Monday, March 05, 2007

Siapakah Timbalan Menteri
Yang Bebaskan Penjenayah?

Hari ini terdapat macam-macam versi mengenai kisah ahli politik kanan yang kononnya menerima sogokan $5 juta untuk membebaskan penjenayah baru-baru ini.

Saya tidak berani membuat apa-apa spekulasi. Tetapi, hari ini saya berusaha mencari lamanweb yang dikatakan mendedahkan skandal berkenaan.

Saya berjaya mengesan satu daripada lamanweb tersebut. Alamatnya adalah http://www.freewebs.com/southeast-wind/.

Lamanweb tersebut hanya membuat satu posting sahaja. Tidak ada nama tuan punya lamanweb dan juga tidak terdapat tarikh pada postingnya.

Sehubungan dengan kes di atas, hari ini saya menerima satu sms daripada pihak yang tidak saya kenali.

Pengirim sms itu meminta saya mengesan kembali kes penjenayah billionaire yang mencetuskan sedikit kontroversi menjelang Hari Raya Aidilfitri 2005.

Pengirim sms itu bertanya, siapakah yang bertanggungjawab ke atas pembebasan penjenayah billionaire itu selepas dia ditahan oleh polis sebaik sahaja dia dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam.

Kisah kontroversi penjenayah billionaire ini boleh dibaca di arkib Utusan Malaysia menerusi link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Pengirim sms itu meminta kita semua membaca kisah penjenayah billionaire itu kerana dia mengesyakki seorang ahli politik kanan juga mungkin terbabit dengan kes yang dipaparkan menerusi links di atas.

Pada peringkat ini, kita serahkanlah kepada kebijaksanaan pihak polis dan BPR menjalankan siasatan mereka. Saya yakin kedua-dua agensi ini akan menemui kebenarannya.

Tetapi, pepatah Melayu ada menyatakan: jangan ditudung bangkai gajah, lambat laun akan terhidu juga bau busuknya! – Ruhanie Ahmad.

No comments: