Saturday, March 03, 2012

BUKIT SERINDIT DAN BUKIT GEDUNG: MANIFESTASI MELAYU HILANG KUASA…

Ruhanie Ahmad
Pada Khamis 1 Mac 2012, saya dan dua orang sahabat, meluangkan waktu untuk meninjau beberapa makam pembesar Melayu/Islam di zaman kegemilangan Empayer Melayu di Melaka.

Pertama sekali kami ziarahi dua makam Raja-Raja Melayu di zaman Empayer Melayu Melaka di Bukit Serindit. Sedihnya hati kami tidak terkira apabila mendapati sebuah permakaman Raja-Raja Melayu/Islam Empayer Melayu Melaka di bukit berkenaan dikelilingi oleh beratus-ratus pusara kristian.

Keduanya, kami ziarahi Makam Tun Mamat dan ayahandanya di Bukit Gedung. Kawasan permakaman ini pernah menjadi salah satu lokasi Pesta Mandi Safar sebelum ianya diharamkan.

Makam pembesar Islam Empayer Melayu Melaka di bukit ini juga dikelilingi oleh ratusan jirat Cina. Lantas sedih hati kami pun kian memuncak.

Ketiganya, kami ziarahi sebuah permakaman rahsia beberapa pembesar Islam Empayer Melayu Melaka di sebuah bukit di Kampung Duyong.

Salah seorang sahabat kami jadi amat sedih kerana menurutnya, antara makam itu adalah makam salah seorang anggota Laksamana Hang Tuah lima bersaudara.

Malangnya, makam-makam rahsia ini sudah dimusnahkan untuk satu projek pelancongan kononnya untuk mengabadikan kegemilangan era Hang Tuah.

Persoalannya, bagaimanakah makam pembesar Islam Empayer Melayu Melaka di Bukit Serindit dan Bukit Gedung boleh dicerobohi oleh ratusan kubur kristian dan Cina?

Adakah ini bermakna bahawa ketika Empayer Melayu Melaka lumpuh diserang Portugis, maka kawasan permakaman Islam Empayer Melayu Melaka juga diizinkan untuk dijadikan perkuburan bukan Islam?

Persoalan seterusnya, bagaimanakah fenomena berkenaan diizinkan oleh penjajah Portugis, Belanda dan British? Adakah sesudah Empayer Melayu Melaka musnah, maka permakaman Islam Empayer Melayu Melaka juga boleh dijadikan perkuburan bukan Islam?

Paling malang sekali, bagaimanakah makam rahsia pembesar Islam Empayer Melayu Melaka di bukit di Kampung Duyong boleh di pindahkan ke tempat lain semata-mata kerana penduduk di situ gagal memberikan fakta nyata bahawa di antara makam-makam itu adalah makam salah seorang anggota Laksamana Hang Tuah lima bersaudara.

Seluruh persoalan di atas memang akademik untuk dihujah pada hari ini. Tetapi, kami merumuskan bahawa inilah iktibarnya apabila orang Melayu/Islam kehilangan kuasa di buminya sendiri.

Itulah sebabnya bila Empayer Melayu Melaka dimusnahkan oleh penjajah Portugis, Belanda dan British, maka orang Melayu/Islam Melaka ketika itu gagal mempertahankan permakaman pembesar Melayu/Islam Empayer Melayu Melaka daripada dicerobohi pihak bukan Islam.

Jika inilah iktibarnya sejarah tersebut, kami tidak dapat membayangkan apa yang boleh terjadi jika Melayu di Malaysia kontemporari kehilangan kuasanya secara total menerusi PRU13 kelak!!!

13 comments:

Anonymous said...

Makam Sang Nila Utama dan empat lagi raja-raja Melayu terdapat di Fort Canning (Bukit Larangan) di Singapura. Kerajaan Singapura tidak membangunkan Fort Canning tetapi meminta tanah KTMB dari Malaysia untuk pembangunan. Fort Canning dipulihara dan menjadi tempat aktiviti arkeologi. Kira-kira 500,000 artifak yang dijumpai di seluruh Singapura di simpan di sebuah bangunan di Fort Canning menunggu untuk dikaji. Banyak usaha arkeologi dilakukan oleh kerajaan Singapura mengenai hal itu. Batu yang dikatakan dilempar oleh Badang dari Bukit Larangan ke muara Sungai Singapura juga dipulihara dan menjadi sumber rujukan sejarah.

Anonymous said...

Alhamdulillah, syukor ke hdhrat Allah kerana ada juga insan yang sudi menulis berkenaan negeriku yang mana aku sangat sangat ternanti nantikan artikel sebigini. Terima kasih dan semuga Allah berkati perjuangan mu.

Sememangnya kuasa dan keistimewaan orang orang Melayu Melaka sudah semakin terhakis. Belum adapun blogger blogger tempatan yang ambil berat hal ini. Mereka mereka ini asyik menumpukan perhatian kepada perkembangan semasa dinegeri negeri lain seolah olahnya di Melaka semuanya aman belaka. Ramai dikalangan orang orang Melayu Melaka terasa terpinggir. Pemimpin kami adalah orang Melayu, tetapi …………………………………………..

Ketua Menteri Melaka tidak langsung mengambil tau akan sensitivity orang orang Melayu. Dari artikel yang disiarkan ini, anda telah pun melawat kampong Hang Tuah di Kampung Duyung. Aku yakin anda dapat menyaksikan keadaan sekeliling dan telah pun berbual mesra dengan peniaga disana.

Sepatutnyalah Kampung Duyung boleh dijadikan tarikan pelancung berdasarkan sejarah gemilangnya yang silam, tetapi apa dah jadi??????? Perigi Puteri Hang Lipoh pula yang lebih diutamakan dan dijadikan tarikan pelancongnya. Belum ada satu pun lokasi sejarah orang orang Melayu yang kerajaan Negeri promosikan sebagai tarikan pelancong. Boleh dirumuskan disini bahawa sejarah silam orang orang Melayu hanya untuk untuk orang orang Melayu sahaja; sebaliknya sejarah orang orang bukan Melayu khususnya orang orang Cina diberikan tumpuan.

Mungkin juga anda telah ke Jongker’s Walk dan melihat sekeliling tempat. Semuanya adalah kepunyaan orang orang Cina yang sangat terkenal dengan tarikan pelanconganya.

Persoalanya ialah dimanakah perginya identity Melayu yang punyai majority penduduk? Mungkin kepada sebahagian pelancong yang datang kenegeri Melaka terfikir bahawa negeri Melaka diperintah oleh orang bukan Melayu, orang Cina khususnya.

Kalau di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng membangunkan kawasan Melayu dengan menempatkan orang orang Cina patut, kerana beliau berketurunan Cina dan darah yang mengalir di seluruh tubuh beliau adalah darah Cina. Bagaimana pula halnya diMelaka? Tanah asal hak orang orang Melayu dibangunkan dengan menempatkan orang orang Cina, dimana ada diantara kawasan taman yang didiami oleh 99% penduduk Cina.

Sangat sedih sekali nasib orang orang Melayu Melaka khususnya dan orang orang Melayu Semenanjung umumnya. Kemana kah perginya slogan perjuangan untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Dari kaca mata aku, dapat aku lihat negeri Melaka sememangnya membangun sejak dari Ketua Menteri Tan Sri Rahim Tamby Chik lagi, tetapi orang orang Melayu telah “lari” jauh dari Bandar. Tanah tanah mereka dibandar telah dibangunkan dengan rumah rumah kediaman dan pusat pusat perniagaan yang harganya terlalu tinggi untuk dibeli oleh kebanyakan Melayu.

Pemimpin yang diatas perlu ingat tahap kesabaran orang orang Melayu ada hadnya. Janganlah pula orang orang Melayu di Melaka menjadi silent majority. Pemimpin UMNO di Bahagian dan juga Wakil Wakil Rakyat tidak langsung turun padang untuk memahami rintihan orang orang Melayu.

Sekali difikirkan memang betul saperti dikatakan oleh setengah orang bukan Melayu, yang Melayu ni sememangnya bodoh; mungkin juga aku sendiri pun sama bodoh, kerana aku memilih Wakil Rakyat yang aku semdiri pun tak kenal dan tak pernah jumpa. Aku fikirkan kalau aku pilih orang Melayu, sekurang kurangnya beliau faham akan sensitivity orang Melayu, tapi nampaknya masuk angin keluar asap.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada anda Ruhanie Ahmad kerana artikel ini. Aku berharap akan tampil lebih ramai lagi para blogger yang buat pendedahan sebigini. Papa Gomo, GAP, parpukari tak sudi ke nak tulis artikel negeri ku.

malayzombie said...

Bagaimana perasaan Datuk jika saya katakan, orang Melayu yang khianat pada bangsanya sendiri? SIAPA yang menjual tanah, dan atas arahan SIAPA makam lama di Kg. Duyong boleh dipindahkan dan kawasan itu boleh dibangunkan? SIAPA Datuk? SIAPA? Saya tahu, Datuk tahu SIAPA orang yang saya maksudkan.

Kubur/makam orang Melayu sesuka hati boleh dialihkan, malahan surau/madrasah, tempat ibadat penganut Islam juga sewenang-wenangnya boleh dipindahkan ke tapak lain, atas alasan apa Datuk? Mari saya jawabkan, atas alasan pembangunan untuk kesejahteraan dan kemajuan ekonomi masyarakat setempat. Ceh! Datuk pernah dengar ke, jirat Cina dipindahkan, tokong lama/kuil dipindahkan? Memang kita pernah dengar, tapi apa kesudahan di akhirnya? Hampa dan GAGAL! Tanah kubur/tempat ibadat mereka tidak kita usik, kononnya tidak mahu menyentuh sensitiviti kaum. Lihat betapa hebatnya kaum lain menjaga hak mereka, seinci pun mereka tidak akan berganjak dari tempat mereka berdiri. Hebatkan pemimpin Melayu, kera di hutan disusukan, anak dipangkuan kelaparan!

Terbaru, projek pelancongan nak dibangunkan di Kg. Duyong. Cukuplah Datuk, saya tidak bodoh dan saya tidak buta! Ini salah 1 strategi kaum lain untuk menceroboh tanah Melayu. Unsur-unsur dan suasana kemelayuan zaman dahulukala yang ada di situ bakal hilang dengan kerakusan pemimpin Melayu yang tamak dengan harta duniawi. Biarkan luncai terjun dengan labunya, biarkan....

Masih layakkah pemimpin sebegini digelar Melayu? Siapalah agaknya pemimpin terletaknya Kg. Duyong itu. Kasihan orang Hang Tuah. Kan bagus jika Hang Tuah masih ada, terbela rakyatnya. :)

kudakepang said...

Sahabat-sahabat yang dihormati.

Entry saya ini bukan untuk memperkecilkan sesiapa. Namun apa yang anda katakan ini adalah sebahagian daripada perasaan yang terpendam dan membara di kalbu sesetengah orang Melayu Melaka yang saya temui.

Harapan saya adalah: sama-samalah kita perkukuhkan kekuasaan Melayu menerusi PRU13 ini dan sesudah itu kita lakarkan semula secara tegas seluruh kekecewaan kita agar menjadi sebahagian input Melayu dalam dasar-dasar pemerintah di peringkat negara dan negeri.

Salam takzim --- Ruhanie Ahmad

PPUBJ said...

Salam Dato',
Terima kasih atas tulisan Dato' mengenai peninggalan berupa makam pembesar Melayu yang tiada pembelaan. InsyaAllah kami akan majukan perkara ini kepada Exco dan KM untuk jaga agar ianya menjadi bahan untuk generasi akan datang. Dalam usaha kita untuk memajukan sektor pelancungan moga kita jangan lupa Pelancungan Sejarah kegemilangan Empayar Melayu Melaka tidak dijaga dengan baik.

Banda Kaba said...

Mengikut cerita orang cina Melaka, Lim Guan Eng adalah hero mereka melancarkan Tabung Bukit Cina tahun 80an

Mereka berkata orang melayu cuba membina bangunan di kepala datuk nenek moyang mereka yang telah mati.

Disebabkan perkara inilah menyebabkan Lim Guan Eng di anggap pahlawan DAP melindungi bangsa cina Malaysia..

Hang 2 said...

Dato isunya bagaimana masyarakat cina setempat mengatakan kawasan Bukit Cina adalah tanah milik nenek moyang mereka dari zaman Hang Li Po.

Anonymous said...

Dato, mintalah PERKASA suarakan hal ini.

Anonymous said...

Salam Sejahtera
Saya ingin berkongsi keluhan orang Melayu terhadap Ketua Menteri Melaka dan kuncu-kuncunya (Dato Ghapar Ibrahim dalam kes ini). DS MAR memang hero pembangunan pelancongan tetapi beliau tidak memperdulik apa yang projek pelancongan itu menimpa nasib orang Melayu. Apa gunanya Melaka Wonderland dan Botanikal Cafe dan Pusat Rekreasi Air Cincin di Jasin, Eye of Malaysia dan projek hartanah KAJ jika kesemuanya merugikan orang Melayu. Pekerja Cina diutamakan, pekerja Melayu di tindas, kontrak diberikan kepada orang Cina. Orang-orang Cina pula tidak menghormati pekerja orang Melayu. Saya rakyat Melaka rela tidak ada pembangunan seumpama jika ia merugikan masyarakat Melayu dan menggalakkan perkauman.
Sebarang projek yang mempunyai nama Dato Ghapar Ibrahim pun saya mempunyai ciri-ciri `rasuah' atau `insider trading' dengan DS MAR. Saya akan merasa was-was melainkan mereka ini melakukan sumpah laknat.
ASAL BUKAN SIOW

Anonymous said...

Bukankah UMNO cukup kuat di Melaka, sejak Merdeka dulu? apasal UMNO benarkan perkara ini berlaku dari dulu lagi, nampaknya UMNO pun tak boleh diharap menjaga warisan Melayu, gagal sama sekali.
Habis tu kenapa Datuk suruh orang pertahankan parti yang gagal sama sekali menjaga warisan melayu?

kudakepang said...

Sahabat-sahabat yang dihormati,

Entri ini bukan bertujuan memperkecil atau memburuk-burukkan mana-mana pihak, waimah Pentadbiran YAB Datuk Seri Ali Rustam di Melaka.

Apa yang saya maksudkan ialah: kalau Melayu diizinkan hilang kuasa menerusi PRU13 kelak, apa yang sudah terjadi di Bukit Serindit dan Bukit Gedung, Melaka, ratusan tahun dulu, boleh berulang kembali dengan manifestasi yang baru.

Namun soal pemindahan makam salah seorang pembesar Laksamana Hang Tuah Lima Bersaudara [namanya terpaksa saya rahsiakan]di Kampung Duyong, Melaka,baru-baru ini tidak seharusnya terjadi sebab salah satu makam itu adalah menjadi rahsia keturunan Laksamana Hang Tuah Lima Bersaudara.

Apa yang dibimbangkan, Melaka mungkin ditimpa bencana seperti sewaktu Pulau Besar dibangunkan untuk jadi resort antarabangsa siap dengan gereja yang sampai kini terbengkalai dan menjadi gajah putih tanpa penghuni....

Apa pun saya hanya orang luar, walaupun susur galur saya di Bentan mempunyai pertalian darah dengan salah seorang anggota Laksamana Hang Tuah Lima Bersaudara. Jadi,tulisan ini hanya satu persepsi umum dari perspektif seorang yang bukannya kelahiran Melaka.

Salam takzim --- Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

salam tn.entry yang menarik.

mengenai makam pahlawan melaka yang dikatakan telah dipindahkan oleh kerajaan negeri,boleh sya tahu milik siapakah makam itu dan dimana dipindahkan?

sya merupakan penduduk asal kampung bukit duyong..asal nenek moyang sya disini.tiada perkhabaran berita yang didengar mengenai pemindahan makan tersebut.dan baru sya tahu ade makam pahlawan diatas ctu..amat menyedihkan,jika makam seorang pembesar islam dialihkan.

mohon jasa baik tn menyatakan milik siapakah makam tersebut.kerna sya sekarang tgh berusaha mencari susur galur keturunan sya ditanah bukit duyong ini.

ini email sya the_slayers1923@yahoo.com

melaka ini tanah berdaulat.tempat para waliyullah.mohon jangan dibanyakkan tempat maksiat dn hiburan seperti pub,disco,rumah urut dll.

cukuplah kita tahu dari sejarah pulau besar.para wali ini sentiasa hidup disisi ALLAH ta'ala.mereka melihat apa yang sedang berlaku sekarang.mohon difikir2 kan,sebelum peringatan dari ALLAH turun ke bumi melaka.

pembangunan pulau besar sebagai muzium kapal selam bgi sya adalah idea yang tak relevan.mohon dibatalkan projek itu.pulau besar sepatutnya dijadikan tempat persantran atau madrasah.bukan tempat lawatan bersejarah atau hiburan.itu tanah bersemadinya makam para wali.

Anonymous said...

Hingga kini melayu masih lagi memegang kuasa tapi kenapa ini berlaku?