Ruhanie Ahmad
Keputusan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini dalam tempoh lima bulan sesudah persidangan perwakilan bahagian di seluruh negara berakhir adalah tidak bijaksana.
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengkaji semula keputusan ini demi menyelamatkan UMNO daripada pelbagai masalah, terutama sekali penyebaran fitnah dan pengamalan politik wang oleh sesetengah calon yang terlalu ghairah untuk memenangi jawatan yang dicita-citakan di semua peringkat pertandingan.
Saya menyuarakan cadangan ini setelah menerima banyak maklumat daripada sahabat-sahabat di seluruh negara yang mendakwa akan wujudnya politik wang sewaktu proses pencalonan bagi sesetengah jawatan tinggi UMNO - khususnya Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia - di peringkat bahagian baru-baru ini.
Sahabat-sahabat yang menyampaikan maklumat ini mengeluh panjang. Kata mereka, memang amat sukar untuk membuktikan dakwaan seperti ini kerana wang dipercayai bertukar tangan daripada pemberi kepada penerima atas dasar suka sama suka.
Pegawai BPR
Cara transaksi wang juga bukannya secara fizikal daripada pemberi kepada penerimanya. Teknologi mutakhir membolehkan wang tunai daripada seseorang pemberi dimasukkan ke akaun penerimanya menerusi cash-drop machine di mana-mana ousat perbankan elektronik. Yang penting, wakil-wakil seseorang calon itu mempunyai nombor akauan pihak penerimanya yang dikirimkan menerusi SMS.
Ada maklumat mengatakan baru-baru ini memang ramai pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dikerahkan berkeliaran di seluruh negara untuk memantau amalan rasuah politik ini. UMNO Malaysia juga telah menerima beratus-ratus aduan mengenai amalan ini.
Bagaimanapun, amalan yang kian canggih ini tidak mudah dibuktikan. Banyak pihak mengesyakki ianya memang berlaku. Tetapi, usaha membuktikan amalan ini terlalu amat sukar sekali.
Memang masih ramai warga UMNO yang menolak amalan rasuah seperti ini. Tetapi, jumlah yang mahu amalan ini berlaku juga tidak kecil jumlahnya. Golongan ini dipercayai berpendapat bahawa inilah waktu terbaik untuk mereka mengaut sedikit “rezeki” yang hanya datang setiap ada pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi.
Fenomena ini sudah banyak disorot dan dibicarakan oleh pelbagai pihak yang prihatin terhadap UMNO. Ini kerana amalan ini menghakis kredibiliti parti, menyebabkan rakyat jelata membenci (BN) kerana UMNO adalah tulangbelakangnya, dan tidak mustahil menyebabkan BN disanggah dengan lebih teruk lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Dana Asing?
Pada waktu yang sama, jika proses berkempen selama lima bulan bagi pemilihan kepimpinan tertinggi UMNO kali tidak disingkatkan, banyak pihak bimbang pihak-pihak yang berpegang kepada “matlamat menghalalkan cara”, tidak berprinsip dan tidak mementingkan kesejahteraan parti akan dipilih menjadi pemimpin UMNO.
Kemungkin ini tidak boleh dinafikan. Hari ini pun sudah mula kedengaran kata-kata bahawa jumlah pencalonan bagi jawatan-jawatan utama UMNO tidak semestinya mencerminkan undi yang akan diterima oleh calon yang paling popular bagi jawatan-jawatan berkenaan.
Kisah bahawa sesetengah calon untuk beberapa jawatan utama UMNO memang akan menabur wang berjuta-juta ringgit juga sudah mula tersebar ke seluruh negara.
Terdapat beberapa blogger, khususnya Ketua Perusuh, pernah mendakwa bahawa wang yang akan ditabur oleh pihak-pihak ini ada juga yang disalurkan daripada luar negara.
Untuk membaca kisah sepenuhnya sila akses link berikut: http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/09/28/nak-cakap-salah-tak-cakap-salah/
Tindakan Abdullah
Saya percaya Datuk Seri Abdullah Badawi sudah menerima maklumat seperti ini. Saya juga yakin Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah menerima maklum balas mengenai hal ini.
Oleh itu, sementara barisan kepimpinan UMNO yang baru kelak mesti mengubal strategi berkesan untuk membanteras rasuah politik, kepimpinan UMNO di bawah Abdullah mestilah bertanggungjawab menyingkatkan proses berkempen ini kepada suatu tarikh yang lebih pendek.
Pastinya sebilangan besar warga UMNO akan bersyukur kepada Allah SWT jika Abdullah terbuka hati untuk memanggil mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO semata-mata untuk memenuhi kehendak warga UMNO akar umbi ini.
Dan, Abdullah pastinya akan disifatkan sebagai seorang pemimpin yang benar-benar sensitif kepada kesejahteraan UMNO jika beliau sudi mendorong Majlis Tertinggi UMNO memutuskan bahawa PAU kali ini perlu diadakan pada Disember 2008 seperti yang dijadualkan sebelum ini atau selewat-lewatnya pada awal Januari 2009.
Keputusan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini dalam tempoh lima bulan sesudah persidangan perwakilan bahagian di seluruh negara berakhir adalah tidak bijaksana.
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengkaji semula keputusan ini demi menyelamatkan UMNO daripada pelbagai masalah, terutama sekali penyebaran fitnah dan pengamalan politik wang oleh sesetengah calon yang terlalu ghairah untuk memenangi jawatan yang dicita-citakan di semua peringkat pertandingan.
Saya menyuarakan cadangan ini setelah menerima banyak maklumat daripada sahabat-sahabat di seluruh negara yang mendakwa akan wujudnya politik wang sewaktu proses pencalonan bagi sesetengah jawatan tinggi UMNO - khususnya Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia - di peringkat bahagian baru-baru ini.
Sahabat-sahabat yang menyampaikan maklumat ini mengeluh panjang. Kata mereka, memang amat sukar untuk membuktikan dakwaan seperti ini kerana wang dipercayai bertukar tangan daripada pemberi kepada penerima atas dasar suka sama suka.
Pegawai BPR
Cara transaksi wang juga bukannya secara fizikal daripada pemberi kepada penerimanya. Teknologi mutakhir membolehkan wang tunai daripada seseorang pemberi dimasukkan ke akaun penerimanya menerusi cash-drop machine di mana-mana ousat perbankan elektronik. Yang penting, wakil-wakil seseorang calon itu mempunyai nombor akauan pihak penerimanya yang dikirimkan menerusi SMS.
Ada maklumat mengatakan baru-baru ini memang ramai pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dikerahkan berkeliaran di seluruh negara untuk memantau amalan rasuah politik ini. UMNO Malaysia juga telah menerima beratus-ratus aduan mengenai amalan ini.
Bagaimanapun, amalan yang kian canggih ini tidak mudah dibuktikan. Banyak pihak mengesyakki ianya memang berlaku. Tetapi, usaha membuktikan amalan ini terlalu amat sukar sekali.
Memang masih ramai warga UMNO yang menolak amalan rasuah seperti ini. Tetapi, jumlah yang mahu amalan ini berlaku juga tidak kecil jumlahnya. Golongan ini dipercayai berpendapat bahawa inilah waktu terbaik untuk mereka mengaut sedikit “rezeki” yang hanya datang setiap ada pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi.
Fenomena ini sudah banyak disorot dan dibicarakan oleh pelbagai pihak yang prihatin terhadap UMNO. Ini kerana amalan ini menghakis kredibiliti parti, menyebabkan rakyat jelata membenci (BN) kerana UMNO adalah tulangbelakangnya, dan tidak mustahil menyebabkan BN disanggah dengan lebih teruk lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Dana Asing?
Pada waktu yang sama, jika proses berkempen selama lima bulan bagi pemilihan kepimpinan tertinggi UMNO kali tidak disingkatkan, banyak pihak bimbang pihak-pihak yang berpegang kepada “matlamat menghalalkan cara”, tidak berprinsip dan tidak mementingkan kesejahteraan parti akan dipilih menjadi pemimpin UMNO.
Kemungkin ini tidak boleh dinafikan. Hari ini pun sudah mula kedengaran kata-kata bahawa jumlah pencalonan bagi jawatan-jawatan utama UMNO tidak semestinya mencerminkan undi yang akan diterima oleh calon yang paling popular bagi jawatan-jawatan berkenaan.
Kisah bahawa sesetengah calon untuk beberapa jawatan utama UMNO memang akan menabur wang berjuta-juta ringgit juga sudah mula tersebar ke seluruh negara.
Terdapat beberapa blogger, khususnya Ketua Perusuh, pernah mendakwa bahawa wang yang akan ditabur oleh pihak-pihak ini ada juga yang disalurkan daripada luar negara.
Untuk membaca kisah sepenuhnya sila akses link berikut: http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/09/28/nak-cakap-salah-tak-cakap-salah/
Tindakan Abdullah
Saya percaya Datuk Seri Abdullah Badawi sudah menerima maklumat seperti ini. Saya juga yakin Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah menerima maklum balas mengenai hal ini.
Oleh itu, sementara barisan kepimpinan UMNO yang baru kelak mesti mengubal strategi berkesan untuk membanteras rasuah politik, kepimpinan UMNO di bawah Abdullah mestilah bertanggungjawab menyingkatkan proses berkempen ini kepada suatu tarikh yang lebih pendek.
Pastinya sebilangan besar warga UMNO akan bersyukur kepada Allah SWT jika Abdullah terbuka hati untuk memanggil mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO semata-mata untuk memenuhi kehendak warga UMNO akar umbi ini.
Dan, Abdullah pastinya akan disifatkan sebagai seorang pemimpin yang benar-benar sensitif kepada kesejahteraan UMNO jika beliau sudi mendorong Majlis Tertinggi UMNO memutuskan bahawa PAU kali ini perlu diadakan pada Disember 2008 seperti yang dijadualkan sebelum ini atau selewat-lewatnya pada awal Januari 2009.
32 comments:
Dato Ron,
Jangan sekat rezeki orang. Ini musim perwakilan menuai. Lepas tu musim pemimpin melonggok wang dalam kepok.
Sama aja.
Cuma masa pemilihan disaebut Politik wang. Lepas tu Rasuah!
Hari ini yang berazam poiltik dah tukar matlamat. Fulus! Fulus! Fulus! Tak kan pemimpin je nak senang!
Erti kini: Umno & Rasuah = irama & lagu!
http://tokperan.blogspot.com
Salam Datuk,
Rasuah berpunca kerana calon-calon yang bertanding tidak yakin dengan pendirian dan kemampuannya sendiri. Sekiranya di pendekkan cuma mampu mengurangkan sedikit unsur ini. Namun di masa akan datang wang akan menjadi ukuran bagi setiap pemimpin. Ada wang boleh bertanding atau tawar diri, kalau tak ada lebih baik duduk diam-diam.
Kalau pemimpin atasan pun amalkan rasuah, apalagi pimpinan bawahan. Sepatutnya pimpinan di atas tunjukan jatidiri dan integriti yang tinggi kerana mereka merupakan pemimpin yang memimpin negara.
Rumusan
Saya berpendapat YAB Presiden UMNO perlu dipertanggungjawabkan dan tindakan undang-undang perlu diambil terhadapnya sekiranya ada huru-hara dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini. Beliau perlu dituduh dengan sengaja membiarkan keadaan menjadi huru hara walaupun sudah dinasihatkan berkali-kali.
Saya juga mencadangkan agar akar umbi menyaman semua pemegang jawatan tertinggi dalam UMNO sekiranya kekecohan dalam PAU berlaku. Disamping itu mengambil tindakan undi tidak percaya terhadap mereka kerana gagal menjalankan tugas menasihati Presiden sewajarnya.
Lembaga Disipilin UMNO perlu ambil tindakan drastik membersihkan UMNO secepat mungkin (sebelum PAU) dari yang berada diatas hinggalah sampai kepada ikan halus paling dibawah. Kes yang tidak jelas buktinya, serahkan kepada BPR dan Polis yang lebih berpengalaman untuk menyiasat dan bawa ke Mahkamah.
Saya juga mencadangkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia bersiap-sedia. Kekacauan mungkin akan berlaku semasa PAU. Keghairahan untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam parti menerusi rasuah (dikatakan sampai jutaan ringgit) membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Ini amat merbahayakan negara.
Sebenarnya rakyat biasa yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi mengikuti perkembangan politik dalam negara sedang dalam ketakutan kerana takut dengan kemungkinan besar musibah yang akan menimpa dan melanda negara ini jika ada kekecohan pada PAU kali ini.
As'kum Dato',
1. Saya bersetuju dengan saranan Dato' supaya PAU dipercepatkan ke bulan Disember ini. Itulah satu cara yang boleh mengurangkan sedikit rasuah politik yang kian berluasa di kalangan calon dan perwakilan serta yang boleh menghalang Umno dari kemusnahan dalam masa terdekat. Keputusan untuk tukar tarikh terletak kepada Pak Lah dan desakan MT.
2. Kita juga percaya dan yakin bahawa Pak Lah dan Najib tentu mempunyai maklumat inteligent yang cukup saheh tentang siapa yang terlibat dengan rasuah politik ini.Oleh itu jika kedua-dua pemimpin ini benar2 jujur dan ikhlas untuk membenteras rasuah politik sempena PAU mereka mesti bertindak dengan tegas dan berani.
3. Secara hakikatnya kedua-dua mereka ini tidak ada kepentingan dalam urusan pemilihan kali ini.Pak Lah akan melepas jawatannya dan Najib pula telah menang tanpa bertanding. Kalau boleh eloklah Pak Lah dan Najib duduk berbincang dan keluar satu kenyataan keras bahawa mereka tahu siapa yang terlibat dan seterusnya nasihat mereka(tanpa pilih kasih) supaya tarik diri dari pertandingan.
4. Jika mereka enggan,katakan mereka akan diheret ke muka pengadilan, samada kepada BPR atau Badan Disiplin Umno walau pun selepas mereka menang dalam pemilihan nanti.Saya percaya ini mungkin tidak berani dilakukan oleh kedua-dua pemimpin itu.Tapi itulah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk benteras rasuah politik di kalangan calon.
5. Langkah lain ialah,itu pun kalau Pak Lah sanggup dan MT berani, untuk cadangkan tarikh PAU di bawa ke hadapan ke bulan Disember ini demi untuk menyelamat Umno dan negara.
rakyat akan menyingkirkan bn bukan kerana rasuah dalam umno sahaja tetapi disebabkan banyak hal-hal yg dilihat menyusahkan dan mengkhianati rakyat negara ini. ia termasuklah kenaikan harga minyak secara mendadak tetapi bila harga diturunkan ianya dibuat secara sedikit2 malah belumpun mencecah harga asal semasa naik dahulu walaupun harga minyak dunia jauh turun.
lain2 isu ialah integriti sistem kehakiman yg dilihat masih belum menampakkan pemulihan walaupun diuarkan-uarkan sedang diperbaiki, malah perlantikan ketua hakim baru tidak menampakkan ketelusan pihak kerajaan. kes berprofail tinggi yg kununnya melibatkan vvip berakhir dengan pembebasan suspek utama.
pengendalian protes2 jalanan yg dilihat amat berat sebelah. hanya protes yg mengkritik kerajaan sahaja yg tidak diberi permit dan ditegah pihak polis manakala protes pro kerajaan dibiar berjalan walaupun nyata menggugat kestabilan hubungan antara kaum.
tindakan speaker dewan parlimen yg berat sebelah. walaupun speaker dan timbalannya dilantik dari kalangan org bn tetapi mereka seharusnya berlaku adil dan professional dengan memberi hak2 sama kepada semua ahli parlimen. ingatlah bahawa ahli parlimen dilantik oleh rakyat.
dan banyak lagi isu2 yg membuat rakyat merasa muak dengan kerajaan yg ada.
Saya masih tak faham kenapa tempuh 5 bulan dijadikan sebagai isu. Kenapa ini merupakan satu tindakan yang kurang bijaksana?
Kepada saya Datuk Najib sedang diberikan waktu yang sangat mencukupi untuk menyiapkan diri bagi menduduki jawatan terpenting negara tersebut.
Dalam pemerhatian saya sehingga kini, Datuk Najib tengah melakukan 'pembaikan' diri dan partinya untuk mengembalikan UMNO seperti masa lalu...disayangi dan dipuji segenap warga tanpa mengir kaum, samada kawan maupun lawan.
Tanpa prejudis dan buruk sangka, apabila tiba masanya ( 5 bulan akan datang ) Datuk Najib akan menjadi Pemimpin No 1 negara yang terbilang di dalam maupun diluar Malaysia.
Pemimpin UMNO yang lain juga demikian rupa.
Apatah lagi akar umbi UMNO yang kini tengah dihina.
Kalau kita minta PAU disegerakan.
Semua perkara akan menjadi gundah gelana. Semua perkara baik akan menjadi sia-sia kerana tak sempat semuA di laksana.
Akhirnya UMNO kecundang dalam PIRU ke 13,
UMNO kini umpama Pukat koyak rabak.
Kalu nak memperbaikinya kenalah berhati-hati dan menjahit pukat tersebut cermat-cermat. Kalai kelang-kabut, tak kemana akhirnya.
Jahitan menjadi lintang pukang dan ikan tidak dapat ditangkap sebaiknya. Nak-nak kalu ikan tu bijak-bijak belaka.
Sdr Mika Angel-0 : Memang TDM bukan ahli UMNO tetapi orang Melayu...
TDM keluar UMNO pun kerana tak puas hati dengan pentadbiran presiden UMNO mengemudi parti . Itu sahaja.Kita bila bercakap pasal polotik kaum ,kita kena lihat cara kaum bukan melayu berpolitk. Walaupun berlainan fahaman politik tetapi kerana kaum mereka bersatu hati... bukan macam PAS dan PKR. Kenapa sya tidak menyebut UMNO? Kerana PAS dan PKR seharusnya datang bergabung dengan UMNO.kerana UMNO adalah ibu kandung mereka (PAS dan PKR).
Kalau nak selamatkan kaum melayu inilah yang peru dikorbankan (fahaman politik) bersatu demi kaum..
sdr ..jemput ke blog saya
Saya difahamkan sebab-sebab Mahathir begitu bersungguh-sungguh bercakap mengenai politik wang dalam UMNO ialah beliau hendak memerangkap calon-calon Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda yang tak sehaluan dengan dia.
Adakah Mahathir lupa bahawa pada zaman dialah politik wang hidup subur. Kita tak payah jadi hipokrit dengan mengatakan Mahathir tak tahu tentang politik wang. Semua orang tahu. Sekarang dia hendak menggunakan politik wang untuk menyingkirkan pemimpin umno yang tak disukainya. Begitulah liciknya politik Mahathir.
Khabarnya juga, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tengku Ahmad Rithaudeen akan menghukum siapa saja yang ditunjuk oleh Mahathir. Beliau mempunyai sejarah yang cukup panjang dengan Mahathir dan Najib atau Pak Lah tak dapat mengawalnya.
Tunggulah siapakah yang akan dihukum oleh Mahathir melalui Ahmad Rithaudeen. Saya difahamkan ada tiga nama dalam senarai hitam Mahathir dan dia akan menggunakan Lembaga Disiplin UMNO untuk memusnahkan mereka.
Tentunya oramg itu bukan Mukhriz Mahathir!
Dato,
Mereka yang jaga dan tidur celah kangkang POLITIK, tahu masam dan manisnya. Yang duduk di tepi-tepi hanya dapat bau saja, itupun bergantung arah mana datang angin.
Ada cerita seorang pemuda yang bercita besar, bertanya seorang veteran politik, tentang jejak-jejak ke puncak kuasa. Veteran itu dengan ringkas menjawab "You should have 2 billion ringgit".
Ada sebab tertentu kenapa tempoh kempen perlu panjang. Seperti marathon, yang berstamina akan sampai ke tali penamat. Yang lemah akan bergelimpang sepanjang jalan.
Jika panjang tempohnya, POLITIK akan susut politiknya. Rakyat akan bercakap perkara lain sama, seperti yoga, silat, karate dan tomoi, harga minyak getah dan sawit yang makin turun disamping merungut tentang harga barang yang kekal tinggi.
Yang betul-betul kaya, akan bertahan dalam tempoh kempen manakala yang sikit wang akan lari lintang pukang.
Merancang satu hal, melaksana satu hal yang lebih penting. Judicial Reforms, satu perkara yang sangat penting bagi Abdullah.
Beliau perlu masa untuk melihat pelaksanaan judicial reforms sebagaimana beliau sangat-sangat berhajat melihat Rakyat Malaysia berduyun-duyun menghayati gemilangnya Koridor Ekonomi.
Ramai perlu membiasakan diri dengan aroma natural apabila POLITIK tidak lagi menyediakan kangkangnya.
Itu bukan senang........
terima kasih
kalau masih ada jalan menyelamatkan UMNO tentulah diwaktu sebelum sakit tenat atau peringkat kronik.
Adakah pemimpin yg penuh dgn masaalah dpt membaiki masaalah?
Sebaiknya UMNO selamatkanlah diri dari terus menerus berbuat dosa dan kedurjanaan di sisi Tuhan.
Bertaubatlah, kembali kepangkal jalan.
http://nawawidahalan.blogspot.com
Salam,
Memendekkan tempoh kempen dan mengadakan PAU pada Disember 2008 ini baik juga.
Akan tetapi, masalahnya permainan politik wang sudah pun berlaku dan akan terus berlaku.
Setakat ini saya tidak nampak ada jalan untuk mengatasinya, kecuali jika BPR, Jawatankuasa
Disiplin UMNO dan pucuk pimpinan UMNO sanggup dan mampu bertindak tegas untuk membanterasnya. Tapi peratus kejayaannya pun saya kira masih sukar diramalkan.
Membaca Sejarah : Menilai Slogan Demokrasi Dan Keadilan Ala Amerika Yang Diseru DSAI: Melayu Bakal menjadi Red Indian.layari http://purehadharist.blogspot.com
Sahabat-sahabatku sekalian. Jutaan terima kasih kerana sentiasa berkunjung ke kk.
Kebelakangan ini saya kesan ada di antara kita yang kurang dapat mengawal kata-kata dan lidah kita sehingga terpacul perkataan-perkataan yang agak kesat dan lucah. Saya lepaskan komen sedemikian untuk jadi cermin kepada kita semua.
Bagaimanapun saya amat yakin kata-kata sedemikian tidak akan terpacul lagi bila suhu marah atau kekecewaan kita sudah reda. Mudah-mudahan keredaan suasana itu akan menjelma dengan seberapa segera.
Mengenai kisah TDM, saya izinkan anda sekalian berkata apa sahaja mengenai beliau. Tetapi, wajar juga jika kita luahkan kata-kata kita secara sopan dan manis asalkan maksudnya serupa.
Salam takzim dan salam perjuangan dari saya - Ruhanie Ahmad
Sdr Add, terima kasih.
Sdr Ruhanie Ahmad,
Halaj Tidak Sebaik Nasibnya Saperti Aku
(namun makamnya terlalu indah)
Bak pepatah Melayu,
kalau berjalan eloklah pandang ke hadapan.
Kita faham YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang insan Melayu yang indah budibahasanya sempurna didikannya, beliau diantara pejuang bangsa Melayu tersohor, dan suatu kenangan manis dan indah. Alhamdulillah dan bersyukur saya kehadrat Illahi dapat hidup sezaman dengannya dan pernah bertemu.
Allahu-Rahmaanir-Rahiim senantiasalah memaafkannya dan mencucuri rahmatnya ke atas ruhnya. Amiin.
Terima Kasih, Kuda Kepang.
Sdr Ruhanie Ahmad,
Sekadar renungan:
Thai Army Chief Calls for New Elections
By VOA News
26 November 2008
General Anupong Paojinda
Thailand's army commander has urged the government of Prime Minister Somchai Wongsawat to step aside and call a new election to resolve the country's political crisis.
Speaking Wednesday after a meeting of military, government and business leaders, General Anupong Paojinda denied he was staging a coup. He also ordered anti-government protesters to leave Bangkok's international airport and to end their campaign against the government.
The prime minister's office and protest leaders quickly rejected the suggestions.
People's Alliance for Democracy leaders say they will not leave the Suvarnabhumi international airport until Mr. Somchai steps down.
Tensions between the two sides continue to escalate. Police say a gang of government supporters in the northern city of Chiang Mai shot dead an anti-government activist on Wednesday.
The incident occurred just before Mr. Somchai arrived at an airport in the northern city.
Mr. Somchai was originally expected to return to Thailand's international airport from an overseas trip, but flew to Chiang Mai instead.
PAD protesters took over the international airport on Tuesday after months of demonstrations, stranding thousands of travelers.
Thailand's current crisis began over two years ago when former Prime Minister Thaksin Shinawatra was ousted in a military coup.
Elections late last year failed to resolve the situation when former allies of Mr. Thaksin were voted into office.
Protesters accuse Mr. Somchai of being a proxy for his brother-in-law, Mr. Thaksin.
Protests in Thailand intensified on Monday when opposition supporters forced parliament to delay a session by blocking access to the building.
On Tuesday, anti-government protesters chased down government supporters on a major highway in the capital, Bangkok. At least 11 people were wounded during the street fight, some with gunshot wounds.
Some information for this report was provided by AFP, AP and Reuters
Dato'. my little bird whispered to me that there won't be any PAU in Mac 2009! Somebody have suggested to the President to postphone PAu to Apr/May 2010 giving the large number of problematic Bahagian yet to be solved. Most of the problematic bahagian need to redo their mesyuarat agong tahunan!
Ini bermakna process peralihan kuasa akan juga tertangguh!! Adakah ini mainan politik orang tertentu 'to deny' DSN (President-elect) untuk mengambil alih kuasa?
Cuba Datuk semak maklumat ini betul atau tidak. Kalau betul ,maka akan cepatlah Umno berkubur!!!
Mengenai politik wang, keadaan sekarang amat mengerunkan. Berkemungkinan besar wang sogokan telah naik berganda2 daripada masa2 lampau? Berkemungkinan juga untuk jawatan Timb President kosnya RM5K? Jumlah yang mungkin berkemampuan olih calon2....kerana mereka hanya memerlukan 'beli' 1500 perwakilan . RM7.5juta adalah amat murah untuk menjadi Timb Presiden dsn TPM yang seterusnya membuka jalan untuk menjadi PM!!!
Jika senerio ini diambil kira, maka sesaorang berkemungkinan besar dapat jadi Presiden dan PM sekiranya bersedia membelanjakan RM200 juta!! Tiap2 Bahagian disogok RM1 juta untuk mendapat pencalonan, sudah tentu akan menang tanpa bertanding!!
Implikasi yang amat besar sekali ialah apabila kuasa besar asing mungkin mula menaja calon yang berkiblat kepada mereka !
Kepada calon2 dan perwakilan , renong2kan lah.....demi agama bangsa dan tanah air!!!
Dato' Ron,
Saya bukan ahli mana-manapun parti politik. TDM telahpun banyak berjasa kepada negara. Oleh demikian, saya tidak suka sesiapa yang mengutuk TDM kerana pada saya kurang sopan dan manis. Kita semua seharusnya mengutuk dan mengkeji segala perasuah dan pengganas di dunia.
Misi utama selepas menang pemilihan ialah nak dapat semula wang yang banyak ditabur semasa berkempen. Putaran rasuah berjalan lagi.
Dato Ron yang dihormati, semoga dirahmati Allah s.w.t.
Dato' telah mengupas satu isu yang menarik. Saya juga pernah menulis mengenai isu yang sama dalam blog saya dulu.
Ada dua isu di sini:
Pertama, tempoh kempen yang pendek dikatakan menyekat rasuah berpanjangan. Saya setuju, namun isu rasuah tetap ada. Cuma tak panjang. Tak panjang pun salah jugak!
Kedua, UMNO harus melakukan total revamp bukan sekadar memendekkan tempoh. Isu rasuah bukanlah perkara baru. Namun, sehingga kini saya belum melihat UMNO mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh.
Apa yang ada sekarang hanyalah piece meal action. Kebimbangan saya ialah akan berlaku "selective prosecution" dan ini akan menjejaskan imej parti di mata umum.
Selama mana UMNO tidak melakukan revamp kepada keseluruhan proses dan budaya dalam parti, isu ini tidak akan ke mana-mana.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kanapa harus MARAH dengan Tun? Melainkan PERUT anda telah dIBUNCITkan dengan wang sumbangan orang tertentu semasa pemilihan kali ini.. Dalam isu Poltik Wang, sesiapa BEBAS mengemukakan aduan sekiranya ada bukti sahih.. Begitu jugaklah dengan Tun..
Tak usahlah berLAGAK macam UMNO nih semakin BERSIH.. PRU13 UMNO akan tinggal BENDERA sekiranya 'KATAK KEMBONG' ni dibiarkan berleluasa telan duit atas nama UMNO!
http://sensecredaccountability.blogspot.com/
Wallahualam..
Sahabat-sahabat budiman.
TDM adalah faktor yang tidak boleh diketepi atau dilupakan dalam konteks siasah mutakhir Malaysia. Bagaimanapun, saya rasa agak keterlaluan untuk kita semua membidas dan mengkritik TDM dengan sewenang-wenang dan penuh emosi.
TDM memang terbuka kepada kritikan. Waktu zaman PRU ke-11 dulu berton-ton TDM kena smashed, kena hentam, kena maki, kena hamun. Ada juga seorang Prof sa-suku paqnggil TDM shit!!!!
Tapi, TDM tetap dikenang sebagai pemimpin Malaysia yang menepati zamannya. WW2020 beliau adalah hasil pemikiran TDM yang terkedepan, proaktif dan pragmatis untuk kita semua menyediakan diri dan negara kita di era globalisasi.
Apa pun yang nak dikatakan, TDM memang ada kesilapan sebagai insan. Tetapi, jasa beliau kepada kita semua lebih besar daripada kehilafannya.
Hari ini TDM dikritik semata-mata kerana TDM membicarakan siasah UMNO sewaktu beliau sudah meninggalkan UMNO. Itu sahaja. Tapi, kritikan itu mencerminkan bahawa TDM masih berjiwa UMNO.
Kalau saya tulis lebih panjang, orang akan kata saya ampu TDM. Saya tak pandai ampu sapa-sapa. Di zaman TDM saya hanya pengerusi BBC. Tak naik pangkat. Tapi TDM tau siapa saya, keupayaan saya dan rekod saya. Dia kata pada saya suatu hari dulu yang saya sengaja tak dinaikkan pangkat sebab TDM nak saya jaga parlimen yang ketika itu penuh dengan personaliti hebat daripada pembangkang. Saya tak merajuk dan saya tak protes. Saya jaga parlimen dengan penuh tanggungjawab, wibawa dan maruah. Saya begitu kerana saya jalankan tugas demi Allah dan untuk kebaikan semua.
Esok saya akan bertolak ke Iran untuk join TDM dalam satu seminar kepimpinan Islam antarabangsa di Tehran. Doakan kami selamat pergi dan balik.
Semoga anda semua memahami maksud saya dan teruskanlah kritik TDM jika anda mau. Tapi, syaratnya gunakanlah bahasa yang manis. Itu sahaja syarat saya.
Salam takzim dan salam perjuangan dari saya - Ruhanie Ahmad
As'kum Dato'
1. Ini komen kedua saya bagi tajuk ini.Bukan apa,saya terfikir sekarang bahawa peluang untuk dipendekkan tempoh kempen atau untuk ubah tarikh PAU pada bulan Disember ini agak mustahil.Ini kerana Pak Lah dan konconya telah merancang sedemikian supaya membolehkan beliau terus jadi PM.
2. Pak Lah memang terkenal dengan keputusan yang berputar2.Banyak contoh yang menunjukan bahawa beliau menukar-nukar keputusannya.Memang keputusannya yang sering berputar2 ini menimbulkan rasa kurang senang rakyat serta hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau.Namun oleh kerana dia PM tidak siapa berani tegurnya.Dan dari apa yang kita semua mengenali Pak Lah beliau tidak perduli apa tanggapan orang.
3. Begitu juga apa yang akan terjadi bagi proses penyerahan jawatan PM ini.Ramai yang ragu bahawa perubahan itu akan berlaku.Pak Lah sekali lagi akan buat keputusan yang berputar.Najib mungkin tidak berpeluang jadi PM selepas Mac 2009 ini.Itulah percaturan yang akan menjadi kenyataan.Caranya jangan tanya.Yang penting beliau akan terus berkuasa sebagai PM.Pak Lah tidak kira apa kata rakyat asalkan beliau terus jadi PM untuk tempoh sehingga 2010.
4. Oleh itu sama2 lah kita tunggu nanti.Namun dalam masa yang sama, marilah kita juga sama2 berdoa semoga telahan dan ramalan songsan yang telah dibuat oleh ramai rakyat ini tidak menjadi kenyataan demi untuk menyelamatkan Malaysia.
Assalamualaikum...
Untuk apakah Perhimpunan UMNO ditangguhkan hingga ke Mac tahun depan? Rakyat akan jemu dengan cerita-cerita kempen politik pemimpin-pemimpin UMNO.
Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya sudah boleh menumpukan pada proses pemulihan parti selepas Disember ini. BUKANNYA NAK BERKEMPEN SAMPAI MAC NANTI.
Akibat asyik berkempen, SATU KERJA PUN TAK JADI.
AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO sepatutnya, jangan lagi memberi pujian-pujian kepada si BODOH SOMBONG ni sebaliknya berilah teguran-teguran demi pemulihan UMNO.
Saudara Spycaycher dan Dan Kajang.
Saya tidak memandang sepi komen anda mengenai peralihan kuasa yang mungkin tidak jadi kenyataan. RPK juga ada menulis mengenai hal ini dalam Malaysia Tiday.
Kita tunggu dan lihatlah sama ada ramalan tinggal ramalan atau jadi kenyataan.
Terima kasih dan selamat maju jaya - Ruhanie Ahmad
Sdr Ruhanie Ahmad,
Safe, smooth, pleasant and profitalble journey to and fro.
Amiiin.
Amat malang! UMNO dilanda penyakit sebegini. Lebih malang lagi kerana orang-orang yang sebenar-benarnya menyayangi serta menaruh kepercayaan kepada UMNO (ahli-ahli biasa...the 3mil)tiada dapat berbuat apa-apa. Power corrupts and absolute power gives absolute corruption as the product....remember TDM malay delima book ....except God fearing man will never corrupt. That implies a lot.
When can't rely on God fearing element of the delegates and the aspirants what is next best?
Abandon the ship???
No....surely not for most of us. UMNO dah macam anak kepada seorang ibu.....jahat macam mana sekali pun, ibu tetap membela dan menaruh harapan sehinggalah tahap durhaka may be.
Perhaps its time to get the 3mil members the right to vote. If they can still buy the votes, then surely there is no more hope for not only UMNO but also Malaysians to prosper.....simply means the leak in the economy is too big.
This sickness is not new!
Have we failed in instilling values of BERSIH CEKAP AMANAH, PENERAPAN NILAI_NILAI ISLAM, KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN, MASYARAKAT MADANI, MODAL INSAN, ISLAM HADHARI etc.....or were those rhetoric semata-mata? That is almost 30 years span of tarbiah.
Dimana pula letak LAMBANG KITA YANG GAGAH DIPANDANG MULIA DAN INDAH?
Perhaps it is a bit far fetching to expect tukang sampuk dibloggers to give something really concrete but it is understandable if we see luahan perasaan ketidakpuasan, kekecewaan dan kehampaan yang kadang-kadang terluah dengan kata-kata yang kurang manis. Perhaps just like MPs and ADUNs semasa bersidang....malu juga dengar bahasa mereka.
But it is not too much to expect those who matters out there to come back to senses...hear the grass root. Mind u...we should not be mistaken that the perwakilan vote as the grass root votes....no longer at least! There is no point to be there at the top if UMNO in the end no longer in power the way it is supposed to be.....responsible, accountable, caring and dynamic.
So my friend
make the economy bigger than
and prosper thy neighbors
I did it myyyyyyyy waaaaay!
let it leak in
drops
or cascades
20 tahun lebih UMNO di resapi rasuah yg memusnahkan maruah ahli politiknya...
Dan kini tak nampak rasuah di dalam pemilihan jawatan UMNO akan berakhir...
Biarkan UMNO tenggelam dalam lautan rasuah...
Kita perlu segera cari parti lain yg tidak amalkan rasuah...
Post a Comment