Wednesday, November 05, 2008

SAYA PERLUKAN LIMA LAGI PENCALONAN UNTUK TANDING KERUSI MT UMNO

Hujung minggu ini adalah tarikh terakhir 85 bahagian Umno di seluruh negara mengadakan sidang perwakilan masing-masing. Agenda tumpuan adalah pencalonan jawatan-jawatan untuk majlis Tertinggi Umno Malaysia – Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi.

Saya adalah antara warga Umno tanpa jawatan kerajaan yang berusaha meraih sokongan untuk dicalonkan ke kerusi Majlis Tertinggi Umno. Kini saya sudah memperolehi lima pencalonan dan masih memerlukan sekurang-kurangna lima lagi untuk memenuhi kuota pertandingan.

Di bawah ini saya siarkan sebahagian wawancara Akhbar Siasah dengan saya baru-baru ini untuk memberikan sedikit gambaran mengenai diri dan perjuangan saya.

Siasah: Tiba-tiba Datuk menawarkan diri untuk bertanding MT, kenapa? Tidakkah lewat kerana orang lain bermula sejak lama dulu lagi?

Ruhanie: Saya agak terlewat. Tapi tidak terlalu lewat kerana masih terdapat lebih 100 bahagian lagi yang belum mengadakan persidangan perwakilan masing-masing. Soal saya bertanding tak harus dipersoalkan sangat. Saya sekadar mau turut menyumbang idea, semangat dan komitmen perjuangan yang saya yakini boleh mereleven dan memperkasakan semula Umno di abad ke-21 ini. Selama dua tahun setengah saya jadi blogger sosio-politik, hari-hari saya berinteraksi dengan komuniti siber Malaysia mengenai soal-soal politik, khususnya Umno. Menerusi interaksi ini saya menjiwai kelantangan, keresahan, kemarahan, kekecewaan dan aspirasi rakyat akar umbi, terutamanya komuniti siber yang pastinya terpelajar dan professional. Komuniti ini terdiri daripada warga Umno, bukan Umno dan golongan atas pagar. Mereka mahukan perubahan strategik dilakukan oleh Umno. Mereka mahu Umno merelevankan dirinya dengan tuntutan, aspirasi, masalah dan ancaman mutakhir. Mereka mahu Umno kembali berwibawa, disegani dan hormati oleh semua pihak sebagai induk BN. Lebih kritikal lagi, mereka tidak redha Umno jadi parti sendirian berhad atau parti ayah dan menantu! Jadi, inilah antara sebab-sebab yang mendorong saya memutuskan untuk bertanding bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi Umno..

Siasah: Apakah bantuan yang boleh Datuk berikan kepada parti. Atau apa yang Datuk ingin tawarkan menerusi jawatan itu?

Ruhanie: Saya menawarkan diri atas dorongan komuniti internet, bloggers dan beberapa sahabat Umno akar umbi dan yang jadi Ketua Bahagian. Insya Allah saya dapat membantu kepimpinan dalam keadan sekarang. Saya boleh membantu Umno diperkasakan semula secara bijaksana, komprensif dan strategik. Saya boleh membantu Umno dimasyarakatkan semula secara konsisten, meluas, ikhlas dan jujur. Saya boleh bantu Umno mendekatkan diri kepada komuniti siber dan bloggers tanahair dan generasi muda pewaris bangsa. Sekurang-kurangnya itulah antara yang mampu saya sumbangkan kepada Umno.

Siasah: Sudahkah Datuk menerima sebarang pencalonan? Berapa jumlah pencalonan minima yang diperlukan?

Ruhanie: Kalau ada pencalonan untuk diri saya, ia akan berlaku mulai hujung minggu ini (kini lima pencalonan menerusi sahabat-sahabat lama.). Ramai sahabat yang telah menjanjikan pencalonan - dari utara Semenanjung bawa ke Sabah. Tapi, tunggulah kalau janji itu jadi kenyataan. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Rekod saya diketahui oleh ramai warga Umno. Kekuatan dan kemampuan saya diketahui oleh warga Umno. Buruk baik saya juga diketahui oleh warga Umno. Terserahlah. Saya hanya memerlukan pencalonan minima daripada 10 bahagian sahaja. Mudahan-mudahan saya memperolehi pencalonan ini dengan seikhlas-ikhlasnya. Dalam keterbatasan diri, masa dan material, saya amat menghargai dan sanjung tinggi bantuan sahabat-sahabat saya termasuk bloggers, komuniti siber, kumpulan penulis politik, media prima dan kecil serta warga Umno di seluruh negara…

Siasah: Pandangan Datuk dalam konteks siasah global dan hal ehwal antarabangsa bagaimana? Datuk selalu ceramah soal geopolitik dan abad ke-21 sebagai abad Asia. Adakah soal ini wajar dijadikan sebahagian program perjuangan Umno mutakhir?

Ruhanie: Ini satu lagi aspek semasa yang nampaknya kurang menambat minat warga perjuangan Umno. Soal kemerdekaan dan kedaulatan negara dalam konteks geopolitik semasa seolah-olah jadi satu topik hambar kepada sebilangan orang Umno. Soal dominasi kuasa asing hanya dikupas secara sambil lewa dan sambil lalu. Mereka seolah-olah gagal melihat dominasi kuasa asing menerusi pelaburan, menerusi kerjasama bilateral, subversion, manipulasi, pengkhianatan, dan penggodaman minda kita. Warga muda Umno dan generasi muda Malaysia wajar diinsafkan dengan hakikat ini. Jika tidak, mungkin wujud segelintir barisan pemimpin muda yang sanggup jadi talibarut asing atau tergamak menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing demi material, pangkat dan darjat diri masing-masing. Ini boleh diminimakan atau dihapuskan menerusi program penyemaian, pemupukan, penyuburan dan penyemarakan jiwa patriotisme di kalangan mereka mulai sekarang. Ini tugas Umno. Ini tugas semua pihak yang insaf dan prihatin terhadap pemeliharaan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Saya sanggup menyumbang bakti secara komited dalam perjuangan seperti ini.

Siasah: Umno kini sedang memperkatakan soal reform, pembaharuan... nak ubah Umno. Reformasi yang macam manakah pada pandangan Datuk? Apakah orang (pemimpinnya) ataupun struktur atau sistem diguna pakai Umno itu?

Ruhanie: Reformasi atau pembaharuan boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Semuannya bergantung kepada keutamaan semasa dan akan datang. Pada pandangan saya yang kerdil ini, Umno memerlukan pembaharuan dari segi konten, semangat, jiwa dan nurani perjuangan seluruh warga dan pemimpinnya. Umno juga memerlukan pembaharuan strategik dalam aspek penghayatan siasah, sosialisasi siasah, kemurnian siasah. Seluruh amalan negatif dalam Umno mesti dibanteras dan dihapuskan menerusi pendekatan, gaya dan cara yang menyeluruh dan berkesan. Pendek kata, Umno wajar mewujudkan doktrin perjuangan yang dirobah dan disesuaikan dengan tuntutan, masalah dan situasi semasa. Umno wajar dijadikan satu institusi masyarakat yang dihormati oleh seluruh rakyat jelata Malaysia. Saya boleh perincikan gagasan saya ini. Tapi, cukuplah setakat ini….
Untuk makluman seluruh warga Umno, saya tidak mempunyai campaign manager, contractor dan sebagainya. Saya juga tidak tergamak untuk membeli sokongan. Modal saya dalam menawarkan diri ini hanya keikhlasan, kesungguhan dan komitmen saya terhadap perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Lantas, sokonglah saya seikhlas-ikhlasnya dan seada-adanya! - Ruhanie Ahmad

KEPADA ALLAH BERSERAH

23 comments:

burujerdi said...

Salam ukhuwwah,

Saya orang kecil dan tidak boleh memberi undi kepada saudara. Tapi jauh di lubuk hati, saya mendoakan saudara berjaya memperolehi undi yang mencukupi dan lulus MT. Suara batin saudara dapat dimengerti dan saya sangat berharap saudara akan berada kembali secara aktif dalam kelompok pengurusan eksekutif UMNO.

Selamat berjuang dan mudah-mudahan Allah melorongkan perwakilan Bahagian memberi undi mereka kepada saudara.

Wassalam.

Unknown said...

salam Dato Ron

Disini dengan rasa tanggungjawab,saya berdoa dan memohon kehadrat Allah SWT agar Dato berjaya ..AMIN



P/S...dato tak dak duit...bab tu susah sikit...tapi Dato ada Maruah dan AGAMA...pertahankan MARUAH DAN AGAMA

jusoh-smile said...

Datuk,
sejak datuk menawarkan diri untuk bertanding MKT UMNO, paerhatikan pandangan2 dan komen2 datuk tidak lagi tajam dan konstruktif seperti sebelumnya.....

Demikian nya keadaan nya apabila kita terpasung oleh pasukan dan kumpulan tertentu....

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

Selamat Berjaya Datuk.. Kalau saya Ketua Bahagian saya akan bagi kepada orang orang biasa macam Datuk untuk bertanding. Sikap Bahagian Bahagian UMNO kadang kadang memberi pencalonan kepada calon yang telah mencukupi kuota amat merugikan. Pada satu hari nanti diharapkan sistem kuota bakal dihapuskan sebelum UMNO terhapus di atas muka bumi ini.. Satu lagi Datuk, pesan la kepada pemimpin UMNO yang Datuk kenal tu bahawa dia orang jangan cakap saja soal moral dan salah laku dalam politik tetapi sebenarnya merekalah yang mengamalkan politik wang yang menyalahi moral dan juga menyalahi hukum agama. Wang bertaburan di merata rata dan amat dikesalkan bahawa tiada sebarang tangkapan di buat. Apakah Badan Pemantau ataupun Lembaga Disiplin UMNO memilih 'bulu' untuk bertindak? Jangan ambil tindakan secara tidak adil kerana ia akan menyebabkan UMNO hilang kredibiliti, seterusnya hilang kerusi, seterusnya hilang kuasa dan akhirnya ...bungkus!!!

. said...

Dato,

Saya doakan agar dato mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi, Insya-Allah.

Mika Angel-0 said...

Saudi Aramco reviews projects
By Andrew England in Abu Dhabi

Published: November 4 2008 22:04 | Last updated: November 4 2008 22:04

Saudi Aramco, the world’s biggest oil company, is reviewing some of its long-term projects following the sharp decline in oil prices and a dramatic slowdown in demand growth for crude, a senior official said on Tuesday.

The official did not elaborate on details of the review process, saying no firm decisions had been made. It was also unclear whether the review could result in a decision to slow down the development of some of the kingdom’s projects or simply a renegotiation of contracts with service companies.

“We are going back to our partners and discussing with them the new economic circumstances,” said Khaled al-Buraik, an executive director at Saudi Aramco. “We are not talking about delays, we are talking about reviewing.” He said a decision on the projects would be made based on the re-evaluation process.

Mr Buraik said he expects other countries to conduct their own reviews in the wake of changing dynamics.

“People would like to go to and re-evaluate, and maybe some projects were evaluated at $80 or $100 a barrel – now we are talking about $65 a barrel,” he said. “I think the whole oil industry, the new expansions, oil and gas, it will be re-evaluated - it will be reassessed based on the current economic circumstances.”

Mr Buraik said Aramco’s short-term projects were on track and the kingdom would reach its target of increasing production capacity to 12.5m barrels a day by the end of next year.

But the development of the Manifa field, which was intended to add 900,000 barrels per day of capacity by 2011, was under review, he said.

A project to produce gas from the Karan field – the kingdom’s first offshore free-gas field to be developed – is also being re-evaluated, he said. That field was intended to provide production of 1.5bn cubic feet per day of gas by 2012 and help meet Saudi Arabia’s soaring energy demands.

Aramco, the biggest oil company by production, was estimated to be spending $129bn (€100bn, £80bn) on its energy expansion plan, and its decision to review projects is another illustration of how the oil-rich Gulf is being affected by the global slowdown. “We are meeting our 12m barrels [next year], and we are meeting our spare production capacity of 1.5m to 2m barrels per day; beyond that everything is depending on the market and the decline rates,” said another senior Aramco official. “All the portfolio that will be coming later on is being looked at. Any company would be doing that at this stage.”

Only five months ago, Saudi Arabia said it would add an additional 2.5m barrels of capacity, on top of the 12.5m, if needed, at a hastily convened conference of producers and consumers in Jeddah. The meeting was organised by King Abdullah, the Saudi ruler, as oil producers came under intense western pressure to raise output in an attempt to stem the rise of oil prices.

But the price of crude has dropped since hitting $147 a barrel in July and demand forecasts have slumped amid concerns of a global recession. Last month, Opec agreed to cut its output quota by 1.5m barrels a day at an emergency meeting in Vienna.

Producers throughout the Gulf launched projects to increase their production capacities and suffered from soaring costs for rigging, drilling and other resources, as well as shortages of human personnel. The tight market conditions have caused many projects to be delayed or postponed.


Copyright The Financial Times Limited 2008


2. Iranian minister fired for fake degree
By FT Correspondent

Published: November 4 2008 18:23 | Last updated: November 4 2008 18:23

Iran’s parliament on Tuesday voted to dismiss Ali Kordan, the interior minister, for faking a degree from Oxford University, in another blow to the government of Mahmoud Ahmadi-Nejad.

Mr Kordan was the 10th minister to have been replaced in the 21-member cabinet, bringing closer the prospect of a vote of confidence in the government.

(EDITOR’S CHOICE
Iran’s banks struggle with credit shortages - Nov-04
Iran feels pinch of oil price fall - Oct-22
Minister sacked as Iran shakes up oil industry - Oct-14
What enemies of short selling missed - Oct-12
‘Looting’ of Iran’s central bank assets hit - Oct-07
Ahmadi-Nejad opens coffers to shield poor - Sep-26)


Ali Larijani, speaker of Iran’s parliament, said: “The cabinet is on the edge. If one moreminister is sacked, the whole cabinet should be put to a vote of confidence.”

The Iranian constitution stipulates that the president must hold a vote of confidence if half of the cabinet is changed. Legal experts interpret the constitution to mean that another minister has to go before a confidence vote is called.

Parliament voted by 188 votes out of 247 to dismiss Mr Kordan for “dishonesty” over his degree, only three months after it had approved his appointment.

Pressure mounted on Mr Kordan to resign after he admitted in a letter to the president on September 30 that his honorary degree from Oxford University had been forged without his knowing. The British university had denied granting him the qualification.

Mr Ahmadi-Nejad at the weekend described moves to impeach Mr Kordan as illegal because MPs were not going to vote on the performance of the minister.

The president added that he would not attend the parliamentary session on the day of the vote. Mr Larijani, a critic of the president, insisted, however, that there was no legal issue with the impeachment.

He said the dismissal was a test for the whole system and the country and showed that parliament would “use a firm hand to deal with all wrong acts, regardless of who the perpetrator is and what his positive acts of the past”.

Mr Kordan had served as Mr Larijani’s deputy when the latter was head of the Islamic Republic of Iran Broadcasting, the country’s national radio and television.

Mr Kordan said that more than 10,000 negative news items had been published or broadcast against him. He blamed the move against him on those who sought to sow the seeds of disunity among the “revolutionary forces”.

But lawmakers rallied against him, judging that he was unfit to run the interior ministry, which has the crucial role of overseeing Iran’s elections.

One MP, Bijan Nobaveh, was quoted by news agencies as accusing Mr Kordan of reducing faith and confidence in the Islamic Republic, and the impeachment was an attempt to restore the system’s reputation.

(what kind of Iranians are these - calling themselves muslims when they perjure! And you expect the nominations to come strolling up to you and rub against your legs, Sdr Ruhanie? Snap your fingers and say the magic words, then - or you want to do a saudi aramco, Sdr Ruhanie?)

Kepada Allah Berserah

Anonymous said...

Datuk,

Semoga berjaya.
It's good to get more people who are articulate.

Ahmad A Talib said...

Sdra Ron,

saya ada buat posting mengenai sdra dalam blog saya PAHIT MANIS. semoga berjaya

ahmadt

merantikota said...

Dato Ron,

Setelah berkali-kali menonton Siaran Khas Astro Awani mengenai Menjelangnya Perhimpunan UMNO, lepas satu-satu tokoh dipaparkan; terpanggillah saya untuk mencatat sedikit komen.

Orang Awam seperti saya ini hanya mampu buat komen pada apa yang terlihat pada zahir sahaja...

Saya lihat Dato masih teguh dengan karisma, ada visi, misi dan strategi! Dengan penampilan Dato itu pada hemat saya lebih dari layak untuk memenangi kerusi MKT! Selamat Berjaya Dato!

Lepas itu saya tonton pula calon Naib Ketua Pemuda Dato Razali Ibrahim....untuk tugas yang agrasif itu beliau telah menepati norma-norma Pemimpin Pergerakan Pemuda, petah menjawab, segala jawapan yang diberikan menepati kehendak soalan yang dikemukakan!

Selang tidak berapa lama saya tertonton pula paparan calon Naib Presiden UMNO (calon yang asalnya nak tanding jawatan Timbalan Presiden tarik diri)!

Beliau disindir dengan solan, apakah yang beliau maksudkan dengan reinventing, rebrandig dan lainnya?

Beliau menjawab kesemua pertanyaaan dengan tidak menepati kehendak soalan! Body languagenya tidak pasti dengan jawapan sendiri, tunduk dan tidak memandang tepat kepada kamera! Macam sudah putus asa! Beliau cuba mengenegahkan nilai-nilai agama dalam setiap jawapannya! Came on... be brave and dramatise yourself!

Jika di sorot calon ini beliau adalah...

Buat kerja dulu baru fikir! Cakap dulu nak tanding Timb. Presiden... lepas tu tak beranilah...

Inilah golongan yang diselar oleh Al Quran "Adakah kamu tidak berfikir?" atau orang kata ..."Semalam tempe hari ini kedelea!"

Kalau nak pimpin Negara pun buat keraja secara "Mencuba dengan kesalahan", maka letihlah rakyat macam sekarang ni!

Mean what you say!

Calon ini bercakap tidak segarang seperti semasa dia berucap Sebagai Ketua Pemuda UMNO yang mengecam issu keronisem dalam Pemerintahan Tun dahulu!

mad said...

maaf datuk, melihat trend umno sekarang yg masih belum berubah, kalau nak dapatkan pencalonan datuk kenalah keluar duit. takde duit takdelah pencalonan. lihat saja apa yg terjadi pada ku li. sebab tak bagi duitlah dia tak mendapat pencalonan yg mencukupi.

didalam umno utk nak dapatkan apa2 semua kena keluar duit dulu. lagipun kalau datuk dah terpilih masuk mt nanti sudah tentu tulisan datuk tak menyengat lagi, sudah tentu datuk kena jaga perasaan org atas dan sekeliling datuk, maklumlah nak kekalkan jawatan yg selesa. akhirnya datuk pun jadi macam mt yg lain jadi kaki pengampu dan tukang kipas.

Unknown said...

Salam Datuk...
Teruskan usaha lagi walaupun sukar asalkan terus menyangkal dan menolak politik wang 100%...Insya Allah Datuk akan berjaya…

one one no belen said...

SASsalammualaikum Datok.Kalau lah saya ada kuasa mengundi pencalunan datok utk MT tentu saya akn mengundi datok. namun saya rasa kemasukkan datokm ke dlm UMNO tak akan dpt mengubah UMNO lagi. UMNO dah jauh terpesong dari dari matlamat asalnya .saya tak nampak lagi relevennya UMNO utk bansa melayu kerana UMNO sekarang adalah utk pemimpin UMNO membolok kekayaan kerajaan utk diri mereka SENDIRI.saya rasa kita patut bubarkan umno saja datok dari merawat umno yg dah terlalu parah.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato,

Pada pendapat saya elok Dato pencen aje,beri le peluang kepada jenerasi muda untuk menerajui bangsa melayu seterusnya.Dato dah melebehi umur 60 tahun dah tua dah tu, rumah kata pergi kubur kata mari.Apa yan haru biru dalam UMNO sekarang ni sebab warisan orang dan jenerasi Dato le yang menarjuinya dahulu.Cuba dulu pemimpin UMNO semua berhemah,berwawasan,tidak tamak,mementing diri,tidak amanah dan banyak lagi perangai buruk semestinyalah raayat tidak menolak UMNO.Sekarang baru nak sedar....dah lambat.....raayat Melayu dah benci dengan UMNO dah.

Unknown said...

"...Saya sekadar mau turut menyumbang idea, semangat dan komitmen perjuangan yang saya yakini boleh mereleven dan memperkasakan semula Umno di abad ke-21 ini..."

Apakah sdr benar2 fikir akan dapat berbuat demikian? Saya sangsi sama sekali sdr mampu melakukannya kerana saya tidak yakin suasana dan kesempatan yang terbuka luas untuk menyampaikan pendapat dan pandangan secara telus dan tidak takut2 seperti yang diberikan oleh PM Abdullah Badawi akan berterusan selepas Mac 2009. Takdapat tidak amalan kukubesi dan 'conforming to the norms' seperti yang berlaku di era Mahathir akan berulang di waktu itu. Sdr dan juga pemimpin2 UMNO yang lain akan hanya memperkatakan apa2 dan perkara2 yang manis, lunak dan mahu didengari pucuk pimpinan semata2. Sdr tentu sedia maklum pemimpin yang ada pada masa itu adalah pemimpin yang selama ini seorang yang sentiasa "taat" dan tidak berani mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan bosnya, apatah lagi yang berbau penentangan. Mahathir sendiripun pernah megatakan tentang character pemimpin berkenaan, bahawa beliau adalah seorang yang "tidak berani". Adakah sdr berharap seorang yang bercirikan peribadi seperti ini akan bersedia mendengar pandangan dan pendapat yang tidak suka didengarinya?

Tidak keterlaluan juga rasa saya mengatakan kebanyakan rakan2 UMNO sdr adalah terdiri dari golongan orang2 yang suka mengampu,yang menyertai UMNO tidak lain dan tidak bukan terdiri dari golongan orang2 yang ghairah akan kedudukan, orang2 yang mahu turut serta merompak kekayaan negara.Mengapa tidak? Orang2 ini kebanyakannya adalah mereka yang sanggup mengorbankan wang mereka sendiri, merasuah perwakilan dan lain2 orang bagi menentukan mereka terpilih untuk berada dalam Jawatankuasa Cawangan, Bahagian atau Majlis Tertinggi. Ini sudah terbukti, bukan? Berapa ramai yang telah dihadapkan dan dijatuhi hukuman dengan diberi amaran, digantung dan tidak kurang juga telah dilucutkan hak keanggotaan-nya oleh Jawatankuasa Disiplin parti. Malah laporan kepada pihak BPR terhadap pemimpin tertinggi partipun telah dibuat oleh ahli UMNO sendiri.

Tidak ragu saya katakan sebab utama sdr menawar diri untuk dipilih dalam Majlis Tertinggi UMNO bukannyalah seperti yang sdr dakwa tetapi adalah untuk membolehkan sdr 'share the spoils' yang akan diagih2 oleh rakan karib sdr yang akan menyandang jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan selepas bulan Mac 2009, lebih2 lagi beliau memerlukan sokongan kuat dari rakan-rakan akrabnya kerana ramai orang Johor sendiri telah menyisihkannya.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Kebetulan semalam saya berjumpa dengan Dato' Shuaib Lazim, Naib Presiden PERKASA dan InsyaAllah mungkin akan ada tindakan positif dari beliau.

Unknown said...

satu pesanan bukan untuk disiarkan.

Assalamualaikum w.b.h. uncle kudakepang,

Sebenarnya pak lah khilaf apabila menyebut free trade agreement kerana mengapakah suatu perjanjian dagangan bebas diperlukan untuk dagangan bebas? Bukankah bunyinya oximoronic? Tengok gaya dubai. Gunakanlah saja perjanjian dagangan atau trade deal. mcm china dan taiwan@s'pura.

kita bukanlah pandai pun, tapi kalau kerajaan perlukan khidmat nasihat, kita sentiasa terbuka untuk apa-apapun asalkan segala tafsiran atau tanggapan buruk terhadap diri@peribadi kita dihentikan dan diperbetulkan. tahu&sedar kengkawan kita semacam takut untuk berkomunikasi sejak sekian lama. apasal nie?

secara peribadi, lagi seronok kalau dapat kerja dgn. kerabat Perak. pernah lah jejakkan kaki kat koleq macam cara kerabat guo muse, cuma lama sket...hahahahaha!
http://tunkuaisha.blogspot.com/2008/11/rulers-may-disagree-with-govt-leaders.html
ada jawatan kosong ke? takkan tukang bancuh air jer? hahahaha!

bukan anti-pak lah atau sesiapapun. masih ingat tawa & lirikan senyuman di istana negara tahun 2001. kita sentiasa menyokong perjuangan asal umno.

dr. nazrin ada jawatan kosong ke? kah kah kah! how old was he when he got married? ppl should ask him first b4 asking me. LOL! Ipoh Mali amoi manyak cun!!!!! hahahaha! come on man...come on!!! sama-sama tolong sebangsa! lol!

nota kaki: kita tidak pernah menggunakan nama samaran lain atau anonymous sejak perisytiharan terbuka untuk obor impian barakah menonjolkan gaya dan kesan-kesan positif. pasal benda-benda lain, kita bukan ahli umno tetapi sokong umno dan k'jaan tapi tak semestinya selalunya setuju pandangan. awal tahun nie undi protes. sebab-musabab telahpun dikupaskan oleh ramai orang. kita tak boleh halang orang nengok blog atau campur penyokong pembangkang, kekadang diorang ada idea baik & positif yang boleh diciplak untuk kegunaan sejagat. barulah responsible namanya. tah pa pa! kekadang aweks diorang pun cun! susan loone cun tak?

wassalam.

nordin said...

DATO'

APA YANG DATO' NAK PERJUANGKAN DALAM UMNO LAGI SEDANGKAN DATO' SENDIRI TAHU APA YANG BERLAKU DALAM RUMAHTANGGA UMNO KALAU DATO' MENANG PUN BERANI KE DATO' NAK MENEGUR ATASAN DATO' SECARA BERDEPAN?

NAMPAKNYA DUNIA SUDAH HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA SEGALA YANG SALAH DIANGGAP BENAR SEBAGAIMANA DATO' YANG MASIH MENYOKONG UMNO DAN DATO' MASIH MAHU BERSUBAHAT DENGAN KEJAHATAN YANG UMNO PERJUANGKAN?.

TAK USAHLAH DATO' SEBOK NAK PERJUANGKAN UMNO YANG SEMAKIN PARAH ITU LEBIH BAIK DATO' FIKIR CARA PERJUANGAN YANG LEBIH MULIA DISISI ALLAH.

kudakepang said...

Sahabat-Sahabat Budiman:

Jutaan terima kasih atas kiriman komen yang positif ataupun kontra.

Saya memang tak akan guna rasuah politik untuk dapatkan pencalonan. Saya sekadar menelefon sahabat handai yang masih jadi ketua bahagian dan masih lagi ingat kepada saya.

Kepada mereka yang kontra, saya hargai komen saudara. Saya akan buktikan bahawa saya mampu menyumbang sesuatu kepada UMNO yang diwariskan oleh datuk nenek kita kepada kita semua.

Kepada Datuk Pahit Manis, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya memang membaca kisah itu di blog anda.

Salam takzim. - Ruhanie Ahmad

Hang Jebat said...

Salam Datuk,

Insya'allah. Saya yakin Datuk akan dapat 5 lagi pencalonan yang diperlukan. Saya doakan. Amin.

adibeta said...

Syabas Dato', marilah kita sama-sama merevolusikan kepimpian UMNO ke arah yang lebih baik.

InsyAllah,usaha Dato' akan diberkati Allah.Yakin dan percayailah...

Renung-renungkanlah..
Kg Dewan Beta,KB,Kel

abunawas said...

Kepada semua calon-calon yang berani, jujur dan ikhlas, diucaplan selamat berjaya.

Tidak syak lagi orang inggeris lebih kenal budaya inggeris, orang jawa lebih kenal budaya jawa, orang melayu lebih kenal budaya melayu sebab hidupnya itulah budayanya. Budaya tidak statik secara mutlak...budaya berkitar mengikut masa. Maka ianya merupakan budaya semasa. Begitu juga sebenarnya dikalangan perwakilan samada diperingkat cawangan, bahagian ataupun perhimpunan agung, mereka saling mengetahui budaya semasa mereka dan sukar untuk tidak menjadi sebahagian dari budaya itu. They feel nothing wrong, no guilty conscience malah mereka merasa rugi kalau tak ikut rentak.Jadi rata-rata tak merasa canggong.

Most of them become sore losers dan most of the time kalau agak-agak kalah, masing-nasing selak pekong orang. Akhirnya semua pekong mereka orang luar lihat.

Berkokok sana sini melaungkan wawasan, perjuangan bangsa, agama dan negara. Bayangkan guru yang akhlaknya dipersoalkan memberikan nasihat kepada anak-anak murid....atau mithal yang seumpamanya... kaki judi cegah orang berjudi, kaki minum sana sini berceramah jangan minum.

Amat kesian dan malang bagi mereka-mereka yang berani, jujur dan ikhlas berada di kancah itu.

Pepatah melayu mengatakan seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit.....bayangkan kebanyakan kerbau berlumpur, boleh ke yang seekor dua tu tak terpalit?

Nila pun bukan lagi setitik, apa nak diharap susu sebelanga. Nila setitik pun boleh kelihatan, apatah lagi lebih secawan! Bukan senang nak hilangkan nila yang lebih dari setitik dari kelihatan. Fikir-fikirkanlah.

Mengharap sesuatu yang mustahil adalah satu keajaiban.

Tetapi itulah politik....macam magician.....selalu kelihatan betul. Takjublah kanak-kanak melihat. Bagaimana pula orang dewasa melihat?

InsyaAllah semuga yang melihat persembahan magician semuanya telah dewasa.

Wallahu-a'-lam

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Saudagar Mas Coteh
(teh herba baik untuk jantung)

Perihal Soal dominasi kuasa asing hanya dikupas secara sambil lewa dan sambil lalu. Mereka seolah-olah gagal melihat dominasi kuasa asing menerusi pelaburan, menerusi kerjasama bilateral, subversion, manipulasi, pengkhianatan, dan penggodaman minda kita.

Maka di mana harus saya letakan cerita ini:

Anthony Bolton: Time to storm the charts
By Anthony Bolton

Published: October 31 2008 14:58 | Last updated: October 31 2008 14:58

I have always found using technical analysis – the study of share price charts – in conjunction with fundamental analysis better than using just fundamental analysis on its own.

I know that some people find it strange that someone who puts great emphasis on factors such as the quality of a business franchise, the strength of management and the valuation of a company’s shares should put any weight on conclusions drawn solely from looking at share price charts.

However, when I look at a stock, almost always the place I start is the price chart, normally a three or five-year chart.

I like to put today’s price in the context of its recent price history.

I will look at a share completely differently if I know it has already performed well for several years, as compared with one that has not.

When I discover a new interesting company or one I have not looked at for a while, the first thing I want to know is whether I am early in hearing the story or whether many investors already bought the shares having recognised before I did the factors that I might be considering. The price chart will normally tell me this at a glance.

I am more wary of shares that have already done very well where a lot of the good news must already be in the price.

Charts are good for screening, too. While I would not buy just on a chart view, a perusal of a number of charts can highlight shares that I might want to look at further from a fundamental perspective.

Looking through a chart book can also give me some feeling for the attractiveness of a market overall. For example, at the time of writing, Japan appears to have more bottoming stock than most other markets.

The way I look at technical analysis is as a framework or overlay into which I put my fundamental bets on individual stocks.

I describe it as a discipline for my stock picking. In practice, this means that if the technical analysis confirms my fundamental views, I will probably take a bigger position than when they conflict.

When I own shares in a company and the technical position starts to deteriorate, I will want to review my investment thesis to check that there is nothing that I am missing – such as negative factors I have overlooked. If my fundamental conviction is particularly strong, I will ignore the technical view. Otherwise, I might reduce my position.

When I was running money, I liked to go through all the holdings in my fund from a technical perspective at least once a month and divide them into shares where the technical situation supported the fundamentals, shares where it conflicted, and those where there was no clear message.

I have found technical analysis the most useful for medium-sized and particularly larger sized companies.

In the case of the market leaders, it is often difficult to be on top of all the factors influencing the performance of the business and its shares.

However, these all show as an amalgam in the share price.

Large companies are undoubtedly the most challenging to analyse because they are the most complex.

So I look at the technical situation as a summation of all the fundamental views available on a stock at that moment.

It may sound surprising that, in my view, the precise system of technical analysis one uses is less important than the discipline of using charts in the first place.

Most systems involve some kind of trend-following process which is linked to stock momentum and/or relative strength (shares showing relative strength are those outperforming the index).

I am less keen on systems that just go on patterns, although I have found certain patterns such as “V” tops and bottoms occur again and again.

I generally prefer line charts to point and figure charts but, again, it is very much up to personal preference.

Charts tend to keep you in stocks that are doing well while forcing you to cut your losses – this is the great strength of technical analysis.

Also, it is not easy to sell a stock that you like fundamentally but which has not performed well. However, analysing a chart may help you to do this.

As well as showing the share price history, charts are the best way to display much of the fundamental, economic, sentiment and other types of data that we look at when assessing shares.

They are quick to read and the mind can assimilate a lot of data in one go.

This is important in the information-overloaded world that most investment professionals live in today.

One ignores the chart at one’s peril.


Anthony Bolton is president, investment, at Fidelity International. His Fidelity Special Situations fund has been the top performer in its sector since its launch in 1979. He was manager of the fund for more than 27 years and now has a full-time role mentoring Fidelity’s younger fund managers and overseeing Fidelity’s investment process.

Anthony Bolton’s column appears in FT Money on the first Saturday of each alternate month.


(dewasa kini sudah ada lawan tiga penjuru di manakah datangnya ongkos negara berbelanja bilamana minyak agak murah? minda kapitalis agaknya bagaimana? minda yahudi bagaimana? minda arab? minda melayu...hmmmm saya syorkan anda Teh Mas Coteh saya - baik untuk anda, Sdr Ruhanie)


Kepada Allah Berserah

jusoh-smile said...

Saya berdoa kepada ALLAH agar dengan kasih syg NYA, Datok TIDAK akan mendapat pencalonan yang mencukupi. Setiap orang ada peluang masing-masing, cukup lah tu Dato, tumpukan kepada persediaan yang lebih abadi. UMNO sedang menemui keabadian nya sendiri iaitu kehancuran.....