Friday, April 06, 2007


Ucapan Tahniah, Doa Dan Harapan
Kepada National Alliance of Bloggers

Banyak pihak mengalu-alukan kelahiran National Alliance of Bloggers (NAB) di Malaysia dengan doa dan harapan semoga organisasi ini akan memainkan peranan utama meningkatkan integriti, kredibaliti serta akauntabaliti bloggers tempatan dalam mencorak serta mewarnakan demokrasi maya di hari muka.

Antara mesej tahniah, doa dan harapan kepada NAB yang dikirimkan menerusi www.kuda-kepang.blogspot.com adalah seperti berikut:

Euginist: Tahniah. Penubuhan NAB adalah permulaan kepada satu revolusi penyampaian berita di negara kita. Usaha ini tidak harus dipandang remeh oleh para pemimpin.

Jika tidak mereka terus memperlekehkan bloggers, rakyat mungkin akan beralih sepenuhnya kepada medium blog yang nampaknya telah berjaya membentuk pemikiran rakyat Malaysia dewasa ini.

Lamandau: Saya bersyukur apabila dapat tahu NAB telah di bentuk. Dengan ini saya harap bloggers Malaysia akan lebih bertanggungjawab dalam postings mereka.

Saya juga harap NAB dapat menyediakan suatu makenisme dan etika yang akan diamalkan oleh seluruh bloggers di negara ini.

Saya amat terharu dengan hasrat NAB untuk " menyuburkan perpaduan nasional, meningkatkan toleransi agama dan budaya serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara" Syabas!

Dengan wujudnya NAB, maka standard operating procedures (SOP) untuk bloggers Malaysia dapatlah dilahirkan untuk menjadi panduan para bloggers terhadap segala 'dos and don'ts' dalam menggendalikan blog masing-masing.

Dengan ini keluarga besar bloggers Malaysia akan dihormati dan blogs mereka pula menjadi ruang alternatif utama untuk rakyat mendapat maklumat tanpa ragu-ragu tentang authensitinya!

Bloggers being responsible citizen of Malaysia do have roles to play in the nation building, infact a very important one, especially to maintain and enhance race relations among Malaysians.

We must not design our freedom according to the one being practised by the west. We have multi-racial and religious society to honour. Anything with negative effect to our social contract , should b treated with every cautions.

We should not allow blogs to become battlefields for those who are racists and religious extremists. It is the bloggers themselves to deny the space for such responders!

Selamat maju jaya dan saya doakan semoga NAB tidak akan disalahgunakan oleh sesiapa!

Afrar Yunus: Jika datuk memegang jawatan, tidak kira sebagai ajk ke, adalah lebih afdhal kerana biar masyarakat menganggap bahawa semua lapisan masyarakat menjadi ahli dan jawatankuasa kepada NAB.

Sheih: Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen dan sokongan padu Datuk di dalam memperjuangkan demokrasi siber dan juga di dalam penubuhan NAB.

Saya yakin Datuk akan terus memberi khidmat nasihat dan pandangan untuk NAB walaupun tidak berada di dalam Jawatankuasa Penaja. Kami hormati keputusan Datuk menolak pencalonan yang dibuat.

Nota: Kepada sahabat-sahabat di atas, saya katakan di sini bahawa Saudara Rocky selaku Presiden Penaja NAB, telah menegaskan semalam bahawa NAB memang satu langkah permulaan kepada satu perjalanan yang lebih jauh.

Insya Allah saya akan menyampaikan kepada NAB mengenai cadangan supaya usaha-usaha inculcation of ethics and principles of fairness dijadikan amalan bloggers di negara ini.

Saudara Rocky juga telah menggariskan beberapa cadangan untuk kebaikan bloggers Malaysia, termasuk penganjuran workshops mengenai basic laws on liable, defemation dan lain-lainnya serta workshop mengenai penulisan secara professional.

Saya pula akan mencadangkan supaya diadakan satu workshop khas mengenai cyberlaws serta isu-isu berkaitan dengannya seperti copy rights, domains, cyber frauds dan sebagainya.

Saya akan buat cadangan ini kerana cyberlaws adalah antara aspek perundangan utama yang akan menjadi batasan aktiviti siber bila blogging jadi sophisticatd and mungkin juga commercially driven di hari muka.

Akhir kalam, saya penuh yakin NAB mampu melaksanakan tanggungjawabnya kepada pembentukan demokrasi siber Malaysia kerana pemimpin serta ahli jawatankuasanya pun terdiri daripada kalangan professional, termasuk wartawan, peguam dan lain-lainnya. – Ruhanie Ahmad

2 comments:

wong soga said...

salaam tok

alhamdulillah.
tahniah di atas penubuhan nab.

a. kami harap nab jadi 'watch-dog' bagi kepentingan serta kesejahteraan bloggers dan rakyat jelata sekalian.

b. barangkali tak berlebihan untuk kami berharap juga agar nab dapat memancarkan definisi sebenar (dan sekaligus mengambil alih fungsi) 'the 4th estate' di negara kita.

tahniah kepada semua yang mengilhamkan, menerajui, atau menyokong nab. insya-Allah kami akan beri sokongan yang wajar.

tahniah kepada semua bloggers malaysia yang sedar akan tanggungjawab masing-masing.

tahniah kepada malaysia.

ws

Anonymous said...

Здравствуйте рекомендую Всем сайт, где оргромный архив ссылок на скаивание кинофильмов, всех жанров и направлений [url=http://qi-qi.ru] лучшие фильмы 2011[/url] . Ежечасные обновления, старые, документальные, отечественные и зарубежные фильмы всех жанров. Рай для киноманов. Только лучшее для Вас!!!