Wednesday, June 20, 2007

The Plane, The Plane!
It’s Coming On 17.7.7

The RM 200 million Airbus Corporate Jet (ACJ) 319, purchased by Penerbangan Malaysia Berhad, for use by the Malaysian Prime Minister, is scheduled to arrive in Kuala Lumpur on July 17, 2007.

fulltext in
www.roncyberprince.blogspot.com

7 comments:

haji said...

Inikah berita hangat yang datuk Ron katakan tu!!Yang terbang tu duit kita semua tu..macamana Idris Jala nih? Lebih baik beli F50 utk pengangkutan rakyat dipendalaman.

Aku pikir berita hangat yang Dtuk Ron katakan tanggal 17.7.07 ni keputusan bersalah dan hukuman gantung sampai mati!!!

Mana tau satu hari Datuk Ron dan kita semua dipelawa naik jet tu..tunggu sajalah ya.

Hamizi said...

tahniah pak lah... mula-mula kapal layar baru lepas tu rumah baru, bini baru, jet baru...

apa lagi yang baru lepas ni...

tamak betul... tak ingat mati orang tua ni... ya lah nak berkuasa 1000 tahun lagi lah katakan...

mayaputera said...

Tuan Haji dan Saudara Hamizi.

Bukan. Ini bukan berita hangat tu. Yang tu kita masih tunggu - sama-sama tunggu.

Hamizi: BiarkanlahPM kita bergaya dengan yang serba baru. Jangan sampai lepas PRU nanti ada sesuatu yang baru!!!

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad

AHIRUDIN ATTAN said...

nice date. perfect wedding gift.

:: Mohamad Alimin :: said...

Salam semua,

Isu kapal terbang ini dah lama dibincangkan dulu. Kebanyakan kita sebenarnya telah dapat menerima akan hakikat bahawa PM kita memerlukan sebuat jet baru. Jet ini bukannya dibeli oleh PM – tetapi oleh MAS. Lagi pun kerajaan hanya menyewa. Tak salah!

Kenapa tak boleh pakai jet sedia ada? Itu jet lama! Sudah tak sesuai lagi. Bertolak ansurlah sikit. Bagi lah muka kat PM!. Kalau PM naik kapal terbang lama tu – terhempas! Ha sapa susah? Mereka dan anak beranak mereka jugak yang susah. Silap hari bulan, tak dapat merasai hari baru, kehidupan baru dan segala-galanya baru termasuklah malam-malam baru.

Kita rakyat marhaian ni, tak lah kedekut sangat. Dengan kenaikan tol dan kenaikan harga barang ni pun kita masih mampu lagi untuk bagi jet untuk PM kita. Kita pemurah. Patutnya PM kena bersyukur mendapat rakyat pemurah macam kita ni. Mana yang boleh bertolak ansur. Kita bagilah. Lagi pun untuk PM kita jugak! Nak kawin kita bagi. Nak jet pun kita bagilah.

Kita ni pun dok tumpang bangga, kalau PM kita pakai jet macam Air Force One US tu! Cuma kita belum ada nama lagi nak panggil apa! Apa kata kita pakat cadangkan nama K-Jane One untuk jet tersebut. K-Kegemilangan; Jane – Sempena nama isteri baru PM. Why not? Kalau dulu kita dah buat Anugerah Seri Endon, tukar nama bilik dan macam-macam lagi, so apa salahnya jika kita berikan pula hak yang sama kepada Datin Seri Jeanne.

Kesimpulannya, tidak ada apa yang menarik pun tentang isu pembelian ini. Cuma kita pening jugak pikir. Kenapa pulak MAS beli tapi yang urusnya sendirian berhad company? Siapa dibelakang comp tersebut? Setakat mana kreativiti mereka ini berfikir untuk menjana apa saja yang boleh dijana? Tapi itu ura-ura la kan! Betul ke tidaknya wallahualam lah. Berita ni hanya memetik sumber. Mungkinkah penggunaan sumber ini mempunyai tujuan strategik tertentu? Itu kena tanya datuk ruhanie.

Isu kos pembeliannya pun, turut menjadi persoalan. Benarkah kosnya RM200 juta. Pada January lalu, saudara rocky mengatakan kosnya sebanyak RM50 juta sahaja. Siapa yang betul? Tak kira berapa pun, apalah sangat dengan duit sebanyak tu. Zaman sekarang, 200 juta tu, orang dah tak heran dah. Kita ada kerajaan yang cukup kaya. Apalah sangat dengan duit 200 juta tu. Kita bukan tak de duit. Dulu masa nak buat jambatan dulu PM kata tak de duit mungkin sebab dia tak jumpa kat mana TDM simpan duit tu. Kita pun dok ingat TDM yang buat lari semua duit tu. Rupanya tak! Sekarang ni duit tu mungkin dah jumpa la kot. Itu yang kita jadi kaya balik tu.

Tapi sebut pasal kaya ni, tok-tok guru ada pesan, kena ingat rezeki dan kuasa ni hak Allah swt. Dapat rezeki tu jangan membazir dan joli sana-sini. Kena bersyukur! Kot nanti Dia tarik balik tongang terbalik kita dibuatnya. Kita ni pun bukan tok guru nak bagi nasihat kepada orang. Tambah-tambah lagi kalau orang tu cucu cicit tok guru. Mau dihujahnya dengan ayat quran, tak terlopong kita dibuatnya. Bukannya apa, kita hidup ni kena tegur, pesan-pesan sesama kita. Paling penting kita tegur dan muhasabah diri kita sendiri. Kena kena suruh orang tegur sebab kita tau kita ni manusia biasa. Kena terima, kita tetap manusia yang terdedah kepada kesilapan.

Semua orang buat silap. Silap apa yang kita buat tidak penting. Tapi manusia yang berjiwa besar akan mengakui akan kesilapannya dan segera membetulkan kesilapannya. Lagi penting dia belajar dari kesilapan dan tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Itulah manusia yang hebat!

Seperti biasalah, kita ni dok sedap jer cakap kan? Entah ke betul ke tidaknya pun kita tak tau. Memetik sumber ni bukanya boleh percaya sangat. Kalau petik buah mangga tu, confirm boleh makan! Mana tau, kot jet tu dihantar pada 16/7/07 sudah pasti berita tu dah jadi fitnah. Tu tak kira lagi kalau syarikat yang buat kapal terbang tu bagi la pulak diskaun RM1 kat MAS, dah tentu harganya bukan lagi 200 juta. Lagi sekali kita kena tuduh sebar fitnah atau khabar angin. Kita harap kepada semua, jangan lah percaya sangat dengan berita ini. Berita internet ni semuanya tahyul, mahyul dan macam toyol. Kalau masuk TV3 ker, utusan ker, berita, NSTP ker, baru boleh percaya. Lagi kan gusti WWE yang dok tayang kat TV tu pun orang dok percaya. Siap dok bertekak lagi – betul ke tidak!

Jadi sekali lagi kepada peminat blog datuk ruhanie semua, jangan sesekali mempercayai khabar angin ini. Saya sendiri akan berpendirian - semua ini hanyalah khabar angin atau ura-ura semata-mata.

Sekian

ps:
maaf datuk! panjang sangat....

Hamizi said...

alimin... the best comment from you so far... please contribute more... we want more people like you...

keep up the good work...

LING LING CHATT said...

A'ha...

Akhirnya ketua negara kita dapat menghabis kan duit rakyat yang sudah buta tetapi masih belum benggap (harap-harapnya!).

Johor jadi gangster state... mamat ketua negara boleh lentok kat JB airport, bila SMART Tunnel banjir in KL.

Apa nak jadi dengan orang-orang Melayu di akhir zaman nih...