Sunday, November 09, 2008

UMNO TIDAK AKAN BERJAYA JIKA PEMIMPINNYA TIDAK IKHLAS BERJUANG

KEPALA BATAS, 9 Nov (Bernama) - UMNO tidak akan menjadi sebuah parti yang berjaya dalam perjuangannya jika kepimpinannya tidak dibarisi oleh pemimpin yang ikhlas, berwibawa dan berintegriti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, UMNO tidak akan dapat mengecapi kemajuan dan menghadapi cabaran masa depan seperti yang diharapkan jika ada pemimpinnya yang tercemar integritinya, peribadi yang lemah dan tidak mempunyai hala tuju.

"UMNO tidak akan menikmati kejayaan dalam perjuangannya jika pemimpinnya terdiri daripada orang tidak ikhlas berjuang, integritinya dicurigai dan peribadi yang lemah.

"Apa yang kita perlukan ialah kepimpinan yang bertanggungjawab, boleh mengelola dan menguruskan parti supaya ia menjadi lebih kuat dan maju," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di sini, Ahad.

Oleh itu, beliau menasihatkan anggota parti supaya membuat pilihan dengan berhemah dan tidak hanya memilih pemimpin untuk mengisi jawatan tertentu di peringkat nasional.

Abdullah, yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata, semua anggota parti perlu menyedari bahawa pemilihan pucuk pimpinan bukan setakat mengisi jawatan tertentu malahan lebih penting lagi memacu parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Pemilihan ini bukan setakat untuk kemenangan diri bagi calon yang bertanding atau rakan-rakan mereka tetapi UMNO mahu mencari kemenangan untuk parti secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata, mereka yang menjadi perwakilan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan calon yang dipilih mempunyai nilai-nilai yang diperlukan untuk menerajui parti itu.

"Kalau ini berlaku, semua akan jadi baik. Baik UMNO maka baiklah rakyat Malaysia kerana UMNO memperjuangkan semua rakyat berbilang bangsa,"katanya. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=370373

Nota: UMNO mutakhir dalam keadaan lemah dan terumbang-ambing. Apa komen anda semua mengenai hal ini? – Ruhanie Ahmad

23 comments:

Hamizi said...

ketam mengajar anak berjalan lurus

Jed Yoong said...

Datuk,

Hi. Hope you got your nominations without bertabur2 Agong.
Anyway, what is our dear PM talking about?
KJ won the REMBAU nomination via super gangsta style.
But KJ habis-lah if Isa comes back? Is it true?
UMNO has to streamline pemilihan with some meritocracy, "money politics"/donations are hard to curb as politicians need funds too but should be made transparent, and parachutists like KJ shouldn't be able to buy top posts like UMNO Youth dep chief as this is also a matter of national security if not so easy to influence elections, plant ppl, etc....
Sekian.

add said...

merenung kepada perenggan pertama :
kesimpulan yang boleh dibuat dari kata-kata tersebut ialah:
1.Pak lah jangan lah berkata demikian kerana, kata-kata itu adalah ditujukan kepada beliau sendiri.
2.Kalau benar dan ikhlas Pak lah ingin membantu parti umno menjadi Gah dipersada "Tanahair"ini seharusnya beliau memaklumkan /menghalang agar menantu beliau Khairy Jamaluddin tarik diri dari merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac ini.
3.Musnahkan para pnyokong KJ di peringkat semua bahagian yang menyokong beliau (KJ).
wassalam.

Syeikh Akram said...

Salam Dato'.

Saya usulkan dibubarkan sahaja UMNO. bazir wang rakyat sahaja. Usah dituding pada pemimpin, AJK2 cawangan ke bahagian or even ahli biasa pun dah rosak busuk mengalahkan bangkai dek rasuah sana sini.
Semua tahu betapa teruk dan seriusnya masalah rasuah UMNO. Dato sendiri jangan tipu diri sendiri Dato. Hidup dalam denial untuk UMNO yang sudah lama mati, apakah memberi keuntungan pada negara? Isu rasuah - jangankan orang luar, even ahli UMNO sendiri mengakuinya. So apa nak dikato jang? Masih mengaku pejuang bangsa? geli sungguh!

Usah diprovok la issue remeh seperti issue bahasa, ketuanan melayu, raja melayu etc semata2 nak menunjukkan UMNO masih relevan. Semua tu hanya kini dipandang sinis oleh masyarakat...kerana kita tahu - UMNO hanya wujud untuk mengisi perut masing2 dan penuhkan kocek dengan $$ sahaja.

Bubarkan sahaja UMNO. berjuang secara ikhlas atas stand yg baru - atas nama Islam yg sebenar & Bangsa Melayu demi rakyat berbilang bangsa. I rest my case.

add said...

saya tidak nampak UMNO perlu dibubarkan kerana dengan adanya UMNO lah selama lebih 50 tahun memerintah Malaysia, semua rakyat hidup dalam keadaan selesa dan aman damai.Apabila UMNO lenyap maka lenyaplah orang Melayu sebagaimana lenyapnya orang melayu di singapura dan thailand. Kalau nak menhgarapkan PAS,PKR mereka ini hanya tahu memenuhkan kantung sendiri dan menaikkan diri sendiri sehingga sanggup mengadaikan bangsa sendiri demi pangkat dan darjat.
Ingatlah kita sebenarnya berada dalam zon selesa. Ini sebabnya kita boleh bercakap apa saja berkaitan dengan kerajaan memerintah dari perkara buruk sehinggalah perkara yang baik.
Seharusnya kita kena renugkan balik mengapa pendatang asing dimalaysia sekarang ini lebih ramai dari kaum ketiga terbesar di negara ini???? kerana kerajaan yang stabil dan memberiakn segala keperluan berdasarkan keputusan konsensus.
wassallam.

nawawidahalan said...

Salam Datuk,

Manusia kejadian Tuhan. Tuhan jadikan manusia sempurna bahkan dengan peraturan dan adabnya sekali untuk menikmati hidup yang aman makmur dan bahagia.

UMNO telah Tuhan berikan peluang melalui semangat bangsa untuk memelihara Islam. Tetapi apa yang berlaku adalah orang UMNO kian melupakan Tuhan dan menjadikan Islam sebagai alat untuk mengaut keuntungan dunia dengan macam2 cara.

Sebenarnya bukan sahaja UMNO malah semua sistem ciptaan otak manusia sedang menerjah gaung kehancuran. Sistem politik, ekonomi dan sosial dunia semakin hacur dan kian lebur. Ini petanda Tuhan akan gilirkan dengan kemenangan agamaNya melalui perjuangan kebenaran.

Ini janji Tuhan. Jika janji Tuhan mengenai kemenangan Islam di dunia pun sukar nak yakin apakah benar kita yakin dengan janji Tuhan di Akhirat yang belum nampak dengan mata kepala kita. Inilah Iman umat Islam akhir zaman yang masih prejudis dengan janji Tuhan terhadap kemenangan Islam.

Kemenangan Islam bukan melalui sistem politik Barat. Parti-parti yang kononnya berjuang Islam itu semua karut dan mengarut sahaja.

Datuk belum terlambat untuk mengkaji dan mendalami perihal kebangkita Islam yang semakin terbukti. Silakan Datuk, moga bertemu kebenaran yang dicari.

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Rupinin said...

Politik wang memang susah dibanteras

abunawas said...

Many tend to think that when he lead BN to win so convincingly in 2004, he would cleaned up UMNO paricularly his cabinet.....dengan orang-orang yang mempunyai credibility yang tidak atau kurang dipersoalkan. He did not do that for reasons only he himself know. But many say that dalam parti politik yang panglima-panglimanya serta kebanyakkan penerajunya disekian pelusuk tidak menjadikan dasar-dasar yang Islamic serta tidak menjadikan matlamat yang Islamic dengan jelas dan kehidupan peribadinya tdak mempunyai sejarah yang melambangkan keperibadian tinggi seorang Islam, maka bertolak ansur dengan dan memberi ruang kepada orang-orang yang credibilitynya rendah dan dicurugai akan mengundang bala. Islam Hadhari Pak Lah sukar hinggap di mulut mereka, apa lagi minda dan sanubari mereka.

Modal insan, sesuatu yang baik sukar direalisasikan dengan kebobrokan credibility ramai panglima-panglima parti. Sebagai orang lama yang duduk bukan sebagai akar dan berkeliaran di atas, pastinya Dato lebih 'arif. We can be pretentious to others but we can never beat our knowledge and conscience.

Bila BN menang macam 2004 semua muka-muka ni attribute the win tu Pak Lah....ni buday bodek yang dah lama ketara. After that these people did not behave and did not live up to the voters' aspiration.

When BN suffered major set back in the last election, sekonyong-konyong panglima-panglima itu menuding jari....ni budaya tidak ada collective responsibility and honesty dalam perjuangan.Ni macam cerita perihal orang-orang munafik dalam sejarah atau amthal yang diperingatkan dalam Quran. Masa nak berjuang berpura-pura sokong, kalau menang dia yang kuat mendabik dada, kalau kalah dia yang menuding jari.

Actually with the behaviour of most of them and in an environment that was the fairest of all elections since many years, the result was nothing to be surprised off. Then again one must remember, BN still won. One could also blame the result on the bad images of a number of personalities who have been the subject of attack of the opposition's campaign. These personalities were burden to BN and UMNO......mungkin kalau mereka tak jadi bahan, the result could be better. The post mortem admitted that ARROGANCE also part of the main reasons.....takkan Pak Lah seorang yang arrogant.

Bottom line, it is perhaps true to say that it was a convenient time to push him aside and a chance to climb up and grab the power faster. Be a good opportunist is part of political game.....and one of the safest way.

Then came all the confession and support on the 2010 transition and then you know what. Keseluruhannya semua seperti menanggok di air keruh. Itu pun sama-sama saling selak pekong lawan. Little that they realise that orang tengok yang mereka selak adalah pekong UMNO dan orang-orang yang memimpin UMNO.

What the people see in the built up to Macrh 2009 is nothing more than a non-repentive UMNO.....satu sikap UMNO yang tidak melambangkan kesedaran perlunya menghentikan sikap dan budaya buruk yang menular dan berakar dalam parti.

If in the US the long period for predidency campaign allow the aspirants to show their respectvie credibility and substance, here is the other way round. Instead of showing the best behaviour, mereka sibok dengan politik wang.

A sad thing that have happened to a party that was well respected one upon a time.

Syeikh Akram said...

Maaf Dato', izinkan saya mencelah secara lebih kritis lagi.

"Apabila UMNO lenyap maka lenyapla orang Melayu"... betul ke kenyataan sahabat kita di atas?

Maaf tapi bagi saya sungguh rendah dan daif mentaliti mereka2 orang melayu yg berpendapat begitu!

Jangan disentub bab politik or Amal Islam, saya ingin tahu apakah politik wang dan rasuah itu budaya Melayu sebenar?? Tengok apa yang berlaku dalam politik amal harian Umno hari ini. Hari-hari dikaitkan dengan rasuah. Pemimpin Umno pulak sampai ada bergadai bergolak nak dapatkan sumber wang agar terjamin & dipilih dalam mesyuarat cawangan dan bahagian. Belum masuk bab pimpinan tertinggi UMNO lg...dari mana datang agaknye beribu-ribu lemon sumber nya!

Orang beginikah boleh diharap IKHLAS untuk memartabatkan Melayu? Untuk menjual melayu adalaaa...

Saya suka sekali meminjam ayat sahabat Dato, Tuan Hj MSO :
"Kehilangan Umno tidak bermakna Melayu akan hilang, itu hanya mitos orang-orang yang bebal saja!"

abunawas said...

UMNO dalam keadaan lemah dan terumbang-ambing???

Let us borrow the words of Ali r.a
.....para sahabat bertanya ...ya Ali kenapa zaman kamu ni celaru...tak macam zaman Abu Bakar, Umar dan Othman? Beliau menjawab....dizaman mereka, mereka mempunyai orang2 seperti aku. Di zaman ku, aku mempunyai orang-orang seperti kamu.

Just look around and see the personalities in UMNO sekarang....its not difficult at all to comprehend.

Perhaps now is the case of the pot calling the kettle black and out he goes.

ChengHo said...

Rasuah Politik Umno ini sudah terlalu parah saperi barah yg telah memakan setiap inci badan . persoalan nya apakah tindakan PakLah untuk meninggalkan legacy beliau .
Langkah dan pengurbanan terbaik adalah menyerahkan transisi presiden Umno dan perdana menteri kpd Najib defacto presiden dan pm secepat mungkin , march 2009 terlalu lama macam macam perkara bolih jadi. Najib terlalu hormat pada PakLah beliau tidak akan mengstruktur gaya dan polisi Paklah yg memerlukan perubahan yg drastik didalam suasana politik dan ekonomi dunia hari ini.
Kabinet perlu dirombak secepat mungkin meritokrasi misti dilaksanakan tahun ini juga. march 2009 masih terlalu jauh lagi masa tidak menanti siapa siapa.
Do it for the nation.

add said...

sekarang ini kaum lain mminta apa saja demi kepentingan mereka kerana UMNO lemah. Ini baru UMNO lemah !!!!!. Apa yang dibuat oleh parti lain yang sekaum dengan UMNO??? apa perjuangan mereka terhadap kaum sendiri (melayu) .pendirian dan perjuangan parti ini tiada yang diperjuangkan sebaliknya mengiayakan apa sahaja yang dicadangkan oleh pakatan -pakatan mereka "janji aku ada kedudukan sudah la". Lebih baik jadi YB Ibrahim Ali demi maruah melayu sanggup segala-galanya...
Kalau kaum bukan melayu boleh bersatu demi kaum tanpa mengira parti politik, maka bila kita UMNO.PAS.PKR boleh bergabung memperjuangkan orang melayu secara adil bedasarkan perlembagaan persekutuan????? lebih baik berpelukan dengan bukan seagama dan sebangsa janji aku ada kuasa...

Mohd Afnan said...

Dalam mana-mana perjuangan sekalipun, keikhlasan perlu ada supaya apa yang diperjuangkan mendapat berkat dan rahmat. Jangan berjuang semata-mata kerana kedudukan dan pangkat kerana ia boleh merosakkan kemurnian perjuangan yang hakiki...

youth attack said...

apa yang dikatakan Pak Lah ada benarnya.tapi kalau kita perasan apa yang Abdullah kata macam dituju kepada seseorang.

"Beliau berkata, UMNO tidak akan dapat mengecapi kemajuan dan menghadapi cabaran masa depan seperti yang diharapkan jika ada pemimpinnya yang tercemar integritinya, peribadi yang lemah dan tidak mempunyai hala tuju.".

kita semua tahu yang Najib sedang berhadapan dengan pelbagai skandal sehinggakan Pak Lah juga tersangkut sikit dalam salah satu skandal berkaitan Najib (eurocopter).Najib pula senang naik sebab dia anak Tun Abdul Razak dan jika sesorang itu senang naik maka potensinya masih belum diuji pada tahap maksima.

jadi adakah boleh kita simpulkan perenggan berikut dituju kepada Najib?

itu cuma spekulasi saya saja.anda pula bagaimana? :)

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Orang MELAYU lemah kerana perjuangan UMNO lari dari landasan sebenar.

Orang MELAYU mundur kerana memilih pemimpin dalam UMNO yang mengkianati perjuangan untuk memertabatkan bangsa.

ORANG MELAYU LEMAH DAN MUNDUR KERANA MELETAKKAN HANYA UMNO SAHAJA YANG BERJUANG UNTUK BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

HANYA MEREKA YANG MENYOKONG UMNO SAHAJA YANG TERLALU JUMUD DAN KARAT WALAUPUN DI TIPU OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA.

BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA...BIARKAN...BIARKAN....

samat moain said...

Soalan saya : Masih adakah mereka2 yang berjuang mendapat tempat dan kuasa didalam UMNO pada ketika ini, benar-benar berbuat demikian kerana Bangsa Melayu dan Negara Malaysia? Kalau masih ada, mengapa wang menjadi pertaruhannya?

UMNO sebenarnya telah hancur kerana kumpulan-kumpulan yang tamak haloba mengejar pangakat dan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni2.

ahmad shah naing said...

Salam.

Apa kata kalau UMNO dan PAS buat 'exchange'? Presiden dan seluruh warga UMNO serentak keluar parti dan masuk PAS. Biarlah Pak Lah jadi imam sementara KJ jadi Bilalnya dan Najib pula jadi Khatibnya. Lepas tu pulak, YDP dan seluruh warga PAS keluar parti dan masuk UMNO. Tujuannya supaya ahli-ahli UMNO yang dah busuk dengan isu politik wang ini dapat 'dikuarantinkan' manakala ahli-ahli PAS pulak akan dapat menguji seteguhmana iman masing-masing bila dah punya kedudukan dan kuasa. Betulkah tiada berlaku rasuah dan politik wang lsgi?? Allahualam.

Hang Jebat said...

Datuk,

Meluat. Loya. Geli. Menyampah. Inilah antara rasa yang timbul dalam diri saya bila mendengar ucapan mantan PM (ooops! belum lagi) DS Pak Lah. Cakap tak serupa bikin! Cepat-cepatlah pindah dari istana di Putrajaya itu. Pergilah..pergilah..

A said...

Datuk Ron,

Sampai bila pemimpin dan orang Umno nak bercakap pasal ikhlas berjuang ni.
Eloklah pemimpin Umno baca banyak-banyak komen yang orang luar pemerhati cakap pasal mereka. Khusus juga menuju kepada sayap Wanitanya yang haru-biru sekarang ini contohnya ialah artikel yang ditulis oleh Baki Minuddin di Malaysiakini bertarikh 14 Nov. 2008.

Berkaitan ucapan Pak Lah ni, saya ulang semula komen saya terdahulu didalam blog ini berkenaan wawancara Datuk di astro awani tempoh hari.

Datuk, saya sebagai ahli biasa Umno cadangkan agar Datuk bersama-sama orang Umno lain yang sependapat supaya memulakan satu reformasi dalaman Umno secara drastik. Kalau nak diikut cara pemilihan tahun depan, nampaknya orang macam Datuk tak menang-lah. Kalau menang pun, Datuk seorang saja atau seorang dua lagi. Cukupke jumlah tu nak lawan geng yang lain yang lebih ramai tu.

Melihatkan kedudukan Umno sekarang, saya setuju dengan penulis komen disini yang rata-rata tak yakin Umno itu boleh berubah kepada yang lebih baik dan lebih bersih dari sekarang.

Elok rasanya Datuk jemput YBM Ku Li untuk sama-sama merubah Umno ni. Sekurang-kurangnya beliau bercakap tentang nak merubah sistem pemilihan Umno itu dan merubah sistem ekonomi ala DEB itu kepada yang lebih baik penggunaannya.

Saya dah habis perkataan Datuk cara bagaimana nak bagi elok Umno ni. Dah cakap dan bagi idea dah kepada mereka yang berkenaan. Tak berkesan. Ye-lah siapa kita seumpama melukut ditepi gantang saja. Kalau lebih cakap sikit nanti dikata nak pegang jawatan dan nak tunjuk pandai. Begitulah cara Umno.

Selamat maju jaya Kepada Datuk dan rakan-rakan didalam perjuangan Umno ini.

tombak karat said...

Dato'

satu sahaja persoalan yang ingin saya tujukan dan jawablah secara jujur. Adakah mungkin UMNO boleh dipulihkan jika ia masih diterajui oleh orang-orang yang dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat atas terlibat secara lansung atau tak lansung dengan rasuah politik dan penyalahgunaan kuasa. Tengku Ahmad Rhitauddin sendiri mengakui bahawa pemilihan kali ini adalah yang terburuk dari segi aduan rasuah politik. Dengan ratusan aduan yang dikemukakan, timbul dibenak adakah lagi pemimpin yang benar-benar bersih dalam UMNO.Kalau hendak diambilkira ulasan para pemimpin tentang perlunya rasuah politik ini dihapuskan dsb,sejauh mana mereka ikhlas atau hanya untuk menonjolkan kebaikan diri sendiri? Bagaimana UMNO hendak dibersihkan jika ia diterajui oleh orang-orang yang menjadikan politik sebagai tempat cari makan? masuk angin keluar asap.

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Macam mana kalau pemimpinnya UMNO ikhlas tapi tiada ilmu?

Pemimpin dangkal atau cetek ilmu: itu sebabnya UMNO terumbang ambing.

Nampak kilat
ada cahaya
mereka berjalan.

Gelap semula berhenti
kilat tiada menyambar

di kala mati
tiada lagi
boleh menolong
ketakutan menghantui

Kepada Allah Berserah

Jejakasuci said...

To sheik Ikram

Saya rasa saudara marahkan nyamuk kelambu disuruh bakar. Saudara memang benci dengan UMNO begitu juga dengan ramai orang sekarang termasuk saya tapi tak tergamak saya nak hapuskan parti yang dah bagi banyak kebaikan kepada bangsa melayu.Saya juga tak nampak lagi pihak mana yang akan memperjuangakan nasib bangsa Melayu . PAS memang tak boleh harap dan dah meninggalkan perjuangan asalnya demi berkuasa. Mereka juga berkawan dengan kafirun demi benci kepada Melayu Islam UMNO dan sanggup gadai maruah Islam demi kepentingan nak berkuasa. PKR pula mana nak perjuang Melayu mereka berlatarbelakangkan sosialis yang memperjuangkan kesamarataan. Siapa yang ada lagi.

Saudara cuba baca, analisis dan buat kajian sedikit bagaimana bangsa yang dominan menjadi merempat dinegara sendiri terutama negara Islam.Cuba kaji uzbekistan yang dah 17 tahun merdeka dimana Islam dan bangsa uzbek itu. Mengapakah negara ini jadi begini beragama Islam tetapi tidak mampu untuk menzahirkan Islamnya seperti negara kita sekarang. Puncanya mudah saja kerana ramai orang berpikiran sempit, mudah dan melulu serta tak pikir panjang macam saudara sheik ni wujud di negara berkenaan.Kalau ramai lagi puak macam ini di negara kita sekarang maka insyaallah kita akan bergerak kearah itu.

Syeikh Akram said...

To Jejakasuci, terima kasih atas teguran. Saya tak marah pun...tapi sedih dan kecewa. Sedih kerana saudara memandang dengan mata kepala bukan mata hati. Usah disebut nama Parti lain, muhasabah parti bernama UMNO itu dahulu... saya yakin ini yang dipinta oleh Dato Ron sendiri...muhasabah & perbetulkan lah (jika saudara rasa boleh)

Cukupkah Islam setakat dizahirkan pada luaran & kulitnya sahaja? Politik wang & rasuah yang teruk melanda UMNO kini, itu jaga maruah Islam kah? Bagaimana pula perjuangan UMNO sndiri? Masihkah saudara yakin UMNO & pimpinan nya di landasan perjuangan sebenar sebagaimana UMNO yang mula2 dipelopori oleh ayanhanda Tunku Abd Rahman, Tun Razak, & Tun Hussien Onn ? Masihkah? Ikhlas kah? ISLAM kah? boleh dipercayai kah? Tepuk dada tanya iman...