Saturday, June 30, 2007

Kalau Ku Li Ditakdirkan Jadi PM
Teori RAHMAN Jadi RAHMAT?

Angan-angan yang dicetuskan oleh blogger Hamizi, supaya Tengku Razaleigh Hamzah diberi peluang menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti, kini mendapat sambutan yang semakin hangat dan menarik.

Bagaimanapun, ramai di kalangan warga maya Malaysia yang turut berangan-angan seperti Hamizi masih yakin bahawa ‘teori’ R.A.H.M.A.N yang sering dikaitkan dengan susunan keperdanamenterian Malaysia tetap akan jadi kenyataan.

‘Teori’ R.A.H.M.A.N wujud daripada singkatan nama-nama perdana menteri Malaysia sejak 1957 hingga sekarang, termasuk nama bakal perdana menteri yang dijangka menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, suatu hari kelak.

Inilah huraian ‘teori’ tersebut: R (Tunku Abdul Rahman Putra) A (Tun Abdul Razak Hussein) H (Tun Hussein Onn) M (Tun Dr Mahathir Mohamad) A (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan N (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) yang dijangka menggantikan Abdullah
bila tiba waktu dan ketikanya.

Banyak pihak yakin ‘teori’ R.A.H.M.A.N ini, jika dimakbulkan oleh Allah SWT, akan jadi kenyataan. Lantaran itu, teori inilah yang sering diulas dan dipolemikkan bila soal pengganti Abdullah dibicarakan secara terbuka.

Biarpun begitu hakikatnya, hari ini ada pula blogger Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai Harlim, memperkenalkan satu ‘teori’ baru – ‘teori’ R.A.H.M.A.T.

Harlim membuat beberapa posting mengenai ‘teori’ baru ini di dalam portal berita http://www.malaysia-today-net/, sebagai reaksi kepada tulisan saya berjodol Ku Li Sebagai PM, Mahyuddin DPM? Menurut Harlim, bezanya R.A.H.M.A.N dengan R.AH.MA.
T adalah pada huruf N dan T.

Beginilah kata Harlim ketika memperkenalkan ‘teori’ R.A.H.M.A.T:

“Teori R.A.H.M.A.N kini bertukar jadi teori R.A.H.M.A.T, di mana T adalah PM kita yang terkhir bagi pusingan pertama sejarah Malaysia. T tersebut adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Memang kurniaan Allah kepada rakyat Malaysia melimpahkan RAHMAT NYA sentiasa. T juga merupakan kelompok pertama negarawan ulung yang telah sama-sama banyak menaburkan jasa kepada bangsa Malaysia selama ini. Jadi, sudah sewajarnyalah beliau dinobatkan sebagai PM tanpa soal jawab. Kerana itu, N ataupun Najib, tidak wajar berada dalam kelompok pertama PM Malaysia. Seterusnya teori N.A.J.I.B akan menyusul pula dalam era pusingan
kedua PM Malaysia. Yang ini semua orang boleh memasang angan-angan.”

Teks sepenuhnya:

www.mayaputera.blogspot.com.

Friday, June 29, 2007

Penyokong-Penyokong
Md. Isa Samad Kecewa?

Beberapa pihak kecewa kerana Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyrarat petang tadi menangguhkan tindakannya menarik balik penggantungan keahlian Tan Sri Mohd. Isa Samad di dalam parti tersebut.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa penangguhan itu dilakukan kerana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat hadir untuk mempengerusikan mesyuarat MT UMNO petang tadi.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden dan juga pengerusi jawatankuasa pengurusan yang dijangka membawa cadangan penarikan balik penggantungan keahlian Isa di dalam UMNO.

“Inilah sebabnya keputusan mengenai Isa terpaksa ditangguhkan,” kata sumber-sumber tersebut.

Blog ini difahamkan para penyokong Isa di seluruh negara kecewa dengan penangguhan di atas. Sepanjang hari ini mereka telah bertukar-tukar sms mengebahkan berita gembira tentang kemungkinan Isa diizinkan menyandang semula jawatan Naib Presiden UMNO berikutan keputusan petang tadi.

“Bagaimanapun, berita gembira mengenai Isa ini pasti akan dilakukan tidak lama lagi,” tambah sumber-sumber yang sama. – Ruhanie Ahmad

Thursday, June 28, 2007

Breaking News:

Tan Sri Mohd. Isa Samad Kembali
Ke Jawatan Naib Prsiden UMNO?

Kuala Lumpur, Khamis: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Samad, dijangka menyandang semula jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia yang dimenanginya menerusi pertandingan parti pada November 2004.

Sumber-sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa jawatankuasa pengurusan UMNO dalam mesyuaratnya Mei 2007 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mencadangkan penggantungan keahlian Isa dalam UMNO ditarik balik.

Cadangan ini dijangka diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur, 3.30 petang ini. Sekaligus, MT juga dijangka mengizinkan Isa menyandang semula jawatan Naib Presiden UMNO.

Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO pada November 2004. Pada Mei 2005, keahlian beliau dalam UMNO digantung selama tiga tahun atas tuduhan mengamalkan politik wang.

Penggantungan kehalian ini menyebabkan Isa terpaksa mengosongkan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri merestui supaya tempoh penggantungan kehalian Isa dipendekkan kepada dua tahun. Ini kerana Isa terus menyokong UMNO dan tidak memihak kepada mana-mana parti pembangkang.

Perkembangan terbaru ini mencetuskan spekulasi sama ada Isa akan dilantik semula sebagai seorang menteri dalam kabinet Abdullah. – Ruhanie Ahmad

Wednesday, June 27, 2007

Update (2):
Ku Li Sebagai PM
Mahyuddin DPM?

Polemik antara bloggers dan surfers menerusi blog ini mengenai siapakah yang layak menjadi PM dan TPM di masa akan datang, kini semakin rancak. Terbaru sekali, blogger Hamizi (yang baru-baru ini mencetuskan angan-angan supaya Ku Li jadi PM) pula mencadangkan agar
Tan Sri Mahyuddin Mohd Yassin dipertimbangkan sebagai TPM.

Teks penuh:

www.mayaputera.blogspot.com

Tuesday, June 26, 2007

Playing With Numbers

Several weeks ago, RPK of www.malaysia-today.net had forewarned us to beware of 18 June 2007. I am not sure why he did that. But nothing had happened on that particular date.

A few days ago, a friend of mine asked me to watch these three dates – 7th July 2007, (7707), 17th July 2007 (17707) and 25th August 2007 (25807).

I did ask him: “what are the significance of these dates?”

He answered with a broad smile: “just watch these three dates closely, you will know why!!!”

Full text:

www.roncyberprince.blogspot.com

Monday, June 25, 2007

Update:
Ku Li Layak Jadi PM?

Terus terang saya katakan, kalau saya ditanya soalan, siapa yang layak untuk menjadi Perdana Menteri, jika sekiranya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak layak mengambil alih jawatan tersebut atas sebab-sebab tertentu, maka saya akan menjawab, Ku Li lah yang paling layak.

Saya bukan orang Kelantan atau Pantai Timur. Saya bukan ahli politik. Saya juga tidak pernah mengenali Ku Li. Namun, sebagai seorang pegawai yang sudah bersara dan pernah bekerja dalam era Ku Li, saya begitu yakin dengan kemampuan, kebolehan, kematangan kebijaksanaan, keterbukaan, semangat bangsa, dan ciri-ciri kepimpinannya yang menyamai TDM.
– Blogger Haji

Teks penuh di

www.mayaputera.blogspot.com
Razaleigh Atau Muhyiddin
Layak Jadi PM Malaysia?

Seorang blogger baru-baru ini mengirimkan kepada saya tentang angan-angannya mengenai kepimpinan tertinggi negara. Menerusi angan-angan itu, blogger berkenaan mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah atau Tan Sri Muhyiddin Yassin
“mengambilalih jawatan” Perdana Menteri Malaysia.

Teks sepenuhnya di:

www.mayaputera.blogspot.com

Saturday, June 23, 2007

KEKUATAN BANGSA MELAYU
ADALAH PADA SEJARAHNYA

Tengku Razaleigh Hamzah

Kekuatan yang ada pada bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah perpaduan. Ini timbul daripada adanya kesedaran di kalangan orang Melayu, di mana pun mereka berada, bahawa mereka adalah anggota dalam satu kesatuan sosiobudaya dan sosiopolitik yang disebut bangsa Melayu atau the Malay nation, kata Raffles.

Empat faktor yang membentuk perpaduan Melayu dan yang berjaya mengekalkan identiti bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah: Bahasa Melayu, budaya Melayu, Islam, dan keterbukaan minda bangsa Melayu.

teks sepenuhnya di
www.mayaputera.blogspot.com

Thursday, June 21, 2007

USM Minden Pulau Pinang
Juga Akan Dikomersilkan?

Dalam kerancakan isu Universiti Malaya (UM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan dipindahkan ke Sepang, Selangor, kerana tanah kampusnya mahu dikomersilkan oleh sebuah syarikat hartanah, saya pula menerima sepucuk e-mail mengenai ura-ura nasib yang sama mungkin menimpa Universiti Sains Malaysia (USM) di Minden, Pulau Pinang.

posting sepenuhnya di:
www.mayaputera.blogspot.com

Wednesday, June 20, 2007

The Plane, The Plane!
It’s Coming On 17.7.7

The RM 200 million Airbus Corporate Jet (ACJ) 319, purchased by Penerbangan Malaysia Berhad, for use by the Malaysian Prime Minister, is scheduled to arrive in Kuala Lumpur on July 17, 2007.

fulltext in
www.roncyberprince.blogspot.com
Metro Kajang Holdings Berhad
Anti-Islam Dan Anti-Melayu?

Sebilangan warga maya (internet citizens) Malaysia kini menuduh Metro Kajang Holdings Berhad sebagai anti-Islam dan anti-Melayu.

Tuduhan ini sedang disebarkan secara meluas menerusi internet. Ia berpunca daripada satu iklan jawatan kosong oleh syarikat terbabit yang mensyaratkan pemohon-pemohonnya menguasai Mandarin dan juga melarang umat Islam memohon jawatan berkenaan.

posting sepenuhnya di
www.mayaputera.blogspot.com
Polis Yang Dituduh Cuai
Ghani Yang Disalahkan?

Di bawah ini adalah satu berita yang saya petik dari The Star 19 Jun 2007. Apa dah jadi? Polis yang dituduh cuai, tetapi kenapa Saujana - kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, yang mesti diserbu dan dijadikan lokasi demonstrasi anti-jenayah, pada Ahad 17 Jun 2007?

Siapakah di sebalik demonstrasi itu? Apakah motifnya? Dan, mengapakah diheret MB Johor dalam soal anti-jenayah ini? Polis wajarlah menyiasat insiden ini scara segera dan terperinci. – Ruhanie Ahmad


Chua: We are not involved

JOHOR BARU: MCA has distanced itself from the recent demonstration held outside the Mentri Besar’s official residence and said that it was organised by “irresponsible” parties.

Johor MCA chief Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, who categorically denied the party’s involvement in the demonstration, accused those responsible of “playing with fire.”

“These irresponsible people have turned crime into a racial issue and if they are not careful, it can get out of control,” he said, adding that the entire Chinese community should not be blamed for the actions of a few irresponsible ones.

He was speaking to reporters after officiating at the groundbreaking ceremony for the new Hospital Permai site in Johor Baru.

Dr Chua, who is also party vice-president, said an SMS meant to incite the public was also making the rounds and that he would appeal to the police to investigate where it originated.

On Sunday, police stopped an anti-crime demonstration outside the Mentri Besar’s official residence here and picked up two protesters who resisted a police order to disperse.

About 100 people had gathered there at 10am to stage their protest in response to two violent rapes reported over the past week, one involving a 19-year-old girl on June 12 and the other a 35-year-old woman the next day.

Johor Baru (South) OCPD Asst Comm Shafie Ismail said the protestors, aged 24 and 27, have been remanded until today.

“We will investigate their role in the protest,” he said.

The Star, Tuesday June 19, 2007

Monday, June 18, 2007

Betulkah Abdullah Tak Tau
Sapa Nak Beli Kampus UM?

Bernama melaporkan pada 16 Jun 2007, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mahu kampus Induk Universiti Malaya (UM) kekal di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Kenyataan di atas melegakan dan disambut baik oleh semua pihak. Pemangku Naib Canselor UM, Datuk Dr Mohd Amin Jalaudin, berkata pada 17 Jun 2007, pendirian tegas itu jadi pendorong kepada seluruh warga UM “untuk terus berusaha gigih bagi mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.”

Bagaimanapun, aneh juga bila Perdana Menteri dipetik sebagai berkata bahawa “sebelum ini beliau tidak ada mendengar sebarang cadangan untuk memindahkan kampus UM itu ke tempat lain.”

Kenyataan ini aneh kerana sebenarnya banyak pihak mendakwa bahawa mereka tahu yang personaliti utama di sebalik ura-ura membeli kampus UM di Lembah Pantai adalah seorang yang dikatakan pernah mempunyai pertalian kekeluargaan dengan beliau.

Tetapi, oleh kerana isu ini sudah selesai, tidak perlulah didedahkan nama personaliti terbabit. Begitu pun, banyak pihak berharap semoga apa yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri adalah muktamad. Mereka berharap, selepas ini tidak timbul lagi kedolak-dalikan dalam isu UM ini. – Ruhanie Ahmad

Sunday, June 17, 2007

Dagang Lalu Ditanakkan
Anak Sendiri Kebuluran?

Di bawah ini adalah satu lagi berita yang membimbangkan, perlu direnung, dihalusi dan difahami oleh kita semua. Satu portal berita tempatan menyatakan, kini terdapat kira-kira 80,000 graduan menganggur di Malaysia. Saya percaya, majoriti mereka adalah anak-anak Melayu.

Jdi, kalaulah apa yang ditegaskan oleh PM adalah betul, apakah corak dan warna masa depan anak-anak kita yang masih menganggur? Balik kampung, tanam kacang?

Dan, inikah yang dikatakan sebagai tindakan dagang lalu ditanakkan, kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kebuluran? Fikirkanlah!!! – Ruhanie Ahmad

Jangan Sekat Kemasukan
Pekerja Mahir, Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia tidak seharusnya "terlalu menyekat" kemasukan pekerja mahir terutamanya dalam sektor strategik memandangkan ia akan memberi faedah kepada negara.

Perdana Menteri berkata beliau percaya penduduk Malaysia yang bekerja akan mendapat faedah daripada interaksi yang lebih luas dengan tenaga mahir dari luar.

"Sudah tentu, kita boleh meningkatkan diri kita sekiranya kita bekerja dan belajar dengan mereka yang berkemahiran," kata beliau dalam ucapannya yang bertemakan "Menoleh Ke belakang, Mara Ke hadapan: 50 tahun Perniagaan di Malaysia" pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur.

Bagi mendapatkan pekerja mahir, beliau berkata Malaysia seharusnya membantu pelajar asing yang mahir untuk terus tinggal selepas tamat pengajian.

Abdullah berkata Malaysia perlu mendapat faedah daripada aliran modal insan sejagat.

"Saya percaya profesional Malaysia boleh setanding di kalangan kumpulan yang berkemahiran di peringkat global dan mereka kekal pekerja pilihan oleh perniagaan di Malaysia.

"Ini tidak semestinya konflik dengan dasar menarik lebih banyak pekerja asing berpengetahuan ke negara kita," katanya.

-- BERNAMA 14 Jun, 2007

Saturday, June 16, 2007

Prof Diraja Ungku Aziz Membids
Ura-Ura Komersilkan Kampus UM
Suatu Yang ‘Gila Dan Kurang Ajar’

Utusan Malaysia 16 Jun 2007 menyiarkan dua reaksi kepada ura-ura Guocoland (M) Berhad, yang dikuasai jutawan Tan Sri Quek Leng Chan, untuk memindahkan kampus Universiti Malaya (UM) ke Sepang dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion. Untuk berita sepenuhnya, sila klik link di bawah ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz pula menyifatkan cadangan untuk membeli dan membangunkan tapak UM sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’.

Tegasnya, pihak-pihak terbabit langsung tidak mempunyai sifat patriotik kerana sanggup menawarkan harga bagi khazanah negara yang tidak ternilai itu.

‘‘Ini suatu cadangan yang gila. Individu tersebut fikir dia boleh beli apa sahaja yang dia mahu kerana ada banyak wang. Saya sendiri tak kenal orang yang cuba berbuat demikian.

‘‘Saya tidak fikir mana-mana universiti di luar negara sanggup dibeli oleh mana-mana individu hanya untuk kepentingan peribadi mereka kerana mereka sangat menghargai gedung ilmu,’’ katanya lagi.

Prof. Ungku Aziz berharap ‘‘semua pihak perlu bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan maruah Universiti Malaya. Saya juga berharap perkara ini juga ditentang oleh pemimpin tertinggi kita. Kita harus bersama-sama mempertahankan maruah negara,’’ tegasnya. Untuk berita sepenuhnya, sila klik link di bawah ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Komen:

Bantahan dan kecaman seperti di atas adalah wajar. Blog ini dan www.mayaputera.blogspot.com adalah antara blogs yang pertama mengulas isu ini. Bloggers lain termasuk Datuk A Kadir Jasin dan Rocky’s Bru pun turut membidasnya.

Persoalannya sekarang, apakah kita berani mengkecam tindakan itu sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’ seandainya pembesar negara kita mnyokong membantu berkenaan jadi kenyataan? Atau, mungkinkah pembesar negara dan team penasihatnya akan prihatin kepada seluruh bantahan yang disuarakan oleh banyak pihak sejak dua-tiga hari yang lalu? Kita tunggu dan lihat!!! – Ruhanie Ahmad
Welcome To Malaysia
Mr. Whoever You Are

A blogger friend of mine alerted me today of the news item below. He said I must voice out my concern about what the PM had said last night. I assured him, I will do it. But, before that, you have to read this:

Don't Restrict The Entry
Of Skilled Workers, Says PM

KUALA LUMPUR, June 14 (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Malaysia should not "overly restrict" the entry of skilled workers particularly in strategic sectors as it could actually bring benefit to the country.

Comment:

A very happy news indeed. Foreign professionals, welcome to Malaysia, truly Asia. And, please don’t worry about us. We know that some of us [about a few thousands actually] are still unemployed. But, that is our problem. We Malaysians, especially the Malays, have our kampungs to go back to. There, we can plant kacang panjang or even jaga lembu, just like the cowboys in the early days of America.

Friends, Malaysians and countryman. Please lend your loyalty and support to our PM. He is brilliant, extremely brilliant. His thinking is out-of-the-box, progressive and pragmatic. We must return him to power with a landslide victory in the coming general elections rumoured to be in August 2007. We need him for at least five more terms!
– Ruhanie Ahmad

Friday, June 15, 2007

Alumni Objects
To UM's Relocation

PETALING JAYA, June 14 (Bernama) -- The Universiti Malaya Alumni Association has objected to any plan to relocate the university to allow its present site to be redeveloped
by a private company.

www.roncyberprince.blogspot.com

Thursday, June 14, 2007

We Are Not Moving
Stresses UM Don

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) has no plan to relocate to its campus, describing the present location as one of its strengths.

Comment:

Now, who should we believe? Higher Education Minister, Datuk Mustapa Mohamed? UM’s vice-chancellor, Datuk Rafiah Salim? UM’s International and Corporate Relations Office director, Associate Prof Dr Khoo Boo Teong? Or the recent report by bt@nstp.com.my which said “GUOCOLAND (Malaysia) Bhd, a property developer controlled by Tan Sri Quek Leng Chan, has made a bid to relocate University Malaya from Petaling Jaya to Sepang.”?
– Ruhanie Ahmad

Full text…

http://roncyberprince.blogspot.com
Eksport Batu Ke S’pura:

Persetankanlah Semangat
Kemerdekaan Yang Lapuk

Mohamad Alimin Othman
“Kalau Pak Lah Jual Johor
Pun Saya Sokong” – Blogger
Haramkan Segera Eksport Batu
Dan Debu Kuari Ke Singapura

Ruhanie Ahmad

Pendedahan blog ini sejak dua bulan yang lalu mengenai aktiviti pengeksportan batu pejal dan debu kuari dari Negeri Sembilan dan Selangor ke Singapura terbukti benar – bukan ura-ura, bukan fitnah dan bukan pembohongan.

Hari ini, sumber-sumber blog ini memberikan nama-nama syarikat pembekal bahan berkenaan yang beroperasi di Malaysia dan juga nama-nama syarikat pembelinya di Singapura. Juga didedahkan adalah anggaran jumlah yang dieksport setiap hari, bilangan tongkang pengangkutnya, jeti perlepasannya, harga pembeliannya, dan anggaran keuntungannya.

Beberapa syarikat tempatan kini terbukti mengeksport sejumlah 35,000 metrik ton batu pejal (granite) dan debu kauri (quarry dust) sehari, dari Negeri Sembilan dan Selangor ke Singapura, dengan nilai harian dianggarkan RM4 juta, sejak Mac 2007.

Ini bermakna, secara hitung panjang, sekurang-kurangnya 3,150,000 metrik ton bahan-bahan berkenaan dengan nilai RM252 juta, telah dieksportkan dari pantai barat Malaysia Semenanjung ke Singapura, sejak tiga bulan yang lalu.

Jumlah di atas tidak termasuk eksport bahan-bahan yang sama dari Muar, Batu Pahat dan Melaka, seperti yang dilaporkan menerusi ruangan forum http://www.mykmu.net/. Portal berkenaan juga memaparkan gambar-gambar beberapa buah tongkang yang sarat dengan batu pejal dan debu kuari dari Muar yang dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura.

Hong Leong

Sumber-sumber blog ini berkata, sebuah daripada syarikat terbabit di Negeri Sembilan dikenali sebagai Sungai Rambai Angkut Sdn. Bhd. (PT5551), beralamat di Jalan Klang-Banting Batu 13, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor. Syarikat ini kini mengeksport 15,000 metrik tan bahan-bahan berkenaan ke Singapura setiap hari, dengan menggunakan tiga buah tongkang, menerusi jeti di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bahan-bahan tersebut dikatakan diperolehi daripada kuari di Nilai.

Beberapa syarikat lagi yang namanya masih sedang dalam siasatan, mengkesport sejumlah 35,000 metrik tan bahan-bahan yang sama ke Singapura setiap hari, dengan menggunakan tujuh buah tongkang, menerusi jeti di Morib dan Pulau Carey, Selangor. Bahan-bahan tersebut dikatakan diperolehi daripada kuari di sekitar Jugra.

Sumber-sumber yang sama juga berkata, keseluruhan bahan-bahan di atas dijual kepada dua syarikat di Singapura dengan harga RM80.00 satu metrik tan. Seluruh pembekal terbabit dari Malaysia pula dipercayai mengaut keuntungan bersih sebanyak RM25.00 setiap metrik tan. Bagaimanapun, masih belum diketahui berapakah harga pasaran bahan-bahan berkenaan yang dikenakan kepada pembelinya di Singapura.

Satu daripada syarikat yang kini membeli batu pejal dan debu kuari Malaysia di Singapura adalah Sing Lian Huat Sand Quarry Pte. Ltd., No. 19, Simon Road, Singapore 545904. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat ini, sila klik link berikut:

http://dir.bca.gov.sg/bca/CompanyDetail.asp?CoType=All&ID=199000234N

Satu lagi syarikat pembeli di Singapura adalah Hong Leong Asia Ltd. yang memiliki dan mengoperasikan PT Kariumn Granite – sebuah kauri batu pejal terbesar di Asia Tenggara, di Pulau Karimun, Indonesia. Bahan-bahan daripada kuari ini dibekalkan untuk kerja-kerja tebusguna tanah di Singapura. Bahagian bahan binaan Hong Leong Asia Ltd. beroperasi di No. 43 Sungei Kadut Street 4, Singapore 729061. Untuk maklumat selanjutnya sila klik link berikut:

http://www.hlasia.com.sg/
www.hlcorp.com.sg/hlatest/hlanew/contact.htm

Indonesia

Bagaimanapun, sejak kerajaan Indonesia mengharamkan pengeksportan pasir, batu pejal, debu kuari dan lain-lain bahan “hydraulic fill” ke Singapura baru-baru ini, pembekal-pembekal di republik itu pun mencari bahan-bahan berkenaan daripada sumber-sumber lain, khususnya dari Malaysia. Juga diberitakan bahawa bekalan bahan-bahan yang sama kini dikatakan diperolehi dari Mynmar dan Vietnam.

Sumber-sumber blog ini juga berkata, aktiviti-aktiviti eksport batu pejal dan debu kuari dari Ngeri Sembilan dan Selangor kini dipercayai diselaraskan oleh seorang warga Singapura yang memandu kenderaan Mercedes Benz berwarna silver dengan nombor pendaftaran 350 SBZ 91 B.

Seperti yang didedahkan oleh blog ini pada 10 pada Mei 2007, dengan jodol Eksport Batu Ke Singapura Dilesenkan Oleh Kerjaan? dan pada 9 Mei 2007, dengan jodol Eksport Pasir Ke Singapura Haram, Eksport Batu Dan Debu Kuari Halal?, aktiviti-aktiviti eksport dari Malaysia ini adalah dilesenkan oleh MITI.

Hakikat ini mengundang pelbagai tanda tanya dan cadangan. Antaranya adalah seperti berikut:

Mengapakah MITI tidak mengkategorikan batu pejal dan debu kuari sebagai bahan asas yang diperlukan untuk kerja-kerja tebusguna pantai di Singapura? Persoalan ini timbul kerana aktiviti tebusguna pantai secara “hydraulic fill” bukan sahaja memerlukan pasir, malahan batu pejal, debu kuari serta pasir berlumpur sebagai bahan utamanya.

Oleh itu, jika pengharaman eksport ke Singapura untuk bahan tebusguna tanah yang dikuatkuasakan oleh MITI hari ini hanya tertumpu kepada pasir, maka komponen lain untuk “hydraulic fill” – batu pejal, debu kuari dan pasir berlumpur – juga mesti segera di haramkan.

Hydraulic Fill

Adakah kerajaan Malaysia tidak berpendapat bahawa sekarang merupakan waktu terbaik untuk mengkaji semula istilah “hydraulic fill” ini supaya merangkumi batu pejal dan debu kuari yang diperlukan untuk kerja-kerja tebusguna tanah di Singapura dan sekaligus mengharamkan pengeksportannya?

Adakah kerjaan Malaysia akan terus membisu dan sekaligus menyumbang kepada pembesaran Singapura – sekali ganda saiznya hari ini – dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang?

Adakah kerajaan Malaysia sedar bahawa pemerintah Indonesia kini sedang mengkaji semula istilah “hydraulic fill” ini supaya merangkumi batu pejal dan debu kuari? Untuk Maklumat lanjut, harap klik di sini: http://www.todayonline.com/articles/176927.asp

Atau, adakah kerajaan Malaysia sanggup berhadapan dengan masalah sempadan laut tidak lama lagi akibat daripada kerja-kerja tebusguna tanah di Singapura yang menggunakan komponen “hydraulic fill” dari Malaysia?

Bagaimana jika Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelak memutuskan yang Pulau Batu Putih adalah milik Singapura, dan berikutnya, pantai pulau itu pula ditebusguna menggunakan bahan-bahan “hydraulic fill” dari Malaysia? Tidakkah akibatnya adalah sempadan Malaysia-Singapura jadi berubah – semakin mendekati pantai Malaysia? Tidakkah ini berbahaya kepada keselamatan negara?

Kedaulatan

Tidakkah penerusan eksport batu pejal dan debu kuari ke Singapura, pada perkiraan akhirnya, akan menjejaskan kedaulatan Malaysia? Tidakkah Malaysia berhak untuk segera mengharamkan eksport bahan-bahan tersebut yang sedang rancak ketika ini?

Blog ini, www.mayaputera.blogspot.com, shar101.blogspot.com dan mykmu.net telah beberapa kali merungkai soalan-soalan di atas. Tetapi, oleh kerana bloggers secara amnya dilabelkan sebagai “liars” dan “penabur fitnah” maka perungkaian ini hanya disifatkan sebagai usaha memburuk-burukkan kerajaan mutakhir.

Singapura kini memerlukan pasir dan lain bahan binaan bukan sahaja untuk tebusguna tanah. Tetapi juga untuk pembinaan, khususnya sebuah kasino di Sentosa Island.

Sebagai penutup kepada posting ini, sama-samalah kita renungkan semula beberapa potong ayat oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, mengenai eksport pasir ke Singapura.

Beliau membuat kenyataan ini dalam konteks Malaysia tak akan jual pasir kepada Singapura sebagai syarat Singapura mempersetujui pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor. Saya harap semangat di sebalik kenyataan itu terus relevan selama-lamanya.

Haramkan

Utusan Malaysia 21 Mac 2006 melaporkan Najib sebagai berkata bahawa kerajaan akan bertindak tegas mengenai soal penjualan pasir (kepada Singapura) demi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

Katanya, beliau difahamkan jika Malaysia bersetuju menjual pasir kepada Singapura, sebanyak 50 juta meter padu setahun, untuk selama 20 tahun, bagi melebarkan Pulau Tekong, Tuas dan Jurong, ini bermakna, dalam tempoh dua dekad, pasir berkenaan akan bersamaan saiz sebuah lagi pulau Singapura.

Oleh itu, adakah pembesar Malaysia kini tidak insaf bahawa pasir yang nak dibeli oleh Singapura - sebanyak 50 juta meter padu setahun, untuk selama 20 tahun – dan juga batu pejal dan debu kuari yang sedang dieksportkan ke sana ketika ini, akan membina sebuah lagi pulau yang sama saiznya dengan Singapura yang wujud pada masa ini?

Walaupun eksport bahan ini menjana pendapatan negara, bukankah pengharaman eksport pasir, batu pejal, debu kuari dan lain-lain komponen asas kepada “hydraulic fill” dari Malaysia ke Singapura merupakan tindakan yang mesti dilakukan dengan seberapa segera? Tidakkah kepentingan dan kedaulatan negara mengatasi perkiraan perniagaan dan perolehan keuntungan?

Untuk bacaan selanjutnya berkaitan isu di atas, sila klik di bawah ini:

http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=356&Itemid=32

http://www.littlespeck.com/region/CForeign-SEA-030802.htm

http://www.littlespeck.com/content/development/CTrendsDev-070203.htm

http://www.aggregateresearch.com/caf/flyash/article.asp?id=10439

http://www.wildsingapore.com/news/20070304/070316-9.htm

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6465855.stm

Wednesday, June 13, 2007

Universiti Malaya Di PJ
Jadi Mangsa Korporat?

Gangguan fikiran kini semakin melonjak. Bukan pasal politik negara. Juga bukan pasal gerhana misteri yang mungkin menjelma. Tetapi mengenai nasib dan masa depan yang mungkin menimpa Universiti Malaya (UM) di Petaling Jaya.

Sebelum saya huraikan mengapakah fikiran saya terganggu mengenai UM, bacalah dulu sejarah universiti ini daripada Wikipedia Bahasa Melayu [BUKAN BAHASA MALAYSIA] seperti berikut:

Universiti Malaya yang menggunakan cogankata Ilmu Punca Kemajuan, ditubuhkan Oktober 1949. Ia adalah universiti tertua di Malaysia dengan kampusnya seluas 309 hektar.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962 dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Canselor pertamanya.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Malaya

Puluhan ribu graduan UM, trmasuklah YAB PM, yang mungkin sudah terlupa, berikut adalah lagu rasmi universiti anda:

Lagu Universiti

Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan

Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan

Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa

Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya

Sekarang anda bacalah sendiri item berita di bawah ini yang saya petik daripada bt@nstp.com.my 12 Jun 2007. Anda baca dan anda fahamilah sendiri akan implikasinya.

GuocoLand In Bid
To Develop UM Land?

GUOCOLAND (Malaysia) Bhd, a property developer controlled by Tan Sri Quek Leng Chan, has made a bid to relocate University Malaya from Petaling Jaya to Sepang, sources said yesterday.

As part of the plan, GuocoLand will then own the land in Petaling Jaya and develop it into a commercial and residential township. The proposal is based on a private finance initiative.

A company source said such a development is estimated to have a gross development value of RM10 billion.

GuocoLand officials declined to comment on the plan.

If the bid is approved, the development in Petaling Jaya will complement GuocoLand's planned RM1.2 billion Damansara City development project.

The Damansara project is due to be launched this year.

Guocoland's share price rose by 30 sen or 10 per cent to close at a 10-year high of RM3.26 yesterday. The tock has gained 87.3 per cent over the last six trading days.

There is speculation in the market that Quek may take the company private. On being queried, however, the company told Bursa Malaysia last Friday that it was not aware of such a thing.

GuocoLand has a 4,860-hectare landbank in Sepang.

Part of the land is being used by GuocoLand to develop the Pantai Sepang Putra project, where it plans to build seafront villas and waterfront bungalows.

A Hong Leong Group spokesperson also declined comment.

University Malaya, the country's oldest university, has its main campus that sprawls from the heart of Petaling Jaya right up to the footsteps of Bangsar.
bt@nstp.com.my

Berita di atas memang hanya memetik sumber-sumber sahaja. Tetapi, saya tetap bimbang kerana di negara ini ura-ura lazimnya menjadi realiti. [Contohnya, bukankah perkahwinan PM baru-baru ini pernah dinafikan sebagai ura-ura?]

Persoalannya di sini adalah, mengapakah mesti UM direlokasikan ke pinggir desa? Mengapa mesti entiti korporat terbabit memilih kampus UM sebagai sasaran perniagaannya?

Saya tidak anti-pembangunan. Saya juga bangga kerana kerajaan kini mengiktiraf PFI [Private Fund Inisiative atau Dayausaha Dana Persendirian] memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Tetapi, adakah kita akan merelakan PFI meminggirkan UM yang terulung ini ke cerok desa? Kalau PFI di atas mahu benar-benar bantu kerajaan, carilah pendekatan yang lebih kreatif. Jangan tangkap mudah sahaja. Jangan musnahkan UM yang memang sudah sebati dan sinonim dengan Seksyen 12, 16 dan 17 Petaling Jaya.

Oleh itu, sama-samalah kita suarakan isi hati dan suara jiwa kita kepada kepimpinan negara supaya apa yang diura-urakan di atas tidak jadi kenyataan. Dan, sama-samalah kita berdoa kepada Ilahi agar kebijaksanaan akan terus memandu kita semua dalam membuat sesuatu keputusan yang menjejaskan sejarah seperti UM ini.

Kepada agensi kerajaan yang akan menyediakan laporan serta penilaian mengenai ura-ura di atas, insaflah supaya jangan sampai mana-mana percaturan korporat diizinkan bertindak menjadikan warisan bangsa sebagai mangsanya. – Ruhanie Ahmad.

Tuesday, June 12, 2007

Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?
[Siri Kedua]

Posting saya dalam blog ini semalam, bertajuk Tengku Razaleigh Hamzah Muncul Sesudah Gerhana?, adalah suatu cetusan hati saya sendiri. Cetusan itu meledak secara spontan daripada jiwa saya yang terusik selepas saya menganalisa beberapa maklumat sensitif, spesifik, explosif, dan kontroversial yang saya terima sepanjang minggu lalu.

Sehingga hari ini saya masih lagi menilai, meneliti, menjalankan siasatan lanjutan serta menganalisa seluruh maklumat berkenaan. Proses ini saya lakukan untuk memperincikan apakah implikasinya kalau saya hamburkan seluruh maklumat itu ke intrnet secara total. Proses ini juga saya lakukan untuk membantu saya membuat keputusan sama ada saya akan mengongsikan info berkenaan dengan seluruh masyarakat internet Malaysia atau pun biarkan sahaja maklumat-maklumat itu reput ditelan kerahsiaan.

Lantaran itulah saya berusaha mendapatkan maklum balas menerusi saluran internet untuk mengukur kesediaan anda menerima maklumat-maklumat seperti di atas. Sebab itulah saya mencari jalan mengukur kebijaksanaan anda menilai dan menterjemah mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Antara intisari posting saya semalam adalah: Mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan, saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh? Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”? Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?

Mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba? Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi?

Dan, antara sedutan reaksi kepada posting saya semalam, yang dikirimkan ke blog ini dan menerusi laman berita Malaysia Today, adalah seperti berikut:

Hamizi: Perlu diakui, tiada tokoh yang layak dalam BN untuk mengambil alih kepimpinan negara. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad akan membantu Ku Li untuk menjadi PM. Beliau harus menebus kesilapan menamakan Pak Lah sebagai penggantinya.

Cakapsiang: Selagi politik menjaga periuk nasi berleluasa dalam diri orang Melayu, selagi itulah bangsa Melayu tidak berani berfikiran dan bertindak rasional. Ku Li dan Dr M tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti dalam UMNO kerana mereka berdua bukan lagi 'penjaga periok dan nasi'. Kita boleh berfantasi dan berilusi, namun realiti tetap PERIUK NASI!

Dzulman: Apa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu, khususnya dalam UMNO, adalah satu cabaran besar oleh Allah SWT. Saya tak salahkan UMNO sebuah parti politik yang punyai tujuan murni. Tetapi, sayangnya ramai dari orang kuat-kuat hanya mementingkan perut sendiri.

Saya ingat masa TDM jadi PM dia jarang mengabaikan surat-surat dari rakyat. Kita hantar kad raya pun dia jawab walau pun kita tahu itu kerja pembantunya. Sekarang lain cerita.

Apa jua perubahan mesti di lakukan oleh UMNO dari dalam. Dengan keadaan sekarang nampaknya rakyat Melayu terpaksa tunggu kerana tak mungkin ada yang berani membuat sesuatu yang boleh menggemparkan.

Kami turut merasa terganggu dengan apa yang sedang dan akan berlaku. Berdoalah kita kepada Allah SWT semoga keadaan jadi baik.

A Voice (blogger): Petikan dari posting saya, Filem dan Mentera: Seniman Agong dan Pelakun Palsu. ....Adakah antara mereka tahu menyesal seperti Aduka? Sanggupkah bertaubat dan merelakan hukuman? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran dan jiwa ku.

Borek dengan kuncu-kuncunya sudah menghuru-harakan negara. Kita bertelagah perkara remeh hingga lupa dan lalai ancaman yang sudah menjelma. Musuh sudah di dalam pagar!

Tanahair dilanggar "todak"! Dimanakah kau "Hang Nadim"? Sanggupkah anak muda ke hadapan, walaupun kamu mungkin terkorban atas pengorbananmu?

Keluarlah "Mat Kilau" dari sembunyian! Berani lagikah "Tok Janggut", walaupun berakhir di tali gantung? "Si Bongkok", jangan semangat mu hanya ingatan dalam "tajuk"!

Renegix: Datuk, apa sebenarnya gerhana tu? Buatkan saya juga gundah gulana. Jika tidak keberatan, sila beritahu saya.

Harry: Gerhana dalam apa bentuk pun tidak akan berlaku di negara ini, andaikata PAS atau parti pembangkang tidak membuat "kerja rumah" mengenai dasar politik mereka.

Silhoute: Masa Ku Li sudah terlepas… Gerhana telah lama melanda Malaysia dan Malaysia akan terus dilanda gerhana selagi pemimpinnya tidak insaf dan mementingkan kekayaan semata-mata.

Zed: Change is good and badly needed in this country. I for one will support Tengku Razaleigh should he decide to contest for the top post.

Geligeleman: You mengharapkan Ku Li melakukan sesuatu untuk menyaingi Pak Lah. Kenapa? UMNO kurang/tak mempunyai sebuah institutsi pewaris kepimpinan yg benar-benar jitu? Apa kekuatan yang ada pada Ku Li? UMNO sendiri tidak mahu mengubah gaya pemikiran dan tanggapan terhadap waris kepimpinan mereka. UMNO sendiri pun kelabu dengan arah tuju mereka.

MM2007: Gerhana itu adalah kejadian alam ikut design Tuhan atau sunnatullah. Jangan kita takut gerhana.

Nasigoreng: Ku Li satu-satunya 'PM material' tetapi takdir Allah mengatasi kehendak manusia. Ku Li sepatutnya jadi PM sekarang jika Mahathir berfikiran lebih waras dalam menentukan pengganti. Keberanian Ku Li mencabar Mahathir dalam tahun 1987 sudah cukup bukti bahwa selepas Mahathir, Ku Li mengambil alih pemerintahan negara ini. Apa boleh buat, orang Melayu sungguh malang, Begitu juga rakyat Malaysia seluruhnya. Ku Li seorang yang cerdas dan dinamis. Sangat meyakinkan bila berucap, orang tidak mengantuk. Beliau tidak pernah tertangkap tertidur dalam mesyuarat. Alahai, nasi sudah menjadi bubur basi.

Begitulah reaksi kepada cetusan hati saya semalam. Reaksi itu diberikan walaupun gerhana sebenarnya masih belum tiba. Bagi pihak yang ingin mengetahui apakah gerhana itu sebenarnya, ikutilah blog ini dari sehari ke sehari berikutnya.

Saya katakan begitu kerana hari ini saya sudah dapat bayang-bayang tentang gerhana berkenaan. Ada beberapa “ahli falak” yang mahu mengetahui ramalan gerhana ini dengan lebih lanjut telah menghubungi saya hari ini.

Mereka bertanya di mana saya dapat info pasal gerhana berkenaan. Saya katakan kepada mereka, gerhana hanyalah perkataan yang saya pilih untuk menggambarkan apa yang mungkin berlaku. Mereka bertanya kepada saya, apa pasal saya agak akan ada gerhana? Saya jawab, saya ramalkan satu gerhana mungkin berlaku berasaskan seluruh maklumat yang saya terima sejak seminggu yang lalu. “Ahli-ahli falak” tersebut mendesak saya menyenaraikan maklumat-maklumat berkenaan. Saya jawab dengan ringkas, tunggu dulu, saya sedang siasat dan siasat secara rapi dan terperinci. Dan, kalau nak tau intisarinya, ikutilah blog saya dari semasa ke semasa.

Demi kesetiaan anda melayari blog ini dan membaca posting saya di Malaysia Today, dengan ini saya senaraikan bahawa antara topik utama kepada maklumat yang sedang saya kaji, siasat dan analisa pada ketika ini adalah seperti berikut:

Benarkah dakwaan kononnya kepimpinan tertinggi Malaysia kini sedang dimanipulasikan oleh sebuah negara jiran menerusi pendekatan ekonomi dan perdagangan yang dibiayai oleh anasir zionis dan neo-imperialis?

Benarkah dakwaan kononnya ada satu entiti korporat asing akan berperanan besar dalam menentukan tarikh dan senarai calon PRU ke-12?

Benarkah dakwaan kononnya pembesar negara baru sahaja menerima nasihat daripada entiti korporat ini supaya PRU ke-12 diadakan dalam tempoh terdekat, mungkin minggu kedua Ogos 2007?

Benarkah dakwaan kononnya entiti korporat yang sama juga akan mencurah wang beratus juta ringgit dalam PRU-12 akan datang ini?

Benarkah dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri akan disingkir dan dipinggirkan menerusi beberapa pendekatan politik dan lain-lainnya tidak lama lagi?

Benarkan dakwaan kononnya beberapa individu sangat berpengaruh dan sangat berkuasa kini terlibat dalam amalan seks sejenis sesama mereka?

Apakah aktiviti meragukan yang kononnya telah dan sedang terjadi di sebuah rumah di sekitar kejiranan Istana Negara, Kuala Lumpur, kebelakangan ini?

Intisari di atas saya kemukakan dalam bentuk soalan. Kepada pasukan petugas UMNO Malaysia yang baru sahaja mengeluarkan satu analisa mengenai bloggers politik Malaysia baru-baru ini, saya harap analisalah intisari di atas secara cermat dan terperinci.

Pada waktu yang sama, saya juga harap pasukan pemantau ini bertanya kepada individu-individu di Aras Empat, apakah yang telah terjadi di pejabat berkenaan, pada suatu malam, tiga atau empat hari yang lalu? Benarkah pejabat itu pun bocor? Bukan bocor atap, bocor siling atau pun bocor paip. Tapi, bocor keselamatannya?

Setelah saya berikan serba sedikit intisari kepada maklumat yang sedang saya siasat dan terus siasat ini, apakah pendapat anda kalau info ini diletupkan ke tengah-tengah khalayak ramai, oleh pihak yang mengetahuinya, tidak lama lagi?

Gerhana akan terjadi? Kalau terjadi gerhana, mungkinkah pembesar-pembesar terbabit akan mempunyai kekuatan moral untuk terus memberikan semula sinar perjuangan kepada rakyat dan negara tercinta ini? Kalau tidak, di manakah relevannya Tengku Razaleigh Hamzah dalam keadaan sebegini? – Ruhanie Ahmad

Monday, June 11, 2007

Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?

Hujung minggu ini fikiran saya tambah bercelaru. Bukannya pasal apa-apa yang peribadi. Tetapi perihal tanahair tercinta yang kini dikatakan sedang di ambang gerhana.

Sama ada gerhana bulan, gerhana suria, gerhana siasah atau gerhana iktisad, saya tidak tahu. Saya hanya mendapat maklumat bahawa satu episod gerhana akan mnjelma di Malaysia. Jadi, harap anda semua bersabar, tunggu dan lihat, sama ada gerhana itu benar-benar berlaku.

Bagaimanapun, dalam kecelaruan ini, saya pun baca semula buku Apa Agenda Anwar Ibrahim Dengan Khairy Jamaluddin karya sahabat saya, Saudara Yahya Ismail atau Pak Ya. Kalau apa yang dinukilkan oleh Pak Ya di dalam buku itu adalah hakikat, kata suara hati saya, ke manakah akhirnya kita semua?

Pak Ya juga memaparkan banyak gambar pemimpin UMNO dari semua lapisan di dalam buku tersebut. Tetapi, saya sendiri tidak tahu, mengapakah perhatian saya terpaku kepada foto yang dipaparkan di muka surat 266 di mana Pak Ya memaparkan wajah Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen BN Gua Musang, Kelantan, dengan caption seperti berikut:

Kalau beliau (Tengku Razaleigh) menumpas Mahathir pada tahun 1987, jawatan PM akan disandang oleh beliau. Malangnya, dia gagal. Tapi beliau tidak mudah berputus asa dalam perjuangan dan tidak pernah kalah dalam setiap pilihan raya yang disertainya hingga sekarang. Beliau mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM. Kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.

Begitulah kata-kata Pak Ya dalam bukunya yang diterbitkan pada Ogos 2006. Saya tidak pasti mengapa Pak Ya memilih caption di atas untuk gambar Tengku Razaleigh yang berpakaian casual. Tetapi, dalam gambar itu, Tengku Razaleigh jelas memberikan satu renungan yang tajam dan penuh bermakna.

Soalnya di sini, mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan ini saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh?

Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”?

Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?

Saya tidak dapat menjawab persoalan di atas kerana soalan itu menjelma dalam kecelaruan fikiran saya terhadap tanahair.

Tetapi, mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya yang sedang dalam kecelaruan ini didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba?

Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh, putera raja berjiwa rakyat, untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi? – Ruhanie Ahmad

Thursday, June 07, 2007

Allah Peliharakan Sultan

Hari ini fikiran saya terganggu dengan beberapa perkembangan mutakhir di tanahair, terutamanya di Negeri Johor Darul Takzim, dan khusus sekali mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Oleh kerana saya hanya seorang warga biasa, maka saya hanya termampu untuk menulis sekadar mana yang “politically correct” dan merdu nadanya di telinga pembesar di Kuala Lumpur.

Apapun, di bawah ini saya paparkan lirik Lagu Bangsa Johor. Mudah-mudahan lirik ini menambahkan lagi kesetiaan anak-anak Johor kepada DYMM Baginda Sultan Johor. Moga-moga DYMM Baginda Sultan Johor akan terus menjadi sumber inspirasi kepada perjuangan bersama mempertahankan kedaulatan setiap inci bumi Johor di Malaysia yang merdeka ini. Kepada Allah Brserah. – Ruhanie Ahmad


Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan

'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan.

Nota: Lagu Bangsa Johor Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah oleh konduktor pancaragam Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).

Dipadankan pada tahun 1897 daripada "dondang sayang", sebuah lagu Melayu yang masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ianya tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ianya diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Bangsa_Johor

Wednesday, June 06, 2007

Perdana Menteri Kahwini
Jeanne Abdullah Sabtu Ini

PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah pada hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori.

-- BERNAMA

Tuesday, June 05, 2007

Pendapat Dr Harun Din
Mengenai Kes Lina Joy

"Ambillah iktibar daripada kes tersebut
kerana ia adalah permulaan
kepada cabaran demi cabaran kepada Islam."
Dipetik daripada Harakahdaily
Menerusi:
http://www.malaysia-today.net/index.shtml

Monday, June 04, 2007

May 13 Tragedy
A Coup D’etat?
Ruhanie Ahmad
Mr. Kua Kia Soong, the May 13 incidence is not as what you have said - a coup d’etat. Neither it is as what you want to portray - being started by Malay thugs backed by politicians behind the so-called coup d’etat. The May 13 incidence is the end game of neo-imperialism, chauvinism, extremism and communism - all in one, one in all.
Please read it in full in:

Sunday, June 03, 2007

PM dan Penasihat Islam Di JPM
Mestilah Perbetulkan Kenyataan
“Islam is not above constitution”

Kali ini saya memilih untuk menjawab komen Saudara Hamizi, Saudara Ariff dan surfer yang menggunakan nama samaran Pesanan, dengan scara terbuka – tidak hanya terhad di ruang komentar semata-mata.

Terlebih dulu saya ucapkan berbanyak terima kasih. Keduanya, izinkan saya nyatakan di sini bahawa apa yang telah saya paparkan dalam blog ini - www.kuda-kepang.blogspot.com - dengan tajuk Islam Tak Mengatasi Perlembagaan?, atau Islam Is Not Above Constitution?, adalah satu usaha yang positif.

Apa yang saya paparkan dalam tulisan itu - mengenai kenyataan PM yang dipetik oleh akhbar the Sun adalah serius. Saya katakan serius kerana bagaimanakah PM boleh mengatakan dalam akhbar The Sun bahawa "Islam is not above the Federal Constitution"?

Saya amat musykil terhadap kenyataan ini kerana Islam adalah agama Allah. Islam mengatasi seluruh undang-undang yang diperbuat oleh umat manusia!!!

Mungkin PM hanya mahu mengatakan seperti yang dilaporkan oleh Bernama dan Utusan Malaysia bahawa "Islamic (syariah) laws are not above constitution" atau “undang-undang Islam (syariah) tidak mengatasi perlembagaan.”

Kalau itulah yang sebenarnya dimaksudkan oleh PM, kenyataan itu pun agak mengelirukan kerana sestengah pihak yang jahil pastinya tidak dapat membezakan hukum Islam yang ditentukan oleh Allah dengan undang-undang syarie yang digubal oleh manusia berasaskan Quran dan hadis!

Saya lebih terdorong untuk mempercayai bahawa yang dimaksudkan oleh PM adalah undang-undang syariah tidak mengatasi perlembagaan.

Kalau inilah hakikatnya, pegawai-pegawai PM dan penasihat agama Islam di JPM mestilah membuat pembetulan dengan seberapa segera, tepat dan jelas terhadap kenyataan PM yang dilaporkan oleh akhbar The Sun bahawa “Islam is not above the Federal Constitution.”

Sebab itulah saya merayu dengan kata-kata: “jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua” akan apa yang dilaporkan oleh The Sun itu supaya pembetulan dapat dibuat dengan sewajarnya, “terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.”

Sebab itulah juga saya nyatakan bahawa “kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan.”

Jadi, salahkah saya membuat saranan seperti di atas? Salahkah saya bertindak menerusi blog ini supaya kenyataan PM yang sangat-sangat menglirukan itu dikoreksi dengan seberapa segera?

Salahkah saya katakan bahawa kalau tidak diperbetulkan segera, kenyataan PM itu boleh membawa implikasi serius?
Kalau kenyataan itu tidak diperbetulkan, apa akan jadi kepada Islam yang diberikan status agama rasmi dalam perlembagaan negara kita ini?

Fikirkanlah dengan tenang. Sama-samalah kita berdoa semoga PM, Penasihat Islam PM Di JPM, serta seluruh pegawainya yang bijak laksana akan menerima teguran ini dengan hati terbuka demi kepentingan bersama. Sama-samalah juga kita berharap semoga satu pembetulan yang sewajarnya dibuat dengan segera. – Ruhanie Ahmad

Saturday, June 02, 2007

Islam Tak Mengatasi Perlembagaan?
[Islam Is Not Above Constitution?]

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini seolah-olah berhadapan dengan satu masalah serius berbangkit daripada kenyataannya sendiri mengenai agama Islam di negara ini yang dibuat dalam satu sidang akhbar pada 31 Mei 2007.

Akhbar The Sun terbitan 1 Jun 2007, dengan jodol Islam Not Above The Constitution, Says PM, memetik Datuk Seri Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy's appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - The Sun, June 1, 2007
[http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18093]

Agensi Berita Nasional, Bernama 31 Mei 2007 pula memetik beliau dengan kenyataan berikut:

Abdullah also dismissed a suggestion from a foreign journalist that Islamic law was now above the Federal Constitution in the country.

"There is no such thing (of Islamic law being above the Federal Constitution). The Federal Constitution is the Federal Constitution. There is a set of laws we have to follow. It is something that we have to follow, that's all," he said. - Bernama, May 31, 2007
[www.bernama.com]

Akhbar Utusan Malaysia 1 Jun 2007 pula memetik beliau dengan kata-kata seperti berikut:

Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. - Utusan Malaysia, 1 Jun 2007.
[http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm]

Kenyataan Datuk Seri Abdullah dalam The Sun membawa maksud bahawa Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Muhamad “is not above the Federal Constitution.”

Kenyataannya dalam Bernama memberikan tafsiran bahawa beliau menafikan yang “Islamic law being above the Federal Constitution.”

Kenyataannya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pula memberikan tafsiran bahawa beliau menyangkal “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan.”

Kenyataan Datuk Seri Abdullah yang telah dipetik oleh The Sun adalah sangat mengelirukan, berbahaya dan boleh mengundang implikasi negatif daripada segolongan umat Islam di negara ini.

Kenyataan beliau yang dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia yang menyangkal bahawa “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Prsekutuan” juga boleh mendatangkan pelbagai takrifan.

Saya tidak berhak untuk mengulas lebih daripada apa yang saya nyatakan seperti di atas. Tetapi, sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya berhak meminta Datuk Seri Abdullah untuk menyatakan benarkah beliau berkata “Islam is not above the Federal Constitution.” ?

Jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua, terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.

Kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan. – Ruhanie Ahmad