Saturday, June 02, 2007

Islam Tak Mengatasi Perlembagaan?
[Islam Is Not Above Constitution?]

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini seolah-olah berhadapan dengan satu masalah serius berbangkit daripada kenyataannya sendiri mengenai agama Islam di negara ini yang dibuat dalam satu sidang akhbar pada 31 Mei 2007.

Akhbar The Sun terbitan 1 Jun 2007, dengan jodol Islam Not Above The Constitution, Says PM, memetik Datuk Seri Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy's appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - The Sun, June 1, 2007
[http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18093]

Agensi Berita Nasional, Bernama 31 Mei 2007 pula memetik beliau dengan kenyataan berikut:

Abdullah also dismissed a suggestion from a foreign journalist that Islamic law was now above the Federal Constitution in the country.

"There is no such thing (of Islamic law being above the Federal Constitution). The Federal Constitution is the Federal Constitution. There is a set of laws we have to follow. It is something that we have to follow, that's all," he said. - Bernama, May 31, 2007
[www.bernama.com]

Akhbar Utusan Malaysia 1 Jun 2007 pula memetik beliau dengan kata-kata seperti berikut:

Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. - Utusan Malaysia, 1 Jun 2007.
[http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm]

Kenyataan Datuk Seri Abdullah dalam The Sun membawa maksud bahawa Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Muhamad “is not above the Federal Constitution.”

Kenyataannya dalam Bernama memberikan tafsiran bahawa beliau menafikan yang “Islamic law being above the Federal Constitution.”

Kenyataannya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pula memberikan tafsiran bahawa beliau menyangkal “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan.”

Kenyataan Datuk Seri Abdullah yang telah dipetik oleh The Sun adalah sangat mengelirukan, berbahaya dan boleh mengundang implikasi negatif daripada segolongan umat Islam di negara ini.

Kenyataan beliau yang dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia yang menyangkal bahawa “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Prsekutuan” juga boleh mendatangkan pelbagai takrifan.

Saya tidak berhak untuk mengulas lebih daripada apa yang saya nyatakan seperti di atas. Tetapi, sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya berhak meminta Datuk Seri Abdullah untuk menyatakan benarkah beliau berkata “Islam is not above the Federal Constitution.” ?

Jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua, terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.

Kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan. – Ruhanie Ahmad

3 comments:

Hamizi Hamdan said...

Pak Lah cuba menyangkal dakwaan asing bahawa keputusan itu dipengaruhi oleh kerjaan (yg. majoriti beragama Islam)... Akan tetapi akal beliau yg. lembap, menyebabkan jawapan beliau sering memakan diri...

Dlm. zaman moden ini, lidah sgt. berbahaya berbanding senjata nuklear... Jika salah bicara, perang mungkin tercetus... Tetapi jika bijak bicara seperti TDM, walau musuh di kiri kanan mempunyai senjata nuklear pun, jangan harap negara akan diserang...

Unknown said...

JANGAN CUBA MEMPROMOSIKAN AGENDA ANDA UNTUK MENJATUHKAN ORANG DENGAN MENGGUNAKKAN AGAMA ISLAM. IA ADALAH PERKARA TERKUTUK DISISI AGAMA ISLAM. BERTAUBATLAH, BERUCAP, HENTIKAN BERDOSA LAGI SECARA SEGERA !!!

Pesanan Keramat said...

It just shows repeatedly that Dolah does not know what the hell he is talkign about and is not the person running the country.

He does not deserve to be PM of this country. For the sake of the party, the race, the country and now the religion ... rid this dunce.