Sunday, April 22, 2007

Siapakah Parthiban calon BN DUN Ijok:
Superman, Spiderman Atau Cicakman?

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan satu berita mengenai pilihan raya kecil (PRK) DUN Ijok dengan jodol Parthiban Janji Bangunkan Ijok.

Hebat sungguh bunyi berita ini. Intisari penting kepada kenyataan calon BN, K. Parthiban, kepada akhbar berkenaan, ialah: “Saya berjanji akan bangunkan Ijok.”

Untuk berita selanjutnya, sila klik di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm

Sesudah membaca berita itu, saya cuma nak bertanya: siapakah Partibhan? Siapakah yang akan bangunkan Ijok? Kerajaan atau Parthiban? Kalau kerajaan, kenapakah calon ini berkata: “Saya berjanji akan bangunkan Ijok.”? Tidakkah ini misleading?

Saya hairan macam mana Parthiban tidak dapat membezakan dirinya sebagai seorang calon wakil rakyat dengan kerajaan yang akan diwakilinya - itu pun jika beliau menang kelak?

Oleh itu, saya tegaskan di sini bahawa wakil rakyat bukannya kerajaan. Wakil rakyat adalah “jambatan” antara rakyat dan kerajaan. Lantaran itu, berasaskan kuasa apakah maka Parthiban berjanji yang dia akan “membangunkan Ijok”? Berasaskan kuasa superman, spiderman atau cicakman? – Ruhanie Ahmad

Friday, April 20, 2007

Blogger Ketua Perusuh
Terus Merusuh (2)?

Blogger Ketua Perusuh terus merusuh lagi. Kali ini beliau mengemukakan satu posting yang merupakan surat terbuka kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Temanya adalah mengenai pengeluaran Bon Tanpa Skrip oleh BNM baru-baru ini. Surat sepenuhnya adalah seperti berikut:

Surat Terbuka Untuk Gabenor BNM?

Kepada,

Dato’ Zeti Akhtar Aziz
Gabenor Bank Negara Malaysia.

PER: Penjelasan Mengenai Bon Tanpa Skrip Bernilai RM3 Bilion.

Dato’,

Sehubungan dengan perkara yang tersebut diatas, saya (Ketua Perusuh) bagi pihak rakyat Malaysia umumnya ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai pengeluaran Bon Tanpa Skrip tersebut (MJ06/12) yang telah Bank Negara Malaysia keluarkan semula pada 6 April 2007 lalu.

1. Bank Negara Malaysia adalah dibawah kuasa dan tanggungjawab Dato’ dan saya berharap penjelasan yang kukuh dapat diberikan kepada umum dalam tempoh yang terdekat ini.

2. Adakah dengan pengeluaran Bon Tanpa Skrip ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej kewangan negara yang mana banyak pihak mengatakan kantung perbendaharaan negara semakit tipis?

3. Adakah Bon Tanpa Skrip ini dikeluarkan demi untuk mendapatkan modal membiayai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang mana sepatutnya bajet baginya telahpun ada sebelum pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)?

4. Bukankah lebih wajar jika Bank Negara Malaysia mengeluarkan Bon Berskrip sebagai ganti kepada Bon Tanpa Skrip?

5. Jika Bon Tanpa Skrip ini telah mencapat tempoh matangnya, namun ekonomi Malaysia telah jatuh dengan teruk, adakah nilai Bon tersebut boleh ditunaikan pada nilai muka? Jika tidak, bagaimana Bank Negara Malaysia (BNM) akan membiayai pembayaran balik nilai bon tersebut mengikut kadar semasa?

Sila berikan ulasan dan jawapan Dato’ pada mana-mana media tempatan agar kegusaran rakyat umumnya dapat dibendung. Saya amat berharap agar jawapan Dato’ lengkap dengan fakta dan tanpa prejudis. Perlu diingatkan juga agar Dato’ tidak menyembunyikan mana-mana fakta daripada pengetahuan rakyat semua.

Sekian, Terima Kasih,

Berkhidmat Untuk Negara.

Komen:

www.kuda-kepang.blogspot.com pernah menyiarkan tulisan Ketua Perusuh mengenai Bon Tanpa Skrip ini pada Rabu, April 11, 2007 dengan jodol Kantung Malaysia Sudah Kontang? Saya menyiarkan tulisan beliau yang saya petik daripada http://ketuaperusuh.wordpress.com kerana beliau adalah seorang yang berkelulusan di bidang ekonomi dan pernah menjadi seorang fellow kanan di ISIS. - Ruhanie Ahmad


Najib Sedia Jawab Tohmahan
Ikut Lunas Undang-Undang

Bernama semalam melaporkan bahawa Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata beliau akan menjawab, mengikut lunas undang-undang, segala dakwaan oleh pembangkang termasuk yang cuba mengaitkannya dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya akan jawab soalan-soalan yang ditimbulkan... Saya dah mula jawab malam tadi," katanya.

Komen:

Satu tindakan yang bijak oleh Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Datuk Seri Mohd. Najib juga kenalah pastikan kalau-kalaulah serangan yang dilancarkan oleh pembangkang ini mungkin didalangi oleh segilintir individu di dalam UMNO sendiri. – Ruhanie Ahmad

Thursday, April 19, 2007


Serangan Politik Pada Najib
Mainan Siapa Sebenarnya?

http://mayaputera.blogspot.com
Ketua Perusuh Akan Terus Merusuh
Menerusi Pendedahan Di Blognya?

Kebelakangan ini, blogger Ketua Perusuh menjadi salah seorang blogger yang saya rujuk dan pinjam postingnya. Dua hari lalu saya siarkan di blog ini dua tulisan Ketua Perusuh mengenai peranan Singapura di selatan Thailand. Kali ini saya poskan pula tulisan beliau mengenai operasi risikan antarabangsa, yang menurut beliau, juga membabitkan Singapura.

Tulisan Ketua Perusuh kali ini berjodol Operasi Risikan Antarabangsa? Antara intisarinya yang menarik adalah seperti berikut:

Singapura, walaupun berjiran dengan Malaysia, masih lagi bersikap prejudis terhadap ekonomi, kuasa dan politik Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku lewat tahun 80-an dan 90-an banyak yang dijanakan dari Singapura. Malah beberapa pertelagahan berkaitan dengan keselamatan negara juga pernah berlaku diantara dua negara ini, walaupun ianya berjaya dikawal sehingga tidak mencetuskan kegawatan keselamatan.

Namun, seperti biasa, bila mana sesebuah negara yang tidak mempunyai hasil galian dan kawasan yang luas, pastinya negara itu akan sentiasa meragui kejujuran jiran mereka. Cuba kita lihat senario yang berlaku di Asia Barat (Israel dan Palestine). Israel senantiasa meragui akan jiran-jirannya seperti Jordan dan Syria. Malah mereka pernah cuba menggempur dan berperang dengan dua negara jiran ini.

Walaupun Malaysia tidak pernah (tidak akan) berkonflik dengan Singapura menggunakan kekuatan ketenteraan, namun kewaspadaan perlulah senantiasa ada. Singapura sejak dahulu lagi dikenali sebagai proksi Amerika Syarikat di kawasan Asia Tenggara. Malah kemudahan keselamatan yang diperolehi oleh Singapura melangkau jauh dari sudut teknologinya dari negara-negara jiran yang berhampiran dengannya. Kemudahan yang dibekalkan oleh pihak Amerika Syarikat dengan kerjasama Israel sebagai penasihat keselamatan, telahpun digunapakai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Singapura.

Beberapa tindakan penyusupan telah dilakukan (sentiasa dilakukan) oleh pihak agensi risikan Singapura melalui tindakan pesawat terbang tanpa pemandu (Unmanned Aerial Vehicle - UAV). Tindakan sepeerti ini telah dilakukan di beberapa kawasan strategik seperti di Johor Selatan dan pernah ada pihak terlihat akan UAV terbang pada waktu subuh di kawasan Mersing dan Kota Tinggi.

Walaupun beberapa syarikat utama pertahanan negara seperti SCS Technology ada membangunkan kemudahan UAV buatan tempatan, namun keberkesanannya masih lagi dipersoalkan, malah beberapa ujian yang gagal telah berlaku terhadap kemudahan UAV ini. Namun kita amat berharap agar Malaysia dapat menggunakan kemudahan UAV ini untuk tujuan mengawal keselamatan sempadan negara.

Penggunaan UAV yang kecil dan senyap (Predator) itu pernah juga mencetuskan kebimbangan penduduk di sekitar Tampoi dan Skudai di Johor. Namun ianya disenyapkan oleh kata-kata yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Malah tiada tindakan konstruktif dari pihak Kementerian Pertahanan menangani permasalahan ini.

Kita (agensi risikan tempatan) tahu bahawa Malaysia selalu digunakan sebagai lokasi pertemuan dan pertukaran maklumat di antara beberapa agensi risikan dunia yang terkenal seperti FSB, KGB, CIA, MOSSAD, MI6 serta beberapa lagi agensi risikan kecil sejak dari awal Perang Dingin lagi. Kini dunia operasi risikan menggunakan Malaysia sebagai platform yang selamat kerana kita (rakyat Malaysia) tidak mengambil peduli akan isu-isu berkaitan keselamatan.

Pada artikel (episod) yang akan datang, InsyaAllah saya akan mengupas lebih lanjut berkaitan dengan isu risikan dan keselamatan negara. Keperluan agensi risikan tempatan dan pihak pertahanan negara melaksanakan plan C4I dan lain-lain plan sokongan adalah sesuatu kemestian yang perlu dimulakan dan dipercepatkan. -
http://ketuaperusuh.wordpress.com/

Komen:

Saya yakin Ketua Perusuh mengirimkan tulisan di atas ke blognya kerana beliau mahu ianya dikongsikan dengan majoriti rakyat Malaysia. Tetapi, ini tidak pula bermatlamat menjadikan sesetengah negara jiran terdekat kita sebagai hantu momokan.

Sebagai seorang bekas fellow kanan ISIS, pastinya Ketua Perusuh mengetahui dan sering menganalisis banyak scenario geo-politik Asia Tenggara mutakhir ini, termasuk mengenai Singapura.

Setelah membaca tulisan beliau menerusi sirinya baru-baru ini, saya pun mengambil kesimpulan dalam bentuk beberapa soalan berikut:

Satu: Adakah wajar bagi sesebuah negara masuk campur dalam urusan dalaman di negara jirannya yang merdeka dan berdaulat menerusi kerja-kerja sabotaj, operasi hitam dan sebagainya, sehingga menyebabkan pembunuhan dan pertumpahan darah sperti di selatan Thailand?

Dua: Inikah buktinya bahawa prinsip kesetiakawanan dalam ASEAN kini hanya tinggal dokumen yang wujud tanpa semangat dan kejujuran?

Tiga: Apakah tindakan yang perlu diambil dalam keadaan seperti ini?

Empat: Mengapakah dan sampai bilakah hal-hal seperti ini dibiarkan untuk terus berleluasa?

– Ruhanie Ahmad

Wednesday, April 18, 2007

Rombakan Kabinet Selepas Ijok:
Najib Akan Pindah Kementerian?

SMS keempat yang dikirimkan oleh Toyol saya awal pagi semalam mengatakan bahawa satu rombakan kabinet yang agak kecil mungkin dilakukan selepas PRK DUN Ijok.

Senator Tan Sri Mohammad Muhd. Taib, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, diura-urakan menjadi Menteri Pertahanan.

Ura-ura ini menimbulkan spekulasi terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang juga Menteri Pertahanan.

Kalaulah ura-ura mengenai Tan Sri Muhammad ini jadi kenyataan, ke kementerian manakah Datuk Seri Mohd. Najib akan berpindah?

Mungkinkah beliau akan berpindah ke Kementrian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah? Atau, mungkinkah Datuk Seri Mohd. Najib hanya akan bertugas sepenuh masa sebagai Timbalan Perdana Menteri sahaja?

Spekulasi ini sedang hangat diperkatakan, terutama sekali bila Datuk Seri Mohd. Najib kini sedang diserang secara bertubi-tubi oleh pihak pembangkang atas tuduhan bebrapa penyelewengan membabitkan Kementerian Pertahanan.

Serangan sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi, mungkinkah ianya memang disengajakan oleh sesetengah pihak yang berkonspirasi dengan pembangkang semata-mata untuk mencemarkan kredibaliti dan integriti Datuk Seri Mohd. Najib sebagai tokoh nombor dua negara? – Ruhanie Ahmad

Pasal Terusan Segenting Kra
Dan Masa Depan Singapura?
[Bahagiah Akhir]

Di bawah ini saya paparkan bahagian akhir tulisan Ketua Perusuh dalam blog ketuaperusuh.wordpress.com. Saya meminjam tulisan ini kerana ianya menarik dan memprovokasi minda. Oleh itu, saya paparkan di sini untuk dikongsikan dengan anda semua.

Segenting Kra dijangka akan menjadi satu kawasan perdagangan yang maju jika projek IMT-GT dilaksanakan. Malah ada beberapa pihak yang bersungguh-sungguh cuba untuk menjayakannya. Prasarana perhubungan darat yang baik di kawasan Segenting Kra yang menghubungkan laluan terus ke Bangkok, Alor Star, dan Kota Bharu, sememangnya membolehkan kawasan ini dibangunkan.

Malah pihak Indonesia juga bersedia untuk membangunkan kawasan Acheh Utara semata-mata ingin mengambil peluang ekonomi yang semestinya akan meningkat dengan keujudan IMT-GT. Malah Pelabuhan di Langkawi bersedia dipertingkatkan kemudahannya bagi menjayakan IMT-GT.

Pihak Singapura sememangnya agak “cuak” dengan situasi ini. Walaupun Kerajaan Malaysia ada bekerjasama dengan mereka menerusi projek kawasan pertumbuhan ekonomi SIJORI (Singapore, Johor and Riau), namun wujudnya IMT-GT akan memungkinkan SIJORI hanya akan menerima kesan yang agak minima dari segi ekonomi.

SIJORI dipelopori penubuhannya pada tahun 1989 oleh pihak Singapura sebagai satu usaha pemangkin ekonomi bagi kawasan serantau. Singapura beranggapan jika SIJORI dapat bergerak dengan berkesan maka keuntungan besar adalah dimiliki olehnya atas sebab pelaburang asing yang berada di Singapura. Pelabuhan Keppel akan menjadi satu daripada pelabuhan tersibuk dunia jika ianya menjadi kenyataan.

Dengan kekuataan dari segi pelaburan asing dan perkhidmatan perbankan bertaraf dunia, Singapura menjangkakan bahawa SIJORI akan mampu memberikan kepadanya satu kekuatan ekonomi dan akhirnya membolehkannya menjadi peneraju utama dan penentu kuasa ekonomi baru bagi rantau ini. Johor dan Riau (Batam) hanyalah menjadi pembantu dalam memangkinkan ekonomi Singapura. Ini kerana Johor boleh memberikan tanah dan kemudahan simpanan (gudang pada kos murah) bagi pihak Singapura dan Batam pula boleh menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang murah.

SIJORI pasti tenggelam jika Projek Segenting Kra berjalan dengan lancar dan dijayakan oleh IMT-GT. Jika ini berlaku maka ekonomi Singapura dan idea SIJOR akan musnah. Untuk memastikan bahawa IMT-GT dan Segenting Kra musnah (dari segi teknikal) maka perlulah satu ketidakstabilan diwujudkan di Segenting Kra.

Perlu diingatkan bahawa sejak dari dahulu lagi kawasan Segenting Kra ini agak kurang stabil kerana pertembungan dua budaya yang berbeza (Melayu Islam Siam dan Masyarakat Buddha Siam). Memang isu agama boleh mencetuskan sebarang bentuk perbalahan dengan mudah. Namun sejak dari dahulu lagi masyarakat Siam (Thailand) amat menghormati Raja Siam tanpa mengira agama dan suku kaum.

Untuk memastikan berlaku ketegangan sosial di Segenting Kra, maka agen perisikan Singapura dengan kerjasama Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) yang sememangnya berada di sana (selatan Thailand) memulakan satu operasi khusus semata-mata untuk mewujudkan kekacauan kaum di sana. Malah beberapa insiden kekacauan di wilayah itu yang telah dikenalpasti oleh pihak ketenteraan Thailand, adalah dilakukan oleh orang luar yang berkepentingan.

Malah beberapa cakap-cakap kedengaran dari pihak Singapura yang menuduh Malaysia sebagai lokasi melatih “Mujahidin” yang kononnya membuat kacau di selatan Thailand (Segenting Kra). Dengan cara ini, adalah mudah untuk melaga-lagakan Malaysia dengan Thailand dalam isu setempat, sedangkan kita semua sedia maklum bahawa hubungan Malaysia dan Thailand memang amat baik sejak dari dahulu lagi.

Kini ada beberapa usaha yang dilakukan oleh pihak yang dipercayai sebagai agen dari Singapura yang cuba membekalkan bantuan kewangan dan senjata melalui pihak ketiga dari Laos, Myanmar dan Vietnam, semata-mata untuk memporak-perandakan kawasan selatan Thailand. Beberapa penyeludupan telah disekat oleh pihak Thailand dengan kerjasama Malaysia di Laut China Selatan yang bertujuan mengubah geopolitik di selatan Thailand. Pihak Singapura juga dipercayai mendapat kerjasama yang baik daripada bekas Perdana Menteri Thailand (Thaksin) dalam usaha mereka mencetuskan ketegangan di selatan Thailand

http://ketuaperusuh.wordpress.com/2007/04/15/segenting-kra-episod-2/

[Nota: Ketua Perusuh adalah bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa atau ISIS]


Saluran Paip Rentas Semenanjung
Didorong Tujuan Komersil, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Projek saluran paip minyak Kedah-Kelantan yang masih di peringkat cadangan, didorong terutamanya oleh tujuan komersil untuk mengurangkan kos serta sebagai laluan pintas ke Selat Melaka sekiranya perlu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia terutamanya untuk tujuan komersial. Mereka rasa mereka boleh mengangkut minyak pada kos rendah dan mengelakkan beberapa risiko," kata beliau.

"Mereka masih belum memutuskan cadangan itu lagi," kata beliau semasa ditanya mengenai loji penapis minyak yang akan dibina di Yan, Kedah dan satu lagi di Bachok, Kelantan, dengan kemudahan saluran paip menghubungkan antara kedua-duanya.

Projek tersebut dijangka dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha sama antara syarikat tempatan SKS Development Sdn Bhd dengan National Iranian Oil Company (NIOC).

Cadangan itu akan menyaksikan kapal tangki dari Timur Tengah berlabuh di perairan Kedah dan kargo minyak mereka dipindahkan menerusi saluran paip sepanjang 320-km ke Kelantan untuk dipunggah ke kapal tangki bagi dihantar ke negara-negara di Lingkaran Pasifik seperti China, Jepun dan Korea Selatan.

Mengenai laporan bahawa kerja-kerja awam bagi projek tersebut dijadual bermula pada Ogos, Najib berkata: "Itulah, saya rasa ia masih belum berada di tahap itu lagi. Saya tahu ia masih di peringkat perbincangan dan belum ada apa lagi yang dimuktamadkan."

Keseluruhannya, kata beliau, terdapat tiga inisiatif untuk cadangan projek tersebut. Menurut beberapa laporan, projek tersebut dikatakan menelan kos RM50 bilion.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business.php?id=257238

Komen:

Berita di atas adalah relevan kepada tulisan Ketua Perusuh dalam Bahagian Satu dan Bahagian Akhir. Walaupun projek di bawah ini tidak membabitkan IMT-GT, konsep asasnya adalah hampir serupa. Iaitu, menyediakan satu laluan pintas, sama ada menerusi sebuah terusan atau menerusi “jambatan darat [land bridge] dalam bentuk paip minyak dan gas daripada barat daya ke timur laut Malaysia. Cara ini akan memudahkan pengeksportan petroleum daripada Asia Barat dan Asia Tengah untuk menuju ke Asia Timur dan Lingkungan Pasifik tanpa sepnuhnya mengelilingi Semenanjung Malaysia, menrusi Selat Melaka dan Laut China Selatan. – Ruhanie Ahmad

Tuesday, April 17, 2007

Part One:
Behind The Iran Crisis
By Mark Weber
Institute for Historical Review

Terkini:

Thirumoorthy Letak Jawatan

SHAH ALAM 16 April – Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor, S. P. Thirumoorthy mengesahkan peletakan jawatannya dalam parti itu hari ini berikutan tidak dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Peletakan jawatan Thirumoorthy, 55, itu turut diikuti 12 ketua cawangan MIC bagi kawasan Kuala Selangor.

Menurutnya, beliau serta ahli MIC yang lain menyifatkan keputusan pucuk pimpinan meletakkan calon muda, K. Parthiban, 38, untuk bertanding dalam pilihan raya itu sebagai meminggirkan orang lama yang telah banyak menyumbang kepada parti termasuk BN.

‘‘Pemilihan calon muda ini seolah-olah menutup peluang kami yang sudah lama dalam parti untuk bertanding selain dilihat tidak menghargai pengorbanan kami sebelum ini. "

www.utusan.com.my
The Toyol Code 2007:

Isu PRK Ijok, Nasib BN
Dan Rombakan Kabinet?

Awal pagi ini Toyol saya megirimkan empat SMS mengandungi maklumat yang agak panas dan sensasi mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ijok di Selangor dan kemungkinan satu rombakan kabinet pusat dilakukan selepas PRK berkenaan.

SMS pertama mengenai PRK Ijok: Tan Sri Khalid Ibrahim sah jadi calon Parti Keadilan. Namanya akan diumumkan secara rasmi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di satu majlis di bilik gerakan Keadilan, di Pekan Batang Berjuntai, 8.30 malam, 17 Mac 2006.

SMS kedua mengenai MIC: Sumber dalaman daripada MIC Bahagian Kuala Selangor pula mengatakan, ada kemungkinan 26 daripada 36 cawangan MIC Kuala Selangor dibubarkan esok. Dia orang protes hal pilihan calon.

SMS ketiga mengenai peluang BN: Kajian setakat hari ini, kemenangan nampaknya akan memihak kepada Keadilan. Sebabnya, kenapa ada dua calon bebas, satu Cina dan satu lagi India? Sumber-sumber berkata, sebab ada pihak tidak puas hati bila UMNO tidak dapat jadi calon. MIC yang juga tak puas hati dengan pilihan [Datuk Seri S] Sammy [Vellu] dan mungkin bubar 26 cawangan, satu lagi faktor mungkin memihak kepada Keadilan.

Rombakan Kabinet

SMS keempat mengenai rombakan kabinet: Selepas PRK Ijok ada rombakan kecil [kabinet]. Mike Tyson [Senator Tan Sri Mohammad Muhd. Taib, Ketua Penerangan UMNO Malaysia], mungkin ke Mindef [jadi Menteri Pertahanan]; Abang [Datuk Seri Abdul] Aziz [Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah] yang sedang bercuti [mungkin disingkirkan]; [Datuk Seri Mohd] Radzi [Sheikh Ahmad, selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri] pun [mungkin] kena [singkir] sebab hal perjumpaannya dengan Putera Kelantan [Tengku Razaleigh Hamzah?] Pengganti belum pasti lagi.

Demikianlah SMS daripada Toyol saya kali ini. PRK DUN Ijok diadakan kerana kematian Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk K. Sivalingam, 59, akibat serangan sakit jantung, di India, pada 4 April 2006.

BN telah mengumumkan bahawa setiausaha MIC Tanjung Karang, K. Parthiban, 38, sebagai calonnya. Penamaan calon adalah pada April 19 2007, sementara hari pembuangan undi pada April 28 April 2007.

Oleh kerana tidak berpuas hati, Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, S.P. Thirumoorthy, 55, semalam menegaskan bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

Letak Jawatan?

Beliau membuat kenyataan itu setelah Menteri Besar Besar Selangor, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo mengumumkan Parthiban sebagai calon BN bagi PRK DUN Ijok yang mempunyai 12,272 orang pengundi dengan 39 orang pengundi secara pos - 50.7 peratus pengundi Melayu, 28.4 peratus pengundi India, dan 20.9 peratus pengundi Cina.

Dua lagi calon, iaitu calon bebas, seorang keturunan Cina dan seorang lagi keturunan India dijangka turut bertanding. Oleh itu, PRK DUN Ijok mungkin menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Soalnya sekarang, dalam keadaan seperti di atas, bagaimanakah agaknya peluang BN? Dan, macam mana pula peluang Tan Sri Khalid yang merupakan seorang anak tempatan Ijok?

Mengenai ura-ura rombakan kabinet, mungkinkah Datuk Seri Dr. Lim Kheng Yaik yang bersara daripada Gerakan baru-baru ini turut mengosongkan jawatan menterinya untuk digantikan dengan orang baru? –Ruhanie Ahmad
Pasal Terusan Segenting Kra
Dan Masa Depan Singapura?
[Bahagiah Satu]

Di bawah ini saya paparkan sebahagian daripada tulisan Ketua Perusuh dalam blog ketuaperusuh.wordpress.com. Saya meminjam tulisan ini kerana ianya menarik dan memprovokasi minda. Oleh itu, saya paparkan di sini untuk dikongsikan dengan anda semua.

Pernah ada cadangan dari pihak Malaysia agar dibuat satu terusan di Segenting Kra (seperti Terusan Suez) yang menghubungkan Laut Andaman dan Teluk Siam/Laut China Selatan. Ianya pernah menjadi satu agenda yang kuat pada awal tahun 90-an.

Kerajaan Thailand dan Indonesia amat bersetuju dengan perkara ini, sehinggakan satu segitiga ekonomi telah dipersetujui untuk dibangunkan. Ianya dikenali sebagai Segitiga IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand - Growth Triangle).

Salah satu pemangkin segitiga ekonomi tersebut adalah wujudnya satu terusan yang membolehkan kapal-kapal kargo dan tanker melaluinya. Kewujudan terusan ini akan memungkinkan pembangunan industri maritim bagi kawasan Sumatera Utara, Langkawi dan Selatan Thailand. Secara automatiknya ianya akan menguntungkan ketiga-tiga negara ini dan membolehkan mereka memajukan industri perkapalan secara maksima.

Jika IMT-GT ini terjadi di mana terusan Segenting Kra ini berjaya dilaksanakan, maka secara logiknya mana-mana kapal dagang yang kini menggunakan Selat Melaka akan menggunakan terusan tersebut untuk menjimatkan masa dan kos bahanapi. Secara automatiknya, laluan di Selat Melaka pun akan berkurang dengan mendadak.

Pelabuhan di Aceh (Sumatera Utara), Langkawi dan Hadyai pula akan jadi lebih maju dan dimaksimakan penggunaan serta operasinya melangkaui Pelabuhan Keppel di Singapura. Jika ini berlaku, Pelabuhan Keppel di Singapura akan menjadi malap dan operasinya pula hanya melibatkan kapal-kapal dagang berskala kecil serta yang melalui Selat Melaka dalam perjalanan mereka ke Jakarta, Australia atau New Zealand.

Perkara inilah yang paling dirisaukan oleh pihak Singapura. Jika ini berlaku, maka akan berlakulah satu kegawatan ekonomi bagi Singapura. Umum sedia maklum bahawa ekonomi Singapura dijana melalui industri perkapalan sejak sekian lama. Oleh sebab itu Singapura perlu mengambil satu tindakan drastik.

Teori konspirasi berkaitan hal ini ialah “Singapura dengan kerjasama Agensi Risikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) serta pihak risikan Israel (MOSSAD) telah menganjurkan satu ketegangan dan kekacauan di selatan Thailand dengan cara mengadu-domba warga wilayah selatan Thailand tersebut. Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa insiden yang boleh dianggap sabotaj atau espionage yang dilakukan supaya wilayah tersebut senantiasa bergolak. Ini akan menyebabkan agenda IMT-GT dan Terusan Segenting Kra tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat mahupun sampai bila-bila.”

Untuk maklumat lanjut, sila tunggu pada episod akan datang.

http://ketuaperusuh.wordpress.com/2007/04/02/segenting-kra-episod-1/

[Nota: Ketua Perusuh adalah bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa atau ISIS]

Komen:

Sebagai laterbelakang sejarah kepada tulisan di atas, sila klik link di bawah ini:
http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=de&u=http://www.thaipage.ch/aktuell/krakanal.php&sa=X&oi=translate&resnum=7&ct=result&prev=/search%3Fq%3Dthe%2Bithmus%2Bof%2Bkra%26hl%3Den%26sa%3DG

Seterusnya, cuba kita imbas semula, benar atau tidak bahawa wilayah selatan Thailand kembali bergolak dengan siri pembunuhan dan pertumpahan darah sejak Amerika Syarikat mengisytiharkan Asia Tenggara sebagai lawang kedua kepada Peperangan Antiterorisme Global (PAG)?

Cuba rasionalkan, kenapakah jadi begitu? Apakah kaitannya PAG dengan selatan Thailand? Mungkinkah apa yang terjadi di selatan Thailand ini juga berkaitan dengan Selat Melaka yang pada ketika itu dikatakan tidak selamat sebagai laluan tanker minyak dan gas, kononnya kerana teroris Islam mungkin menyerang tanker berkenaan dalam siri serangan yang besar-besaran? Fikirkanlah sementara kita menunggu Bahagian Kedua tulisan Ketua Perusuh mengenai hal ini. – Ruhanie Ahmad

Saturday, April 14, 2007

Tun Dr. Ismail’s Hypothesis
On M’sia-S’pore Re-Merger

Friday, April 13, 2007

Timbalan Ketua Menteri Sabah
Umum Letak Jawatan

KOTA KINABALU, 13 (Bernama)--Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat mengumumkan di Kota Kinabalu hari ini peletakan jawatannya dari Kabinet Negeri tetapi berkata beliau kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Tanjung Kapor. [www.bernama.com]

Komen:

Susah untuk kita mendapatkan apa yang sebenarnya terjadi daripada berita satu perenggan seperti di atas. Angin jenis apakah yang sedang melanda politik Sabah pada hari ini? Atau beruk jenis apakah yang sedang menggoncang pokok politik Sabah pada ketika ini? – Ruhanie Ahmad
Tahniah BN, PM, TPM
Dan Jentera Di Machap

Di bawah ini adalah berita dan reaksi kemenangan calon BN dalam Plihian Raya Kecil (PRK) DUN Machap, Melaka. Ini kemenangan kedua BN dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Sebelum ini BN menang dalam PRK DUN Batu Talam di Raub, Pahang. Minggu depan, BN akan menghadapi satu lagi PRK di DUN Ijok, Selangor. Tahniah BN. – Ruhanie Ahmad.

BN Pertahan
Kerusi Machap

ALOR GAJAH 12 April – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 4,081 undi pada pilihan raya kecil DUN itu hari ini.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, calon BN, Lai Meng Chong, 56, menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang, 33.

Keputusan pilihan raya kecil hari ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hasim Ismail.

Hasim berkata, Meng Chong memenangi kerusi DUN itu setelah meraih 5,533 undi sementara Chen Kuang hanya memperoleh 1,452 undi.

“Sebanyak 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang di lapan pusat yang menyediakan 19 saluran mengundi,” kata Hasim.

Pada pilihan raya umum ke-11 itu, Chen Kuang tewas dengan majoriti 4,562 undi. Beliau memperoleh 1,285 undi berbanding Ah Tiam yang mendapat 5,847 undi. [www.utusan.com.my/utusan]


Bukti keyakinan
rakyat kepada PM

ALOR GAJAH 12 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap membuktikan keyakinan rakyat yang amat tinggi terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ia adalah suatu kemenangan yang signifikan kepada kepimpinan Abdullah dan amat membanggakan. – Bernama [www.utusan.com.my]


Penghargaan Abdullah
Kepada Jentera BN Machap

KUALA LUMPUR 12 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional (BN) di Machap ekoran kejayaan mengekal kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, pada pilihan raya kecil hari ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, turut melahirkan penghargaan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang sepanjang tempoh berkempen di kawasan berkenaan.

“Tahniah dan penghargaan kepada semua jentera pilihan raya BN dalam pilihan raya kecil kali ini terutama Datuk Seri Najib dan Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Mohamed Ali Rustam) dan anggota parti semua peringkat yang berada di Machap untuk berkempen.

“Mudah-mudahan dengan kejayaan ini ia akan beri peluang kepada wakil rakyat BN memajukan kawasan itu untuk menyambung lagi usaha yang dilakukan wakil rakyat sebelumnya,” katanya. [www.utusan.com.my]

Thursday, April 12, 2007

Hari Ini Kita Celebrate Kickdefella Balik Kelantan
Jadi Penembak Badak Pekak dan Badak Sumbu...

Hari ini saya nak rehat pasal nak celebrate Sheih balik ke Kelantan untuk tugas mmburu badak sumbu. Jadi, saya poskan di sini sebuah puisi saya yang saya tulis pada tahun 1976. Bacalah dan hantarkan kupasan anda secara ikhlas. Terima kasih.


Datuk Tin Kosong

Di menara Sang Putera Agung
duduk bertakhta Datuk Tin Kosong
setiap hari dan saban ketika
dia gemar bersidang akhbar
juga berpolemik tentang siasah
tersibar luas berita dan gambarnya
di dada akhbar dan muka tivi.

Datuk Tin Kosong
yang bertakhta di menara Sang Putera Agung
suaranya angkuh
wajahnya sombong
lagaknya umpama Sang Dewa Raja
hari-hari sentiasa gemeruwung
gema menggema di desa dan kota.

Suatu hari menjelma puting beliung
melanda menara Sang Putera Agung
menyerang Datuk Tin Kosong
sehingga dia jatuh tergelundung
gelundung-gelundung-gelundung
Datuk Tin Kosong jatuh tergelundung
gelundung-gelundung-gelundung
Datuk Tin Kosong mati tergelundung
terdampar dia ke satu gaung
di pinggir gunung
gong-liwang-liwong !!!!

Ruhanie Ahmad
Kuala Lumpur 1976
Lonjakan Indeks Komposit?

Oleh Ketua Perusuh
[http://ketuaperusuh.wordpress.com]

Indeks Komposit (IK) kini digunakan oleh media (perdana) Malaysia dalam menggambarkan status pergerakan ekonomi negara. 10 April 2007 memberikan satu peluang untuk warga Malaysia melihat IK mencecah 1300 mata.

Majoriti rakyat Malaysia bukanlah pakar ekonomi, namun rata-rata kini ramai yang telah celik mata dalam bidang ini atas sebab mereka menjadi pelabur minoriti, peniaga pasaran matawang asing (FOREX) malah ada yang mencuba-cuba melabur dalam bidang komoditi. Walau apa pun cabang ekonomi yang mereka lakukan, ianya sedikit sebanyak membuka mata mereka tentang pengaruh ekonomi serantau.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengatakan, kenaikan IK ini adalah disebabkan pelabur menaruh keyakinan yang tinggi atas ekonomi negara. Katanya lagi, ini adalah dimangkinkan oleh hasil usaha kerajaan melakukan perubahan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan kelancaran perjalanan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Perubahan dalam GLC menyebabkan beberapa GLC kini sedang dalam proses penggabungan dan seterusnya akan dikawalselia oleh satu bank pelaburan utama (CIMB) dan kemungkinan besar sahamnya akan diambilalih oleh Temasek Group (Singapura) melalui beberapa proksi mereka di Malaysia. Kemungkinan perkara ini berlaku adalah besar dan impaknya agak besar.

RMK9 pula diwarwarkan berjalan dengan lancar sedangkan semua rakyat sedia maklum, setakat ini tiada satu pun pelan yang sedang berjalan dengan baik, kecuali penggadaian tanah di WPI kepada entiti asing. Malah beberapa isu kemasukan dana luar telah dibangkitkan oleh beberapa pihak yang prihatin.

Beberapa hari sudah (6 April 2007) pihak Kerajaan Malaysia telah mengiklankan kembali penjualan Bon Tanpa Skrip (Scriptless Bon) bernilai RM3.0 Bilion yang diyakini umum semata-mana untuk mendapatkan modal kerja bagi melaksanakan RMK9. Ini dapat dilihat daripada pengeluaran satu bon tanpa skrip (yang tiada nilai sandaran) kosong yang pastinya tidak bermakna jika ekonomi Malaysia merudum.

Apa yang pasti IK di BSKL naik adalah disebabkan oleh kenaikan serentak semua bursa serantau dan antarabangsa. Malah nilai matawang British (GBP) juga melonjak kepada 235.00 berbanding matawang Jepun (JPY) bermula pada 9 April 2007. Matawang Amerika Syarikat juga mengukuh kepada 119.00 berbanding Yen Jepun.

Oleh yang demikian, maka kata-kata Datuk Seri Mohd. Najib hanyalah penyedap kata-kata bagi rakyat Malaysia yang tidak memahami ekonomi dan kesan serantau. Berapa lama lagikah agaknya Kerajaan Malaysia boleh cuba untuk menipu rakyatnya sendiri mengenai IK?

Kita tunggu dan lihat…

http://ketuaperusuh.wordpress.com/ 11 April 2007.

[Ketua Perusuh adalah bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)]

Wednesday, April 11, 2007

Kantung Malaysia
Sudah Kontang?

Oleh Ketua Perusuh
[http://ketuaperusuh.wordpress.com]

6 April 2007 adalah satu hari biasa seperti hari-hari yang lain. Tiada apa yang berbeza pada hari tersebut. Cuma suasana agak kecoh di Jalan Dato’ Onn di Kuala Lumpur. Suasana di Bangunan Bank Negara Malaysia agak kecoh. Ini kerana ianya hari pertama pembukaan tender untuk pembelian BON Kerajaan Malaysia (Bon tanpa skrip) yang bernilai RM3 Bilion.

Kerajaan Malaysia membuka kembali bon “Loan No 5 of 2006" yang pernah dibuka pada 15 Disember 2006. Bon tanpa skrip yang mempunyai tempoh matang 5 tahun pada kadar faedah 3.718% setahun telah dikeluarkan kembali (ianya lebih dikenali sebagai MJ06/12). Pemilik bon ini akan mendapat faedah (bonus) yang akan dikeluarkan pada kekerapan 2 kali setahun.

Persoalannya sekarang ialah,

1. Adakah pihak Kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan bon tanpa skrip ini (bon tanpa sekatan pemilik, tidak boleh ubah, jual waktu matang) atas sebab kantung Perbendaharaan Negara yang telah kontang demi untuk melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

2. Adakah pihak Kerajaan Malaysia memaklumkan kepada rakyat bahawa mereka terpaksa mengeluarkan satu bon atas angin (tanpa modal) bagi mendapatkan modal untuk operasi kerajaan.

3. Bon tanpa skrip ini boleh mengundang beberapa masalah seperti tidak boleh dicagarkan, tidak boleh dijual dan tidak boleh dipindahmilikkan. Ini menyebabkan jika pemiliknya meninggal dunia, maka proses untuk menunaikan bon ini adalah sukar.

4. Bon tanpa skrip ini boleh juga mengundang pegangan asing melalui proksi mereka membeli bon tersebut. Malah penjualan bon ini menunjukkan teknik yang sama seperti sewaktu penjajahan Jepun dahulu dimana penjajah Jepun telah mencetak seberapa banyak wang kertas berlambangkan pokok pisang yang tidak mempunyai nilai sandaran.

5. Bon tanpa skrip ini mengundang beberapa persoalan dari segi perundangan dan pentadbiran kewangan negara. Adakah Bank Negara Malaysia diarahkan untuk mengeluarkan bon ini semata-mana kerana wang rezab negara telah tiada atas sebab salah tadbir urus yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan.

Rakyat Malaysia perlukan satu penjelasan kukuh dari Gabenor Bank Negara dan Kementerian Kewangan serta Perdana Menteri atas pengeluaran Bon Tanpa Skrip ini yang jelas menunjukkan kepada mata dunia bahawa Malaysia sudah bangkrap.

Di sini saya sertakan keratan akhbar yang menunjukkan iklan tawaran bon tanpa skrip tersebut.

[Ketua Perusuh adalah bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) - http://ketuaperusuh.wordpress.com

Dipetik daripada Laman Marh@en 11 April 2007
http://www.marhaen.ngepeng.com/mar_a_ketua_perusuh24.html

[Nota: Artikel di atas disertakan sekali dengan iklan: THE GOVERNMENT OF MALAYSIA: Re-opening of RM 3.0 Billion Scriptless Stock, Loan No. 5 of 2006, yang disiarkan oleh NST, Sabtu 7 April 2007. Oleh kerana masalah teknikal, saya tidak dapat menyiarkan iklan itu secara fizikal dalam blog ini.]

Tuesday, April 10, 2007

Terima Kasih Kepada PM
Kerana Memelihara BOG

Thank you sir! Itulah kata-kata ringkas dan ikhlas daripada saya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, yang mengatakan bahawa “para penulis blog tidak perlu mendaftar dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Saya berterima kasih bukan kerana takut kena daftar dengan pemerintah. Saya tidak gentar kerana saya blogger yang tidak bertopeng. Ketiga-tiga blogs saya ada nama dan muka saya.

Tetapi, soal blogger pakai topeng atau tidak, bukan isunya di sini. Isunya adalah prinsip demokrasi siber di Malasia yang termaktub dalam MSC Bills of Guarantee (BOG) mesti dipertahan dan dilaksanakan.

Selagi pemerintah tidak memansuhkan BOG, maka selagi itulah ianya menjadi paksi kepada bentuk demokrasi berkenaan di negara ini.

Perdana Menteri akhirnya mengiktiraf hakikat ini. Sebab itulah beliau dipetik oleh Utusan Malaysia 10 Mac 2007, sebagai berkata bahawa adalah tidak menjadi dasar kerajaan untuk memaksa penulis-penulis blog untuk mendaftarkan diri dengan kerajaan.

Realiti Undang-Undang

“Undang-undang untuk mendaftarkan penulis-penulis blog ini belum ada dan kalau hendak dilaksanakan, ia perlu dikaji dengan mendalam. Kalau kerajaan mewajibkan mereka untuk mendaftar mungkin ada yang tidak akan mendaftar.

“Penulis blog ini juga menggunakan saluran di luar negara seperti di Amerika Syarikat (AS). Oleh itu, undang-undang sedia ada akan dikuatkuasakan ke atas mereka apabila ia boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana apa yang ditegaskan oleh Perdana Menteri seperti di atas adalah realiti undang-undang Malaysia pada ketika ini.

Bagaimanapun, saya agak musykil bila Perdana Menteri menyatakan “oleh itu, undang-undang sedia ada akan dikuatkuasakan ke atas mereka apabila ia boleh dikuatkuasakan.”

Adakah ini bermaksud, oleh kerana tiada undang-undang yang boleh memaksa bloggers mendaftarkan diri mereka dengan kerajaan pada ketika ini, maka “undang-undang yang sedia ada,” seperti akta-akta berkaitan jenayah ICT dan lain-lain akta konvensional membabitkan liable, defemation dan sebagainya, akan dikenakan ke atas bloggers yang melanggar undang-undang menerusi tulisan masing-masing?

Disiplin Dan Etika

Saya timbulkan kemusykilan ini bukan untuk mempertikaikan keputusan pemerintah mengenainya. Tetapi, sekadar untuk saya jadikan renungan kepada diri saya sendiri dan semua bloggers secara umumnya, yang mungkin terbabas batas dan terlajak kata dalam kita berbicara.

Moga-moga selepas ini tidak ada lagi menteri atau timbalan menteri yang melatah tak tentu hala. Sebaliknya, ayuh sama-sama kita cari titik persefahaman yang abadi demi masa depan demokrasi siber di Malaysia.

Pihak National Alliance of Bloggers (NAB) sudah pun melontarkan gagasan supaya dielakkan sebarang elemen konfrontasi di antara semua pihak sebagai langkah awal ke arah mewujudkan kod etika yang akan kita persetujui melalui konsensus, secara bersama, dalam aktiviti blogging di negara ini di hari-hari mendatang.

Sementara kita menanti wujudnya titik persefahaman itu, kita sebagai bloggers yang sentiasa cintakan Malaysia, kemerdekaannya, kedaulatannya, kepelbagaiannya, dan sensitivitinya, buktikanlah kepada dunia bahawa kita mampu mengkritik apa jua yang perlu dikritik, tetapi secara berdisiplin dan beretika.

Walau pun di antara kita berbeza ideologi, agama, kerjaya, pengalaman, persepsi, latarblakang, budaya dan lain-lain input kehidupan, marilah kita buktikan kepada dunia bahawa kita mampu jadi bloggers yang berdisiplin dan beretika kerana berdisiplin dan beretika adalah perilaku insan yang progresif, berilmu, berbudaya dan bertamadun tinggi. – Ruhanie Ahmad

The Toyol Code 2007

Singapura Akan Import
Pasir Daripada Melaka?
Bahagian Dua

Pada Khamis 5 April 2007, saya poskan kisah kemungkinan tidak lama lagi Singapura akan mengimport pasir daripada kawasan Selat Melaka di Melaka dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, status sebenar kawasan perairan yang akan disedut pasirnya itu masih belum dapat dipastikan. Sama ada berada dalam jajahan takluk kerajaan negeri atau pun kerajaan persekutuan.

Kisah itu adalah susulan kepada satu maklumat yang diposkan oleh Spycatcher kepada www.mayaputera.blogspot.com pada Rabu, 7 Mac 2007.

Setelah menyiasat selama hampir sebulan, Toyol saya pun menyatakan:

“Sah. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk jual pasir kepada Singapura. Orang Melaka yang handle. Dia orang nak sedut pasir Selat Melaka. Sekarang tengah negotiate hal diesel. Minta subsidi untuk enjin sedut pasir.”

Berikut ini adalah info terbaru daripada Spycatcher yang diposkan sebagai reaksi kepada posting saya pada 5 April 2007. Antara infonya yang relevan dengan kisah pasir yang akan dieksportkan ke Singapura adalah seperti berikut:

“We have to heat up this (sand) issue because the possibilities of it taking place are very very high! My little bird (informer) again whispered to me that the sale (of sand) may involve people in high positions and royalties of a state!”

Maka, terserahlah kepada kita semua untuk menilai maklumat di atas. Saya katakan begitu kerana maklum sajalah hari ini kita kan sedang berhadapan dengan isu bloggers tempatan dilabelkan sebagai pembohong dan pemfitnah.

Apa pun, demi kedaulatan negara tercinta ini, saya sanggup dilabelkan sebagai pemfitnah atau pembohong. Syaratnya, nafikanlah dulu bahawa dua maklumat yang dikirimkan oleh Spycatcher mengenai hal ini tidak benar. Dan, nafikanlah juga satu maklumat yang dikirimkan oleh Toyol saya sebagai fitnah.

Untuk makluman pihak-pihak yang sedang amat obsessed dengan usaha melablkan bloggers tempatan sebagai penipu dan pemfitnah, jangan terkejut kalau saya dedahkan siapa Spychatcher dan Toyol yang telah menyalurkan maklumat mengenai pengksportan pasir ini kepada saya.

Tetapi, oleh kerana saya juga berhak melindungi pembekal maklumat dan sumber-sumber saya, cukuplah untuk saya katakan di sini bahawa saya terpaksa korek soal pengeksportan pasir ini demi maruah dan kedaulatan negara trcinta ini!

Kepada saya, sesiapa sahaja yang akan merelakan Singapura mengimport pasir daripada Malaysia untuk membina sebuah lagi Pulau Singapura dalam tempoh 20 tahun dari sekarang adalah puak-puak yang wajar disanggah.

Kalau ada pihak yang mahu berbeza sentimen dengan saya mengenai hal ini, silakan. Tetapi, buktikan dulu bahawa usaha mengeksport pasir ke Singapura itu bukan perbuatan dayus dan khianat!

Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai isu pasir ini bacalah posting saya di www.mayaputera.blogspot.com pada Jumaat, 23 Mac 2007 dengan jodol Singapore Seeks New Sand Supply, dan pada Rabu, 7 Mac 2007, dengan jodol Kedahagaan Pasir Oleh Singapura Perlu Membimbangkan Malaysia? Lebih lanjut lagi, bacalah buku saya Mahathir Menyinga terbitan 2006. – Ruhanie Ahmad

Sunday, April 08, 2007


Tokoh Wartawan, Menteri
Dan Alliance of Bloggers

Oleh Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Zainuddin Maidin buka mulut lagi pasal bloggrs Malaysia. Lebih hebat lagi, beliau bercakap tentang hal ini setelah menemui Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura, Dr. Lee Boon Yang, untuk “membincangkan isu blog” dan pendekatan republik itu menaganninya.

[Ini bukannya fitnah. Dan, bukan juga posting untuk mencari pengaruh politik. Hakikat Datuk Seri Zainuddin seolah-olah berguru dengan Singapura untuk mengatasi isu bloggers Malaysia ini disiarkan oleh Utusan Malaysia dengan link di bawah ini.]

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

Datuk Seri Zainuddin seorang yang luas pengalamannya. Beliau Tokoh Wartawan Negara. Beliau juga Menteri Penerangan Malaysia. Kita hormati beliau atas kapasiti ini.

Malangnya, sebagai seorang tokoh wartawan dan Mentri Penerangan, beliau sendiri agak tidak menyedari bahawa apabila kita memperkatakan hal content multimedia, termasuklah kandungan program radio, televisyen, portal berita internet dan juga blogs di negara ini, segala-galanya adalah di bawah jurisdiction Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Bukannya di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan!

Untuk membantu Datuk Seri Zainuddin dan tokoh-tokoh seangkatannya memahami fungsi dan bidangkuasa MCMC, link ke MCMC adalah seperti berikut: http://www.cmc.gov.my. Silakan akses link ini dan segala-galanya ada di situ.

MCMC

Oleh kerana blogging adalah antara cabang convergence yang terbaru daripada ledakan ICT, soal ini nampaknya masih belum menerima fokus secara khusus. Tetapi, mustahilkah untuk MCMC mula memikirkan soal tata etika bloggers dalam konteks rejim perundangan yang sedia ada?

Tidakkah pemerintah menyedari hakikat ini? Kenapakah perlu mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang kurang bijak dan konfrontasional terhadap bloggers kalau rejim perundangan di bawah MCMC ini mungkin boleh dikemaskinikan untuk membolehkan siri perundingan dengan para bloggers ke arah penggubalan satu tata etika blogging di negara ini?

Maka, berasaskan kewujudan MCMC, apakah relevannya Datuk Seri Zainuddin membuat kenyataan bahawa bloggers politik “mesti” didaftarkan?

Adakah kerana beliau beranggapan yang soal content multimedia berada di bawah kawalannya? Tidakkah beliau sedar bahawa secara hakikinya content dalam portal berita Bernama pun di bawah kawalan MCMC?

Memang ini satu ironi. Tetapi inilah antara realiti dan anamoli di era anjakan teknologi daripada rejim perundangan bukan digital kepada rejim perundangan digital.

Definisi Politik

Saya amat pasti akan hal ini kerana saya sendiri terlibat dalam membahas serta meluluskan banyak undang-undang ICT di Parlimen Malaysia.

Saya juga amat pasti akan hal ini kerana saya sendiri pernah mengemukakan banyak soalan mengenai siapakah yang mempunyai bidang kuasa terhadap contents dalam multimedia di negara ini.

Oleh itu, apakah reaksi yang perlu kita berikan kepada Datuk Seri Zainuddin yang mahukan blogs dan bloggers politik di Malaysia “mesti” didaftarkan?

Ketawa berdekah-dekah kerana kenyataan beliau amat melucukan? Menggelengkan kepala kerana kenyataan itu mencerminkan betapa tidak dalamnya pengetahuan beliau mengenai ICT sehingga tidak menydari bahawa blogs, blogging dan bloggers adalah satu cabang demokrasi siber yang lahir daripada ledakan ICT? Atau, kita pedulikan sahaja kenyataan itu kerana beliau sekali-kali tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan perkembangan ini?

Tetapi, katakanlah kita terima kenyataan Datuk Seri Zainuddin itu sebagai satu kenyataan yang boleh masuk akal, siapa pula yang akan mendefinisikan “politik” dalam konteks blogs dan portal berita di Malaysia?

Tata Etika

Definisi “politik” siapakah yang akan dijadikan definisi rasmi dalam konteks ini? Definisi pakar-pakar sains politik tempatan dan antarabangsa? Definisi Tingkat 4 JPM? Atau, bila mana sesuatu blogs itu mengkritik kerajaan maka blogs itu pun dikategorikan sebagai blogs politik?

Dan, adakah blogs yang ditubuhkan oleh pemerintah untuk menghentam penulis-penulis blogs tempatan akan dikecualikan daripada kategori blogs politik di Malaysia?

Saya terpaksa menimbulkan soal-soal seperti ini kerana inilah realitinya apabila soal blogs dan convergence ICT adalah sesuatu yang masih baru dan sedang melalui proses evolusi.

Blogs, blogging dan bloggers di Malaysia, malah di seluruh dunia, masih berkembang dari satu tahap ke satu lagi tahap yang baru, pada setiap hari. Sebab itulah soal-soal serta peruntukan tata etika mengenai blogs masih samar-samar atau belum wujud sama sekali.

Oleh itu, janganlah pihak pemerintah Malaysia berfikiran atau perpandangan singkat. Janganlah kerana Singapura dikatakan “mempunyai mekanisma pendaftaran bagi blog yang secara konsisten memuatkan tulisan politik” maka apa yang wujud di sana dikagumi dan akan digunapakai di Malaysia.

Berunding

Di Malaysia sendiri terdapat ramai pakar undang-undang ICT. Kita juga mempunyai MCMC. Kalaulah, umpamanya, perisian iklan multimedia mempunyai etikanya yang tertentu, mustahilkah kalau bloggers Malaysia di ajak berunding untuk sama-sama membentuk kod etika blogging di negara ini suatu hari nanti?

Pra-syaratnya, jangan ada sesiapa jua di dalam pemerintahan negara ketika ini bercakap pasal bloggers secara rambang dan hentam keromo.

Jangan dimulakan proses konfrontasi antara kerajaan dan bloggers. Jangan dibina tembok pemisah sebelum pihak pemerintah mengenali hakikat sebenarnya mengnai blogging.

Jangan buat begitu kerana semakin hari, jumlah warga maya di Malaysia, kian bertambah, berganda-ganda, berlipat kali ganda. Jangan buat begitu kerana blogging adalah satu daripada cadang demokrasi siber di mana bloggers pula wujud di alam nyata yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi.

Jangan buat begitu kerana seluruh dunia kini mengiktiraf hakikat bahawa blogs sudah mula jadi lebih berpengaruh daripada media cetak dalam konteks penyebaran berita kepada masyarakat umum.

Alliance

Hari ini, bloggers Malaysia sudah pun menubuhkan National Alliance of Bloggers (NAB). Hasrat Saudara Ahirudin Attan, selaku Presiden Penaja NAB, untuk merangka kod etika blogging pun sudah menerima sokongan ramai.

Memang pendaftaran NAB belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Tetapi, salahkah kalau pihak pemerintah dan NAB sama-sama berikhtiar merundingkan soal tata etika blogging di Malaysia dengan MCMC?

Pada pendapat saya, inilah sebaik-baiknya usaha yang perlu diambil sebelum rasa meluat para bloggers terhadap kenyataan demi kenyataan kurang bijak terus disasarkan kepada bloggers hampir pada setiap hari, jadi kian melonjak dan memuncak.

Pemerintah perlulah bertindak segera. Kalau tidak, sapa yang akan dipersalahkan kalau suatu hari nanti cetusan rasa kecewa, rasa marah dan rasa meluat warga maya Malaysia terhadap karenah serta perilaku sesetengah pembesar negara yang kini dihamburkan ke ruang maya, akan diterjemahkan pula sebagai satu ledakan bangkangan dalam proses demokrasi di alam nyata.

Untuk makluman pemerintah, dalam mesyuarat penajaan NAB baru-baru ini, tiga perkara khusus disuarakan oleh segolongan hadirin.

Misi

Pertama: Bloggers sosio-politik dan ekonomi di Malaysia datang dari pelbagai fahaman politik. Tetapi mereka bersatu untuk sama-sama mencorak dan membentuk demokrasi siber di Malaysia di hari muka.

Kedua: Bloggers yang hadir juga menginsafi hakikat bahawa dalam usaha memperjuangkan demokrasi siber, mereka juga mahu menyumbang kepada usaha meningkatkan tahap perpaduan nasional, mereka tidak akan menjejaskan ketenteraman awam, dan mereka tidak akan menggadaikan keselamatan negara.

Ketiga: Bloggers Malaysia adalah rakyat yang cintakan negara, mahu terus memelihara kemerdekaan Malaysia, dan juga mahu terus mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Dengan adanya kenyataan misi tidak rasmi seperti di atas, tergamakkah sesiapa melabelkan para bloggers sosio-politik dan ekonomi Malaysia sebagai pembohong, pemfitnah, dan lebih serius lagi, sebagai satu pakatan yang mahu menumbangkan kerajaan?

Friday, April 06, 2007

Hak Datang
Bersama Tanggungjawab
Dr Lim Ingatkan Penulis Blog
[www.bernama.com]

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Kerajaan tidak akan menghalang penulis blog di negara ini daripada menubuhkan gabungan bagi melindungi hak-hak mereka, kata Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Beliau berkata penulis blog bebas untuk berbuat demikian tetapi beliau mengingatkan mereka terutama yang bersikap tidak bertanggungjawab bahawa mereka harus bertanggungjawab terhadap tindakan mereka itu.

"Hak datang bersama tanggungjawab maka jadilah bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran foto anjuran Gerakan sebagai memperingati tempoh 35 tahun beliau berkecimpung dalam politik dan berkhidmat kepada masyarakat, di Wisma PGRM di sini.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 40 penulis blog menubuhkan Gabungan Penulis Blog Nasional bertujuan melindungi hak-hak penulis blog dan menggalakkan penulisan blog secara bertanggungjawab.

Lim berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik balik hak-hak penulis blog yang tidak bertanggungjawab.

"Jika anda bertanggungjawab, hak-hak anda tetap ada. Negara ini ada undang-undangnya, anda tidak berhak untuk menghancurkannya," kata beliau.

BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=255390

Komen:

"Jika anda bertanggungjawab, hak-hak anda tetap ada. Negara ini ada undang-undangnya, anda tidak berhak untuk menghancurkannya." - Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Kenyataan di atas menjadi bukti bahawa Datuk Seri Lim mungkin tak pernah membaca blogs tempatan mahu pun blogs asing. Inilah juga sebabnya sesetengah menteri dan timbalannya, nampaknya macam hentan keromo saja pasal bloggers tempatan.

Kalau mereka memahami serta mengiktiraf blogs, bloggings dan bloggers sebagai satu daripada ciri-ciri demokrasi siber hasil daripada convergence ICT, mungkin tak terpacullah kata-kata kurang bijak seperti: "jika anda bertanggungjawab, hak-hak anda tetap ada. Negara ini ada undang-undangnya, anda tidak berhak untuk menghancurkannya."

Pihak kerajaan sebenarnya belum kenal siapa bloggers [lebih khusus bloggers sosio-politik dan ekonomi] di Malaysia yang sebenar-benarnya. Saya dah banyak kali katakan, bloggers jenis ini adalah orang-orang professional yang cintakan Malaysia, mahu terus memelihara kemerdekaan Malaysia, dan sama-sama berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Mereka jadi bloggers kerana mereka mahu menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat jelata menerusi pendekatan yang non-violence. Jadi, mana mungkin golongan seperti ini hendak bertindak “menghancurkan undang-undang” Malaysia dan negara Malaysia?

Apa yang disuarakan oleh segolongan bloggers sosio-politik dan ekonomi Malaysia adalah soal kepincangan dan kedolak-dalikan dalam negara. Apa yang disuarakan oleh mereka adalah keterlanjuran sesetengah individu yang mengelilingi pembesar negara. Apa yang dituntut oleh mereka adalah juga tuntutan rakyat jelata yang mahukan keadilan, ketelusan dan kemakmuran bersama.

Saya harap Datuk Seri Lim yang akan bersara tidak lama lagi akan memandatkan kepada penggantinya supaya kementerian yang bertanggungjawab terhadap perkembangan ICT di Malaysia, tidak hanya prihatin kepada perkembangan ICT dari aspek perniagaan sahaja. Kaji dan perhatinlah juga kepada aspek insani atau aspek kemanusiaan serta dan aspek demokrasi siber yang diwujudkan oleh ledakan ICT. Ini keperluan asas jika sesebuah negara mahu terus progresif, maju dan berwibawa di hari muka. – Ruhanie Ahmad

Ucapan Tahniah, Doa Dan Harapan
Kepada National Alliance of Bloggers

Banyak pihak mengalu-alukan kelahiran National Alliance of Bloggers (NAB) di Malaysia dengan doa dan harapan semoga organisasi ini akan memainkan peranan utama meningkatkan integriti, kredibaliti serta akauntabaliti bloggers tempatan dalam mencorak serta mewarnakan demokrasi maya di hari muka.

Antara mesej tahniah, doa dan harapan kepada NAB yang dikirimkan menerusi www.kuda-kepang.blogspot.com adalah seperti berikut:

Euginist: Tahniah. Penubuhan NAB adalah permulaan kepada satu revolusi penyampaian berita di negara kita. Usaha ini tidak harus dipandang remeh oleh para pemimpin.

Jika tidak mereka terus memperlekehkan bloggers, rakyat mungkin akan beralih sepenuhnya kepada medium blog yang nampaknya telah berjaya membentuk pemikiran rakyat Malaysia dewasa ini.

Lamandau: Saya bersyukur apabila dapat tahu NAB telah di bentuk. Dengan ini saya harap bloggers Malaysia akan lebih bertanggungjawab dalam postings mereka.

Saya juga harap NAB dapat menyediakan suatu makenisme dan etika yang akan diamalkan oleh seluruh bloggers di negara ini.

Saya amat terharu dengan hasrat NAB untuk " menyuburkan perpaduan nasional, meningkatkan toleransi agama dan budaya serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara" Syabas!

Dengan wujudnya NAB, maka standard operating procedures (SOP) untuk bloggers Malaysia dapatlah dilahirkan untuk menjadi panduan para bloggers terhadap segala 'dos and don'ts' dalam menggendalikan blog masing-masing.

Dengan ini keluarga besar bloggers Malaysia akan dihormati dan blogs mereka pula menjadi ruang alternatif utama untuk rakyat mendapat maklumat tanpa ragu-ragu tentang authensitinya!

Bloggers being responsible citizen of Malaysia do have roles to play in the nation building, infact a very important one, especially to maintain and enhance race relations among Malaysians.

We must not design our freedom according to the one being practised by the west. We have multi-racial and religious society to honour. Anything with negative effect to our social contract , should b treated with every cautions.

We should not allow blogs to become battlefields for those who are racists and religious extremists. It is the bloggers themselves to deny the space for such responders!

Selamat maju jaya dan saya doakan semoga NAB tidak akan disalahgunakan oleh sesiapa!

Afrar Yunus: Jika datuk memegang jawatan, tidak kira sebagai ajk ke, adalah lebih afdhal kerana biar masyarakat menganggap bahawa semua lapisan masyarakat menjadi ahli dan jawatankuasa kepada NAB.

Sheih: Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen dan sokongan padu Datuk di dalam memperjuangkan demokrasi siber dan juga di dalam penubuhan NAB.

Saya yakin Datuk akan terus memberi khidmat nasihat dan pandangan untuk NAB walaupun tidak berada di dalam Jawatankuasa Penaja. Kami hormati keputusan Datuk menolak pencalonan yang dibuat.

Nota: Kepada sahabat-sahabat di atas, saya katakan di sini bahawa Saudara Rocky selaku Presiden Penaja NAB, telah menegaskan semalam bahawa NAB memang satu langkah permulaan kepada satu perjalanan yang lebih jauh.

Insya Allah saya akan menyampaikan kepada NAB mengenai cadangan supaya usaha-usaha inculcation of ethics and principles of fairness dijadikan amalan bloggers di negara ini.

Saudara Rocky juga telah menggariskan beberapa cadangan untuk kebaikan bloggers Malaysia, termasuk penganjuran workshops mengenai basic laws on liable, defemation dan lain-lainnya serta workshop mengenai penulisan secara professional.

Saya pula akan mencadangkan supaya diadakan satu workshop khas mengenai cyberlaws serta isu-isu berkaitan dengannya seperti copy rights, domains, cyber frauds dan sebagainya.

Saya akan buat cadangan ini kerana cyberlaws adalah antara aspek perundangan utama yang akan menjadi batasan aktiviti siber bila blogging jadi sophisticatd and mungkin juga commercially driven di hari muka.

Akhir kalam, saya penuh yakin NAB mampu melaksanakan tanggungjawabnya kepada pembentukan demokrasi siber Malaysia kerana pemimpin serta ahli jawatankuasanya pun terdiri daripada kalangan professional, termasuk wartawan, peguam dan lain-lainnya. – Ruhanie Ahmad
Cadangan
Wujud Zon Akses Bebas
Di WPI Dibatal

[www.utusan.com.my]

JOHOR BAHRU 5 April – Kerajaan telah membatalkan cadangan untuk mewujudkan kawasan Zon Akses Bebas (FAZ) di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) bagi membolehkan warga asing dari Singapura keluar dan masuk secara bebas.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, langkah itu diambil kerana ia tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk WPI dan tidak diperlukan.

Sebagai ganti, katanya, kerajaan menerusi Jabatan Imigresen akan memperkenalkan kad pintar yang akan memudahkan proses imigresen di antara kedua-dua buah negara.

“FAZ telah dilupuskan (dari WPI). Kita tidak memerlukannya. Tidak perlu kawasan khusus untuk FAZ walaupun kawasan berkenaan ada dalam pelan (asal) WPI,” katanya.

Abdul Ghani berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan WPI: Perancangan dan Peluang Pelaburan di sini, hari ini.

Dipinggirkan?

Ketika berucap pada majlis itu, Abdul Ghani menjelaskan, insentif khas dalam WPI yang termasuk pengecualian penyertaan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam projek-projek yang diluluskan terhad kepada syarikat-syarikat yang beroperasi dalam kawasan 1,760 hektar dalam dua kawasan yang ditentukan.

Kedua-dua kawasan yang mempunyai insentif WPI itu katanya, ialah di Danga Bay yang mempunyai kawasan 800 hektar dan di Nusajaya yang membabitkan keluasan 960 hektar.

Ia katanya, bertujuan memastikan WPI berdaya saing.

“Jadi masalah rakyat tempatan akan ditelan oleh warga asing atau menjadi orang asing di negara sendiri tidak timbul.

“Juga tidak wujud persoalan sama ada Melayu Johor dipinggirkan secara paksa dengan kemasukan warga asing terutamanya warga Singapura.

“Sebaliknya akan membawa banyak manfaat berbanding keburukan kepada warga Johor,” katanya.

Katanya, ia terbukti apabila pelancaran WPI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada November lalu menyaksikan pasaran hartanah di kawasan selatan Johor yang sebelum ini agak dingin kini melonjak.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Komen:

Syukur Alhamdulillah! Saya yakin keputusan ini amat dialu-alukan oleh rakyat Johor Darul Takzim.

Bagaimanapun, sudilah apa kiranya dipertimbangkan juga sentimen dan cetusan rakyat jelata mengenai insentif khas di WPI, “termasuk pengecualian penyertaan 30 peratus ekuiti bumiputera.”

Kaji dan halusilah seluruh pandangan rakyat jelata mengenai hal ini. Manalah tau, dengan rahmat Allah SWT jua, mungkin kajian dan penelitian ini akan menghasilkan satu variasi kepada insentif berkenaan, tanpa mengorbankan prinsip asas “30 peratus ekuiti Bumiputera” yang kini sedang hangat dipolemikkan oleh segolongan rakyat Johor dan Malaysia. – Ruhanie Ahmad
Wujudnya National Alliance of Bloggers
Membentuk Demokrasi Siber Malaysia

Bloggers Malaysia hari ini mewujudkan National Alliance of Bloggers (NAB). Matlamat utamanya, melindungi kesejahteraan serta meningkatkan kredibaliti, integriti dan akauntabiliti mereka dalam perjuangan membentuk demokrasi siber di negara ini di hari muka.

Ahli-ahli penaja NAB adalah: Presiden - Ahirudin Attan; Naib Presiden - Jeff Ooi; Setiausaha - Nuraina A. Samad; Bendahari - Tony Yeo; Ahli Jawatankuasa - Patrick Teoh, Bernard Khoo, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Syed Jamal al-Idrus, Rajahram Ramalingam, Annuratha K, Ami Husni, dan Soon Li Tsin

Lebih 50 bloggers Malaysia, termasuk dari Bangkok dan Miri, menghadiri mesyuarat penajaan NAB. Diantaranya adalah Raja Petra Kamaruddin, Datuk Rejal Arbee, Rosli Ismail, Zaharin Yassin, Susan Loone, Eric Woon dan Anon From Miri.

Satu hakikat yang signifiken dalam mesyuarat hari ini ialah, dalam perjuangannya membentuk serta mencorakkan demokrasi maya, bloggers yang hadir juga mahukan NAB menyuburkan perpaduan nasional, meningkatkan toleransi agama dan budaya serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

[Nota: Saya sendiri menolak pencalonan untuk mengelakkan kemungkinan NAB disifatkan sebagai “political.”] - Ruhanie Ahmad

Thursday, April 05, 2007

Presiden George Bush
Tidak Suka Membaca

http://mayaputera.blogspot.com
The Toyol Code 2007

Singapura Akan Import
Pasir Daripada Melaka?

Oleh Ruhanie Ahmad

Kira-kira sebulan yang lalu, seorang pengunjung ke blog saya yang baru – www.mayaputera.blogspot.com – memberikan info bahawa kemungkinan besar Singapura akan mengimport pasir daripada kawasan Melaka-Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Saya yakin dengan info berkenaan kerana saya sudah mengetahui profile pengunjung tersebut yang memakai nama Spycatcher.

Lantas, saya pun siarkan info itu di blog mayaputera dengan tajuk Kedahagaan Pasir Oleh Singapura Perlu Membimbang Malaysia? Info sepenuhnya adalah seperti berikut:

Sasaran

“Singapura perlukan pasir, bukan sahaja untuk penambakan (tebusguna). Tetapi juga untuk constructions, especially the casino on the Sentosa Island. Kalau Indonesia tak kasi, dari manakah sumber pasir boleh diperolehi? Thailand? No way. Kedua-duanya sedang berkrisis! The only possible source is Malaysia. Ingat sikit, Lim Goh Tong ada interest ke atas kasino di Sentosa Island. Apa yang saya bimbang, ada di antara pemimpin kita yang gelojoh mungkin akan terperangkap untuk menjual pasir kepada Singapura. Jagan-jangan sudah ada. My little bird (informer) says that pasir dari kawasan Melaka-Negeri Sembilan kini jadi sasaran Singapura. Kita kena check. Saya cetuskan perkara ini kerana takut-takut ada penjualan pasir secara haram berlaku, and forever kita tak boleh ajar Singapura. Allah selamatkanlah negara ku yang tercinta ini!” – Spycatcher, Rabu, 7 Mac 2007.

Mencuri

Pada Jumaat, 23 Mac 2007, saya poskan satu lagi kisah pasir ke blog http://www.mayaputera.blogspot.com/ dengan jodol Singapore Seeks New Sand Supply. Berita oleh BBC News, Singapore adalah seperti berikut:

“Singapore says it is looking for new sources of sand after giant neighbour Indonesia, announced an export ban. Jakarta announced the ban last month amid claims that Singapore was in effect stealing its territory. For years, tiny wealthy Singapore has been importing huge amounts of sand, for building and for an ambitious scheme to reclaim land from the sea. Indonesia argues some of its islands are disappearing as a result, dug up and shipped wholesale to Singapore. The Indonesian authorities have banned sand exports and restricted the trade in granite chips. The authorities here (in Singapore) say they are confused and disappointed. But Singapore has got plenty of sand stockpiled and will now look elsewhere for raw materials. But there is another issue at stake. If Singapore continues to reclaim land and grow in size, what will happen to its maritime borders? Singapore insists they will not change. Its neighbours are not so sure.”

Sah

Berikutnya, saya pun membuat siasatan saya sendiri. Saya juga mengirimkan SMS kepada Toyol saya. Baru hari ini saya menerima jawapan daripada Toyol tersebut menerusi dua SMS seperti berikut:

Pertama: “Maaf. Lambat beri jawapan. Sah. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk jual pasir kepada Singapura. Orang Melaka yang handle. Dia orang nak sedut pasir Selat Melaka. Sekarang tengah negotiate hal diesel. Minta subsidi untuk enjin sedut pasir. Jahanamlah Malaysia dilanggar todak!”

Kedua: “Jiran kita dah muktamad tak akan eksport pasir kepada todak. Tapi, kenapa kita pula nak eksport? Ini tindakan gila namanya.”

Kedaulatan

Sebaik sahaja menerima kedua-dua SMS di atas, saya pun singkap kembali beberapa potong ayat oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, mengenai eksport pasir ke Singapura.

Beliau membuat kenyataan itu dalam konteks Malaysia tak akan jual pasir kepada Singapura sebagai syarat Singapura mempersetujui pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor. Saya harap semangat di sebalik kenyataan itu terus relevan selama-lamanya.

Utusan Malaysia 21 Mac 2006 melaporkan Datuk Seri Najib sebagai berkata bahawa kerajaan akan bertindak tegas mengenai soal penjualan pasir (kepada Singapura) demi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

Katanya lagi, beliau difahamkan bahawa jika Malaysia bersetuju menjual pasir kepada Singapura, sebanyak 50 juta meter padu setahun, untuk selama 20 tahun, bagi melebarkan Pulau Tekong, Tuas dan Jurong, ini bermakna, dalam tempoh dua dekad, pasir berkenaan akan bersamaan saiz sebuah lagi pulau Singapura.

Restu

Berasaskan kenyataan Datuk Seri Mohd. Najib seperti di atas, saya pun tertanya-tanya sendirian. Kalau betullah Malaysia akan mengeksport pasir dari kawasan Melaka-Negeri Sembilan ke Singapura tak lama lagi, siapakah yang merestui penjualan itu? Kalau tak ada restu, ini bermakna pasir itu akan dieksportkan scara haram. Ini tak mungkin berlaku.

Tetapi, kalau pengeksportan pasir ini direstui oleh kerajaan, adakah pembesar negara kita tidak insaf bahawa pasir yang nak dibeli oleh Singapura - sebanyak 50 juta meter padu setahun, untuk selama 20 tahun - ini akan membina sebuah lagi pulau yang sama saiznya dengan pulau sekangkang kera yang ada pasa masa ini?

Jadi, adakah ura-ura yang disampaikan oleh Toyol saya ini fitnah? Kalau fitnah harap nafikan dengan segera. Kalau benar, saya tak tau apa nak kata? Terserahlah kepada rakyat jelata sekalian.

WPI

Sudahlah sebahagian daripada bumi Johor Darul Takzim dalam WPI akan dijadikan Free Access Zone kepada orang asing yang akan bebas keluar masuk tanpa passport, ini pula kerajaan kita sendiri mungkin membantu Singapura membina satu lagi Singapura menerusi pasir daripada Melaka-Negeri Sembilan.

Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa kita gantikan, kalau sungguh bagai dikata, apalah yang boleh kita katakan? Dalam keadaan sebegini, sebagai seorang anak Johor, saya hanya mampu berkata: Kepada Allah Berserah!

Wednesday, April 04, 2007

U.S. Could Strike Iran
But Not Win
- Russian General

http://globalpartner.blogspot.com
Selangor Exco Member Sivalingam
Dies Of Heart Attack In Chennai

NEW DELHI, April 4 (Bernama) -- Selangor State Executive Councillor Datuk K. Sivalingam died Wednesday after collapsing at the Chennai Airport upon arriving from Malaysia at about 9am.

The 59-year-old politician was rushed to a private nursing home in Chennai where he was pronounced dead at 10.40am (India Time) (1.10pm Malaysia time) due to a heart attack.

"He arrived this morning and collapsed at the airport. Family members rushed him to the nearest nursing home where he died," Chennai-based Malaysian High Commission official told Bernama, here Wednesday.

Sivalingam, his daughter and son-in-law, are believed to be on a vacation to south India."He was fine and chatting away on the plane. He suddenly complained of chest pain. We rushed him to the nearest hospital and that's it," said a family friend travelling with Sivalingam's family.

Malaysia Airlines will fly his body to Kuala Lumpur tonight.

http://www.bernama.com

Monday, April 02, 2007

Islam Hadhari Will Free Religion
From Terrorism, Says Analyst

By Jackson Sawatan
[www.bernama.com]

SINGAPORE, March 31 (Bernama) -- The concept of Islam Hadhari or civilisational Islam will go a long way in helping to relieve the religion from the burdens of being connected with terrorism, an analyst said.

Zaid Hamzah, who is also a consultant with Microsoft Legal & Corporate Affairs, Asia Pacific, said the concept, introduced by Malaysian Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, is a very clear attempt "to re-focus on the progressive value of Islam."

"Islam at this point in our history post-911, the agenda is being driven by a minority. It is the task of the majority to portray Islam in its complete way," he told Bernama in an interview after delivering a talk on "Strategic Technology Thinking in Malaysia and Islam Hadhari as the Re-orientation of the Islamic Worldview" at the Nanyang Technological University here recently.

"In my personal view, if we succeed in getting the message across that Islam is about preserving those key values, that would help moderate the small group whose views on Islam, I think, is distorted," said Zaid, 47, an author and a technology and intellectual property strategist.

Islam Hadhari, he said, focuses on the quest to rejuvenate Islamic civilisation, among others, through science and technology.

"If the world can recognise and accept that, then the narrow agenda that is being pushed by a small group, I hope would be neutralised.

"If the global community, perhaps starting in Malaysia, reach a point when they can recognise this as beneficial not just for the Muslim but the rest of the world, especially post-911, then Islam Hadhari can help change worldviews.

"And I think that's the way to help relieve us of this burden of currently being connected to the issue of terrorism," said Zaid, who is also a former diplomat.

He said it was in the interests of the West and the rest of Asia to support Abdullah's Islam Hadhari concept.

"I wouldn't know if the international community would accept it, but I'm not aware of opposition to Islam Hadhari (at the international level) because what Pak Lah is attempting to do is to remind us that this is the true nature of Islam," he added.

BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=254314

An Observation
By Rocky’s Bru

Hadhari And Terrorism

Terror or Hadhari expert? I tried to forget this piece [above] that I read yesterday but it is impossible to shake off. Perhaps it is the rare analysis on terrorism and Islam that it provides. Or the desperation I sense in the attempt to help prop up Abdullah Ahmad Badawi's Hadhari concept. In any case, I decided that I have to share this with my readers and fellow bloggers - an example of how, in the minds of some people, Islam Hadhari must replace Islam because in these minds Islam is too closely associated with terrorism. The "expert" here is a consultant with Microsoft's Legal and Corporate Affairs.

http://rockybru.blogspot.com
Young People Make Up
70% Of Unregistered Voters

(Bernama) -- Some 70 per cent of the 4.9 million Malaysians yet to register as voters are aged between 21 and 35 years, Election Commission (EC) Deputy Chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said.

He said the tight schedules of students at institutions of higher learning (IPT) and priority for career advancement were cited as the contributing factors.

"We understand that they have priorities but registering as a voter does not take long," he told reporters after launching a nationwide voter registration exercise for Sikhs by the Malaysian National Sikh Movement (Geraksikh), here.

Wan Ahmad said that as of December last year, some 15.2 million Malaysians had attained the age of 21 but only 10.3 million had registered as voters.

Selangor topped the list with the most number of unregistered voters at 600,000, followed by Sarawak (450,000), Johor Baharu (400,000), Perak (375,000) and Kuala Lumpur (300,000), he added.

Wan Ahmad lamented that the EC had done its best to get Malaysians to register as voters but found that many people just could not be bothered and were not aware of their right while some liked to wait until the last minute.

He said it would take about three months for the verification process to be completed at each voter registration exercise and that only then would the voter be eligible to vote.

"After parliament is dissolved, the Election Commission has 60 days to set the election date and if you want to register as a voter only then, it will be too late," he added.

Wan Ahmad called on non-governmental organisations (NGOs) to emulate the example of Geraksikh in getting eligible Malaysians to register as voters.

He said voter registration was available at post offices and that the Election Commission also provided mobile units to assist in the voter registration exercise outside Kuala Lumpur.

http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.php?itemid=3547

Solomons Hit By Tsunami
After Powerful Pacific Quake


http://globalpartner.blogspot.com

Sunday, April 01, 2007


Operation Bite - April 6 Sneak Attack
By US Forces On Iran Planned
- Russian Military Sources Warn

By Webster G. Tarpley
25 March 2007
The Coming Shakedown
Of The US And Iran

By Henry Makow Ph.D
March 30, 2007
Malaysia Today Perolehi
50 juta Hits Pada Mac 2007

KUALA LUMPUR, 1 April 2007: Sepanjang Mac 2007, portal berita www.malaysia-today.net menerima 50 juta hits – satu rekod tertinggi dalam sejarah lamanweb tersebut. Demikian ditegaskan oleh Raja Petra Kamarudin (RPK), di sini hari ini.

Jumlah hits sepanjang Februari 2007 adalah 40 juta, sementara hits untuk Januari 2007 adalah sebanyak 45 juta.

Statistik di atas membuktikan bahawa semakin ramai pembesar dan pihak-pihak yang mengkecam berita-berita berasaskan internet di negara ini sebagai fitnah dan anti-kerajaan, semakin ramailah rakyat jelata berkunjung ke blogs dan portal berita brkenaan.

Kalaulah kecaman itu benar, bukankah ini bermakna bahawa sekarang ini sudah berjuta-juta pengunjung blogs dan portal berita tempatan yang jadi pendukung fitnah dan semangat anti-kerajaan?

Bagaimanapun, pihak-pihak yang rasional pula menyifatkan statistik di atas sebagai indikasi kepada satu perkembangan demokrasi maya yang sihat dan menggalakkan.

Statistik di atas juga mencerminkan bahawa segolongan rakyat jelata Malaysia memang kini dahagakan maklumat alternatif untuk dijadikan sumber perbandingan apabila mereka menunaikan hak serta tanggungjawab masing-masing menerusi sistem demokrasi di alam nyata.

Pihak-pihak yang prejudis dan sinis terhadap hakikat di atas wajar insaf bahawa pada hari ini terdapat 11 juta pengguna internet di Malaysia bernanding cuma 280,000 pengguna sahaja pada 1999.

Pada waktu yang sama, akses ke internet juga akan jadi lebih mudah bila kemudahan perkhidmatan broadband semakin luas liputannya di negara ini tidak lama lagi.

Contohnya, TMnet pernah menyatakan bahawa tidak lama lagi, jumlah pengguna broadband dijangka meningkat kepada satu juta. Pada ketika ini, kira-kira 1,000 orang mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan broadband setiap hari.

Dengan adanya perkhidmatan empat jalur wimax baru mulai tahun ini pula, sistem wireless broadband dijangka jadi lebih popular kerana para pengguna boleh membuat aksess kepada internet dengan lebih mudah dan dari mana-mana sahaja, walaupun sedang berada di dalam kenderaan sekalipun.

Segala kemudahan di atas pasti mendorong jumlah pengguna dan penggunaan internet yang akan terus berkembang pesat di Malaysia.

Hakikat ini juga pastinya menjadikan perkhidmatan membekalkan info dan berita alternatif yang disalurkan menerusi blogs dan portal berita sebagai sesuatu yang berpotensi besar dan penting kepada rakyat jelata di hari muka.

Tahniah MT dan RPK. Berani kerana benar, takut kerana salah. Patah sayap, bertongkat paruh, namun tetap terbang jua! – Ruhanie Ahmad.
Era Baru Persahabatan
Dr. Mahathir – Ku Li?
Singapura Akan
Terus Gugat Kita
[Bahagian Dua]

A Kadir Jasin
[www.kadirjasin.blogspot.com]

Dua veteran politik tanah air yang pernah bermusuh semalam [30 Mac 2007] berkongsi pentas di Universiti Malaya. Tengku Razaleigh memberi ceramah bertajuk “Pemikiran dan Visi Tun Abdul Razak Dalam Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia Merentas Sempadan Etnik” anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu.

Bekas Menteri Kewangan itu, antara lain, berhujah: “Memang bukan tugas kerajaan untuk berniaga. Tanggungjawab kerajaan, antara lain, adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, misalnya dengan mewujudkan keadaan yang boleh menarik pelabur asing untuk melabur di negara ini.

“Tetapi kerajaan yang dipilih oleh rakyat juga mempunyai tanggungjawab moral dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara dan maruah atau jatidiri bangsa. Ini bererti bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa bumi atau kawasan ekonomi kita ini tidak dijadikan milik ekonomi kuasa-kuasa asing sehingga kita nanti akan menjadi tawanan kuasa-kuasa ekonomi dan politik luar, dan rakyat yang memilih kerajaan itu seolah-olah menumpang di kawasan ekonomi milik asing di tanah air mereka sendiri.

“Saya kebetulan terbaca sebuah artikel yang tersiar di dalam sebuah akhbar di Bangkok sewaktu saya berada di sana baru-baru ini. Tajuknya ialah “From Money Politics to Moral Politics’. Menurut artikel itu, negara Thai sedang pulih daripada kerosakan politik wang atau rasuah politik pentadbiran Thaksin. Penulisnya berkata “While Thailand recovers from the excesses of the previous administration, our people need to be shown that modesty, honesty, hard work and moderation are the keys to a harmonious society”.

“Tun Razak cuba mewujudkan masyarakatnya yang harmonious itu, baik dari segi kemakmuran ekonominya, lebih-lebih lagi dari segi keharmonian etnik yang cuba dibina melalui dasar pelajaran, dasar pembangunan ekonomi dan dasar kebudayaan kebangsaan seperti yang telah kita jelaskan sebelum ini. Tetapi jika ‘kemajuan ekonomi’ atau pelaburan asing digalakkan oleh politik wang seperti yang berlaku di Thailand itu, kerajaan mempunyai tanggungjawab moral politik untuk mencegah perkembangannya sebelum keharmonian masyarakat dan keselamatan negara ini tergugat.

“Kita tidak perlu takut kepada pelabur asing asal sahaja pelabur asing itu tidak dibiarkan menakluki kawasan kita seperti yang dilakukan oleh Israel yang menakluki kawasan Tebing Barat dan kawasan-kawasan lain Palestin melalui pencerobohan tentera. Pelaburan asing jangan dibiarkan berkembang menjadi penceroboh atau perampas ekonomi di negara ini.

“Yang kita khuatir ialah politik wang dan amalan rasuah yang datang dari dalam diri bangsa kita sendiri – bangsa kita yang berkuasa menentukan nasib bangsa dan negara menurut kehendak mereka (pihak yang memimpin) (dan) tidak menurut kehendak rakyat, sehingga anak cucu kita nanti tidak mempunyai apa-apa harta lagi untuk meneruskan kehidupan mereka di tanah air sendiri.”

Kebetulan Dr Mahathir juga bercakap panjang lebar mengenai bahawa memberi hak keluar-masuk tanpa pasport dan menjual hartanah kepada orang asing di dua kawasan khas di Johor dalam dialognya dengan ahli Umno dan penduduk Kulai Besar kelmarin [29 Mac 2007]

http://www.kadirjasin.blogspot.com
The Human Costs
Of Four Years Of War
Part One:

The US Invasion Has Caused
Nearly Three-Quarter Million
Iraqi Deaths
[www.wsws.org]

http://globalpartner.blogspot.com