Thursday, April 05, 2007

The Toyol Code 2007

Singapura Akan Import
Pasir Daripada Melaka?

Oleh Ruhanie Ahmad

Kira-kira sebulan yang lalu, seorang pengunjung ke blog saya yang baru – www.mayaputera.blogspot.com – memberikan info bahawa kemungkinan besar Singapura akan mengimport pasir daripada kawasan Melaka-Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Saya yakin dengan info berkenaan kerana saya sudah mengetahui profile pengunjung tersebut yang memakai nama Spycatcher.

Lantas, saya pun siarkan info itu di blog mayaputera dengan tajuk Kedahagaan Pasir Oleh Singapura Perlu Membimbang Malaysia? Info sepenuhnya adalah seperti berikut:

Sasaran

“Singapura perlukan pasir, bukan sahaja untuk penambakan (tebusguna). Tetapi juga untuk constructions, especially the casino on the Sentosa Island. Kalau Indonesia tak kasi, dari manakah sumber pasir boleh diperolehi? Thailand? No way. Kedua-duanya sedang berkrisis! The only possible source is Malaysia. Ingat sikit, Lim Goh Tong ada interest ke atas kasino di Sentosa Island. Apa yang saya bimbang, ada di antara pemimpin kita yang gelojoh mungkin akan terperangkap untuk menjual pasir kepada Singapura. Jagan-jangan sudah ada. My little bird (informer) says that pasir dari kawasan Melaka-Negeri Sembilan kini jadi sasaran Singapura. Kita kena check. Saya cetuskan perkara ini kerana takut-takut ada penjualan pasir secara haram berlaku, and forever kita tak boleh ajar Singapura. Allah selamatkanlah negara ku yang tercinta ini!” – Spycatcher, Rabu, 7 Mac 2007.

Mencuri

Pada Jumaat, 23 Mac 2007, saya poskan satu lagi kisah pasir ke blog http://www.mayaputera.blogspot.com/ dengan jodol Singapore Seeks New Sand Supply. Berita oleh BBC News, Singapore adalah seperti berikut:

“Singapore says it is looking for new sources of sand after giant neighbour Indonesia, announced an export ban. Jakarta announced the ban last month amid claims that Singapore was in effect stealing its territory. For years, tiny wealthy Singapore has been importing huge amounts of sand, for building and for an ambitious scheme to reclaim land from the sea. Indonesia argues some of its islands are disappearing as a result, dug up and shipped wholesale to Singapore. The Indonesian authorities have banned sand exports and restricted the trade in granite chips. The authorities here (in Singapore) say they are confused and disappointed. But Singapore has got plenty of sand stockpiled and will now look elsewhere for raw materials. But there is another issue at stake. If Singapore continues to reclaim land and grow in size, what will happen to its maritime borders? Singapore insists they will not change. Its neighbours are not so sure.”

Sah

Berikutnya, saya pun membuat siasatan saya sendiri. Saya juga mengirimkan SMS kepada Toyol saya. Baru hari ini saya menerima jawapan daripada Toyol tersebut menerusi dua SMS seperti berikut:

Pertama: “Maaf. Lambat beri jawapan. Sah. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk jual pasir kepada Singapura. Orang Melaka yang handle. Dia orang nak sedut pasir Selat Melaka. Sekarang tengah negotiate hal diesel. Minta subsidi untuk enjin sedut pasir. Jahanamlah Malaysia dilanggar todak!”

Kedua: “Jiran kita dah muktamad tak akan eksport pasir kepada todak. Tapi, kenapa kita pula nak eksport? Ini tindakan gila namanya.”

Kedaulatan

Sebaik sahaja menerima kedua-dua SMS di atas, saya pun singkap kembali beberapa potong ayat oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, mengenai eksport pasir ke Singapura.

Beliau membuat kenyataan itu dalam konteks Malaysia tak akan jual pasir kepada Singapura sebagai syarat Singapura mempersetujui pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor. Saya harap semangat di sebalik kenyataan itu terus relevan selama-lamanya.

Utusan Malaysia 21 Mac 2006 melaporkan Datuk Seri Najib sebagai berkata bahawa kerajaan akan bertindak tegas mengenai soal penjualan pasir (kepada Singapura) demi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

Katanya lagi, beliau difahamkan bahawa jika Malaysia bersetuju menjual pasir kepada Singapura, sebanyak 50 juta meter padu setahun, untuk selama 20 tahun, bagi melebarkan Pulau Tekong, Tuas dan Jurong, ini bermakna, dalam tempoh dua dekad, pasir berkenaan akan bersamaan saiz sebuah lagi pulau Singapura.

Restu

Berasaskan kenyataan Datuk Seri Mohd. Najib seperti di atas, saya pun tertanya-tanya sendirian. Kalau betullah Malaysia akan mengeksport pasir dari kawasan Melaka-Negeri Sembilan ke Singapura tak lama lagi, siapakah yang merestui penjualan itu? Kalau tak ada restu, ini bermakna pasir itu akan dieksportkan scara haram. Ini tak mungkin berlaku.

Tetapi, kalau pengeksportan pasir ini direstui oleh kerajaan, adakah pembesar negara kita tidak insaf bahawa pasir yang nak dibeli oleh Singapura - sebanyak 50 juta meter padu setahun, untuk selama 20 tahun - ini akan membina sebuah lagi pulau yang sama saiznya dengan pulau sekangkang kera yang ada pasa masa ini?

Jadi, adakah ura-ura yang disampaikan oleh Toyol saya ini fitnah? Kalau fitnah harap nafikan dengan segera. Kalau benar, saya tak tau apa nak kata? Terserahlah kepada rakyat jelata sekalian.

WPI

Sudahlah sebahagian daripada bumi Johor Darul Takzim dalam WPI akan dijadikan Free Access Zone kepada orang asing yang akan bebas keluar masuk tanpa passport, ini pula kerajaan kita sendiri mungkin membantu Singapura membina satu lagi Singapura menerusi pasir daripada Melaka-Negeri Sembilan.

Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa kita gantikan, kalau sungguh bagai dikata, apalah yang boleh kita katakan? Dalam keadaan sebegini, sebagai seorang anak Johor, saya hanya mampu berkata: Kepada Allah Berserah!

9 comments:

Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad said...

Sekiranya betul bagai dikata, maka kerajaan kita adalah lebihkurang sama dengan ular sawa atau biawak berlidah bercabang. Ini adalah kerana semasa jambatan bengkok dibatalkan, di antara alasan yang diberi ialah kita tidak sanggup untuk memenuhi syarat Singapore untuk mengimport pasir dengan banyak. Demi memelihara martabat negara kononnya. Sekarang, apa sudah jadi dengan mertabat dan maruah negara? How can we look at the Singaporeans straight in the eyes when our dignity is easily robbed by our very own elected government which can be easily pushed around by their government?

Mika Angel-0 said...

Gelak besar punya hal!

kasihanlah si Rustam tu.
Baru mahu cerah bintangnya
dah di ribakan orang bulan.

Bab diesel?
Gelak besarlah kawan.

Hasrul Halid said...

Takpa lah Dato.. kita juallah apa yang ada. Kita 'lacurkanlah' semua yang kita punya.

Rukun Hadhari! Rukun Hadhari!

Berita dari gunung said...

The crude law of economics is in place; supply and demand!

What the heck!... when forest was brutally raped, and left naked under the hot scorching sun, now is the turn for the virgin sand!.

Let them play......, they know the game all along, and this isnt the first time. Virgins are always victims.

As if god has given them the undivided power over all that is virgin...... What the heck!

Anonymous said...

Saudara Highflyer, Mika-Angel-O,Hasrul Halid dan Berita Dari Gunung:

TK.

Saya bukan nak peredum sapa-sapa. Saya cuma nak kita sedar bahawa kalau eksport pasir ke Singapura ini direstui pemerintah kita, ini bermakna kita membantu negara itu "to double its existing size". Saya tak tau apa sentimen orang lain terhadap soal ini. Bagi saya, saya tak rela pengeksportan ini terjadi. Itulah mesej yang nak saya kongsikan di sini.

Selamat berjuang!! - Ron

Anonymous said...

Khas untuk Saudara Hasrul

SMS dah saya terima. Jangan bimbang. Saya baca posting Saudara pasal jiran dan kucing tu. Saya setuju penuh.

Saya akan buat satu follow-up posting mengenainya sehari dua lagi.

Selamat berjuang.- Ron

~aNNa~ said...

pertama kali masuk ke blog datuk. meremang bulu roma saya bila baca. agaknyer kalau datuk nenek kita zaman dulu tau, mesti mereka sedih!

Anonymous said...

Mama Irdina

Terima kasih kerana sudi berkunjung. Sama-samalah kita memohon kepada Allah SWT semoga igauan ngeri ini tak akan terjadi.

salam.
Ruhanie

spycatcher03 said...

It is good to see that you have followed up on my previous comments,Datuk. We have to heat-up this issue Datuk because the possibilities of it taking place are very very high! My little bird again whispered to me that the sale may involve people in high positions and royalties of a state! Apa yang saya bimbang tentang perkembangan mutakhir ini dimana kemungkinan todak akan menggunakan isu mewujudkan litar FI di negaranya sebagai'bargainaing factor' untuk memaksa kita akur kepada kehendaknya.
Saya setuju dengan TDM bahawa Pemuda Umno sekarang ni bukan lagi ginger group. Sepatutnya isu spt ini harus diperjuangkan oleh mereka!Hisham ,you should not be scared to raise such issues at the proper foram (MT could be)not only to add gingeric taste but to right the wrong! Otherwise you may have no place in MT , once your term as ketu pemuda ends. No body will vote you to MT let alone to the post of vice president. Thanks datuk for the confirmatory information.Salam