Sunday, October 28, 2007

Siri Ketiga
Maklumatnya Singkat
Maksudnya Padat….

Puaka Buana Ada Namanya?
Semalan saya katakan, Datuk Seri Najib Razak sedang dirasok puaka buana yang menghantui kerusi TPM. Saya juga cadangkan orang-orang Najib engage bomoh super special untuk memusnahkan puaka buana itu. Malam tadi, saya ketemu seorang macai besar Najib. Katanya, apa nak susah-susah lantik bomoh? Katanya lagi, puak Najib dah tau siapa puaka buana tu. Dah ada gambarnya, namanya dan profilenya. Puak Najib tengah cari jampi serapah paling sesuai untuk puaka buana tu.

Kalau gitulah halnya, mungkinkah Najib berperang dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tak lama lagi? Dan, apakah akhirnya kisah puaka buana ini? Najib tersungkur dan terlungkup? AAB tersingkir dan terlingkup?

Apa jua kesudahannya, nampaknya Najib akan terus jadi mangsa kisah-kisah seram. Kalau Najib dapat musnahkan puaka buana, pontianak sundal malam pula akan menghantui beliau. Habis cerita ni, ada lagi dan ada lagi tanpa kesudahan..

Habib Hussein Nujum Perdana?

Syed Hussein Al-Attas @ Nujum Pak Belalang @ Pak Habib, kini sibuk mengedarkan buku terbarunya berjodol Khairy Jamaluddin Perdana Menteri? Dalam satu majlis yang saya hadiri, Pak Habib membahagi-bahagikan bukunya secara percuma.

Pak Habib sahabat saya sejak pertengahan tahun 70-han. Beliau bermurah hati menurunkan beberapa petua penulisan kepada saya. Tetapi, melihat cara penampilan dirinya dan gaya persembahan bukunya yang terbaru ini, saya suspect masih ada lagi petua, rahsia dan misteri penulisan yang Habib Hussein masih monopoli dan enggan dikongsikan dengan sesiapa.

Mungkin Datuk Norzah Zakaria atau Khairy sendiri dapat merungkaikan misteri dan rahsia itu. Manalah tau, sesudah buka puasa degan makan ubi kayu bersama AAB di Seri Perdana, dan sesudah gesel-gesel bahu dengan Khairy, Habib Hussein pula jadi Nujum Perdana? - Ruhanie Ahmad

Saturday, October 27, 2007

Perginya Seorang Pejuang Rakyat:
Othman Saat Dalam Kenangan.....

27 Oktober 2007: Warga Negeri Johor Darul Takzim kehilangan seorang pejuang tulen hari ini apabila pemimpin berjiwa rakyat, Tan Sri Othman Saat, 84, kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, awal pagi tadi.

Pada 1.38 pagi tadi blog ini melaporkan seperti berikut: Veteran UMNO dan bekas MB Johor, Tan Sri Othman Saat, kini dalam keadaan nazak di wad 5C, HSI, Johor Bahru. Beliau seorang MB yang sangat-sangat berjiwa rakyat….

Pada jam 7 pagi tadi blog ini menerima SMS yang mengatakan Othman telah kembali ke pangkuan penciptaNya. Jenazah beliau disemadikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Jasa Allahyarham tetap dikenang. Mudah-mudahan Allahyarham akan tergolong di kalangan orang-orang yang soleh.

Menurut Bernama, Othman mengidap septisemia (keracunan darah). Beliau jadi Menteri Besar Johor selama 16 tahun dari 1967 sehingga 1982.

Othman dimasukkan ke HSI kira-kira dua bulan lepas dan pada 2 Oktober 2007 menjalani pembedahan di kaki kanannya.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Tengah, Muar pada 4 April 1927 dan aktif dalam Umno sejak parti itu ditubuhkan pada 1946.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ketiga pada Februari 1967 ketika berusia 43 tahun.

Al-Fatehah! – Ruhanie Ahmad
Siri Kedua:
Maklumatnya Singkat
Maksudnya Padat ….

Abdullah Dalam Dilemma?

Desas desus kencang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (AAB), nak adakan Pilihan Raya Umum (PRU12) secara mengejut (snap elections). Beliau dikatakan cadang nak adakan PRU12 pada pertengahan Disember 2007. Sebab tu beliau dikatakan cadang nak tunda Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2007 kepada bulan Disember supaya dapat umumkan tarikhnya di hari akhir PAU berkenaan. Kini cadangan PAU ditunda ditarik balik. Adakah ini bermakna PRU12 juga akan ditunda? Atau, mungkinkah PRU12 akan diadakan pada hujung November 2007 ini?

Najib Lawan Abdullah?

Kerusi TPM memang berpuaka. Waktu era Tun Dr Mahathir Mohamad, dua orang TPM tewas dirasok puaka buana tu. Tapi, tak hairanlah kalau puaka tu mengarok ketika tu sebab Tun Mahathir memimpin selama 22 tahun. Kali ni, AAB baru memimpin tak sampai satu penggal. Itu pun puaka buana tu dah mula mengarok. Sebab tu Datuk Seri Najib Razak dalam dilemma. Dia berikan sokongan kuat, tak berbelah bahagi, kepada AAB. Tapi puaka buana tetap nak singkirkan beliau. Jadi, apa orang-orang Najib nak buat? Tak mau ke engage bomoh super special untuk musnahkan puaka buana tersebut? Kalau tak, dayuslah jawabnya!!!

AAB Soal Siasat Keyveas?

Dua tiga hari yang lalu, Datuk M Keyveas telah dipanggil mengadap AAB pasal peristiwa Datuk Seri Ali Rustam belasah PPP, hentam MB Pahang, lanyak MB Perak dan balun AAB sendiri, baru-baru ini.

Sambil memegang satu salinan laporan mengenai hal tu yang tersiar di dalam http://www.malaysia-today.net/, AAB dikatakan bertanya kepada Keyveas sama ada semua laporan tu betul. Keyveas kata, memang betul. Sesudah tu seorang pegawai pun memainkan semula ucapan Ali dari satu perakam suara. Betul. Semua betul. Ali sebenarnya hentam AAB tiga kali, bukan sekali, dalam ucapan itu.. Apa nak jadi ni? Naib Presiden UMNO Malaysia belasah Presidennya sendiri di majlis anjuran parti komponen BN? Adakah AAB akan bertindak ke atas Ali? Kalau tidak, betulllah apa yang Ali kata!!! Inilah coraknya politik semasa. Huru-hara, haru-biru, bercelaru. Kata Mat Salleh, out of control?

Menteri Pakai Cawat Besi?

Sudahkah anda meneka siapa dia dua orang menteri yang sedang amat gawat akibat keterlanjuran diri mereka sendiri? Mungkin tak lama lagi meletuplah kisah ni… Saya hanya boleh katakan kepada menteri-menteri berkenaan, lain kali tempahlah cawat besi (untuk lelaki), made-in-germany!!!

Osman Saat Amat Tenat

Veteran UMNO dan bekas MB Johor, Tan Sri Osman Saat, 84 tahun, kini dalam keadaan nazak di wad 5C, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Para Doktor kini sedang meminta pendapat kaum keluarga Osman, sama ada nak cabut “life support” yang digunakan atau tidak. Osman mengidap sakit jantung. Beliau seorang MB yang sangat-sangat berjiwa rakyat. Mudah-mudahan Allah akan menyelamatkan beliau. - Ruhanie Ahmad

Friday, October 26, 2007

Menantu PM Bakal MB Baru Negeri Sembilan?

Anda terkejut mendengar berita ini? Tetapi tidak di dalam UMNO. Khabar angin ini telah tersebar dengan meluas. Semua orang UMNO tahu bahawa Mohamad Hassan adalah proxy menantu PM untuk menjaga kepentingan beliau di Negeri Sembilan.

Malahan semenjak menjadi Menteri Besar N.S pada tahun 2004, Mohamad Hassan lebih banyak menyerahkan kuasanya kepada abangnya sepertimana Pak Lah menyerahkan kuasanya kepada menantunya.

Untuk posting sepenuhnya sila akses

http://puteramalaysia.blogspot.com/
Kuning Adalah Persahabatan
Kuning Adalah Wisdom…

Kuala Lumpur akan menyaksikan gelora kuning pada 10 November 2007, mulai 3.00 petang, bertempat di hadapan Menara Jamn Besar, berhadapan Selangor Club, Jalan Sultan Abdul Samad.

Sempena gelora kuning, di bawah ini saya senaraikan maksud ros kuning dan erti warna kuning secara umumnya, seperti berikut:

Kuning menjanjikan suatu era baru (promise of a new beginning). Kuning adalah lambang kekuasaan dan kebijaksanaan. Kuning adalah kehidupan abadi. Kuning juga adalah kesetiakawanan.

Untuk membolehkan kita semua mempastikan kemunculan suatu era baru atau a new beginning, bersetiakawanlah kita semua demi satu kehidupan yang abadi di hari muka.

It wasn't until around the 18th century that yellow roses were discovered growing naturally in parts of the Middle East.

Throughout history, the color yellow has been closely associated with the sun. As the source of light and warmth, the sun is integral to life on Earth.

In many Eastern cultures, for example, the color yellow represents joy, wisdom and power.

Today yellow roses are more commonly associated with joy and friendship.

http://www.proflowers.com/flowerguide/rosemeanings/yellowrose-meanings.aspx

Yellow: Happy, bright, and full of life, yellow roses exude feelings of friendship, delight, and compassion. At the moment, yellow signifies kindness, cheerfulness, and affection.

http://www.bry-backmanor.org/gardenfun/rosesarticle.html

Joy, Gladness, Friendship, Delight, Promise of a new beginning….

http://www.rkdn.org/roses/colors.asp

Yellow roses can stand for joy, gladness, freedom and friendship ….

http://www.comfycountrycreations.com/rosemeaning.htm

– Ruhanie Ahmad

Tuesday, October 23, 2007

Maklumatnya Singkat
Maksudnya Padat ….

Di bawah ini saya bariskan lapan cebisan berita singkat untuk renungan kita semua.

Abdullah Tak Keluar Negeri?

Perdana Menteri dijangka tak akan keluar negara dalam tempoh tiga bulan mulai sekarang? Benarkah info ini? Mengapa? Dah puas belayar kapal di Australia Disember lalu waktu ribuan orang Johor hempas pulas dilanda banjir besar? Atau, nak siap-siap adakan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12)?

Keyveas Makan Anak Tebuan?

Datuk Seri Ali Rustam belasah PPP. Datuk M Keyveas pula seolah-olah termakan anak tebuan garangnya. Kenapa dan apa latarbelakangnya kisah ini ?

Bahagi Kerusi Khamis Ini?

Komponen BN akan berhimpun di PWTC petang Khamis ini untuk urusan membahagi-bahagikan kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12. Betul ke? Mungkinkah sengatan Datuk Seri Ali Rustam ke atas PPP baru-baru ini jadi isu yang amat bisa?

PRU12 Hujung November?

Raja Petra Kamarudin menulis dalam column The Corridors Of Power, Malaysia Today: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka umumkan PRU12 selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 9 November 2007 ini. Seorang toyol hantar mesej sebentar tadi, mengatakan ramalan RPK itu mungkin 90 peratus jadi kenyataan. Betullah kata feng-sui tu ya?

Dua Puak Senaraikan Calon?

Ada dua puak BN sedang aktif menyediakan senarai calon PRU12. Siapakah mereka? Kenapa sampai jadi begitu?

Siapa Main Politik?

Perhimpunan sehari wakil-wakil rakyat BN (negeri dan pusat) di Putrajaya Convention Centre dijadualkan 19 Oktober 2007 lalu dibatalkan di saat akhir. Kenapa? Benarkah kerana ada politicking di sebalik pembatalan ini? Siapa main politik?

Dua Menteri Gawat?

Dua orang menteri kita sedang dicengkam masalah peribadi yang amat gawat akibat keterlanjuran mereka sendiri. Anda akan terkejut besar kalau tau kisah ini. Siapa mereka? Apa sebenarnya cerita mereka?

Pasal Dia Orang Singapura?

Polis dah edar fotofit lelaki keturunan Cina yang disyakki melakukan rompakan di sebuah kedai jam branded di Suria KLCC pada senja menjelang Aidilfitri baru-baru ini. Kenapa berita tu sepi sahaja tanpa susulan? Kerana yang terbabit mungkin rakyat Singapura?

Cerita di atas bukan gossip. Kesemuanya ori dan benar. Anda yang mengetahui kisah lanjut mengenainya harap tak keberatan untuk berkongsi cerita melalui blog ini. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

[Sejak tiga hari lalu kudakepang tak dapat buat apa-apa posting kerana masalah teknikal oleh pihak servive provider. Jutaan maaf. Kisah Spy Asing Kuasai Malaysia? Bahagian Dua akan disiarkan esok.]

Friday, October 19, 2007

Bahagian Satu:
Spy Asing Kuasai Malaysia?

Kira-kira setahun lalu, kudakepang menerima info mengenai beberapa elemen asing dipercayai terlibat dalam proses memilih dan menyiapkan senarai calon DUN dan Parlimen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Info tersebut disiarkan menerusi tujuh siri The Toyol Code dalam blog ini mulai Oktober 2006. Sehingga hari ini belum ada mana-mana pihak menafikan siri tersebut. Dalam mukadimah siri itu dinyatakan seperti berikut:

The Toyol Code membabitkan personaliti besar. Ia juga mengandungi elemen konspirasi asing yang membabitkan kita semua serta membabitkan Malaysia, masa depan, kedaulatan, kemerdekaan, kesejahteraan, serta keselamatan dan keamanannya.

Dua bulan lalu, blog ini menerima info mengenai sekumpulan perisik asing telah masuk ke Malaysia menggunakan dokumen perjalanan dikeluarkan oleh sebuah negara jiran di selatan.

Info itu mendorong kudakepang membuat posting berjodol Nostalgia Era Pra-Merdeka: Rumah Kayu Dan Anai-Anai, pada 22 Ogos 2007. Antara lainnya, posting itu menyatakan seperti berikut:

Waspada. Anai-anai adalah serangga perosak. Armadanya datang secara menyusup. Kehadirannya sukar dilihat oleh mata kasar. Tetapi, bahaya kerosakannya pasti boleh menyebabkan suatu dharurat – besar atau kecil, bergantung kepada kemusnahan yang telah dilakukannya.

Soalnya, adakah kita (Malaysia) hari ini sedang dilanda anai-anai? Adakah desas-desus mengenai susupan anai-anai mutakhir ini sesuatu yang real? Di manakah armada anai-anai ini sekarang? Dari belantara manakah mereka datang? Adakah anai-anai ini telah menyusup daripada belukar di hujung benua? Adakah anai-anai spesies hidung bengkok juga telah menyusup menerusi pangkalan seberang? Di sektor manakah mereka telah menyusup? Sedalam manakah penyusupan mereka? Adakah kita menyedari kehadiran mereka? Apakah kita rela dimusnahkan oleh armada anai-anai ini? Dan, adakah kita sanggup memusnahkan mereka dengan tenaga kudrat yang kita ada?

Kalau penyusupan anai-anai ini sudah sampai ke peringkat yang kritikal, meluas dan berakar-umbi, sanggupkan kita runtuhkan rumah kita yang sedia ada dan membinanya semula dengan menggunakan khidmat pakar anti-makhluk perosak yang terbaik dan terbukti keberkesanannya?

Menjelang Aidilfitri baru-baru ini, kudakepang menerima maklumat bahawa agensi perisikan Singapura dan Amerika Syarikat dipercayai akan membantu dalam PRU12.

Maklumat ini memperkukuhkan pendedahan dalam siri The Toyol Code. Ia juga jadi latarbelakang kepada posting pada 10 Oktober 2007 dengan jodol Anai-Anai Uncle Sam Dan Lion Akan Berhari Raya Di Malaysia. Antara lainya, info yang jadi asas posting itu menegaskan seperti berikut:

Terima berita pengesahan ini hari ini. Beruang Hitam telah mula import anai-anai SAM dan LION.

FBI akan pastikan tiada pihak boleh membuat bantahan jika terdapat cacat cela sambutan Hari Raya Besar kali ini.

Banyak pesanan saya terima mengesahkan anai-anai kini sudah mula memeta kawasan Hari Raya Besar.

Maka, soalnya di sini, adakah seluruh info di atas benar? Kalau tidak benar, kenapakah tidak ada penafian mengenainya? Mengapakah Malaysia hari ini jadi begini? Adakah negara ini sudah mula dikuasai oleh spy dan juga kuasa asing? Kalau hakikatnya begini, adakah kita redha dengan apa yang sedang terjadi? Kalau kita tidak rela, apa pula yang wajar kita lakukan?

[Esok akan kita bicarakan wujudnya segolongnan pekerja asing di Malaysia yang kini jadi talibarut kepada badan-badan perisikan negara asing.] – Ruhanie Ahmad

Thursday, October 18, 2007

Tun Mahathir Tak Sabar
Untuk Pulang Ke Rumah

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersedia untuk pulang ke rumah kerana kesihatannya bertambah baik, kata anak sulungnya Datin Paduka Marina di sini hari ini.

"Beliau (Dr Mahathir) benar-benar ingin pulang kerana hampir tujuh minggu berada di sini (Institut Jantung Negara) dan beliau rindukan suasana di rumah." katanya.

Marina berkata bekas perdana menteri itu sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah dan menyatakan hasrat untuk pulang kepadanya.

Di samping itu, Dr Mahathir juga berusaha untuk memulihkan kesihatannya dengan melakukan senaman ringan, berlatih berjalan serta sudah mampu membaca buku dan meluangkan masa menonton televisyen.

"Beliau juga melakukan senaman ringan bagi menguatkan otot lengan serta bahagian dada untuk memulihkan kembali tenaganya selepas keluar dari IJN nanti," katanya.

Hari ini Dr Mahathir bersarapan kuew tiaw goreng yang dibawa khas dari Kampung Tok Senik, Langkawi oleh kenalan rapatnya.

Semalam pula Dr Mahathir menerima kunjungan Pengarah Agensi Angkasa Negara Datuk Dr Mazlan Othman yang akan berlepas ke Russia malam ini bagi menyambut kepulangan angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Marina berkata ayahnya begitu gembira dan bangga kerana program ke angkasa lepas yang dirancangnya berjaya.

Dipetik daripada Bernama 17 Oktober 2007

Tuesday, October 16, 2007

Tun Dr Mahathir Mohammad
Rindu Tau Foo Fah Jln Petaling

Bernama hari ini menyiarkan kisah “tau foo fah” Jalan Petaling Kuala Lumpur menawan selera Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang kembali pulih setelah menalani pembedahan pintasan jantung di IJN bulan lepas.

Menurut Datuk Mukhriz Mahathir, bapanya meminta dibelikan tau foo fah kegemarannya dari Jalan Petaling sebagai menu minum petang.

Katanya, selera makan Tun Dr Mahathir juga semakin baik dan beliau turut mengambil "spaghetti" serta buah-buahan sebagai menu makanan tengah hari.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir yang masih menjalani rawatan susulan di IJN kini dibenarkan menerima kunjungan rakan-rakan rapatnya di samping menerima jambangan bunga serta buah-buahan daripada mereka.

Beliau dijangka dibenarkan pulang dalam masa seminggu lagi.

Dipetik daripada Bernama 16 Oktober 2007
Dialog Sembang Aidilfitri

Aidilfitri kali ini saya sempat berhariraya di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor. Setelah larut malam dan tiada lagi tetamu bertandang, saya adakan satu sessi sembang-sembang dengan adik lelaki bongsu saya - aktivis Pemuda UMNO - serta empat orang anak buah lelaki - seorang graduan jurusan usuluddin, seorang pelajar universiti bidang komunikasi, seorang supervisor pasaraya dan seorang pekerja di sebuah syarikat pengedar ayam proses.

Kami adalah keluarga UMNO. Topik sembang-sembang kami banyak menjurus kepada soal politik negara, hal ehwal Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, WPI dan juga geopolitik Asia Tenggara, khususnya mengenai Singapura dan zionisme, persahabatan Malaysia-Indonesia dan usaha Amerika Syarikat mahu kuasai Selat Melaka.

Pastinya topik-topik di atas agak berat untuk disembangkan di malam hening di sebuah desa yang terceruk di Mukim Empat, Simpang Kiri, Batu Pahat. Biarpun begitu, topik-topik itu disorot secara kampungan dengan olahan yang menarik.

Berikut adalah dialog-dialong yang menarik untuk saya kongsikan di sini:

A: Khairy ni dah melampau sangat. Semua dia nak bolot. FAM dia nak control, semua dia nak control. Bolehkah dia jadi PM pada umur 40 tahun?

B: Apa nak hairan. Kalau saya menantu PM pun mungkin jadi macam dia. Tapi, masa Mahathir dulu mana ada anak-anak dia main politik? Adalah Marina dengan NGO anti-aidsnya.

C: Tu semua saya tak kisah. Yang soal babi kat Melaka tu kenapa kerajaan macam takut-takut nak handle? Babi ada kuasa politik ke?

D: Ala.. Saya kerja dengan syarikat Cina. Hari tu, satu anak Cina dah saya cekek lehernya. Dia soalkan DEB yang 30 peratus khas kepada Bumiputera. Saya soal dia, kenapa tak bising yang 70 peratus lagi dikuasai bukan Bumiputera. Kenapa nak bising-bising. Nasib saya tak lepuk dia.

E: Apa pasal hari ni kapal perang Amerika boleh singgah kat Port Kelang? Dia nak bom Iraq, singgah. Dia nak lanyak Islam Timur Tengah, singgah.. Apa hal ni?

Saya terdiam. Adik dan anak-anak saudara saya rupa-rupanya prihatin juga terhadap dunia di sekeliling mereka. Kata-kata mereka juga tajam dan topikal.

Sesudah itu saya berikan respons saya kepada mereka. Sampai soal kaitan Selat Melaka dengan geopolitik dunia pun saya jelaskan. Mereka memberikan komen masing-masing secara spontan dan rasional.

Inilah bukti rakyat marhaen di kampung-kampung hari ini bukan calang-calang manusia. Mereka membaca akhbar, mereka dengar TV, mereka juga ada yang baca blog.

Sebelum kami tamatkan sembang-sembang kami, graduan usuluddin bertanyakan soalan berikut:

Boleh ke kepincangan di Malaysia hari ini di atasi menerusi Pilihan Raya? Kalau kerajaan menang lagi, saya khuatir apa yang ada sekarang jadi semakin tempang.

Saya tak jawab soalan itu. Hati kecil saya berkata: lain fesyen je soalan ni!

Adik bongsu saya pula bersuara: Kita UMNO, UMNO juga. Tapi hari ini saya UMNO fahaman kanan – right wing.

Kenyataan ini juga menjentik hati kecil saya. Eh.. adik saya ni apa nak jadi? Dah pandai cakap right wing dan left wing ni apa ceritanya?

Dia seolah-olah membaca suara hati kecil saya. Katanya, kalau dia kata dia puak kiri, dia adalah pembangkang kepada UMNO. Tapi, kalau puak kanan, dia ni eksremis UMNO. Dia mau parti balik kepada landasan asal. Dia masih berjuang dalam UMNO.

Hebat adik saya, kata hati kecil saya. Kalau macam ni, UMNO kena kaji, berapa ramai ahli UMNO bersikap dan berpendirian macam adik saya ini. Dan, apa harus dilakukan?

Saya tutup sessi sembang-sembang dengan kata-kata berikut: Kat mana saja kita berada, berjuanglah untuk agama, bangsa dan tanahair dengan ikhlas dan jujur. Satu lagi, ingat, kita orang Mukim Empat, Batu Pahat, gelanggang perjuangan Panglima Salleh pada 1945. Di mana saja kita berada, dahulukan perjuangan ikhlas untuk bangsa, agama dan tanahair, bila termampu dan kalau terdaya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Bati daripada saya sekeluarga. – Ruhanie Ahmad
Scoop Berita Kudakepang
Disahkan Oleh Polis KL

Berita di bawah ini mengesahkan kisah eksklusif atau pun scoop oleh Kudakepang pada 13 Oktober 2007 dengan tajuk Rompakan Bersenjata Di KLCC?

Kepada Datuk Christopher Wan, saya ada dua soalan untuk anda.

Satu: Kenapakah kali ini tak ada kenyataan polis yang mengesyakki lelaki Cina itu sebagai warganegara Singapura walau pun dia melepaskan diri dengan sebuah kereta menggunakan nombor plet Singapura?

Dua: Masa seorang wanita tanpa identiti yang disyakki terlibat dengan kes pembunuhan Nurin ditahan baru-baru ini, kenapa cepat sangat polis kata wanita itu warganegara Indonesia? – Ruhanie Ahmad

Polis Edar Fotofit Kes Rompakan
Kedai Jam Tangan Mewah Di KLCC

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Polis hari ini mengedarkan fotofit seorang suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan kes samun sebuah kedai jam tangan mewah di pusat membeli-belah Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Jumaat lepas.

Fotofit tersebut menunjukkan wajah seorang lelaki berbangsa Cina, ketinggian antara 152 dan 182 sentimeter, berbadan kurus, kulit cerah serta berkedut dan memakai baju kemeja berwarna biru gelap dan berseluar jeans putih.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata lelaki tersebut berumur dalam lingkungan lewat 30-an dan fotofit itu dapat dikeluarkan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KLCC.

Ku juga berkata pengawal keselamatan yang cedera di bahagian perut akibat terkena tembakan pistol suspek kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau berkata kereta jenis Hyundai Sonata yang digunakan suspek untuk melarikan diri mempunyai nombor pendaftaran Singapura, dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa republik itu.

Dalam kejadian pukul 7.30 petang itu, suspek melarikan 31 utas jam tangan mewah yang bernilai RM20,000 hingga RM30,000 seutas. Namun kesemua jam tersebut berjaya ditemui semula setelah suspek tercicir beg berisi jam itu berhampiran taman KLCC.

Dipetik daripada Bernama
Tun Mahathir Sekeluarga
Juga Anjur Jamuan Raya

Tetamunya tidaklah seramai 200,000(?) orang. Kos juadahnya juga tidak sampai RM1.5 juta. Tetapi, jamuan Aidilfitri anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sekeluarga di IJN hari ini tetap meriah dan bermakna.

Tun Mahathir yang pertama kali menyambut Aidilfitri IJN, dialporkan oleh Bernama sebagai kelihatan amat ceria bersama-sama isteri, anak-anak dan cucunya.

Beliau dan Tun Hasmah sekeluarga turut menjamu seluruh warga kerja IJN, dan pesakit lain mulai 10 pagi hingga 2 petang dengan juadah soto dan laksa Johor.

Untuk berita sepenuhnya sila akses link di bawah ini:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289934

Sementara itu, Tun Mahathir dan Tun Hasmah juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada yang beragama Islam.

Mereka berdua memohon maaf kerana tahun ini tidak dapat mengadakan rumah terbuka seperti biasa. Mereka juga meminta maaf kerana tidak dapat menerima pelawat sepanjang berada di IJN atas nasihat doktor.

Seterusnya, mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan Tun Mahathir agar cepat pulih.

Kenyataan penuh Tun Mahathir dan Tun Hasmah disiarkan sepenuhnya dalam blog Datin Paduka Marina Mahathir.

Sila akses salah satu links di bawah ini untuk membaca kenyataan sepenuhnya:

www.rantingsbymm.blogspot.com
http://rantingsbymm.blogspot.com/2007/10/hari-raya-present-for-you.html

- Ruhanie Ahmad

Nota: Posting di atas telah disiarkan di www.puteramalaysia.blogspot.com pada 14 Oktober 2007 kerana ketika itu blog ini mengalami masalah teknikal.

Saturday, October 13, 2007

Rompakan Bersenjata Di KLCC?

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2007: Satu rompakan bersenjata oleh sekumpulan penjenayah berlaku di sebuah kedai jam di Suria KLCC sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dari sebuah masjid berhampiran pusat membelibelah itu kira-kira jam 7.00 petang tadi.

Sumber-sumber berwibawa memberitahu kudakepang malam ini, seorang pengawal keselamatan yang cuba mengejar perompak itu telah ditembak oleh seorang daripada perompak berkenaan. Pengawal itu dikatakan tertembak di bahagian perutnya.

Sumber-sumber yang sama berkata, beberapa jam tangan berjenama dikatakan jatuh berciciran sewaktu kumpulan penjenayah itu melariakan diri. Salah satu senjata api milik kumpulan itu juga dikatakan turut tercicir.

Kumpulan perompak itu berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta import yang menggunakan nombor plet sebuah negara jiran di selatan.

Sehingga posting ini selesai ditulis masih belum terdapat sebarang berita mengenai rompakan tersebut daripada mana-mana sumber berita rasmi tanahair.

Sumber-sumber tersebut musykil sama ada rompakan itu hanya satu jenayah biasa atau satu tindakan yang mungkin mempunyai motif tersendiri.

Moga-moga Datuk Christopher Wan, Pengarah CID Bukit Aman, yang cekap dengan teknologi fotofit dan cekap dalam pengesanan jenayah menerusi CCTV, akan mengesahkan sama ada rompakan ini benar-benar berlaku.

Kalau tidak, ia mungkin hanya satu drama di senjakala lakonan segolongan manusia yang berhasrat menakut-nakutkan para pelancong dan pengunjung ke KLCC, satu-satunya destinasi kelas dunia yang amat masyhor di negara ini. – Ruhanie Ahmad
Agong Ucapkan Aidilfitri
Kepada Muslimin Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengucapkan Aidilfitri kepada semua Muslimin di negara.

Baginda berdua juga melahirkan harapan semoga Aidilfitri yang disambut esok akan diraikan dalam suasana muhibah, harmoni dan keriangan bagi meningkatkan silaturahim di kalangan Muslimin.

Dalam satu kenyataan dari Istana Negara hari ini, Tuanku Mizan turut menyampaikan penghargaan dan penghormatan kepada mereka yang terpaksa bertugas pada hari raya puasa bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan harmoni. - BERNAMA
Daulat Tuanku!
- Ruhanie Ahmad

Thursday, October 11, 2007

Sambutan Aidilfitri Bukan Lagi Ibadat?

Apa itu Hari Raya? Apakah hakikat Hari Raya yang sebenar sehingga ia dianggap sebagai hari yang besar? Kalaulah benar Hari Raya itu hari yang besar, bagaimana patut kita menyambutnya. Apakah yang patut kita buat pada hari itu? Bagaimana patut kita mengisinya? Adakah cukup Hari Raya itu disambut hanya dengan bersembahyang Hari Raya, mengirim kad Hari Raya, berziarah, menjamu selera dan bermaaf-maafan?

Baca posting sepenuhnya di blog:
http://puteramalaysia.blogspot.com

Wednesday, October 10, 2007

Syabas Anak Malaysia

Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama angkasawan Rusia Yuri Malenchenko, dan angkasawan Amerika Peggy Whitson, menaiki roket Soyuz TMA-11 dari Baikonur, Kazakhstan pada pukul 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia).

Syabas anak Malaysia. Kami bangga. Kami gembira. Kami doakan anda selamat pergi dan selamat kembali dengan semangat Malaysia Boleh yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289517

Keberangkatan Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas turut menerima iringan doa restu diraja. SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

"Beta amat berbesar hati kerana Dr Sheikh Muszaphar merupakan anak Malaysia pertama meneroka bidang angkasa lepas sejajar dengan misi kerajaan untuk Malaysia terus maju dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Ini satu peristiwa yang amat bersejarah kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 baru-baru ini," titah baginda. DAULAT TUANKU.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289470

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menyaksikan sendiri kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu dalam satu majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Kong Cho Ha dan 280 pelajar sekolah.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289519

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289527

Sementara itu, pencetus utama idea program angkasawan negara, Tun Dr Mahathir, juga mengucapkan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar.

Tun Dr Mahathir yakin, dengan semangat serta kecekapan yang diperolehi daripada program latihan angkasawan yang telah dituruti, Dr Sheikh Muszaphar akan berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

"Sebagai rakyat, saya berdoa agar misi yang akan membawa Dr Sheikh Muszaphar ke Stesen Angkasa Antarabangsa berjalan lancar dan selamat," kata Tun Dr Mahathir, yang masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara selepas menjalani pembedahan pintasan jantung bulan lepas, dalam satu kenyataan hari ini.

Tun Dr Mahathir yang mencetuskan idea melahirkan angkasawan pertama negara itu ketika menjadi Perdana Menteri, berharap segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada misi itu akan dikongsi bersama dengan rakyat, dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289478

Dipetik daripada BERNAMA
Helo Datuk Christopher Wan...
Bertindaklah Secara Bijaksana

Khamis, 4 Oktober 2007, saya mengirim satu posting kepada Datuk Christopher Wan Soo Kee, Pengarah CID PDRM Bukit Aman, dengan tajuk: Helo Christopher Wan, Ada Tak Fotofit Saya?

Saya bertanyakan kisah gadis yang disyakki terlibat dengan pembunuhan Nurin yang ditangkap di Nilai, tetapi tidak mempunyai pengenalan diri, kenapa cepat-cepat diberi identiti bahawa dia adalah warga Indonesia?

Saya juga bertanya, kenapa kisah gadis yang kononnya menelan sim card telefon bimbitnya itu disensasikan hanya berasaskan kenyataan sumber-sumber sahaja? Kalau pasti, kenapa tidak ada kenyataan rasmi? Kalau tidak, kenapa terus disensasikan setiap hari, sampai ke hari ini?

Hari ini, 10 Oktober 2007, gadis itu dibebaskan tanpa syarat. Sebabnya, polis tidak mempunyai bukti kukuh yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah.

Berita penuh mengenai pembebasan itu boleh diakses menerusi link ini:
http://web7.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289493

Mengapakah begitu akhirnya? Adakah sudah disiasat secara rapi, siapakah sumber-sumber yang mensensasikan kisah “penelanan sim card” itu? Siapakah sumber-sumber yang mengatakan gadis itu juga adalah “penjaga” Nurin sewaktu dalam penculikan?

Apa motif sebenar pihak polis mensensasikan berita yang tidak ada akauntabilititi itu? Tidakkah penahanan seorang warga Indonesia yang baru-baru ini nyaris-nyaris jadi kes diplomatik, mengajar kita jadi lebih berhati-hati dan lebih bijaksana?

Atau, memang mungkinkah ada udang di sebalik batu di sebalik usaha mensensasikan kisah gadis itu? Untuk memesongkan tumpuan umum kepada kisah kes tembakan dengan peluru hidup tanpa mengikut Geneva Convention di Kuala Terengganu? Atau untuk memenuhi hasrat tertentu yang akhirnya melaga-lagakan Malaysia dan Indonesia dalam apa jua isu yang boleh dieksploitasikan pada ketika ini? – Ruhanie Ahmad
Ucap Selamat Aidilfitri Khusus
Buat Tun Mahathir Sekeluarga (3)

Berikut adalah mesej ucap selamat Aidilfitri selanjutnya daripada rakyat jelata Melaysia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih tetap berada di IJN Kuala Lumpur.

Sesetengah mesej ini bersahaja nadanya. Tetapi tetap mengusik jiwa kerana keselembaan itu mencerminkan keikhlasan pengirimnya. Moga-moga Tun sekeluarga juga sudi menerima mesej ini dengan hati terbuka.

Haji TTDI KL: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Tun seisi keluarga. InsyaAllah Tun akan pulih sepenuhnya tidak berapa lama lagi.

Kamalkamal: Di penghujung Ramadhan yang cukup berkat ini, marilah kita rakyat Malaysia mendoakan supaya Tun akan terus sihat dan bersama keluarganya sempena Aidilfitri. Maaf zahir dan batin...Selamat menyambut hari lembaran.

Kamsin Jali, Batu Pahat: Selamat Hari Lebaran Pada Tun Mahathir sekeluarga. Walau apapun terjadi, you are the best.. Maaf zahir batin.

Julaihi Mazidi, Miri, Sarawak: Kami sekeluarga harap Tun sekeluarga sentiasa bersabar. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita semua semoga Tun kembali sihat seperti biasa. Kami bangga ada pemimpin seperti Tun dan Tun Hasmah. Selamat Hari Raya.

Mat Tahir Kitingan: Kota Belud, Sabah: Kami doakan Tun segera pulih. Kami di Sabah sentiasa ingat jasa-jasa Tun kepada kami. Biar orang lain lupa, kami rakyat bawahan tidak akan lupa. Ampun dan maaf dan Selamat Hari Raya untuk Tun sekeluarga.

Nik Razali Nik Man: Wakaf Baru, Kelantan: Saya sekeluarga sentiasa mendoakan kesihatan Tun. Selamat Hari Raya maaf lahir batin.

Arfan Izzuan Affendi: Precint 9 Putrajaya: Di hari baik bulan baik ini, saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih pada Tun. Kerana ada Putrajaya hidup kami tambah selesa. Sekolah anak-anak kami dekat dan moden. Kemudahan tempat tinggal kami canggih. Segala-galanya menceriakan. Jasa Mu Tetap Dikenang Tun. Selamat Hari Raya dan jutaan maaf daripada kami sekeluarga kepada Tun dan Tun Hasmah sekeluarga.

Erni Izati Redzuan, Pontian, Johor: Saya Anak Merdeka membesar di zaman Tun jadi PM. Saya bangga ada pemimpin besar macam Tun. Hari ini, orang-orang dekat kawasan saya merungut pasal WPI. Saya tak tau pasal apa. Kata mereka, kalau Tun masih PM, WPI takkan jadi. Salam sayang buat Tun dan Tun Siti Hasmah. Sembah salam dan maaf zahir batin.

Abdillah Islamuddin, Pattani, Thailand: Salam mesra dan Selamat Hari Raya pada Dr Mahathir, isteri dan anak-anak. Moga-moga Tun cepat sembuh.

Ibrahim Agil, Bukit Timah, Singapura: Kita orang satu keluarga doakan Tun sekeluarga bahagia selalu di Aidilfitri. Selamat Hari Raya, maaf lahir batin.

Mas Indera, Bank Mandiri, Jakarta: Salam hormat saya pada Pak Mahathir sekeluarga. Semoga di hari lebaran ini beliau semakin sembuh. Maaf lahir batin.

Mat Deros Ibrahim, Padang Marsirat, Langkawi: Tun, roti syarikat Tun best. Kami doakan Tun segera sembuh, ceria dan boleh mai Langkawi jengok-jengok kedai roti tu. Sembah salam dari kami sekeluarga. Dr M tetap best. Maaf dan ampun pada Tun dan Tun Siti Hasmah.
The Toyol Code 2007:

Anai-Anai Uncle Sam Dan Lion
Akan Berhari Raya Di Malaysia

Di bawah ini adalah info terkini daripada salah seorang Toyol Kuda Kepang. Bacalah mesej berkod ini dengan sejelas-jelasnya dan secara seteliti yang mungkin.

Ia adalah mengenai kita semua selaku warganegara Malaysia. Ia adalah mengenai kedaulatan negara kita yang tercinta. Ia adalah mengenai destini anak cucu kita bersama di hari muka.

Untuk membantu anda memecahkan info di bawah ini, imbaslah kembali siri The Toyol Code di Kuda Kepang kira-kira setahun yang lalu. Kesemuanya masih tersimpan dalam arkib blog ini.

Saya hanya akan pecah dan huraikan kod ini secara terperinci, dan mungkin secara bersiri, dalam posting mulai esok.

Inilah mesej The Toyol Code paling terkini yang saya terima awal pagi ini (jam satu pagi 10 Oktober 2007). Beginilah bunyi mesej sepenuhnya:

Pekara penting perlu Toyol Code dedahkan. Sambutan Hari Raya Besar ke-12 di sambut Disember 2007.

Terima berita
pengesahan ini hari ini. Beruang Hitam telah mula import anai-anai SAM dan LION.

Pesanan terbaru: FBI akan pastikan tiada pihak boleh membuat bantahan jika terdapat cacat cela sambutan Hari Raya Besar kali ini.

Banyak pesanan saya terima mengesahkan anai-anai kini sudah mula memeta kawasan Hari Raya Besar.

Hancur negara kita kali ini. Harap-harap rakyat jelata akan berfikir panjang dan merenung jauh akan nasib dan masa depan masing-masing secara bijaksana.

Setelah anda membaca mesej berkod di atas, pasti anda dapati bahawa Hari Raya Besar yang dimaksudkan di sini bukanlah Hari Raya Aidilfitri yang akan kita sambut dua tiga hari lagi! Tapi, mungkinkah Hari Raya Besar di sini bermaksud Pilihan Raya Umum ke-12? – Ruhanie Ahmad
Al-Fatehah Buat Dato’ Nasar
Seorang Sahabat Dan Pejuang

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Nasaruddin Abdul Jalil, meninggal dunia sekitar jam 8.00 malam, 9 Oktober 2007.

Allayarham - seorang sahabat, seorang usahawan dan juga pejuang bangsa - menghidap penyakit barah usus. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara jam 11.30 malam.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT jua dan mudah-mudahan Allahyarham juga akan tergolongan di kalangan orang-orang yang soleh.

Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Pengerusi GERAK Mohamad Ezam Mohd Nor, MPT PKR Khalid Jaafar dan bekas setiausaha agung FAM Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad

Dipetik daripada KLPos

Tuesday, October 09, 2007

Ucap Selamat Aidilfitri Khusus
Buat Tun Mahathir Sekeluarga (2)

Muhashamsani bin Abdul Ghani, Ipoh, Perak: Buat Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah. Selamat Menyambut Hariraya Aidil Fitri. Terima kasih kerana telah memimpin negara ini dengan jayanya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasamu.

Rahim Ishak dan Rozaila Mohamad sekeluarga: Kami ucapkan Selamat Hari Raya buat Tun sekeluarga. Semoga sihat walafiat selalu. Didoakan Tun dapat menunaikan puasa enam lepas raya ni. Insyaallah.

Aseri Abu Bakar dari Kedah: Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tun sekeluarga dan mohon kehadrat Illahi agar Tun cepat sembuh. Insya Allah!

Sahabudin Saffie: Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah serta keluarga. Semoga Tun cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Kami berdoa, sinar Aidilfitri ini akan terus menyinari kesihatan Tun. Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah SWT memberkati Tun dan sekeluarga.

Ucap Selamat Aidilfitri untuk Tun Dr Mahathir Mohamad sekeluarga menerusi blog ini mendapat sambutan menggalakkan. Saya harap para pengirim akan membuat ucapan ringkas dan menceriakan sambil nyatakan nama mereka, dan kalau boleh, juga daerah atau negeri masing-masing. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad
Ucap Selamat Aidilfitri Khusus
Buat Tun Mahathir Sekeluarga

Mulai hari ini kuda-kepang membuka ruang ucap Selamat Aidilfitri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menjalani rawatan di IJN Kuala Lumpur. Semoga ucap selamat ini menceriakan Tun sekeluarga yang sedang menjalani dugaan Allah SWT. Kirimkanlah ucap selamat anda seringkas yang mungkin kepada mayaputera@yahoo.com. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

Puan Nur El Balquish Bt Mohamad @ Harun, Johor Bahru: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah serta keluarga. Kami doakan Tun cepat sembuh dan terus memimpin kami yang dalam kesempitan ini. Kami berdoa, sinar Aidilfitri ini akan terus menyinari kesihatan Tun. Kami perlukan Tun.

Nazree Mohamad: Selamat dan salam sejahtera kepada pemimpin Malaysia yang tiada tandingan. Semoga Tun Dr Mahathir sekeluarga dicucuri rahmat dan berbahagia di dunia dan akhirat. Tiada kata-kata yang dapat menunjukkan penghargaan saya kepada Tun Dr Mahathir. Tun adalah satu dalam berjuta.

Mahazir Ahmad: Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hati Raya Aidilfitri kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah serta keluarga. Semoga Tun cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah SWT memberkati Tun dan sekeluarga.

Monday, October 08, 2007

Alhamdulillah Tun Mahathir Selamat:
Beliau Kini Berada Di Wad VVIP IJN

Alhamdulillah. Tun Dr Mahathir Mohamad kini “out of danger.” Beliau kini dipindahkan ke Bilik Bunga Raya – Wad VVIP IJN.

Mulai semalam, Tun Mahathir sudah mulai berjalan tanpa sebarang bantuan daripada sesiapa. Bagaimanapun, lawatan masih terhad kepada kaum keluarga sahaja.
Blog ini akan membuka satu ruang ucap selamat Aidil Fitri khusus buat Tun Mahathir sekeluarga. Kirimkanlah ucap selamat anda secara ringkas menerusi posting ini atau e-mail kepada mailto:mayaputera@yahoo.com

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Institut Jantung Negara, 8 October....YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad has been transferred to the Bunga Raya ward of Institut Jantung Negara from the Intensive Care Unit at noon today.

IJN doctors are happy with his progress and will continue with post-surgery rehabilitation including chest and muscle strengthening exercises. Tun Dr Mahathir has also been able to walk unaided since yesterday.

In order to give him adequate rest in between physiotherapy sessions, visitations continue to be limited to immediate family members.
Reaksi (1)
Gerakan Dan Tsu Koon
Nak Hapuskan Melayu?

Melayu Terpinggir

Dalam posting saya di blog ini, dengan promonya di blog http://www.kuda-kepang.blogspot.com/, saya telah kemukakan pertanyaan: kenapakah Ketua Pergerakan Pemuda Gerakan minta wujudkan satu parti multi-keturunan gantikan BN? Apa motif cadangan ini? Untuk hapuskan Melayu jadi tonggak BN? Untuk hapuskan kerajaan Malaysia berpaksikan UMNO? Tidakkah ini cadangan anti-Melayu?

Berikut adalah antara reaksi awal yang saya terima menerusi http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. Saya paparkan reaksi ini di sini untuk membolehkan kita mengambil iktibar daripadanya.

Kamalkamal: Parti Gerakan sejak dari Lim Chong Eu lagi mengatur strategi mengusir Melayu keluar dari bahagian pulau (Pulau Pinang). Sebab itu dimajukan Seberang Jaya. Projek perumahan di bahagian pulau amat pesat dengan penghuni keturunan orang Cina. Orang Melayu tak sampai pun 10 peratus. Terutama sekali di kawasan Paya Terubung dan pembangunan di kaki-kaki bukit.

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses link di bawah ini:

http://puteramalaysia.blogspot.com

Sunday, October 07, 2007

Ingatkan Ketua Pemuda Gerakan
Lain Kali Jangan Mengada-ngada

Ingatkan Ketua Pergerakan Pemuda Gerakan, lain kali jangan mengada-ngada. Kalau BN disifatkan tidak lagi relevan dengan Gerakan, apa nak tunggu lagi?

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses link di bawah ini:

http://puteramalaysia.blogspot.com
Gerakan Dan Tsu Koon
Nak Hapuskan Melayu?

Parti Gerakan adalah komponen Barisan Nasional (BN) sejak tahun 70-an. Lebih tepat lagi, selepas peristiwa 13 Mei 1969. Gerakan mendakwa sebagai parti berbilang keturunan. Tapi, di bawah kepimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon, Gerakan nampaknya seolah-olah kurang sensitif terhadap Islam dan keunggulan Melayu.

Kalau tidak, kenapakah adakan perhimpunan agung parti pada bulan Puasa? Bukankah ini menyukarkan ahli-ahlinya yang beragama Islam? Tidakkah ini menyebabkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi serba salah?

Kalau tidak, kenapakah Ketua Pergerakan Pemuda Gerakan minta wujudkan satu parti multi-keturunan gantikan BN? Apa motif cadangan ini? Untuk hapuskan Melayu jadi tonggak BN? Untuk hapuskan kerajaan Malaysia berpaksikan UMNO? Tidakkah ini cadangan anti-Melayu?

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses:
http://puteramalaysia.blogspot.com.
“Perdana Menteri Mesti Berani”
- Abdullah Beritahu Diri Sendiri

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh Bernama 6 Oktober 2007 sebagai memberitahu dirinya sendiri bahawa “Perdana Menteri mesti berani, bersedia untuk mendengar walaupun cerita yang paling teruk, sama ada berkaitan negara atau dirinya sendiri.”

Sehubungan dengan kenyataan di atas, Abdullah juga menegaskan perkara-perkara berikut:

Satu: Pendirian di atas “mesti menjadi satu sikap yang wujud pada diri” semua pihak (pemimpin).

Dua: Semua pihak (pemimpin) tidak wajar “membenarkan diri” mereka “menafikan keadaan.”

Tiga: Semua pihak (pemimpin) tidak wajar “berasa selesa dengan apa yang ada.”

Empat: Semua pemimpin politik dan anggota Kabinet “memberitahu perkara yang sebenar kepadanya walaupun ia mungkin, atau merupakan sesuatu yang sukar untuk diterima.”

Lima: Pemimpin politik wajar memberi perhatian terhadap (sesuatu) isu dan “bukannya berlagak bahawa semuanya berjalan baik tanpa sebarang masalah.”

Kenyataan di atas cukup murni. Ia merupakan satu anjakan sikap Abdullah selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Ia wajar dialu-alukan dan disokong oleh rakyat jelata Malaysia.

Untuk berita sepenuhnya, sila akses link di bawah ini:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288858

Oleh itu, mulai hari ini Abdullah “mesti berani” melihat ke dalam dirinya sendiri, dan mesti “bersedia untuk mendengar walaupun cerita yang paling teruk sama ada berkaitan negara atau dirinya sendiri.”

Abdullah juga “mesti berani” menganalisa keresahan rakyat jelata terhadap karenah dan perilaku anggota keluarganya, terutama sekali anak menantu kesayangannya.

Akhir sekali, Abdullah “mesti berani” mengkaji kritikan umum terhadap segelintir individu yang kini dilihat dan dikatakan sebagai cukup manipulatif terhadap dirinya dan kepimpinannya.

Kalau tidak, kenyataan noble dan murni seperti di atas hanya akan dianggap oleh umum sebagai satu retorika kosong atau umpama menanam tebu di bibir sahaja. – Ruhanie Ahmad
Reaksi (2)
Benarkah Amerika Syarikat
Mahu Kuasai Selat Melaka?

Seorang surfer yang mendakwa daripada Indonesia, dengan menggunakan nama Keni, mencadangkan supaya ditubuhkan “satu organisasi rakyat Indonesia-Malaysia untuk protect Selat Melaka. Usah apa-apa. Organisasi sosial cuma. Sekali-sekala kita jumpa-jumpa, ngomong-ngomong, berinteraksi. Organisasi kaye gini kan enggak salah toh. Saya kira, badan pemerintah kita pun akan sokong. Bagaimana kalau Kuda Kepang anjurkan ide ini? Bisa kan?”

Saya panjangkan gagasan Keni seperti di atas untuk dituntasi dan dirincikan oleh anda semua. Seandainya perlu, blog ini sedia menjadi fasilitator kepada kewujudan organisasi berkenaan.

Berikut adalah reaksi Nakhoda kepada persoalan sama ada benarkah Amerika Syarikat mahu kuasai Selat Melaka?:

Nakhoda: Selat Melaka satu subject matter yang menarik. Ikut senario dunia hari ini, Selat Melaka adalah perairan strategik dan terpenting di Asia Tenggara. Mana-mana kuasa besar yang dapat kuasai selat ini akan jadi superpower dunia yang boleh ganggu-gugat China.

Dalam konteks dunia, Selat Melaka dikuasai oleh dua negara Islam. Di satu pihak adalah Indonesia - negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar sekali di dunia. Di satu pihak lagi adalah Malaysia - negara Islam yang progresif dan pesat membangun.

Dua negara ini mestilah pertahankan Selat Melaka hingga titisan darah terakhir supaya ia tidak berjaya dikuasai oleh mana-mana kuasa besar dunia. Ini sesuai dengan objektif ASEAN untuk menjadikan wilayah ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.

Malangnya, ada juga anggota ASEAN, terutamanya Singapura, yang mahu kuasa besar dunia menguasai Selat Melaka. Singapura bertindak demikian kerana dia sekutu Amerika Syarikat. Singapura juga sekutu Israel. Singapura adalah pusat zionis penting di Asia Tenggara.

Malaysia dan Indonesia mesti insaf, beratus tahun dulu, Selat Melaka berada dalam kekuasaan Eropah – Portugis, Inggeris dan Belanda. Kehadiran kuasa penjajah ini menyebabkan rakyat Malaysia dan Indonesia dijajah dan menderita beratus tahun lamanya. Kekayaan mereka dikuasai oleh kuasa penjajah tersebut. Kegemilangan empayer-empayer Nusantara dilenyap dan dimusnahkan secara sistematik. Kegemilangan kuasa Islam juga di lemah dan diporak-perandakan.

Hari ini kuasa penjajah itu mahu kembali bertapak di Malaysia dan Indonesia berasaskan kepentingan dan perkiraan geopolitik yang baru dan semasa.

Usaha neo-imperialis dan konco-konconya ini mesti disekat, ditentang dan dipatahkan dengan apa jua cara. Satu caranya adalah dengan Malaysia dan Indonesia mewujudkan dasar kerjasama yang seerat-eratnya. Kalau Malaysia dan Indonesia berbalah, neo-imperialis akan kembali berkuasa di wilayah kita.

Hari ini beberapa sekutu neo-imperialis di Asia Tenggara tengah kerja keras untuk mengadu-dombakan Malaysia dengan Indonesia. Mereka akan menghasut. Mereka akan cari jalan buruk-burukkan Malaysia dan Indonesia menerusi propaganda hitam dan operasi “bendera palsu”.

Usaha ini sedang kita rasakan bahangnya sekarang. Ini dilakukan menerusi talibarut-talibarut neo-imperialis d kalangan kita yang merupakan saudara serumpun di Nusantara. Perhatikanlah sekeliling kita. Pasti kita akan menyedari usaha ini dengan jelasnya.

Sudah sampai masanya Malaysia dan Indonesia memperkasakan semula persahabatannya secara jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kalau kedua-dua negara ini terpengaruh dengan hasutan dan propaganda neo-imperialis dan sekutunya, Malaysia dan Indonesia pasti akan rugi, kecundang dan ditimpa musibah yang mungkin boleh menyebabkan kehancuran.

Friday, October 05, 2007

Tahniah Kepada PM

Berita di bawah ini mendorong saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Moga-moga rakyat Malaysia juga akan turut berbangga dengan kenyataan tersebut. Inilah bukti Abdullah adalah seorang tokoh yang dihormati dunia, terutama sekali bila “ahli politik dan diplomat Amerika Syarikat melihat Malaysia sebagai rakan dan sebuah negara berpendirian sederhana.”

Mudah-mudahan “pengiktirafan” oleh “ahli politik dan diplomat Amerika Syarikat” ini bukannya usaha menangguk di air keruh atau ada udang di sebalik batu.

Duta Anggap Misi Abdullah
Ke PBB Satu Kejayaan Besar

NEW YORK, 5 Okt (Bernama) -- Duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Hamidon Ali, menyifatkan misi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Perhimpunan Agung PBB minggu lepas sebagai satu kejayaan besar.

"Perdana Menteri telah berbincang dengan pemimpin-pemimpin penting dunia dan kita mencapai matlamat yang kita tetapkan bagi perhimpunan agung ini," katanya kepada wakil Bernama.

Hamidon berkata penyertaan Malaysia dalam perhimpunan agung kali ini membawa satu lagi erti kerana ia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 Malaysia, dan satu majlis jamuan diadakan oleh Perdana Menteri, dihadiri pembesar-pembesar asing yang menyertai perhimpunan agung itu.

Untuk berita sepenuhnya sila akses:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288629
Reaksi (1)
Benarkah Amerika Syarikat
Mahu Kuasai Selat Melaka?

Selat Melaka telah menyaksikan sejarah kegemilangan Nusantara – Malaysia dan Indonesia – di zaman purba. Selat ini juga merakamkan sejarah kehancuran kegmilangan itu di tangan kuasa imperialis seperti Portugis, Belanda dan Inggeris dari awal abad ke-16 hinggalah pertengahan abad ke-20.

Kini abad ke-21. Selat Melaka kembali dikuasai oleh Malaysia dan Indonesia – dua negara yang sudah berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajah silam sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Bila saya poskan satu pertanyaan: Benarkah AS Mahu Kuasai Selat Melaka di abad ke-21 ini, berikut adalah antara pendapat yang saya terima.

Cyber: Kalau nak faham pentingnya Selat Melaka, kaji (sejarah) geopolitik membabitkan Terusan Suez di Asia Barat dan Terusan Panama di the Carribeans. Amerika Syarikat (AS) sanggup berperang untuk menguasai terusan-terusan itu. Peperangan itu dimulakan dengan subversion dan infiltration. Peperangan itu demi kepentingan strategik - ekonomi dan politik – AS serta kapitalis-zionis yang menguasai AS.

Selat Melaka pun macam tu juga. Bila China jadi kuasa gergasi ekonomi dunia, Selat Melaka jadi makin penting dan prominen kepada AS demi laluan tanker minyaknya dan demi laluan armada perangnya di wilayah Asia-Pasifik (termasuk Asia Tenggara) membawa hingga ke Asia Selatan, Asia Tengah dan Asia Barat.

AS mahu menguasai Selat Melaka supaya penguasaan itu jadi kuasa pengimbang kepada kebangkitan China. Maksudnya, dengan menguasai Selat Melaka, AS boleh menguasai laluan minyak dari Asia Barat dan Asia Tengah hingga ke Timur Jauh dan Lingkaran Pasifik.

Dengan cara ini, AS boleh memanipulasikan supply dan harga minyak dan gas ke China tanpa ganggu gugat mana-mana pihak. Kekuasaan total seperti ini adalah senjata untuk menggugat China bila difikirkan perlu dan sesuai waktunya.

Tapi, kalau Selat Melaka gagal dikuasainya, maka kegagalan itu akan menjejaskan kekuasaan total AS-zionis dalam industri petroleum, daripada aspek upstream, downstream, keselamatannya dan geopolitiknya.

Untuk memperolehi control ini, AS akan lakukan apa saja. Kalau tak dengan cara diplomasi, dia akan guna taktik perasugut ekonomi, dominasi ke atas politikus setempat atau pun dengan subversion, infiltration, sabotaj dan kekerasan.

Berdasarkan seejarah dunia, AS juga sanggup melakukan regime change dengan apa jua tipuhelah dan propaganda yang ada.

Esok akan saya poskan lagi pendapat segar mengenai soalan di atas. Sama-samalah kita ambil iktibar demi kesejahteraan kita bersama. – Ruhanie Ahmad

Thursday, October 04, 2007

Tun Mahathir Bertambah Sihat

Tun Dr Mahathir Mohamad bertambah sihat. Oleh itu,jangan sekali-kali anda terpengaruh dengan sesetengah berita negatif mengenai beliau yang sedang disebar oleh elemen-elemen tidak bertanggungjawab ketika ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Institut Jantung Negara (IJN) semakin sihat, malahan boleh menikmati masakan dari rumah, setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

IJN, dalam satu kenyataan hari ini berkata Dr Mahathir, 81, meluangkan lebih banyak masa dengan duduk berikutan semakin sihat dan bertenaga selepas 11 hari menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan.

"Beliau kini boleh makan masakan dari rumah kerana adalah amat penting bagi Dr Mahathir untuk mengambil makanan berkhasiat untuk memberikan tenaga.

"Para doktor IJN gembira dengan perkembangan kesihatan beliau yang semakin pulih dan beliau akan terus ditempatkan di ICU," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir menjalani pembedahan membersihkan luka pada 22 Sept selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 4 Sept.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288465
Helo Christopher Wan
Ada Tak Fotofit Saya?

Saya tak kenal Datuk Christopher Wan Soo Kee. Tapi saya tau beliaulah Pengarah CID PDRM Bukit Aman. Kebelakangan ini beliau cukup glamour dan beliau amat sensasi. Inilah contoh pegawai tinggi yang sangat berdedikasi.

Menerusi posting ini saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Christopher Wan. Pertama, syabas dan tahniah kerana bermati-matian nak selesaikan penyiasatan kes pembunuhan Nurin. Sampai import pegawai FBI dari Amerika pun tak apa. Pokoknya, kes ini mesti disiasat, penjenayahnya pula mesti ditangkap.

Kedua, syabas dan tahniah kerana kes Nurin telah diolah sebegitu rupa hingga jadi satu kes yang super-sensasi. Sama ada secara kebetulan atau sebaliknya, kes super-sensasi ini pula menjadi diversion paling klasik kepada kes super-explosive di mana seorang pegawai polis dikatakan melepaskan dua das tembakan peluru hidup ke atas sekumpulan pendemonstrasi di Kuala Terengganu baru-baru ini tanpa mematuhi Gevena Convention.

Selanjutnya, saya nak tanya beberapa hal yang kini sedang menjentik-jentik pemikiran banyak pihak di Malaysia. Kalau lepas ni Christopher Wan nak edarkan fotofit mengenai diri saya kerana bertanyakan soalan-soalan ini pun tak apa. Buatlah apa yang difikirkan baik!

Tapi, sebelum itu, berikut adalah profil ringkas diri saya. Pada 1972 saya pernah jadi wartawan jenayah. Saya familiar dengan S. Kulasingam dan Yahya Yeop Ishak. Saya familiar juga dengan etika dan convention kewartawanan jenayah.

Saya juga pernah berkhidmat di KDN selama empat tahun di era MKDN Tun Musa Hitam, KPN Tun Haniff Omar, TKPN Tan Sri Amin, PCK Datuk Mahmud dan PJSJ Datuk Syed Othman. Jadi, saya juga serba sedikit faham tentang KDN dan PDRM.

Soalan-soalan saya kepada Christopher Wan adalah seperti berikut:

Satu: Kalau anda seolah-olah mempunyai excess energy untuk menyelesaikan kes Nurin, kenapa anda memang seolah-olah mencari diversion kepada kes tembak guna peluru hidup di Kuala Terengganu tempohari?

Dua: Sewaktu dua anak Melayu terbunuh di malam menjelang sambutan 50 merdeka di Pulau Pinang dan seorang lagi terbunuh di Kuala Lumpur, kenapa cepat-cepat dikatakan kes itu hanya pergaduhan biasa? Tidak mungkinkah kes itu kes perkauman?

Tiga: Seorang gadis yang disyakki terlibat dengan pembunuhan Nurin yang ditangkap di Nilai baru-baru ini tidak mempunyai pengenalan diri. Kenapa cepat-cepat diberi identiti yang gadis itu adalah warga Indonesia?

Empat: Dalam kes gadis yang sama, kenapa kisah gadis itu kononnya menelan sim card telefon bimbitnya hanya diasaskan kepada kenyataan sumber-sumber? Kalau pasti, kenapa tidak ada kenyataan yang sah daripada anda? Kalau tidak pasti, kenapa kisah itu terus diulang-ulang secara sensasi pada setiap hari?

Link-link berikut mengandungi butir-butir yang saya persoalkan seperti di atas:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=287682

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=287766

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm


Lima: Pihak Kedutaan Besar Indonesia di KL berusaha menemui gadis yang anda katakan sebagai gadis warga Indonesia. Kenapa tidak dipenuhi usaha itu? Tidakkah ini menimbulkan kecurigaan dan mungkin escalate jadi kes diplomatik?

Jika anda tak baca kes ini sila akses:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288397

Enam: Hari ini ada berita mengenai mistaken identity. Seorang awam (graduan universiti) yang hanya berada di IPD Petaling Jaya untuk memberikan sokongan moral kepada seorang rakannya yang dibebaskan dari tahanan reman berkaitan siasatan kematian Nurin, mendakwa gambar beliau telah disiarkan secara besar-besaran oleh media tempatan sebagai salah seorang yang bebas dari tahanan reman. Apa komen anda mengenai hal ini? Tidakkah ini hasil daripada keadaan yang seolah-olah out of control di pihak anda sehingga orang yang tidak disyakki pun turut tercemar nama baik dan imejnya?

Anda nak bukti, sila akses link ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Tujuh: Berasaskan seluruh soalan di atas, tidakkah anda fakir perlu supaya pemberitaan mengenai kes siasatan Nurin ini dikawal dan diselaraskan supaya tidak akan ada mana-mana pihak yang berasa tak puas hati atau mungkin akan teranaiya?

Lapan: Tidakkah strategi fotofit anda kali ini agak “huru-hara” impaknya kepada masyarakat setempat, khususnya golongan prihatin yang ingin membantu PDRM dalam pemberian maklumat untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah?

Sembilan: Mengapakah perlu digunakan khidmat FBI Amerika Syarikat bila kepakaran di bidang itu boleh diperolehi secara tempatan?

Sepuluh: Pada 2 Oktober 2007 anda menyatakan pada satu sidang media bahawa fotofit terbaru yang diedarkan oleh PDRM “menunjukkan wajah seorang lelaki dan wanita berketurunan Melayu.” Kenapa cepat sangat memberikan identiti ras dalam hal ini? Adakah ia mahu memenuhi sesuatu agenda yang tidak diketahui umum? Kenapa tidak dikatakan hanya dua suspek? Kenapa perlu disebut dua suspek keturunan Melayu? Mana anda pasti kalau mereka itu bukan orang kuning, orang biru, orang cokelat, orang purple atau sebagainya?

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Akhir kata, saya mohon maaf. Anda mungkin tidak pernah terjumpa dengan kes di mana kebijaksanaan anda dalam melaksanakan sesuatu siasatan seolah-olah dipersoalkan oleh masyarakat umum seperti apa yang saya lakukan menerusi blog ini.

Percayalah, saya persoalkan seluruh perkara di atas bukan untuk masuk campur urusan PDRM. Juga bukan untuk menghalang siasatan PDRM.

Tetapi, untuk berkongsi pendapat dan pengalaman bahawa pemberitaan dan publisiti sesuatu kes high profile seperti kes Nurin ini mestilah ditangani secara bijaksana dan dikendalikan secara terselaras.

Ini akan mengelakkan sensasi dan keterlanjuran yang boleh menjejaskan keadilan. Ia juga untuk mengelakkan masyarakat umum daripada mencipta apa-apa konspirasi teori yang menjejaskan imej PDRM keseluruhannya dan melunturkan martabat para pegawai tinggi yang bertanggungjawab mengenainya.

Selamat maju jaya. – Ruhanie Ahmad

Wednesday, October 03, 2007

Benarkah Amerika Syarikat
Mahu Kuasai Selat Melaka?

Di bawah ini saya petik beberapa faktor menarik daripada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007.

Dalam artikel berjodol Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka, antara lainnya, Azmi mengaskan seperti berikut:

Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) untuk memaksa Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka.

Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluan kehadiran tentera AS di Selat Melaka.

Terbaru, Washington menggunakan Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.

Pada tahun 2003 Washington memperkenalkan Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka.

Bantahan keras Kuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington membatalkan program tersebut dan diganti dengan PSI.

Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekad enggan menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah kata, kedaulatan dan maruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.

Terdapat juga kesangsian Washington boleh menggunakan PSI sebagai meletakkan pengaruh mereka di Selat Melaka. Jakarta sering dipujuk supaya menyertai PSI dan kali terakhir ini dilakukan ketika Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice membuat lawatan ke Indonesia pada bulan Mac 2006. Permintaan Rice ditolak oleh Jakarta atas alasan kedaulatan negara tidak mahu diperjudikan.

Untuk membaca artikel sepenuhnya dan artikel lain berkaitan dengannya, sila akeses link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Nota: Saya paparkan sedutan artikel Prof. Madya Azmi Hassan seperti di atas untuk memperkuatkan lagi kekhuatiran ramai rakyat Malaysia bahawa kehadiran FBI membantu PDRM dalam kes Nurin kali ini mungkin ada udang di sebalik batu. Fikir-fikirkanlah… - Ruhanie Ahmad

Pembangunan WPI Jadi Falsafah UMNO
Atau Falsafah UMNO Jadi Paksi WPI?

Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan satu hasrat yang abstrak di Johor Bahru semalam. Hasrat itu tersirat di sebalik kenyataannya supaya “pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) turut menjadi falsafah perjuangan UMNO.”

Kata Najib, usaha tersebut “perlu dijadikan paksi supaya apa yang diperjuangkan parti itu kekal. Perkara ini penting supaya jati diri tidak terhakis dalam meralisasi dan mengolah pembangunan itu dengan jiwa dan naluri kita kekal sebagai ahli UMNO.”

Untuk mmbaca posting sepenuhnya sila akses:
www.puteramalaysia.blogspot.com

Monday, October 01, 2007

Reaksi:
Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ? (2)

Dalam posting saya pada 29 Sptember 2007 dan 1 Oktober 2007, saya mengeluarkan soalan-soalan berikut: perlukah seorang pegawai FBI diterbangkan khas ke Malaysia hanya untuk “mengenal pasti fotofit dalam rakaman CCTV” membabitkan pembunuhan Nurin Jazlin?

Saya juga bertanya: mungkinkah penglibatan FBI ini untuk mencerminkan betapa rapatnya Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini dengan pentadbiran Presiden Bush? Inikah motif sebenar-benarnya? Atau, adakah agenda lain yang masih belum diketahui umum?

Di bawah ini adalah antara komen-komen yang relevan dengan pertanyaan di atas:

Cyber: Dulu-dulu memang tak pernah dengar cerita pasal FBI. La ni ada pulak FBI. Hairan juga kita dibuatnya. Hebat betul AAB.

Cina: You been reading too much conspiracy theory. What is wrong with the FBI? Why worry if PM Badawi is close to Bush? We have to accept the fact that US is very powerful. So, it is good to be friendly with such a superpower.

Jalak Lenteng: Bila IGP umum penglibatan FBI dalam kes Nurin, tak lama kemudian terus dapat reman beberapa orang yang disyaki terlibat. Ini menunjukkan PDRM tak secekap yang Datuk katakan....Tak sampai pun seminggu ramai yang ditahan dan akan disoalsiasat dan mungkin dipaksa mengaku bagi kesalahan yang tidak dilakukuan. Bukti DNA boleh direka oleh sesiapa sahaja. Harap jangan sampai orang yang tak bersalah disuruh mengaku sudahlah.

Hakikatnya di Malaysia ini, agen-agen FBI, CIA, Mossad, MI5 selain pasukan perisik dari negara jiran, telah lama ada dan mencari maklumat yang menguntungkan kepada mereka. Cuma kali ini kedatangan FBI adalah secara undangan dari IGP. Berapa agaknya PDRM bayar bagi kepakaran yang digunakan.

InMine: If it is just to enhance the quality of the image from CCTV, we have expertise especially in Digital Image Processing area. Unless the collaboration with FBI has some other agenda besides what was being publicised.

I can name a few professors who have been working in this area since 1990's. I am not an expert but I have postgraduate degree in this area since 1990. The world experts in this area are no more americans (in 1980's yes the americans were the experts) but instead the chinese, the arabs, persians, and indians are the experts now. We have a few malays involved in this area but they are low profile and not many papers were published in international journals. The government should have given the fund for these locals professors to do more research to develop further the technologies and algorithms in this area.

InMine: Just to add further. I have an on going project called "Digital Forensic Science" under my research group. The system which is curently in development stage utilizes digital images, digital speech, and multimodal biometrics data to help investigators to find evidence of crimes.

Hamizi: The time where every Malaysian is proud to be a Malaysian already become history in the text book since our current PM take charge. Now in our PM & co opinion, malaysian are consider low class citizen and not up to standard... The worst part is, when the government suppose to encourage local expertise, now they invite professionals all over the world...I am afraid one day, most of young Malaysians or majority Malay, will say, "why must we get higher education, when we only can work as clerk or factory production operator?

Nizam: Izinkan saya memberi sedikit pandangan. Apabila terbaca artikel Datuk, teringat saya kepada kisah zaman silam semasa bumi Malaysia ditadbir oleh sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Ketika wujudnya pertelingkahan sesama pembesar atau kerabat diraja, satu pihak akan menjemput Inggeris untuk campurtangan dan bantu mereka dan dengan bantuan Inggeris pihak tersebut akan menang dan menduduki takhta. Sebagai habuan, pihak Inggeris akan diberi sesuatu. Daripada titik tolak inilah sedikit demi sedikit akhirnya seluruh Tanah Melayu tergadai kepada Inggeris.

Kisah PDRM menjemput pakar FBI Amerika bagi memperjelaskan kekaburan gambar pada screen CCTV bagi saya tidak lebih dari membuka pintu bagi kuasa asing menguasai politik dan ekonomi bumi Malaysia. Adalah suatu tindakan yang tidak berakal dan bodoh PDRM menjemput FBI sedangkan rakyat Malaysia mampu melakukannya.

Hal ini barangkali ada kaitannya dengan apa yang dipanggil oleh RPK sebagai "underworld boss". Tidak dinafikan juga mungkin ada kaitannya dengan Singapura yang dikatakan boleh menentukan perlantikan beberapa pegawai polis atasan PDRM. Fikir-fikirkan lah...

Abg Halim: Tindakan PDRM ini sama seperti tolong membalas dendam PM yang gagal menjemput Pasukan Liga Inggeris MU untuk membelasah pasukan Malaysia semperna Kemerdekaan ke-50.

Maka kini terbukti bahawa kita tidak pandai. Orang Malaysia tidak boleh menguruskan Malaysia. Mana mungkin Selat Melaka yang luas hendak dijagai. Nanti kita kasi Amerika. Biar mereka yang jaga. Dihujung Tanah Melayu kita kasi Singapura yang jaga. Di bumi bersejarah Melaka kita kasi BABI yang jaga. Kita dok TAK PA Habis tembakau tinggal telepa

Nakhoda: Rakyat Malaysia yang bangang je yang tak mau cemburu dengan Amerika Syarikat. Kalau dia orang tak bangang, dia orang mesti tau, Bush tu lembu zionis. Kalau Bush lembu zionis, pentadbiran Bush juga lembu zionis. Lembu zionis inilah yang bunuh juta-juta umat Islam Afghan dan Iraq. Iblis macam ni ke yang PM kita nak buat baik? Rentikanlah……

Cyber: Saya cuma nak tau, sapa yang berkuasa dalam PDRM sekarang? IGP? Pak Lah? Joe Baharom? KJ? Wan Farid? Christopher Wan? Line of command penting dalam mana-mana pasukan. Kalau line of command kena short-circuited, rosak dan tonggang terbalik jawabnya. Lebih serius lagi, morale pasukan akan lemah, imej pasukan akan luntur. IGP, jangan bagi muka sangat pada Christopher Wan. Kalau dia panjat kepala, jahanam PDRM.

Renungkanlah sendiri komen-komen di atas. Pastinya anda akan dapat menyimpulkan bahawa kehadiran FBI untuk membantu PDRM dalam kes Nurin, walau pun baik, tetap diragui motif sebenar-sebenarnya! - Ruhanie Ahmad
Tun Mahathir Bertambah Pulih

Alhamdulillah. Sewajarnya kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana Tun Dr Mahathir Mohamad kini bertambah sihat. Beliau sudah mula bertenaga untuk duduk di kerusi. Beliau juga sudah mula makan dengan lebih baik.

Oleh itu, jangan sekali-kali percayakan berita angin yang sedang disebarkan oleh sesetengah kalangan yang mengatakan kononnya Tun Dr Mahathir sedang berada dalam keadaan yang amat kritikal.

Sebaliknya, di hari baik bulan baik ini, sama-sama kita memohon restu Allah SWT semoga Tun Dr Mahathir dipulihkan kesihatannya seperti sedia kala.

Kenyataan media terbaru daripada IJN yang menghuraikan status dan tahap kesihatan Tun Dr Mahathir pada hari ini adalah seperti berikut:

Institut Jantung Negara, 1 October 2007: YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad continues to make progress in his post surgical rehabilitation process.

Eight days after a second surgery for wound debridement, he is now strong enough to sit on a chair. He is eating better and doctors continue to focus on improving his nutritional status. This is to build his muscle strength before he is put through more exercise sessions.

Tun Dr Mahathir continues to be warded at the Intensive Care Unit and visitations are still limited to immediate family members.

Dr Mahathir Sudah Boleh Makan
Roti Dan Puding, Kata Marina

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 81, yang menjalani pembedahan membersihkan luka di Institut Jantung Negara (IJN) kini sudah boleh mengambil makanan lembut.

Anaknya, Datin Paduka Marina berkata bapanya kini sudah memakan roti dan puding pagi ini, malah sudah berselera untuk makan.

Beliau berkata bapanya yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dinasihatkan doktor supaya mengambil makanan yang mengandungi kalori yang tinggi bagi membina semula kekuatan badannya.

"Bapa sudah boleh bercakap sedikit-sedikit tetapi tidak boleh berbual panjang. Beliau hanya bercakap ketika hendak meminta makanan sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang legar IJN di sini.

Dr Mahathir, pada 21 Sept lepas menjalani pembedahan membersihkan luka selama tiga jam yang dijalankan oleh pasukan pakar bedah yang sama melakukan pembedahan pintasan jantung yang keduanya pada 4 Sept lepas.

-- BERNAMA
Reaksi:
Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ?

Berikut adalah reaksi seorang anak Malaysia yang menggunakan identiti Inmine kepada pertanyaan: Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM? Bacalah dengan teliti maksud reaksi tersebut seperti berikut:

If it is just to enhance the quality of the image from CCTV, we have expertise especially in Digital Image Processing area. Unless the collaboration with FBI has some other agenda besides what was being publicised.

I can name a few professors who have been working in this area since 1990s. I am not an expert, but I have post-graduate degree in this area since 1990. The world experts in this area are no more the Americans. The Chinese, the Arabs, the Persians, and Indians are the experts now. We have a few Malays involved in this area. But they are low profile and not many papers were published in international journals. The government should have given the fund for these local professors to do more research to develop further the technologies and algorithms in this area. – Inmine, 9:43 AM

Just to add further, I have an on going project called "Digital Forensic Science" under my research group. The system which is curently in development stage utilizes digital images, digital speech, and multimodal biometrics data to help investigators to find evidence of crimes. – Inmine, 11:41 AM

Intisari kepada reaksi di atas ialah Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang yang kini diperlukan oleh PDRM dalam siasatannya ke atas kes Nurin Jazlin.

Pada waktu yang sama, kepakaran dunia dalam bidang berkenaan, kini bukannya dikuasai oleh Amerika Syarikat. Tetapi oleh China, Arab, Persia dan India.

Oleh itu, wajar diulang pertanyaan kita semalam: Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM? Mungkinkah penglibatan FBI dalam kes Nurin ini untuk mencerminkan betapa rapatnya Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini dengan pentadbiran Presiden Bush? Inikah motif sebenar-benarnya? Atau, adakah agenda lain yang masih belum diketahui umum? – Ruhanie Ahmad