Thursday, March 01, 2007

Kuasa Di Tangan
Cinta Di Jiwa…..

Hari ini terdapat 11 juta pemilih yang telah berdaftar di seluruh negara. Kumpulan ini mempunyai kuasa ditangan mereka.

Mereka boleh menggunakan kuasa mereka untuk memilih kerajaan dan kepimpinan negara menerusi undi mereka dalam sesuatu pilihan raya umum (PRU).

Malangnya, masih ada kira-kira 2.5 juta lagi warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, yang belum mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Kira-kira 70 peratus daripada golongan ini adalah celik intrnet. Mereka termasuk dalam kumpulan kira-kira 11 juta rakyat Malaysia yang celik internet di seluruh negara.

Mereka adalah generasi siber. Mereka faham selok-belok websites dan blogs. Mereka sering perang mulut di ruang maya. Mereka melahirkan pendapat dan kritikan mereka terhadap isu-isu kehidupan dan kepimpinan negara. Mereka berjuang menerusi internet demi agama, bangsa dan negara.

Alangkah ruginya kumpulan ini kalau mereka hanya sekadar berjuang dan berjuang, tetapi mereka mensia-siakan kuasa undi yang diberikan oleh Perlmbagaan Negara kepada mereka.

Oleh itu, bangkitlah wahai anak-anak bangsaku. Segeralah daftarkan diri anda sebagai pemilih. Lepas itu, gunakanlah kuasa undi di tangan anda dalam PRU, demi cinta yang membakar di jiwa anda – cinta agama, cinta negara dan cinta bangsa. – Ruhanie Ahmad.

No comments: