Hari ini dan esok sebanyak 85 bahagian UMNO di seluruh negara mengadakan persidangan perwakilan masing-masing untuk memilih kepimpinan bahagian dan membuat pencalonan barisan kepimpinan UMNO Malaysia.
Antara pencalonan yang paling mendebarkan adalah bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib amat ternanti-nanti pencalonan tambahan untuk membolehkan mereka bertanding jawatan Timbalan Presiden bersama Tan Sri Muhyiddin yang kini sudah memperolehi kuota secukupnya. Jika kedua-duanya berjaya, maka akan terjadilah pertandingan tiga penjuru untuk jawatan berkenaan. Jika tidak, Muhyiddin akan menang tanpa pertandingan.
Seorang lagi yang juga menantikan pertambahan pencalonan adalah Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
Saya sendiri pun turut mengharapkan lima lagi pencalonan untuk mencukupkan kuota bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Sekurang-kurangnya 15 bahagian sahabat-sahabat saya telah berjanji untuk mencalonkan saya. Bagaimanapun, Allah menentukan segala-galanya. – Ruhanie Ahmad
KEPADA ALLAH BERSERAH
Antara pencalonan yang paling mendebarkan adalah bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib amat ternanti-nanti pencalonan tambahan untuk membolehkan mereka bertanding jawatan Timbalan Presiden bersama Tan Sri Muhyiddin yang kini sudah memperolehi kuota secukupnya. Jika kedua-duanya berjaya, maka akan terjadilah pertandingan tiga penjuru untuk jawatan berkenaan. Jika tidak, Muhyiddin akan menang tanpa pertandingan.
Seorang lagi yang juga menantikan pertambahan pencalonan adalah Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
Saya sendiri pun turut mengharapkan lima lagi pencalonan untuk mencukupkan kuota bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Sekurang-kurangnya 15 bahagian sahabat-sahabat saya telah berjanji untuk mencalonkan saya. Bagaimanapun, Allah menentukan segala-galanya. – Ruhanie Ahmad
KEPADA ALLAH BERSERAH
18 comments:
saya doakan dato berjaya, insya-allah.
waa dato', dah jadi laman untuk berkempen pulak.. nanti tengku ahmad rithaudeen panggil nanti.. hehehe.. anwyay.. saya sokong dato... tolong calonkan dato untuk MT dan undi beliau pada bulan mac nanti...
semuga berjaya dato..
Salam dato'.
InsyaAllah Dato. setiap keputusandan hala tju itu ada nawaitu nya.
Saya doakan dato' bukan saja layak tapi diundi menjadi Ahli MT.
Cuma satu, teruskan dengan kelantangan yang konstruktif yang Dato berikan selama ini.
Jangan pula bila terpilih, nada sudah songsang, berjoget pun sudah hilang rentak, bercakap bagai si mamai.
Allah melihat apa yang kita tidka lihat.
Semoga berjaya. Salam
Kepada Allah Berserah.. moga-moga dato memperolehi pencalonan kuota melepasi syarat untuk bertanding kerusi MT pada pemilihan yang akan datang.Memang saya akui Dato diantara orang yang paling lantang bersuara di blog mengkeritik kepincangan pimpinan UMNO masa kini. Melalui tulisan Dato, jelas dan pasti Dato adalah penyokong kuat kepada Tan Sri Muhyidin Yassin . Saya pernah menceritakan hal tulisan Dato yang tajam kepada ketua bahgian dan ajk nya ketika lawatan bahagian di cawangan. Saya haraf dan berdoa Dato akan terpilih sebagai MT.
Cuma saya haraf janganlah tulisan Dato tidak menyengat lagi bila terpilih dan menjawat jawatan dalam UMNO
good luck to you,dapat..!you mesti dapat punya,you bukan orang tak kenai,you ada nama punya orang,kalu setakat ahli mt tu,tak dak hal lah,what you need is just a few phone call,jangan kedekut.defanately you will be in list punya lah..
Begitu susah nampaknya untuk mencukupkan kuota pencalunan. Malah Tengku Razaleigh pun hanya dapat satu pencalunan.
Mungkin sistem kuota ni kena ubah bagi memudahkan calon masuk bertanding.
Keburukan yang saya nampak sistem kuota ni ada dua.
Pertama ia menggalakkan politik wang dan rasuah dalam bentuk lain2.
Kedua macam ada ketakutan dan kebimbangan Bahagian untuk mencalunkan orang yang luar dari kepimpinan perdana. Mereka bimbang Bahagian mereka akan didiskriminasi. Sebagai contoh Bahagian yang mencalonkan seseorang calon kemudian calon itu tidak menang, tentu Bahagian ini akan dipandang serong oleh calon yang menang. Terutamanya kalau pertandingan untuk Presiden dan Timbalan Presiden.
datuk, mudah22an datuk berjaya . kepada Allah kami panjatkan doa. Kepada Nya juga kita berserah.
Dear Ruhanie,
When people are at the corner of a struggle then they will look to God for help.Before this I do not see you praising God for the inner strength to contest in this MT.
That is the weakness of all of us.
Sdr Ruhanie Ahmad,
What are the odds on that? - saying what you want to say and knowing that it is just as useless as saying something which sounds smart but just won't fit the bill of the day; eg. "By the end of the day you will have 12 nominations in total." Amiiin.
Have a great day.(that is about least your worth to MT, Sdr Ruhanie)
Kepada Allah Berserah
Assalamualaikum wbt.,
Datuk Rohanie,
Dewasa ini saya lihat amat sukar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti UMNO/BN. Walaupun sudah berlaku sedikit perubahan portfolio diantara DS Abdullah dengan DS Najib, namun hasil dari perubahan tersebut telah membawa situasi bertambah buruk.
Pertamanya mengenai isu tender EUROCOPTER dan yang lebih memilukan adalah pengulungan bajet 2009 di parlimen yang tidak mengikut peraturan.
Saya yakin rakyat sedang memerhati kredibiliti para pemimpin UMNO. Walaupun laungan perubahan di kumandangkan saban hari oleh calun-calun yang bertanding, namun adakah dengan slogan-slogan yang indah dapat meyakinkan rakyat Malaysia, kerana rakyat melihat bahawa UMNO adalah tiang dan tunggak kerajaan.
Bagi saya, hanya ketokohan YM Tengku Razaliegh sahaja yang dapat menyuntik keyakinan sebilangan rakyat terhadap UMNO dan dibantu oleh sebilangan kecil pemimpin-pemimpin UMNO yang masih bersih dan ikhlas dalam perjuangan mereka.
Tetapi malangnya ahli-ahli dan perwakilan sudah dikelabui oleh wang dan pangkat. Mereka sudah tidak dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Sayang sekali slogan CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG tidak kesampaian kerana PERJUANGANYA TELAH TERKELUAR DARI LANDASAN perjuangan asal DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.
As'kum Dato'
1. Nampaknya DS Najib dah selesa dan bakal ditabal menjadi Presiden semasa PAU bulan Mac nanti.Bagaimana pun samada beliau akan juga akan memegang jawatan PM, hanya Tuhan sahaja yang akan menentukan.Banyak lagi ranjau yang perlu beliau lalui sebelum beliau benar2 pasti menjadi PM.Kita berdoa semoga beliau akan terus dilantik menjadi PM.Namun sekiranya apa2 terjadi yang tidak membenarkan beliau naik tahta sebagai PM maka orang nombor dua iaitu Timbalan Presiden atau TPM akan dilantik menjadi PM.
2. Soalnya sekarang ialah dari pencalonan Bahagian2 kita nampak TS Mahyidinlah yang bakal memegang jawatan itu (harap2 menang tanpa bertanding). Dan secara logiknya juga beliaulah yang paling layak dan sesuai berdasar kepada kedudukannya sebagai Menteri Kanan, Ahli Parlimen yang dipilih rakyat serta pengalamannya yang luas samada dalam Kerajaan Negeri, Persekutuan dan juga parti.
3. Manakala dua lagi calon yang juga 'bercita' untuk jawatan itu TS Muhd. Taib dan DS Ali tidak cukup syarat mutlak.Kedua-dua ini secara kriterianya memang tidak wajar dicalon atau dipilih untuk jawatan itu.Kalau pun ditakdirkan mereka "menang" banyak masalah yang perlu diatasi dan dilalui jika ditakdirkan DS Najib tidak dapat jadi PM.
4. Apakah Umno akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK)khas untuk membolehkan mereka bertanding sebagi ahli Parlimen.Soalnya Wakil Rakyat manakah yang akan jadi mangsa untuk mengosong kerusi kepada calon Timbalan Presiden ini? Tidak mungkinkah ahli2 Umno sendiri akan sabotaj beliau dalam PRK? Tidak mungkinkah juga Pakatan Rakyat akan "go all out" untuk pasti kekalahan beliau bagi memalukan Umno? Banyak risiko yang perlu difikirkan oleh ahli2 dan Perwakilan Umno sebelum mereka mencalon dan memilih calon ini.
5. Kita harap perwakilan Umno memikir secara bijak sebelum membuat pemilihan mereka terhadap kedua"calon" ini.Janganlah termakan sogokan hingga lupa kesannya kepada Parti dan negara.
6. Bayangkan jika Umno terpaksa melalui proses mengadakan PRK semata-mata untuk memilih calon PM yang pada asalnya tidak layak.Apakah pandangan rakyat, Parti komponen BN dan Parti lawan nanti terhadap Umno. Saya percaya mereka akan hilang keyakinan terhadap pemilihan yang di buat oleh PAU. Fikirlah secara waras.
7. Saya juga berdoa semoga Dato' akan melepasi kuota bagi melayakkan Dato' bertanding dan seterusnya berjaya terpilih sebagai MT. Umno perlu orang seperti Dato' yang bukan "YES MAN" serta banyak idea bernas.
Salam Sejahtera Datuk,
Semoga hasrat impian Datuk tercapai hendaknya.Saya menyokong penuh hasrat Datuk.
Saya bukan ahli UMNO tapi orang Melayu yang ingin melihat Bangsanya berjaya dan maju kehadapan. Dan saya percaya ramai lagi Melayu-Islam yang bukan UMNO juga senada..inginkan kejayaan..!!
Semoga Berjaya dan Selamat berjuang demi Bangsa dan Agama..!!
Larut Tin Teypin. Wassalam.
Salam Dato.bagaimana setakat ini sudah cukup ke pencalonan.
Saya ada satu cadangan,apa pendapat Dato sekiranya kita tubuhkan parti baru dari golongan profesional,bloggers,wakil agama dan sebagainya.Kita offer rakyat ideology baru,perjuangan baru.budaya politik baru (buang budaya politik rasuah.croni,politik kaum dan lain2 lagi).kita mendaftar ahli melalui internet.semuanya perlembagaan,hala tuju parti boleh diaksess dari internet,semuanya telus.
Apa kah pilihan rakyat yg tidak menyokong Umno,Pas.Dap Pkr dan lain2 parti yg sedia ada.Saya bekeyakinan penuh parti baru dan ideologi baru ini akan mendapat sambutan yg sangat2 mengalakan terutamnya dari golongan muda ,intelect,bandar dan yg celik IT,selalunya ibu bapa dikampung akan mengikut saja apa yg diarahkan atau dicadangkan oleh anak2 mereka yg cerdik pandai serta berjawatan tinggi.
Tidak payahlah Dato turut serta didalam Parti Umno yg sudah tua dan banyak penyakit ini,memetik kata2 Tun Musa hitam,sebagai seorang dr perubatan penyakit tua ini tidak ada ubatnya kalau penyakit lain tu insyallah masih boleh diikhtiarkan lagi.Penyakit umno ialah penyakit tua.
Kalau Dato bersetuju dengan cadangan ini elok lah kita mula kumpulkan mereka2 yg berminat,saya berharap RPK Rocky Bru,A kadir Jasin,dan ramai lagi bersetuju dengan cadangan ini,elok lah kita mulakan berdialog membincangkan hal ini.Kalau Nala karupan pun boleh menubuhkan Parti baru tak kan kita tak sanggup.daripada kita membicarakan daki dan segala kekotoran org lain lebih baik kita bincang kan hal Parti kita sendiri untuk kebaikan umat.Kita hanya menawarkan Parti baru kepada rakyat Malaysia.
saya pernah menulis hal yg sama didalam blog Mat Saman Kati tetapi telah didelete saya tidak tahu kenapa.
terima kasih
awak di lihat amat telus dalam pembangunan umno dan harapan semoga awak dapat melepasi kuota pencalonan.
oh dato' tukar parti je le
saya doakan dato berjaya
moga politik wang dapat dihapuskan
moga minda jijik ahli umno dapat dibuang
moga umno dengan minda baru dapat dihasilkan
p/s apa pandangan dato tentang muka depan berita minggu hari ni? TS Muhyiddin yang awal2 melepasi kuota pencalonan xpulak jadi headlines...tp ali rustam sampai jadi muka depan Berita Minggu
Ikhtiar dulu :-)
Selamat Datang ke Laman Blog Baru saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com/
Salam Datuk...
Itulah susahnya untuk dapatkan pencalonan secara 'bersih' jika yang 'kotor' dah mengaburi yang 'bersih'... Takpelah Datuk. Usaha dan tawakal itu penting daripada kita gunakan 'jalan singkat' yang terpesong. Syabas Datuk kerana mengekalkan cara 'bersih'.. Saya doakan Datu berjaya... Amin ya Rabbal alamin...
Post a Comment