Monday, November 17, 2008

MUHYIDDIN PENCETUS MASALAH DALAM UMNO?

Ruhanie Ahmad

Pada Sabtu 15 November 2009, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, dipetik oleh sebuah akhbar Inggeris tempatan sebagai mengatakan bahawa UMNO sedang sakit.

Pada hari Ahad 16 November 2009, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, walaupun tanpa merujuk secara spesifik kepada UMNO, mencadangkan supaya politik Melayu diperkukuhkan.

Begitulah hakikatnya. UMNO memang sedang sakit. UMNO juga mesti diperkukuh serta diperkasakan dengan seberapa segera, khususnya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mewarisi kepimpinan UMNO dan negara, serta barisan kepimpinan baru yang akan bersamanya kelak.

Salah satu bukti UMNO memang sedang sakit adalah keputusan bahawa tempoh kempen bagi pertandingan untuk semua jawatan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia kali ini diadakan dalam tempoh lima bulan lamanya.

Keputusan ini adalah tidak bijaksana. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Banyak pihak dalam UMNO menyifatkannya sebagai sesuatu yang pasti akan menyebabkan UMNO dilanda krisis rasuah politik yang paling dahsyat dalam sejarah perjuangannya.

Majlis Tertinggi

Tetapi, Majlis Tertinggi UMNO dikatakan hanya membiarkan keputusan itu diteruskan kerana dipercayai tidak mahu menyinggung perasaan serta mengecilkan hati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO. Ini kerana keputusan mengenai tempoh kempen itu dikatakan wujud daripada kehendak Abdullah sendiri.

Pada waktu yang sama, adalah difahamkan bahawa Majlis Tertinggi UMNO bertindak sedemikian kerana kebelakangan ini sesiapa sahaja yang cuba menyanggah keputusan mengenai tempoh berkempen ini akan dilabelkan sebagai “trouble maker” atau “pencetus masalah” dalam UMNO.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara salah seorang pemimpin UMNO yang kini dipercayai dilabelkan oleh pihak yang rapat dengan Abdullah sebagai “pencetus masalah”.

Muhyiddin dilabelkan begitu kerana Muhyiddin sebelum ini lantang menyalurkan suara warga UMNO akar umbi supaya proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dipercepatkan daripada Jun 2009 kepada Mac 2009.

Blogger Politica menghuraikan soal ini dalam posting terbarunya di http://politica-net.blogspot.com/. Blogger ini juga mengatakan bahawa salah seorang Setiausaha Politik Abdullah juga pernah berkata bahawa Muhyiddin mungkin disingkirkan daripada kabinet bila Abdullah melakukan rombakan tidak lama lagi.

Singkirkan Muhyiddin?

Kata Politica, dakwaan beliau ini bukannya fitnah. Bagaimanapun, saya yakin Abdullah tidak akan menyingkirkan Muhyiddin menerusi rombakan kabinet yang diura-urakan. Pastinya Najib juga tidak akan mengizinkan perkara ini daripada terjadi.

Ramai warga UMNO yang tahu mengenai perkembangan ini. Mereka kesal kerana Muhyiddin yang selama ini menyuarakan aspirasi dan kehendak akar umbi untuk menyelamatkan UMNO kini dilabelkan sedemikian rupa dan mungkin disingkirkan daripada kabinet.

Warga UMNO akar umbi juga mendakwa bahawa kini wujud elemen-elemen tertentu yang sedang menghasut para penyokong Najib supaya tidak memilih Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Alasan mereka ialah: Muhyiddin yang dilabelkan oleh kelompok Abdullah kononnya sebagai “pencetus masalah” atau “trouble-maker” akan hanya menimbulkan masalah kepada Najib.

Bagaimanapun, apa yang ditegaskan oleh Setiausaha Politik Abdullah seperti yang ditegaskan oleh Politica ini adalah bercanggah dengan kenyataan Abdullah yang secara hitam putih menegaskan bahawa beliau memendekkan tempoh peralihan kuasa atas perkiraan serta kehendaknya sendiri.

Pendekkan Kempen

Oleh itu, sama ada kata-kata Blogger Politica ini benar atau sebaliknya, satu perkara yang mesti dilakukan oleh Abdullah dengan seberapa segera pada hari ini ialah memendekkan proses kempen bagi seluruh jawatan tertinggi UMNO. Adalah elok jika pemilihan parti dan Perhimpunan Agung UMNO diadakan pada tarikh yang dijadualkan sebelum ini – pada akhir Disember 2008.

Maka, demi UMNO, agama, bangsa dan tanahair, Abdullah perlu insaf bahawa tempoh berkempen bagi seluruh jawatan tertinggi parti yang amat panjang kali ini hanya akan menyebabkan UMNO jadi sakit lebih tenat.

Pastinya sebilangan besar warga UMNO akan mendukung dan menyokong Abdullah memendekkan tempoh kempen ini. Oleh itu, tak payahlah ditunggu mana-mana “pencetus masalah” untuk mendesak Abdullah membuat keputusan memendekkan tempoh kempen ini.

Maka, wajarlah Abdullah memimpin Majlis Tertinggi UMNO ke arah membuat keputusan di atas secara sukarela dan dengan seberapa segera.

28 comments:

Berita dari gunung said...

Mana boleh kita dapatkan analisa rasmi dari ibupejabat UMNO terhadap prestasi UMNO dan BN dalam PRU12 baru-baru ini?

Masalah mungkin ada dalam itu. Bukan Muhyiddin.

Pada pandangan ramai, masalah mula tercetus bila media perdana hari demi hari mewujudkan kesangsian terhadap jentera kerajaan, dan pemimpin-pemimpin.

Dengan secara tidak sengaja, dalam waktu itu juga Abdullah mempamirkan dirinya sebagai flip-flop. Malangnya, semua itu ditonjol sedikit demi sedikit oleh media perdana, hingga tidak disedari oleh strategist Abdullah.

Rakyat hanya baca dan tonton apa yang ada dalam media perdana. So?

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Hairan Wal Takjub
(budget bertaburan hancus)

Bulan March Abdullah serah jawatan
Perdana Menteri kepada Presiden UMNO yang baru - atas perkenan Tuanku payung negara mahunya.

Maka lojiknya, nasib Muhyiddin terserah kepada siapa? Kenapa masih tiada 'endorsement' dari Pekan ke Paguh, Kuda Kepang?

Atau masih tidak pasti Abdullah lepaskan jawatan Perdana Menteri?

Adakah kelembapan ekonomi merumitkan keadaan politik UMNO, BN dan nasional?


Kepada Allah Berserah

azizah said...

mula bosan dengan umno.

add said...

Kepada penyokong Pak lah ,berpijaklah dibumi yang nyata,berfikirlah macam kaum lain berfikir bila berpolitik. Kita boleh berpolitik yang berlainan parti dan pendapat tetapi kalau bagi mengukuhkan Melayu dan UMNO buat lah seperti kaum bukan melayu berfikir . Ketepikan kerugian projek sejenak cuba kita fikir tentang perpaduan ummah melayu seperti slogan umno "dulu kini dan selamanya" Dengarlah cakap Muhyiddin memanglah dari satu sudut,beliau nampak macam menganggu proses pentadbiran Pak lah tetapi kalau mentadbir atas nama sahaja tetapi pada hakikatnya orang lain yang buat keputusan buat apa? baik lepas je jawatan makan pencen dan dok diam-diam je.

Kita orang melayu jadilah Mc Cain yang tewas pada Obama. Sebaik sahaja tewas, terus menyeru pada rakyat negara mereka agar bersatu dan membangunkan negara agar lebih cemerlang. Bukan macam "kaki bontot PKR" tak dapat ikut belakang pergi cari "gambir sarawak" la pulak.
Kepada pentadbiran pak lah jangan dipancung anak pak yassin ni, buruk padahnye pada UMNO .kalau nak pancung, pancung je menantu "hantu awak tu" je.. sekarang ni berleluasa gambar KJ dengan betina dan arak ...whats yr cmnt.

MANTRA said...

Salam Dato'

Tan Sri Muhyiddin Yassin - pencetus masalah kerana menyuarakan pandangan akar umbi?

TSMY bukan saja dilabel tetapi telah dizahirkan oleh Pak Lah ke seluruh negara... Bagi saya, Pak Lah telah mengaibkan UMNO secara langsung dengan pendedahan ini. Adakah Pak Lah seorang yang pendendam?

On what ground Pak Lah will eliminate TSMY? Please stop Pak Lah from damaging UMNO further or the rakyat will do so...

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Saya rasa kalau Muhyiddin di singkirkan dari kabinet kita akan menghadapi masalah baru pula. Muhyiddin pun ramai penyokong. Penyokong beliau bukan bodoh.

http://c-bok.blogspot.com

zeme said...

Salam Datuk,

Dari segi pengamatan dan pemerhatian, saya melihat UMNO kini dalam dilema dan mengalami "identity crisis" yang cukup hebat, krisis identiti untuk membina semula identiti perjuangan yang asal pada abad yang baru.

Bila tercetus krisis identiti yang agak radikal antara ahli-ahli yang memegang asas perjuangan tulen, ahli-ahli yang mencari asal usul asas perjuangan dan ahli-ahli yang mencari peluang dari perjuangan maka mencetuskan hilang kepercayaan sesama sendiri dengan menolak mereka yang berkaliber, mengangkat mereka yang tiada identiti untuk mendokong dan melaksanakan asas perjuangan yang sebenarnya.

Ahli-ahli UMNO pada abad kini terlalu taksub mengejar identiti baru tanpa menghiraukan asas identiti yang telah dibina sekian lama, merubah secara total dengan agak drastik oleh kerana mengejar peluang pada perjuangan bukan untuk mendokong perjuangan itu sendiri.

Krisis identiti ini yang sebenarnya menjadi pencetus permasalahan dalam UMNO selagi ahli-ahli UMNO bersikap tercari-cari indentiti sebenar dan matlamat untuk apa dan mengapa mereka bersama UMNO, mendokong perjuangan atau sekadar mengharap pulangan.

Wasalam.

merantikota said...

Dato Ron,

Apa perkembangan Wacana Perkasa?

Nak tahu juga apa Resolusi!

Terima Kasih.

Mas Manja said...

Dato Ron
I am back!
Bagi saya tak hairan kalau tempuh kempen UMNO panjang semasa zaman Pak Lah ni. Masa saya di Shah Alam kami menghadiri kursus pilihanraya 2 tahun lebih awal dari tarikh pilihanraya umum. Jadi, bayangkan UMNO berkempen selama 2 tahun, tak ada kerja lain. Tapi prestasi buruk dan kehilangan banyak negeri!

Pak Lah layak dapat tittle BAPA POLITIKING MELAYU sebab kerja dia tak ada lain, main politik dan membelakangkan pembangunan sosial dan ekonomi. Malang bagi Malaysia memilih graduan pengajian islam yang tak ada tokoh sebagai PM.

ChengHo said...

UMNO memerlukan satu lagi pengorbanan dari PakLah iaitu mempercepatkan pemilihan UMNO bukannya march 2009 .
Perkara yg tersangat penting sekarang ini adalah kemorosotan ekonomi dunia yg akan menghakis pertumbuhan ekonomi Malaysia dan ini akan memberi kesan yg amat buruk kepada kuasa ekonomi Melayu .
Politik PRU 13 tidak diambil perhatian yg teliti .Akan ada 6 juta penggundi baru dan 2 juta darinya adalah mereka mereka yg berumur 30 tahun kebawah. Generasi ini adalah generasi yg internet savy yg terdedah kpd teknologi maklumat . Tiada kedengaran dari UMNO strategi untuk menjadikan gulungan ini sebagai penyokong BN kerana keselurahan tenaga UMNO sebuk dgn pemilihan UMNO.
Masa depan akan menjadi gelap jika menang sorak kampung tergadai.

wira said...

Kesian Datuk Ron, akses streamyx internet putus. Inilah namanya perkhidmatan yang diberi tidak berkualiti dan memang penyedia akses internet tidak menjaminkan perkhidmatan yang kualiti.

Berbalik kepada Umno sakit. Memang Umno jatuh sakit apabila keputusan PRU12 yang menyakitkan. Umno sebagai disengat beberapa tebuan besar semasa PRU12 dan yang paling menyakitkan semua pihak terutama akar umbi, the so-call pemimpin-pemimpin langsung tidak mahu tawadhuk mengaku bersalah supaya ahli-ahli lain yang benar-benar baik dapat menabur jasa mereka untuk memulihkan semangat Umno dan terus dijunjung oleh akar umbi.

Jika ini berlaku, pemimpin bercakar antara mereka seperti yang berlaku selama 50 tahun yang berlalu, maka benarlah persepsi orang ramai Umno tidak lama lagi akan menjadi tidak relevan.

Walau apa pun biar apa pun tatacara, jika Umno perlu perubahan, inilah masa yang memang sangat sesuai diuruskan perubahannya. Berhijrahlah sahabat-sahabat didalam Umno. Carilah dan pilihlah orang yang memang boleh diharapkan membawa perubahan.

PRU13 adalah gerbang terakhir didalam perjalanan Umno. Berubahlah. Wahai pemimpin jadilah orang yang beriman yang disegani oleh semua akar umbi.

wanbaki said...

Dato',
Cuba tanya orang UMNO yang sokong pembangkang masa PRU12?

Mereka sebenarnya benci kepada KJ. Dan ada yang benci kepada Pak Lah sendiri. Apa tindakan UMNO keatas individu ini? Jawapan nya mencalonkan untuk jawatan yang lebih tinggi iaitu Ketua Pemuda. Lagi lah hancur. Tunggu dan lihat.......

bahtar mujid said...

Salam,
Saya Hairan kenapa ahli UMNO drp president hingga kebawah jadi bagini. tidak bolih menerima teguran dan perubahan . Bila ada satu isu ditimbulkan ada akan bersuara dan dapat sokongan..bila Melayu dan parti nak maju???

Sekarang Najib dah menang tanpa bertanding dan dia iah president, (Dollah hanya ketua bahagian) dan sepatutnya berkuasa pada segala hal parti....adakah kerana ada pula yang nak jatuhkan najib???

Ini lah...tapi kalau melayu benar beragama islam atau saorang muslim..perkara ini tak mungkin berlaku ..rasa rasa semua ahli umno perlu bersyahadah semula dan benar benar bertakqwa...kpd ALLAH swt

Wassallam..

dumdum said...

Masalah orang politik main belakang sepatutnya merisaukan kita. Dari dulu kita tahu main belakang perangai yang ditegah tuhan tapi masih juga berlaku. Nasihat pertama, untuk ahli UMNO yang tahu orang yang suka main belakang, pernah main belakang dan sokong orang main belakang - jangan kita pilih atau dekati dia. Sebab takut ada jangkitan pada diri sendiri dan ini akan memusnahkan negara. Nasihat kedua, ahli UMNO yang cuba-cuba main belakang atau niat nak main belakang, hentikanlah kerana tuhan akan laknatkan anak cucunya. Disamping itu negara juga akan musnah kerana jangkitannya amat dasyat sekali.

Diharap masa kempen yang lama itu digunakan untuk menyatupadukan ummah Melayu. Terlalu ramai Melayu yang telah tersesat jalan diluar sana gara-gara terpedaya dengan hasutan untuk menjatuhkan UMNO walaupun secara terang-terangan maruah bangsa Melayu telah dipijak dihentam kiri kanan agar terus dimusnahkan. Pemimpin kumpulan ini memang lama diketahui suka main belakang sejak dulu lagi. Banyak yang kena tikam dari belakang, kiri, dan kanan tapi takut hendak bersuara. Maklum sajalah.

ae_zin said...

krisis identiti? umno & rasuah (so call politik wang) tak mungkin dipisahkan. rasanya pendek atau panjang masa berkempen bukan penghalang untuk rasuah terus berkembang dalam umno.
sepatutnya kepimpinan umno mencari formula terbaik untuk rakyat (khususnya Melayu - sebab kononnya umno memperjuangkan melayu) dan negara bagi menghadapi krisis ekonomi global. Bukan terus bercakaran mencari pengaruh, menggadai maruah semata-mata mendambakan pengaruh dan kedudukan serta habuan.
Sepatutnya mencari formula terbaik bagi mngembalikan kembali maruah yang tercalar kerana kekalahan dalam PRU lepas disamping mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap dasar yang dibentuk mencapai inspirasi dan matlamat rakyat.
Juga mensasarkan perancangan hadapan yang benar-benar ingin 'menjiwai' hasrat rakyat.

Disamping matlamat 'sebenar' diatas, umno juga selalu menyalahkan pihak lain jika matlamat mereka gagal, walhal kelemahan dan kebobrokan sistem yang mereka adakan adalah punca utama kegagalan.
Kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran contohnya; ternyata kemorosotan berlaku dikalangan umat Melayu (mungkin sahaja peratusan kelulusan meningkat jika tahap pencapaian atau gred markah diturunkan). Dan keputusan ini bukan diambil atau dicanangkan oleh pemimpin MIC atau MCA tapi oleh pendekar UMNO (yang begitu lantang kononnya memperjuangkan dan mempertahankan maruah dan mertabat Melayu). Umno masih ragu? Pergi sahaja ke sekolah berdekatan dan buat statistik sendiri......
Dan jika merasakan sesuatu itu gagal atau merugikan umat Melayu, bersegeralah mengakui kesilapan dan perbetulkan kesilapan... ini yang rakyat mahukan.

Tun Jeram said...

Salam,

Saya lebih berminat untuk mengetahui adakah Muhyiddin berpeluang menjadi Timbalan Presiden UMNO ataupun akan kecundang dalam pemilihan bulan Mac 2009 nanti?

Adakah Najib menunjukkan minat untuk menyokong Muhyiddin atau calon yang lain? Sekarang nampaknya belum pasti.

Jadi politik UMNO nampaknya memang berada dalam ketidaktentuan.

otoote said...

Salam Dato

Semasa Dollah menjadi PM, saya disoal, apa beza Pak Lah dan Dr M?
Saya bilang, Pak Lah Who? 8 bulan pertama mainstream 'toilet'papers BN dok tunjuk gambar Pak Lah cium tangan Bondanya (Allah yarhamha), bonda yang baik. Pak Lah pulak bahan perceritaannya adalah cucu Sheikh Abdullah Fahim.Atok yang berjasa. Bonda dan Atok,Bonda dan Atok....Mana ada cerita si Dollah tu sendiri??? Sapa Dollah? Apa achievementnya? Apa track recordnya?

Dr M pulak...tak ada orang tahu asal usulnya..hanya Mahathir Mohammad saja ceritanya. Sapa bondanya.Sapa atoknya?

Kesimpulan saya adalah
1. Dr M stands on his own 2 feet. Dollah pakai tongkat Bonda kiri tongkat Atok kanan untuk berdiri. Tu pon senget...kena pakai additives dan makjum budak2 tingkat 4 lagi.

2. Dr M sees Pak Lah as a tongkat buah put as PM hanya waiting for Najib to ripe. Cukup masa turun. Tapi tak pulak jadi gitu. Ada pulak tukang jack yang pi bisik kat Pak Lah, "Hang nih terer dan layak jadik PM. Awat laa hang dok pi dengaq Mamak Deq tuh. Jangan turun. Dia dah pencen nyanyok' Dr M pon silap jugak underestimate Dollah nih boleh makan jack gitu.

Tunku (Allahyarhamhu) dulu pon lembut juga orangnya. Tapi masa Tunku dulu baru lepas merdeka. Cina dan India baru dapat citizenship, tak le kurang ajar macam la ni. Sekarang nih kalu PM Melayu macam Dollah nih....semua benda nak bawak bincang....naik tocang le Cina dan India.

Tanda-tanda kekuasaan dan ekonomi Melayu lemah adalah pertandingan dalam UMNO tu sekarang. Saya melihat, economy pie Melayu makin kecil...jadi bila sikit mula berebut ( kalau banyak berebut juga ,itu bodoh namanya).....untuk berebut mesti pegang jawatan tinggi dalam UMNO...untuk pegang jawatan tinggi kena rasuah wang...Untuk rasuah mesti pakai duit.....untuk pakai duit mesti ada duit....untuk ada duit...mesti makan rasuah....

Eh eh Dato'... Saya masok roundabout pulak....rupa2 nya mereka yang merasuah politik ni...kesimpulannya adalah pemakan rasuah pulak sebab tak pernah dengar pon mereka2 ni berniaga besar macam Ananda Krishnan ka...Vincent Tan ka...Syed Mokhtar ka untuk ada berpuluh juta yang diperlukan untuk pencalonan baru tu... Yang untuk Mac nih entah le berapa juta dinar (matawang Islam Hadhari)...ish ish. Mana depa dapat semua dinar nih?

Cuba la pikiaq...kalau la pemakan rasuah yang jadi pemimpin kita...lepas ekonomi negara hancur nanti depa pi migrate kat Ostrolia ka...NiuZilen ka....Landen ka....Monaco ka....kita yang nak pi Mekah pon 20 taun simpan duit baru boleh pi...mana nak tuju????????

profit said...

Dear Ruhanie,
We have wasted almost 1 year in politicking. Please stop all these nonsense and concentrate on developing the nation and think about how to combat the global economic crisis that is going to affect our beloved nation sooner or later.
If UMNO keeps on politicking then PKR will be more stronger.Once PKR comes into power,thats when recession will seeps into our economic fabric.I do not think foreign funds will come in once PKR comes into power,what they wanted is just to destroy Malaysia.
UMNO and BN is the only party that can combat this phenomena.I dread to see the day that our malay priveleges being rob in the day light one PKR is in power.
Even Anwar could not stop,if he has the inkling of saving the Malay race at that time.
So please stop politicking and enhance our energy to stabilise UMNO and BN for the sake of our future generation.

profit said...

Dear Ruhanie,
UMNO made a mistake of not heeding to Tg.Razaleigh's motion for an EGM right after the election.Now I think is better to heed to his motion or go for a vote of no confidence in parliament on AAB by BN MP.In this way the mantle of power still remains with BN.

dizzy boy said...

Datuk Ron dan para pembaca,
Sy berpendapat bahawanya,sekarang global politik dunia sudah berubah pentadbiran politik negara masing,sbgai contoh Australia,N.Zealand,U.S,Thailand dan serantau dgn kita telah pun bertukar kerajaan yg baru dan parti baru yg memerintah.Seandainya malaysia kerajaan BN/UMNO tidak dpt mengekalkan posisi sekarang,momentum politik sekarang,masalah rakyat kerajaan tak nak dgr,atau politik UMNO,MCA dan MIC serta kompenan BN bertelagah sesama sendiri,maka pd PRU13 nanti pastinya akan terbalik kpd PR.Inilah adalah senario politik zaman global.BN ada masa lagi 3-4 tahun untuk memerintah.seandainya Najib gagal untuk mengubah senario politik di msia,maka PRU13 akan terjahanam oleh Najib.Bukan disebabkan Pak Lah yg terpaksa berundur,maka kesalahan diletakkan pd Najib.Mmg UNMO dah sakit tenat sejak pemilihan baru-baru ini.Sy berharap UMNO melayu dan PAS perlu berbincang demi org melayu khususnya,mmg UMNO selalu berkata berbincang dgn PAS,PAS juga dipersalahkan oleh UMNO kerana PAS tak nak dgr pandangan dr UMNO di pelbagai sudut.Kita tgk baru2 ini,DAP dan MCA bergabung untuk mempertahankan kouta perumahan 30% untuk org melayu,sedangkan Kerajaan Kedah memperuntukkan 50% kouta melayu untuk mempertahankan nasib org melayu untuk membeli rumah dan membanyakan penduduk org melayu.Kita perlu buka minda dan berfikir DAP dan MCA bukannya parti yg sama,tetapi mereka ini boleh bergabung sesama untuk kepentingan bangsa mereka,mereka sanggup buang ideologi politik untuk bangsa mereka,UMNO selalu nak cari masalah dgn PAS.Kita kena renung nasib org melayu dan agama kita ISLAM,Pemimpin UMNO jgn pentingkan diri sendiri,angkuh,bongkak,ego dgn jawatan sekarang.Fikirlah untuk org melayu dan beragama Islam.Org2 di kampung hidup mereka tersepit kerana UMNO kita dalam bertelagah sesama bangsa dan agama untuk mengejar pangkat dan nama.

mad said...

masalah sebenarnya berpunca dari pemimpin2 umno itu sendiri. sebagai contoh baru2 ini ada seorang pemimpin yg lantang berhujah tentang politik wang dalam umno tetapi dia sendiri dilihat sebagai tidak amanah dan berkepentingan serta mempunyai rekod buruk yg menjadi bualan rakyat suatu ketika dulu. rakyat bukan bodoh. malah kebanyakan pemimpin umno yg lantang bersuara diragui ketulusannya. umno adalah parti tua dan seperti manusia tua juga berbagai penyakit mula menyerlah. sebaiknya kuburkan saja umno dan tubuhkan parti melayu baru yg lebih bersih dan efisien.

amerika sudah jauh ke hadapan dari segi politik. pemerintah bertukar silih berganti antara republican dan demokrat sejak awal penubuhan negara itu sendiri. pertukaran pemerintah meminimumkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. oleh itu kita seharusnya bijak dengan tidak membiarkan mana2 satu parti menjadi pemerintah dalam jangka masa yg terlalu lama kerana ianya mengundang salahguna kuasa dan penyelewengan.

haji said...

MENUNGGU TERLALU LAMA PAU, KEYAKINAN PADA TS MUHYIDDIN TELAH MENURUN DRASTIK. APAKAH BELIAU AKAN MENANG DGN MAJORITY MUDAH MENGALAHKAN TUKANG TUKANG LAWAK (PINJAM KATA DR M) ATAU MUHYIDDIN KECUNDANG DGN MAJORITY 10 UNDI DITANGAN TUKANG LAWAK? ANDA TENTUKAN MASA DEPAN NEGARA.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Lagi cepat Najib ambil alih kepimpinan Umno, lagi cepat Umno parah!

kulaan said...

Inilah cara orang kita terutama orang melayu yang penuh phd(perasan hasad dengki).Orang melayu bukan lah bangsa paling maju dalam serba sebi tetapi kalau nak mengata,mengkutuk ,mencarut atau dengki boleh jadi juara.

Sikap cantas mencantas apabila ada orang yang pandai mengeluarkan pendapat atau mengkritik akan awal-awal lagi disingkir atau buat sampai mulut ditutup.

kulaan said...

Salam...

Apabila kaum kafiq mula mempersendakan Islam masih ada juga yang tidak sedar diri dan menyokong mereka.

Guan Eng kata dia akan masuk Islam bila bapak dia mampus dulu.ini menunjukkan dia takut bapak dia daripada Allah Yang Maha Kuasa.

Apabila Terrsa kok peminat babi kena ISA ramai yang sokong dia terutama yang mengaku Islam alasan zalim.Kezaliaman kafiq laknat terhadap umat Islam kita tidak pernah peduli tetapi bila terkena mereka kita pulak yang lebih macam seorang perempuan kabaret yang cepat buat lapur polis.

Inilah keadaan akhir zaman apabila yang mengaku arif tentang Islam akan menyebabkan sesama Islam berpecah.Sedangkan dunia ini pun makin ditimpa bencana...itu pun belum sedar diri....

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kenapa agaknya TSMY dipersalahkan atas apa yang belaku? Makin meluat rakyat tengok UMNO yang saling menyalahkan ahli sendiri bila menghadapi masalah..

Jemput semua ke Blog saya..

http://sensecredaccountability.blogspot.com/

Wallahualam..

orang kampung said...

najib kena berhentikan semua ketidak tentuan dalam UMNO. Politik yang tidak stabil menambah sifat dendam dan segala macam. lagi sukar najib nak menyapu dan mengemas selepas habis majlis. Kena dari awal dia . Jika tunggu habis majlis baru nak buat kerja. bongkok dia. Duit dah tentu habis belanja majlis habis lepas majlis nak pakai duit apa nak membangunkan negara. Najib kena berani. Kami tahu nasib najib masih gerhana akibat

Hang Jebat said...

Datuk,

Langkah memanjangkan tempoh berkempen ini adalah taktik Pak Lah untuk mempertahan dan memperkuatkan kubu menantu dan kroni-kroninya. Kalau dalam ilmu ketenteraan, ianya dipanggil "Delaying Defense".

Masa yang lama ini diharap akan merubah pelbagai persepsi terhadap menantu dan kroninya daripada NEGATIF kepada POSITIF. Cara untuk mengubah persepsi ini diperkuatkan lagi dengan taburan wang ringgit sana sini. Proses ini mengambil masa sebab Pak Lah, menantunya dan kroni-kroninya sudah tahu hakikat bahawa akar umbi memang tak sukakan mereka.

Sebenarnya, Pak Lah dan kaum kerabatnya masih mahu terus berkuasa. Malangnya hasrat mereka ini tidak diterima dengan mudah. Mereka perlu berjuang. Perjuangan mereka kali ini bukan secara 'conventional' tetapi 'unconventional'.

Malah perjuangan mereka ini sama dengan taktik peperangan gerila yang menyelinap secara senyap dan datang dari pelbagai arah untuk mengepung, menawan dan menghapuskan musuh mereka.

Sun Tzu dalam bukunya "The Art of War" menerangkan dengan jelas taktik ini. Politik juga sama dalam ertikata perjuangannya seperti berperang. Dalam perang kita ada musuh untuk ditewaskan atau ditawan, sama juga dalam politik.