Tuesday, March 20, 2007

Pembesar Ambillah Iktibar
Tulisan Bloggers Malaysia

Oleh Mahaguru98

Bloggers Malaysia bukan semuanya jenis menabur fitnah, menagdu domba dan memperlekehkan kerajaan.

Kerajaan yang adil akan disokong oleh sesiapa saja. Tetapi, bila hak hak rakyat seolah-olah diinjak-injak dan kelihatan dizalimi, maka sebagai rakyat Malaysia yang hidup di zaman serba moden ini, usahlah harapkan Bloggers akan berdiam diri menjadi seperti tiga monyet yang menutup mata melihat kemungkaran, menutup telinga tidak mahu mendengar rintihan sesama rakyat, atau membisu melihat kekejaman di hadapan kami.

Bloggers Malaysia juga cintakan keamanan dan kemakmuran negara. Namun ada kalanya keadaan di tanahair kita tidak sesempurna yang dicanang-canangkan oleh sang pemerintah!

Ada perlunya keseimbangan media di laman siber ini. Dengan adanya penulis-penulis Blog yang bertanggungjawab seperti kami, maka pemerintah negara boleh mengambil iktibar dari penulisan kami. Jika ada baiknya, maka ambil lah dan jalankanlah tugas dan tanggungjawab kerajaan. Pokok pangkalnya, biarlah adil se adilnya.

http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=3254

No comments: