Friday, April 20, 2007


Najib Sedia Jawab Tohmahan
Ikut Lunas Undang-Undang

Bernama semalam melaporkan bahawa Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata beliau akan menjawab, mengikut lunas undang-undang, segala dakwaan oleh pembangkang termasuk yang cuba mengaitkannya dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya akan jawab soalan-soalan yang ditimbulkan... Saya dah mula jawab malam tadi," katanya.

Komen:

Satu tindakan yang bijak oleh Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Datuk Seri Mohd. Najib juga kenalah pastikan kalau-kalaulah serangan yang dilancarkan oleh pembangkang ini mungkin didalangi oleh segilintir individu di dalam UMNO sendiri. – Ruhanie Ahmad

5 comments:

zaki tok tam said...

Sdra Ron,

Saya tidak bersetuju dengan pandangan Sdra dan masih berpendapat bahawa adalah tindakan yang tidak tepat apabila seorang Timbalan Presiden UMNO mengunakan platform pilihanraya kecil sebagai tempat menjawab tuduhan yang amat serius.

Sudahlah politically incorrect ianya juga bersifat morally wrong. Ini bukan tuduhan biasa lantaran ianya membabitkan kes pembunuhan, kes mahkamah, kes kepercayaan rakyat terhadap institusi ketenteraan di negara ini dan yang lebih penting kewibawaan seseorang pemimpin apabila dengan mudah sekali terpengaruh dengan umpanan pembangkang dan terus memberi jawapan balas.

Tindakan ini kurang bijak kerana Sdra Najib sewajarnya dan sepatutnya memilih Dewan Rakyat untuk menjawab setiap pertuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Karpal Singh dibuat di dalam dewan. Maka seharusnya beliau memberi jawapan kepada setiap pertuduhan itu. Karpal telah dengan serius menuduh Najib, maka Ahli Parlimen Pekan sewajarnya menjawab di Parlimen, bukannya di Ijok.

Seandainya saya adalah penasihat Najib, maka ini adalah nasihat yang saya akan berikan kepada beliau sekiranya benar-benar beliau tidak bersalah. Setelah apa yang berlaku, nescaya Najib tidak diberi nasihat yang betul ataupun para penasihat tidak reti membuat kerja ataupun Najib enggan mendengar nasihat yang diberikan. Kita mungkin faham bahawa mantan penasihat utama Najib kini sedang berada dalam tahanan dan menunggu perbicaraan. Apakah setelah ini berlaku maka seluruh jentera Najib lumpuh dan sudah tidak mempunyai cita-cita untuk bertindak balas.

Bertindak balaslah secara profesional dan betul dan pada perkiraan saya, Ijok bukanlah tempatnya dan cara penyampaian Najib semasa mempertahankan dirinya tidak begitu menyakinkan. Dan, untuk mengundang masalah yang lebih besar ialah apabila Rosmah Mansor turut sama mempertahankan Najib. Ini adalah kesilapan yang paling besar pernah dilakukan olah seorang ahli politik di Malaysia.

Saya ingatkan Najib ini seorang yang bijak. Nyata sangkaan saya meleset. Jauh sekali meleset...

Zaki Tok Tam
Anakbukit, Alor Setar, Kedah

Roy Eusoffe said...

Ron, tindakan Najib sebenarnya tidak bijak langsung. Dari senyap-senyap sampailah sekarang ini semua orang tua muda miskin kaya mengetahui dan berckapa mengenai Alatantuya dan Najib. Menambah kebodohan tersebut ialah isteri beliau yang membuat statement ala perempuan No. 1 negara.

Saya kira akal fikiran mereka tidak panjang dan saya juga ingin menyalahkan penasihat beliau jika itulah yang dinasihatkan kepada beliau.

Dan buat Ron, harap dapat menganalisa sesuatu dengan lebih halus sebelum membuat apa-apa konklusi.

Terimakasih.

http://polanalisa.blogspot.com

kudakepang said...

Sdra Zaki dan Roy's:

Terima kasih. Observation anda memang tepat.Saya membuat komen ringkas mengenai isu itu dua hari lalu sebelum Datin Rosmah masuk campur untuk mengeruhkan suasana.

Saya amat setuju bahawa Datuk Seri Najib sewajarnya menjawab di dewan rakyat. Tetapi, ramai juga concerned individuals kecewa bila dia berdiam diri selama ini.

Buat ketika ini, memang Datuk Seri dah masuk perangkap pembangkang. Persepsi umum kini tidak memihak kepada beliau dan Ijok, orang kata, agak tenat.

Apa pun, saya baru saja post kan satu tulisan pasal beliau dalam www.roncyberprince.blogspot.com. Silalah comment secara ikhlas demi kepentingan bersama.

Salam hormat,
Ron

Unknown said...

bukan ape, taku kalau cakap dalam dewan kang tak keluar berita. lepas tu rakyat tak tahu. bagus la dia jawab kat situ. itu pun jawapannya masih xmeyakinkan. sebab pembangkang bangkitkan isu altantuya berkaitan dengan isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi (skandal kementah). bukannye pembangkang tuduh Najib bunuh altantuya shaaribu.

Berita dari gunung said...

Is espionage a thing seriously discussed behind closed doors my president's men?

A touchy thing. Yes, but the shadow is looming!!