Thursday, June 28, 2007

Breaking News:

Tan Sri Mohd. Isa Samad Kembali
Ke Jawatan Naib Prsiden UMNO?

Kuala Lumpur, Khamis: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Samad, dijangka menyandang semula jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia yang dimenanginya menerusi pertandingan parti pada November 2004.

Sumber-sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa jawatankuasa pengurusan UMNO dalam mesyuaratnya Mei 2007 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mencadangkan penggantungan keahlian Isa dalam UMNO ditarik balik.

Cadangan ini dijangka diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur, 3.30 petang ini. Sekaligus, MT juga dijangka mengizinkan Isa menyandang semula jawatan Naib Presiden UMNO.

Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO pada November 2004. Pada Mei 2005, keahlian beliau dalam UMNO digantung selama tiga tahun atas tuduhan mengamalkan politik wang.

Penggantungan kehalian ini menyebabkan Isa terpaksa mengosongkan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri merestui supaya tempoh penggantungan kehalian Isa dipendekkan kepada dua tahun. Ini kerana Isa terus menyokong UMNO dan tidak memihak kepada mana-mana parti pembangkang.

Perkembangan terbaru ini mencetuskan spekulasi sama ada Isa akan dilantik semula sebagai seorang menteri dalam kabinet Abdullah. – Ruhanie Ahmad

9 comments:

cakapsiang said...

Langkah untuk mengimbagi kuasa MB NS yang terlalu berkuasa. Tapi langkah ini akan mengancam kedudukan KJ di NS.

Hamizi Hamdan said...

kelakar lah... dalam UMNO politik wang bukan RASUAH...

janji jangan melawan, apa pun boleh...

Hamizi Hamdan said...

adakah pak lah mahu isa menyaingi najib...

Hamizi Hamdan said...

bila balik kampung sebelah emak saya di NS, orang kampung memuji Menteri Besar sekarang... berbanding isa samad yg. menjadi MB utk. sekian lama...

nampak sangat, jika tidak menyokong PM, mereka akan dicantas...

MELAYU NUSANTARA said...

Kalau berita tu benar oklah kira bagi Isa peluang kedua. Tapi jgn sampai dia buat perangai lama dah la... org N9 faham... tu sebab kami org N9 lagi suka MB baru Tok Mat.

Dulu macam-macam kes Isa buat, bela babilah, songlap duit PKNS, payah nak jumpa, takde pembangunan di N9, projek sumer kroni dia kalu melayu takpe tapi kroni dengan Dato' Gan tu yg melayu N9 paling marah.

Dengar-dengar lah kalau tak silap. Yang dia kena kes wang tu pun yang sponsor duit tu Dato' Gan. Yelah nanti senang dapat projek. Bayangkan malam pemilihan tu siap org Isa balik N9 ambik duit lagi 2 beg agak2 dalam 1 ke 2 juta... kat hotel jgn cakap siap perwakilan beratur ambik duit Isa. Mana Isa tak menang. Tp takkan perwakilan nak mengaku tu gali kubur sendiri lah...

Kawan kata yang dia kene tu pun ada org perangkap dia. Ada juga kata Isa jadi kambing hitam supaya UMNO nampak bersih sbb Isa main duit byk dan nampak sgt.

Lagi pun yang perangkap dia takut Isa pakat dengan KJam utk politik. Mana tak takut sorang Org besar Pemuda + Sorang lagi No 1 Naib Presiden. Round satu Malaysia mahu org tak sokong. Takut tergugat geng NTR.

Lagi satu harap Isa jauhkan diri dari penasihat lama dia. Tak betul langsung. Nasihat menjahanamkan adalah. Kembalilah selaku pemimpin yang berjiwa rakyat, bersih, tulus dan ikhlas untuk berkhidmat. Bukan kembali sbb nak kutip wang. Jang ko Jangan buek Malu Orang nogori...

Anonymous said...

Cakapsiang, Saudara Hamizi,Melayu Nusantara,

terima kasih. Seperti saya selalu katakan, semoga pemantau blogs UMNO akan ambil perhatian dan tindakan.

Salam takzim,
Ruhanie Ahmad

POKOK KOKOK said...

Ruhanie

What happened to your eyes?

This is a private message not for publication.

We used to be colleagues in Jalan Riong.

Anonymous said...

Hi Pokok Kokok,

Thank you for visiting me.

My "eyes" or my eyes? You tell me please. After all we were colleagues weren't we?

Remember Joe, David Thambaya and Lim Thaw Boon? And you??

Regards,
RON

POKOK KOKOK said...

Dear Ruhanie

Of course, I remember the late David Thambyah. Also Thow Boon. As for Joe, are you talking about Joe Fernandez?

Remember Bob Teoh, Ahmad Talib and others as well?

Cheers to you. You can contact me at my email address.