Wednesday, June 13, 2007

Universiti Malaya Di PJ
Jadi Mangsa Korporat?

Gangguan fikiran kini semakin melonjak. Bukan pasal politik negara. Juga bukan pasal gerhana misteri yang mungkin menjelma. Tetapi mengenai nasib dan masa depan yang mungkin menimpa Universiti Malaya (UM) di Petaling Jaya.

Sebelum saya huraikan mengapakah fikiran saya terganggu mengenai UM, bacalah dulu sejarah universiti ini daripada Wikipedia Bahasa Melayu [BUKAN BAHASA MALAYSIA] seperti berikut:

Universiti Malaya yang menggunakan cogankata Ilmu Punca Kemajuan, ditubuhkan Oktober 1949. Ia adalah universiti tertua di Malaysia dengan kampusnya seluas 309 hektar.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962 dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Canselor pertamanya.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Malaya

Puluhan ribu graduan UM, trmasuklah YAB PM, yang mungkin sudah terlupa, berikut adalah lagu rasmi universiti anda:

Lagu Universiti

Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan

Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan

Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa

Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya

Sekarang anda bacalah sendiri item berita di bawah ini yang saya petik daripada bt@nstp.com.my 12 Jun 2007. Anda baca dan anda fahamilah sendiri akan implikasinya.

GuocoLand In Bid
To Develop UM Land?

GUOCOLAND (Malaysia) Bhd, a property developer controlled by Tan Sri Quek Leng Chan, has made a bid to relocate University Malaya from Petaling Jaya to Sepang, sources said yesterday.

As part of the plan, GuocoLand will then own the land in Petaling Jaya and develop it into a commercial and residential township. The proposal is based on a private finance initiative.

A company source said such a development is estimated to have a gross development value of RM10 billion.

GuocoLand officials declined to comment on the plan.

If the bid is approved, the development in Petaling Jaya will complement GuocoLand's planned RM1.2 billion Damansara City development project.

The Damansara project is due to be launched this year.

Guocoland's share price rose by 30 sen or 10 per cent to close at a 10-year high of RM3.26 yesterday. The tock has gained 87.3 per cent over the last six trading days.

There is speculation in the market that Quek may take the company private. On being queried, however, the company told Bursa Malaysia last Friday that it was not aware of such a thing.

GuocoLand has a 4,860-hectare landbank in Sepang.

Part of the land is being used by GuocoLand to develop the Pantai Sepang Putra project, where it plans to build seafront villas and waterfront bungalows.

A Hong Leong Group spokesperson also declined comment.

University Malaya, the country's oldest university, has its main campus that sprawls from the heart of Petaling Jaya right up to the footsteps of Bangsar.
bt@nstp.com.my

Berita di atas memang hanya memetik sumber-sumber sahaja. Tetapi, saya tetap bimbang kerana di negara ini ura-ura lazimnya menjadi realiti. [Contohnya, bukankah perkahwinan PM baru-baru ini pernah dinafikan sebagai ura-ura?]

Persoalannya di sini adalah, mengapakah mesti UM direlokasikan ke pinggir desa? Mengapa mesti entiti korporat terbabit memilih kampus UM sebagai sasaran perniagaannya?

Saya tidak anti-pembangunan. Saya juga bangga kerana kerajaan kini mengiktiraf PFI [Private Fund Inisiative atau Dayausaha Dana Persendirian] memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Tetapi, adakah kita akan merelakan PFI meminggirkan UM yang terulung ini ke cerok desa? Kalau PFI di atas mahu benar-benar bantu kerajaan, carilah pendekatan yang lebih kreatif. Jangan tangkap mudah sahaja. Jangan musnahkan UM yang memang sudah sebati dan sinonim dengan Seksyen 12, 16 dan 17 Petaling Jaya.

Oleh itu, sama-samalah kita suarakan isi hati dan suara jiwa kita kepada kepimpinan negara supaya apa yang diura-urakan di atas tidak jadi kenyataan. Dan, sama-samalah kita berdoa kepada Ilahi agar kebijaksanaan akan terus memandu kita semua dalam membuat sesuatu keputusan yang menjejaskan sejarah seperti UM ini.

Kepada agensi kerajaan yang akan menyediakan laporan serta penilaian mengenai ura-ura di atas, insaflah supaya jangan sampai mana-mana percaturan korporat diizinkan bertindak menjadikan warisan bangsa sebagai mangsanya. – Ruhanie Ahmad.

14 comments:

:: Alimin Othman :: said...

Assalamualaikum Dato',

Maklumat ini hanyalah ura-ura dato'. Ura-ura tidak semestinya benar. Jika benar sekalipun, apa salahnya dato. Di Sepang kan lebih aman dan damai - sesuai
untuk golongan akademik. Golongan akademik ni duduk kat kotaraya buat diaorang sakit otak jer.

Hartanah kat pj tu bernilai. Rugi kalau just guna untuk aktiviti subsidi. Kalau buat projek boleh untung. Walaupun Tan Sri Quek Leng Chan untung, dia bagi jugak nanti kat orang melayu skit (tak kira lah sapa dapat nanti. Kalaulah dapat kat KJ ker, PM ker, TPM ker, ahli mt ker, mereka ni bukankah melayu jugak!). Kira ok la tu. Dato cakap senanglah! Jadi pemimpin kena cari duit. Nak harapkan duit gaji jadi pemimpin berapa sen sangat. Kita orang melayu ni, kalau tak dak duit, sapa nak tolak jadi pemimpin. Pemimpin kena cari duit skit untuk jadi pemimpin dan berkhidmat untuk rakyat. Niatnya murni dato'. Janganlah asyik dok hentam saja.

Pemimpin dulu bukan tak penah buat kerja cam tu. Singapura dulu pun kita jual kat British. Jangan tengok negatif jer. Dato’ kena Positive Thinking! Kalu Temasik kita tak jual, mungkin ke singapura maju macam sekarang? Belum tentu dato’.

Saya sentiasa berdoa agar Pak Lah menjadikan ura-ura ni jadi kenyataan. Betul tok! Kalau pak lah kata nak jual Johor kat singapura pun saya sokong. Apa salahnya! Tak payah lagi kita dok pening kepala pasal jambatan lagi. Banyak masalah boleh settle. Itu punya bisness lagi manyak untungg maa. (Meniaga negeri lagi untung dari meniaga unta! Woww!) Kalau johor jadi singapura, kita tak yah pakai jambatan lagi untuk ke singapura. Sultan johor mungkin jadi sultan singapura! Dato pun akan jadi orang singapura. (Jadi rakyat Negara maju, takkan tak seronok…). Lagi pun nak tunggu Malaysia maju lambat lagi. Rakyat Malaysia ni bodoh2 belaka. Macamana nak maju dato’?

cakapsiang said...

Dato', mulakan mengutip tandatangan protes atas projek ini.

goJiRa said...

Salam hormat pada semua..

Saya menyokong sepenuh hati pendapat Encik Mohamad Alimin. Dan cadangan MEGA saya adalah, jual sahaja Malaysia ni. Mesti kita akan lebih maju dan berjaya. Walau pun selepas dijual Malaysia tidak merdeka atau bebas, dalam erti kata lain, Malaysia bakal dipacu oleh golongan Koperat yang pandai mencari duit dan keuntungan.

cakapsiang said...

Or start a petition. Try here: http://www.petitiononline.com/create_petition.html

Hamizi Hamdan said...

alimin... reverse pschycology betul... tapi itu adalah salah satu ucapan TDM di Johor... malah TDM syorkan jual lah Kedah juga @ satu Malaysia, kalau nak cepat maju...

bukan anti establisment, tetapi kita perlu membina negara dgn. acuan kita sendiri sbg. guideline tetapi masih perlu meminta input yg. baik dr. luar...

Anonymous said...

Saudara Mohamad Alimin Othman,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi Gerbang Ruhanie. Saya hormati pandangan Saudara. Syabas. Reversed psychology Saudara berkesan. Khususnya bila Saudara berkata seperti berikut:

“Kalau Pak Lah kata nak jual Johor kat Singapura pun saya sokong. Apa salahnya! Tak payah lagi kita dok pening kepala pasal jambatan lagi. Banyak masalah boleh settle. Kalau Johor jadi Singapura, kita tak payah pakai jambatan lagi untuk ke Singapura. Sultan Johor mungkin jadi Sultan Singapura!”

Apa pun, di bawah ini izinkan saya sedut pula tulisan Saudara di blog Perjuangan Belum Selesai milik Saudara yang diposkan pada Rabu, 21 Februari 2007:

Politik : AAB - Arahnya Ke mana?

Perkembangan mutakhir ini nampaknya menjadikan orang politik sakit kepala memikirkan bagaimana dan ke mana negara ini akan dibawa di bawah kepimpinan AAB.

Isu pembatalan jambatan menggantikan Tambak Johor umpama bom jangka yang benar-benar menguji Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Memang benar, berundur dan mengalah bukan bererti kalah. Tetapi perlu diingat bahawa segala isu berkaitan Singapura bukanlah isu mudah. Bertolak ansur dengan Singapura bererti kita akan diperkotak-katikkan sesuka hati mereka.

Kita bukan menentang Singapura tanpa asas. Kita juga bukan berniat untuk berperang dengan Singapura apatah lagi untuk menjajah mereka. Tapi adakah mereka menganggap kita sebagai jiran atau melihat kita sebagai musuh yang perlu ditawan dan dijajah! Dalam kebanyakan isu, kita hanya meminta hak kita ditunaikan, bukannya untuk mereka memberi hak mereka! Jika itu pun mereka enggan bertolak ansur, bolehkah kita bertolak ansur dengan mereka?

Wilayah Pembangunan Iskandar yang dipopularkan oleh Pak Lah, sekali lagi mengundang kritikan yang hebat. Sekali lagi sentimen dengan Singapura menjadi isu.

Sudah pasti rakyat inginkan pembangunan. Dengan adanya pembangunan rakyat akan mendapat pekerjaan, rakyat mempunyai kuasa beli, seterusnya ekonomi berkembang, rakyat dapat dibantu, negara akan makmur.

Pembangunan yang dilakukan dengan menggadaikan tanahair kita kepada orang asing bukanlah bentuk yang kita perlukan. Memang benar sewaktu pemerintahan Mahathir dulu kita memberikan pelabgai insentif untuk menarik pelabur asing. Tetapi ia tidaklah sampai menggadai maruah dan tanahair sendiri.

Tidak salah untuk mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Pembangunan Indon, Wilayah Pembangunan Lee Kuan Yew dan sebagainya. Tetapi, apakah falsafah di sebalik pembangunan tersebut? Jika untuk mileage politik Pak Lah semata-mata, ia bukanlah satu keputusan yang baik. Pembangunan MSC, Putrajaya, Cyberjaya yang telah dirancang sedemikian rupa oleh Mahathir kenapa tidak teruskan dan diberikan nafas baru? Jika takut ia akan terus menjadi legasi kepada PM terdahulu, lupakan. Legasi Mahathir tidak akan padam sampai bila-bila. Sejarah akan tetap mengenang Mahathir sebagai seorang pemimpin yang hebat yang berjuang untuk bangsanya. Tiada apa yang dapat menghapuskan sumbangan Mahathir kepada bangsanya.

Jika benarlah Pak Lah cuba menyaingi populariti Mahathir, ia adalah satu perkara paling bodoh dilakukan oleh Pak Lah. Pak Lah tidak perlu bersaing dengan Mahathir. Bersainglah dengan diri sendiri. Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri. Tetapi, itu pun jika beliau tidak dikawal oleh seseorang.

Marilah kita menerima hakikat bahawa Perdana Menteri adalah kunci kepada kemakmuran bumi Malaysia. Rosaknya Perdana Menteri maka rosaklah pentadbiran negara. Maka sama-sama kita berdoa agar segala masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan penuh bijaksana sebelum nasi menjadi bubur.

Persoalan utama ke mana arah kepimpinan Pak Lah akan tinggal sebagai satu pembolehubah yang sungguh misteri. Kita mengharapkan misteri itu akan membawa kepada kebaikan bukan sebaliknya. -http://aliminothman.blogspot.com/

Tulisan Saudara di atas nampaknya pun macam negatif juga. Tetapi, saya faham maksudnya. Ia juga membuktikan bahawa Saudara pun seperti saya juga – prihatin terhadap nasib, masa depan dan kedaulatan negara.

Jadi, sebagai penutup, tiada gunanya saya pertahankan dakwaan Saudara yang saya ni bertindak negatif. Sebaliknya, saya akur dengan saranan Saudara supaya kita biarkanlah semuanya menjadi realiti. Biarkan, biarkan!!!

Salam perjuangan,

Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

Saudara Gojira, Cakapsiang dan Hamizi.

Terima kasih.

Satu: Hamizi memang betul bahawa Alimin memang main pendekatan reversed psychology.

Dua: Saya harap Gojira menerima hakikat ini.

Tiga: Cadangan Cakapsiang memang baik. Tapi, saya selaku pesara tak mampu mendukung misi prjuangan itu.

Empat: Harap Cakapsiang akan melakukan sesuatu yang bijaksana seperti menghubungi Alumni UM dan sebagainya untuk memulakan gerakan dan tindakan sewajarnya.

Selamat maju jaya,

Ruhanie Ahmad

LUBOK MELAYU said...

Kisah cinta Jeanne dan Abdullah bermula dengan ura-ura dan cakap-cakap. Dalam hal ini, Bapak Ron akan dituduh cuba menimbulkan kebencian ummah Malaysia terhadap korporat Malaysia. Bagi saya, sekalung bunga untuk Ron kerana menyebarkan ura-ura oleh korporat Cina-Malaysian ini. Bila ada ura-ura begini, kita wajib cantas cepat, jangan tunggu sampai jadi najis yang busuk dan hapak. Kalau dibiar, esok apa lagi yang mereka nak ambil? Tasik Perdana?

A Voice said...

Bila kita sebut Guaco, dia berkait rapat dgn Hong Leong dan Quek Leng Chan.

Jangan kita lupa bahawa Kumpulan Hong Leong itu terbagi dua - Msia dan Spore. Hong Leong Singapore bawah kuasa sepupunya Kwek Leng Beng dan mereka berbagi dua dunia perniagaan supaya tidak bertindih.

Quek Leng CHan dilahir di Singapura tetapi ada kerakyatan Malaysia.

Hasrat keluarga Quek atau Kwek ini untuk menguasai Bank di SIngapura tidak tercapai kerana LKY tidak berkenan dgn kumpulan ini dna tidak akan membenarkan mereka mendapat lesen Bank.

Hanya zaman Anwar Ibrahim jadi MoF lah mereka dapat menguasai Bank, ia-itu Mui Bank Berhad MUBB yg bertukar jadi Hong Leong Bank. Semasa Bank lain merger, Hong Leong dikecualikan dan tidak ambil alih mana2 Bank lain pun.

Buat semasa ini, Hong Leong tidak ke hadapan sangat di bawah pemerentahan AAB. Tapi rangkaian budak2 mereka menyusup melalui saloran lain.

Utama sekali adalah ECM Libra. Nama2 seperti Lim Kian Onn, David Lim, Roger Tan, dan ramai lagi pihak pengurusan atasan dan menengah dalam ECM Libra mempunyai kaitan dan Hong Leong. Selain itu, pihak pengurusan atas dan menegah mempunyai kaitan lain atau kaitan khusus dengan Merrill Lynch.

Siapa ingat siapa buat roadshow utk Malaysia masa Pak Lah mula2 naik PM yg berakhir dgn keadaan melucukan Merill Lynch "downgrade" Malaysia? Sekarang mereka promote pemerintahan AAB, apa akan jadi?

Namun, Hong Leong dan Quek Leng Chan adalah seorang lawyer yang cekap berniaga, dalam ruthless dalam corporate dealing. Dia pun bisa bermain politik dalam melabur politik Anwar. Antara maklumat yg kawan dengar, dia juga melabur dengan Jo Baharum.

Sebagai seorang business men yg begitu global, dia mempunyai banyak rangkaian luar negeri. Quek is no nonsense businessmen yang all about money and power.

Cuba ingat kembali, apakah sumbangan sosial kepada masyarakat yang benar2 signifikan dan bukan klise copy cat dia pernah buat utk masyarakat dan negara yang menerimanya? Dri mana dia dapat sifat kiasunya itu, ye?

goJiRa said...
This comment has been removed by the author.
goJiRa said...

Dato'...

nampaknya.. rancangan nak jual tu, kena tangguh dulu.. sekarang ni, Pak Lah kena atur rancangan nak beli balik MARUAH Malaysia yang sudah tergadai dan digadaikan oleh Amerika...... (sekutu kuat Yahudi, sekutu kuat Temasik)

Malaysia, salah satu negara baru termasuk dalam senarai negara penyeludup ORANG...

Mungkin, Pak Lah kata tuduhan Amerika tu tak boleh pakai. Tapi nampak gayanya, IMF pun boleh gantung bantuan disebabkan tuduhan Amerika tu.

Kita nak berbaik dan bersahabat lagi ke dengan Amerika?

Ke tuduhan ini disebabkan ramainya Pendatang Asing yang boleh melepasi sempadan dan masuk ke Malaysia?

Atau ramai pengusaha Malaysia menggunakan Buruh Haram?

Pak Lah kena siasat tu...

lamandau said...

Semuanya bermula dengan ura2. Tetapi ura2 yang diutarakan oleh Datuk bukan sebarang ura2, ura2 yang mempunyai toyol dibelakangnya!!!Penjualan pasir dan batu pepajal pun bermula dengan ura2, tetapi akhirnya..menjadi realiti. Hanya mereka yang dipelantaran kuasa sahaja diharapkan dapat bertindak bagi kebaikan atau sebaliknya.

Tygas Datuk dan lain2 rakyat malaysia yang cintakan tanah airnya, ialah untuk menyedarkan bukan sahaja rakyat tetapi juga mereka yang di koridor kuasa agar bangkit dari lamunan dan mimipi indah setelah di ulek oleh kesenangan duniawi ini! Kalau tidak di bantah awal2 lagi, maka ura2 spt ini sudah pasti akan menjadi kenyataan.Kegelojohan orang seperti Quek Lan chan tu difahami kerna beliau senang mempengaruhi pemimpin2 melayu yagntidak sedar permainan beliau! Beliau merupakan salah seorang penaja pembelian batu pepejal dan debu kuari dari malaysia!!

Sedarlah whai orang 2 melayu. UM mempunyai catatan sejarah yang begitu bermakna kepada negara. Kalau Proton nak dikuburkan janganlah menara gading yang ulung nak dijadikan bahan komersil pulak. Pak Lah tidak mempunyai sifat cintakan kepada alma mater ke? Sedangkan beliau telah memberi peruntukan khas untuk bekas sekolahnya di kampungnya! Atau Pak Lah mempunyai pengalaman pahit di UM yang membuatnya meminggir diri dari UM?

Sama2 kita doa ura2 ini tidak menjadi realiti!

Pesanan Keramat said...

The Star Thursday June 14, 2007

We are not moving, stresses UM don

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) has no plan to relocate to its campus, describing the present location as one of its strengths.

“UM would like to state categorically that it is not relocating from its current location nor is it in any negotiations with any parties to that effect,” said the university's International and Corporate Relations Office director Associate Prof Dr Khoo Boo Teong in a statement yesterday.

According to a news report on Tuesday, property developer GuocoLand (Malaysia) Bhd, controlled by Tan Sri Quek Leng Chan, had made a bid for the UM grounds.

The report said that if the bid was approved, the development would complement GuocoLand's planned RM1.2bil Damansara City development project and the university would be relocated to Sepang, where the company has a landbank of 4,860ha.

A company source was quoted as saying that such a development was estimated to have a gross development value of RM10bil.

Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed also said it was “absolutely not true” that the university was relocating.

“UM's location is very historic. It is staying put,” he said after chairing the ministry's post-Cabinet meeting yesterday.

UM vice-chancellor Datuk Rafiah Salim expressed shock.

“The university is a heritage. You can't just pluck it out and put it somewhere else. The university management will not allow it,” she said from London yesterday.

Nota: Kadang-kadang resistance tidak berupaya membendung barbarian yang sudah kecor air liur melihat piece de resistance.

Anonymous said...

Saudara Mohamad Alimin, Saudara Cakapsiang, Saudara Gojira, Saudara Hamizi, Saudara Lubok Melayu, Saudara Voice, Saudara Lamandau dan Saudara Pesanan.

Terima kasih.

Keprihatinan Saudara semua sudah membuahkan hasil. Seluruh pihak berkait dengan UM sudah bersuara. Ungku Aziz pun kata tindakan itu melampau.

Saudara Mohamad Alimin. Dua komen anda saya poskan sedutannya di www.manaputera.blogspot.com. Ini kerana saya mau kongsikan reversed psychology anda dengan sahabat-sahabat lain yang mengunjungi blog ini.

Kalau nak baca komen-komen dalan Bahasa Inggeris rujuklah ke www.roncyberprince.blogspot.com.

Bagaimanapun, kita kena sentiasa alert kerana mana tau pihak tertinggi merestui ura-ura ini. TPM kata akan siasat. Tapi TPM tentu tak boleh buat apa-apa kalau bosnya atau menantu bosnya merestuinya.

Perjuangan memang belum selesai. Selamat maju jaya.

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad