Thursday, November 27, 2008

SEJARAH DAN PUNCA POLITIK WANG

Ruhanie Ahmad

Terminologi politik wang mula popular pada awal 1980-an. Pada ketika itu, pelbagai kaedah dan cara dilakukan oleh segolongan warga UMNO yang berhasrat memenangi sesuatu jawatan di peringkat cawangan, bahagian atau majlis tertinggi.

Amalan politik wang pada era itu tidak membabitkan pemberian wang kepada para perwakilan secara hakiki. Wang ringgit hanya digunakan secara indirect oleh seseorang calon yang mengamalkan rasuah politik untuk mendorong para perwakilan memberikan undi kepada dirinya.

Contohnya, para perwakilan yang menerima amalan rasuah politik akan dibawa melancong oleh seseorang calon yang telah memenangi jawatan idamannya. Destinasi popularnya adalah Jakarta, Medan atau Bangkok.

Selain itu, para perwakilan sedemikian juga akan dibelanja berhibur di kelab-kelab dangdut, diberikan hadiah serta cenderamata dalam bentuk kain songket, jam tangan berlambangkan UMNO, dairi atau pun lain-lainnya.

Ini bermakna, tidak ada transaksi wang ringgit secara direct daripada akaun pemberi atau wakilnya kepada pihak penerima. Juga tiada pemberian wang ringgit di dalam envelop secara direct di malam-malam terakhir menjelang pemilihan jawatan di semua peringkat.

Kian Meluas

Fenomena di atas, lama kelamaan jadi semakin meluas, canggih dan sukar untuk dikesan. Antara destinasi pelancongan juga mula termasuk ke Tanah Suci untuk ibadat umrah.

Saya dapati rasuah politik atau politik wang mempunyai banyak puncanya. Ia memerlukan pakar sosiologi, anthropologi, saikologi, saintis politik, pakar jenayah, para peguam serta budayawan untuk menghalusinya secara tuntas dan rinci.

Ini kerana amalan rasuah politik ini membabitkan mentaliti serta perilaku manusia – sama ada pihak yang memberi rasuah atau pihak yang merelakan diri mereka untuk dirasuah dalam sesuatu proses pemilihan kepimpinan UMNO.

Cara-cara rasuah ini dilakukan juga jadi kian canggih selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi, khususnya SMS dan teknologi transaksi wang secara on-line.

Sebab itulah penyakit ini memerlukan satu pendekatan yang bersepadu, menyeluruh dan berkesan untuk membanterasnya. Ia bukan sahaja memerlukan reformasi pengurusan UMNO di semua peringkat. Ia juga memerlukan reformasi minda, pengukuhan jatidiri serta peningkatan keinsafan manusia-manusia politik itu kepada matlamat teras serta cita-cita perjuangan parti.

Idealisme Luntur

Hasil daripada kajian ringkas yang saya jalankan, antara punca utama politik wang adalah seperti berikut:

Satu: Idealisme perjuangan UMNO yang berlandaskan huruf alif, ba, ta - singkatan kepada agama, bangsa, tanahair – kurang dihayati atau sengaja tidak mahu dihayati oleh sesetengah warga dan pemimpin UMNO. Ini mungkin berpunca daripada kesejahteraan, kemewahan dan kebahagiaan hidup di era Malaysia merdeka.

Dua: Ketiadaan key performance index (KPI) untuk menilai serta meningkatkan kualiti kepimpinan UMNO di semua peringkat.

Tiga: Seluruh jawatan utama dalam hiraki UMNO disifatkan oleh sesetengah warga UMNO sebagai pasport kepada pencapaian pangkat dan darjat dalam kehidupan mereka. Bukannya disifatkan sebagai amanah untuk memperjuangkan nasib serta kehidupan rakyat jelata seluruhnya.

Tiga: UMNO belum mempunyai strategi serta program yang konsisten, terancang, menyeluruh dan berkesan untuk menyemarakkan ideaslisme perjuangan parti di semua peringkat.

Sistem Kuno

Empat: Sistem pemilihan kepimpinan UMNO yang ada sekarang adalah kuno dan tidak lagi sesuai dengan karenah jumlah ahli UMNO yang kian meningkat.

Lima: Ketiadaan prosidur jelas dan tetap dalam pengurusan hal ehwal siasah dan karenah ahli-ahli UMNO di semua peringkat. Perlembagaan parti mengenai disiplin dan tataetika seolah-olah kurang dihormati oleh sesetengah anggota parti.

Enam: Ketiadaan jentera untuk memantau perlanggaran disiplin dan tataetika perjuangan yang menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.

Tujuh: Ketiadaan mekanisme serta kaedah khusus untuk melaporkan kesongsangan perilaku ahli. Ini menyebabkan sesuatu laporan mengenai salahlaku dan perlanggaran disiplin dilakukan secara adhok sehingga menyebabkan wujudnya kes-kes diketepikan kerana kekurangan bukti dan wujudnya elemen-elemen fitnah terhadap sesuatu pihak yang sebenarnya tidak bersalah.

Lapan: Mentaliti bahawa UMNO akan terus hidup, berkembang, kukuh, mantap dan berpengaruh sepanjang zaman – dulu, kini dan selamanya. Ini menyebabkan komitmen sesetengah ahli UMNO memelihara kesejahteraan serta memperkasakan perjuangan parti jadi sambil lewa dan luntur.

Tiada R & D

Sembilan: Wujudnya persepsi bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Ini menyebabkan sesetengah ahli UMNO gagal membezakan peranan kerajaan dan parti terhadap masyarakat.

Sepuluh: Terakhir dan bukannya kurang pentingnya, ketiadaan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (research and development) untuk memantau perkembangan UMNO, mengenalpasti masalah pengurusan UMNO, mengukur komitmen kepimpinan UMNO serta membuat perakuan-perakuan untuk sentiasa memperkasakan UMNO.

Demikianlah sebahagian daripada punca rasuah dalam UMNO. Saya yakin para pakar yang saya sebut di perenggan terawal dalam tulisan ini mampu menghalusinya untuk memberikan perspektif yang lebih berwibawa dan jelas.

Posting saya di blog ini pada Sabtu, 22 November 2008, adalah diantara gagasan dangkal saya untuk mengatasi serta manbanteras gejala rasuah politik ini.

[Esok saya akan bertolak ke Iran untuk satu lawatan kerja selama seminggu. Jika terluang waktu saya akan membuat posting dari Tehran.]

22 comments:

add said...

Mudah sahaja , jangan bagi kontraktor yang konker jawatan pemimpin umno. bagi je golongan cerdik pandai (ilmuan) menerajui parti diperingkat bahagian.pendekatan para ilmuan ni lain sikit dari kontraktor, bila kontraktor;
1.banyak duit dan mudah bayar pengaruh.
2.bila banyak duit,joli sana joli sini.
3.Bila joli, mesti ada "minum".
4.Kalau tak de minum, mesti ada "betina".
5.Mustahil tiada yang diatas tu.
6.Bila ada salah satu dari diatas kecuali no.5 maka itulah punca "pw".
7.untuk dapat minum,betina mesti kejar jawatan untuk dapat projek bagi penuh kan kantung tu,,

contoh pejuang parti dulu dari kalangan ilmuan ramai dan terserlah perjuangannya....
wassalam

Anonymous said...

Hope you post some photos from Tehran, Datuk.

abunawas said...

Amat bersetuju dengan faktor-faktor itu menjadi sebahagian dari puncanya.

BUT UMNO atau jawinye macam boleh disebut AAMANU yang juga selalu disinonimkan dengan melayu yang juga sinonim kepada Islam...yang sering kita dakwa memperjuangkan Islam....maka tidak dapat tidak politik wang/rasuah ini hanya mampu terjadi apabila seseorang membelakangkan Islam.

Sejarah telah membuktikan kejatuhan kerajaan Islam, gagasan wilayah Islam...hanya berlaku apabila penghayatan Islam itu mula terpinggir sedikit demi sedikit. Kekuatan ini tidak boleh luntur kerana kekuatan lain akan turut luntur dan musnah akhirnya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,
Rasuah seperti pelacuran juga. Sekarang sudah menjadi satu industri yang semakin hari melibatkan lebih ramai manusia. Saya berpendapat, membasmi jauh sekali.Mengurangkan mungkin boleh.
Dalam kes UMNO sekarang, ramai akan berpendapat dalam masa berkempen sehingga bulan Mac 2009, mungkin jutaan ringgit telah, sedang dan akan bertukar tangan. Keadaan ini bukan tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin atasan tetapi apakah tindakan yang boleh dibuat. Ianya bergantung kepada siasatan entahkan bila akan bermula dan berakhir. Sedangkan setiap hari sehinggalah hari pertandingan sudah berlaku 'transaksi' wang secara 'manual' dan secara 'maya' kepada perwakilan-perwakilan. Hari ini PM bercakap tentang amalan politik wang tetapi hari ini jugalah beratus-ratus wakil calon sudah berada di seluruh pelosok negara bertemu dengan perwakilan-perwakilan.Apakah jaminan kita pertemuan ini adalah satu pertemuan yang 'suci' dan bersih daripada sogokan atau apa saja perkataan yang seumpama dengannya.Atas sebab itulah juga ramai yang bertanding G7 semasa mesyuarat UMNO Bahagian baru lalu. UMNO Bahagian Pt.Sulong sendiri umpamanya begitu ramai yang menawarkan diri. Apakah niat mereka bertanding? sangat subjektif jawapannya. Ada antaranya sanggup tidak bertanding Ahli Jawatankuasa tetapi memberi fokus kepada kempen untuk memenangi G7. Ada yang bertanding kedua-duanya tetapi menang salah satu daripadanya. Ada yang lebih beruntung memenangi kedua-duanya sekali dan mereka ini sudah jarang lagi nampak kelibatnya di kampung. Mungkin sedang tersenyum lebar....

Amir Hamzah Hj.Mohamad
Semerah, Batu Pahat

Syahir said...

UMNO akan bersih sekiranya pemimpin2 tertinggi komited terhadap penghapusan rasuah.

Rasuah di dalam UMNO diwarisi oleh saki baki penyokong pemimpin tertentu yang kini berada di luar UMNO. Suburnya politik wang bermula sejak 1993.

Sokong TUN DR.M untuk dedahkan para pengamal korupsi habis-habisan!

http://gunungraya.blogspot.com

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Tun said and I qoute:

Asia Must Initiate Changes To Monetary, Financial Systems
By Mohamad Nasir Yusoff

NUSA DUA (Bali), Nov 27 (Bernama) -- It is important for Asian countries to initiate changes to the monetary and financial systems to reduce the impact of the current financial crisis of America and Europe, and perhaps enable earlier recovery, former Malaysian prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Thursday.

He said that after witnessing all the systems of the West, which seemed to be crumbling now, the world was about to view Asian practices and systems more positively.

"Asian countries must therefore make their voices heard, including those of the small developing economies. It would be fatal for them if they allow, as in the past, the rich and the powerful to devise the systems by which they must all function.

"In particular, the banking system and practices need to be looked at from the Asian developing economies' point of view and interest," he said when delivering a keynote address at Indonesia's National Committee On Governance's 2nd Annual Top Executive Forum on Governance here.

Dr Mahathir said that in a Eurocentric world, Asians tend to accept everything that came from the West as right and proper and it was difficult for Asians to reject what originated from the Europeans.

"But that culture, that blind acceptance of the systems and ways of the Europeans must be modified, if not discarded. What we're seeing today is the collapse of a very fundamental European institution, that of money and banking," he added.

Dr Mahathir said it was not enough for Asian countries to just tweak their present system of governance as they must be prepared for radical change and Asian ideas must find a place in the development of those changes.

Asian countries, he stressed, must go back to the drawing board, question the system that have been used for centuries, consider redefining them, introduce new rules and regulations and provide for better governance.

"We may have to throw out the system altogether and devise a new one," he said, adding that all those were not in Asian culture.

"But our culture must not stand in the way of necessary reforms, if it means saving our economies and our states," he told the participants of the two-day forum.

Earlier, in his speech on "Governance Reform in Asia: Cultural Perspectives", Dr Mahathir told some 100 top executives of companies operating in Indonesia that Asians were culturally conservative and orthodox and also had an inferiority complex, believing that Europeans were superior people.

So, when Europeans came with ideas about globalisation, borderless world and free trade, the general tendency was to accept those ideas and reforms of governance must be made to accommodate the new vision of the world as a global village, to make possible the free flow of capital and the sanctity of unregulated markets, he said.

"But even as these things were being initiated, the world came to realise that the American financial crisis was not going to be confined to America alone but would engulf the whole world. Not only are they not delivering the expected benefits that they seem to have done to the world's economy in the past but they seem about to destroy it," he said.

Believing that Asian countries would not want to be dragged down by an economic and financial crisis not of their own making, he asked whether they should be carrying out reforms of governance to facilitate globalisation and free trade as they had been urged to do.

On the US dollar, Dr Mahathir said that without gold it had no backing at all and was basically a useless piece of paper and that only the demand for the US dollar to settle trade payments kept its value up.

"It is doubtful if the US knows how much US dollar is in circulation in the world. Its very poor security feature also makes it easy to forge," he said, adding that the US owed the world an estimated US$14 trillion dollars, an amount which it could never hope to pay, what more when every day the US government had to borrow US$1.5 billion to finance its administration.

Responding to a question later, Dr Mahathir reiterated his call made years ago that trade payments among countries be made in gold dinar and pointed out that the Bretton Woods agreement too provided for gold to back currencies as gold has real value.
-- BERNAMA

As currencies are exchangeable one to any other why worry on a useless piece of paper, Dr Mahathir? If only it is true in the sense of UMNO and if that is out of context then the case of Corruption in UMNO is prime example of an easy to forge charges. Useless piece of marketing information, if not propaganda, is what any officer of the courts or with the courts would know.

When we now throw out the system what new one will we creat? I think an UMNO(Baru)(Biru) is not quite as serious sounding as it may spell - I think it sounds funny, don't you Kuda Kepang?

I know Abdullah is pretty smart with his Islamic Banking System and New helicopters don't exactly come cheap these days of credit crunch - to replace those ageing Nuris. But he will manage it.

Terima Kasih

dizzy boy said...

Datuk Ron,
Bab sejarah politik wang dlm UMNO sejak zaman pemerintahan TDM dah tentu Datuk tahu semuanya,siapakah yg menyuruh ahli2 yg ingin bertanding amalkan politik wang.Datuk perlu jujur untuk menyelesaikannya,dan jawapannya pun ada pd Datuk.Sy dah acap kali memberitahu siapakah yg mula2 menyuruh amalan rasuah dlm UMNO.Kini org yg amat terkilan ttg rasuah dlm UMNO turut rasa kecewa,sedangkan pd zaman pemerintahannya dahulu amalan rasuahlah yg dia paling suka.Bak pepatah melayu,bapak borek anak rintih,itulah ungkapan yg berani sy katakan pd TDM.Puncanya adalah ketika TDM ingin mempertahankan jawatan Presiden ketika masa dulu.Jika pembaca2 blog ingin tahu cerita sebenarnya,tanyalah pd veteran2 UMNO yg pernah memegang jawatan tertinggi dlm UMNO,adakah benar dakwaan sy.Rasuah dlm UMNO dah lama dah,mungkin dlm 20 tahun usia rasuah ddlm UMNO,dah parah rasuah dalam UMNO mcm penyakit barah.Sy rasa rasuah dlm UMNO tidak dpt dipulihkan sepenuhnya,wang RM mempengaruhi segala kehendak untuk menjadi pemimpin serta pangkat dlm UMNO dan mungkin pd kabinet.Sekiranya UMNO dpt pulih dr segi moralnya,sy syorkan pd calon2 yg ingin bertanding di peringkat tertinggi,adakan forum terbuka,bahaskan isu2 politik,agama dan ekonomi.Sekiranya calon2 itu menghentam atau menghina calon sesama sendiri,gugur sahaja keahliannya.

bungaraya said...

Mereka yang terlibat dalam barah ini ialah:-
1. Calon yang bakal bertanding,
2. Perwakilan yang bakal mengundi.
3. Broker atau agent pelobi calon.

Mereka ini harus dikumpul oleh Pak Lah dan Pemimpin yang menang tanpa bertanding serta AJK Disiplin parti, sebelum Mac 2009 untuk di'rotan dan kembirikan' agar mereka serik untuk mengamalkan rasuah.

berasiam said...

Salam Datuk Ron,

Macam mana nak salahkan pemimpin semata-mata setiap kali membincangkan perkara ini kerana sikap ahli juga menjadi pemangkin kepada penularan amalan buruk sedemikian. Malah di kalangan ahli yang kononnya anti politik wang, yang kerap bersama dengan YABhg. Tun Dr. Mahathir, TS Sanusi Junid dan DS Dr Rais Yatim, malah pernah menganjurkan majlis untuk mereka di rumahnya, pun masih menilai pemimpin berdasarkan harta dan RM. Ahli mahukan yang kaya menjadi ketua, sikap feudal yang kembali menebal dalam masyarakat Melayu.

Sebagai senario, A, B dan C bertanding untuk jawatan Ketua Bahagian. Ketiga-tiga calon menghulur wang kepada perwakilan cawangan, sama ada secara terus atau melalui agen untuk membeli pencalonan dan undi. Laporan pun dibuat, tindakan diambil dan semuanya tidak layak untuk bertanding, Maka bahagian tersebut tidak mempunyai penyandang jawatan utama pada pemilihan berkenaan.

Selain itu, pengalaman saya sendiri boleh diambil sebagai contoh. Saya menulis surat aduan kepada Ibu Pejabat UMNO mengenai kepincangan perjalanan Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang lalu. Tidak sampai berapa hari, Ketua Bahagian yang menang bertanya kepada Ketua Cawangan saya tentang hal tersebut, siap tahu nama saya yang membuat aduan. Menurut Ketua Cawangan saya, Pengerusi Perhubungan Negeri (yang merupakan salah seorang calon Timbalan Presiden) yang memaklumkan hal berkenaan kepada Ketua Bahagian. Itulah contoh betapa ketatnya etika kerahsiaan dalam UMNO untuk aduan-aduan yang diutarakan.

Carl said...

Salam Dato,

Satu cara sahaja untuk mengekalkan UMNO. Hapuskan sistem kuota dan biar pemilihan dilakukan oleh ahli UMNO dari peringkat ahli biasa hingga ke atasan.

Setiap kali PAU, adakan pilihanraya dalaman di seluruh negara. Rasuah dan politiking pasti mampu diatasi. Ada lebih kurang 3.5 juta ahli UMNO. Dengan cara ini, amalan demokrasi dapat diamalkan secara telus dan adil.

Kepada pemimpin atasan, jenguk-jenguklah orang bawahan ni. Fikir-fikirlah idea saya ini. Kalaulah saya berada dalam golongan pemimpin atasan, sesungguhnya idea ini akan diusulkan sehingga berjaya. Tapi tak taulah, pemimpin sekarang sanggup ke tak untuk perubahan drastik ini.

Sekadar pandangan dari nobody to somebody...

SHAMSUDDIN MONER EL-ASKARI said...

Assalamualaikum Datuk. kalau nak tahun sejarah dan punca politik wang, ianya adalah berpunca daripada sifat sombong dan takabbur. Mari kita hayati satu persatu, iaitu :

1. Sifat menyombong diri atau membesar diri adalah sifat hati yang berada dalam batin diri. dari sifat inilah lahirnya perilaku perbuatan atau tindakan yang bersifat lahir sebagai terjemahan atau natijah kepada sifat sombong dan membesar diri. Sifat takabbur ini berbeza dari sifat 'ujub. Sifat 'ujub hanya berkaitan dengan diri sendiri dan ianya berlaku ketika bersendirian tanpa pihak ketiga. Tetapi sifat takabbur ini hanya akan terserlah apabila adanya pihak lain sebagai objek sasaran untuk ditonjolkan.

2. Firman Allah s.w.t, yang bermadsud : " Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri (takabbur) dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
( Surah Fussilat , Ayat 15 )

3. Ada beberapa sebab ataupun punca yang menyebabkan seseorang itu boleh menjadi sombong dan takabbur, iaitu :

Pertama : ILMU - hanya sedikit bilangan orang-orang yang berilmu (alim) ini yang terlepas daripada sifat takabbur dengan ilmunya. ini kerana kebanyakan daripada mereka yang berilmu ini akan merasa dirinya sempurna dan lebih daripada orang lain.

Kedua : AMAL IBADAH - Kebanyakan orang yang termasuk dalam golongan orang yang kuat beribadah ini akan merasakan bahawa mereka lebih berhak dihormati dan disanjungi daripada orang lain. Mereka juga akan mengharapkan diri mereka akan mendapat lebih keistimewaan di majlis-majlis umum dan kera'ian. Kebanyakan daripada mereka sering mengatakan bahawa dirinyalah yang terselamat, orang lain akan binasa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda : " Jika kamu mendengar seseorang mengatakan semua orang binasa, maka sebenarnya dialah yang lebih binasa" (Riwayat Muslim ).

Ketiga : TAKABBUR DENGAN NASAB KETURUNAN -Jarang sekali orang yang berdasar keturunan mulia terlepas daripada rasa besar diri atau takabbur. Kebanyakan mereka memandang rendah orang yang tidak setaraf dengannya.

Keempat : BERBESAR DIRI ATAU TAKABBUR DENGAN PARA KECANTIKAN - Biasanya ini berlaku di kalangan kaum wanita. Sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan merendahkan orang lain seperti mengumpat dan menceritakan keburukan serta keaiban rupa paras orang lain.
Kelima : TAKABBUR DENGAN HARTA KEKAYAAN - Biasanya sifat ini dipunyai oleh para pembesar dan saudagar ahli perniagaan. Mereka akan memandang rendah terhadap orang fakir miskin.

4. Justeru, marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar sifat keji ini serta sebab-sebab yang boleh menjerumuskan kita kepadanya dijauhkan oleh Allah s.w.t, serta berdoa memohon keampunan daripada Allah agar diampunkan dosa-dosa kita sekiranya kita pernah terbabas melakukannya - kerana inilah segala punca politik wang bermaharajalela dalam UMNO , PAS dan juga PKR ( sama saja )

jjueco said...

Dear Datuk,

Have a safe journey!.

Regards,
Jue

enta omri said...

Salam, Datuk Ron.

Mungkin penglibatan saya didalam Umno masih pendek iaitu hanya didalam lingkungan 13 tahun, sebab saya belum pernah lagi mendapat tahu ataupun mendengar mana-mana ahli Umno yang bercakap dan berfikir seperti Datuk sebagaimana yang Datuk tuliskan didalam artiket ini. Yang pastinya tak ada dikalangan pemimpin wanita Umno yang berfikir seperti ini atau hampir seperti ini setakat ini.

Datuk, saya percaya Datuk mempunyai sekelompok orang yang bersama sependapat dengan Datuk mengenai perihal senarai punca politik wang itu. Saya sangat mengharap Datuk memenangi MT kali ini dan selepas itu berusaha untuk merubah parti ini dengan sebaik-baiknya. Bersihkan dan basuhkan sebersih-bersihnya kalau boleh gunakan antiseptik dan clorox bak kata orang putih sampai "squeaky clean" Datuk.

Serius ni Datuk, saya akan bersama-sama Datuk dan yang lain-lain menjayakan matlamat ini. Insyallah.

walid said...

Datuk Ron,

Umno telah menerima padah atas dasar diskriminasi terhadap bangsanya sendiri.

Umno telah membezakan orang melayu pas dan melayu umno,mengapa kini perlu meminta simpati dari melayu,berapa ramai guru yang telah di tukar hanya kerana faham politik berbeza mereka telah teraniaya dan tuhan mersetui dan makbul doa mereka.

Buah pinang masak layu
bunga semalu jangan di makan
kalau hilang kuasa melayu
jangan melayu di persalahkan.

salahkan pemimpin umno. bongkak sombong dan angkuh!

gedebe said...

Saya sering memerhatikan penggunaan ganti-nama proksi dalam perbualan harian orang-orang Melayu.

Di kampong saya ini "awak" digunakan selamba-selamba sahaja untuk mewakili saya/aku. Kenapa ya? Beria-ia mereka cuba sedaya upaya supaya jangan menggunakan ganti-nama saya/aku untuk mewakili diri sendiri.

Mereka yang tahu berbahasa Arab pula menggunakan ana/ente dalam perbualan Melayu mereka. Kenapa ya?

Mereka yang tahu berbahasa Inggeris pula menggunakan I/You dalam perbualan Melayu mereka. Kenapa ya?

Adakah ini melambangkan sesuatu yang amat serius berlaku dalam "psyche" orang-orang Melayu.

Adakah ini melambangkan kita orang Melayu pada zahirnya tidak menekankan sasaran tanggungjawab? Betulkah anggapan saya ini Datuk?

Adakah isu yang Datuk ketengahkan ini berhubungkait degan apa yang telah saya katakan?

Ikhlas-ikhlas saya katakan amatlah susah untuk saya menceraikan hubungkait itu.

Unknown said...

UMNO AKAN LEBIH BERSIH DAN SUCI
Sekiranya PEMIMPINNYA seperti ini...

Khalifah Umar bin Khatab biasanya datang awal ke masjid.Akan tetapi
suatu hari baginda datang terlewat.Ramai orang sedang menunggu baginda.
Baginda memohon maaf,kepada semua jemaah kepada mereka yang
sedang menunggu."Maafkan saya sebab terlambat.Pagi tadi saya mencuci
baju saya ini,saya tidak ada baju lain.Saya tunggu baju ini kering dulu"

Ketika baginda berdiri dihadapan membaca Khubah Jumaat,orang ramai duduk
dibarisan hadapan jelas melihat baju baginda.Jelas kelihatan jubah baginda
bertampal-tampal.Mereka menceritakan tidak kurang dari dua belas lubang
yang sudah ditampal.

abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Pemerintah Negara Islam Pertama di dunia
iaitu Madinah.Suatu hari Umar bin Khatab mendatangi baginda di bilik
tidurnya di kawasan Masjid Nabi.Bila melihat keadaan bilik tidur seorang
Peminpin Agung dan Utusan Allah begitu daif,maka perlahan-lahan
airmatanya mengalir.

"Mengapa saudara menangis?" tanya Baginda."bagaimana saya tidak menangis
dan bersedih hati melihat belakang badan tuan dengan kesan daun tikar."
"Saya sedih sangat melihat bilik tuan"
"Mudah-mudahan Allah memberi lebih banyak kemudahan kepada tuan"
Jawab Umar.

Kemudian Umar menyambung lagi,"orang-orang Rumawi dan Parsi tidak
menyembah tuhan,tetapi raja-raja mereka hidup serba mewah.Mereka membina
istana-istana indah di tengah-tengah taman dan ditengahnya mengalir air sungai".

"Tetapi tuan,walaupun utusan Allah,tuan hidup serba miskin,"kata Umar.
"Kalau didunia mereka hidup mewah,keadaan bertukar di akhirat nanti,"
kta Nabi Muhammad s.a.w.

abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com


KHALIFAH aka PERDANA MENTERI

Suatu hari sedang berehat didalam rumah kerana cuaca terlalu terik,
Uthman Bin Affan terlihat seorang lelaki berlari-lari mengejar seekor
lembu.Lalu dijenguknya daripada tingkat bagi meninjau siapakah
gerangan lelaki itu tadi.Sayangnya lelaki itu sudah hilang disebalik
rumah-rumah disepanjang jalan.

Tiba-tiba Uthman ternampak lelaki itu sudah berjalan balik
sambil menyeret seekor lembu.Bergegas Uthman keluar
rumah bagi melihat siapa lelaki itu dan yang telah terjadi.

Uthman terkejut apabila melihat lelaki itu adalah Khalifah
Umar Bin Khatab,raja sekalian orang Islam.

"Kenapa saudara?Apa yang sudah berlaku?"tanya Uthman
Bin Affan kepada sahabat baiknya itu."Takkan saudara tidak
nampak,saya sedang menyeret lembu ini,"jawab Umar.

"Lembu siapa?Hairan,saudara bukan orang yang pedulikan
harta dunia,kenapa dengan lembu itu?"kata Uthman lagi.

"ini salah seekor daripada lembu-lembu yang didermakan kepada
anak-anak yatim.Tadi lembu ini terlepas dari kandangnya dan lari
ke tengah jalan.Mujur saya dapat tangkap kembali,"kata Umar.

"Tidakkah ada orang lain yang dapat disuruh menangkapnya.Takkan
mengejar lembu terlepas pun mesti dibuat oleh KHALIFAH sendiri?"
Kata Uthman.

"Kuasa KHALIFAH adalah suatu AMANAH,bukan KEHORMATAN,"jawab Umar.


abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Felda's Rescue Plan To Face Global Economic Crisis

KUALA TERENGGANU, Nov 28 (Bernama) -- Felda is drafting a rescue plan to prepare the agency to face any unexpected situations following the current global economic uncertainties.

Its chairman, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, said it would contain measures to be taken, including finding other source of income, besides from oil palm and rubber, for the agency and also strategies to tackle a possible drop in oil palm price.

"Our focus will be to find ways which can provide side income, like producing agriculture-based food products as well as venture into livestock breeding and entrepreneur development," he told Felda settlers in Terengganu at a leadership programme here today.

He also called for cooperation among the settlers in managing their plantations because many who did it on their own failed to do so effectively.

"At first, they found that by managing their plantations individually gave them more profit. Only later do they realise that the large profit is only for a short period," he added.

In another development, Mohd Yusoff said community development would continue to be Felda's main agenda for next year, following an approval given by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for the agency to have another Deputy General Manager who would be in charge of development and community.
-- BERNAMA

Ada apa dengan Felda, Kelembaban Ekonomi, Politik Wang dan Najib?

Ada apa dengan international trade and international factor movement?

Ada apa dengan Bretton Woods, Gold Standard, 15 August 1975 dan Nixon?

Terima Kasih

KHAIRUL said...

mereka-mereka yang bertanding nie ramai yg hipokrik.tambah-tambah pula yg bertanding peringkat tertinggi.mcm ada sorg calon kp yg bertanding.mlm last siap jumpa perwakilan untuk beli pencalonan.dulu tak la seteruk nie politik wang.klu yg masyuk pun selalunya g2 or g7.tp kli nie dah di ajar pula pada perwakilan2 cawangan.klu tak di benteras alamat hancur la umno.

abunawas said...

Hilang Punca.

Mungkin itu lebih tepat.

Apabila hilang punca, maka politik wang mendapat tempat dikancah politik UMNO.

Andai kata yang mempelupori dan yang meneraju UMNO itu bukan dari kalangan orang Islam, pastinya undi rakyat melayu akan berubah arah.

Suka atau tidak, yang meneraju dan ingin meneraju kena akur bahawa sebab yang paling utama rakyat melayu mengundi mereka adalah Islam. Jika Islam itu pudar dari UMNO dalam penglihatan mereka maka tidak mustahil undi akan terus beransur-ansur pindah dari UMNO kepada parti yang lebih diyakini perjuangan Islamnya.

UMNO sentiasa melaung-laungkan bahawa ia memperjuangkan Islam. Maka tindak tanduknya wajib mencerminkan perjuangan itu. Jika tidak ia akan kelihatan seperti hilang punca.

Politik wang merupakan antara tanda yang amat ketara bahawa UMNO kehilangan punca.

Dari segi kaedah, apabila kedudukan atau jawatan itu dikecapi hasil dari cara yang tidak dihalalkan Islam, maka lagha or hambar apa yang timbul dari nya....macam wudhu' tidak sah (sebab tidak sempurna atau atas sebab apa sekali pun yang tidak menepati syarat sah wudhu') maka solatnya juga tidak sah bahkan sembahyang tanpa widhu' itu haram. In law,if the initial transaction or contract is illegal or void, then all subsequent things that follow becomes voidable and illegal. Macam ayam curi juga, walau pun disembelih dan digulai lepas tu, ia tetap makanan yang haram. Begitu jugalah rasuah dan hasil rasuah, curi dan hasil curian, tipu dan hasil tipuan. Andaikata telah pun bertaubat, maka antara syarat sempurna taubat itu memulangkan hak-hak itu kembali kepada yang empunya hak dan bukannya terus menyimpan dalam perbendaharaan peribadi.

Maka apabila pengundi yang selama ini mengundi atas dasar Islam melihat kehilangan punca dalam UMNO malah menunjukkan kerakusan mereka dalam melanggar tata susila dan hukum Islam dan dalam waktu yang sama melihat parti lain yang lebih menepati kehendak Islam, mereka akan menjadi lebih cenderung untuk beralih arah.

Phenomena ini adalah lebih bertepatan bagi mereka-mereka yang berpendidikan tinggi, critikal, dynamik serta sensitive and serious about having a safer environment for Muslim children to prosper and excel in future. The most probable result is that the good heart and good brain will desert UMNO and/or will not join UMNO. The lusty hearts will flood UMNO. That will be a sad future for UMNO.

UMNO akan menjadi satu kenangan dalam ingatan....satu parti yang pernah GAGAH DIPANDANG MULIA DAN INDAH.

But UMNO will still exist tetapi mungkin berada dalam keadaan menang sorak, kampung tergadai. Menang dalam pemilihan UMNO tetapi kecundang dalam pilihan raya akan datang unless all bad habits are eradicated dan kembali pada punca yang kian menghilang.

abunawas said...

Dalam memperkatakan sejarah dan punca politik wang, yang pasti orang luar terutamanya parti lawan tidak dapat dipersalahkan.

Tidak seperti ketegangan hubungan kaum, keselamatan dalam negeri, ketuanan melayu dan yang sewaktu dengannya boleh di arah, di telunjuk, di gambarkan sebagai salah orang lain. Siapa yang hendak di kambing hitamkan hanya menjadi pilihan.

That have been done exceptionally well.

Now then when the issue is purely within UMNO and having no external element to be used as scape goat, somehow the scape goat may have to be from within .....what other choices are available.

When a group of crooks have inside fighting, normally and logically the stronger of the crooks will win. Simple but logical theory.

Then, lets hope that the crooks that survive will repent, change direction for the better....back to be just like their forefathers perhaps.

Well and good.

But what if they dont change!!!!!!

Bad habits die hard!!!

For the non perwakilan, its up to you to make a wise judgement.

Pity those good, nice, sincere and die hard supporters.

Already there are proposition to let members at cawangan level to cast their votes. Never mind the motive. Kalau nak berburuk sangka.... kot-kot ada orang kata idea ni sebab dia dah tak berjaya nak beli vote either running out of fund or running out of votes on existing format or sebab yakin peluang baginya lebih menyerlah dengan sebegini .... sampai bila pun tak habis but as it is ianya lebih mejurus kepada penghapusan politik wang. Walau pun dalam masa yang sama ianya juga melambangkan betapa teruknya politik wang buat masa ini.

Mungkin ianya tidak akan diterima oleh sesetengah mereka ...... may be not to their advantage. Pastinya mereka akan berhujjah dengan alasan-alasan yang meyakin bahawa ianya tidak praktikal dan sebangainya. Maka penyakit ini tidak akan sembuh.

Inilah keadaan yang menimpa when power is right (kuasa itu benar) and not right is power menjadi budaya dalam organisasi mahupun pemerintahan.

Again, tukang-tukang sampuk tidak akan dapat berbuat apa-apa unless those who matters really do what matters!

Perhaps kuda-kepang juga tidak bermaya. Hanya menjadi tontonan di majlis keramaian sahaja. Lepas itu sepi sehingga musim keramaian bertandang kembali. But insyaAlah tidak begitu

Mika Angel-0 said...

(Version Sdr Ruhanie Ahmad)

SeTitis Nila
(melayu hambar -siapa selepas MoF2)

Salahkah sekiranya saya mengatakan lebih setitik nila itu menitis dari mulut Nor Mohamad Yakob - Menteri Kewangan II?

Contoh:

i. January 22, 2008 17:41 PM
Good Time To Buy Shares, Says Nor Mohamed

OFFICIAL VISIT¦Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop signs the plaque to officiate the Main KL Service Office at the EPF headquarters. Also present is EPF chairman Tan Sri Samsudin Osman (left). Pix: Mohd Faizol

KUALA LUMPUR, Jan 22 (Bernama) -- The current situation provides a good opportunity for Malaysian funds begin to pick up some attractive stocks, according to Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Our market dip somewhat in the last few days, including today, but we have big funds with income all the time like the EPF (Employees Provident Fund) and others," he told reporters after visiting the pension fund's headquarters here Tuesday.

"This is very good opportunity, given our strong fundamentals, for Malaysian funds to begin picking up some of the stocks because many of them are now really underpriced or very attractive in terms of pricing," he said.

Share prices on Bursa Malaysia dropped over the past few days, tracking the regional markets' fall on mounting concern over a recession in the United States, the world's biggest economic powerhouse.

"But we leave it to the institutions to decide but it appears that this is a good time for them to pick good long-term stocks. Good stocks with long-term fundamentals like blue chips," Nor Mohamed said.

According to him, the local bourse remained resilient while sentiment "solely" was dragging down the market.

"This is the name of the game, isn't it? When the international markets do badly, on a short-term basis our market also reflects on this," he said.

Meanwhile, EPF's chief executive officer Datuk Azlan Zainol said: "We are long-term players, as and when we find the opportunities we will go in."

"We find that right now it is a good opportunity for us. We will nibble slowly and when the time is right, we go in for the bigger ones. Certainly, we will be looking at buying," he said.

The EPF, which announced a 5.8 percent dividend for 2007 today, is the sixth largest fund in Asia with a total asset allocation of RM312 billion.

On whether there was a need to stop the fall on the local bourse, Nor Mohamed said: "There is no problem. The shares are up and down but it is not like the US subprime crisis. We have abundant liqidity in the system."

He said the local stock market has fundamental strength as "there is earnings growth".

"In the medium and long run, our stock market should continue to be viable, robust and vibrant," he added.

On whether the EPF should invest more overseas, Nor Mohamed said: "Stock markets in other parts of the world are also falling. There is a very good opportunity for the EPF to look at attractive equities with long-term potentials."

"No basic amount but we can increase really. We have a large amount of assets available," he said.

Currently, the EPF's overseas investments amounted to close to US$2.0 billion.

Nor Mohamed also said that it was good for the EPF to diversify when the opportunity arose.

"For the country as a whole we can diversify our sources of income. The EPF has the ability, the staff strength and the knowledge after so many years of managing the assets. It has the depth to undertake such investments," he said.

On the effects should the US plunge into recession, Nor Mohamed said: "If recession is very deep, there will be negative effects on Asia as well as in other countries."

"But Asia seems to be such a robust region and at present, I believe there is no major danger of a change in the growth and development of Asia," he said.
-- BERNAMA


ii. Malaysia Government Doubles Telekom Stake Sale; Temasek Buys 5%

March 2 (Bloomberg) -- Malaysia's government raised 2.91 billion ringgit ($766 million) selling shares in Telekom Malaysia Bhd., doubling the sale after Temasek Holdings Pte, Singapore's state investment arm, bought a 5 percent stake, said a banker involved in the sale who declined to be identified.

The government doubled the size of the sale to 300 million shares, or a 9.2 percent stake, after investors ordered five times the number of shares offered, said the banker. The shares were priced at 9.70 ringgit each, almost the highest price sought and a 1.5 percent discount to yesterday's close.

Malaysia is selling stakes in Telekom, Bintulu Port Holdings Bhd., Tenaga Nasional Bhd. and Commerce Asset-Holding Bhd. to reduce its budget deficit and put more shares in the hands of the public, which may help increase the influence of private investors on management of the companies.

The Star newspaper in Malaysia earlier reported the increase in the Telekom sale.

The government will sell more shares in the companies in which it has substantial stakes ``when there's a need,'' Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop told reporters yesterday when asked about the share sale.

Temasek bought the 165 million Telekom shares from Khazanah Nasional Bhd., a Malaysian state investment arm that controlled about 42 percent of Telekom before the sale. Temasek spokeswoman Eva Ho wasn't available for comment this morning. Khazanah Managing Director Anwar Aji declined to comment on the progress of the sale, when contacted last night.

AmMerchant Bank Bhd., CIMB Bhd., Credit Suisse First Boston and ECM Libra Partners are managing the sale. Officials from the arrangers were either not available or declined to comment.

To contact the reporter on this story: Paul Scanlon in Hong Kong at paulscanlon@bloomberg.net .

Last Updated: March 1, 2004 19:33 EST

Nota:

Bagaimana tepat, bertanggungjawab, dan hemat-wibawa Belanjawan 2009 baru-baru ini yang dipersembahkan oleh dua orang Menteri Kewangan I yang berlainan tetapi MoF2 itu masih yang sama?

Bagaimana nak menjayakan buah fikiran Tambun's Hanadzlah after the horses have bolted?

Have we the right people in MoF is a question I would like to ask you, Abdullah, Najib and Mahathir, really, Kuda Kepang. Then I would like to ask you if the Budget 2009 is a raving sucess:

Projects From RM7 Billion Stimulus Package Identified

KUALA LUMPUR, Nov 28 (Bernama) -- Various new infrastructure projects from the RM7 billion economic stimulus package have been identified and will be implemented, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Friday.

The Prime Minister said that tenders for the projects to be carried out by the various ministries will be out soon.

On this matter, he urged the local banking sector to cooperate with the government to ensure that the projects will be implemented smoothly as planned.

"Of course, those successful in getting the projects will need money to run them," Abdullah said.

"I hope the banking sector will cooperate by giving loans to them. They should not worry as the projects are from the government," he said at the 29th Malaysian Investment Banking Association annual dinner here.

Abdullah said close cooperation between the public and private sectors is also crucial in order to ensure the country's economy will move ahead despite the challenges during the global recession period.

"I believe that with the close cooperation, we will be able to weather the storm and come out much stronger and more confident," he said.

"At the moment we are not yet in recession," he added.
-- BERNAMA
(???)

Which makes one wonder if we are ready to make promises of great returns to investments from arabs, bric, eu, us, etc in this country as Tambun did? How is Valuecap doing with those additional funds, Kuda Kepang? (Yet we still talk of the history of money politics in UMNO.)

tombak karat said...

Dato Ron,

Orang Melayu sekarang berada dalam dilema,nak menyokong UMNO nampak dah terlau teruk dalam bab penyalahgunaan kuasa dan rasuah politik yang nampak gayanya tiada cara untuk dibanteras.Menyokong UMNO dilihat sebagai menyokong kearah memusnahkan bangsa dan negara.Nak menyokong pembangkang tak berani kerana silap gaya tergadai segalanya. Kalau tak sokong mana-mana lagi teruk kerana akhirnya bangsa lain pula yang akan memegang teraju politik. Jadi apa yang patut dilakukan oleh orang Melayu. Akhirulkalam dilema inilah yang menjadi punca kenapa pemimpin UMNO yang korup ini tidak kisah dengan segala kebejatan yang mereka lakukan kerana percaya orang Melayu tiada pilihan selain terus menyokong UMNO.