Thursday, April 12, 2007

Hari Ini Kita Celebrate Kickdefella Balik Kelantan
Jadi Penembak Badak Pekak dan Badak Sumbu...

Hari ini saya nak rehat pasal nak celebrate Sheih balik ke Kelantan untuk tugas mmburu badak sumbu. Jadi, saya poskan di sini sebuah puisi saya yang saya tulis pada tahun 1976. Bacalah dan hantarkan kupasan anda secara ikhlas. Terima kasih.


Datuk Tin Kosong

Di menara Sang Putera Agung
duduk bertakhta Datuk Tin Kosong
setiap hari dan saban ketika
dia gemar bersidang akhbar
juga berpolemik tentang siasah
tersibar luas berita dan gambarnya
di dada akhbar dan muka tivi.

Datuk Tin Kosong
yang bertakhta di menara Sang Putera Agung
suaranya angkuh
wajahnya sombong
lagaknya umpama Sang Dewa Raja
hari-hari sentiasa gemeruwung
gema menggema di desa dan kota.

Suatu hari menjelma puting beliung
melanda menara Sang Putera Agung
menyerang Datuk Tin Kosong
sehingga dia jatuh tergelundung
gelundung-gelundung-gelundung
Datuk Tin Kosong jatuh tergelundung
gelundung-gelundung-gelundung
Datuk Tin Kosong mati tergelundung
terdampar dia ke satu gaung
di pinggir gunung
gong-liwang-liwong !!!!

Ruhanie Ahmad
Kuala Lumpur 1976

8 comments:

cakapsiang said...

Tin Kosong memang mudah jatuh walau ditiup angin sepoi bahasa kerana jasadnya yang ringan dek jiwa yang kosong. namun Tin kosong tak mudah mati kerana kejadiannya sebagai sebuah tin yang tak punya nyawa, tak punya jiwa, hanya bunyinya yang bergaung.

AFRAR YUNUS said...

siapakah tin kosong yang dimaksudkan itu...

wong soga said...

hehehe...

siang dah nak masuk malam.
kami dah nak bersiram.

hehehe...

pelawak juga ye?

Mika Angel-0 said...

wahasunat murtafaqaa, ya akhi!

Datuk Ruhanie Ahmad
kerjaya dengan
The New Straits Times sejak 1972

Lulusan Diploma Pentadbiran Awam (UiTM)
dan bidang kewartawanan dari Essex, England

Pernah mengikuti Fellowship Kewartawanan
di Jepun
di England
diasuh
oleh beberapa wartawan
The Daily Mail, The Daily Mirror

Di Jepun, Dr. Masaru Ogawa, The Japan Times
Di The New Straits Times dan Berita Harian,
Mendiang Tan Sri Lee Siew Yee,
Tan Sri A. Samad Ismail, Allahyarham Haji Dahari Ali,
Haji Samani Mohd. Amin, Allahyarham Tan Sri Noordin Sopiee dan
Datuk A. Samad Said

1982-1984: Setiausaha Akhbar
Tun Musa Hitam

Unknown said...

Barangkali, antara nama lain untuk blog ialah puting beliung.

"First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win" - Mahatma Gandhi 77 years ago.

Najmuddin Yusoff said...

saya suka. puisi ini. bukan tin kosong. saya tak suka tin kosong!

Berita dari gunung said...

An episode of mountain climb. At the summit, the wind and the cold weaken you down. You fall tumbling down.

Anonymous said...

Sepanjang tahun ini, kami mencari seberapa banyak individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah sebagai Jurutaip Memproses Data Pengiklanan (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) adstypist.com di Malaysia. Kami merupakan penyedia servis perkhidmatan pemprosesan data pengiklanan yang berkesan untuk menarik minat pelanggan dan telah beroperasi sejak sekian lama dalam industri ini. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kami mencari individu yang bertanggungjawab memproses data pengiklanan; pada masa dan dalam keselesaan rumah sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi ke
http://www.adstypist.com/


jawatan kosong