Wednesday, June 20, 2007

Metro Kajang Holdings Berhad
Anti-Islam Dan Anti-Melayu?

Sebilangan warga maya (internet citizens) Malaysia kini menuduh Metro Kajang Holdings Berhad sebagai anti-Islam dan anti-Melayu.

Tuduhan ini sedang disebarkan secara meluas menerusi internet. Ia berpunca daripada satu iklan jawatan kosong oleh syarikat terbabit yang mensyaratkan pemohon-pemohonnya menguasai Mandarin dan juga melarang umat Islam memohon jawatan berkenaan.

posting sepenuhnya di
www.mayaputera.blogspot.com

3 comments:

Hamizi Hamdan said...

Metro Kajang ni ada baik dan buruknya berbanding syarikat lain...

Yang buruknya: racist, islamphobia...

Yang baiknya: berterus-terang... lain-lain syarikat, memang tak tulis terang-terang, tapi memang tak kan ambil staf Melayu @ Islam...

Anonymous said...

Saudara Hamizi.

Terima kasih atas kiriman email tu. Kalau tak, saya pun tak tau mengenainya.

Tadi saya baca posting anda dalam KK pasal pinjaman tu. Macam mana dia orang dolak-dalik? Saya simpati dengan anda, tapi saya juga tak termampu nak bantu.Macam mana kalau saya poskan komen anda tu dalam KK atau MP?

You ambil jurusan apa. Mana tau ada Hamba Allah baik hati nak bantu?

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad

Hamizi Hamdan said...

dato'...

terima kasih kerana bersimpati... saya mengambil jurusan Master Businesss Administration (MBA) di UPM...

banyak sangat red tape dalam requirement oleh bank rakyat dan bank islam... macam tak nak berniaga...

bank rakyat cuma mahu beri pada permenant staff dengan seorang penjamin (sedangkan saya hanya nak meminjam RM 20 ribu), malah jika mereka periksa rekod saya di bank negara pun pasti tiada masalah... cuma saya tidak mahu menyusahkan orang sebagai penjamin, maka saya tidak mahu apply di bank rakyat...

bank islam pula, meminta pelbagai dokumen, malahan ketika apply, mereka beritahu tak akan ada masalh jika melihat kepada slip gaji dan komitmen bulanan... malah mereka mahu offer saya lebih dari RM20 ribu)... tetapi hari ini, saya sebagai pelanggan yang menelefon mereka bertanyakan status, malah mereka tak peduli pun ingin menelefon saya... yang menyakitkan hati. alasan penolakan adalah kerana majikan saya dari syarikat sdn. bhd... apa mereka ingat jika saya berhenti kerja @ diberhentikan, maka saya tak akan dapat kerja lain agaknya...

mereka ni tak tahu bisnes lah dato'... itu sebabnya bank bumiputra dulu pun boleh bankrap...

nampaknya saya kena belajar dengan jiran saya yang berbangsa India, bagaimana dia boleh membuat loan rumah dengan bank islam sebanyak RM90 ribu untuk rumah low cost yang hanya bernilai RM50 ribu sedangkan kerja tak tetap dan hutang keliling pinggang (kisah benar)...

minta maaf kepada dato', kerana saya tak perlukan bantuan setakat ini... banyak cara lagi boleh saya buat... saya bukan orang susah dato' (dan bukan orang senang juga)... sedang-sedang saja...

tetapi saya amat bersetuju jika dato' poskan komen tersebut untuk tatapan umum... saya pun dah muak mendengar bangsa lain cakap beruntungnya jadi MELAYU...