Sunday, November 09, 2008

WAHYU MAKHLUK GHAIB DAN KEMUNGKINAN BERLELUASANYA RASUAH POLITIK DALAM PEMILIHAN UMNO

Saya tidak mempersoalkan prinsip kebebasan memilih di dalam UMNO. Tetapi, kebelakangan ini terdapat kata-kata tentang wujudnya makhluk ghaib yang kononnya telah mengarahkan segelintir bahagian tertentu mencalonkan Datuk Seri Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kononnya, makhluk ghaib itu mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dinafikan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kononnya, ini kerana Muhyiddin disifatkan oleh makhluk ghaib itu sebagai pemimpin yang terlalu sangat memperjuangkan suara warga UMNO akar umbi sehingga menyebabkan proses peralihan kuasa dipercepatkan dari Jun 2009 kepada Mac 2009.

Soalnya, betulkah begitu dan siapakah makhluk ghaib berkenaan? Soalnya juga, benarkah sejumlah besar wang ringgit jadi motivasi yang digandingkan dengan arahan makhluk ghaib itu supaya sesetengah bahagian tertentu memberikan pencalonan kepada Ali atau Muhammad?

Kini akan terjadi pertandingan tiga penjuru antara Muhyiddin-Ali-Muhammad bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Kepada segelintir perwakilan yang tidak berprinsip, situasi ini amat menguntungkan. Ini akan membolehkan mereka mengugut calon-calon terbabit untuk terlibat dalam rasuah politik. Mungkin juga sesetengah calon tertentu akan melakukan rasuah politik secara sukarela demi keghairahan mendapatkan undi dan kemenangan.

Semoga Badan Pencegah Rasuah dan badan-badan perisikan yang lainnya akan memantau kemungkinan ini secara ikhlas dan jujur di semua peringkat, termasuk bagi pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. – Ruhanie Ahmad

41 comments:

Fireroll said...

rasanya betul kata datuk ron...
kebelakangan ini, mesyuarat bahagian telah menampakkan situasi 'memaksa', di mana banyak betul undi kepada Ali dan Muhammad, tidak seperti awal-awal mesyuarat setelah dibuka 9 Oktober lepas.
Semacam ada sesuatu telah mengarahkan mana-mana bahagian yang tinggal untuk mengundi Ali dan Muhammad, bukannya Muhyiddin.
Betul ke wujudnya makhluk ghaib? Pandai pulak makhluk tu menyuap orang dan banyaknya duitnya?
Apa-apa boleh terjadi.
Hopefully Muhyiddin menang dalam pertembungan tiga penjuru itu.

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Kalau yang "ghaib" - biasanya hantu. Kalau sudah hantu wajar kita bunuh supaya ianya tidak merosakkan ummat.

http://c-bok.blogspot.com

dizzy boy said...

salam Datuk Ron,
Sy sudah berbicara dlm blog datuk ttg isu politik wang sebelum ini.selagi BPR tidak mendapat arahan dari PM wujudnya rasuah dlm pemilihan UMNO kali ini,maka BPR sukar untuk bertindak mengikut arahan,kenapa BPR amat susah untuk menyiasat isu politik wang dlm UMNO??Sy tahu UMNO mempunyai Lembaga Tatatertib,berkesankah Lembaga Tatatertib UMNO menanganinya tanpa adanya BPR????Sekiranya Datuk merasa bimbang termasuk pemimpin UMNO yg lain,kenapa mereka yg terkena tidak membuat lapuran kepada BPR??Cakap tak serupa bikin.pemimpn2 pun kena juga ke menunggu arahan dari PM??ini sy mempersoalkan dlm prinsip UMNO,sekiranya ada bukti,lapurkan saja,sy dgr cerita hingga adanya yg kena ugut dlm sms dan macam-macam lagi.Kita sepatutnya rasa malu dgn bangsa kita sendiri.Bagaimanakah UMNO nak memperjuangkan nasib melayu...Rasuah wang dlm UMNO boleh hancurkan parti melayu.Sy rasa dlm UMNO mesti ada satu agenda untuk membenteras politik wang.Ini mesti dilakukan oleh UMNO dgn kadar segera,jika berlarutan maka hancurlah parti melayu.Kita masih mempunyai masa dan waktu,pemilihan pd bulan Mac thn hadapan,ahli2 MKT mesti memulakan agenda menghapus dan membenteras politik wang dlm UMNO.

abunawas said...

Andaikata BPR melakukan siasatan dan mengambil tindakkan dengan sehabis tekus maka mungkin tiada yang layak bukan sahaja menjadi calon, kebanyakan perwakilan juga gugur.

Cerita wahyu ni bukan ungkapan baru dalam UMNO.

Harus kita ingat, semua budaya dan nilai yang ada pada parti dan kepimpinan serta ahlinya tidak terbentuk secara tiba-tiba. Ianya hasil kesungguhan dan kebersihan yang diamalkan atau hasil kealpaan, kerakusan serta kebuasan nafsu selama ini.

Just like what tun said....whats in there for me

Perhaps it is the common perception that UMNO adalah parti perasuah-perasuah.

If that is true, it is really a sad case for Malaysia.

Unggal said...

Salam Dato'
Manusia sudah meneroka angkasa lepas, orang berkulit 'kopi-susu' dah jadi Presiden.... Amat sedih dan malang, UMNO masih percaya dengan kuasa ghaib..!!..Kalau mainan duit sogok itu munkin dah pasti... BPR tangkap hanya ikan-ikan bilis yang menampung sumber gaji yang tak seberapa... yang jerung-jerung masih bermaharajalela..

Aduhai..!!. bangsaku Melayu... sadarlah dan masihkah kita mahu bersekutu dan berselingkuh dengan orang-orang yang dah terbukti dengan kes-kes yang memalukan nama baik UMNO tu sendiri..???..

Amat malang negaraku...

Salam dari rantau

azlan said...

TSMY dikatakan tak setia dan menjadi orang yang sebabkan perpecahan UMNO. Tapi sekurang-kurangnya beliau telah beri ruang untuk DSN untuk jadi Presiden parti dan 2 orang lagi untuk turut bersaing untuk jawatan Timbalan Presiden. Sepatutnya penyokong-penyokong masing-masing mesti ucapkan terima kasih pada TSMY!

slyderrose said...

Umno sebuah parti yg ramai dianuti olih pemimpin yg rosak akhlak mereka. Mereka-mereka ini orang munafik kununnya berjuang membela rakyat dan mempertahankan ketuanan melayu. Bolih berpercaya ke?. Mereka ini tidak lebih hanyalah mempertahankan kedudukan dan kuasa demi poket mereka sendiri. Pemimpin yg jujur tidak akan sanggup menjadi korup macam umno sekarang ini dan parti yg berwibawa para ahlinya tidak akan penyokong para pemimpin mereka yg jelas korup. Olih itu janganlah salahkan orang lain kalau mereka menuduh pemimpin melayu korup dan tidak islamik.

Kepada pemimpin umno lupakan saja laungan ketuanan melayu itu. Cukup memualkan. Lupakan lah berjuang demi ugama. Akhlak tidak Islam macam nak berjuang untuk ugama?. Untuk perut dan kantung, oklah.

MANTRA said...

Salam Dato'

Seandainya diantara calon-calon yang tidak layak berjaya didalam pemilihan nanti... maka ternyata para pemimpin UMNO tidak mengiktiraf suara akar umbi.

Even the opposition parties knows what best for UMNO...

Good luck UMNO!

dizzy boy said...

salam,
kali ini pemilihan UMNO telah rosak teruk.Hampir 80% terpengaruh dgn politik wang yg amat dahsyat.Setiap bahagian ada mengadu san-sini adanya politik wang.Jika begini jadinya,lebih baik batalkan sahaja pemilihan pd tahun hadapan.UMNO mesti buat sesuatu yg baru agar imej dan maruah dapay dibela.Mmg kita tahu yg rosakkan UMNO adalah ahli2nya dan pemimpin UMNO,ahli2nya tahu semua calon2 yg bertanding,semuanya byk duit,maka dgn ini dan caralah mereka akan kaut wang dgn mudah....masalahnya satu,rosak lah parti UMNO.Maruah org melayu jatuh kerana politik wang.sy lebih suka calon2 yg bertanding perlunya berdebat,tunjukkan kelebihan kepimpinan,baru ahli2 akan yakin pd pemimpin tersebut.Wang mudah dibeli oleh pengaruh,berdebat hanya org yg cendikawan dan pandai berpidato akan berjaya.Bukannya kita nak tiru US semasa berkempen,tetapi dgn cara berdebat,baru ahli2 dapat menilai sendiri kepimpinan seseorang,bercakap mengenai fakta yg nyata,bukannya auta...

wira said...

Datuk Ron, anda tidak salah mengandaikan kemungkinan. Masyarakat Umno tidak belajar dari kemelut yang dihadapi dan yang menghairankan pertandingan ini adalah diantara ahli-ahli Umno sendiri.

Sebagai perbandingan untuk masyarakat Amerika Syarikat menerima fikiran bebas dan terbuka, pemilihan presiden bukan dari kalangan kulit putih sekarang hanya dapat dibuktikan setelah 230 tahun mereka merdeka. Dengan membandingkan masyarakat yang maju dari segi pemikiran dan ketelusan tindakan, mereka juga mengambil masa yang lama untuk bertukar seperti sekarang.

Oleh itu Umno hanya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Amerika dan mengharapkan kita berubah seperti mereka adalah mustahil. Namun begitu, jika semua ahli-ahli Umno penuh beriman, insya Allah kemelut rasuah tidak akan berlaku kerana mereka akan takut disoal diakhirat nanti.

Sekian Datuk Ron, semuga anda berjaya dan saya senantiasa berdoa kehadhrat Illahi.

suaraselangor said...

Tan Sri Muhyiddin, dilihat sebagai pemimpin yang langtang bersuara untuk parti dan untuk akar umbi. Beliau bukanlah dilihat sebagai “yes man” kepada pimpinan terdahulu. Beliau dilihat oleh umum, sebagai calon yang sebenarnya patut menyandang jawatan No2 parti dan Negara. Namun ada beberapa pihak yang cuba sedaya upaya untuk pastikan beliau tidak akan menang.

Rata-rata tidak puashati orang melayu melalui suara akar umbi memberi mesej yang cukup jelas. Mesej ini boleh dilihat dengan pencalonan untuk beberapa jawatan tertinggi didalam parti. Akar umbi sudah pasti mahukan perubahan dan ini cukup jelas dengan pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden dan Dato Muhkriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Namun ada pihak yang cuba mempertikaikannya.

Pencalonan mereka mestilah ditaksir dan dilihat sebagai MANDAT akar umbi. Perwakilan di perhimpunan agung kelak seharusnya akur dan mengundi mengikut MANDAT akar umbi. Jika ini diambil kira, sudah tentu kemenangan berpihak kepada calon yang mendapat pencalonan tertinggi. Ini adalah asas demokrasi.

Jika berlaku sebaliknya, bukan sahaja akar umbi akan tertanya-tanya, bahkan rakyat Malaysia akan tertanya-tanya bagaimana calon yang mendapat pencalonan yang tertinggi oleh akar umbi tumpas dalam pemilihan parti ?. Ini akan dikaitkan dengan perwakilan dan juga gejala politik wang. Walaupun sukar untuk dibuktikan, sudah pasti ini menjadi persepsi mereka. Dengan persepsi sedemikian, maka hancurlah UMNO. Rakyat akan menolak BN dan orang melayu tidak lagi yakin dengan UMNO. Jika ini berlaku, maka kuburlah UMNO dan Kerajaan BN.

Kini masa depan UMNO terletak pada perwakilan. Mereka mesti menolak politik wang dan mengundi untuk “survival” parti. Jika tidak, PRU 13 bukan milik BN, kerana UMNO akan terus ditolak oleh rakyat dan akar umbi.

Suara Selangor

suararakyatselangor.blogspot.com

ChengHo said...

Rasuah Politik ini adalah permulaan kemusnahan Umno yg akan dibatu nesan diPRU 13 jika satu tindakan tidak diambil . Najib perlu tampil sekarang ini untuk memusnahkan penyakit yg akan memusnahkan masa depan orang melayu.
Najib tidak bolih nampak berkecuali lagi beliau misti memberi isyarat yg jelas pemimpin yg dikehendaki bersama sama beliau. dgn cara ini akan memusnahkan rangkaian Rasuah Politik ini.

Tun Jeram said...

Salam,

Marilah kita bersikap realistik menerima kenyataan sebagaimana adanya .

Dalam pemilihan UMNO kali ini, pertandingan tiga penjuru pada peringkat Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda agaknya memang tidak dapat dielakkan, dan amalan politik wang yang berleluasa juga memang tidak dapat dielakkan.

Saya tidak yakin Lembaga Disiplin boleh bertindak dengan berkesan untuk menangani fenomena ini, begitu juga BPR yang nampaknya tidaklah begiut bebas untuk menjalankan peranannya.

Harapan kita, hanya satu: semoga majoriti para perwakilan nanti boleh bersikap rasional dan masih berpandukan hati nurani dalam memilih calon yang mereka anggap paling layak dan paling sesuai untuk dipilih.

Kalau tidak, UMNO barangkali memang dalam proses untuk menuju kehancurannya, maka memang tidak ada mana-mana "kuass ghaib" yang dapat menolongnya?

dan kajang said...

As'kum Dato'

1 Sepanjang saya mula berminat mengikuti perkembangan pemilihan Umno sejak tahun lapan puluhan lagi, inilah pemilihan yang paling hebat dan yang paling teruk sekali unsur politik wang atau rasuah politik atau politik dagangan yang pernah saya saksikan.

2. Saya yakin apa yang Dato' katakan sebagai 'Wahyu Makhluk Ghaib" sememangnya wujud dalam pemilihan kali ini.Malah amat ketara sekali.Saya difahamkan juga oleh beberapa perwakilan Bahagian bahawa ia bukan sahaja menyampaikan 'Wahyu' dari pihak "tertentu" supaya memberi sokongan kepada pencalonan calon tertentu peringkat tertinggi Parti, tapi juga wahyu itu diiringi pula dengan sampul berisi RM. Episod ini nampaknya begitu ghairah sekali pada akhir2 ini.Yang lebih menakjubkan ialah kebanyakan calon dari wahyu ghaib ini memperolehi kejayaan dalam pemilihan pencalonan jawatan tertinggi Parti.

3. Memang sekarang jawatan dalam Umno seolah-olah sudah boleh diperdagangkan.Ini bermakna mana2 calon sekalipun walau pada hakikatnya tidak layak bertanding samada dari segi moral atau dari segi pengalaman memimpin, tapi jika ia sanggup mengeluarkan wang yang banyak serta tidak mempunyai maruah diri nampaknya ia akan berjaya mendapat tempat untuk bertanding jawatan tertentu. Hanya beberapa kerat sahaja calon yang benar2 jujur dan tidak sanggup mengeluarkan wang sogokan, yang mampu berjaya mendapat tempat sebagai calon. Itupun belum tentu mereka ini akhirnya akan berjaya dalam pemilihan di PAU jika sekiranya perwakilan masih mengharapkan sogokan dari calon ini. Begitu teruk sekali keadaannya dalam pemilihan kali ini.

5. Kita sebenarnya khuatir tentang apa akan terjadi pada negara kita. Malaysia kini sedang dan akan menghadapi krisis kewangan yang paling dasyat yang pernah kita alami.Jika kita masih alpa,Malaysia akan musnah. Kita sebenarnya khuatir kerana tempoh masa sebelum PAU masih lama iaitu lima bulan lagi.Jika orang Umno masih terus sibuk dengan soal pemilihan dan tamak rasuah politik ini, Malaysia dikhuatiri akan turut musnah akibat politik kotor dalaman dan kegawatan ekonomi dunia.

6. Bagaimanapun masih belum terlewat untuk samada Calon atau Perwakilan untuk insaf, bermuhasabah dan bertaubat di atas kesilapan mereka yang terlibat dengan rasuah politik ini.Kita juga harap semoga inilah masanya untuk Badan Desplin Umno dan BPR untuk membukti kewibawaan mereka bagi bertindak terhadap mereka yang terlibat.Mereka yang terlibat mungkin terlepas di dunia, tapi di akhirat kelak mereka kenalah menjawabnya di depan Allah.

myi said...

Assalamualaikum wr.wbt.
Datuk
UMNO sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Parti keramat orang Melayu ini telah dirampas oleh ahli ahli yang tidak amanah untuk kepentingan kelompok, diri dan keluarga. Kejayaan membentuk kerajaan sekian lama rupanya menjadi barah yang kini hanya menunggu PRU13 sahaja untuk dikuburkan. Orang Melayu diluar UMNO mestilah bertindak dari sekarang untuk menubuhkan sebuah parti kebangsaan Melayu yang baru yang dapat mendukung aspirasi bangsa Melayu supaya terus dominan dibumi sendiri. Biarkan UMNO dengan tiga juta ahlinya bergelumang dengan najis rasuah. saya mohon kesemua NGO Melayu duduk semeja dan buat keputusan bersama demi survival bangsa Melayu. Kalau kita harapkan UMNO, yang sedang nazak sekarang untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu, kita akan hilang segala galanya pada PRU13 nanti. Wahai NGO Melayu, bertindaklah sekarang!.
Md. Yusof Ismail
Bangi

tok janggut said...

Slam,
Inilah senario politik UMNO dan Malaysia. Sebelum ini ada suara-suara ngaib yang menyuruh menyekat pencalonan Ali dan Muhammad. Tapi sekarang ada pula makhluk ghaib. Yang penting sekarang kita ikut sahajalah rentak mereka ini.

Saya rasa mereka berniat ikhlas nak memperbaiki UMNO yang sakit tenat. Tapi kalau ternyata mereka tidak ikhlas, kita tunjukkan sahaja dalam pilihanraya umum nanti. Bukannya lama sangat 4 tahun jer.

Yang pasti tuduh-menuduh, tuding-menuding tu perkara biasa dalam UMNO, tak tahu mana satu yang betul dan yang mana satu yang salah.

Sebagai pengikut AKAR UMBI, saya lihat sekarang ni tak ada pemimpin yang betul-betul memahamai dan mengikut kehendak akar umbi.Mereka hanya menggunakan alasan akar umbi semata-mata untuk mempopularkan diri mereka. Sama-samalah kita lihat.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Makhluk ghaib memang ada dan berkeliaran di seluroh pelusok tanah air. Mereka akan berkeliaran sekiranya tempat tersebut akan diadakan mesyuarat UMNO Bahagian. Lepas itu mereka hilang. Mereka datang dengan kenderaan yang hebat-hebat.Kalau setakat dengan kapcai, tak layanlah.

Menurut makhluk ghaib tersebut, pertandingan mesti di hidupkan. Untuk itu semua calon mesti di beri peluang bertanding. Bila nak cukupkan kuota kenalah sedekah sikit, baru senang kira.

Datuk,

Cuba Datuk bayangkan apa akan terjadi sekira calon peringkat tertinggi sanggup turun keakar umbi hanya untuk dapatkan pencalunan. Setahu saya ianya belum pernah terjadi sebelum ini.

Pelbagai etika pertandingan di adakan tetapi kempen berasaskan wang masih berjalan tanpa sebarang kawalan. BPR memang memainkan peranannya tetapi kesannya amat sedikit, mungkin ada tangan yang lebih berkuasa dari BPR.

zeme said...

Salam Datuk,

Soal politik wang ini wujud dan kian parah sejak bermula sistem kuota diperkenalkan. Secara logikal, sekiranya sistem kuota tiada, tiada logik untuk calon-calon yang menawar diri bertanding menyogok wang kepada cawangan atau bahagian. Sogokan berlaku bila ada permintaan dari perwakilan kepada penawaran calon untuk mendapatkan cukup kuota percalonan bagi melayakkan bertanding. Episod ini akan berleluasa kerana melibatkan ribuan cawangan dan ratusan bahagian.

Sekiranya tiada sistem kuota diperkenalkan, tiada sebab untuk calon-calon menyogok. Untuk apa menyogok lagi kerana mereka telah layak untuk bertanding, cukup sekadar mendapat percalonan dan penyokong.

Konsep sistem deposit seperti diamalkan dalam PRU boleh digunapakai dalam pemilihan UMNO sekiranya ingin mengelak calon-calon dari hanya bersikap suka-suka untuk bertanding sekali gus dapat mengurangkan gejala politik wang berleluasa.

Calon yang bertanding juga perlu berkelayakan seperti peraturan pilihanraya seperti bebas dari kesalahan mahkamah, tidak muflis atau pekara-pekara yang boleh membatalkan kelayakan mereka bertanding. Undian seperti pemilihan presiden Amerika boleh digunapakai oleh UMNO dimana undian bukan kepada undian perwakilan tetapi undian seluruh warga UMNO akar umbi yang sah. Kalau ini dipratikkan, agak sukar untuk menyogok jutaan ahli-ahli umno dan ianya dapat mengelak perwakilan G7 ke PAU beroleh habuan sogokan untuk ihsan undian.

Wasalam.

cucupakkasim said...

BPR memang patut pantau..jgn tak pantau..,SB pula jangan lupa ambil lapuran..lepas tu bawa dua-dua ni pi retreat kat mana-mana..you sepatutnya 'jump ship'tunggu apa lagiii..??

azizah said...

daripada DSAB hinggalah ketua umno cawangan... semua sibuk sebut pasal politik wang / rasuah.

MASALAHNYA SIAPA PUNYA ANGKARA KALAU SEMUA CAKAP PASAL RASUAH. ORANG ITU TUDUH ORANG INI. ORANG INI TUDUH ORANG SANA. MAKNANYA SEMUA TERLIBAT.

only said...

politik wang dah menjadi macam "toksin" pula didalam "badan" UMNO.tapi toksin itu bole hilang dengan mengamalkan gaya dan cara yang sihat dan lebih bagus.

jika tiada siapa pun sudi menerima dan memberi wang demi untuk sesuatu jawatan dan hanya memilih calon berdasarkan kemampuan tersebut,saya percaya "toksin" ini dapat dibanteras dengan jaya.

cuma kena ada usaha yang tekad kearah itu.

adibeta said...

YBHg Dato' saya petik drp rakan bloggers..ambillah iktibar

penulis_cyber Berkata:
Oktober 10, 2008 pada 10:03 am

Mari baca sedikit kisah sirah sahabat dijamin syurga oleh Nabi dan bandingkan dengan peristiwa berlaku sekarang di negara kita..Sempena berkat penghulu segala hari ( hari Jumaat ) hari ini…

Pembunuhan Saidina Ali bin Abi Talib ( 40 H )
Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi al- Hashimi merupakan khalifah Islam yang keempat dalam sejarah Khulafa’ Ar-rasyidin yang menjadi pewaris Nabi s.a.w dalam urusan pemerintahan negara dan umat Islam . Beliau turut di kenali sebagai Abu Al-Hassan iaitu anaknya yang pertama dengan Fatimah Az-Zahra’ binti Rasulullah s.a.w . Ibu beliau ialah Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdul Manaf .

Ali bin Abi Talib termasuk dalam sepuluh orang sahabat tersohor Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga semasa hidupnya lagi oleh Saiyidul Mursalin yang juga merupakan sepupu dan mertua beliau . Ini jelas menunjukkan tentang kedudukan dan keistimewaan beliau sebagai ahlul bait al-mutharah .

Ali bin Abi Talib terkenal sebagai seorang yang warak, luas ilmunya dan merupakan panglima perang Rasulullah s.a.w yang berani yang terlibat dalam keseluruhan peperangan bersama Rasulullah s.a.w kecuali peperangan Tabuk disebabkan keuzuran yang menghalang beliau daripada menyertai perang tersebut .
Selepas syahidnya Saidina Umar Al-khattab dalam suatu tragedi yang mencetuskan kepada fitnah yang besar dalam sejarah umat Islam sehingga kini, Ali bin Abi Talib dipilih oleh Umar Al-khattab sebagai salah seorang daripada enam orang Ashabus Syura untuk mengantikan Umar dalam memegang amanah Khilafah . Lima orang yang lain ialah : Usman bin Affan , Talhah bin Ubaidillah , Abdul Rahman bin Auf, Az-Zubair bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqqas . Akhirnya Saidina Usman bin Affan telah dipilih sebagai khalifah ketiga . Namun Saidina Usman juga syahid dibunuh oleh penentangnya juga dalam satu tragedi yang menyayat hati .

Selepas itu Ali bin Abi Talib diamanahkan untuk mengganti Saidina Usman . Beliau dilantik pada tahun ke 35 hijrah dalam suasana yang berkecamuk dan penuh dengan kontroversi pembunuhan Usman bin Affan . Desakan demi desakan dibuat agar beliau mencari dan menghukum pembunuh Saidina Usman .

Ekoran itu berlaku beberapa peristiwa antaranya peperangan Jamal pada tahun 36 hijrah dan peperangan Siffin pada tahun 37 hijrah antara beliau dan Muawiyah yang mendesak Ali bin Abi Talib menyelesaikan perkara berkaitan pembunuhan Usman atau meletak jawatan dan menyerahkannya kepada beliau yang ketika itu telah dipecat daripada menjadi gabenor Syam .

Peperangan Siffin berlaku dengan dahsyat dengan korban kedua belah pihak mencecah angka yang besar . Melihat keadaan ini, Muawiyah telah diberi nasihat oleh Amru bin al-Ash agar mengangkat mushaf dan meminta pihak Ali bin Abi Talib mengadakan tahkim .
Saidina Ali bin Abi Talib mulanya enggan kerana merasakan ianya semata-mata helah Amru bin Al-ash dan beliau telah mengungkapkan kata-katanya yang mashyur yang bermaksud : ‘Itu adalah perkataan benar tetapi bermaksudkan batil’ .
Akhirnya berlakulah majlis tahkim dengan pihak Muawiyah diwakili oleh Amru bin Al-ash sendiri dan pihak Ali oleh Abu Musa Al-asyari . Mereka mencapai kata sepakat untuk mengumumkan perletakan jawatan Saidina Muawiyah dan Saidina Ali serta menyerahkan urusan pemilihan khalifah kepada umat Islam . Pihak Saidina Ali pun mengumumkan pengunduran beliau .

Namun pihak Saidina Muawiyah tidak melakukannya sebaliknya menganggap jika Ali telah mengundur diri dari khilafah, maka tidak ada sebab untuk Muawiyah melakukan tindakan sama kerana akan menyebabkan umat berada dalam ketiadaan pemimpin .
Seluruh umat Islam gempar dengan peristiwa tersebut. Mereka berpecah kepada tiga golongan :
1- golongan yang membaiah Muawiyah iaitu penduduk Syam -
2- golongan yang tetap setia dengan Saidina Ali dan -
3- golongan yang mengasingkan diri daripada keduanya serta tidak memberi baiah kepada mana -mana pihak .

Golongan inilah yang dikenali sebagai Khawarij yang telah menaruh dendam pada Saidina Ali kerana menerima tahkim sedangkan beliau layak dan tidak sepatutnya menyerahkan khilafah kepada pihak lain . Urusan khilafah adalah haq Allah dan Dia akan memberinya kepada orang yang layak dan berhak . Mereka muncul selepas peperangan Nahrawan dengan pihak Saidina Ali dan berterusan memainkan isu tahkim tersebut . Mereka mengisytiharkan keluar dari memberi ketaatan pada Saidina Ali .
Sesudah itu Saidina Ali kembali ke Kufah yang menyokongnya .

Sementara itu golongan Khawarij mula merancang untuk membunuh Ali bin Abi Talib, Muawiyah dan Amru bin Al-ash . Mereka berkumpul di Mekah dan memutuskan bahawa Abdul Rahman bin Muljam ditugaskan membunuh Saidina Ali , Al-Hajjaj At-tamimi membunuh Saidina Muawiyah dan Amru bin Bakir membunuh Amru bin Al-ash .
Dalam operasi ini hanya Ibnu Muljam sahaja yang berjaya membunuh Saidina Ali sementara yang lainnya gagal .

Tragedi itu berlaku pada subuh 17 haribulan Ramadhan tahun 40 hijrah ketika beliau mengejutkan penduduk Kufah untuk solat subuh berjemaah dimasjid . Walaubagaimanapun Saidina Ali meninggal dunia beberapa hari kemudian iaitu pada 21 Ramadhan dalam umur 63 tahun sementara Ibnu Muljam telah dibunuh oleh Al-Mughirah bin Naufal bin Al-Harith bin Abdul Mutalib .

Ibnu Muljam sendiri dianggap oleh puak Khawarij sebagai mujahid yang syahid di jalan Allah dan melakukan perbuatan itu sebagai taqarrub kepada Allah dan akan dimasukkan kedalam syurga. Mereka juga menggangap Ibnu Muljam sebenarnya tidak membunuh Saidina Ali sebaliknya membunuh syaitan yang menyerupai beliau.

Rujukan
1- Tarikhul Khulafa’- Imam As-suyuti, Cetakan Darul Maarifah, Beirut 1999
2- Tarikh Islami - Hassan Ibrahim Hassan , Cetakan Beirut 1991
3- Al-Kulafa’ Ar- Rasyidun - Abdul Wahab An-Najjar, Cetakan Beirut

Renung-renungkanlah..
Kg Dewan Beta,KB,Kel

azizah said...

saya memang tak setuju dengan pembangkang. tapi kadang-kala saya juga meluat dengan orang umno.

The Eugenist said...

Salamm..

Tok, nampaknya percubaan Dato' untuk mencalonkan diri sebagai salah seorang dari ahli MT UMNO tidak berjaya..

Tangan2 ini juga yang memainkan peranan barangkali?

HESMEL FAZNEE FAISAL

TuanTanahKedaung said...

dulu dato' ron geng dengan tun musa hitam lawan tun mahathir... la ni dato' ron geng pulak dengan tun mahathir lawan pak lah (disokong tun musa hitam)...Lagu mana tu? Kawan jadi lawan ...lawan jadi kawan.. Semua sama saja dalam politik Malaysia nie.. bising sana, bising sini.. rakyat dok lagu tu la sampai kesudah.

kelemumur.

roh_insan said...

Salam Dato.

Mat Taib Bkn Asing Menghaibkn Duit.

Saye teringat seorg anggota polis yg di tangkap bpr dek krn mengabil wang sebnyk 100 hengget,cerite nye smp msk surat khabar n tv3,adus...ini undang2 ape,bkn sye menghalalkn rasuah yg kecil,rahsuah tetap rahsuah,persoalan nye ini lah kenyataan nye BPR,yg sebenarnye telah pun di RAHSUAHKAN TUGAS nye.

Ini lah tande2 penghujung nyawe nye UMNO,bergolak bgi tsunami,bergasak sesame sendiri,menipu sesame ahli.

Jgn lah di slhkn org melayu krn menolak umno,slhkn lah diri sendiri yg mementingkn diri n kroni dari parti.

Mat Taib pernah MENGHAIBKN ratusan ribu ringgit di Australia,ini baru yg tertangkap,mcm mane yg lain,baik sgt ke? boleh diharap sgt ke?hebat sgt ke berjuang?

Bugget ari ini yang terang2 membebankn rakyat pun tak termampu utk CALUN2 tu nak pertikaikn selain MEMPERTAHANKN DIRI SENDIRI.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

MAKHLUK TU RAPAT DENGAN JIN KE DATO?
BOLEH JADI DIA NAK MENANGKAN JUGA MENANTUNYA!

KALAU MAKHLUK YANG SATU TU, DIA IKUT CAKAP BININYA.

http://rp-semantan blogspot.com

Kon membuka blog satu lagi untuk sastera. TOK PERAN. Siapa yang berminat bolehlah buka http://tokperan.blogspot.com

nakal said...

salam pekenalan untuk datuk...
kalau ramai orang memperkatakan kepimpinan UMNO kini dicemari dengan politik wang tapi bagi saya ianya telah menjadi "BUDAYA WANG"...

Berita dari gunung said...

Dato,

Kita undang demokrasi ke riba. Kalau kita gagal mengurus demokrasi, nanti kita jadi marah dan malu kalau ada secara nakal menuduh kita macam monyet suka bunga. Monyet sekadar membelek bunga, mencarik-carik dan memekik.

Rasuah bukan perkara baru. Rasuah bukan semata-mata wang bawah meja. Vested interest adalah pendorong gejala hitam.

Dalam politik, vested interest adalah perkara yang menarik. Lama dulu, waktu Julius Ceasar berkenal dengan kuasa dan pengaruh, ada pembesar yang sanggup membiayai bala tentera. Dalam itu ada vested interest. Dilihat secara casual, kita hanya nampak patriotisma!

Percaturan dalam politik ada jalinan yang besar. Itu sebab, ada pemimpin berkata "saya selesa kerja dengan dia". Ada juga pemimpin yang berkata " I will never work under him".

Akhirnya wujudlah pakatan-pakatan dalam percaturan politik. Ada yang sanggup jadi promoter, sebagaimana Don King mengatur tinju terkemuka abad ini! Quantum Don King adalah berjuta.

Mengapa pula itu salah? Kita jemput demokrasi ke riba, maka itulah tarinya.

Makhluk ghaib akan ada dimana-mana. Celupar Zaid dalam kemelut judicial reforms disifatkan sebagai pembawa "wahyu". Kini Zaid ada diluar menghentam habis-habisan dan terlupa beliau adalah Melayu!

Ramai sudah buat ketetapan tentang "wahyu", pembawa dan penyebar wahyu dan makhluk ghaib. Namun ramai tidak peduli, kerana dalam pemilihan Umno, ada wang untuk diagih. Jawatan adalah asset, lalu ia harus dibeli dengan harga tertentu.

Rupanya demokrasi telah menternak hantu dan makhluk ghaib. Adakah demokrasi era Abdullah benar-benar tulin dan didokong oleh orang yang berjiwa luhur.

Lihat saja watak M. Nor Awang tercegat atas pentas melihat peristiwa tumbuk menumbuk dalam mesyuarat Umno Seremban baru-baru ini. Lihat saja kenyataan akhbar oleh Mohamad Hasan dan Abdullah tentang mesyuarat yang kecuh itu. Seolah semua orang hairan dan terkejut.

Dalam politik, memang ada yang boleh diatur. Sedang permainan bolasepak boleh diatur, inikan pula permainan politik. Dalam bolasepak Khairy lebih maklum dan sedar, sebab beliau orang nombor dua. Dalam politik negara, pemain dan pencaturnya sangat ramai dan mereka sangat maklum!

Demokrasi belum tentu tulin. Kalau tulin pun, ianya jadi buruk juga jika pemain demokrasi berhati busuk.......

maaf.

nordin said...

DATO'

NAMPAKNYA UMNO SUKAR DISELAMATKAN LAGI DAN TAK PERLU LAH DATO' BERSUSAH PAYAH MENGEMIS BELAS IHSAN DARI PERWAKILAN UNTUK BERTANDING, AKHIRNYA APA YANG DATO' AKAN DAPAT SEHINGGA KAWAN PUN SUKAR UNTUK DIPERCAYAI.

SATU TAMPARAN HEBAT BAGI UMNO JOHOR APABILA TSMY YANG MEMBAWA USUL AKAR UMBI PULA DITENTANG DENGAN HASIL POLITIK WANG MAINAN ATASAN MAKHLUK GAIB DAN SEPATUTNYA UMNO JOHOR PERLU SEDAR DAN MALU TERHADAP APA YANG BERLAKU SERTA PERLU BERSATU MENGHADAPI MASAALAH YANG SENGAJA DITIMBULKAN OLEH WAHYU MAKHLUK GAIB TERSEBUT HASIL POLITIK WANG.

SEKIRANYA TSMY WAKIL JOHOR AKAN DIMALUKAN HASIL POLITIK WANG MAKHLUK GAIB TERSEBUT, TIADA APA YANG BOLEH DILAKUKAN LAGI DAN SAYA SARANKAN UMNO JOHOR PERLU BERSATU DAN FIKIRKAN TENTANG NASIB ANAK MELAYU JOHOR YANG SEMAKIN HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PERJUANGAN UMNO YANG MEMENTINGKAN PERIUK NASI SENDIRI DENGAN MEMIKIRKAN SEMULA PENYATUAN DENGAN PARTI UMNO/BN.

UMNO LAHIR DARI JOHOR, MENGAPA TIDAK ORANG JOHOR YANG MEMULAKAN RENTAK PERUBAHAN ARUS POLITIK NEGARA. FIKIR FIKIRKAN LAH DAN BUATLAH SESUATU SEBELUM TERLAMBAT ATAU SEBELUM IANYA LEBIH PARAH LAGI. SEMUGA ALLAH BERI PETUNJUK TERHADAP WAKIL WAKIL RAKYAT UMNO JOHOR DAN BERSATULAH MENENTANG KEMUNGKARAN UMNO/BN.

nordin said...

Dato'

Saya rasa 'Makhluk Gaib" tersebut lupa kekuatan Umno Johor, inilah masanya Umno Johor perlu bersatu bagi menentang kemungkaran Makhluk Gaib tersebut dan tunjukkan Umno Johor juga boleh buat sesuatu.

Bersatulah Umno Johor dan perjuangkan lah nasib anak melayu Johor dan ingatlah pemimpin dipilih bukan untuk kepentingan diri sendiri.

wanbaki said...

Salam dato'
aduhaiii...politik wang. Dengar kata BPR bersepah turun pada hari Khamis dan Jumaat tu. Tapi malam tu dah jadi malam membayar zakat...

2018+ = PRU14 mungkin tak da lagi dah UMNO kerana ahli umno mudah di beli untuk undi siapa bagi lebih. Kini UMNO gadai maruah PARTI UMNO itu sendiri bila pemimpin menjadi manusia paling bangsat apabila menang dengan menjual maruah bangsa........

Ajeem said...

inilah yang dikatakan sudah terang lagi bersuluh...apa yang berlaku diluaran mencerminkan apa yang ada didalam.lihatlah pemimpin umno yang begitu rakus dan gila untuk berebut kuasa.memang terbukti dakwaan dan tohmahan sebelum ini bahawa umno bukannya pejuang rakyat lagi tetapi pejuang perut sendiri.

jika datuk mengamalkan amalan yang sama,sudah tentu datuk mendapat pencalonan yang cukup lumayan.tapi saya percaya datuk berpegang kepada prinsip perjuangan.

test said...

Dato...tlg tulis cerita ttg konspirasi tingkat 38 pejabat UMNO Malaysia di PWTC..kalau sblm ni kita selalu cerita pasal budak2 di tingkat 4 pejabat PM..kini dlm umno heboh pasal tingkat 38 PWTC...
harap dato menyiasat..saya akan cerita apa yang berlaku di tingkat 38 pada lain episod

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Kuda Kepang & Mika Angle-0
(as he brushes his ride)

Hai si-kuda gagah,
Apa bicara cerita yang kamu
tagih untuk dicerita oleh
anak cucu cicit kamu dan kita?

Hai si-kepang
Ceritatah terang terang siapa
geranan wahyu makhluk ghaib
...atau tiada terbukti kalau
meskinya bukti sipembohong! na'uzubillah min zaalik.

keldai dan bagahal mana
mereka itu menghukum menghalal
Hantu mahu dibunuh?
Apa salahnya jangan ditanya

Wahai si-kuda perkasa!
Fikiran apa ini?
Mau berjuang berprinsip-prinsip
ngomel-ngomel siapa itu
ke mana lari kata-kata
pantas

hai kuda kepang,
anda tiada cinta
orang tua-tua melayu
saperti aku tiada kenal
diri mereka tiada
kenal tuhannya


Kepada Allah Berserah

otoote said...

Salam dato
Baru2 ini saya bertekak dengan seorang kawan. Kata saya PKR tidak mungkin dapat memerintah dengan baik atas satu alasan besar- PKR has no foot soldiers!. No party can run a country without foot soldiers. Marah dia.pelbagai alasan dan strategi yang diutarakan bahawa PKR mampu.

Pada pandangn saya keanggotaan sebuah parti politik itu mestilah merupakan a cross-section of the society at large. Keahliannya mesti meliputi seluruh masyarakat. Dari seorang tukang sapu kepada seorang koporat. Dari orang biasa kepada ulama. Dari suri rumah kepada datuk nenek. Then we can put it as the party is in touch with the masses.

PKR doesn't represent this scenario. UMNO yang dahulunya begitu utuh juga sudah terpalit dengan malaise ini. UMNO sudah tiada lagi foot soldiers. To join UMNO is for projects and contracts. Foot soldiers are promoted to rank holders- through their own whim and fancies. Politik wang is part and parcel of this new identity, a distorted representation of the Malay masses.

Evolusi ini akan menghancorkan UMNO if unchecked. But the momentum towards self destruction is so massive today that I am not sure if Pak Lah or Najib or whoever in charge can put a halt to it.

Personally, the upper echelon of UMNO leadership is perceived as too tainted by the people ( whether true or false is a different matter) that I am not sure if the process is reversible. But my bet is to let the present UMNO die a natural death and rebuilt an UMNO Baru Baru in place. But then..dream on...

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

kepada wanbaki,
aduhaiii...politik wang. Dengar kata BPR bersepah turun pada hari Khamis dan Jumaat tu. Tapi malam tu dah jadi malam membayar zakat...

Lepas nie kita tunggu berita selanjut. Adakah BPR yang turun kat Taman Jati malam tu akan ambil tindakan atau sekadar memantau.

Depa kata SP dan Pendang join sekali...hasrat nak cukupkan kuota pencalunan. Betoi ke???

bat8 said...

Dato Ron

memetik ulasan utoote :

"...But my bet is to let the present UMNO die a natural death and rebuilt an UMNO Baru Baru in place....".

--------------

Utoote nampaknya terkeliru dan mungkin tak tahu perkara asas tentang sejarah UMNO dan UMNO(baru). Dato sepatutnya membetulkan kesilapan ini kerana Dato adalah bekas ahli UMNO dan ahli UMNO(Baru).

Anjuran saya, eloklah UMNO(Baru) menggunakan nama sebenar sebagaimana yang diluluskan oleh pihak pendaftar dalam tahun 1988 dulu ia itu - "UMNO(BARU)".

Pendaftar pertubuhan telah mengenakan syarat bahawa perkataan "(BARU)" mesti digunakan bagi UMNO sekarang untuk membezakan dengan nama UMNO yang ditubuhkan tahun 1946 yang telah dimatikan oleh mahkamah dalam tahun 197 dahulu.

Saya pun hairan mengapakah pemimpin-pemimpin malu menyebut perkataan "BARU)" selepas perkataan UMNO sekarang bagi membezakan dengan UMNO yang sudah tiada itu. Semacam ada udang sebalik batu je.....hehehe.

otootee,

If we let the present UMNO dies and set up a new party to replace it, we cant use the same name "UMNO(BARU)" again as it is against the society act.

Saya cadangkan nama baru parti tersebut ialah " UMNO (BARU 2)" jika nama UMNO itu begitu keramat dan mempunyai tarikan. Asli atau tak asli parti UMNO(BARU 2) sebagaimana UMNO asal itu cerita lainlah.

Cadangan alternatif adalah memulihkan kembali UMNO yang ditubuhkan tahun 1946 melalui kuasa menteri dalam negeri dibawah akta pertubuhan 1966. Samada posibble atau tidak selepas 20 tahun tak tahulah.

Sepatutnya UMNO dihidupkan sebaik sahaja ia diisytiharkan tak sah dalam tahun 1988 dulu mengunakan peruntukan dalam akta terbabit. Instead TDM tergesa-gesa menubuhkan parti baru ia itu UMNO(Baru) yang ada sekarang.

bat8

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Apa agaknya perjuangan suci UMNO(BARU 2)bersandarkan komen Sdr Bat8?

Biarkanlah yang baik-baik; dan kalau dipintal-pintulkan putik fikiran Bangsa Malaysia Tun Mahathir mungkinkah nyata United Malaysian National Organisation (UMNO) membuahkan hasil yang diimpi-impikan pejuang-pejuang UMNO tersohor yang tersimpul-siut dalam kata-kata keramat terwaris - "UMNO terus maju demi agama, bangsa dan negara".

Namun, Kuda Kepang, pemikiran negarawan unggul Tun Mahathir siapa yang boleh selami - bukan begitu galaknya?

Hendaknya cerita wahyu makhluk ghaib jadi momok-momokan haruskah difikir-fikirkan: Spade itu daun rapuh atau penggali emas-titanium?

demi bangsa apa? agama mana? negara siapa? cerita orang Malaysia.


(bersatu kita bersatu...
lepas itu cuba lip-sync)


Kepada Allah Berserah

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Cerita menarik tanpa wacana:

1. NOVEMBER 13, 2008 Obama Team Sheds Light on New Administration
By LAURA MECKLER and JONATHAN WEISMAN
WASHINGTON -- President-elect Barack Obama's first extensive roster of transition advisers sheds light on the types of people his administration will lean on and what institutions may claim clout in the new Washington.

The Obama transition team released the names of 13 people on Wednesday who will direct a top-to-bottom review of federal agencies and another six who will lead teams that will review Treasury, State and Defense department policy, budget and personnel issues.

The group is filled with second-tier veterans of the Clinton administration and workers in the technology and financial sectors. It includes four former lobbyists, three top campaign fund-raisers and two former employees of troubled mortgage giant Fannie Mae, with some overlap among them. Four people in the group have ties to the consultant McKinsey & Co. and two have experience leading high-tech start-ups.

The teams will also gather information needed to help the new administration win Senate confirmation for its appointees and begin implementing policy initiatives after Mr. Obama is sworn in Jan. 20. The names of the team leaders for other federal agencies are expected to be released by week's end.

Sen. Obama has pledged to curtail the influence of lobbyists in his administration. The 19 people named Wednesday include four who have been registered lobbyists and two others who have worked in the lobbying business as recently as this year. The appointments don't appear to violate Mr. Obama's rules barring people who have lobbied in the past year from working on those issues during the transition.

Mr. Obama's transition advisers include Tom Donilon, a top lobbyist for Fannie Mae, the government-sponsored mortgage giant that helped precipitate the current financial crisis. Mr. Donilon will co-lead a team reviewing the State Department.
Co-leading the State Department audit will be Wendy Sherman, a principal of Albright Group, a firm founded by former Secretary of State Madeleine Albright. Ms Sherman headed Fannie Mae's charitable foundation between 1996 and 1997. She also serves on the new congressional commission on curtailing the threat of weapons of mass destruction. Both Mr. Donilon and Ms. Sherman worked for the State Department during the Clinton administration.
Three team members helped with fund raising for the Obama campaign as "bundlers" of donations from others. Don Gips, a co-chairman of the agency-review team, is an executive at Level 3 Communications and former policy adviser to Vice President Al Gore. Mr. Gips raised more than $500,000 for the campaign.

The Treasury review will be led by Josh Gotbaum, a Clinton administration veteran and long-time investment banker at Lazard Freres, and by Michael Warren, the chief operating officer of Stonebridge International LLC, a Washington lobbying and consulting firm. There is some connection between Stonebridge's work, which includes advising multinational companies looking to work in the U.S., and Treasury, which is the lead agency in reviewing the multinational acquisitions of U.S. companies for potential national-security issues.

Write to Laura Meckler at laura.meckler@wsj.com
and Jonathan Weisman at jonathan.weisman@wsj.com




2. Emerging economies' risks highlighted by downgrades
By David Oakley

Published: November 11 2008 02:00 | Last updated: November 11 2008 02:00

Fears about the outlook for emerging markets were heightened yesterday when four countries had their credit ratings downgraded because of the threat of global recession and the drying up of capital flows.

The downgrades of Bulgaria, Hungary, Kazakhstan and Romania illustrated the continuing dangers facing these economies, Fitch Ratings said.

The agency also revised from stable to negative the long-term foreign currency ratings of South Korea, Mexico, Russia and South Africa because of fears over the "profound deterioration" in the global outlook and the continuing difficulties in raising money in the capital markets. Chile and Malaysia had their ratings revised down from positive to stable.

David Riley, head of Fitch's global sovereign ratings group, said: "The profound deterioration in the global economic and financial outlook poses significant threats to the emerging markets. The developed economies are heading for the biggest slowdown in 25 years and this will have a big impact on trade with emerging markets.

"Capital and financial flows to the emerging markets are going to be restricted and more expensive, with those countries with high current account deficits and large external funding needs most exposed."

Emerging markets have seen some signs of recovery since moves by the International Monetary Fund, World Bank, European Central Bank and the US Federal Reserve.

The IMF, World Bank and ECB jointly offered Hungary €25bn ($32bn) in loans. Ukraine and Iceland are also being helped by the IMF, while the Fed offered four so-called strategic economies - Brazil, Mexico, Singapore and South Korea - $30bn each in swap lines to boost liquidity in their markets.

Since October 27, the main benchmark of emerging market equities, the MSCI index, has risen more than 100 points to about 560. It peaked above 1,000 in July.

Bond yield spreads between emerging market countries and US Treasuries have narrowed sharply since then.

The Embi+ index has fallen to about 600 basis points over US government paper from 904bp on October 24. The MSCI was buoyed yesterday by China's $586bn fiscal stimulus package, although weaker emerging market currencies, such as the Romanian leu, the Hungarian forint and the South Korean won, fell against the dollar after the Fitch report.

The ratings agency stressed that the eastern European economies were most exposed to the current crisis because of large current account deficits and external financing needs.

Bulgaria and Ukraine have current account deficits of about 25 per cent, while the Baltic economies of Latvia and Lithuania have deficits of about 15 per cent.

Romania was the biggest casualty as its credit rating was cut two notches to junk status.

This could have serious implications as many investors, such as pension funds, are only allowed to buy investment grade securities.

The country was downgraded from BBB to BB plus with negative outlook. Bulgaria and Kazakhstan were downgraded one notch to BBB minus while Hungary was downgraded one notch to BBB.
(Copyright The Financial Times Limited 2008)

Kepada Allah Berserah

sejadahburuk said...

DATUK RON,
APA DAH JADI DENGAN DATUK???
DATUK YANG SAYA KENAL XPERNAH BERSIKAP BEGINI,XKANLAH DISEBABKAN KECEWA TIDAK LAYAK BERTANDING MT DATUK MENJADI BEGITU PESIMIF TERHADAP ORANG LAIN???
DATUK RENTIKANLAH...
UMNO DA KARAM.
JGN DUK SALHKAN ORANG LAIN.
AYUH SEMUA BERSATU DIBAWAH PR,