Thursday, November 20, 2008

SIAPA NAIK PANGKAT SIAPA TURUN PANGKAT?

Berita Utusan Malaysia di bawah ini mengundang pelbagai spekulasi dan pastinya mendebarkan para Menteri, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Para Menteri pasti tertanya-tanya akan nasib masing-masing – kekal atau tersingkir daripada Kabinet. Kalau kekal, adakah mereka akan bertukar portfolio? Kalau tersingkir, adakah ini kena mengena dengan proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO pada Mac 2009? Mungkinkan Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi mangsa rombakan ini sebagaimana yang diura-urakan oleh salah seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri baru-baru ini?

Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara pula akan digamit perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak. Mereka tertanya-tanya, mungkinkah mereka terpilih menganggotai Kabinet menerusi rombakan kali ini? Mungkinkah Khairy Jamaluddin selaku Ahli Parlimen Rembau jadi salah seorang Menteri yang baru? – Ruhanie Ahmad

ROMBAKAN KABINET MASA TERDEKAT

ASHGABAT (Turkmenistan) 19 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan akan membuat satu rombakan Kabinet yang melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio dalam masa terdekat.

Menjawab soalan mengenai peletakan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini, Abdullah berkata: “Rombakan itu tidak hanya untuk mengisi jawatan yang kosong (itu sahaja).

“Rombakan Kabinet itu akan melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio. Semua kemungkinan rombakan itu sentiasa ada,” katanya kepada sekumpulan wartawan Malaysia yang berada di sini kerana membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Ka Chuan yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat. – Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

30 comments:

Semut Api said...

letak jawatan menteri kepada presiden MCA? Anih tak Datuk?

adibeta said...

Salam Dato'
Kalau benar ada rombakan kabinet,UMNO dan BN akan terus menjadi perhatian.....

Dan pastinya ia akan menjadi alat penimbang kepada kehendak pribadi PM atau untuk kepentingan kerajaan dan BN serta sunggutan rakyat.

W/pun Hak pribadi PM,sebarang perubahan tetap menjadikan ianya menarik utuk terus diikuti.

Apapun saya lebih berminat untuk diam, tunggu dan lihat daripada membuat sebarang spikulasi.....
Spikulasi cantik...namun dibimbingi akan memudaratkan....

Apabila diumumkan, barula ianya menjadi HAK....

Renung-renungkanla
Kg Dewan Beta,KB,Kel

dizzy boy said...

Sebilangan saja yg akan tersingkir.Pak Lah pun tak nak buat yg byk tersingkir sbb Pak Lah pun akan tersingkir juga pd Mac ini.Harapan sy biarlah Syed Hamid Albar yg tersingkir,Tak boleh xplain secara jujur pd rakyat,sombong,bongkak,ego pada masyarakat.Inikah pemimpin UMNO??Larangan untuk berjumpa menteri di kementeriannya sudah dinyatakan,tidak dibenarkan berjumpa.Apa kejadahnya menteri yg sombong.

bungaraya said...

Gambaran yang perlu ada kepada Menteri yang akan di lantik adalah seperti berikut:-
1. Seorang Menteri yang hendak dilantik itu mestilah bukan kalangan yang suka mengamalkan rasuah ( walaupun hanya persepsi samata ),
2. Bukan juga kaki liwat dan kakit Betina,
3. Penakut untuk bertindak mempertahankan hak istimewa melayu/bumiputera.
4. Bukan pula seperti Timb. Menteri Penerangan yang kurang mahir dalam sejarah Tanah melayu serta Borneo,
5. Memang telah gemilang, cemerlang dan terbilang. Tak payah nak diasuh lagi.

add said...

Betapa biadap nya Cina terhadap maelayu sekarang ini. Dan bagaimana pula gamaknya tindakan pak lah mengenai gambar bendera malaysia (sepatutnya mempunyai 14 bucu sahaja,tetapi mempunyai banyak bucu spt bucu yang terdapat di bendera MCA yang dipasang semasa Pak lah buat lawatan ke negara stan-stan tu).

Kalaulah Pak Lah reject Muhyidn dalam rombakan kabinet, konform perwakilan kali ini akan reject pak lah juga. So jangan dibuang anak muhyidin ni...

Kalau buang juga boleh tetapi ganti je dengan KJ tu. kalau nak tahu umno ada lagi ke tak de di Malaysia ni. Dan jangan terkejut kalau TDM akan jadi PM semula.,
.pak lah ni pun bukan boleh percaya sangat pun ,beliau ni pun team B juga dulu...

Musallam said...

Salam,

Jika benar Abdullah akan melepaskan jawatannya pada bulan Mac 2009, saya tidak nampak mengapa dia perlu melakukan perubahan kabinet secara besar-besaran.

Adalah logik jika kabinet baru dibentuk oleh PM baru (Najib?) dan diisi oleh tokoh-tokoh yang terpilih dalam pemilihan Mac 2009.

Buat masa ini, perubahan yang perlu dilakukan mungkin setakat mengisi kekosongan sahaja.

mn said...

Datuk,

1. Saya rasa Shahrizat akan dilantik sebagai Senator.

2. Seterusnya beliau akan dilantik menjadi seorang Menteri.

3. Jika itu berlaku mudahlah bagi beliau menumbangkan Rafidah Mac nanti.

wira said...

Salam Datuk Ron, saya juga sependapat dengan Patriot Selatan 'letak jawatan menteri kepada presiden MCA? Anih tak Datuk?'.

Dimusim sekarang semua yang anih boleh berlaku kerana persekitaran tidak mencerminkan kebijaksanaan. Seolah-olah pemimpin sedang dalam keadaan melatah dan ini tidak bijak jika dibandingkan dengan persekitaran politik yang baru kita saksikan di Amerika. Kalau kita baca ucapan-ucapan Presiden Di-pilih Barack Obama, nama cahaya kebijaksanaan beliau. Saya membaca ucapan beliau memang rakyat Amerika tidak salah memilih beliau menjadi Presiden.

Disini pula lain pulak yang berlaku, seolah-olah pemimpin tidak tahu siapa yang memimpin dan yang dipimpin atau mereka tidak langsung mempunyai perasaan menghormati kepimpinan.

Inilah yang saya senantiasa mengingati diri saya dan sahabat-sahabat blog yang lain bahawa peningkatan iman akan membawa kepada kesabaran dan insaf akan diri sendiri yangn seterusnya meningkatkan kewibawaan diri.

Oleh yang demikian 'Siapa naik pangkat siapa turun pangkat' tidak penting. Apa yang penting ahli-ahli akar umbi harus diberi pilihan memilih pemimpin yang berwibawa dan bukan pemimpin yang jelas mempunyai agenda pribadi.

. said...

dato,

saya fikir akhir sekali, kita harus memikirkan apakah kesannya kepada rakyat. itu pertimbangan yang pm harus lakukan.

The Eugenist said...

Salam..

Tok, saya tak rs Khairy akan dilantik menjadi Menteri.

Kalau Pak Lah hendakkan UMNO berpecah dan menjadi parah, mungkin dia akan letak Khairy.

Dan kalau dia singkirkan TS Muhyiddin, ini bererti akan berlakunya revolt yang besar2 dari UMNO JOhor.

Saya tak yakin Pak Lah mempunyai guts sedemikian. He may be a leader but he is not fit to become one..

Anonymous said...

dua kemungkinan tok - rombakan dan romPAKAN kabinet.

yang letak jawatan mestilah perlu diganti tetapi yang takda jawatan dan tak layak pegang jawatan akan cuba 'rompak' kuasa dengan wang.

dtk ada duit tak?

Unknown said...

rombakan kabinet muungkin bakal dilakukan.sapa yang akan dikekalkan?siapa yang akan digantikan?

apapun tak kisahlah jika ada rombakan atau tidak asalkan menteri yang memegang portfolio masing-masing menjalankan tugas mereka.kalau ada yang prestasi kurang memberansangkan,elok ditukar sahaja.

pakhashim said...

sapa pun sama saja.....pemimpin UMNO semua nawaitu sama. Apa beza tukar pemimpin atau pun tukar portfolio!!!!!

pakhashim said...

Tukar pemimpin atau portfolio sama saja. Semua pemimpin UMNO nawaitu tetap sama.....apa beza romabakan nih!!!!!

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Ngedong-ngedong betullah kamu kali ini!

Mana senator lentik lambungnya yang nak diselit lagi selampingnya ke dalam Kabinet? Lelewa prigel primbon bangat. :)

KJ menteri muda di MITI, Bung - gue amiinkan.

Kalau ada Rais Yatim kepingin menteri muda mohonkan saja si Melayu malabari hensem bak hero hindustan jelmaan sungai Jerlun. Gue amiinkan juga.

Kepada Allah Berserah

keris panjang said...

menteri yg keliru..dia terperasan pres mca yg beri watikah kot..

Mas said...

Semuanya anih. PM yang tempang kuasa masih merombak kabinet? Kata nak letak jawatan pada bulan Mac 2009 dan pengganti telah dpilih iaitu Dato Najib. Tapi masih ada hati merombak kabinet untuk meletakkan kroni dalam kerajaan. Siapa lagi kalau bukan KJ yang kurang pengalaman itu.

Bayangkan Bush rombak kabinet USA sekarang..... Satu dunia ketawa!

Ahh!!! PM Malaysia memang lucu dan memalukan!

Berita dari gunung said...

Kita tidak menjangka rombakan kabinet yang besar kerana ia tidak manis dalam keadaan Abdullah berjanji untuk bersara.

Sekadar mengisi ruang perubahan pemimpin MCA, itu memang dijangka. Jika ada sisipan untuk mempengaruhi pemilihan UMNO, itu memang keterlaluan. Akan ada yang kata "A bad taste".

Abdullah masih jujur dalam banyak hal.

zero_fighter said...

Assalamualaikum semua..
kalau naik...adakah dapat melonjakkan semula kegemilangan UMNO?...kalau turun..adakah dapat memulih dan memutihkan UMNO di kalangan rakyat?
dulu kalau sebut UMNO kita megah dan bangga dengan perjuangan dan wadah bangsa...
Sekarang kalau sebut UMNO...ada rasa benci dan meluat...oleh ketamakan dan kepincangan akhlak sebahagian kepimpinan..
Ada ketika aku berfikir...patutkah aku terus duduk di rumah yang porak peranda...atau berpindah ke rumah yang lain? Ayahku kurang berperanan mendidik kami adik beradik. Mak?...langsung x nampak peranannya..
Nanti bila ayah dah pergi, pak cik akan menjaga kami. Adakah dia selembut ayah? atau lebih tegas mendidik? Yang saya dengar2 pak cik pn selalu menjadi bualan akan perangainya... rasa malu mendengarnya. Apa yang saya perhatikan..keluarga kami boleh PULIH dan HARMONI seperti satu waktu dulu jika ayah, mak, pakcik, abang2 dan Kakak2 serta adik beradik lain kembali mengikut ajaran Islam dan bermuhasabah diri..bertaubat. Akan pulihlah..akan harmoni lah UMNO..

spycatcher03 said...

Nampak benar Pak Lah seorang pendedam dan nyata sekali gagal menyembunyikan dendam kesumatnya terhadap sesaorang. Dalam usaha untuk memlepaskan dendamnya, beliau tidak lagi sanggup memikirkan impak dan implikasi tindakannya kepada bukan sahaja partai UMNO bahkan bangsa, agama dan tanah air! Marah nya kepada TS Muhyiddin, diterjemahkan secara terang2 apabila beliau merestui(?) Ali Rastam dan Mohd Taib bertanding sama sedang kan semua tahu kedua2 ini tidak mempunyai kapisitas mental untuk menjadi orang no2 dalam parti dan negara. Yang mutakhir, Pak Lah telah memberi memberi restu untuk Shahrizat mencabar ketuanya, Rafidah yang kita semua tahu telah dianggap sebagai duri dalam daging kepada Pak Lah!
Kepada calon2 yang mendapat restu darinya, berkemungkinan besar akan mendapat 'syufaat' atau kekebalan dari disiasat oleh samada BPR, Polis atau Parti. Maka akan bermaharajalela lah calon2 golongan ini ,menggunakan wang untuk membeli perwakilan.
Semuanya ini berakarumbi dari dendam kesumat yang begitu menebal yang hanya akan mendapat ketenangan apabila dendam2 tersebut diterjemahkan kepada balasan!!
Tidak terfikirkah beliau bahawa tindakan membalas dendam ini hanya akan memporakperandakan UMNO dan kesatuan orang melayu! Ternyata sekarang ini Umno akan berpecah lebih dahasyat lagi,apatah lagi keadaan ini direkayasakan olih 'out-going' presiden!!!!
Sekiranya Umno menemui kehancuran maka sejarah akan merekodkan orang yang bertanggungjawab ialah Pak Lah. Tidak hairan jika jenerasi akan datang akan mengutuknya untuk menyatakan rasa kekecewaan mereka diatas manipulasi pemimpin nombor wahid membawa kepada kehancuran parti melayu!! kEPADA PARA PERWAKILAN UMNO, RENUNG-RENUNG KANLAH.

wanbaki said...

Datuk,
sekiranya terjadi rombakan juga ini menunjukan kelemaha kepimpinan pak lah semakin terserlah. Percaturan politik begini boleh merosakkan UMNO/BN.
1. Bulan 5 bentuk, bulan 11 rombak dan bulan 5 taun depan rombak lagi kerana tak kan Najib nak guna orang Pak Lah lagi.
2. Orang UMNO dan BN tak payah dok pk nak buat keja pasal dok pikir pasal rombakan.
3. Menteri pun jadi pening kalau asyik tukar portfolio.
4. Rombakan ini akan dilihat untuk menyelamatkan politik orang tertentu. Kenapa tak biarkan saja kebinet sekarang cuma ganti saja yang letak jawatan tu.
5. Kenapa asyik dok pikir rombakan dan tidak pikir untuk melaksanakan janji yang telah Pak Lah tabur tu...
Adoooooiii pening la bila menyerlahkan kebodohan sendiri kepada orang..

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Rombakan kabinet mungkin hanya melibatkan kuota MCA sahaja, yang lai-lain tak terlibat.

Datuk Abdullah hanya ada tak sampai lima bulan lagi. Lepas ni Datuk Najib akan buat rombakan yang lebih besar bila beliau dinobatkan sebagai PM. Calon-calon yang menang dalam PAU 2009 boleh pasang angan-angan nak jadi menteri dan timbalan menteri. Bagi yang kalah nasib saja yang menentukan.

Pemerhati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Saya tertanya-tanya apa perlunya perubahan Kabinet 8 bulan selepas PRU-12? Kabinet sebelum ni dah HABIS buat keje dah ke?

Lagi pun apa perlunya Pak Lah yang buat rombakan Kabinet? Sepatutnya biarla DS Najib yang buat pasal dia bakal PM? Takkan bila DS Najib jadik PM dia akan buat sekali lagi romabakan kabinet?

Buang duit betul..

Jemput ke Blog saya

http://sensecredaccountability.blogspot.com/

Wallahualam..

nordin said...

Dato',

Kalau ikut perlembagaan, boleh tak Yang Dipertuan Agong menolak perlantikan Perdana Menteri Malaysia sekiranya baginda dan rakyat berpendapat Najib tidak layak memerintah negara atau baginda perintahkan Najib di bicarakan untuk membersihkan namanya baru boleh menjadi PM.

Saya sebagai rakyat dinegara ini berasa malu sekiranya bakal PM Malaysia dituduh sebagai pembunuh dan kesnya bakal dibicarakan diperingkat antarabangsa serta kaki rasuah no 1 negara. Sepatutnya Najib dibicarakan dulu sebelum dilantik menjadi PM bagi membersihkan namanya.

Patutkah Majlis Raja Raja membincangkan serta memikirkan hal tersebut dan menentukan bakal PM bagi menjaga nama baik negara yang dicintai.

nordin said...

Ampun Tuanku, Raja adil Raja disembah ......................

Che Moq™ said...

Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen. Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah. Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.

Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.

Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-

1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
6. Cheguman = waadat.blogspot.com
7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com

(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)

Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-

1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.

Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya. Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.

Siapa yang layak untuk menyertai?

1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)

Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.

Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)

Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-

1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.

Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-

Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com

Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
21 November 2008 / 9.00 Malam
Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai

Laporan oleh :-
Che Moq ( che-moq.blogspot.com )

Hang Jebat said...

Datuk,

Saya rasa mungkin rombakan itu untuk sesuaikan situasi semasa. Kalau dah kalah dalam pemilihan parti memanglah sepatutnya kena tukar. Kalau pada Mac 2009 nanti UMNO berubah wajah, maka sememangnyalah kabinet juga berubah wajah. Saya yakin KJ kalah. Kalau nak lantik dia jadi menteri sekarang mungkin sebab nak bagi KJ merasa jadi menteri sekejap. Kalau tidak nanti kempunan terus.

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Sandiwara Oxford Bang-at

Razak Baginda: Henti fitnah Najib
Oleh TAN MING WAI

PENAMPILAN PERTAMA... Abdul Razak Baginda memberikan sidang akhbar pertamanya sejak dibebaskan bagi menjelaskan pelbagai perkara berhubung kes Altantuya di Hotel Maya, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Pada sidang akhbarnya di Hotel Maya di sini hari ini, beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengenali atau pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.

“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.

“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Hari ini saya ingin jelaskan seperti mana keterangan saya kepada polis, Najib tidak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selama hampir 45 minit itu yang sesak dengan wakil media tempatan serta asing.

Sebelum sesi soal jawab, Abdul Razak turut membaca dan mengedarkan kenyataan akhbar tiga muka surat kepada pihak media.

Hadir menemani Abdul Razak ialah bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda dan tiga peguamnya, Avtaran Singh, Rozana Abdullah dan Alex Tan.

Abdul Razak, 48, menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Najib yang dikenalinya sejak awal tahun 1990-an.

Jelasnya, sejak dibebaskan baru-baru ini, beliau tidak pernah bertemu, bercakap atau berhubung sama ada dalam bentuk perbualan, penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun e-mel dengan Najib.

“Saya kenal Najib secara profesional sebelum kemudiannya secara peribadi. Tetapi ada yang mendakwa saya ialah pembantu atau setiausaha politik beliau. Itu tidak benar,” tegasnya.

Abdul Razak menambah, selepas dibebaskan, beliau sempat merujuk semula laporan-laporan mengenai kes tersebut dan mendapati banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap dirinya dan Najib yang disiarkan menerusi media terutamanya Internet.

“Banyak pembohongan berlaku sepanjang tempoh saya ditahan, macam-macam mereka cerita... saya kahwinlah, saya jumpa si mati (Altantuya) di partilah, saya ada anaklah. Semuanya fitnah, tapi orang minat baca seterusnya terus percaya semua itu,” ujar beliau.

Mengenai gambar yang menunjukkan beliau bersama Najib dan Altantuya yang pernah jadi isu sebelum ini, beliau menyifatkan sesiapa yang mempercayai kesahihan gambar itu sebagai ‘bodoh’.

“Saya disiasat oleh Suruhanjaya Multimedia ketika di dalam penjara dan saya ditunjukkan gambar tersebut. Bagi saya hanya orang yang benar-benar bodoh yang percaya gambar itu asli.

“Sejenak melihat gambar itu pun kita tahu ia gambar yang diubah suai, lebih lagi wanita dalam gambar itu bukannya si mati, sebaliknya seorang model Korea,” jelasnya.

Dalam sidang akhbar yang bermula pukul 9.30 pagi itu, atas nasihat peguamnya beliau mengelak daripada menyentuh perkara-perkara mengenai perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang masih belum selesai.

Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya iaitu selepas 22 bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh serta menghadapi 151 hari perbicaraan.

Pada 6 November lalu, beliau dijadual mengadakan sidang akhbar di lokasi yang sama namun dibatalkan pada saat akhir.

Abdul Razak memberitahu, sidang akhbar ketika itu terpaksa dibatalkan atas sebab dirinya masih dalam proses menyesuaikan diri selepas meringkuk hampir 22 bulan dalam penjara.

Abdul Razak mengulangi bahawa beliau tidak melakukan kesalahan terhadap Altantuya dan ia telah dibuktikan menerusi keputusan mahkamah yang membebaskannya.

Ditanya sama ada Altantuya mempunyai kaitan dengan satu rundingan pembelian kapal selam, beliau berkata: “Tiada kaitan langsung. Semua orang malas dan tidak menyemak fakta.

“Biar saya beritahu jangka masa ia berlaku. Perjanjian ditandatangani pada Jun 2002 tetapi saya hanya kenal si mati pada November 2004. Justeru, saya langsung tidak nampak kaitannya, namun begitu hubungan kami tetap dan terus diperkatakan.”

Katanya, beliau tidak terkejut malah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya bapa Altantuya, Shaariibu Setev yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ingin membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

“Itu adalah haknya, saya tidak bersalah dan tidak ada apa untuk dibimbangkan.

“Bagaimanapun, saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati... biarkan beliau (Altantuya) bersemadi dengan aman,” katanya,

Ditanya di mana beliau mengenali Altantuya, Abdul Razak berkata: “Ini melibatkan soal kematian, di mana saya jumpa dia itu tidak membawa apa-apa makna. Apa yang saya hendak beritahu ialah Najib tidak pernah jumpa wanita itu. Oleh itu, apa diperkatakan selain daripada itu adalah bohong semata-mata.”

Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.

Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam, 19 Oktober 2006, dan 1 pagi keesokannya.

Pada 14 November lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai barisan pendakwaan kes itu telah memutuskan tidak akan memfailkan rayuan atas pembebasan Abdul Razak kerana alasan hakim yang memutuskan kes itu telah pun membuat penemuan fakta dalam membebaskan Abdul Razak.

Mahkamah menetapkan 15 Januari tahun depan untuk mereka mengemukakan keterangan membela diri.


Kenyataan penuh Razak Baginda

IZINKAN saya pertama sekali merakamkan penghargaan saya kepada saudari/saudari sekalian di atas kehadiran saudara/saudari pada pagi ini. Saya juga ingin terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu saudara/ saudari sebelum ini.

Izinkan saya mulakan dengan mengucap syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Agung kerana adanya saya di sini hari ini, di antara saudara/saudari sebagai seorang yang bebas.

Saya telah menghabiskan selama 22 bulan di penjara dan dengan petunjuk Allah SWT jua, dengan keyakinan penuh bahawa saya tidak bersalah dan sokongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan karib yang telah membantu saya melalui apa yang boleh saya katakan sebagai satu tempoh yang sangat menekan, sangat menduga dan sangat menyedihkan sepanjang usia 48 tahun saya.

Kata-kata tidak akan mampu menggambarkan dan menyatakan penghargaan saya yang amat mendalam terhadap keluarga saya yang telah bersama-sama saya mengharungi waktu yang sangat mencabar ini. Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga yang memberi saya kekuatan.

Setiap hari Sabtu tanpa gagal, keluarga saya akan datang melawat saya semasa tempoh lawatan mingguan. Sejumlah lebih 100 kali mereka datang melawat dan lawatan mereka adalah kemuncak dari seminggu saya. Sungguh, saya sangat bertuah.

Mungkin lumrah manusia apabila seseorang di dalam kesusahan, ramai yang menjauhkan diri. Saya telah menjangkakan ini dan tepat sekali, lumrah manusia ini tidak pernah mungkir. Saya telah menyambut dua kali Hari Raya di dalam penjara. Sebelum di penjara, menjelang Hari Raya saya akan terima ratusan kad raya. Bagi dua tahun yang lepas, saya terima tidak lebih dari dua puluh keping kad.

Kepada mereka yang telah menghantar ucapan selamat kepada keluarga saya dan kepada yang segelintir yang pernah hadir di mahkamah, saya mengucapkan terima kasih. Kehadiran dan sokongan anda sangat bermakna kepada saya dan keluarga saya.

Terima kasih yang tidak terhingga dari saya kepada para peguam saya yang bukan sahaja telah bekerja keras di dalam kes saya tetapi juga telah datang melawat saya di penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, apabila askar ditawan sebagai tawanan perang, memang menjadi tugas mereka untuk melepaskan diri. Tentu sekali, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk melepaskan diri, bagaimanapun saya tetap terlepas kerana fikiran saya sentiasa bebas.

Zahirnya seseorang boleh dipenjara tetapi fikirannya tidak mungkin terpenjara. Keluarga saya, kawan karib, para peguam saya dan buku-buku saya telah membantu saya melepaskan diri, kerana fikiran saya tidak pernah terpenjara. Kepada saya, inilah pelepasan diri yang bermakna.

Ramai orang cenderung mempunyai tanggapan yang sempit dan negatif tentang penjara dan pihak penguasanya. Bagaimanapun, saya ingin menyatakan di sini, ia bukanlah satu tugas yang mudah dan umumnya saya dapati pihak penguasa penjara telah menunjukkan satu tahap profesionalisme yang tinggi. Penghargaan saya juga untuk mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada tahanan-tahanan lain. Mereka telah menolong saya melalui kehidupan di penjara yang antaranya, mereka menunjukkan kebaikan yang ikhlas kepada saya. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan semoga yang terbaik untuk mereka.

Pembohongan

Tidak ada perkataan yang mampu menyatakan dan menggambarkan kesengsaraan yang dilalui keluarga saya selama hampir dua tahun. Sejak saya ditahan dalam bulan November 2006, banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang.

Pembohongan dan tanggapan yang tidak berasas telah dijadikan asas yang kononnya dikatakan kebenaran. Kebenaran sebenar sudah tidak lagi menjadi penting. Seolah-olah tiada siapa yang berminat lagi untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Beberapa pihak telah membuat usaha yang bersepadu untuk memutarbelitkan kisah sebenar sehingga menjadi timbunan sampah sarap. Pembohongan cepat sekali memintas kebenaran. Seperti yang dikatakan Shakespeare dalam Henry IV, "Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya."

Saya akui saya sendiri merasa terperanjat menyaksikan bagaimana kes saya telah digembar-gemburkan sebegitu liar dan orang yang tidak tahu-menahu muncul di tengah persoalan dan berjaya memesongkan pandangan sedemikian ramai orang.

Ramai yang telah ikut serta dan terbawa dengan perbuatan yang tidak benar ini. Yang tidak bersalah menjadi mangsa sementara yang berdusta bermaharajalela. Orang ramai mudah diperdaya dan mereka percaya apa yang ingin mereka percaya, tanpa menghiraukan kebenaran.

Saya sedar akan adanya mereka yang sentiasa mencurigai dan memutar-belitkan segala apa yang saya katakan untuk meremeh dan menyalah tafsir kata-kata saya. Saya terperangkap dalam situasi 'dipersalahkan jika berbuat sesuatu dan dipersalahkan jika tidak berbuat sesuatu'.

Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi sebarang kenyataan kerana ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Kata mereka, apa pun yang saya katakan tiada bezanya kerana orang lebih suka dengan tafsiran mereka sendiri meskipun diceritakan yang sebenarnya. Walaupun setelah kisah yang sebenar muncul, orang-orang seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka sendiri. Seakan suatu yang tidak boleh dimenangkan.

Bagaimanapun, saya rasa jika saya tidak berani dan cuba melawan arus untuk menyatakan yang sebenarnya, saya hanya memejamkan mata dan malah membenarkan pembohongan berterusan. Saya akan cuba dengan rasa penuh tanggungjawab menegakkan kebenaran mengatasi kepalsuan. Bagi saya, mengambil sikap tidak peduli adalah tidak bertanggungjawab. Seperti kata Martin Luther, "Di sini saya berdiri, saya tidak dapat berbuat lebih, tolonglah saya Tuhan."

Ahli Media Sekalian,

Saya merayu kepada anda semua supaya berhenti menyebarkan fitnah tentang YAB Datuk Sri Mohd. Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Saya tahu bahawa Datuk Sri' dan isteri tidak pernah menemui si mati, Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada TPM dan isterinya.

Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran.

Saudara/saudari mungkin cukup mengerti perbicaraan kes masih berlangsung. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya tidak menyentuh secara khusus kes saya demi memelihara keluhuran perbicaraan tersebut.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT bagi membenarkan dan menguatkan lagi bukti yang saya tidak bersalah di mahkamah. Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan kesalahan kepada si mati. Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati ke atas kehilangan mereka.

Ribuan terima kasih di atas perhatian saudara/saudari.


Siapa naik pangkat?
Siapa turun pangkat?
Kenapa Razak Baginda perlu tampil membuat kenyataan ini? Di mana kebenaran pada pertanyaan kenapa perempuan Mongolia yang di bunuh dan badannya diletupkan setelah datang cuba berjumpa Razak Baginda tetapi Razak Baginda atidak mahu berjumpa dengannya?

Sandiwara apa ini?

Sistem Kehakiman dan Keadilan negara perlu diperbaiki. Bolehkah Perkasa perjuangkan ini untuk Orang Melayu, Kuda Kepang?

Kepada Allah Berserah

Badrulsyah said...

Orang tua ni tak tahu ke nak undur ? Kenapa dia asyik rosakan UMNO ?

TUN past baton kat dia, UMNO dalam keadaan baik sekali. Dia past baton kat DS Najib, UMNO dalam keadaan kucar-kacir. Apa nak jadi orang tua ni, undurlah secara hormat dan berhemat.

Suara Selangor

suararakyatselangor.blogspot.com

add said...

salam Suara selangor:
sama je dengar khir toyo tu. undur je dari bertanding ketua pemuda umno. Kalau dah tua, buat la cara tua (kalau muda tak kan makan "tempe" lebih-lebih)hingga nak sorok buka kedut tu.