Thursday, June 07, 2007

Allah Peliharakan Sultan

Hari ini fikiran saya terganggu dengan beberapa perkembangan mutakhir di tanahair, terutamanya di Negeri Johor Darul Takzim, dan khusus sekali mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Oleh kerana saya hanya seorang warga biasa, maka saya hanya termampu untuk menulis sekadar mana yang “politically correct” dan merdu nadanya di telinga pembesar di Kuala Lumpur.

Apapun, di bawah ini saya paparkan lirik Lagu Bangsa Johor. Mudah-mudahan lirik ini menambahkan lagi kesetiaan anak-anak Johor kepada DYMM Baginda Sultan Johor. Moga-moga DYMM Baginda Sultan Johor akan terus menjadi sumber inspirasi kepada perjuangan bersama mempertahankan kedaulatan setiap inci bumi Johor di Malaysia yang merdeka ini. Kepada Allah Brserah. – Ruhanie Ahmad


Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan

'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan.

Nota: Lagu Bangsa Johor Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah oleh konduktor pancaragam Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).

Dipadankan pada tahun 1897 daripada "dondang sayang", sebuah lagu Melayu yang masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ianya tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ianya diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Bangsa_Johor

7 comments:

goJiRa said...

Pembangunan WPI

Umpama memajukan JOHOR dengan bermodalkan duit Orang Asing.

Dengar khabar, banyak Kilang lama kat Senai dah tutup. Ape cerita? Tarik pelabur baru, pelabur lama dibiar melarat??

Anonymous said...

Saudara Gojira,

Terima kasih.

Memajukan negara kita dengan modal asing boleh diterima asalkan kita tau sejarah wang yang dilaburkan, profil plaburnya secara terperinci, dan pelabur tu pula hanya hendak melabur dan bukan manipulate politik negara atau meremehkan kemerdekaan serta kedaulatan Malaysia atau pun nak mewujudkan hegemoni ekonomi di Malaysia secara sulit.

Dalam hal WPI, kenapa hanya Singapura yang menerima layanan permaidani merah? Kenapa tak pelabur Arab atau Jepun? Ini persoalannya.

Satu lagi, kalau kita teliti peta WPI, budak darjah enam pun boleh kata yang WPI merupakan sebuah kawasan di Johor Selatan - Senai, Larkin, Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas - yang sudah dibangunkan dan sedang dibangunkan.WPI hanya pakacging baru- baju baru. Apa specialnya? WPI macam Shah Alam, Puchong, PJ dan Klang diberikan wajah dan nama baru. Mana boleh kita terima kalau orang Singapura masuk ke WPI tak payah pakai pasport.? Bukan ada tembok besar boleh halang mereka sampai ke bukit Kayu Hitam, Kedah.

Pasport adalah identiti seseorang warga asing yang memasukki sesebuah ngara yang merdeka dan berdaulat. Kalau dah orang asing boleh pijak bumi Malaysia tanpa satu dokumen identiti dia, ini bermakna Malaysia ini - bumi Johor khususnya - adalah wilayah Singapura. Kalau bloggers dan TDM tak bantah kuat baru-baru ini, dah sah dah keputusan tu. Bila kita bantah baru nak pakai smart card dan sebagainya. Inikah caranya kerajaan merancang sesuatu untuk mengisi kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara?

Saya orang UMNO dan bekas MP BN. Tapi saya sangat kritikal dan terpaksa bersuara seperti ini kerana apa yang nak dilaksanakan nampaknya akan mnjejaskan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Saya tak bantah pembangunan. Tetapi saya tak mempunyai kesabaran kalau ada tindakan kita menjejaskan kedaulatan negara.

Satu lagi, WPI bukan kawasan hutan rimba yang akan dimajukan seperti DARA, KETENGAH, KSEDAR, KEJORA atau PUTRAJAYA. WPI macam saya katakan tadi, adalah developed and developing regions in south Johore. Mana otak dia orang pinjanm untuk packagekan kawasan seprti tu untuk dijelmakan kepada suatu kawasan pembangunan baru hanya secara saikologi dan dasar sahaja? Dahlah gitu, berduyun-duyun pula pelabur Singapura dibawa masuk. Dahlah gitu, dasar Bumiputera di WPI dihapuskan.. Apa akan jadi kepada dasar Bumiputera di kawasan yang sedia ada dan akan diserapkan ke dalam WPI? Eh.. panjang sangat kalau nak ulas dengan lebih lanjut. Tapi cukuplah setakat ini kali ini.

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad

Hamizi Hamdan said...

kalau Dato' masih terganggu dengan kisah WPI... saya rasa lagi satu perkara yang perlu dirisaukan ialah hala tuju proton...

walaupun saya dah tidak lagi membeli kereta tempatan, tapi bukan bermakna saya mahu melihat kehancuran proton...

saya harap Dato' boleh cut & paste posting dari seorang penulis dipetik oleh RPK dalam Malaysia Today, tentang proton...

Hamizi Hamdan said...

08/06: When A Proton loses its charge...A M Ubaidah S

-Malaysia Today-

memek said...

Gojira.... U silap..!!
Singapork x bodo...
depa alan "pinjam" duip CPF pekerja malaysia yg depa x mau bayar lagi untuk rampok
WPI..

So depa ada better bargaining power n xda risk langsung dlm "perampokan" depa !!!

Depa dapat dua kali hasil tanpa guna khazanah depa !!! hahahahah

memek said...

Disuatu masa nanti, ibunegeri Johor bukan lagi Johor Bahru !!! sebab JB berada dalam SAR S'pork !!! maka akan hilang kelayakkan sebagai ibu negeri Johor.. So cm mana ngan Bukit Timbalan atau Pejabat Menteri Besar Johor dalam SAR Singapore? wajarkah dikekalkan atau pindahkan ke tempah lain spt mersing ka, muar ka atau pagoh? ini kerana Bukit Timbalan akan hilang moral dan spiritual "power" sebagai pejabat Ketua Eksekutif Johor sebab berada dalam SAR=Special Administrative Region... Lain2 tempat NO KOMEN.

After WPI di institusikan.. next by s'pork ? Any guess ??? hahahah x lain x bukan loji2 air di Johor !!!

Anonymous said...

Gojira dan Memek

Terima kasih.

Soal Johor dan WPI ni akan berlanjutan. Sebabnya kerana ini suatu projek mega yang nampaknya dicipta untuk Singapura. Kalau tak, kenapa tak tarik pelabur-pelabur lain - arab ke, jepun ke, dan lain-lainnya. Asyik-asyik Singapura, Singapura.

Saya bimbang WPI ni akan jadi macam anda semua sangkakan. SER, Singapore Extended Region!!!

Marilah sama-sama kita berdoa semoga apa yang kita sangka tidak jadi kenyataan.

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad