Friday, February 23, 2007

Kes Saman Rocky Bru, Jeff Ooi
Dan Harijadi Bloggers United

Solidariti bloggers Malaysia bukan cerita main-main. Mereka membuktikan solidariti tersebut petang tadi [2.30 petang, 22 Februari 2007].

Sejumlah 50 orang daripada mereka datang secara sukarela mengiringi blogger Ahirudin Attan [Rocky’s Bru], ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Wisma Denmark.

Mereka termasuklah Datuk Paduka Marina Mahathir, Nuraina A Samad, Sheih, Jeff Ooi, Shah 101, Mullah, Zorro, Shanghai Fish, Sang Kelembai, Bigdog, Mao, dan juga Rajahram.

Wartawan veteran, Saudara Saad Hashim [bekas chief news editor Berita Harian] pun turut hadir. Sebilangan rakan bloggers keturunan Cina yang masih dalam mood cong-xi-fa-cai juga sama-sama memberikan sokongan moral kepada Ahiruddin.

Juga hadir adalah abang dan saudara mara Ahirudin daripada Masjid Tanah, Melaka.

Bagaimanapun, perbicaraan terhadap kes Ahirudin untuk membatalkan law suit NSTP dan 4 lainnya hari ini ditunda kepada 2 April 2007.

Ini kerana pegum yang mewakili Ahirudin memerlukan masa secukupnya untuk memperincikan tuduhan pindaan yang dikemukakan oleh pihak NSTP dan 4 lainnya yang dikemukakan Jumaat lalu.

Apa pun, solidariti bloggers yang hadir tetap kental. Mereka sempat memotong kek harijadi Bloggers United di kantin mahkamah. Ada juga yang membawa kek cong-xi-fa-cai untuk dikongsi bersama.

Sampai ketemu lagi pada 2 April 2007, jangan lupa yang kes terhadap Jeff Ooi [screenshot] pula akan didengar di mahkamah yang sama, pada 6 Mac 2007.

Sama-samalah kita berikan sokongan moral kepada Jeff pada hari tersebut.
– Ruhanie Ahmad.

Wednesday, February 21, 2007

Kita Akan Iring Rocky
Ke Mahkamah Tinggi

Blogger Ahirudin Attan @ Rocky’s Bru, akan berada di Mahkamah Tinggi, Wisma Denmark, Kuala Lumpur, jam 2.30 petang, Khamis 22 Februari 2007.

Sahabat-sahabat yang terluang waktu, silalah berikan sokongan kepada Ahirudin. Marilah kita satukan hati kita. Kita jitukan jiwa kita. Kita kukuhkan solidariti kita.

Marilah kita buktikan kepada pihak yang mengheret Ahirudin ke mahkamah bahawa bloggers di Malaysia tidak boleh diapa-apakan dengan sesuka hati mereka.

Mudah-mudahan Tuhan akan merestui perjuangan kita demi agama, bangsa dan nusa. Moga-moga kita berada di pihak yang benar. Kepada Allah kita berserah. – Ruhanie Ahmad.
Belon, Belon!
[The Plane, The Plane!]

Ramai di antara kita masih ingat siri The Fantasy Island. Kita ingat watak Tattoo yang kerjanya adalah mengalu-alukan kedatangan tetamu ke suatu pulau hayalan dengan kata-kata “the plane, the plane!”

http://bigdogdotcom.wordpress.com mempunyai satu posting mengenai kisah the plane, the plane ini.

Tapi, kisahnya bukan mengenai pulau hayalan. Ia mengenai belon mewah yang baru dibeli oleh Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, GLC milik Kerajaan Malaysia.

Kisah belon ini menarik perhatian rakyat jelata Malaysia. Khususnya bila belon berharga $200 juta ini boleh dibeli, tapi skim buku teks untuk seluruh pelajar sekolah rendah dan menengah mulai 2008, yang memakan kos tambahan $100 juta, pula dibatalkan pelaksanaannya.

Inilah ironinya pada hari ini. Pembesar negara asyik buat kenyataan yang berdgar-degar. Tapi, rakyat jelatanya merana bagaikan burung dalam sangkar.

Bacalah kisah Belon, Belon yang sepenuhnya menerusi link ini: http://bigdogdotcom.wordpress.com. Dalam posting berkenaan ditimbulkan soalan-soalan berikut:

Sewaktu Perdana Menteri mengambilalih jawatan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, terdapat beberapa individu tertentu yang melalak kononnyaa negara kehabisan wang kerana kesemuanya digunakan untuk membiayai projek mega Tun Dr. Mahathir. Kalau dah tak ada wang, kenapa beli pesawat mewah hingga bertus-ratus juta ringgit harganya?

Dua ratus juta ringgit adalah satu jumlah yang besar. Khususnya untuk membeli sebuah kapalterbang mewah yang kurang diperlukan kegunaannya.

Jadi, walaupun PMB yang menanggung kosnya, kos itu pastinya datang daripada tabung kewangan negara atau pun dipinjam dengan PMB yang akan membayarnya.

Soalan cepu emasnya di sini adalah: berapa lama lagikah Perdana Menteri akan terlindung daripada kemarahan rakyat terhadap pembelian kapalterbang mewah ini?

Dan, berapa lama lagikah rakyat boleh menerima hakikat kepincangan seperti ini?

Saya tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan di atas. Saya hanya mahu pandang dan lihat. Saya mahu pandang dan lihat, mungkinkah kemarahan rakyat jelata akibat pembelian kapalterbang mewah ini akan jadi satu manifestasi yang kukuh dan nyata? Mungkinkah begitu kesudahannya? – Ruhanie Ahmad.
Report Reveals U.S. Plans
For Iran Attack

www.aljazeera.com.
Belon Akan Terus Dibalon
Sampai Rakyat Pilih Calon?

Kisah pembelian belon [kapalterbang] mewah oleh Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), nampaknya terus menerus kena balon. Saya dengar cerita, pembelian belon Airbus A319 berharga US$60 juta ini semakin rancak diprbualkan di kampung-kampung.

Saya juga dapat tau, pihak-pihak tertntu akan terus balon isu ini secara habis-habisan sehingga rakyat jelata memilih calon pada Pilihan Raya Umum k-12 kelak.

Setakat ini, Raja Petra Kamarudin (RPK), menerusi ruangan The Corridors Of Power, dalam Malaysia Today (MT), menimbulkan pelbagai soalan mengenai belon tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

Siapakah yang akan mengendali dan menerbangkan belon berkenaan? Bukankah pesawat yang didaftarkan di bawah syarikat swasta tidak boleh dikendali dan diterbangkan oleh juruterbang TUDM?

Kenapakah pihak berkuasa tidak menjelaskan bahawa PMB adalah anak syarikat 100 peratus milik Khazanah Nasional? Bukankah Khazanah Nasional yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad, adalah syarikat milik Kerajaan Malaysia?

Bukankah tugas utama Khazanah Nasional adalah melakukan pelaburan strategik bagi pihak kerajaan demi kemakmuran ekonomi negara ini?

Banyak lagi perincian mengenai pengedalian dan pengurusan belon itu yang dibangkitkan oleh RPK. Kisah sepenuhnya boleh diakses di sini:

Bacalah dan pastikanlah sama ada pemblian belon mewah ini tepat pada waktunya. Pastikanlah sama ada pemblian tersebut sejajar dengan kedudukan kewangan ngara masa ini.

Wajarkah sewaktu rakyat jelata hidup merana, kerajaan pula berbelanja beratus-ratus juta ringgit untuk manfaaf seglintir manusia sahaja? – Ruhanie Ahmad.

Tuesday, February 20, 2007

Mari Kita Ke sana
(Untuk Bloggers Malaysia)

Jom! Moh!
Mari kita ke sana
Bangkit bersama rebah sekali
Namun berundur takkan terjadi

Kita bukan wira
Kita bukan petualang
Blogger hanya mencari kebenaran.

Jom! Moh!
Jangan biarkan mereka
mempermainkan kita
Asak hingga retak
Pasak sampai lolos
Pijak biar lunyai
Alang-alang selok pekasam
biar sampai kepangkal lengan

Lubok Melayu
20 Februari 2007
Tahniah Dan Takziah
Buat Perdana Menteri


Kali ini saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, di atas rekod cemerlang, gemilang dan terbilangnya dalam memimpin negara tercinta ini.

Senarai ucapan tahniah dan syabas daripada saya adalah seperti berikut:

Tahniah. Indeks Komposit pasaran saham di BSKL mampu melonjak ke tahap 1,350.

Tahniah. Rekod perdagangan Malaysia mencecah 1 trillion ringgit.

Tahniah. Indeks keselesaan dan kebahagian hidup rakyat Malaysia kian meningkat.

Membaca

Tahniah. Perdana Menteri Malaysia hari ini adalah seorang yang gemar membaca. Harap-harap beliau juga celik ICT dan internet supaya dapat baca seluruh postings dalam blog tempatan serta komen-komennya sekali.

Tahniah. Kini gambar Perdana Menteri bersama pelakon Michelle Yeoh sudah tersebar luas di serata cerok desa dan kota. Inilah contoh pembesar negara di era Islam Hadhari.

Tahniah. Di zaman kepimpinan mutakhir ini ada seorang warga korporat yang berjaya membangunkan satu produk sukan dan pelancongan – pesta monsoon cup di Terengganu – dengan peruntukan daripada tabung wang ehsan.

Tahniah. Kepimpinan hari ini mewujudkan SJER di Johor. Mudah-mudahan selepas ini banyak lagi free access zones di buka di Johor. Ini akan menjadikan warga kiasu jadi lebih naik lemak dan para yahudi juga masuk ke Johor Darul Takzim tanpa sebarang passport.

Tahniah. Khazanah Nasional berjaya membeli sebuah ‘belon’ [kapalterbang] baru untuk kegunaan pembesar negara. Mog-moga kapalterbang berharga $200 juta itu menjadikan indeks keselesaan pembesar negara kita berlipat kali ganda kenaikannya.

Monorel

Tahniah. Kerajaan hari ini memperuntukkan sekian juta wang, bermula dengan $150 juta, untuk membangunkan projek monorel di Pulau Pinang. Mudah-mudahan selepas ini nilai tanah di Georgetown akan melambong-lambong harganya. Mudahan-mudahan selepas ini orang Kepala Batas juga akan minta projek yang sama supaya nilai tanah mereka sama kadarnya dengan tanah di Georgetown.

Tahniah. Hari ini jari jemari investment arm kerajaan pulau sekangkang kera dikatakan sudah mula aktif dalam banyak sektor di Malaysia. Moga-moga, makin lama, makin luas lagilah peranan jari jemari ini dalam memakmurkan negara ini.

Tahniah. Tahniah. Tahniah dan tahniah. Kesemua yang tersenarai di atas membuktikan bahawa Perdana Menteri sekarang tidak lembik, tidak dolak-dalik. Sebaliknya, beliau punya gagasan serta wawasan yang luas.

Syukur Alhamdulillah. Rakyat Malaysia kini berdoa semoga kesemuanya di atas adalah benar belaka. Mudah-mudahan kesemuanya tidak indah khabar dari rupa. Harap-harap, begitulah hakikatnya.

Tetapi, saya juga ada senarai ucapan takziah khusus untuk Datuk Seri Abdullah. Takziah ini adalah seperti berikut:

Jambatan

Takziah. Di zaman kepimpinan mutakhir ini, projek Jambatan Indah untuk menggantikan Tambak Johor, telah dibatalkan.

Akibatnya, hari-hari keputusan ini dikutuk rakyat jelata. Akibatnya, keputusan itu mencipta satu persepsi bahawa kedaulatan negara sudah tergadai. Akibatnya, kini wujud negara jiran kita yang nampaknya kian naik kepala!

Takziah. Di zaman kepimpinan hari ini, ada seorang anak muda yang jadi sangat-sangat berkuasa. Anak muda ini pula ada konco-konconya yang kini berleluasa.

Akibatnya, hari-hari berbakul-bakul orang menyumpah seranah. Akibatnya, banyak pihak kini meluat dan menyampah.

Takziah. Harga minyak yang naik dan kian naik, kini menyebabkan rakyat jadi susah berpanjangan.

Makanan

Akibatnya, harga barangan consumer naik. Harga makanan naik. Harga apa juga pun naik. Yang turun merdum-redum, kata orang Johor secara berjenaka, hanya hujan yang melimpah ruah!

Takziah. Tahun lalu kerajaan mengumumkan bahawa skim buku teks akan dinikmati oleh seluruh murid sekolah rendah dan menengah di negara, mulai 2008. Tapi, kini skim yang dicadangkan itu ditarikbalik. Kerana apa? Sebab kerajaan nak jimat dari membelanjakan wang tambahan sebanyak $100 juta!

Akibatnya, kerajaan kini ditempelak habis-habisan oleh rakyat jelata. Kalau Perdana Menteri sudi melayari internet, bacalah sendiri komen-komen yang terpapar dalam blog dan website tempatan mutakhir ini. Tentu seram sejuk hingga ke tulang somsom kita dibuatnya!

Takziah. Kisah rasuah, kronisme dan neopotisme kini semakin lumrah dipolemikkan oleh rakyat Malaysia. Bangkai gajah ini tidak lagi boleh ditudung. Betul atau tidak, lain cerita. Pokoknya, nama baik Perdana Menteri – Mr. Clean – kini tercemar, kredibaliti kerajaan kini terjejas, keyakinan rakyat kini mula terhakis!

Takziah. Takziah. Takziah dan takziah. Kesemua ucapan takziah di atas jangan dipandang ringan, jangan diremehtemehkan. Mudah-mudahan seluruhnya akan diperbetulkan secara ikhlas dan segera.

Saya mengabadikan ucapan tahniah dan takziah di atas demi agama, bangsa dan negara. Berani kerana benar, takut kerana salah. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian apa gunanya? – Ruhanie Ahmad.
Bloggers Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Biar Patah Sayap Namun Terbang Jua..

Perpaduan dan solidariti di kalangan bloggers Malaysia kini semakin terserlah. Jumlah blogs yang memaparkan sticker Bloggers United: No Fear, semakin besar.

Sepatah kata Blogger Sheih Kickdefella, pemaparan sticker itu kini merebak dari Lembah Klang ke Miri. Dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang. Dari Gwangjau di China ke Vancouver di Kanada. Dari Bangkok ke Sudan. Mulai semalam, sticker itu digunakan oleh M. Bakri Musa di Silicon Valley, Amerika Syarikat. Blogger Kak Teh di London pun gunakan sticker yang sama.

Sejak dua hari lalu, Malaysia Today (MT), akhbar internet-based yang kini menerima lebih 1.5 juta hits sehari, pun secara rasmi mula memberikan pengiktirafannya kepada bloggers Malaysia.

MT mendedikasikan satu ruang khusus – Around The Blogs – kepada bloggers tempatan. Sebelum ini, usaha tersebut dilakukannya secara adhok.

Tetapi, setelah MT memaparkan sticker Bloggers Malaysia United: No Fear, usaha tersebut dilaksanakan secara rasmi. Terima kasih kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan MT.

Perkembangan di atas bukan di dorong oleh sesuatu motif yang terancang. Ia terjadi secara natural. Ia berlaku secara sukarela. Ia melambangkang komitmen bloggers Malaysia kepada kesejahteraan masing-masing mutakhir ini.

Perkembangan di atas jadi realiti kerana bloggres Malaysia tidak rela dan tidak redha di perkotak-katikkan oleh mana-mana pihak yang menganggap bloggers di negara ini sebagai pendukung serta penyebar fitnah.

Sekarang terdapat dua kes mahkamah di Malaysia yang membabitkan blogger Ahirudin Attan (Rocky’s bru) dan blogger Jeff Ooi (screenshots).

Kes yang membabitkan Saudara Ahirudin akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di Wisma Denmark, Kuala Lumpur, pada Khamis, 22 Februari 2007, jam 2.30 petang.

Kita kena sokong kedua-dua sahabat kita ini kerana kedua-dua kes tersebut adalah kritikal dan penting kepada kesejahteraan semua bloggers di seluruh dunia.

Datanglah beramai-ramai untuk menyokong Ahirudin pada Khamis ini. Blogger Nuraini Samad (3540 Jalan Sudin) telah ditugaskan membawa kek harijadi Blogger United: No Fear!

Teruskan dan peliharalah perpaduan dan solidariti yang telah sama-sama kita wujudkan setakat ini. Bersatu teguh, bercerai roboh. Patah sayap, bertongkat paruh, namun tetap terbang jua! – Ruhanie Ahmad.

Monday, February 19, 2007

Is The Bush Administration
Behind The Bombings In Iran?
By Peter Symonds

Sunday, February 18, 2007

Skim Buku Teks Menyeluruh Dibatal
Belon Beratus Juta Kenapakah Dibeli?

Hari ini saya membaca satu laporan BERNAMA mengenai kedolak-dalikan pendirian dan keputusan kerajaan berkaitan skim pinjaman buku teks untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kata laporan itu, pada hujung 2006 yang lalu, kerajaan mengumumkan bahawa skim tersebut akan diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai 2008.

Tiba-tiba, kata BERNAMA lagi, langkah itu ditarik balik dengan begitu cepat. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu. Antaranya ialah, Kementerian Pelajaran terpaksa menanggung kos sebanyak lebih daripada RM100 juta lagi jika skim yang baru itu dijalankan.

Satu lagi sebabnya ialah kerana Kementerian Pelajaran menerima rayuan daripada pihak penerbit dan pengedar buku teks.

Kekal

Lantaran itu, skim pinjaman buku teks itu pun jadi kekal pada sistem sekarang. Hanya pelajar yang pendapatan keluarganya tidak lebih daripada RM2,000 sebulan sahaja layak untuk skim tersebut.

Laporan penuh BERNAMA yang saya maksudkan boleh diakses menerusi link berikut:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=247559

Saya terkebil-kebil setelah membaca laporan berkenaan. Saya tanya diri saya sendiri: apa dah jadi ni? Kerajaan boleh batalkan skim buku teks yang meliputi seluruh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara mulai 2008, semata-mata kerana tak mau menanggung kos tambahan yang melebihi $100 juta?

Apa hal ni? Hari tu kata boleh, hari ni kata tak boleh? Ingat ini iklan biskut ke? Sekejap ada, sekejap tak ada? Ini masalah rakyat. Ini masalah kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

Keselesaan

Bukankah dua hari lalu, Perdana Menteri kata bahawa indeks keselesaan rakyat Malaysia kini meningkat? Jadi, tidakkah dolak-dalik seperti ini akan merdumkan indeks keselesaan yang diheboh-hebohkan itu?

Hairan juga Malaysia mutakhir ni. Tahun lalu kerajaan kensel Jambatan Bengkok. Sebelum tu, Perdana Menteri kata Malaysia mau jambatan baru ganti Tambak Johor, biar pun jambatan itu lurus atau herot!

Kensel jambatan tu [walau pun banyak hati rakyat Malaysia yang tercalar kerananya] tak apalah juga kerana ada pihak nak tunjuk, kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad salah buat rancangan mengenai pembinaan jambatan tu.

Tapi, dalam tak apa, tak apa pun, saya rasa kes pembatalan jambatan ni tetap mengorbankan beberapa ribu undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kelak.

Marah

Kes batalkan skim buku teks percuma untuk seluruh pelajar ini lagi luas implikasinya. Kemarahan rakyat jelata mengenainya pasti akan merebak liar macam belukar terbakar di waktu panas terik. Jadi, saya rasa jumlah undi yang akan melayang dalam PRU ke-12 akibat pengenselan skim buku teks yang menyeluruh ini pastinya lebih besar.

Rakyat akan tanya, beli belon [bahasa Sarawak, ertinya kapalterbang] beratus-ratus juta ringgit kenapa boleh? Belon tu bukan boleh dinikmati manfaatnya oleh berjuta-juta manusia yang memerlukannya. Tapi, kenapa boleh? Buku teks yang membantu hidup berjuta-juta rakyat jelata, kenapa tak boleh?

Mungkin akan ada pembesar negara berkata, bloggers sengaja nak besar-besar isu ini - making a mountain out of a molehill - untuk ‘rubbish’kan kepimpinannya.

Tapi, kalaulah ada pembesar negara yang kata gitu, mari kita tanya dia, kenapakah skim buku teks percuma yang diumumkan hujung 2006, dibatalkan semata-mata kerana kononnya kerajaan tak mampu nak belanja tambahan $100 juta? Siapa yang nak ‘rubbish’kan siapa dalam hal ni?

Penerbit

Saya juga hairan kerana skim pinjaman buku teks yang dibatalkan ini juga tidak dilaksanakan kerana memikirkan soal penerbit dan pengedar buku.

Logikkah alasan seperti ini? Sama ada buku teks nak diberikan secara menyeluruh atau pun tidak, penerbit tetap terus menerbitkan jodol-jodol buku yang diperlukan? Pengedar juga akan terus mengedarkan buku-buku itu ke sekolah-sekolah.

Ini membuktikan bila buku itu diberikan secara menyeluruh, penerbit dan pengedar akan terus hidup dan dapat laba. Pengedar dan penerbit tak akan terlungkup periuk nasi mereka.

Hari ini banyak bloggers bising pasal kedolak-dalikan kerajaan mutakhir. Ramai warga internet pula tau berapa harga belon yang baru dibeli oleh kerajaan mutakhir. Semua orang tau banyak hal yang pincang pada hari ini.

Jadi, kalau terompet PRU ke-12 sudah ditiup dan gendang perang ke arah PRU ke-12 sudah dipalu, kenapakah berlaku keputusan dolak-dalik macam dalam hal pemberian buku teks ini? Adakah ini satu kesengajaan untuk menempah kehancuran? – Ruhanie Ahmad.

Saturday, February 17, 2007

Khairy, Hadhari
Dan Cawat Besi

Dalam kita hangat membincangkan prestasi ekonomi negara yang dikatakan mencatatkan kegemilangan luar biasa, timbul pula isu wanita Malaysia perlu pakai cawat besi untuk elak daripada kena rogol.

Mereka yang perlu pakai cawat besi ni “bukan setakat wanita muda.” Tetapi, juga kanak-kanak dan warga tua. Bacalah kisah sepenuhnya menerusi link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Sebenarnya, isu cawat besi ni isu lapok. Dalam tahun-tahun 70-an pun ada seorang ADUN Johor, bernama Daeng Jalok Daeng Malibok, membuat cadangan supaya wanita Malaysia pakai cawat besi.

Maka hiruk-pikuklah polemik pasal cawat besi di dada akhbar dan kedai kopi pada ketika itu. Tapi, akhirnya isu itu pun mati, dan jadi basi.

Dalam konteks isu cawat besi di abad ke-21 ini, sahabat setia www.kuda-kepang.blogspot.com bernama Dr Butiq, mengutarakan pertanyaan berikut:

Datuk. Saya nak tanya bab cawat besi. Cawat besi ni kat mana ada jual? Saya nak cuba pakai, sebelum suruh orang lain pakai. Selesa ke tak selesa? Macam mana rasanya bila pakai cawat besi ni?

Dato’ Hassan Din cadangkan orang perempuan saja kena pakai cawat besi supaya tidak kena rogol. Tapi, beliau tidak pula suruh orang lelaki, iaitu siperogol yang gila seks tu yang kena pakai cawat besi supaya dia tidak boleh merogol.

Agaknya inilah satu cadangan yang terbaik bagi ulama Islam Hadhari masa kini untuk mengatasi masalah kena rogol. Bolehlah saya membuka kilang untuk mengeluarkan cawat besi versi Malaysia, versi Islam Hadhari. Tapi, kalau Dato’ Hassan Din nak, saya bagi free aje!

Saya cadangkan komen Dr. Butiq seperti di atas wajar dibaca oleh Khairy Jamaluddin dan sahabat-sahabatnya. Kalau tak, mana mungkin Dr. Butiq nak buat kilang cawat besi, boleh jadi realiti.

Bila Khairy setuju, saya cadangkan supaya ada pakar-pakar yang akan kaji soal lelaki atau wanita pakai cawat besi. Kalau tak setuju, kesianlah Dr. Butiq.

Tapi, dalam kita bergurau senda dan sindir menyindir, insaflah. Yang diperlukan kini bukannya cawat besi. Tapi, iman umat manusia yang kukuh macam besi. Iman manusia yang unggul dan kukuh supaya mereka boleh menolak kemungkaran dan mendekati kebaikan.

Apa yang diperlukan hari ini adalah pemimpin yang tegas macam besi pendiriannya. Bukan pemimpin yang mudah bengkang bengkok atau berdolak-dalik. - Ruhanie Ahmad.
Kedudukan Ekonomi Stabil
Tidak Bermakna
Pilihan Raya Perlu Awal

KUALA KRAI, 17 Feb (Bernama) -- Kedudukan ekonomi yang kukuh sekarang bukan bermakna kerajaan perlu mengadakan pilihan raya lebih awal dari tarikh yang ditetapkan kerana ia menandakan keadaan negara semakin stabil, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.

"Kalau kadang-kadang ada juga pilihan raya tiga tahun sekali tetapi sudah menjadi kebiasaan pilihan raya dibuat empat tahun sekali," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan pakar ekonomi bahawa sekarang adalah masanya kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum berikutan kedudukan ekonomi negara yang stabil pada masa ini.

Semalam, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Profesor Emeritus Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata kedudukan ekonomi pada masa ini sangat stabil setelah semua asas ekonomi domestik menunjukkan petanda pemulihan positif.

Mustapa berkata pada kebiasaannya, pilihan raya di negara ini diadakan setiap lebih kurang empat tahun sekali dan perkara itu diamalkan sejak dahulu oleh kerajaan walaupun keadaan ekonomi stabil atau sebaliknya.

Beliau berpendapat untuk diadakan pilihan raya dalam masa terdekat atau masa sekarang yang baru mencecah tiga tahun jarang-jarang berlaku walaupun keadaan ekonomi negara teguh.

"Bagaimanapun terserah kepada kerajaan pusat untuk menentukan bila pilihan raya itu hendak diadakan," katanya.

Mustapa berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin diadakan dalam masa terdekat dengan melantik kumpulan 10 dan petugas pilihan raya bagi memantau pengundi di kawasan peti undi masing-masing.

BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=247513
www.kuda-kepang.blogspot.com
mengucapkan
Cong-Xi-Fa-Cai
kepada seluruh rakyat Malaysia
keturunan Cina
Indeks Keselesaan
Rakyat Malaysia?

Ini satu lagi berita hebat. Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad, mengumumkan Indeks Keselesaan dan Kebahagiaan hidup rakyat Malaysia.

Berita yang saya petik daripada Utusan Malaysia di bawah ini mesti di baca dan dianalisa oleh kita semua. Baca betul-betul. Teliti sedalam-dalamnya.

Lebih baik lagi, kalau boleh kita baca sekali berita ini dengan berita yang berjodol : Kes Remaja Terlibat Jenayah Meningkat, dalam akhbar yang sama menerusi alamat ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Rakyat kini lebih selesa
– Abdullah
Oleh Helmi Mohd Foad

PUTRAJAYA 16 Feb. – Rakyat Malaysia kini memiliki tahap keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang tinggi, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati, indeks keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang dicapai oleh rakyat negara ini ialah 8.2 daripada skala tertinggi 10.

Lebih menarik lagi, menurut beliau, kajian yang sama juga menunjukkan indeks budi bahasa rakyat adalah 7.2 daripada skala tertinggi 10.

‘‘Indeks lebih daripada tujuh adalah satu pencapaian yang baik. Kita mestilah meningkatkan usaha untuk meningkatkan tahap itu dari semasa ke semasa.

‘‘Sekarang saya nampak daripada laporan yang saya baca dan terima, sudah ada perubahan yang menunjukkan mereka (rakyat) berasa lebih yakin.

‘‘Rakyat kini berasa lega berbanding dengan kebimbangan sebelum ini,’’ kata beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian berkenaan di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut pihak yang menjalankan kajian itu.

Sehubungan itu, Abdullah meminta kakitangan awam supaya bekerja dengan niat yang suci iaitu untuk memberi khidmat bagi membahagiakan rakyat, bukan untuk memperkayakan diri sendiri.

‘‘Yang penting ialah untuk memberikan kebahagiaan kepada rakyat kerana kepada merekalah kita berkhidmat,” ujarnya.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri menekankan agar segala masalah yang dibangkitkan oleh rakyat dapat diselesaikan segera dan menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dipandang serius.

‘‘Ini kerana dalam setiap cabaran itu ada peluang, jadi kalau mahu mendapat peluang mesti hadapi cabaran.

‘‘Segala cabaran mesti dihadapi dengan penuh keyakinan, kita mampu melakukan kerana kita mempunyai kemahiran dan pengetahuan,'' katanya.

Abdullah menambah, kedudukan ekonomi negara sememangnya bertambah baik dengan pelaburan luar dan dalam negeri kini melebihi RM40 bilion.

Menurut beliau, pasaran modal juga aktif dengan prestasi tinggi, begitu juga jumlah dagangan yang tinggi dan indeks yang tinggi.

‘‘Dengan kedudukan mata wang negara yang semakin kukuh dari semasa ke semasa telah memberikan satu harapan baru kepada rakyat.

‘‘Mudah-mudahan dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk terus bekerja,” katanya.

Abdullah berkata, berikutan kedudukan ekonomi yang baik, agensi-agensi di bawah KKDN terutama polis perlu meningkatkan keupayaan perkhidmatan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat.

Katanya, ini kerana apabila rakyat sudah menikmati kemajuan ekonomi, mereka mahu keamanan dan keselamatan dapat terus dikekalkan.

Tahun lalu, Malaysia menarik pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM46 bilion menerusi 1,077 projek yang diluluskan dalam sektor pembuatan berbanding RM31 bilion pada 2005.

Malaysia juga mencatatkan jumlah dagangan RM1.06 trilion pada tahun lepas dengan eksport bernilai RM588.95 bilion dan import RM480.49 bilion.

Jumlah dagangan itu meningkat 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Indeks Komposit Bursa Malaysia pula ditutup pada 1,258.63 mata semalam.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Bacalah. Bacalah berulang kali. Bacalah sepuas-puas hati. Pasti kita akan terdorong untuk berfikir sejenak mengenai mesej di sebalik berita di atas. Pasti kita juga akan dapat menggambarkan realitinya.

Satu perkara yang pasti, menerusi berita di atas adalah: PERDANA MENTERI KITA SUKA MEMBACA. Kalau tidak, tak mungkin beliau akan berkata:

‘‘Sekarang saya nampak daripada laporan yang saya baca dan terima, sudah ada perubahan yang menunjukkan mereka (rakyat) berasa lebih yakin.”

Jadi, jangan tuduh-tuduh sembarangan. Perdana Menteri kita bukan jenis “kaki ngorok.” Beliau membaca dan tetap membaca.

Baguslah kalau gitu. Saya cadang, blogger Shih Kickdefella buat satu poster khusus mengenai Perdana Menteri kita gemar membaca! – Ruhanie Ahmad
UK: British Police Tactics
To Undermine Muslims
Revealed
By Ali Cordoba
http://www.worldfutures.info/
Singapore's Testy Relations
With Its Neighbours
By Datuk Ahmad Rejal Arbee

Wisel PRU Ke-12
Dah Mula Ditiup

Wisel PRU ke-12 sudan mula ditiup. Hari ini tersiar berita dalam Utusan Malaysia mengenainya. Berita sepenuhnya adalah seperti berikut:

MASA BUBAR PARLIMEN
Pakar Anggap Ekonomi Negara Sangat Stabil
Memberangsangkan
Oleh Mustafa Kamal Basri

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Seorang pakar ekonomi tempatan yakin sekarang adalah masa sesuai untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, kedudukan ekonomi negara pada masa ini sangat stabil, setelah semua asas ekonomi domestik menunjukkan petanda-petanda pemulihan positif.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi yang sedang berkembang pesat sekarang untuk mengadakan pilihan raya umum.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menguruskan ekonomi negara yang dijangka melambung pada tahun depan.

‘‘Saya bukan seorang pakar politik untuk mengulas mengenai hal itu (politik), tetapi sebagai pakar ekonomi saya berpendapat kerajaan perlu mengelakkan tumpuannya terganggu dengan hal-hal lain (politik).

‘‘Jika pilihan raya umum dapat diadakan segera dalam suasana sekarang, maka kerajaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya menjana ekonomi negara yang dijangka mengalami kemajuan pesat pada tahun depan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah pada 23 Mac 2004 yang membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN).

Ia juga merupakan pilihan raya umum pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2003.

Menurut Mohamed Ariff, kedudukan ekonomi negara pada masa ini berada pada tahap yang teguh berikutan iklim pelaburan memberangsangkan sehingga meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara ini.

Katanya, pertumbuhan ekonomi negara berada pada tahap 5.9 peratus pada 2006 dan pasaran saham mencatat pertumbuhan yang meyakinkan dengan kemasukan dana asing dan institusi dalam jumlah besar.

Indeks Komposit Bursa Malaysia yang melepasi 1,200 mata pada masa ini pula, jelasnya, merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun, selepas krisis mata wang dan pasaran ekuiti melanda negara dan rantau ini pada 1997.

Selain itu, negara turut memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik tertinggi dalam sejarah bagi 2006 dengan masing-masing mencatat sebanyak RM20.2 bilion dan RM25.8 bilion, katanya.

Menurut Mohamed, jumlah FDI itu merupakan peningkatan sebanyak RM2.3 bilion daripada RM17.9 bilion pada 2005, manakala pelaburan domestik itu merupakan pertambahan sebanyak RM12.7 bilion pada 2005.

Negara turut mencatat rekod dari segi lebihan dagangan apabila memperoleh lebih RM1 trilion pada 2006, tambah beliau.

Mohamed berkata, bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dijangka berkembang secara sederhana, berikutan keadaan ekonomi di Amerika Syarikat dan China, tetapi dengan trend ekonomi yang meningkat sekarang, ekonomi Malaysia dijangka melambung tinggi pada tahun depan.

Katanya, dasar-dasar ekonomi yang cekap, terbuka dan langkah memperbaiki sistem penyampaian korporat yang dilaksanakan oleh kerajaan telah merancakkan kemasukan pelaburan asing.

‘‘Kerajaan telah berhati-hati merangka dan membina dasar-dasar ekonomi yang berkesan bagi menarik pelaburan asing,’’ katanya.

Sambil menafikan perkembangan positif asas-asas ekonomi itu sebagai suatu ‘propaganda’, beliau berkata, kedudukan ekonomi negara pada masa ini adalah suatu realiti.

‘‘Rakyat akan menikmati manfaatnya daripada pertumbuhan ekonomi itu tidak lama lagi, setelah kesan-kesan rantaian ekonomi mula menyerap dalam pasaran,’’ katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Setelah membaca berita di atas, pastinya menarik kalau kita dapat tahu, apa agaknya reaksi sahabat-sahabat kita yang hari-hari bersidang di sebuah kedai kopi di Parit Sulong, Batu Pahat, sebuah kedai kopi di Jalan Rahmat, Batu Pahat, atau mereka yang suka berkunjung ke kopitiam White House, di Kota Baru, Kelantan.

Menarik lagi kalau kita ketahui reaksi warga kota yang gemar bersidang di De Palma Ampang, di restoren 24 jam Precint 9, Putrajaya, atau di warong-warong kopi moden milik asing yang bersepah-sepah di Kuala Lumpur atau Shah Alam?

Apa pula reaksi orang Tanjung yang suka sembang di kedai-kedai nasik kandar, atau orang Alor Star yang suka berkumpul di beberapa coffeehouse di sekitar bandaraya tersebut.

Adakah mereka sependapat dengan pakar ekonomi di atas? Tidakkah mereka juga seperti blogger Sheih Kickdefella yang kata, SHOW ME THE MONEY.

Tidakkah mereka akan kata: kalau harga susu naik, harga cili naik, harga tempe naik, harga cencalok naik, harga tol naik, harga belacan naik, mana boleh kita kata ekonomi negara stabil dan memberangsangkan?

Tidakkah mangsa-mangsa banjir di seluruh Johor, terutamanya di Seri Medan, Parit Sulong dan Parit Ya’ani, di Batu Pahat, akan mendengus secara sinis, bahawa yang sentiasa turun meredum-redum ketika ini hanyalah hujan?

Macam mana pun, kita kenalah hormat pendapat bijak pandai. Tapi, janganlah ada pakar yang bertindak umpama sokong bawa rebah. Jangan ada pakar yang nak dodoikan kita semua dengan analisis gampang.

Serunai dan terompat sudah ditiup. Rakyat jelata akan mara ke gelanggang Pilihan Raya ke-12. Selamat maju jaya Barisan Nasional (BN).
Sama-samalah kita berdoa semoga tiupan serunai dan terompet ini tidak jadi satu tiupan “sangkala” kepada BN. Kalau ini terjadi, alamat gamat dan gawatlah Malaysia dari segi siasahnya. – Ruhanie Ahmad.

Thursday, February 15, 2007

Kepalsuan
Tumbuhan Ekonomi
Oleh Kim Quek

Baru-baru ini saya berasa bangga kerana pendapatan luar Malaysia 2006 telah mencecah trillion ringgit. Inilah satu rekod prestasi yang cemerlang dalam sejarah negara kita.

Lantaran itu, hati kecil saya pun berkata-kata sendirian: kalau betullah begitu, mengapa hari ini ramai rakyat jelata - baik orang kampung, baik orang bandar, baik kakitangan kerajaan, baik usahawan – terus mengeluh panjang dan hidup dalam kesempitan yang agak luar biasa?

Dalam mencari jawapan kepada persoalan hati kecil saya itu, saya terjumpa artikel di bawah ini. Artikel sebenarnya agak panjang lebar. Saya hanya ceduk sebahagian yang agak menarik untuk tatapan pengunjung http://www.kuda-kepang.blogspot.com/.

Versi asalnya dalam Bahasa Inggeris disiarkan dalam http://www.malaysia-today.net/. Versi terjemahannya disiarkan dalam http://www.marhaen.ngepeng.com/. Bacalah dan telitilah artikel di bahawh ini:

Terdapat usaha gigih media arus perdana kebelakangan ini mahu mewarnai gambaran yang berwarna-warni ke atas pertumbuhan ekonomi kita. Kegigihan ini dibuat semasa mengimbau sejarah pendapatan luar kita yang mencecah trillion ringgit yang dibuat bertepatan dengan lonjakan pasaran saham baru-baru ini, selari dengan lonjakan nilai ringgit sebagai latar belakangnya.

Apa yang kononnya merupakan berita baik ini telah dieksploitasi oleh ahli politik dan para speculator yang tidak bertanggungjawab akan pentingnya kita membezakan fakta daripada kepalsuannya agar kita tidak hilang arah terhadap isu sebenar apabila menyanggah ekonomi negara.

Pertama, cuba lihat akan perdagangan luar kita.

Memanglah angka yang berbunyi trillion itu tidak berbaur sejarahnya, tetapi di situlah sahaja tamatnya tafsiran itu. Data yang lebih relevan untuk mengukur hala-tuju ekonomi kita ialah kadar pertumbuhan perdagangan luar kita secara keseluruhannya.

Bagi 2006, kadarnya ialah 10.5%, yakni tidaklah berapa banyak beza pertumbuhannya dengan kadar 9.9% pada tahun 2005, kalau diambil kira harga tinggi sepanjang 2006 ke atas produk utama kita seperti petroleum dan gas, minyak sawit dan getah (purata kadar pertumbuhan untuk 1997-2006 ialah 10.8%)

Sesungguhnya kadar pertumbuhan ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pertumbuhan negara membangun yang lain seperti India dan China ataupun negara maju seperti Singapura, walaupun ia adalah pada paras par dengan purata Dunia yang turut mengisytiharkan 10.5$ untuk 2006 (WTO). Dengan itu sepatutnya tidak sesiapa boleh menyebut tanda aras itu sebagai pertanda melonjaknya ekonomi negara kita.

Sekarang, bincangkan pula perihal pasaran saham kita.

Baru-baru ini berlaku lonjakan dalam Indeks Komposit (KLCI) yang mengandungi 100 syarikat teratas dalam Papan Utama. Ini bukan bermakna ia adalah prestasi keseluruhan syarikat yang tersenarai. Malahan, purata kenaikan serata papan pasaran adalah jauh lebih rendah daripada Indeks Komposit itu.

Tumpuan diberikan ke atas syarikat besar dalam KLCI, dan ini adalah dipacu oleh kemasukan dana asing dan institusi tempatan, tanpa berlakunya peningkatan dalam penglibatan orang awam apabila melabur di pasaran.

Dana asing adalah disuntik oleh pengharapan mendapat faedah berganda – ini merupakan spekulasi mendapat keuntungan daripada tukaran matawang asing dan kenaikan harga saham.

Ada sebahagian dana asing itu merupakan dana daripada Thailand apabila dilencungkan ke sini ekoran krisis di sana yang telah meminggirkan pengurus dana asing. Semua dana ini merupakan longgokan wang yang akan mula sekali cabut lari setiap kali berlaku pergolakan di negara ini ataupun sejurus objektif keuntungan mereka sudah tercapai.

Apapun, pasaran saham kita masih lembab di belakang papan saham lain di rantau ini, di mana sejarah prestasi mereka melonjak naik melepasi catatan pencapaian masa lalu.

Ada satu petunjuk mudah terhadap tahap keyakinan pelabur dalam pasaran saham yang dikenali sebagai FDI (Foreign Direct Investment – pelaburan terus asing). Ia merupakan iltizam jangka panjang kepada ekonomi lokal, yang membawa masuk keusahawanan, teknologi dan pasaran, selain daripada modal. Jelas sekarang bahawa FDI kita memang amat lemah.

Untuk tahun 2006, FDI hanyalah USD 1.44 bilion sedangkan pada 2005 ia hanya 1.46 billion. Tahap ini jauh lebih rendah daripada yang dicatatkan oleh negara jiran kita di mana untuk 2006 FDI (dalam billion US Dollars): Vietnam 9.87, Singapura 9.33, Indonesia 5.71, Filipina 3.94, Thailand 2.94 (dipetik daripada penyiasat pasaran LOCO Monitor).

Ini menjentik satu soalan ganas terhadap diri kita sendiri: Kenapakah kita ini dilupakan oleh para pelabur sedangkan orang lain nampaknya semakin maju dengan pelaburan baru?.

Jawapan sepenuhnya kepada persoalan ini sesungguhnya adalah di luar skop artikel ini. Tetapi memadailah kalau dikatakan di sini selagi tidak dilakukan perubahan struktur kepada negara ini dalam bentuk politiknya, social dan ekonomi, penyakit yang sedang mereputkan negara ini akan berterusan.

Ada hanya satu jalan untuk melakukan perubahan struktur itu semuaya. Jalan itu ialah melakukan perubahan fundamental kepada pucuk pimpinan politik yang ada. Terjemahan MT-SPAR
www.marhaen.ngepeng.com.

Setelah membaca artikel di atas, apa pendapat anda semua? Adakah yang dihebah-hebahkan baru-baru ini suatu realiti yang menggembirakan? Apa? Indah khabar dari rupa? – Ruhanie Ahmad.
Bush Administration Concocts
A “Dossier” For War Against Iran
By Peter Symonds

The Bush Administration’s
Economic War On Iran
By Peter Symonds

Pasal Michelangelo
Dan Mika-Angle-O

Pagi tadi saya terima panggilan dari seorang pengunjung www-kuda-kepang.blogspot.com. Beliau seorang Datuk. Beliau memang sering kali menyumbang komen dan buah fikiran membina kepada blog ini.

Katanya, beliau agak musykil terhadap seorang lagi regular surfer ke blog ini yang menggunakan nama pena Mika-Angel-O. Katanya, komen-komen Mika-Angel-O terlalu abstrak dan sukar nntuk difahami maksudnya.

Sebenarnya, saya sentiasa alu-alukan sahabat-sahabat yang berkunjung ke blog ini. Mereka berpolemik secara sihat demi agama, bangsa dan negara. Dan, kalau ada yang memilih untuk memberikan komen secara abstrak pun saya hormati.

Tapi, kenapa agaknya hari ini Mika-Angel-O poskan lagu Speak Sofly Love kepada saya? Adakah beliau mahu saya sekadar berbisik-bisik dalam blog ini? Adakah kalau saya bersuara lantang, beliau akan poskan lagu Killing Me Softly pula kepada saya?

Tak apalah. Saya harap sahabat yang menelefon saya pagi ini terus melawati blog ini. Teruskanlah beri komen yang boleh menginsafkan pembesar-pembsar negara kita ke arah memperbaikki seluruh kepincangan dan dakwaan konspirasi yang sedang hangat dipolemikkan oleh rakyat mutakhir ini.

Saya tau identiti sahabat yang menelfon saya pagi ini. Tetapi, demi kepentingan bersama, saya akan gelarkan beliau dengan nama pena Datuk Wira Wangsa.

In order to preserve the diversity of views dalam blog ini, saya harap Datuk Wira Wangsa dan sahabat-sahabat lain terimalah kehadiran Mika-Angel-O dengan abstractionism yang diperjuangkannya.

Posting ini hanya sekadar human interest untuk memberikan colour kepada blog ini. Sekali sekala, saya memang suka personalized kehadiran sahabat-sahabat yang memberikan komen dan pendapat menerusi kuda-kepang.

Moga-moga kita semua sentiasa fokus dan jadikan seluruh komen dan pendapat kita dalam blog ini sebagai sumbangan kita kepada perjuangan besar mensejahterakan Malaysia milik kita bersama.

Akhir sekali, saya dedikasikan petikan di bawah ini kepada Mika Angel-O The Mara Cong.

Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni (March 6, 1475 – February 18, 1564), commonly known as Michelangelo, was an Italian Renaissance painter, sculptor, architect, poet and engineer. Despite making few forays beyond the arts, his versatility in the disciplines he took up was of such a high order that he is often considered a contender for the title of the archetypal Renaissance man, along with his rival and fellow Italian Leonardo da Vinci.

Michelangelo's output in every field during his long life was prodigious; when the sheer volume of correspondence, sketches and reminiscences that survive is also taken into account, he is the best-documented artist of the 16th century. Two of his best-known works, the Pietà and the David, were sculpted before he turned thirty. Despite his low opinion of painting, Michelangelo also created two of the most influential fresco paintings in the history of Western art: the scenes from Genesis on the ceiling and The Last Judgement on the altar wall of the Sistine Chapel in Rome. Later in life he designed the dome of St Peter's Basilica in the same city and revolutionised classical architecture with his invention of the giant order of pilasters.

http://en.wikipedia.org/wiki/Michelangelo#Michelangelo_the_man

Salam takzim, salam sejahtera dan selamat berjuang demi agama, bangsa dan negara. - Ruhanie Ahmad

Wednesday, February 14, 2007

The Toyol Code 2007
Bahagian Tiga:

Betulkah Anwar Dan Khairy
Memang Wujudkan Pakatan?
Oleh Ruhanie Ahmad

Segolongan rakyat Malaysia kebelakangan ini mempunyai satu persepesi kononnya Khairy Jamaluddin memwujudkan satu pakatan politik secara sulit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persepsi ini tersebar luas menerusi sembang-sembang internet dan juga sidang parlimen kedai kopi di seluruh negara. Ianya seolah-olah jadi satu hakikat yang benar dan nyata.

Siri The Toyol Code 2006 yang disiarkan oleh www.kuda-kepang.blogspot.com pun ada merujuk kepada persepsi ini. Contohnya, dalam siri tersebut, ‘toyol’ yang menghantar maklumat kepada saya menyatakan bahawa Youngman (Datuk Seri Anwar) dikatakan menasihati Budak Hantu (Khairy) dalam usaha menyediakan satu laporan komprehensif mengenai senarai calon-calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) KE-12.

Secara khususnya, ‘toyol’ berkenaan mengatakan bahawa “penasihat kepada pencipta lagu adalah Youngman.” Kalau anda masih ingat kod-kod yang sudah kita rungkai bersama dalam siri The Toyol Code 2006, “pencipta lagu” maksudnya penasihat kepada usaha menyediakan senarai calon bagi PRU k-12. Dan, “Youngman” adalah Datuk Seri Anwar.

Jadi, maksud sebenar kepada potongan mesej ‘toyol’ berkenaan seperti di atas adalah: Datuk Seri Anwar jadi penasihat kepada kerja-kerja menyiapkan laporan komprehensif mengenai senarai calon PRU ke-12.

Dilema
Saya fikirkan mesej ‘toyol’ seperti di atas sukar untuk diterima. Atau susah untuk dirasionalkan. Tetapi, saya tidak ada cara untuk meminta penjelasan. Ini kerana ‘toyol’ tersebut enggan menjawab sebarang pertanyaan yang saya kirimkan kepadanya menerusi sms. Dia juga langsung tidak mahu menjawab panggilan telefon daripada saya.

Saya pun berdiam diri dalam dilema. Pada waktu yang sama, tiada pula mana-mana pihak yang menafikan mesej ‘toyol’ berkenaan. Adakah ini bermakna mesej ‘toyol’ itu benar?

Tiba-tiba, pada pertengahan Disember 2006, ‘toyol’ yang sama mengirimkan satu lagi siri sms kepada saya. Dia macam dapat membaca dilemma saya. Mesejnya mengatakan bahawa Youngman tidak ada kaitan dengan Budak Hantu.

Saya hairan mengapakah ‘toyol’ itu menafikan mesejnya sendiri yang dikirimkan kepada saya sebelum ini? Adakah ‘toyol’ itu sebenarnya seorang daripada mereka yang pernah saya tanyakan, sama ada betul Khairy ada pakatan politik secara sulit dengan Datuk Seri Anwar? Adakah begitu hakikatnya?

Jadi, saya pun berteka-teki sendirian. Adakah mesej ‘toyol’ yang terbaru mengenai tiada wujudnya pakatan Khairy-Anwar ini satu propaganda atau satu realiti? Siapakah ‘toyol’ itu sebenar-benarnya?

Strategi
Kata mesej terbaru itu lagi, Youngman tak mau diperalatkan oleh Budak Hantu. Youngman akan tetap berjuang dalam parti Keadilan? Youngman akan menyusun strategi Keadilan untuk PRU ke-12.

Saya tidak memandang remeh info terbaru ini. Sebenarnya, saya lega dengan info tersebut. Sekurang-kurangnya, hujjah hati saya selama ini, bahawa mana mungkin Khairy berkomplot dengan Datuk Seri Anwar, terbukti betul. Sekurang-kurangnya info itu mungkin dapat memadamkan persepsi umum rakyat Malaysia, bahawa kononya Khairy-Anwar memang berkonspirasi.

Tetapi, bila saya melayari pelbagai lamanweb dan blogs tempatan, saya jadi keliru. Mana satu yang betul? Adakah anggapan bahawa pakatan politik secara sulit antara Khairy dengan Anwar itu betul?

Inilah yang jadi pokok persoalannya masa ini. Mana satu yang betul? Betulkah Khairy-Anwar tidak berkonspirasi? Atau, betulkah Khairy-Anwar memang berkonspirasi?

Hati saya berdebat pasal hal ini kerana kalau betul ada konspirasi antara mereka bedua, konspirasi itu pasti membawa implikasi kepada rentak dan tari dalam politik nasional Malaysia. Kalau tidak betul pun, tentunya ada kesan dan implikasi kepada politik Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-12.

Benar
Baiklah. Saya sekarang mahu menerima hakikat bahawa mesej ‘toyol’ yang terbaru mengenai tiadanya pakatan politik antara Khairy dan Datuk Seri Anwar ini sebagai hakikat yang benar.

Kalau benar, macam mana pula Datuk Seri Anwar, ketika ini kelihatan seolah-olah menjadikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, sebagai sasaran utamanya? Mengapakah Datuk Seri Mohd. Najib ketika ini dihentak dan disungkit secara bertubi-tubi oleh Datuk Seri Anwar dan kumpulannya?

Adakah serangan bertubi-tubi kepada Datuk Seri Mohd. Najib ini satu fenomena siasah yang natural? Mungkinkah ini hasil satu perancangan politik yang ditaja oleh sesuatu pihak tertentu, berasaskan kepada perkembangan semasa?

Salahkah kalau ada pihak-pihak tertentu beranggapan bahawa serangan Datuk Seri Anwar itu seolah-olah terangkum dalam suatu usaha tersusun untuk meminggirkan Datuk Seri Mohd. Najib daripada arus politik perdana?

Saya menimbulkan persoalan ini kerana dalam mesejnya pada pertengahan 2006, ‘toyol’ yang sama pun pernah menyatakan bahawa Datuk Seri Mohd. Najib mungkin dipinggirkan menerusi PRU ke-12.

Razak Baginda
Saya juga terdorong bertanyakan soal Datuk Seri Mohd. Najib ini kerana banyak pihak kini mempunyai pelbagai tafsiran dan huraian terhadap musibah yang sedang menimpa Datuk Razak Bagida. Sebilangan tafsiran dan huraian itu adalah negatif kepada Datuk Seri Mohd. Najib.

Sebagai pemerhati, saya berpendapat bahawa perkembangan seperti ini adalah tidak sihat. Ia boleh menjejaskan kesejahteraan politik Datuk Seri Mohd. Najib sendiri dan juga kesejahteraan BN dalam PRU ke-12 kelak.

Jadi, terserahlah kepada kita semua untuk mencari rasional sendiri kepada mesej ‘toyol’ yang mengatakan bahawa Khairy-Anwar tidak mempunyai apa-apa pakatan sulit untuk mencorak serta mewarnakan suasana siasah Malaysia mutakhir.

Saya sendiri beranggapan bahawa segala desas-desus atau persepsi umum mengenai wujudnya pakatan antara Khairy dan Datuk Seri Anwar adalah rempah ratus siasah yang sengaja dihidangkan kepada kita semua untuk merancakkan lagi lenggok dan tari pergerakan politik tanahair.

Bagaimanapun, demi negara tercinta ini, janganlah diizinkan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu melenakan kita semua sehingga kita jadi terpukau dan ngorok (pinjam bahasa Rocky’s Bru) sampai kita tidak sedarkan diri bila rumah kita digeledeh maling durjana!