tun sendiri tetapi mereka terpaksa kenal itulah Tun, suka atau tidak, Tun adalah negarawan yang melalui masa mengikut kepimpinan yang umumnya hebat dan berjaya.

Tun Jeram said...

Salam,

Kita selalu berkata, bahawa sesuatu perkara itu ada "hadnya".Misalnya dari segi kebebasan bersuara (termasuklah mengkritik) , tidak ada apa yang dikatakan "kebebasan mutlak".

Jika kita bersetuju dengan prinsip ini, maka ia sepatutnya terpakai kepada semua orang, dan tidak ada yang terkecuali, walaupun ia adalah bekas pemimpin besar kita.

Walaupun penentuan "batas" kebebasan bersuara ini agak subjektif,tapi tentu ada nilai agama dan budaya, di samping undang-undang, yang boleh menjadi panduan kita.

Merujuk khusus kepada konflik antara Abdullah dengan Mahathir, kalau saya tidak silap, pada mas yang lalu Mahathir bukan saja pernah mengkritik Abdullah dengan keras, tapi pernah juga mengeluarkan kenyataan yang memperkecil, memperlekeh dan "menghina" Abdullah.

Tindakan Mahathir itu saya anggap sudah melampaui batas.

Untunglah pada masa itu, dan selama ini, Abdullah boleh dikatakan mengambil sikap berdiam diri saja.

Dalam perkembangan terbaru, Mahathir dikatakan seolah-olah berlagak sebagai "pengarah pilihan raya UMNO," dan ada mengeluarkan kenyataan yang mahukan para perwakilan UMNO "mengusir orang-orang Abdullah".

Dalam hal ini, saya kira tindakan Mahathir boleh dianggap sudah melampaui batas, kerana Mahathir jelas adalah pihak yang ada kepentingan, apabila anaknya Mukhriz turut bertanding sebagai calon Ketua Pemuda UMNO.

Kebetulan anak Mahathir "berlawan" dengan, Khairy menantu Abdullah.

Jadi Abdullah dan Mahathir sama-sama ada kepentingan diri.

Oleh itu, apabila dalam hal ini, Abdullah membidas Mahathir, saya tidak menganggap Abdulah seratus peratus salah, tapi tindakan Mahathir juga tidak seratus betul!

Damansara said...

Assalammualikum Kuda Kepang

Actually Abdullah was talking about Johari Baharom, his intended balaci that shall help him to smear Mahathir's name thus making him look good.

He was sure then that he won't be able to outdo Mahathir thru great legacy, thus he choose smear pr campaign

abdullah said...

Salam Dato',

Paklah bukannya tidak kenal Mahathir, tetapi persoalannya adakah Mahathir yang tidak lagi sebagai ahli UMNO sewenang-wenagnya memperlekehkan kepimpinan UMNO masa kini? Paklah telah menunjukkan kesabarannya setelah mengumumkan pelan peralihan kuasa yang dipercepatkan dan tidak mahu dicalonkan sebagai calon Presiden UMNO akan datang.

Oleh kerana ahli-ahli UMNO dan bekas ahli UMNO terlampau lantang mengkritik antara satu sama lain, kelemahan UMNO semakin terserlah. Sebagai PM sekiranya dia "anak kucing jika disepak akan mencakar semula". Fikir-fikirkanlah!!!!!

spycatcher03 said...

Bravo, Datuk, suatu pernyataan yang amt bernas dan bertepatan. Bagi saya , bidasan bodoh pak lah, merupakan pernytaan dan pengesahan bahawa pak lah dah nyayok dan baghal!! Saya pasti beliau akan mengalami sindrom 'isolasi' dalam sedikit masa lagi. Sindrom ini biasanya membuat sesaorang itu mengeluarkan kata2 yang beliau sendiri tidak faham dan akan sampai kekemuncaknya apabila orang itu akan 'bercakap seorang diri'. Sila Datuk mampir pak lah dan suruh beliau ulang pernyataan tersebut, saya pasti beliau tidak ingat dan mungkin tidak yahu dimana beliau mengeluarkan kenyataan tersebut. Tetapi malangnya, masih ujud badot2 umno yang masih lagi cuba nak mengampu menyokong bidasan tersebut. Pemimpin2 umno yang bijak dan pandai tetap mendiamkan diri mungkin kerana malu dengan sikap pak lah!!
Pernyataan nya tentang TSM amat memalukan dan tidak seharus keluar dari presiden dan PM (walau pon outgoing!) Kalau beliau bolih meyokong pencalunan AR, saya rasa sudah sampai masanya DSN menzahirkan citarasa nya untuk mendapat regu yang terbaik sebagai TPM atau Tim presiden parti!! DSN tidak bolih melengah2kan lagi perkara ini , kerana bimbang badut 2 yang mempunyai kedudukan kewangan yang kuat dan pernah menabur wang untuk mendapat jawatan, akan memperolihi kouta pencalunan dan seterusnya menggunakan wang ringgit untuk menumbang TSM!! Ini pasti akan berlaku kerana badut2 ini akan dilindungai sepenuhnya dari sebarang siasatan!! DSN harus mempamirkan keberanian yang jitu dalam hal ini (for once, please!). Kalau tidak maka DSN akan mendapat badut sebagai orang kanan yang tidak mungkin dapat di tonjolkan ke arena antara-bangsa (glokal)!! Apatah lagi dengan tempoh kempen yang amat panjang, apa2 bolih berlaku. DSN.......fikir2 lah!!!

Jeffri said...

Salam...
Saya tau Datuk adalah penyokong Mahathir dan sudah pasti dalam apa jua keadaan, pasti Mahathir akan dipertahankan. Memang tidak dinafikan bahawa pengorbanan dan pembangunan yang dibawa oleh Mahthir memang besar ertinya kepada rakyat Malaysia tapi kebanyakkannya hanya dalam menaikkan nama Malaysia kerana mempunyai pusat pentadbiran kerajaan yang hebat, bangunan tertinggi, menara berkembar yang canggih dan dikenali di di seluruh dunia, litar F1 di Sepang yang digemarai oleh kebanyakkan pelumba-pelumba F1 dan lain. Apa pula faedah semua ini kepada rakyat?

Berlainan dengan cara pentadbiran Pak Lah sekarang. Beliau banyak menumpukan dalam pembangunan insan yang banyak memberi faedah kepada rakyat. Pengorbanan beliau ini cuba dikaburkan oleh pihak pembangkang dan pihak pro Mahathir. Sebab itulah Pak Lah dilihat sebagai PM yang lemah. Sedangkan beliau mempunyai cara beliau sendiri...

Jangan hairanlah jika beliau cukup marah dengan campurtangan Mahathir dalam pentadbiran beliau kerana beliau masih Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Tindakan Mahathir menasihatkan Najib seolah-olah membelakangkan Pak Lah yang masih Presiden UMNO.. Siapa tak marah macam tu?

KAK JAYN said...

Siapa Abdullah? Apa signifikannya kepada Malaysia? BAPA KEHANCURAN?

kayrull said...

Siapa yang makan cili, dia yang berasa pedasnya. Itulah yang saya lihat apabila Pak Laah nampak 'melenting' dan menghentam Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang saya begitu hormati dan sayangi...

Dalam sidang yang sama juga, Pak Lah secara terangan menghentam Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa tempoh berkempen yang panjang...

Kedua-dua 'kritikan' melulu kepada dua pemimpin ini sukar utk diterima saya sebabnya ia menyerlahkan lagi kelemahan Pak Lah.

Apakah Pak Lah tidak sedar bahawa menantunya, Khairy Jamaluddin antara paling awal membangkitkan isu 'berkempen yang agak lama'.

Khairy dalam kenyataan di majlis di Kemaman dan dikeluarkan di akhbar pada 27 September lalu mengatakan tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.
......
"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan Ketua Pemuda ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.

"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihan raya dua minggu pun tidak mudah inikan pula enam bulan.

"(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya kepada Bernama
............

Itu kata Khairy yang nampak senada dan bermaksud seperti apa yang Muhyiddin perkatakan...

TETAPI kenapa hanya Muhyiddin sahaja dikritik hebat dan nampak dipersalahkan... KENAPA Khairy yang bercakap begitu dilihat sepi atau tidak diendahkan saja... takut hendak kritik Khairy?

Dari senario ini, ia menunjukkan seolah-olah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir banyak kebenaran. Selagi ada anasir2 yg tidak sedap ini, selagi itulah UMNO akan terus dilihat sebagai parti yang semakin bercelaru..

armouris said...

sekarang ni, Tuhan bayar cash...

satu hari, akan ada orang pulak tanya - SAPE PAK LAH??

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

fly said...

ternyatalah bahawa abdullah tidak pernah berfikir apabila mengeluarkan pendapat/kenyataan!

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya beras amalu dengan 'tuduhan liar dan nakal' Pak Lah terhadap Dr. M itu. Jelas menunjukkan betapa Pak Lah rupa-rupanya ada 'menyimpan dendam dan geram' kepada negarawan ulung itu.

Berdasarkan ucapan Pak Lah di Parlimen pada 3 November 2003 itu saya terasa seakan Pak Lah telah 'termakan sumpah / ikrar' kerana tidak membuat apa yang diucapkannya untuk meneruskan dasar yang membawa kebaikan.



http://fendy1982.blogspot.com/2008/10/abdullah-ahmad-badawi-sudah-terlambat.html

add said...

Asslamualaikum,
Itulah namanya Pak Lah (Abdullah Badawi )Bodoh sombong,pengkhianat negara (gara-gara bapak demokrasi),semuanya nak kasi pada bangsa lain,kenyataan beliau ialah, tunggu... saya akan bincang dengan....saya akan timbangkan....

Kalau zaman TDM dulu, terus je diberi ulasan boleh atau tidak dan ada sebab musababnya...tengoklah masa penyerahan tugas kem.kewangan siap boleh berpantun lagi dalam keadaan negara yang tidak begitu stabil dek angkara Pak Lelah dan si bangsat KJ.saya cadangkan Pak Lah B@D@H ni diberi jawatan pengerusi DBP je lepas besara nanti.lepas tu biar beliau uruskan koridor kubur cina dan kubur perang depan DBP tu.
Seharusnya kita kena mengenangi jasa TDM lebih dari segalanya. Mana ada Pak Lah tak berapa cerdik ni nak bagi satu nama tempat kepada TDM sebagaimana nama-nama bekas PM sebelum ini.Asyik koridor je yang difikirkannya.Lepas ru bagi pada abang ipar,anak menantu yang memang hantu....jembalang ,jerankung...

hampeh betul la Pak Lelah ni.

rashid said...

Mahathir dari sebelum dia jadi PM sehingga kini,ada sahaja benda yang dia tidak puas hati.tetapi semasa dia jadi PM,orang lain tidak digalakkan pula bersuara.

Mahathir mungkin merasakan dialah yang betul dari segala hal.mungkin dia sudah lupa tiada manusia yang sempurna dan tidak terkecuali dia.

tidak dinafikan Mahathir adalah pemimpin yang hebat.namum Abdullah juga ada caranya tersendiri.tidak bolehlah untuk Abdullah hanya mengangguk dan mengikut kata-kata Mahathir sahaja.

tombak karat said...

Datuk,

Saya juga agak terkedu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah membidas Dr M atas kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh Dr M keatas dirinya dan kepimpinannya. Walaupun datuk jelas tidak senang dengan reaksi Pak Lah, saya berpandangan kita perlu rasional dalam hal ini atas beberapa alasan:

1. Reaksi Pak Lah adalah normal sebagai manusia biasa kerana sekian lama Pak Lah dibidas kiri dan kanan tanpa belas kasihan, Pak Lah tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan orang lain.Dengan kata lain, siapapun yang berada dalam kedudukannya akan akhirnya meletup dan memberi reaksi yang sama terutamanya apabila beliau telah diasak kedinding ( pushed againts the wall). Ambil kira juga Pak Lah tetap orang nombor satu negara yang masih ada maruah dan ego yang perlu dijaga.

2. Bukankah Dr M dikala pemerintahannya turut dibidas oleh Almarhum Tunku dan Dr M juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa Almarhum Tunku sudah nyanyuk sebagai reaksi kritikan tunku terhadap kepimpinan Dr M.Bukankah perkara yang sama berulang? Bukankah juga reaksi ini normal sebagai manusia biasa?

Saya memberi pandangan ini bukan kerana saya menyokong mana-mana pihak tetapi kita juga perlu berlaku adil. Soal Pak Lah tidak perform sebagai PM dan Presiden UMNO adalah isu lain tetapi jangan kita lupa akar budaya dan adab sopan orang Melayu yang punya cara untuk mengkritik tanpa perlu mencemar air muka orang lain.Isu yang saya bangkitkan bukanlah isi kritikan yang dilemparkan tetapi cara ia dilakukan terutama keatas Perdana Menteri yang masih memerintah. Saya amat jijik dengan kelakuan segelintir pemimpin UMNO yang dulunya secara terbuka menyanjungi Pak Lah tetapi sekarang ini berani menghentam dan menyisihkannya hanya kerana Pak Lah dilihat tidak lagi berkuasa. Beginikah adab kepada pemimpin yang perlu dicontohi?

cucupakkasim said...

mahathir sebelum berundur..bagi kat dia macam-macam,kasut,stoking,topi,kain pelikat,baju,...yang mahathir tak bagi cuma seluar dalam saja yang dia tak bagi...itu pun siDol ni tak boleh pikir ka?

bat8 said...

dato Ron

soal TDM yang beri kuasa kepada paklah, TDm berjasa kepada negara, keunggulan TDM sebagai PM dsb yang disebut oleh dato akan dinilai oleh sejarah. Tidak ada kena mengena dengan bidasan paklah.

Kalau jasa seseorang itu ibarat kunci emas bagi mencampuri semua perkara, tidakkah tidak munasabah...kalau tidak dangkal1

Justifikasi dato diatas agak sub standard seolah-olah seperti cuba menafikan kebenaran tindakan paklah.

Saya juga mahu paklah berhenti seperti rakyat marhaen yang lain. tapi sebagai seorang yang berfikiran terbuka, ada logiknya juga bidasan paklah kepada TDM.

sebenarnya memang patut pun paklah membidas TDM. TDM, deespite his glorious past and deeds, bukan lagi ahli UMNO(baru). He has no business to comment anything about UMNO(baru).

Yes, he was its former president. But he is now a former president who has left the party.

kalau logik dato hendak diambil pakai, bagaimana pula tindakan Tdm kepada YTM almarhum Tunku abdul Rahman Putra, bapa kemerdekaan yang mengkritik tindakan TDM mematikan UMNO dan menubuhkan UMNO(Baru) semasa hayatnya?

Going by your logic, TDM wajib kena akur dengan kritikan dan demand Tunku kerana jasa Tunku jauh lebih besar dari TDM. kalau tunku tidak berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara, tak ada peluang tDm nak jadi PM!

tidak begitu dato? Sesungguhnya, janganlah kebencian kita kepada seseorang membutakan kita

mohdshahrilizwan said...

Assalamualaikum Datuk,

saya sgt terharu bila membaca coretan Datuk pada kali ini.ternyata masih ada insan2 yg masih sygkan Mahathir. Saya juga salah seorang drpdnya, saya amat sedih sekali tatkala membaca pelbagai komen por-Abdullah di dada2 akhbar mutakhir ini. seolah2 Tun M tidak lgsung berjasa sudah. semua yg buruk2 dtgnya hasil drpd perbuatan Tun M kononnya. dan kononnya Abdullah adalah insan yg memperjuangkan reform bg Malaysia, dipuja2 oleh org2nya bahawa kerna dialah Malaysia kini lebih demokratik, lebih terbuka. walhal apa yg kelihatan negara kita semakin terumbang-ambing sebelum dan semenjak Tsunami PRU12. saya sungguh tidak mengerti apa yang telah dilakukan oleh Abdullah dan sekutu2nya sehinggakan mereka kalihatan begitu baik skali di kaca mata setengah2 pihak. berbalik kpd persoalan yg Datuk utarakan berkaitan Abdullah tidak kenal Mahathir, sudah nyata sekali bhwa Abdullah adalah dari spesis org yg tidak mengenang budi dan munafik. tidakkah dia sedar seandainya tiada Tun M sblm ini yg menerajui kerajaan dan yg membangunkan Putrajaya, maka dia pun tidak akan ada kerusi empuk di situ pada hari ini? andai diteliti ciri2 org2 yg munafik yg pernah diajarkan oleh ustaz2 saya ketika di bangku sekolah dahulu, di antaranya ialah, bila bercakap ia berbohong, bila berjanji ia mungkir, bila terima amanah ia khianat dan sbgnya. ciri2 ini jelas sekali terpancar pada wajah Abdullah sejak kebelakangan ini. jelas skali Abdullah tersangat marah ketika muncul di kaca TV pd mlm itu. tersangat marah kenapa ye? apakah Abdullah termakan cili? kerna setahu saya hanya org yg memakan cili baru akan tersasa pedasnya. kalau xmakan mana boleh terasa pedas.

antidrM said...

Saudara,

Pak lah memang tak kenal Dr M dan Dr M pun mcm tak kenal je Pak Lah..biasa la org ada jawatan..mana rela nak lepaskan jawatan senang2 je....

Cuma saya je yang kenal mereka berdua..... Dr M dan Pak Lah sama sahaja... 2 x 5 dan 5 x 2..

Saya harap saudara jgn ikut stail mereka berdua..you must prove that you're deserve to be ahli MT yang ikhlas buat kerja untuk rakyat!

Che Moq said...

Pak Lah sudah hilang ingatan..dia sudah tidak kenal orang yang memberikannya kuasa tertinggi di malaysia dan pengasas parti UMNO baru yang diketuainya sekarang..Pak Lah mudah lupa..dia hanya kenal ahli keluarganya dan juga kroni2nya untuk saki baki 5 bulan ini..

CicitTS.Lanang said...

Dato',
Saya bersetuju dgn komentar & pandangan Doto'. Pak Lah semenjak sekian kalinya menunjukkan kebenciannya pd Tun Dr M. Saya rasa dia buta sejarah & mahu memadamkan sejarah lalu agar kita lupa pencapaian serta jasa2 Tun sepanjang mantan PM berkhidmat. Pak Lah lupa, apa yg dia lakukan keatas Tun boleh,dgn izin Allah swt berulang keatasnya apabila beliau bersara nanti...itupun jika dia tidak berhijrah ke Australia atau belayar menjadi pengembara mencari Al Ghazali & al Shafie yg masih tidak di temuinya dgn Yatch mewahnya yg di tempah dulu di Turki.

odeen said...

SALAM DATUK..
..."Seandainya sudah terlupa, Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia Keempat yang mewariskan takhta kerajaan kepada Abdullah. Mahathir telah menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Abdullah pada 31 Oktober 2003, sewaktu kedaulatan Malaysia cukup terpelihara, nama Malaysia harum di arena antarabangsa, ekonomi Malaysia kukuh, politik Malaysia stabil, rakyat Malaysia dalam keadaan aman sejahtera..."

SEBENARNYA JIKA TUN DR MAHATHIR MENERUSKAN PEMERINTAHANNYA SEHINGGA PRU 2004 PASTI BN AKAN KALAH TERUK...TETAPI KERANA KEPINTARANNYA MAKA BELIAU TELAH MENYERAHKANNYA KEPADA PAKLAH.RAKYAT MEMBERI PELUANG SEKALI LAGI UNTUK MELIHAT PERUBAHAN PADA KEPIMPINAN BN(UMNO) TETAPI PAKLAH DIDAPATI TIDAK BERJAYA MENGUBAH PERSEPSI RAKYAT TERHADAP BN(UMNO) MAKA SEBAB ITU PADA PRU 2008 BN(UMNO)UNDI TERHADAP BN MEROSOT TERUK. SEBENARNYA RAKYAT MEMANG SUDAH MUAK DENGAN BN(UMNO) SEMASA TUN MEMERINTAH LAGI BUKANNYA KERANA KELEMAHAN PAKLAH. DENDAM RAKYAT TERHADAP TUN MENYEBABKAN PAKLAH MENJADI MANGSA. BEGITULAH TAKDIRNYA KEJATUHAN BN(UMNO)..

profit said...

Dear Ruhanie,
Looks like AAB is repeating what M.Nasir did last time.Sure hope RTM GAM him.

Badr said...

Datuk Ron,

Saya percaya sepanjang hidup Datuk, sudah banyak kali Datuk hadir ziarah orang yang sedang nazak menghadapi maut. Saya sendiri sudah tidak terhitung banyaknya. Dalam keadaan kita menziarah orang yang diambang maut itu, kita dituntut untuk mendoakan agar sipolan itu "kembali" dengan tenang dan aman; dan amatlah tidak molek malah "kurang asam" kalau kita membangkitkan kejahatan, kelemahan dan keburukannya hatta menagih hutang sekalipun dari sipolan itu.

Bersetujukah Datuk kalau saya katakan, bahawa memang wajar benarlah kalau orang yang sedang bertarung dengan maut itu marah2 dan mendengus bila terdengar ada dikalangan orang yang menziarahnya sedang berborak mengenai kelemahan dan kebobrokan diri beliau. Kalau sipolan itu tiba2 "naik angin", janganlah pula kita marahkanya. Kita harus bersimpati dengan sipolan itu kerana kita semua sudah tahu bahawa hayatnya sudah di penghujung. Kalau sesekali sipolan itu naik angin atau hatta "buang angin" sekalipun, janganlah kita kutuk dia. Biarkanlah beliau "kembali" dengan aman...

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati,

Masa rapat budi diterima, bila berjauhan sumpah mencerca? Ini semua berlaku kerana sifat ego yang amat bertentangan dengan keimanan!

http://rp-semantan.blogspot.com

straycat's strut said...

Lupa daratan. Mahathir should not feel that bad. No one is listening to Pak Lah (who?) anymore anyway. He said so many good things then about Tun, but again, he said so many many things about Imam Ghazali and Imam Shafie too. After vacations in Perth, travelling in a brand new jet all over the world, body-guards, reconditioned wife (tak sampai hati nak cakap 2nd hand), he forgot everybody. If he forgot to even say thanks to someone who gave him the opportunity to have a taste power and the perks that comes with it, do you think he cares about us the "marhaen."

I am a nobody and I am still thankful for Tun. Pak Lah... its better not to say much because I have nothing good to say.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Dato'

Tun Mahathir bukan lagi ahli UMNO walaupun dulunya beliau pernah menjadi Presiden UMNO, jawatan yang disandang oleh Dato' Abdullah Ahmad Badawi kini.

Maknanya Tun bebas menyuarakan pendapatnya. Kalau Tun mengkritik pun, itu adalah haknya sebagai seorang rakyat.

Mungkin AAB kurang senang bila Tun sering mengaitkan isu pemilihan UMNO kali ini dengan menantunya, sebab itulah AAB melenting. Kalau sudah tak tahan lagi lebih baik adakan PAU pada Disember 2008. Lagi cepat lebih baik. Mungkin rasuah politik wang pun dapat dikurangkan.

perfectwater75 said...

Salam Dato'

Rasanya kena tengok dari sudut politik semasa bila baPak Lah sebut tentang TDM. Saya yakin Dato' faham apa yang dimaksudkan oleh baPak Lah bukan seperti yang cuba Dato' cuba bawakan. Siapa dapat menafikan TDM bukan ahli UMNO ketika ini.Maka apabila TDM cuba mencampuri urusan UMNO pada ketika ini, samalah juga apabila ahli parti pembangkang cuba mencampuri urusan UMNO. Lainlah kalau Dato' masih mengganggap TDM sebagai bos Dato' dulu kini dan selamanya. Tak hairanlah kalau Dato' mudah terasa apabila bos Dato' diusik dan dicuit oleh pemimpin yang lebih junior. Tidakkah Dato' sedar UMNO itu sebuah parti bukan berdiri atas individu, pemimpin datang dan pergi. Soal nasihat-menasihati itu perlu tetapi bak kata orang tua-tua, sebagai tetamu kita perlu memahami adab-adab sebagai tetamu, kala bila ia diperlukan dan kala bila ia tidak diperlukan.
Dato' lebih lama dalam politik...saya baru setahun jagung....

thx!

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,

Saya mulai dengan doa dan harapan moga tercapai hendaknya hasrat Datuk menjadi Ahli MT UMNO itu kelak...!!

Bidasan Pak Lah itu bagi saya 'Tumpui saja' macam orang dok tengah gelabah tak tentu ke arah....geram semacam saja...!!

Mungkin kut bila dah tak jadi PM kelak...bidasan tumpui macam ni tak akan dapat liputan meluas media atau pun bila dia panggil PC tak dak sambutan.Orang malaih nak layan.
Mungkin kut 'orang Pak Lah' pressure dia ...pasai Tun Mahathir buat komen tak menyebelahi depa...!!
Selama hari ni pun semenjak jadi PM...Malaysia di kedalikan dengan 'auto control mode'...!!!
Bila ada 'malfuntion'...macam laa ni...dia tak tau nak buat apa-apa..!!
Mula lah Pak Lah menjadi semakin Lelah...melalut tak tentu kearah...dia pun dah tau 'Grip'..cengkaman nya dah mula beransur lemah...!!!

Sekian. Lagi sekali semoga hasrat Datuk Tercapai hendaknya.

Larut Tin Teypin.....Wassalam.

POLITIK said...

BIAR LAH PAK LAH MELATAH .Pak LAH MELAHIRKAN APA YANG TERBUKU DIHATINYA SEKIAN LAMA.Siapa yang nak bercakap pasal UMNO dan politik adalah hak masing-masing termasuk Tun dan ahli politik luar negara.. hanya sekadar pandangan yang baik kita ambil yang tak ada faedah dan munafaatnya kita abaikan sahaja. Jangan melatah dalam apa keadaan pun bila melatah kita kehilangan segala-galanya, Itulah yang terjadi pada Pak Lah ari ini.
Pada Dato teruskan apa yang dicitakan selamat berjaya

azri fuad said...

Your statement reflex what's in my mind and I beleive majority of Malays too if not Malaysian. Syabas Dato.

ChengHo said...

Melayu mudah lupa..

Hang Jebat said...

Datuk,

Pak Lah nak jaga DS Najib yang dia dah pilih untuk ganti dia. Pak Lah nampak TDM begitu akrab dengan TS Muhyiddin. Bahaya kalau-kalau dengan pengaruh TDM, tiba-tiba TS Muhyiddin naik. Habislah dia.

Pak Lah pun marah sebab KJ masih teraba-raba. Mukhriz awal-awal dah layak. Semuanya kerana TDM.

Kesian Pak Lah. He he he...

nagagua said...

SAYA SETUJU 150% SARANAN TUN DR MAHATHIR AGAR JANGAN ADA LAGI SISA SISA ORANG PAK LAH DALAM JAWATAN TERTINGGI UMNO .BIAR DIORANG MAIN JAUH JAUH.GUA SEBAGAI MELAYU TOTOK TAK DAPAT TERIMA PENGKHIANAT PENGKHIANAT INI .DALAM MASA LIMA TAHUN MEMERINTAH ORANG MELAYU DIBUAT MACAM ORANG BODOH JER.KAUM LAIN MINTAK DAN UGUT MACAM MACAM TAPI MEREKA NI TAK BOLEH NAK LAWAN PUN.GUA BUKAN ANTI KAUM LAIN TAPI KALAU DAH MINTAK MACAM MACAM YANG TAK LOGIK SENDIRI MAU INGATLAH.APA ? TULISAN GUA MACAM ORANG BODOH? TAK PE LAH SEBAB GUA DAH LAMA TENDANG TV GUA MASA PAK LAH ON AIR KAH KAH KAH.

kudakepang said...

Saudara Saudari budiman. Terima kasih atas pandangan pro dan kontra kepada posting ini.

Saya hanya delete satu daripada berpuluh komen anda kerana saya bukannya hipokrit terhadap perjuangan agama, bangsa dan tanahair.

Saya juga insafbahawa TDM bukan lagi ahli UMNO dan beliau juga pernah agak berkasar terhadap AAB. Tetapi, jika kita sudi menyelami sebab musabab TDM bertindak demikian, pasti kita akan insaf mana yang benar dan yang mana pula sebaliknya.

Salam perjuangan - Ruhanie Ahmad

Berita dari gunung said...

Pak Lah tidak kenal Tun Mahathir?

Saya ingin kaitkan kenaikan Zaki Azmi dalam struktur kehakiman negara. Dari seorang lawyer biasa, beliau dilantik sebagai hakim peringkat atas dan kini bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Chief Justice!

Tahun 2007, Pak Lah belum terfikir judicial reforms dalam konteks laluan khas untuk Zaki. Dari sudut ini sahaja kita dapat melihat multi-faces Pak Lah.

Ada yang utarakan bahawa sebaik judicial reforms ala Pak Lah termetrai, kerajaan terlepas punca kawalan. Suara Bar Council akan kuat dan menghimpit. Adakah semua ini Pak Lah atau semata-mata Zaid? Jangan lupa linggamgate pencetus kepada keghairahan judicial reforms. Linggamgate adalah bikinan ANWAR!

Dari sudut judicial reforms sahaja, Pak Lah sudah berbeza dengan Tun Mahathir. Grip atau kawalan dilepas sesuka hati.

Seperti ada orang yang kesian melihat ayam sihat dalam reban, lalu membuka pintu reban supaya ayam dapat lihat dan rasa dunia luar. Orang itu lupa, bagaimana mahu pastikan ayam kembali petang nanti. Strategic thinking tidak berlaku. Pelik dan membimbangkan.

Banyak lagi insiden yang serupa berlaku. Longgokan peristiwa sedemikian menjadikan Pak Lah dilihat mengecewakan.

Reban ternganga luas, ayam entah kemana.

Oleh yang demikian Pak Lah tidak akan kenal siapa Tun Mahathir sampai bila-bila.

DNL said...

Bro Ron,

Samekom...nak bertanding lagi ke? i think kalau you nak bertanding lagi ikut lah arus depa depa ni. Hebat dengar cerita takut u got no speed to catch up. anyway good luck and best of wishes.

i tengok byk jugak orang anti tun disini. ni melayu mudah lupa ka melayu tak bangkit cam paklah tu? atau melayu sesat kena tipu ngan anwar tu?

anyway good analogy and best of lucks?

blog i kat sini

http://budakraban.blogspot.com/


samekom.

azienmat said...

Ini artikel terbaik kudakepang setakat ini.
Ramai orang dan blogger2 disini pelik, kenapa Badawi secara tiba2 begitu marah sehingga mengadakan sidang akhbar tergempar di KK baru-bari ini. Kenapa ya?
Sebabnya adalah, Badawi tak pernah buka blog ni! blog chedet tak pernah dibaca. Itupun kalau takde orang yang bagi tahu dia mungkin sampai sekarang tiada apa yang berlaku baginya, mungkin Musa Aman atau pengikut2 yang tengah cari modal nak buka tajuk bercerita dalam majlis makan-makan secara tak sengaja, mesti ada topik menarik nak tarik perhatian orang No1, bukan.
Kemudian pulak merapu sampai ke Muhyiddin, Ali Rustam lah (yg bagi ShahRukhKhan gelaran Datuk tu) itu yang semua boleh baca dan tangkap maksudnya. Dah macam orang mabuk pun ada, sekejap tadi elok tiba2 terus over tak tentu pasal berlagak macam pendekar lagi. Mungkin silap makan/minum kot tak? Atau tiba saja lewat malam angin dalam badan sudah datang, itu yang meragam sakan. Masa dah time..
Wartawan2 semua lain kali bole ingat bila masa yang sesuai nak cari cerita menarik dari Badawi ni.

maxtor said...

mahathir selama ni cukup lantang mengkritik Pak Lah, Pak Lah diam je. sekarang baru sekali dia membidas semua orang dah bising. masalah dengan mahathir ni, bila dia sentiasa mengkritik pak lah dan cuba campur tangan dengan urusan, dia sudah menggugat kredibiliti pak lah. ini bukanlah sesuatu yang baik, kalaulah benda ni berlaku pada mahathir sendiri, tak tahu lah apa yang akan jadi kepada orang yang mengkritik tu, mesti habis terus dikerjakan oleh mahathir. mahathir je ke boleh buat semua benda? kalau orang buat dekat dia, maknanya cari nahas?

LX19 said...

Assalamualaikum dato.

Berminat dan terpanggil untuk sy membuat comments tentang tajuk diatas ini.
Terlebih dahulu sy berasal dr simpang tiga, bagan dan berkerja di syarikat media elektronik di ibunegara.

Cuba dato renung dan fikir sedalam2nya dr mula pk lah mmerintah hingga skrg adakah mahathir menyukai pk lah atau tidak?
Kenapa mahathir melepaskan jwtn no.1 pd pk lah ketika itu dan ini menunjukkan mahathir yg tak kenal abdullah bukannya abdullah yg tak kenal mahathir.
Semasa PRU11 ketika pk lah baru memegang tampok kepimpinan negara BN mendapat mandat yg cukup bagus dari rakyat, apa mahathir cakap masa tuh klu dato' ingat dan semasa PRU12 pk lah menerima tamparan yg cukup hebat dr rakyat atas sebab2 kekecohan dalaman yg dr mula telah dikecohkan oleh mahathir sendiri, apa mahathir cakap masa tuh klu dato' ingat?
Semuanya salah, menang besar pun salah kalah besar pun lagi salah ini adalah kata2 mahathir yg tak perlu sy ungkapkan disini.
Pendekata klu hati mahathir sdh sakit dia akan buat hati lwnnya lg sakit inilah mahathir yg sy kenali dr dulu hingga skrg dah nyanyuk pun.
Dia ada request kat pk lah utk sesuatu tmpt sekiranya beliau tidak lg memegang tampok kepimpinan tapi yg dipinta tidak kesampaian ini lah yg membuat beliau betul2 sakithati dan berjanji akan memporakperandakan pemerintahan pk lah dgn cara beliau tersendiri.
Klu betul dato taksub sgt kat beliau tlg nasihatkan beliau jgn ganggu urusan pentadbiran pk lah biarlah pk lah corakkan dgn cara pk lah sendiri dan skrg seperti yg kita ketahui pk lah sdh pun berjanji utk melepaskan jwtn no.1 dlm UMNO pd najib biarkan lah apa yg nk dikecoh2kan lg.
Muhkriz pun sdh mndpt percalonan yg tinggi utk pertandingan jwtn ketua pemuda UMNO kebangsaan so apa yg mahathir nk dok bising2 lg?

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN" utk dato dan famili dr sy dan famili di TTDI.

Angkatan Muda Keadilan Serdang said...

Betul tu Dato'. Abdullah lupa betul siapa Mahathir...

Mahathir jugaklah yang memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Kalau Mahathir tak pecat Anwar, Anwar lah PM ke-5, melopongla ko Dolah...ko mungkin terus jadik pencacai jer dalam Kabinet Anwar Ibrahim...

Anwar pun tak akan letak ko jadik TPM wahai Dolah.... sebab ko kaki tidoo... mungkin "orang-orang Anwar" masa dalam UMNo dulu yg akan jadik TPM....

tapi tu semua "kalau" je...

Anwar tak jadik PM ke-5, tapi Anwar akan jadi PM ke-6 dengan menerajui Kerajaan yang lebih bersih, iaitulah Kerajaan PAKATAN RAKYAT...

Ini hikmah Anwar dipecat 10 tahun yg lalu.....

Ahmad said...

Assalamualaikum semua,
Sedarkah kita bahawa tanpa kritikan dari TUN kita tak akan nampak perubahan akan berlaku daalam UMNO. Dek kerana TUN yang mengkritiklah dan disambut pula oleh suara yang terbanyak maka, PM menghadapi tekanan dan akhirnya mempercepatkan proses.
Cuba kita fikir, jika hanya kita yang mengkritik sudikan PM mendengarnya.....TUN yang mengkritikpun diambil masa yang cukup lama untuk bertindak....entahlah....sapa kita ini pada PM agaknya. So the morale of the story is THANKS AGAIN TUN.

ROY's said...

Bro,

Allah is Great.. He show us the true color of a person... Now everyone will judge Pak Lah as a person who has no credibility at all and dumbest of them all. I am shocked and surprised over his remarks but later after thinking over it, I know I am wrong.. He is actually a stupid man who talks without rationalising deep thoughts and in other words, a plain stupid person.

ae_zin said...

baca le yang ni......


Label: Mahathir


Saya agak hairan melihat Mahathir yang sejak akhir-akhir ini bercakap dan merepek seolah-olah beliau langsung tidak berdosa kepada bangsa Melayu dan Islam.



Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan insitusi Raja-Raja Melayu dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1980an;


Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan institusi kehakiman dengan pemecatan haram Tun Salleh Abas;


Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mencemar institusi Islam; menghina Nabi, memecat Mufti dan mempertikai hukum Islam;


Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya menghancurkan kuasa politik Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya setelah pembangkang menang besar dalam pilihanraya 1999 sehingga menyebabkan tidak ujud lagi kawasan majoriti Melayu mutlak, sebaliknya pengundi bukan Melayu menjadi pengundi penentu;


Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mengajar kita kurang ajar dengan bersikap kurang ajar terhadap YAM Tunku Abdul Rahman;


Hari ini kita melihat Mahathir bercakap dan berkokok seolah-olah beliau bersih suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan; sedangkan tangan beliau kotor berlumuran dengan najis-najis mengotorkan Islam dan bangsa Melayu.


Kepada Mahathir saya nasihatkan supaya ..bertaubatlah..gunalah masa tambahan yang diberi ALLAH untuk menambahkan 'amal ibadah..


Rumah dah nak halau pergi..kubor dok panggil mari-mari..
MAHATHIR..PLEASE KEEP QUIET..