Wednesday, June 06, 2007

Perdana Menteri Kahwini
Jeanne Abdullah Sabtu Ini

PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah pada hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori.

-- BERNAMA

2 comments:

Unknown said...

PM mengambil keputusan tepat dan bijak. InsyaAllah lepas ini Pak Lah dapatlah tumpukan pembangunan negara mengikut acuan yang telah dibina oleh TDM. Tahniah Pak Lah dan Selamat Pengantin Baru, mudah2an Allah akan memberikan kegembiraan kpd pasangan ini dan dapat mentadbir negara dengan makmur.First Lady, bantulah Pak Lah dalam apa juga agar dapat mentadbir negara dengan lebih cekap dan efisyen demi kemakmuran rakyat Malaysia. Tahniah Pak Lah!!

Hamizi Hamdan said...

selamat pengantin baru pak lah... baru ke?

harap-harap lepas ni tak ada alasan lagi nak buat keputusan-keputusan bodoh...

kalau ketua dah banyak alasan, apa lagi harap dengan orang yang di bawah... bukan ke lead by example...