Monday, June 18, 2007

Betulkah Abdullah Tak Tau
Sapa Nak Beli Kampus UM?

Bernama melaporkan pada 16 Jun 2007, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mahu kampus Induk Universiti Malaya (UM) kekal di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Kenyataan di atas melegakan dan disambut baik oleh semua pihak. Pemangku Naib Canselor UM, Datuk Dr Mohd Amin Jalaudin, berkata pada 17 Jun 2007, pendirian tegas itu jadi pendorong kepada seluruh warga UM “untuk terus berusaha gigih bagi mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.”

Bagaimanapun, aneh juga bila Perdana Menteri dipetik sebagai berkata bahawa “sebelum ini beliau tidak ada mendengar sebarang cadangan untuk memindahkan kampus UM itu ke tempat lain.”

Kenyataan ini aneh kerana sebenarnya banyak pihak mendakwa bahawa mereka tahu yang personaliti utama di sebalik ura-ura membeli kampus UM di Lembah Pantai adalah seorang yang dikatakan pernah mempunyai pertalian kekeluargaan dengan beliau.

Tetapi, oleh kerana isu ini sudah selesai, tidak perlulah didedahkan nama personaliti terbabit. Begitu pun, banyak pihak berharap semoga apa yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri adalah muktamad. Mereka berharap, selepas ini tidak timbul lagi kedolak-dalikan dalam isu UM ini. – Ruhanie Ahmad

12 comments:

Husin Lempoyang said...

Pucuk pangkal tok, mesti di kaji linkage hong leong ni.

Dia sebenarnya ada dua - satu dengan hong leong plc singapore yang membeli pasir dari malaysia.

Kedua - linkage hong leong di ecm libra avenue. Dalam ecm libra banyak sekali pahlawan2 Hong Leong. ECM Libra pun kait rapat dengan Merrill Lynch.

Jangan lupa kita bahawa adik beradik Endon yang sangat aggresive sekarang dalam dunia hartanah dna perhotelan adalah Noni.

Jangan lupa Noni ni terlibat dalam Skandal Oil for Food dan diktakan ambilalih PWTC.

Apa mungkin Noni, dia baik dan rapat dengan ahli UMNO baru, Jenne (Danker) Abdullah?

Tunggu kita ya, keluarga Danker dari Penang. Pasti mereka mhu bahagian masing2.

Untung jual ornag dari berniaga unta. Wow!

Hamizi Hamdan said...

sekarang pak lah bukan lah PM yang serba-serbi tak tahu... tetapi PM yang tak mendengar pulak...

apa beza... sama saja...

joe penang said...

Bagi saya
Kes pembatalan ini kerana
- maklumat ni bocor dahulu di internet(sapa kat blogger tak bleh pakai?). nak jaga undi melayu.
- dekat2 PRU12 dah..

Pas ni kalu BN menang besar lagi tak mustahil UM akan terjual(tanah asal & maruah melayu di tengah bandar). Apsal nak jual plak? Dah org melayu sokong kami. Pasai tulah kami jual.

Susahnya jadi org marhaen.
-kalu setuju dikatakan menyokong 100%. padahal tak semestinya. Mungkin hanya 51%
- kalu bangkang dikatakan kita ni sokong pembangkang. Padahal yg dibangkang itu cuma 49%(atau kurang).

member baik pun ada perbezaan, inikan pula kita antara 24 juta penduduk.

Apa komen Datuk?

AFRAR YUNUS said...

salam datuk,
mungkinkah ini yg dikatakan testing the market. mana mungkin seorang taukeh berani mewarwarkan ideanya yg jika menjadi kenyataan, bakal merobekkan khazanah negara, tamadun ilmu, sejarah bangsa - maruah agama, bangsa dan negara. Terbinanya UM merupakan hasil dari perjuangan ikhlas rakyat dan pemimpin dahulu yg kantung mereka bocor berbanding dengan poket pemimpin hari ini yang melimpah utk keluarga dan kroni mereka. adakalanya dirasakan orang-orang kita ini bila didedah, dicurah dan dibentangkan dengan segala kelemahan dan kecurangan sehingga berkilo-kilometer jauhnya, akhirnya tidak ke mana jua- seperti mencurah air didaun keladi. bila lagi, bila lagi maruah kita yg semakin berkarat dapat dikikis. bila lagi dapat dibangunkan semula hasrat, keazaman dan cita-cita murni yg hampir lupus. mana mungkin taukeh dapat meneriakkan penggadaian & kehormatan diri sesuatu negara dan kedaulatannya tanpa ada individu yg menjadi tali barut atau 'barua'nya. lupakah kita sejarah perlis ?

:: Alimin Othman :: said...

Nampaknya sudah terang lagi bersuluh! Tak perlu lagi untuk dihurai maupun dibahaskan. Kata putus telah dibuat oleh Sang Nakhoda. Apa lagi hendak dikata. Anggaplah ianya telah selesai dan mungkin beberapa bulan akan datang kita semua akan melupakannya. Bak kata pepatah “Jerat tak akan lupakan pelanduk!”. Penyangak dan pengkhianat bangsa (yang biadap & kurang ajar – Ungku Aziz) ini akan terus kreatif mencari peluang menjual apa yang ada untuk kepuasan duniawi.

Mungkin selepas ini, jangan terkejut sekiranya cara mereka menjadi lebih kreatif! Hinggakan anda semua tak sedar pun saudara semua telah pun dijual!

Memang betul PM tidak tau dan tidak mendengar apa-apa. Selama ni pun kita semua tahu bahawa yang mencadangkan bukan beliau. Penasihat-penasihat beliau yang membuat segala keputusan. Beliau hanya tandatangan! Bila dah tandatangan, mulalah gelabah tak tentu pasal. Kesian kat pak lah terpaksa menegakkan benang yang basah! Bukan senang! Tapi sudah pastilah penasihat yang dibayar gaji ini, akan memikirkan cara-cara yang sungguh kreatif untuk menegakkan benang yang basah ini. Bukan susah pun! Kasi jemur dan ikat lah. Tegaklah dia!

Kepada datuk, tahniahlah sebab perjuangkan isu ini. Kepada wartawan yang berani membawa isu ini ke arus perdana – anda masih lagi boleh diharap! Kepada ahli akademik, NC UM, Noordin Razak, pak Ungku, pertahankanlah maruah bangsa ini. Kalau bukan anda semua siapa lagi yang boleh diharapkan!

Namun ingatlah, biarpun datuk berjaya, Pak Lah telah pun mendapat mileage politik yang besar akibat dari kenyataan pembatalan tersebut. Dan saya yakin, bagi datuk, perjuangan mempertahankan UM adalah lebih penting dari perjuangan untuk menjatuhkan Pak Lah! Lagi pun kita semua sayangkan Pak Lah! Bukan begitu datuk?

Begitulah liciknya penasihat-penasihat Pak Lah melakukan kerjanya.

Kepada semua, jadikanlah isu ini sebagai satu permulaan kepada perjuangan yang lebih besar, mempertahankan bangsa, agama dan negara!

Hamizi Hamdan said...

Mungkin keluar topik sedikit...

Zaman pemerintahan Pak Lah ini banyak dibuat ekspedisi membazir... terjun di kutub utara, menawan everest dan yang terbaru Ekspedisi Ekstrem 7 Benua... Memang zaman TDM tidak kurangnya dengan ekspedisi demikian, tetapi beliau meletakkan peserta ini sebagai wakil Malaysia... apa yang terjadi di zaman Pak Lah, mereka ini adalah wakil UMNO... Putera UMNO lah, ahli UMNO lah... apa benda ni... sedarkah mereka ramai anak-anak ahli UMNO perlukan wang tersebut untuk pendidikan? dan bagaimana untuk menjadikan rakyat cinta kan negara jika kerajaannya sibuk mempolitikkan apa sahaja yang boleh?

orang Melayu memang bodoh... dengan cita-cita bodoh... dulu nak bawa roti canai dan teh tarik ke angkasa, lepas tu nak main batu seremban dalam kapal angkasa... sekarang panjat sana, terjun sini... sedangkan anak bangsa masih ketinggalan dari semua segi...

berenti lah membazirkan duit... adakah duit itu datang dari duit poket Hishamuddin & Khairy sendiri? sorry lah brader, gaji kakitangan kerajaan ni kecik je... cuma elaun kerajaan dan elaun-elaun sebagai pengarah banyak syarikat yang mereka pun tak pernah contribute apa-apa (selain letak nama), sahaja yang banyak...

Unknown said...

Datuk, inilah yang pelik ni. Rakyat sentiasa di letakkan dalam keadaan serba salah. Masakan PM orang No.1 tak tau sedangkan rakyat marhain tau. Mesti ada balaci yang membuat syor ke EPU. Yang tambah hairan lagi Menteri nya langsung tak berbunyi. Memang tak sesuai di jadi menteri Pengajian Tinggi.

Anonymous said...

Saudara Husin, Saudara Hamizi, Saudara Joe, Saudara Aftar, Saudra Mohamad Alimin, Saudara Haji.

Seperti lazimnya, saya ucapkan terima kasih.

Apa yang ditegaskan oleh Saudara Husin tidak memerlukan ulasan saya. Dia lebih arif kerana dia corporate analyst.

Pandangan sahabat-sahabat yang lainnya amat relevan dengan situasi semasa.

Bottom-line kepada isu tanah kampus UM dua-tiga hari yang lalu adalah:

Percubaan melambung belon untuk menguji angin. Kalau tidak begitu, mana mungkin satu berita yang memetik hanya sources sahaja boleh disiarkan oleh business page NST. Kita tau siapa di sebalik NST. Jadi, pastinya ini tidak menghairankan.

Penggunaan sources di sini ada dua tujuan strategik. - melindungi tokoh sebenar dan mencari reaksi umum di sebalik berita itu. Bila jadi kecoh, tokoh terselamat. Keduanya, PM jadi hero kerana buat kenyataan tegas cegah ura-ura dari terjadi. Bijak kan?

Tetapi, oleh kerana kini jadi akademik untuk membincangkan isu ini, jadikanlah ianya sebagai peringatan di masa akan datang. Seperti kata-kata sahabat kita dalam ruangan ini, mana tau lepas PRU nanti muncul lagi kes ini.

Tak lama lagi, 17.7.07 Insya Allah, akan meletup satu lagi isu yang agak aneh. Saya dapat info hal ini. Tapi saya nak tunggu dan lihat dulu. Kalau isu 17.7.07 jadi kenyataan, anggaplah saya sudah beritahu anda semua akan tarikh ini. OK?

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad

Hamizi Hamdan said...

dato'... nampaknya si KJ (kambing jantan?) @ waris hantu yang megembek sana-sini, sudah mula merubah strategi...

mula mendekati Ku Li dan Musa Hitam (dan berbaju Melayu), mula membodek rakyat dengan menaja seminar pemikiran Tun Razak...

ya lah... orang menganggur... mana ada kerja... apasal agaknya BPR tak siasat KJ ni pasal saham ECM Libra dahulu... ohh... pasal SIL PM... macam mana orang menganggur boleh ada banyak duit macam tu... @ macam mana bank boleh bagi pinjam sebanyak tu...

rakan-rakan sebaya si KJ ni semua dah dapat dato'... si KJ kononnya bagus lah, tak ada dato' lagi...

dato' sekarang tadak value... tadak sumbangan pada masyarakat pun dapat dato'... umur 26 tahun dapat dato'... apalah budak muda tu contribute sampai boleh diberi appreciation macam tu...

P/S: berapa harga market untuk gelaran dato' sekarang... boleh negotiate?

Husin Lempoyang said...

Saya baru menulis di laman blog kami "13 Mei: Dari Kacamata Melayu" berjodol "Adakah Utusan Melayu Dilarang Menerbitsemula Buku Tunku dan Laporan MAGERAN?"

Saya memetik dibawah:

...Jelas sekali tidak ada usaha dari pihak kerajaan dan parti pemerintah untuk membetulkan kesalahan buku ini. Tidak kedengaran suara bantahan dari ahli politik Melayu, suara gesaaan Pemuda UMNO dan NGO-NGO Melayu terus menikus. Seminar Legasi Tun Abdul Razak anjuran Akademi Pemuda UMNO pada Jun 15 dan 16 baru-baru ini pun tidak dilihat untuk menyangkal tuduhan Dr Kua Kia Soong. Tidak ada satu laporan akhbar berkaitan buku dan idea yang mahu di unjurkan buku ini.

Cara yang paling senang untuk menjawab adalah dengan menerbitkan balik buku-buku "Mei 13: Sebelum dan Selepas" oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan "The May 13 Tragedy: A Report By National Operations Council." Kedua-dua buku ini adalah terbitan Utusan Melayu dan dengan penerbitan semula buku-buku ini sudah pasti akan menunjukkan betapa cetek pangkal maklumar dan rujukkan buku "May 13".

Sekiranya pelbagai pihak mahu rakyat membuka minda dan mendengar satu pandangan lain, mengapa Utusan Melayu tidak bersedia untuk memberi pandangan yang sedia ada untuk di rujuk kembali oleh orang ramai dan membolehkan mereka membuat perbandingan?

Adakah Utusan Melayu diarahkan supaya tidak menerbitkan dan menjawab balik buku-buku ini? Biar saya majukan persoalan ini kepada seorang ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu dan juga seorang blogger untuk menjawab pendirian Utusan Melayu dalam hal ini? Sekiranya ada arahan sedemikian, ini bermakna kerajaan mahu isi kandung buku "May 13" oleh aktivis cauvanis Dr Kua Kia Soong dibiarkan sebagai kebenaran. ...

Hamizi Hamdan said...

saya akan menyambung belajar (MBA) pd. Julai ini, secara part time selama 2 tahun... maka, sibuklah ingin mencari pinjaman pendidikan...

MARA tidak bagi dgn. alasan mereka menaja pelajar sepenuh masa, PTPTN hanya menaja setakat Sarjana Muda, JPA juga tidak boleh...

KWSP terlampau banyak requirement dan term yg. meluatkan...

maka, saya beralih kepada personal loan dari bank... kebanyakan bank biasa, meletakkan 12% interest per annum... bank rakyat (interest lebih rendah) hanya beri kepada kakitangan kerajaan... bank islam (interest rendah juga) pula setelah apply dan memberi semua dokumen diperlukan minggu lalu; baru pagi tadi beritahu saya mereka hanya menawarkan kepada kakitangan swasta dari syarikat Berhad...

nampaknya, saya kena lah pinjam saudara-mara... susah betul jadi MELAYU... walau bagaimana pun saya tak akan meminta-minta...kepada KJ, tahniah lah... anda memang hebat... walaupun menganggur, tapi sangat kaya, boleh beli syer... walaupun duit pinjaman bank, tetapi bank boleh percaya walaupun anda penganggur... sedangkan saya yang bergaji bulan dan mampu membayar installment bulanan pun bank tak percaya...

ye lah... saya bukan kakitangan kerajaan... saudara-mara pun takde yang bekerja dgn. kerajaan... (kalau ada pun bukannya pegawai - gaji tak sampai RM1000 sebulan)... tapi KJ, bapa mertuanya kakitangan kerajaan, tak payah sign form sebagai guarantor pun bank terhegeh-hegeh nak bagi...

so, pada bangsa Cina, jangan asyik nak kata untung jadi MELAYU... cakaplah untung jadi anak-beranak Pak Lah...

Anonymous said...

Saudara Husin dan Saudara Hamizi:

Sekali lagi, terima kasih.

Hamizi: Saya dah komen tadi pasal ksulitan anda nak dapatkan loan tu. Kalau saya poskan komen anda ini dalam blog saya ok tak?

Husin: Pertanyaan anda pasal Utusan Melayu tu akan saya emailkan kepada Tan Sri Mohd. Hashim Makaruddin selaku pengerusi eksekutif Utusan Melayu Berhad. Saya memang ahli lembaga pengarah Utusan. Tetapi, saya tak pernah pula terdengar akan dakwaan anda. Apa pun, biarkanlah pertanyaan anda itu ditangani oleh pihak pengurusan Utusan.

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad