Tuesday, November 18, 2008

BERAPA RAMAI TOKOH UMNO SEPERTI RAIS?

Datuk Seri Dr Rais Yatim pernah menjadi Naib Presiden UMNO di pertengahan tahun 80-an. Kemudian beliau berkelana dan berjuang atas pletfom Parti Melayu Semangat 46. Pada awal tahun 2000 parti berkenaan dibubarkan dan majoriti ahlinya termasuk Rais kembali ke pangkuan UMNO. Kini beliau merupakan calon terakhir yang memperolehi kuota secukupnya untuk melayakkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Rais menyedari hakikat wujudnya politik wang dalam pertandingan UMNO kali ini. Tetapi beliau tetap berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya yang tidak akan tunduk kepada amalan rasuah politik dalam UMNO.

Soalnya, berapa ramai lagikah tokoh UMNO seperti Rais? Apakah peluang beliau untuk memenangi jawatan yang ditandingi kali ini?

Posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com/

26 comments:

Dr.Sid said...

ada...pak lah merupakan "bekas" mr.clean ape..huhu

http://writtenbyhim.wordpress.com/

tombak karat said...

Dato'

Dua perkara yang perlu kita ambil kira didalam hal ini :

1. Sejauh mana bersihnya Dato Rais Yatim. Saya amat berharap beliau benar-benar menghindari rasuah politik dan sebagai seorang yang berpendidikan undang-undang, sewajarnyalah beliau berpegang kepada disiplin ilmunya yang tiada kompromi dengan apa bentuk rasuah sekalipun sebagai Jenayah yang perlu dihindari.

2.Jika benar Dato Rais Yatim bersih dari unsur rasuah, sejauh mana pula beliau boleh mengharungi arus politik UMNO atau beliau akan terus tenggelam kerana tiadanya sokongan ikhlas dari orang-orang UMNO atas pendiriannya itu. Saya percaya pemimpin yang lantang dan nampak ikhlas menentang rasuah politik ini sukar mendapat tempat sewajarnya dalam UMNO. Akar umbi menyokong tetapi tidak bagi orang-orang berjawatan UMNO yang akan membuat pemilihan kelak. Tempoh berkempen yang panjang juga menjadi elemen utama yang akan memburukkan lagi masalah rasuah yang membarah dalam tubuh UMNO. Bolehkah Dato Rais Yatim mendapat sokongan tanpa perlu melabur atau mengeluarkan modal?

Almarhum bapa saya semasa hayatnya merupakan penyokong dan penggiat UMNO peringkat kampung.Saya masih ingat amanatnya bahawa UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk memperjuangkan nasib bangsa. Saya masih ingat kebanggaannya apabila UMNO cawangan berjaya mendesak kerajaan membina sekolah dan jalan tar dikampung. Almarhum bapa saya meninggal tanpa apa-apa harta yang ditinggalkannya hasil dari perjuangannya dalam UMNO tetapi beliau sentiasa berbangga dengan perjuangannya dan rakan rakan didalam memajukan kampung. Adakah orang-orang seperti Almarhum bapa saya dan teman-temannya masih ada dalam UMNO atau yang tinggal hanya mereka yang memperjuangkan tembolok sendiri dan kerabat melebihi segalanya.

Akhirulkalam,sejauh mana spesis seperti Dato Rais Yatim boleh meneruskan kelansungan hidupnya dalam UMNO yang jelas semakin menuju kejurang kehancurannya jika budaya rasuah ini gagal dibanteras secara total.

Berita dari gunung said...

Akhirnya nasib orang Melayu akan terbela dengan adanya pemimpin hebat, kuat dan gagah yang mampu menyatukan pemimpin-pemimpin Melayu yang lain dengan halatuju yang jelas.

Politik wang adalah gejala yang menyulitkan kelahiran pemimpin hebat itu. Yang hebat tapi tidak berwang akan ketepi atau diketepikan.

Yang muncul adalah pemimpin yang berwang. Ia tidak bermula hari ini.

Sejak adanya positive affirmative action untuk meningkat pegangan bumiputera dalam ekonomi, lahirlah Melayu yang kaya raya, kemudian menjadi sponsor-sponsor atau pemain utama dalam politik tanah air.

Dalam ramai-ramai itu masih ada yang hebat, gagah dan kuat dengan halatuju dan perjuangan yang jelas untuk bangsa, agama dan negara.

Menghakis gejala politik wang bukanlah sesuatu yang senang, akan mengambil masa dan tindakan kawalan yang keras dan ketat.

Yang jauh lebih sukar ialah untuk mencari tangan-tangan yang benar-benar bersih untuk menyapu politik wang dari laman UMNO?

dr butiq said...

yg x terlibat dgn rasuah saya gerenti kalah.itu saya cukup pasti kerana saya juga turut terlibat didalam pemilihan bahagian baru2 ini.Saya telah kalah kerana saya tidak mengeluarkan wang walau pun satu sen untuk melobi dan mengundi saya.saya cuba membuat pembahruan membawa budaya politik baru rasuah zero.Kalau perwakilan rasa saya layak undilah saya kalau tidak layak tak payah undi, saya tidak akan berkecil hati serta merasa kecewa.Untuk memberi rasuah supaya saya dipileh tidak sekali.seperti yg saya jangka puak2 yg lagi satu juga yg menang. Apalah akan jadi pada nasib Umno sedikit masa lagi.Ramai kwn2 saya dari golongan profesional seprti lawyer dan doctor yg hanya mengelengkan kepala kerana kalah kepada kontractor klass f , kerani ,yg tidak mempunyai pekerjaan tetap ,kakitangan kerajaan kelas bawah dan guru2 sekolah rendah.Begini lah mentaliti perwakilan yang dihantar oleh cawangan untuk membuat pemilihan di mesyuarat bahagian dan perwakilan yang sama lah juga yang akan (yg menang G7) yg akan ke PWTc untuk membuat pemilihan pucuk kepimpinan umno.Kita sudah boleh jangka apakah keputusan yg akan kita dapat kerana factor mentaliti G7 yg terpilih ke KL yg akan mengundi nanti.

satu format baru didalam pemilhan Umno perlulah difikirkan.Budaya baru didalam umno hendaklah disegerakan,Total reformasi Umno hendaklah disegerakan untuk menjamin supaya umno terus relevan.amatlah kesian sekiranya perkara ini di ambil ringan oleh pemimpin umno masa kini'

t?kasih

add said...

Beliau sorang je , nak tahu nape;
kerana dia pernah bekelana dan dia anak yatim....hu..hu..hu..

sorang lagi tokoh UMNO seperti beliau ialah KJ? Ye la kan KJ ni dia kata dia sanggup dihina daripada biadap menyanggah apa yang mukhriz dan TDM kata padanya. Walhal KJ tak leh nak jawab apa yang puak mukhriz dan TDM kata tu sebenarnya benar -benar belaka...

slyderrose said...

Kalau tempat itu diselaputi najis dan dah cuba cuci tapi ramai yg datang buang najis kat situ lagi, aku rasa baik blah aje. Berhijrah ke tempat lain yg lebih nyaman. Itulah yg telah aku lakukan.
Orang yg masih mahu tinggal disitu memang tiada sense of smell dan tidak mempunyai hygience. Akan akhirnya terpalit sama. Lu fikirlah sendiri....

Tun Jeram said...

Salam,


Seorang Rais barangkali tidak akan mampu membendung, apalagi membanteras politik wang dalam UMNO, apabila politik wang itu sudah jadi budaya.

Mungkin dia bersedia kalah, kerana dia mahu mempertahankan prinsipnya.

Akan teapi, perjuangannya mungkin juga tidak akan sampai ke mana-mana.

Saya kira hanya pemimpin tertinggi yang betul-betul tegas dan komited untuk memerangi politik wang yang akan mampu membendung gejala dan fenomena tersebut.

Tapi melihat sikap dan tindakan Pak Lah dan Najib sekarang, saya tidak fikir mereka mampu berbuat demikian.

dizzy boy said...

Datuk Ron,
Pemilihan kali ini mmg kena dan wajib bagi duit pd pewakilan,jika tak kasi,calon2 yg bertanding tetap kalah,kita tgk pemilihan yg lepas,TS Isa,dia bagi duit,dia lah dpt jumlah undi yg byk.Kita dah jelas dgn pemilihan UMNO ini dari dulu d zaman TDM.Di zaman Tun Hussin Onn,Tun Abd Razak,Tunku Abd Rahman mana ada politik wang,mereka melakukannya dgn niat untuk membantu org melayu,menjaga budaya org melayu,tatasusila org melayu,adat org melayu,maruah org melayu.UMNO kini hanya untuk mendapat nama dan pangkat serta glamour,dah lupa dah nak jaga kepentingan rakyat dan ahli2 umno di luar bandar.Dan kenapa DS Rais tidak mahu repot pd BPR ataupun Polis mengenai rasuah politi wang ini???Seandainya beliau jujur dan ikhlas dlm perjuangan UMNO untuk org melayu,maka beliau wajib melapurnya kpd BPR dan Polis kerana beliau seorg menteri,maka pihak BPR dan Polis terus akan menyiasat beliau.Para Pemimpin UMNO tidak begitu serious ttg politik wang.Menteri2 memperkatakan hari2 dan cerita ttg rasuah dlm UMNO,tiada seorg pun menteri or pemimpin membuat lapuran BPR dan polis.Yg kita nampak hanya di kota tinggi sahaja,itupun Pas yg membuat repot polis terhadap Syed Hamid,sampai kini tiada lapuran di keluarkan oleh polis dan BPR mengenai politik d kota tinggi.BPR dan Polis hanya menunggu isyarat dr pihak atasan untuk melakukan siasatan.Sy melihat,ahli UMNO yg ada nama,pangkat serta darjat dlm UMNO seperti dia KEBAL dlm bentuk undang2 negara.Sbb itu sekarang ini calon2 berlumba untuk mendapat tiket khas ini,hanya untuk kepentingan individu sahaja.Renung dan fikir2 la....JIKA PEMIMPIN UMNO SEKARANG INI TAHU ADA RASUAH,CARI BUKTI,JGN ASYIK BYK BERCAKAP SAHAJA.BERI KERJASAMA DGN BPR DAN POLIS.CALON BOLEH BUAT JERAT,PELANDUK TIDAK AKAN LUPA PD JERATNYA.AHKIRNYA TERKENA JUGA....

dan kajang said...

As'kum Dato'

1. Soalan yang Dato' majukan itu merupakan suatu soalan yang amat kritikal. Ia membuktikan betapa teruknnya Umno sekarang.Secara ikhlas saya dan ramai rakyat lagi mendapati sukar untuk mengenal pasti beberapa lagi Tokoh Umno yang sama seperti Dr. Rais Yatim.

2. "Mungkin ada" Tokoh2 tersebut. Cuma kebanyakannya melalui melalui body language dan pergerakan mata mereka semasa membuat kenyataan menentang politik wang dalam Umno, kita agak sangsi sama ada mereka ini ikhlas dengan apa yang mereka katakan untuk menentang politik wang itu. Isu ini sebenarnya sudah parah. Kalau pun Tokoh2 berkenaan tidak terlibat secara langsung, tapi pengikut dan penyokongnya pula yang ada kepentingan akan melakunya. Jadi bagaimana nak benteras?

3. Umno mesti mengaku bahawa adalah sukar untuk dipulihkan keadaan ini dalam masa terdekat. Politik wang dalam Umno akan dapat dibenteras hanya selepas kepimpinan sekarang berjaya menghancurkan terus Umno sama ada melalui pergolakan dalaman semasa pemilihan parti atau semasa PRU apabila rakyat menolak terus kepimpinan Umno dan Kerajaan BN tumbang.

4. Tatkala itu barulah kita akan lihat Umno wujud sebagai sebuah parti kerdil. Tiada siapa lagi yang mahu memegang jawatan dalam Umno yang tiada taring. Pada masa itu juga hanya mereka yang benar2 ikhlas dalam perjuangan tulen Umno sahaja akan terus setia dan sanggup menerima jawatan yang tiada lagi glamour tapi semata-mata untuk memulihkan perjuangan asal Umno.

5. Ketika itu mereka tidak perlu lagi tabur wang untuk jadi pemimpin Umno. Ahli2 tidak lagi mengharap sogokan untuk memilih pemimpin, malah sebaliknya mereka akan mencari dan merayu pemimpin2 tertentu untuk memegang jawatan tertentu dalam Umno. Pada masa itu barulah dapat kita lihat perjuangan Umno kembali kepada perjuangan asal sama seperti semasa kita menentang Kerajaan Bitish dulu bagi mendapat kemerdekaan.

6. Oleh itu kita harap semua ahli Umno supaya insaf dan renung kembali perjuangan mereka sama ada sanggup melalui zaman kemusnahan Umno angkara kesalahan sendiri yang tunduk kepada politik wang ataupun bangkit semula untuk menentangnya demi untuk masa depan bangsa, negara dan keagungan Umno.

abROcadabRO said...

Orang-orang seperti Dr Rais tidak "disukai" oleh para perwakilan kerana tidak "menghulur" dan pasti akan ditolak.

Ini adalah kerana Umno telah sebati dan sinonim dengan politik wang yang sangat tebal. Setiap lapisan pemimpin Umno adalah korup.

Sarjan Lama said...

aku ingat Datok Rais Yatim patut bersara dah, pasal leni nampaknya politik wang dah menjadi trens, nak buat macamana orang dah tak peduli apa yang halal dan yang haram......

bunga mawar said...

Ceramah Akidah 20hb Nov 2008 di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia) http://pondokhabib.wordpress.com

ae_zin said...

tahniah, kalau itu yang diharapkan dan dibuktikan.

bayangkan jumlah laporan rasuah yang sahih diterima ialah 900!!!

bagaimana sebuah parti yang mendukong cita-cita dan harapan bangsa Melayu seteruk dan sehina ini? Mampukah ia berperanan sebagai WADAH perjuangan?

Bagaimana jika pemimpin hasil rasuah ini terpilih dan berkuasa (dan memang menang), bagaimana dia bakal memikul tanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara? Atau dia bakal menggadai maruah bangsa dan agama....

adibeta said...

Dato',Dalam hubungan suami isteri,ada perkara yang perlu dirahsiakan....kalau diceritakan kepada anak2 atau semua orang,orang tak kata baik tapi BODOH!!!

Suami atau isteri yang bercerita pasal rumahtangga sebenarnya nak jadi HERO tapi orang akan melihat dia itu GELOJOH. Dan cerita akan terus dijaja sehingga.....Jadi masalah rumahtangga perlu diuruskan secara tertib..

Jangan kita terlalu memandang rendah akauntabiliti perwakilan2 yang dipilih ke persidangan bahagaian kerana ada juga pelabur tapi tewas. Status Doktor, Lawyer,Jurutera dan lain2 kump profesional bukan bermakna kita juga 'profesional' dalam melayari perihal politik cawangan dan bahagian.'Profosinal' dan kesanggupan untuk berkhidmat adalah elemen yang dinilai rakyat kebanyakkan.Konsep masuk kampung dengan kereta mewah sudah tidak releven lagi.

Serious atau tidak berlakunya politik wang adalah perkara yang subjektif.Ramai orang yang sudah memperkatakan, ramai orang yang menuduh, ramai orang yang merasa bimbang tapi tak ramai yang bertindak untuk menghapuskannya.

Orang yang memberi dan menerima adalah pesalah namun yang menentang bukan semuanya HERO....
Kalau berhijrah ke tempat yang lebih 'nyaman 'kerana politik wang,pastikan ianya tidak di bayar atas 'darah' Agama,Bangsa dan Negara.

Akhirnya..Mahkamah media tidak akan menyelesaikan malah akan memudaratkan lagi...

Renung-renungkanlah
Kg Dewan Beta,KB,Kel

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Depa kata, Kalau bagi SALAH, kalau tak bagi KALAH.

Inilah wajah UMNO semasa pemilihan peringkat Cawangan dan Bahagian. Kemudian wajah yang tercemar ini akan terus mencemarkan pemilihan jawatan tertinggi parti Mac 2009

wira said...

Datuk Ron

Jalan yang paling baik dizaman sains dan teknologi dengan adanya jaringan internet, biarlah semua ahli Umno diberi peluang mengundi diseluruh negara serentak.

Dengan cara ini proxi tidak boleh membuat kerja dengan niat dan nawaitu yang buruk hanya untuk dirinya sendiri sahaja.

A said...

Ok-lah kalau nak setuju jugak dengan kenyataan yang didalam Umno itu masih ada pemimpin yang bersih dan boleh diharapkan seperti Rais Yatim, maka, saya akan tumpang setujulah Datuk.

Lagi siapa? Selain Rais Yatim, Ku Li, Shahrir Samad dan Datuk sendiri? Lepas tu dari sayap Wanita mungkin Kamilia Ibrahim boleh diharapkan dan mungkin juga Maznah Hamid. Nak tanya, mereka-mereka ni semua dah ada team dan think-tank group yang nak dibawa bersama untuk menjayakan visi dan misi? Adakah belum golongan pelapis didalam senarai pemimpin-pemimpin ini? Mampukah sekelompok kecil ini melawan kumpulan lain yang lebih gah dari segi sumber wang dan pengaruh serta anggota sukarelanya.

Tahun lepas, saya ada dimaklumkan melalui bisik-bisik politik di YBK bahawa rancangannya ialah meletakkan YBM Ku Li dan Rais Yatim sebagai nombor satu dan dua. Dari sini, Umno akan digembelingkan untuk keperubahan yang lebih drastik dan lebih baik. Betulke?

Datuk, walau apapun cakap-cakap politik yang sedang berlegar sekarang, kami ahli biasa Umno tak mahu-lah pemimpin macam Khir Toyo, KJ, Rafidah atau yang seumpama dengannya menjadi pemimpin kanan Umno. Cukup-lah spesis macam ni dibagi kuasa. Nampak macam pandai tapi tak boleh diharap.

Kalau macam ini jugaklah keadaan parti orang Melayu lebih baik orang Melayu ada parti lain yang boleh diharapkan.

Sirmat said...

dah tahu tempat tu dihuni olih pengotor tapi masih mahu tinggal dan berdamping apa punya orang ni.

dato said.....
Rais menyedari hakikat wujudnya politik wang dalam pertandingan UMNO kali ini. Tetapi beliau tetap berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya yang tidak akan tunduk kepada amalan rasuah politik dalam UMNO.

kalau dah tahu buat aja lapuran, tak mahu terlibat bolih percaya cakap org umno.

haji said...

salam datuk,

Datuk Rais tu tak ada duit datuk. Dari dulu sampai sekarang pegang jawatan menteri yg tak boleh buat duit. Cuba bagi dia pegang JKR, Luar bandar, Kewangan, Trade dsbnya pasti dia ada sedikit hasil. Rais cukup2 makan, manalah mampu nak menabur..walaubagaimanapun kita angkat semangat dia atas kepala kita. Dialah orang Melayu yang bersemangat dan berjiwa kebangsaan.

mad said...

cara terbaik membanteras salahguna kuasa dan rasuah adalah dengan bertukar kerajaan. salah kita sendiri masyarakat malaysia membiarkan satu komponen parti memerintah negara dalam masa yg terlalu lama kerana ia mengundang gejala rasuah dan penyelewengan di peringkat tertinggi. lihat saja amerika dan negara2 lain yg sering bertukar pemerintah, negaranya maju dan rasuah dapat dikawal walaupun tidak sepenuhnya. amerika pula menghadkan seorang presiden berkuasa utk 3 penggal sahaja, lepas tu kena undur diri. itulah yg berlaku pada bush sekarang. kini kita lihat bukan saja muka baru yg menjadi presiden amerika tetapi juga bagsa baru yg belum pernah menjadi presiden iaitu kaum kulit hitam amerika. ini satu kemajuan yg tak pernah dibayangkan sebelum ini oleh amerika mahupun dunia. amerika sudah jauh maju kehadapan dari segi sosial, ekonomi dan politik, malaysia masih lagi merangkak terhenjut2.

mad said...

ee_zin menulis:-

"Bagaimana jika pemimpin hasil rasuah ini terpilih dan berkuasa (dan memang menang), bagaimana dia bakal memikul tanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara? Atau dia bakal menggadai maruah bangsa dan agama...."

hai tak tahu ker, kita sudahpun ada pemimpin seperti ini. lama dah

wanbaki said...

Dato` Ron,
komen ini saya tulis di dalam blog datok kamarulzaman Kamdias.... saya tulis ini pasal saya orang BALING dan berharap Datok Rais seperti yang datok tulis.....

Dato',
Ngabih kan bogheh yo lah.....
Suruh Nazri junjung Quran la kalau dia berani kata UMNO tak da politik wang... ADA BERANI....
Bagi aku " bagi salah, tak bagi kalah" apa mau cakap...
aku bagi contoh la skit supaya yang bahalol pun boleh pikir..

Dato' A (bukan nama sebenar)=orang kaya nak jadi Ketua Bahagian di nun jauh di utara VS Dato` W (bukan nama sebanar)= tak kaya tapi menjadi pilihan akar umbi. Dato` A terpaksa bagi perwakilan $10.00. Maka sokongan kepada Dato` W berkurangan dan Dato` W juga perlu mencari duit untuk di beri kepada perwakilan kerana sekiranya dia tak bagi dah tentu kalah dan tidak boleh menjadi Ketua Bahagian...

Dengaq kata bukan di utara ni saja malah satu Malaya jadi macam ni.

Kalau Bung Nazri nak tipu budak dajah satu pun tak pecaya. Nak suruh anak p kedai pun RASUAH gula 20 sen. Ini kan nak undi untuk jadi ketua Bahagian..

MasyaAllah, penipu betoi la bang Nazri ni......

November 19, 2008 7:32 PM

Mika Angel-0 said...

Mas Kuda Kepang
(baru sedap sikit bunyinya)

Buta Kanan Dan Kiri
(temosyae pekan parit)

HA HA HAAAAAAAAA!
udah le yatim piatu pule kome
kee kee keeeeeeee
emmmmmphfff uuuurp!

alhamdulillah

1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (151)
2. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (106)
3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (81)

5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (pekak lari)
6. Tan Sri Mohd Isa Samad (taukae nogori lari)
7. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (taukeh judi lari)
8. Datuk Seri Dr. Rais Yatim (juo lari -
kiro-kironyo bagitulah
agak awak)

jangan bergurau dengan orang pulai
bila bulan durian - belahaknya ya rabbi
membuat teman lapar pengat berpulut

jangan bersenda dengan orang jelebu
masakan nak bakar kelambu
bakar jambatan pun tak tahu,
dak gitu

over my dead body - konon


Kepada Allah Berserah

merantikota said...

Dato Ron,

Apalah sangat nak dipelecehkan Dato Rais tu.... beliau bertanding pun jawatan yang jauh dari nombor dua, pun ada tiga pilihan kalau menang! Lepas tu kena tanding lagikan?

Sekurang-kurangnya biarkan pertandingan berlaku...

Kalau semua line-up orang darah muda....orang lama kena buat parti lain kut?

Dato Rais ada harapan...siapakah yang memberi bekas.... lagit atau wang?

Jangan berputus asa Dato Rais....

keris panjang said...

Dato

Saya hanya mampu mengurut dada melihatkan trend pemilihan yg berlaku sekarang..


Apalah yg boleh diharapkan kpd G7 yg akan memilih nnti..

Hang Jebat said...

Datuk,

Satu hari dulu masa Pak Lah nak ambilalih jadi PM, semua orang kata dia sangat bersih - Mr. Clean. Tapi hari ini segalanya hancur dan hanyut ke laut.

Hari ini Datuk kata DS Rais bersih dan berperinsip. Tak main politik wang sejak dari dulu sampai sekarang. Tapi sekarang dah lain. Arus perdana dah berubah. Tiada wang tiada undi. Saya gerenti DS Rais akan kalah. Suka atau tidak suka itulah hakikatnya. Rasuah politik dah terlalu sinonim dan terang-terangan sedang berlaku. Kita memang tak suka, tapi nak buat macam mana kalau sudah itu caranya. Tak tahulah apa nak jadi nanti. Pemimpin penipu akan menang. Negara hanyut. Bangsa melarat. Dunia gelakkan kita. Silap-silap kita dijajah semula. Lihat saja kisah-kisah sejarah Melayu. Kerajaan Melayu Melaka jatuh atas sebab-sebab sultan dan pemimpin-pemimpin Melayu tidak bersatu hati. Saling sabotaj antara satu sama lain. Rasuah menjadi-jadi di kalangan pembesar-pembesar kerajaan. Hari ini sejarah itu sudah berulang kembali. Cuma kita belum nampak lagi siapa agaknya yang akan menjajah kita sekali lagi.

Nauzubillah...