Tuesday, November 11, 2008

WACANA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ANJURAN PERKASA

Di bawah ini saya siarkan sepenuhnya undangan rasmi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia [PERKASA] kepada para peguam Bumiputera, Pensyarah Undang-Undang Bumiputera serta pemimpin NGO Bemiputera ke WACANA ISU PERUNDANGAN DAN HAK-HAK PRIBUMI DALAM PERLEMBAGAAN.

Pihak yang berminat harap hubungi Setiausaha PERKASA, Saudara Syed Hassan, di talian 014-9218508. Surat undangan serta aturcara majlis berkenaan adalah seperti berikut:

UNDANGAN RASMI PERKASA
http://pribumiperkasa.org

8 November 2008

Kepada
Yang Berbahagia
Para Peguam Melayu
Pensyarah Undang-Undang
Pemimpin Pejuang Bangsa

WACANA ISU PERUNDANGAN DAN HAK-HAK PRIBUMI
DALAM PERLEMBAGAAN

Merujuk perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) adalah merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak-hak pribumi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. PERKASA bersama Persatuan Peguam Muslim Malaysia akan menganjurkan wacana di atas dengan tujuan yang berikut:

Mendapatkan permuafakatan di kalangan para peguam dan pemimpin professional Bumiputera bagaimana menghadapi dan menangani cabaran-cabaran perundangan yang melibatkan kepentingan masyarakat teras.

Mengemukakan cadangan dasar kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai langkah-langkah konkrit bagi memperkukuhkan struktur asas Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi kepentingan Bumiputera sebagai teras kestabilan negara.

Oleh yang demikian, yang berbahagia tuan-tuan adalah di jemput menyertai sebagai peserta dalam wacana ini pada 16 November 2008, bersamaan hari Ahad bertempat di Auditorium Galeria Perdana, Memorial Tun Hussein Onn, Bukit Perdana, Jalan Dato’Onn, 50480 Kuala Lumpur, bermula pada jam 9.00 pagi.

Oleh yang demikian, besarlah harapan kami jika yang berbahagia tuan-tuan dapat menyertai program ini. Sila hubungi Setiausaha PERKASA, Syed Hassan, 0149218508 untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran.

Kerjasama tuan-tuan terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Yang benar,
Dato’ Fuad Hassan
Pengerusi Penganjur.

ATURCARA
WACANA ISU PERUNDANGAN DAN HAK-HAK PRIBUMI DALAM PERLEMBAGAAN

TUJUAN

Mendapatkan permuafakatan dikalangan para peguam dan pemimpin professional Bumiputera bagaimana menghadapi dan menangani cabaran-cabaran perundangan yang melibatkan kepentingan masyarakat teras.

Mengemukakan cadangan dasar kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai langkah-langkah konkrit bagi memperkukuhkan struktur asas perlembagaan bagi melindungi kepentingan Bumiputera sebagai teras kestabilan negara.

TARIKH
Ahad, 16 November 2008

TEMPAT
Auditorium Galeria Perdana,
Memorial Tun Hussein Onn,
Bukit Perdana, Jalan Dato’Onn,
50480 Kuala Lumpur.

JEMPUTAN 200 ORANG
Peguam Muslim
Pensyarah
Pertubuhan Profesional Melayu
Pemimpin Muda Melayu

ANJURAN
Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia
PERKASA
Persatuan Peguam Muslim Malaysia

MEDIA RASMI
Utusan Malaysia

ATURCARA

08.00 pagi Pendaftaran Kehadiran & Keahlian PERKASA

09.00 pagi: Bacaan Doa

09.05 pagi: Ucapan Pengerusi Penganjur
Tan Sri Dato Abu Zahar Ujang
Ucapan YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Luar Malaysia

10 pagi: Pembentang I : “Isu Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan”
Oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abd. Rahman
Penasihat Perundingan Kebangsaan Melayu.

Pengerusi: Datuk Ruhanie Ahmad
Ketua Penerangan PERKASA

11.00 pagi Pembentang II: “Perlembagaan sebagai struktur asas
dalam tadbir urus Negara Bangsa”
Oleh, Prof. Dr. Shaik Mohamad Nor Alam , UPM

Pengerusi: YB. Datuk Razali Ibrahim
Ahli Parlimen Muar

Pembahas I: Abdul Halim Abdullah, Peguam
Pembahas II: Zainur Zakaria, Peguam

12.40 tengahari: Peristiharan PERKASA 18 Dzul Kaedah 1429 / 16 November 2008

01.00 petang: Ucapan Penutup
YB. Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA
Merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas.

01.15 petang: Sidang Media

19 comments:

King-Fx said...

Salam dato'

Lepas ni habislah.. puak2 liberal akan kata seminar ni adalah RACIST. Org Melayu tak leh bincang hal Melayu. Nanti dikatakan RACIST

MOHD ABD RAUF TUMIRAN said...

Salam Dato' kalau saya pelajar nak join boleh ke.Harap boleh pertimbangkan..

Belajar Terus Belajar

. said...

tahniah, teruskan dengan follow up. esok, saya akan mempengerusikan wacana minda "analisis perjuangan melayu-islam pasca pru12". insya-allah monografnya akan saya lampirkan di blog saya. tq

nobisha

Berita dari gunung said...

Dato,

Orang sering hairan kenapa sesuatu tindakan drastik dan tidak lojik itu wajar dan perlu.

Kemudian orang akan merujuk peristiwa hukuman mati keatas Imam Samudra dalam dunia nusantara ini.

Yang taksub dan keras hatinya hanya mampu melihat kezaliman baik dari sudut hukuman itu sendiri mahupun dari segi kematian yang kononnya lahir dicelah ledakan bom dari tangan Imam Samudra dan rakan-rakannya.

Namun ada juga yang sudi mengkaji apa itu PERLU. Kepada penggiat demonstrasi jalanan, yang PERLU adalah menghumban perkataan KEJAM kepada pemimpin.

Kepada pemimpin negara pula, perspektif kesejahteraan negara, bangsa dan rakyat sering jadi pendoman untuk menentukan sama ada tindakan itu PERLU atau sebaliknya. Ramai tidak terjangka betapa rapatnya hubungkait antara hargadiri, kesejahteraan negara dan pengorbanan.

Lalu, izinkanlah pengorbanan Imam Samudra dari apa jua kacamata yang digunakan. Apapun usah kita bandingkan isu Imam Samudra dengan kematian dalam peristiwa Memali. Itu isu lain yang sangat pahit dan wajar dilupakan walaupun sukar.

Perlembagaan Persekutuan adalah tonggak negara dan kita yakin dari situ lah lahir bibit-bibit pejuang tulin, pendokong kesejahteraan sejagat dan rakyat yang bersatu padu.

Cuma kadangkala kita cuai dan tersilap dalam memilih pemimpin yang akan melihat dan menjaga Perlembagaan. Ramai sekadar melihat perlembagaan sebagai surat peribadi.

Perlembagaanlah tonggak bangsa dan negara, yang menuntut bukan sedikit pengorbanan.

Terima kasih.

shahbandarmalakat said...

Tenguk lah bila Obama Nak jadi President ada yang komen Chong atau Bala boleh ke jadi PM Malaysia, ( komen dalam blog Nuraina Samad)
Anonymous said...

if obama can, why can't ah chong or bala be a PM here !?

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com

awanggedeber.blogspot.com

salam

Gagak Di Rimba said...

Salam,

Saya harap dengan adanya wacana itu, golongan peribumi akan lebih faham bahawa sebenarnya dari segi perlembagaan mereka ada hak yang sah yang perlu dijaga dan dipertahankan.

Saya juga berharap selepas ini orang Melayu atau peribumi tidak lagi merasa bersalah atau merasa perlu memohon maaf kerana mempertahankan hak dan juga keistimewaan mereka.

Kita adalah peribumi dan tuan rumah rumah di negara ini. Kita bukan racist.

ketam said...

Salam dato... apa tindakan yg PERKASA perlu buat ialah tolong menjahanamkan org yg memperlekehkan agama ISLAM.. rujuk

http://harimau-menaip.blogspot.com/2008/11/kafir-laknat-sudah-kurang-ajar.html

Kalau PERKASA betul2 serius la..

merantikota said...

Dato ron,

Saya dari dulu lagi telah menentang apabila Dato Hisham minta maaf pasal kucup keris!

Masa mereka naik di Pelabuhan Melaka dahulu mereka "sembah" Shahbandar Melaka walaupun keris terselit di pinggang?

Mereka dengan Inggeris bukak kasut jalan mengesut menuju ke persemayaman Sultan, di Balairong Seri lepas itu kena makan sirih dahulu baru dibenarkan berkata-kata. Itu bukan saya yang kata.... itu Tuan Munshi Abdullah kata!

Kalau pada abad itu MELAYU sudah Beraja dan Berkerajaan siapa pulak agaknya yang jadi pendatang ye?

Melayu jugak ke?

Melayu boleh menegakkan Kerajaannya di mana-mana sahaja di Nusantara! Sampaikan adanya seruan...

Kalau Roboh Kota Melaka...
Papan di Jawa saya tegakkan!

Biarpun ianya Majapahit
Biarpun ianya Sri Wijaya
Biarpun ianya Empayar Melayu Melaka...
Biarpun ianya Champa
Biarpun ianya Sulu

Mereka adalah Melayu tuan ampunya Nusantara ini!

Selamat Maju Jaya kepada Gagasan Perekasa!

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Blog saya untuk sastera:

http://tokperan.blogspot.com

dengan nama: TOK PERAN

Blog lama diteruskan:

http://rp-semantan.blogspot.com

dengan nama: CUCU TOK KEDU

Terima kasih!

Mika Angel-0 said...

Wahai Kuda Kepang,

Apa pendirian perkasa?
The Old Man and The Sea
adalah cerita
musa alaihissalam
manakala cerita kita
cerita bangsa malaysia
mas coteh sembunyi diri

tuba itu daun
tuba itu orang baik-baik

apa pendirian perkasa


Kepada Allah Berserah

adibeta said...

Salam dato'...
Tahniah dan selamat berjaya...Dari kejauhan ini saya mendoakan.

Untuk perjuangan seterusnya saya mencadangkan di adakan forum dgn mengumpulkan beberapa individu2 Melayu yang berjaya,kaitkan adakah kejayaan mereka 100% krn kepandaian mereka ataupun gabungan kepandaian dan di bantu oleh dasar-dasar kerajaan.

Sudah sampai masanya orang Melayu meletakkan HAK di hadapan....

Renung-renungkanlah..
Kg Dewan Beta,KB,Kel.

dizzy boy said...

salam,
Adakah Datuk lepas kouta untuk pemilihan MKT?Sy harap idea datuk utk ke MKT gagal misinya.Kebanyakkan ahli2 or G7 dah kenal dan masak dgn Datuk sbb itulah datuk tak terpilih.Harap byk bersabar....Maknanya tak ada wang jgn bertanding,nak main politik UMNO kena ada byk wang,UMNO sekarang hanya tgk RM saja,org melayu yg rugi.

pek percubaan said...

Najib dah benarkan ekuiti bumiputera 30% diabaikan.
apa suara perkasa.
semua membelaSAH MELAYU dari pembangkang dan kerajaan.
apa nak jadi.
Tak payah tanding MT umno la Datuk

King-Fx said...

Dah nampak tanda2 yg Najib akan mengikut suara bukan Melayu. Seorang pengkhianat bangsa tidak diperlukan untuk menjadi PM. Terbaru, membenarkan isu kuota 30% oleh MCA menjadi realiti. Berilah seluruhnya yg menjadi milik Melayu kpd bangsa pendatang tersebut yg memang tidak habis2 dgn ketamakan dan tuntutan melampau.

Kenapa nak diselindung2 lagi wahai Najib.?

'Sibangsat' inilah yg membuka seluas2nya pintu sistem pendidikan caca marba apabila beliau menjadi Menteri Pendidikan dahulu melalui akta pendidikan 1996. Bahasa Kebangsaan melukut dipinggiran.

Nak buek camno.. terpilih juga dia sebagai Presiden UMNO disebabkan oleh kebodohan @ kebebalan bahagian2 UMNO seluruhnya yg telah korup.Semoga si Najib ini tidak sempat menjadi PM.

Saya lebih respek Bapanya yg memang pejuang Melayu tulen.

CINTA suci abadi said...

Kalau nak tahu lebih mendalam pasal contract social sebelum merdeka patut jemput Datuk Jaafar Onn, kerana dia memang ada waktu itu masa perbincangan Consultive Central comittee ( nama betulnya tak ingat)sebelum merdeka pada tahun 1952 di rumah bapanya Datuk Onn ,,Datuk Ron boleh confirm dengan beliau....

nordin said...

Dato'

Lama tak menulis? Kuda kepang dah tempang ke atau merajuk dengan orang UMNO tak calunkan Dato'

Ikhlas ke perjuangan Dato'? Jangan hanya pandai bercakap saja cermin cermin la diri. Kebanyakkan orang UMNO pun tahu apa yang Dato' buat sewaktu menjadi YB dulu sebab itu lah kuda Dato' sudah tempang sekarang ini.

Hang-Jebat said...

Tuan Hamba,
Kewujudan PERKASA memang sesuai sebagai wadah mempertahankan hak bumiputera. Dahulu ada prowaris. Nampaknya hari ini Prowaris sudah ketiadaan waris. Sunyi sepi apabila berhadapan dengan isu-isu hak bumiputera. Juga kepada PERKASA, jangan hanya sibuk dengan majlis dialog atau forum. Nun di perkampungan melayu Melaka, bekas ibu negara kesultanan Melayu yang ulung. Tetapi apa sudah jadi pada hari ini, Melayu dihina. Terkini, ada hamba laknat meletakkan bangkai kepala Babi di pagar rumah AJK pemantau babi. Apa kata PERKASA? Terang-terang melayu di hina sedekimikian rupa.Apa kata Ketua Menteri. Apa kata YB Melayu UMNO, PAS dan PKR? Hamba ingatkan sekali lagi, jangan sampai darah pahlawan dalam diri Melayu bergelegak, jangan cabar Melayu untuk AMUK. Hamba cabar, semua MELAYU, samada Melayu Jawa, Melayu Bugis, Melayu Champa, dll berdiri untuk mempertahankan tanah tumpah darah Melayu ini. Kepada pihak berkuasa, buktikan anda semua tegas dan cekap dalam perlaksanaan undang-undang. Jika Jemaah Islamiah yang dituduh pengganas di Malaysia ini tangkas di cekup dan di ISA kan. Kenapa kurang tangkas untuk mencekup anasir "JAHAT" atau "ProBabi" ini berleluasa di bumi Tanah Melayu ini. Perkasa jangan hanya tertumpu kepada isu politik sahaja. Isu orang kampung melayu terpinggir dan dihina wajar mendapat pembelaan sebaiknya.

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Perkasa bela hak Melayu
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggariskan lima perkara dalam Perlembagaan negara yang akan menjadi agenda pertubuhan itu untuk diberi perhatian dan diperbincangkan bagi membela hak Melayu dan pribumi dari semasa ke semasa.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa juga akan terus lantang mempersoalkan isu-isu berkaitan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan bagi menjamin hak kaum tersebut terus terjaga.

“Masih belum terlambat untuk kita bangkit memperjuangkan hak kita yang sudah termaktub. Saya penuh yakin dan bersemangat untuk ini,” tegasnya semasa membacakan resolusi Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan di sini hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim merasmi dan menyampaikan ucaptama pada program tersebut yang turut dihadiri Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ibrahim berkata, lima perkara yang menjadi agenda Perkasa itu ialah:

l Mencadangkan kedudukan tanah rezab Melayu dimasukkan di bawah perlindungan raja-raja Melayu melalui pindaan Perkara 159 fasal 5.

l Menyarankan supaya hal-hal berkaitan perundangan Islam yang melibatkan kuasa mahkamah syariah seperti terkandung dalam Perkara 121 (1A) diperjelas, diperkasakan terus dilindungi.

l Menuntut supaya dilaksanakan penggunaan sepenuhnya bahasa Malaysia dalam segala urusan dan kehakiman negara melalui Perkara 163 dan 167.

l Menggesa pihak kerajaan supaya sentiasa memandang serius serta memperkasa hak-hak orang Melayu dan pribumi seperti yang terkandung dalam Perkara 153.

l Memastikan Perkara 66 iaitu yang berkaitan kuasa raja-raja Melayu kekal mutlak dan tidak dipertikaikan.

Ibrahim berkata, Perkasa juga akan terus memberi perhatian kepada perkara-perkara penting lain yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Menurutnya, lima agenda tersebut akan terus dibincangkan pada satu sidang kemuncak mengenai hak-hak orang Melayu dan pribumi yang akan diadakan tidak lama lagi.S

Katanya, penganjuran sidang kemuncak itu masih dalam perbincangan namun ia akan menjadi satu lagi platform untuk orang Melayu dan pribumi memperkasakan hak bangsa mereka.


Kepada Allah Berserah