Wednesday, April 11, 2007

Kantung Malaysia
Sudah Kontang?

Oleh Ketua Perusuh
[http://ketuaperusuh.wordpress.com]

6 April 2007 adalah satu hari biasa seperti hari-hari yang lain. Tiada apa yang berbeza pada hari tersebut. Cuma suasana agak kecoh di Jalan Dato’ Onn di Kuala Lumpur. Suasana di Bangunan Bank Negara Malaysia agak kecoh. Ini kerana ianya hari pertama pembukaan tender untuk pembelian BON Kerajaan Malaysia (Bon tanpa skrip) yang bernilai RM3 Bilion.

Kerajaan Malaysia membuka kembali bon “Loan No 5 of 2006" yang pernah dibuka pada 15 Disember 2006. Bon tanpa skrip yang mempunyai tempoh matang 5 tahun pada kadar faedah 3.718% setahun telah dikeluarkan kembali (ianya lebih dikenali sebagai MJ06/12). Pemilik bon ini akan mendapat faedah (bonus) yang akan dikeluarkan pada kekerapan 2 kali setahun.

Persoalannya sekarang ialah,

1. Adakah pihak Kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan bon tanpa skrip ini (bon tanpa sekatan pemilik, tidak boleh ubah, jual waktu matang) atas sebab kantung Perbendaharaan Negara yang telah kontang demi untuk melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

2. Adakah pihak Kerajaan Malaysia memaklumkan kepada rakyat bahawa mereka terpaksa mengeluarkan satu bon atas angin (tanpa modal) bagi mendapatkan modal untuk operasi kerajaan.

3. Bon tanpa skrip ini boleh mengundang beberapa masalah seperti tidak boleh dicagarkan, tidak boleh dijual dan tidak boleh dipindahmilikkan. Ini menyebabkan jika pemiliknya meninggal dunia, maka proses untuk menunaikan bon ini adalah sukar.

4. Bon tanpa skrip ini boleh juga mengundang pegangan asing melalui proksi mereka membeli bon tersebut. Malah penjualan bon ini menunjukkan teknik yang sama seperti sewaktu penjajahan Jepun dahulu dimana penjajah Jepun telah mencetak seberapa banyak wang kertas berlambangkan pokok pisang yang tidak mempunyai nilai sandaran.

5. Bon tanpa skrip ini mengundang beberapa persoalan dari segi perundangan dan pentadbiran kewangan negara. Adakah Bank Negara Malaysia diarahkan untuk mengeluarkan bon ini semata-mana kerana wang rezab negara telah tiada atas sebab salah tadbir urus yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan.

Rakyat Malaysia perlukan satu penjelasan kukuh dari Gabenor Bank Negara dan Kementerian Kewangan serta Perdana Menteri atas pengeluaran Bon Tanpa Skrip ini yang jelas menunjukkan kepada mata dunia bahawa Malaysia sudah bangkrap.

Di sini saya sertakan keratan akhbar yang menunjukkan iklan tawaran bon tanpa skrip tersebut.

[Ketua Perusuh adalah bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) - http://ketuaperusuh.wordpress.com

Dipetik daripada Laman Marh@en 11 April 2007
http://www.marhaen.ngepeng.com/mar_a_ketua_perusuh24.html

[Nota: Artikel di atas disertakan sekali dengan iklan: THE GOVERNMENT OF MALAYSIA: Re-opening of RM 3.0 Billion Scriptless Stock, Loan No. 5 of 2006, yang disiarkan oleh NST, Sabtu 7 April 2007. Oleh kerana masalah teknikal, saya tidak dapat menyiarkan iklan itu secara fizikal dalam blog ini.]

8 comments:

Elviza Michele said...

Dear Datuk,

I quote "Bon tanpa skrip ini boleh mengundang beberapa masalah seperti tidak boleh dicagarkan, tidak boleh dijual dan tidak boleh dipindahmilikkan. Ini menyebabkan jika pemiliknya meninggal dunia, maka proses untuk menunaikan bon ini adalah sukar."

Bukan setakat Bon ini sahaja Datuk. Houses, land and immovable properties are troublesome areas for the beneficiaries upon death of the owner.

The law on probate & administration in this country has many rooms for improvement. The public is unaware of their rights and tend to take things for granted.

My 2cents Datuk? Everyone must have their will and the beneficiaries must be informed about it. Age is not a factor.

I wouldn't buy this bon if the ownership is not transferable. It is totally unwise to do so.

Good day.

Melayu Terakhir said...

Apakhabar Datuk, Teroknya pemimpin sekarang hingga tergamak jual "Bon tanpa skrip" Datuk renung tulisan ini..


SAUDARA- SAUDARA YANG DIHORMATI SEKALIAN


Ketua Menteri saudara-saudara, Mohd Ali Rustam dikatakan merupakan salah seorang yang dikatakan terlibat politik wang dalam pertandingan Naib Presiden UMNO, tetapi beliau diselamatkan dengan menutupan segera kes tersebut oleh Najib kerana beliau tidak mengugat sesiapa, tidak seperti apa yang berlaku ke atas Isa Samad yang mendapat undi tertinggi, tetapi disebabkan komplot yang dirancang oleh Khairy, maka Isa dikorbankan.

Ali juga didapati membazirkan duit rakyat sebanyak RM250,000 setiap tahun dengan memberi setiap ADUN [termasuk Exco] RM13,000.00 untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut hari perayaan lainnya. Ini adalah wang rakyat, wang saudara-saudara, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana ia dibelanjakan untuk tujuan politik. Sepatutnya kos makanan dan minuman ADUN dan Exco yang mengeluarkannya, tetapi sebaliknya bukanlah keluar dari kocek mereka, tetapi daripada wang rakyat sendiri.

Saudara-saudara renungkanlah apa yang saya perturunkan dibawah sebagai ikhtibar, jangan ulangi lagi kesalahan memilih pemimpin :

Laporan Ketua Audit Negara 1998

Menyelewengkan duit Yayasan Melaka berjumlah RM1.2 juta. Mendapat perolehan sebanyak RM640,000 tanpa tender terbuka dan membuat perolehan tanpa sebut harga sebanyak RM254,000.00

Perbelanjaan barangan mewah dalam tahun 1997 dan 1998 adalah seperti berikut: 2,500 unit beg sekolah @RM21/unit sebanyak RM52,500 dan 2,800 unit beg sekolah @RM19/unit sebanyak RM53,200 untuk sumbangan pelajar miskin berjumlah RM105,700;

600 helai tali leher sutera @RM98 sehelai berjumlah RM58,800;

500 unit tie-clips/cuff-links/key chain/gold-plated brass c/w designer box @ RM175 each berjumlah RM87,500;

Percetakan: 3,000 brochure untuk Auditorium RM24,210

4,000 naskah buletin Yayasan RM25,210

200 helai tudung sutera RM14,000

25 unit Pierre Cardin Briefcase@RM1,550 seunit RM38,750

Floor Mat untuk bilik tandas RM11,000

27 pasang blazer @ RM1,650 sepasang RM44,550

58 helai blazer@RM676 sehelai RM39,234

10 helai lounge suits@RM1,250 sehelai RM12,500

2 unit akuarium marin dan kelengkapan akuarium RM20,040

Menukar dan memasang satu pintu pejabat Yayasan RM25,000

Menyalahi Peraturan Kewangan Dengan Tidak Memanggil Sebutharga Dan Tender, Perbelanjaan Atas Kegunaan Peribadi Dan Urusan Tidak Rasmi

Projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:
• Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4 lorong kereta;

• Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;

• Projek air terjun Bukit Bruang sebanyak RM 1.7 juta;

• Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;

• Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta;

• Satu yunit tandas sebanyak RM 125,000/-

• Bandaraya Mall(Taj Mahal di Bangunan MBMB) sebanyak RM 4.5 juta;

• Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8 juta atau RM 300 sekaki;

• Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;

• Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2 juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.


Pemberian wang peruntukan kawasan yang tidak ada akauantibilti menyebabkan banyak penyelewengan berlaku seperti berikut:.

Contohnya pada 2001 DUN Bandar Hilir, Durian Daun dan Tengkera masing-masing diberikan RM 50,000 manakala DUN Duyong memperolehi RM 150,000/-. Cara ia dibelanjakan sungguh tidak bertanggungjawab sekali contohnya dalam tahun 2001 bagi:-

a) DUN Tengkera sebanyak RM 50,000

RM 26,400 untuk pergi melancong dan melawat, termasuk ke negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS ataupun lebih 50% daripada peruntukan tahunan; dan
Jamuan makan dan kenduri sebanyak RM 6,000/-.
b) DUN Bandar Hilir sebanyak RM 50,000

Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000; dan
Membeli 11 pasang lounge suit ahli Persatuan Angkat Berat sebanyak RM 6,160 atau RM 560 sepaang dari peruntukan DUN Bandar Hilir;
c) DUN Durian Daun sebanyak RM 50,000

Membiayai aktiviti kumpulan tarian dan kebudayaan MCA Melaka yang diterima oleh Encik Chong Yong Keong sebanyak RM 2,000/- dari DUN Durian Daun; dan
Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000;
d) DUN Duyong sebanyak RM 150,000

10 pasang lounge suits untuk ahli atlet Persatuan Angkat Berat Negeri Melaka sebanyak RM 5,600/- atau RM 560 sepasang;
55 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 2,200/-; dan
RM 37,000 untuk makan angina di Sarawak.
Pada tahun 2000, RM 1,770 dibelanjakan dari peruntukan DUN Duyong untuk membeli telefon bimbit untuk pejabat ADUN Duyong pada masa itu. Jelas sekali penyalahgunaan sedemikian amat ketara sekali sehingga membeli hamper, makan angina, jamuan makan, telefon bimbit untuk kepentingan pejabat peribadi dan juga untuk tujuan politik MCA. Apa faedah kepada rakyat?

Berjuta-juta ringgit digunakan untuk elaun dan tuntutan Ketua Menteri, Ahli EXCO dan ADUN setiap tahun. YAB Ketua Menteri mendapat elaun bulanan RM 6,750 daripada menghadiri mesyuarat dan subsidi perbelanjaan Hari Raya adalah mengikuti perbelanjaan sebenar yang boleh sampai RM 50,050 pada tahun 2000. Speaker dan Ahli-ahli EXCO menerima subsidi perbelanjaan hari perayaan masaing-masing RM 10,000 setiap orang, dan untuk ADUN BN sahaja RM 5,000 setiap orang.

Malah subsidi hari perayaan setiap tahun hampir RM 250,000/- membazirkan wang rakyat tanpa memberikan sebarang faedah.kecuali membolehkan setiap ahli EXCO dan ADUN BN untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut Hari Raya masing-masing secara percuma. Memandangkan ia adalah wang rakyat, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana membolehkan ia dibelanjakan untuk tujuan politik BN. Rumah terbuka yang diadakan oleh ADUN BN adalah wang rakyat

Disamping itu, tuntutan elaun perjalanan oleh ADUN-ADUN Melaka. Contohnya menurut jawapan rasmi dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka oleh YAB pada 4hb April 2001, ADUN Duyong Datuk Wira Gan Boon Leong telah membuat tuntutan elaun perjalanan bukan atas kerja awam tetapi kepentingan peribadi. Sekiranya benar, ia boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaan wang awam yang sukar direstui umum.

Elaun perjalanan sepatutnya dibuat atas urusan rasmi. Adalah keterlaluan sekiranya tuntutan elaun perjalanan disalahgunakan sehingga merangkumi urusan peribadi atau urusan yang dijalankan di dalam rumah sendiri sepertiL:

?mempengerusikan sidang akhbar di rumah sendiri;

?menghadiri majlis perkahwinan;

?menghadiri mesyuarat politik parti MCA di Kuala Lumpur;

?melawat kawasan berhampiran rumahnya;

?melawat pesakit di hospital; dan

?menerima rawatan sebagai pesakit di hospital.

Tuntutan pakaian, elaun perjalanan dan pembaikan kereta dari YAB Ketua Menteri, Ahli EXCO, ADUN dan setiausaha politik dan setiausaha sulit untuk 2001 dan 2002 melebihi RM 1.2 juta. Elaun perjalanan sahaja untuk YB Macap ialah RM 45,658.85 pada tahun 2001. Dengan elaun, tuntutan dan penyalahgunaan peruntukan pembangunan sedemikian tepatlah peribahasa Cina, “Jadi wakil rakyat, jadi kaya”, di mana slogan pilihanraya besar MCA, “orang dalam kerajaan senang buat kerja” patut diubah kepada “orang dalam kerajaan senang cari makan”!.

Jualan Kereta mewah dengan harga rendah

Pembeli
Datuk Seri Abu Zahar Hj Isnin
Datuk Noordin bin Hj Yaani
Datuk Hj Mohd Sharif Mohd Drus
Datuk Hj Yasin Mohd Sharif
Datuk Gan Boon Leong
Jumlah (RM)

No Kereta
ML 3
MAF 5
ML 4*
MU 9
ML 9


Model
Mercedes E230(A)
Mercedes E220(A)
Mercedes E220(A)
Mercedes E230(A)
Mercedes E230(A)


Tarikh Daftar
14.8.96
14.9.95
30.9.95
21.8.96
7.8.96


Harga Beli
181,522
140,133
140,133
181,522
181,522
824,832

A.) Harga Pasaran JKR
114,000
79,000
77,000
100,000
114,000
484,000

B.) Harga Yang Dijual Kpd EXCO
68,400
47,800
46,200
60,000
68,400
290,800

C)Perbezaan(A-B)
45,600
31,200
30,800
40,000
45,600
193,200

D) Nilai No. Kereta
20,000
20,000
-
20,000
20,000
80,000

Jumlah Kerugian(C+D)
65,600
51,200
30,800
60,000
65,600
273,200


Diskaun yang diberikan adalah 40% daripada harga pasaran
*penjualan tidak termasuk nombor pendaftaran

Kalau nilai nombor kereta bertuah sebanyak RM80,000 diambilkira, kerajaan negeri dan rakyat Melaka telah rugi sekurang-kurangnya RM273,000. Akan tetapi, isu yang lebih besar adalah betapa tidak bermoral dan tidak beretika untuk membenarkan bekas Ahli EXCO menikmati harga jualan yang begitu rendah ini.

Penyelewengan Tabung? Kebajikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebanyak RM 908,243.33 sejak 19 Disember 2001.

YAB Ketua Menteri Melaka telah mendirikan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri demi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan. Adalah difahamkan sejak 19.12.2001 bila RM 5,000 dimasukkan, sebanyak RM 908,242.33 telah dimasukkan dan digunakan sehingga 31 Mac 2005 iaitu:

. RM 122,950 pada tahun 2001/2002;
. RM 286,000 dalam tahun 2003;
. RM 449,292.33 dalam tahun 2004; dan
. RM 50,000 setakat 31 Mac 2005.

Sumber wang Tabung misteri ini berasal dari UMNO Negeri Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan bakinya sebanyak RM 539,958.51 adalah diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh YAB Ketua Menteri Melaka. YAB Ketua Menteri mendakwa di suratkhabar berkali-kali bahawa Tabung ini diselenggarakan oleh Southern Hospital (kini digelarkan Hospital Putra) untuk membolehkan orang awam yang miskin memohon bantuan kewangan perubatan baik di hospital swasta atau kerajaan.

Akan tetapi siasatan ke atas maklumat yang diperolehi bahawa sepanjang tiga tahun Tabung misteri ini beroperasi, lebih daripada RM 590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri. RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga YAB Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan allayaharmah emaknya. Manakala RM 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk. Amat menghairankan mengapa ahli keluarga seperti isteri dan anak perlu mengambil kesempatan dalam tabung misteri ini dan menafikan hak orang miskin bila rawatan perubatan memang diberikan secara percuma oleh kerajaann kepada ahli keluarganya selaras dengan kedudukannya sebagai YAB Ketua Menteri Melaka.

Isu ini adalah berkepentingan awam kerana melibatkan tiga perkara penting:

a) Sumber wang adalah daripada orang awam dan dikutip atas matlamat murni membantu orang miskin dan golongan tidak berada;

b) Bantuan wang tidak dihulurkan semua kepada orang miskin dan golongan tidak berada sebaliknya kepada golongan berada bergelar Datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri; dan

c) Tidak ada sebarang pengumuman awam bahawa pesakit miskin boleh memohon bantuan atau kriteria kelayakannya sehingga orang awam hanya tahu tentang tabung misterinya selepas tiga tahun didirikan bila didedahkan saya.

Saudara-saudara yang dihormatai,

Begitulah sedikit sebanyak maklumat yang saya boleh berikan kepada saudara-saudara berfikir secara matang sebelum mengundi. Kalau saudara-saudara masih lagi memilih calon dari MCA yang tidak fasih Bahasa Melayu itu, maka nasib yang akan menimpa saudara-saudara tidak akan berubah, malah akan bwertambah malang. Para pemimpin UMNO/BN adalah pembohong paling besar dalam sejarah dunia moden. Untuk menang, mereka sanggop buat apa sahaja. Mereka akan terus berlakon untuk menipu rakyat dan dalam masa yang sama, mereka akan menutup semua seluran maklumat agar rakyat termasuk saudara-saudara yang akan mengundi pada hari Khamis ini menjadi bisu, pekak dan buta kepada maklumat. Pembohongan mereka akan dibantu oleh media massa dan agensi-agensi kerjaan yang disebutkan di atas itu.

HARAP SIARKAN.

The Eugenist said...

Salam,

Dear Datuk..

This is what you called,

My name is Bon...Bon without script..

heheh..

p.s - I've uploades new poems and articles for my blog

Melayu Terakhir said...

Akum Datuk..

SPR baru sahaja menurut BERNAMA menetapkan tarikh penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil DUN Ijok iaitu Khamis 19 April dan jika ada pertandingan Hari Mengundinya pada Sabtu 28April 2007.

HARAP SIARKAN

Melayu Terakhir said...

Mulanya saya bercadang nak tulis lagi pasal Jambatan Pulau Pinang, tapi memandangkan entah kenapa saya merasakan saya sepertinya sedang digigit oleh 'semut-semut' kecil, saya seakan rimas. Jadi inginlah saya menyapukan sedikit ubat di kulit saya ini.

So here goes...

Secara umumnya, setiap orang dilahirkan sama. Ada kepala, mata, kaki, tangan dan juga mungkin sedikit 'bulu'. Dan secara umumnya juga, dibesarkan dalam persekitaran sama, serta menggunakan kurikulum yang sama di sekolah rendah dan menengah. Oh ya, selepas itu, sebilangan akan melanjutkan pengajian di institusi-institusi yang disediakan oleh pemimpin terdahulu (yang berwawasan), yang juga menggunakan skima 'pengkelasan' yang hampir sama. Setelah itu, kita akan bekerja di sektor-sektor yang ada, dengan tangga gaji yang hampir sama (juga prasarananya disediakan oleh pemimpin terdahulu).

Kita bekerja dan bekerja dan bekerja.. dan setelah beberapa ketika kita mula merasakan ada yang 'tak sama'. Kita mula rasakan ada sebilangan kawan-kawan kita yang gajinya tak sama dengan kita (mungkin lebih tinggi).
Ohh.. nampaknya kita mula melompat, dan mencari-cari peluang untuk menikam atau kalau tak menikan dapat hiris sikit-sikit pun jadilah. Dan untuk mereka-mereka yang masih hidup dengan kepercayaan mistik - mulalah nak cari bomoh, nak disantaukan mamat tadi! Hmmm.. itulah kita!

Apa yang hang merepek ni Hasrul?

Saya terkadang hairan dengan sikap segelintir dari kita yang hanya melihat dengan mata yang 'terbeliak-bulat' hanya pada benda-benda yang membezakan kita. Kita melihat pada keris dan cuba membezakan dengan bulan. Kita melihat pada bulan sabit dan mula membezakan dengan palang. Kita melihat pada yang gemuk dan cuba membezakan dengan yang kurus. Itu sebagai contoh.

Tapi pada hakikat sebenarnya, kita adalah sama. Hidup dalam 'keadaan' yang sama. Lebih lagi, mencari rezeki untuk habuan anak bini dengan cara yang hampir sama.

Yang perlu kita perangi adalah mereka-mereka yang langsung-langsung tak sama dengan kita.

Contohnya seorang orang kuat pemuda UMNO yang lahir di Kuwait (sah-sah tak tau langsung nyanyi dan menghayati lagu 'Warisan'), yang juga merupakan 'Perdana Menteri De Facto' kita, yang kini sedang menjualkan harta-harta benda negara, dan kaya-raya. Cuba anda lihat, berapa banyak benda yang tak sama.

Yang perlu kita hadapi ialah orang yang bodoh lagi bebal. Yang menungging-terbalikkan dasar-dasar dan 'impian indah' pemimpin terdahulu. Pemimpin terdahulu ingin memajukan kawasan utara, tapi 'mamat' ni lebih berminat untuk memajukan kawasan selatan. Bukan setakat itu saja, malah hingga ingin memakmurkan jiran selatan sekali! Dan terkini, ditambah lagi, bukan setakat kemakmuran, malah pulau yang 'seciput' itu mungkin akan bertambah besar hasil dari pembelian pasir dari 2 buah negeri di Malaysia ini. Huh! banyak betul bezanya dengan kita.

Ini pulak cerita kawan saya dan saya.

Saya ada seorang kawan yang merupakan ketua pemuda cawangan... errr... ketua pemuda PAS sebenarnya. Sedangkan saya pulak adalah dari kalangan mereka yang dilahirkan dalam keluarga 'pemegang perjuangan UMNO' yang tegar! Tapi kami mempunyai satu persamaan yang mengukuhkan hubungan kami hingga hari ini. Perjuangan kami adalah menegakkan 'hukum dan dasar' yang sepatutnya ditegakkan di bumi berdaulat ini. Dia berjuang dengan cara dia, dan saya dengan cara saya.

Kami masih duduk semeja, berbincang, bercakap malah berdebat. Tapi tak ada sekalipun dalam waktu-waktu itu (sehingga ke hari ini), yang boleh membuatkan kami menumbuk dan menendang sesama sendiri. Semuanya kerana pegangan - KAMI SAMA! Tambah pulak dalam keadaan sekarang ini, dimana katanya ekonomi kita makin mantap, lagilah 'akrab'nya kami berdua!

Dan ini pulak cerita Alliance of Bloggers. Kalau nak dikira tak sama. Banyaaaakkkkkk! Ada yang dacing, ada yang roket, ada yang bulan, ada yang mata lebam, kesimpulannya.. macam-macam ada! Tapi persamaannya - WE ARE BLOGGERS! WE ARE MALAYSIAN! Dan persamaan terbesar sekali adalah - KITA TAK PERNAH MENYERANG, KITA HANYA MELUAHKAN RASA. Itu saja! Tahniah pada semua yang menghadiri. (Alangkah menyesalnya saya tak dapat hadir sekali). So habis di sini cerita Alliance of Bloggers.
Apa lagi yang ada dalam kepala hang sekarang Hasrul?
Sebagai ahli UMNO, saya tidak membenci UMNO. Saya hanya marah pada orang yang menjadikan UMNO sebagai kuda tunggangan! Yang menjadikan UMNO sebagai mekanisma mengkayakan anak menantu! Yang menjadikan UMNO sebagai jambatan untuk mendapatkan projek-projek 'kelas bangsawan'. Dan yang paling sakit hati, menjadikan UMNO untuk menyokong malah 'menatang' kehendak-kehendak US dan Zionis (melalui proksi mereka di selatan).

Jadi, rakan-rakan sekalian, fikir-fikirkanlah.. kita berada dimana. Apakah perlunya kita bercakaran sesama sendiri (kiranya ada), dan di masa yang sama mereka di luar sana sedang asyik meratah dan melahap harta 'kita' satu persatu! Atau kini kita sedang memperteguh dan merapatkan 'saf' perjuangan yang asli, yang tulus, yang mulus dan yang tidak didasari kepada kemampuan untuk 'mengali-babakan' projek-projek di kemudian hari?

Huh! Dimana kita?

p/s saya ingin memberi sedikit penerangan pada orang di blog sinun (meminjam kata saudara saya De_Kerinchi). Saya tak perlu melayan 'anda semua', saya tak perlu berperang dengan 'anda semua', saya tak perlu menulis tentang 'anda semua' lagi. 'Anda semua' bukan yang saya 'cari'. Dan anggaplah saja anda telah menang dengan 'budak tadika' macam saya. Saya mencari Al-Ghazali, saya mencari As-Shafie, saya mencari damai abadi... hehehehehe!

Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad said...

Respons kepada melayu terakhir:
Amaun yang dibayar kepada ADUN2 dan politicians ini is really beyond our comprehension. Tak dapat nak bayangkan bagaimana mereka ini sanggup menghabiskan wang rakyat sehingga begitu sekali tanpa ada sedikitpun rasa bersalah. Sekiranya kesalahan itu dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan, maka matilah dia kerana di buru sehingga ke lubang cacing. Bekas2 pelajar kita yang masih berhutang pinjaman pelajaran diburu dan nama2 mereka disiarkan di dada akhbar dan ditekankan betapa berdosanya mereka ini kerana tidak mampu membayar balik hutang tersebut yang hanya beberapa sen itu berbanding dengan wang yang dijoli oleh orang2 besar kita ini. Jika dilihat kebanyakan mereka ini mempunyai perut buncit kerana mungkin memakan duit haram.

kudakepang said...

Elvisa, Melayu Terakhir, Eugenist, Highflyer:

Terima kasih. Subjek utama blog ini saya tak bolek komen lebih-lebih. Penulisnya berpengalaman. Bekas fellow kanan ISIS, think tank kerajaan. Jadi, kredibalitinya tinggi.

Mengenai probate, Ali Rustam dll, saya ada beberapa respons. Hal probate to Elvisa lah ke educate the netcitizens. Hal Ali tu, tak pasti nak buat macam mana. Tapi, inilah hakikatnya. Dia orang berkuasa dan nampaknya salahgunakan kuasa. Bab brother Hasrul, saya SETUJU!!! Netcitizens atau warga maya kita memang pelbagai corak dan warna. Yang menyatukan kita semua adalah rasa cinta, kasih dan sayang kita kepada negara.

Tapi, jenguk-jnguklah juga MT yang ada siarkan cerita istana di Mosmon Park, Perth Australia tu. Apa dah jadi? Kata orang, sampai dua istana dibeli atas nama Datin Patrick Lim. Tapi, yang bertandang dan tinggal pula boss kita dan anak-anaknya!! Ini yang buat Hasrul dan saya mendidih darah. Bukan pasal dengki atau cemburu. Tetapi, kenapalah jadi begitu???

Ini pantun yang saya belajar 45 tahun dulu:

Dalam Semak Ada Duri
Ayam Kuning Buat Sarang
Orang Tamak Selalu Rugi
Macam Anjing Dengan Bayang...

Betulkah begitu keadaan dan akhirnya kelak?

Salam hormat dari saya,
Ron

Mika Angel-0 said...

BON-BON
(in french it is sweets)

saya harap dapat beli bon-bon itu dengan yen-yen atau duit cina
risikonya rennnnnndaaaaaahhhhh!

faedah pinjam yen berapa?
faedah pinjam duit cina berapa?

berapa rumah bungalo
kembar atau mansion

rumah orang biarkan
hal mereka - jangan marah

mahu cari lagi
apa dalam nya suruh
budak budak keluang
cuba pecah rumah
budak budak bukit aman
buat surveillance

keselamatan dan kesejahteraan
Perdana Menteri!